pembentukan msia

21
8/14/2019 pembentukan msia http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 1/21 Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan  percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan. Sebab pembentukan Malaysia 1. Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah  berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan  pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka. 2. Senario politik di Sarawak- Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau  bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah  bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis. 3. Mengimbangi penduduk- Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah

Transcript of pembentukan msia

Page 1: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 1/21

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka,Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supayaBrunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadiMalaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan.Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan

 percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yewditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapuramengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku AbdulRahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggaradi Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapuradigabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan inimenimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan PerpaduanMalaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah danSarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentanggagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satumemorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian

menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuatsyor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, PerjanjianMalaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysiadiisytiharkan.

Sebab pembentukan Malaysia

1. Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentangkegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunistelah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telahmenganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yangsejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Merekamenjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Padamulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah

 berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan

 pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluankiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluankomunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku AbdulRahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan

Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekatkemaraan mereka.

2. Senario politik di Sarawak- Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Lautyang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau

 bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakatCina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi olehkomunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruhkomunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yangdiperolehi dapat menentang ancaman komunis.

3. Mengimbangi penduduk- Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah

Page 2: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 2/21

 penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalaudigabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. PenggabunganTanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal inidisebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo

Utara ialah bumiputera.

4. Kemajuan ekonomi bersama- Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buahkawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telahmencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialahnegeri yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah danSarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah kekawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.

5. Mempercepatkan proses kemerdekaan- Penubuhan gagasan Malaysia bertujuanmempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British

 berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei danSingapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dankeselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.

Reaksi-reaksi negeri terlibat

1. Singapura - Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini keranaPETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal,

 perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka denganlebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan

 persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikutkeputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melaluigagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasaautonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.

2. Sabah dan Sarawak - Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk BarisanBersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itutermasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang DipertuaParti Negara Sarawak – PANAS), Dato' Mustapha bin Dato' Harun dan Donald Stephen (ahli

tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah danSarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas.Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniagaCina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selainitu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelummenyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia.Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), PertubuhanKebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negerimenganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayudan menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkatke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan

Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke

Page 3: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 3/21

 persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, JawatankuasaPerundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabahdan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (PengerusiPANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustaphaturut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan

Tunku Abdul Rahman.

3. Brunei - Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei(PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasanini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulusebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah danSarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menangdalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos danSeptember 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turutmenentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipinadan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB

melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannyaditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu.Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri danSultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun padamulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknyakepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak 

 berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan.Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.

eboss21-02-2009, 09:17 PM

Proses pembentukan Malaysia

1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggotaMajlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), LeeKuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:

a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia. b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di KotaKinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) danSingapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepadaSuruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:

a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia. b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.

c. Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.

Page 4: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 4/21

e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

2. Suruhanjaya Cobbold - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Iadipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiridaripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan MuhammadGhazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utamasuruhanjaya ini ialah:

a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. b. Membuat syor-syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50

 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebihmemorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepadaKerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.

Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:

a. 1/3 menyokong kuat Malaysia b. 1/3 menyokong dengan syaratc. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

a. Nama persekutuan baru – Malaysia. b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awamsecepat mungkin.f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera,kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan olehMajlis Undangan Negeri masing-masing.g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akanditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagimerangka Perlembagaan Malaysia.

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)- JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkaPerlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinyaialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah danSarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara.Antaranya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah. b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.

Page 5: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 5/21

c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.

Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan

memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.

27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak 13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.

Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh ParlimenTanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak. b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.

Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysiaapabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.

c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehinggaDewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.4. Pengisytiharaan Malaysia

Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberaparundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya,MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta SuruhanjayaPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yangdiketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963

Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963,

 penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

Penentangan gagasan Malaysia

1. Filipina - Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada BaronOverbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958.Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina jugamengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungandiplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usahadijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf 

Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

Page 6: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 6/21

2. Indonesia- Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKIdi bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancamIndonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarnomenerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia.Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak.

Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr.Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian,Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah danSarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesiamelancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu.Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:

a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia. b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya

yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat diPontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:

a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahanmengenai serangan Indonesia.

 b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.c. Britain memberi bantuan tentera.d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis

 propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasimenjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkankonfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkankonfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damaiditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding denganAