Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

19
Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk Penjaminan Kualiti Pentaksiran Pusat Zainuriyah Abdul Khatab (Ph.D) Sektor Pengurusan Dasar dan Penyelidikan 1.0 Pengenalan Sistem pendidikan negara dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan selama ini, dimana ianya dikaitkan dengan pelbagai kesan yang positif dan negatif pada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Lembaga Peperiksaan sebagai satu badan pentaksiran pendidikan negara , telah mencadangkan satu alternatif untuk penambahbaikan kepada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang selama ini ditadbirkan pada hujung persekolahan sekolah rendah dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang ditadbirkan pada hujung persekolahan menengah rendah. Cadangan ini telah diterima dan bermulanya tahun 2011 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada murid Tahun 1. PBS mempunyai empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Psikometrik (PS) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Namun pelbagai pihak telah mempersoalkan kesahihan pentaksiran ini kerana guru telah diberi empowerment untuk mentaksir dan memberi markah murid mereka sendiri . Ini telah menimbulkan isu 1

Transcript of Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

Page 1: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk Penjaminan Kualiti Pentaksiran Pusat

Zainuriyah Abdul Khatab (Ph.D)Sektor Pengurusan Dasar dan Penyelidikan

1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan negara dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan selama

ini, dimana ianya dikaitkan dengan pelbagai kesan yang positif dan negatif pada

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Lembaga Peperiksaan sebagai satu

badan pentaksiran pendidikan negara , telah mencadangkan satu alternatif untuk

penambahbaikan kepada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang

selama ini ditadbirkan pada hujung persekolahan sekolah rendah dan Penilaian

Menengah Rendah (PMR) yang ditadbirkan pada hujung persekolahan

menengah rendah. Cadangan ini telah diterima dan bermulanya tahun 2011

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada murid Tahun 1. PBS

mempunyai empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat

(PP), Pentaksiran Psikometrik (PS) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum (PAJSK). Namun pelbagai pihak telah mempersoalkan kesahihan

pentaksiran ini kerana guru telah diberi empowerment untuk mentaksir dan

memberi markah murid mereka sendiri . Ini telah menimbulkan isu berhubung

kesahan dan kebolehpercayaan PBS. Bahagian seterusnya membincangkan isu

tersebut.

2.0 Isu berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

PS , PAJSK dan PP komponen PBS memberikan autonomi kepada pihak

sekolah khususnya guru untuk menjadi pentaksir kepada murid mereka

sendiri. PS ialah proses mengumpul maklumat yang asli atau autentik dan

boleh diharap yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa atau dilapor oleh

guru sekolah. PAJSK pula ialah satu kaedah pentaksiran dan menilai

1

Page 2: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, sukan,

kokurikulum dan ekstrakurikulum.

Pentaksiran Pusat ialah satu kaedah pentaksiran yang mempunyai piawai

(standard), panduan dan peraturan, instrumen (alat) dan kaedah menganalisis

data yang disediakan oleh pusat iaitu Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini

ditadbir oleh guru-guru di sekolah. Ini bermakna pelaksanaan, pengendalian,

pemeriksaan dan pelaporannya dibuat oleh sekolah. Instrumen Pentaksiran

Pusat adalah seperti kerja kursus, ujian lisan, Penilaian Kerja Amali (PEKA) atau

sistem pentaksiran modular dan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA). Pentaksiran

ini dilaksanakan secara sumatif mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP.

Markah yang diberi oleh sekolah dihantar ke pusat data di Pejabat Pelajaran

Daerah untuk diselaras, dimoderasi, dianalisis, dan disejajarkan sebelum

dihantar semula ke sekolah untuk dibuat laporan di sekolah. Analisis, moderasi

dan pensejajaran markah sekolah oleh Pejabat Pelajaran Daerah adalah perlu

untuk menjamin standard, kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan kepada

semua. Kertas ini membincangkan isu mengenai integriti guru dalam

melaksanakan PP.

Guru ditugaskan untuk melaksanakan PP . Autonomi atau kuasa ini telah

dipersoalkan oleh pelbagai pihak di media dan mesyuarat antara bahagian di

Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Malah beberapa kajian oleh Mokhtar

Ismail , Hashimah Amran (2006), Mohd Zohir Ahmad, Mohd Daud Hamzah dan

Shuki Osman (2002), Chan Yuen Fook dan Paramjit Singh (2006), Shavelson,

Baxter dan Gao (1993) dan Dunbar, Koretz dan Hoover (1991) mendapati

pemeriksa tidak tekal dalam memberi skor untuk hasil kerja murid. Ini

menyebabkan skor ujian rendah kebolehpercayaannya. Isu ini adalah

berhubungkait dengan integriti guru dalam memberikan markah kepada hasil

kerja murid mereka sendiri. Ini ialah kerana kejujuran guru adalah sangat penting

untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.

2

Page 3: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

Sesuatu ujian yang bermutu tinggi mesti mempunyai darjah kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Konsep kesahan dan kebolehpercayaan adalah

satu konsep yang penting yang mesti difahami apabila kita ingin membina

sesuatu ujian kerana ujian merupakan satu alat (instrument) yang kita gunakan

untuk membuat inferens tentang pencapaian seseorang murid. Kesahan ialah

mengukur apa yang hendak diukur. Diantara faktor-faktor yang mempengaruhi

kesahan ujian pula ialah arahan kurang jelas, struktur ayat sukar difahami,

ambiguiti, masa tidak mencukupi, aras kesukaran kurang sesuai,bilangan item

tidak mencukupi, susunan item kurang tepat dan susunan jawapan yang boleh

diramalkan untuk item aneka pilihan. Guru perlu memberi perhatian kepada

faktor-faktor yang dinyatakan ini semasa melaksanakan PP walaupun instrumen

ujian disediakan diperingkat pusat. Kajian oleh Chan Yuen Fook dan Paramjit

Singh (2006) mendapati tugasan yang tidak perlu dilaksanakan oleh murid untuk

melengkapkan kerja kursus telah dilaksanakan oleh murid. Sebagai contoh

laporan Kerja Kursus membebankan murid dengan penggunaan kertas berwarna

yang agak mahal. Tindakan ini juga membebankan murid yang perlu

melengkapkan Kerja Kursus untuk geografi, Sejarah dan Kemahiran Hidup.

Dalam masa yang sama tindakan ini juga akan mempengaruhi kesahan skor

ujian keran guru terpengaruh dengan hasil laporan yang cantik kerana

menggunakan kertas warna.

Kebolehpercayaan pula memastikan ketekalan dalam pengukuran

pencapaian murid dalam sesuatu ujian. Sesuatu ujian itu dikatakan boleh

dipercayai sekiranya ujian itu dapat mengukur sesuatu apa yang hendak diukur

dengan tekal. Terdapat beberapa kaedah untuk menyiasat kebolehpercayaan

sesuatu ujian seperti kaedah selang-seli, uji dan uji sekali lagi, bentuk setara dan

kaedah antara pemeriksa. Apabila guru diberi kepercayaan untuk mentaksir

produk atau hasil kerja murid seperti karangan, laporan, membuat persembahan

lakonan , gerak-geri sukan dan mencerap tingkah laku murid, guru perlu tekal

dalam pemberian skor. Tugasan ini melibatkan integriti guru sebagai pentaksir

kerana mereka perlu memberi skor secara tekal dan jujur mengikut pencapaian

3

Page 4: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

murid mereka. Linn dan Miller (2005) menyenaraikan beberapa jenis pemeriksa

yang menyumbang kepada ralat atau error kepada skor. Diantaranya ialah;

1. pemeriksa eratik iaitu yang tidak tekal dalam memberi markah, berubah

mengikut masa dan keadaan

2. pemeriksa yang pemurah (generosity) yang memberi markah tinggi

3. pemeriksa yang tegar (severity) yang memberi markah rendah

4. pemeriksa yang sederhana (central tendency) yang selalu

menggunakan pertengahan skala

5. pemeriksa yang terpengaruh dengan persepsi yang sedia ada di

mindanya (halo effect)

Ketekalan dalam memberi skor merupakan cabaran yang akan dihadapi oleh

guru semasa memainkan peranan mereka sebagai pentaksir untuk memastikan

kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang mereka bina dan tadbirkan untuk

melaksanakan PP. Guru hendaklah mengelakkan daripada menjadi kelima-lima

pemeriksa yang disebutkan di atas. Apabila guru memeriksa hasil kerja pelajar

seperti karangan atau persembahan nyanyian, guru perlu tahu dan faham kriteria

yang tepat untuk menilai prestasi hasil kerja murid.

Kertas ini membincangan peranan guru dalam memastikan kesahan dan

kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dilaksanakan untuk Pentaksiran Pusat

dalam pentaksiran sumatif , dan juga kaedah yang boleh meningkatkan

kebolehpercayaan ujian tersebut . Alat atau tool yang boleh menjadikan sesuatu

penilaian yang subjektif kepada penilaian yang lebih objektif ialah rubrik.

3.0 Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif

Sebelum perbincangan mengenai penggunaan rubrik untuk pentaksiran sumatif

adalah lebih elok untuk menerangkan makna pentaksiran formatif dan sumatif

berdasarkan pengklasan ujian. Pengkelasan ujian boleh dibuat berdasarkan:

4

Page 5: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

1. tujuan ujian itu dilaksanakan, samada untuk mendapatkan maklumat

mengenai prestasi pencapaian murid atau bakat murid

2. kegunaan hasil maklumat samada untuk membuat rujukan norma atau

rujukan kriteria

3. masa ujian itu dilaksanakan , samada formatif atau sumatif dan

4. respons yang diharapkan samada respon terbuka atau respon terhad.

Penambahbaikan untuk UPSR yang bermula tahun ini memperkenalkan konsep

assessment for learning , dengan ini pentaksiran formatif diaplikasi di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran,maka PS boleh dikelaskan kepada masa

ujian dilaksanakan . Tujuan pentaksiran formatif diperkenalkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran adalah untuk :

1.mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam sesuatu unit pelajaran

yang diajar

2.memastikan murid menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka

diperkenalkan dengan unit pelajaran yang lebih kompleks

3.mencari punca (diagnosis) kelemahan murid dalam sesuatu standard yang

diajar.

Pentaksiran sumatif pula digunakan bagi mengesan penguasaaan murid dalam

keseluruhan mata pelajaran. Ia dikendalikan di ahkir sesuatu program atau unit

sebelum guru melangkah atau meneruskan ke unit atau program baru. Fungsi

utama pentaksiran sumatif ialah menentukan pencapaian di penghujung sesuatu

program pengajaran. Di dalam komponen UPSR PP akan menyumbangkan 40%

markah untuk PP. Skor pentaksiran sumatif ini digunakan untuk tujuan

melaporkan kemajuan murid bagi membuat pemilihan dan penempatan murid ke

dalam sesuatu program pengajian. Pentaksiran sumatif adalah selari dengan

konsep assessment for learning. Pencapaian murid dalam pentaksiran sumatif

berhubungkait dengan keberkesanan guru semasa pengajaran dan

pembelajaran dan kajian Black dan Williams (1998) mendapati pentaksiran

formatif boleh meningkat pencapaian murid dalam pentaksiran sumatif. Kedua-

5

Page 6: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

kedua pentaksiran ini diaplikasi di dalam PBS yang diperkenalkan tahun ini untuk

murid Tahun Satu.

4.0 Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk Menjamin Kualiti Ujian

Alat untuk memandu pentaksir membuat penilaian yang objektif terhadap

pencapaian murid ialh rubrik penskoarn. Rubrik boleh digunakan semasa

menjalankan aktiviti pementoran, pengesanan, penyelarasan dan pemantauan.

Perkataan rubrik berasal daripada perkataan Latin rubica terra yang bermaksud

tanah merah, untuk menandakan sesuatu yang signifikan. Masa kini perkataan

rubrik digunakan untuk kriteria bagi memandu seseorang pentaksir menilai

seseorang hasil kerja murid tersebut. Rubrik mempunyai level of performance

atau peringkat prestasi yang memberi maklumat kepada guru, murid, ibubapa

dan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui prestasi murid.

Rubrik sesuai digunakan untuk memeriksa hasil kerja murid bagi pentaksiran

sumatif dan juga formatif. Ini ialah kerana rubrik menerangkan kriteria setiap

peringkat, iaitu daripada kategori cemerlang sehinggalah kepada kategori sangat

lemah. Di antara kekuatan rubrik ialah:

1. murid akan mendapat pembelajaran yang bermakna

2. murid akan mempelajari sesuatu konstruk dengan mendalam

3. memberi autonomi kepada murid untuk bertanggungjawab terhadap

pembelajaran mereka sendiri dengan melakukan pentaksiran kendiri atau

self- assessment.

4. murid, guru dan ibubapa tahu kriteria yang diharapkan untuk

meningkatkan prestasi

5. meningkatkan kebolehpercayaan skor yang diberikan oleh pentaksir

Kelima-lima elemen ini menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dan dalam masa yang sama meningkatkan kesahan dan

kebolehpercayaan skor pentaksiran sekolah.

6

Page 7: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

4.1 Peranan Rubrik Penskoran sebagai Alat Feedback atau Maklumbalas

Jika pentaksiran adalah untuk memperbaiki prestasi murid , teknik

pengukuran mesti digabungkan dengan memberi maklumbalas yang berkualiti

kepada murid. Tugasan untuk PP perlu disertakan dengan rubrik untuk

memandu murid memperbaiki hasil kerja mereka. Ini adalah menepati objektif

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mentransformasikan pentaksiran iaitu,

bukan hanya untuk mengubah cara kita mentaksir murid tetapi memberi

maklumat kepada murid membuat penyesuaian kendiri atau self-adjustment

kepada kualiti produk atau proses kerja yang mereka laksanakan. Amalan ini

dapat dilihat pada manual ’Do it Yourself’ yang disertakan pada perisian

komputer. Rubrik juga boleh dijadikan seperti manual ‘Do it Yourself’ sebagai

panduan untuk murid memperbaiki kualiti kerja mereka di dalam pentaksiran

sumatif. Panduan ini secara langsung memberikan autonomi kepada murid untuk

memperbaiki prestasi mereka berdasarkan kriteria yang terdapat pada rubrik

yang disertakan bersama tugasan yang diberi. Selain daripada memandu murid

melaksanakan tugasan untuk PP rubrik penskoran juga difahami oleh guru untuk

membantu mereka semasa memeriksa hasil kerja murid.

4.2 Peranan Rubrik Penskoran sebagai Alat Penskoran Pentaksiran

Sumatif

Antara kaedah untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor ialah:

1. mengaplikasi rubrik penskoran yang jelas (Linn and Gronlund 200)

2. menggunakan proses penskoran yang sistematik (Airasian 1997; McMillan

2004)

3. mengadakan sesi moderasi pemeriksaan (Gronlund and Linn 1990)

4. melatih pemeriksa (American educational research Association 1990) dan

5. menggunakan skrip contoh jawapan (Herman, Aschbacher and Winters

1993)

7

Page 8: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

Rubrik penskoran merupakan salah satu kaedah yang dicadangkan oleh pakar

pentaksiran untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor. Banyak kajian

mendapati penggunaan rubrik boleh meningkatkan darjah kebolehpercayaan

sesuatu ujian ( Vacc1989, Baxter, Shavelson, , Goldman dan Pine 1992, Brown,

Glaswell and Hartland 2004, Dunbar, Brooks and Kubicka-Miller 2006,

Zainuriyah 2008) . Alat ini boleh digunakan semasa aktiviti penyelarasan

pemarkahan. Rubrik boleh meningkatkan darjah kebolehpercayaan pemeriksa

kerana semua pemeriksa tahu dan faham kriteria yang Cemerlang, Baik atau

Lemah dan mengaplikasikannya semasa memeriksa hasil kerja murid. Namum

terdapat prosedur yang perlu diikuti oleh guru sebelum memeriksa hasil kerja

murid seperti memahami kehendak tugasan, memahami kriteria untuk setiap

kategori dan berbincang dengan guru lain untuk mendapatkan persefahaman.

4.3 Contoh-contoh Rubrik Penskoran

Terdapat dua jenis rubrik iaitu;

1. Rubrik holistik

2. Rubrik analitik

Kedua-dua rubrik ini mempunyai fungsi yang berbeza. Rubrik holistik lebih

sesuai digunakan oleh pentaksir untuk memeriksa hasil kerja murid bagi

pentaksiran sumatif. Holistik bermakna keseluruhan atau secukupnya. Kaedah

holistik juga dikenali sebagai pendekatan general impression atau whole

impression berdasarkan perbandingan sesuatu sampel esei atau penulisan

kepada kriteria yang telah ditetapkan. Pendekatan holistik menggunakan nilai

absolute iaitu menggunakan skala yang kemudiannya diterjemahkan kepada

Cemerlang, Baik, Sederhana , Lemah atau Sangat lemah. Penskoran secara

holistik boleh mempercepatkan proses penskoran. Namun rubrik ini tidak dapat

memberikan maklumat yang jelas dan terperinci bagi setiap penskoran oleh itu ia

tidak sesuai untuk tujuan pentaksiran formatif.

8

Page 9: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

Rubrik analitik pula menyenaraikan kriteria secara terperinci. Rubrik ini

lebih sesuai digunakan untuk pentaksiran formatif kerana ia memberi maklumat

yang jelas dan terperinci terhadap setiap aspek yang ditaksir. Secara

langsungnya rubrik ini dapat membantu guru dan murid mengenali kelemahan

dan kekuatan bagi menguasai sesuatu konstruk atau standard kurikulum yang

diharapkan. Contoh rubrik holistik dan analitik tertera di Jadual 2 dan 3.

Jadual 2 Rubrik Holistik untuk penulisan Bahasa Inggeris Tahun 3

Category Criteria

Advance Appropriately writes on assigned, self-selected topics. Connects opinion, details and examples. Effective organization and sequencing, meaningful sentence structure, edits to eliminate most errors. Appropriate word choice

Proficient Appropriately writes on assigned or self-selected topics. Clear main ideas, interesting details, clear organization, sequencing, varied sentence structure, and edits to reduce errors. Almost appropriate word choice.

Basic Appropriately writes on assigned or self-selected topics. Clear main ideas, few details. Weak elements in the beginning , middle and end. Sentence structure lacks variety and contains error

Jadual 2 Rubrik Analitik untuk Penulisan Bahasa Inggeris Tahun 3

Category Attempt Organization Vocabulary

Advance Appropriately writes on assigned, self-selected topics.

Connects opinion, details and examples. Effective organization and sequencing, meaningful sentence structure, edits to eliminate most errors.

Appropriate word choice

Proficient Appropriately writes on assigned or self-selected topics.

Clear main ideas, interesting details, clear organization, sequencing, varied sentence structure, and edits to reduce errors.

Almost appropriate word choice.

9

Page 10: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

Basic Appropriately writes on assigned or self-selected topics.

Clear main ideas, few details. Weak elements in the beginning , middle and end.

Sentence structure lacks variety and contains error

1.0 Tugasan yang Memerlukan Rubrik Penskoran

Kurikulum Standard Sekolah Rendah menerangkan pelbagai standard

yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah. Standard prestasi pula ialah

tahap penguasaan murid terhadap sesuatu standard setelah menduduki

beberapa ujian. Di dalam standard kurikulum tercatat konstruk yang perlu

dipelajari dan dikuasai oleh murid. Jadual 4 menunjukkan beberapa contoh

standard prestasi atau konstruk yang sesuai diskor dengan rubrik oleh guru.

Jadual 4 Standard yang memerlukan rubrik

Mata pelajaran Standard Prestasi

Bahasa MelayuBahasa InggerisBahasa CinaBahasa TamilBahasa Arab

Kebolehan menulis karangan deskriptif, karangan fakta, karangan naratif dan karangan argumentatif

Kebolehan berdebat

Sains Menjalankan eksperimen Melukis lukisan saintifik Menulis laporan Membuat pemerhatian Membuat inferens Membina graf Menyelesaikan masalah

Matematik Menyelesaikan masalah

Sejarah Menjalankan kajian berpandu

6.0 Kesimpulan

PBS memberikan autonomi kepada guru untuk membina,mentadbir dan

memeriksa hasil kerja murid. Ini akan memberikan cabaran yang besar kepada

10

Page 11: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

guru untuk melaksanakan PP . Dalam masa yang sama kualiti ujian seperti

kesahan dan kebolehpercayaan perlu dijamin supaya masyarakat tidak

mempersoalkan integriti guru dan kualiti ujian yang di tadbirkan di sekolah oleh

guru. Namum ini tidak perlu menjadi halangan kepada guru untuk melaksanakan

tugas mereka sebagai pentaksir PP. Kaedah yang dicadangkan ialah dengan

membina rubrik penskoran yang jelas dan sesuai untuk memandu guru

memberikan skor yang tekal terhadap hasil kerja murid walau di mana guru

berada dan siapa yang mereka taksir. Ini ialah kerana rubrik boleh

mengurangkan ralat skor dengan menyediakan kriteria yang lebih objektif untuk

memeriksa hasil kerja murid yang subjektif supaya PP terjamin kualitinya.

Rujukan

Airasian, P. 1997. Empirician and values : two faces of educational changes.International Journal off Educational Research, 27:433-445

11

Page 12: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

American Educational Research Association. 1990. Standards for Educational and Psychological Testing. Washington D.C.

Baxter,G.P., Shavelson, R.J., Goldman,S.R. and Pine, J. 1992. Evaluation of procedure –based scoring for hands-on science assessment. Journal of educational Measurement 29(1):1-17.

Brown, G., Glaswell,K. and Hartland, D. 2004. Accuracy in the scoring of writing :studies of reliability and validity using New Zealand writing assessment system. Auckland Uniservices Limited : University of Auckland.

Black, P. Dan William, D. 1998. Inside the black box. Phi Delta Kappan. (80)2.

Chan Yuen Fook dan Paramjit Singh. 2006. Laporan kajian kerja kursus Geografi dan Sejarah. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dunbar,S.B., Koretz, D.M., and Hoover,H.D. 1991. Quality control in the development and use of performance assessment. Applied Measurement in Education.4(4),289-303.

Dunbar,N.E., Brooks,C.F. and Kubicka-Miller, T.2006. Oral communication skills in higher education: Using a performance-based evaluation rubric to assess communication skills. Innovative Higher Education.32(2): 115-128.

Gronlund, N.E. and Linn,R.L. 1990. Measuremant and Evaluation In Teaching. 6th Ed. New York: MacMillan Publishing Company

Herman,J.L., Aschbacher,P.R. and Winters, L. 1993. A Practical Guide to Alternative Assessment. University Of California

Linn, R, L. and Gronlund, N.E. 2000. Measurement and Assessment In Teaching. New Jersey: Prentice Hall.

Linn, R.L. and Miller, M.D.2005. Measurement and Assessment in Teaching. Colombus: Pearson Publication.

McMillan, J.H. 2004. Classroom Assessment : Principles and Practice for Effective Instruction. United States Of America : Pearson.

Mohd. Zohir Ahmad, Mohd. Daud Hamzah dan Shuki Osman. 2002. Bias pemarkahan Kerja Kursus PMR dan potensi fokus kajian dalam penaksiran Kerja Kursus Kendalian sekolah. Prosiding National Conference on School Based Assessment. Universiti Sains Malaysia.hlm.211-221

12

Page 13: Pembentangan_Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk an

Mokhtar Ismail, Hashimah Mohd. Yunus and Amran Abd. Samad. 2006. School based assessment: an expectation in Malaysia. Kuala Lumpur International Conference. Lembaga Peperiksaan.

Shavelson, R.J., Baxter, G.P., and Shavelson, R.J. 1993. On the stability of performance assessments. Journal of Educational Measurement,30,41-53.

Vacc,N.N. 1989. Writing evaluation: examining four teachers holistic and analytic score. The Elementary School Journal.90:87-95.

Zainuriyah Abdul Khatab. 2008. Reconceptualisation of the concept ‘Ability to conduct a research’ and developing an alternative assessment for geography. Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.

13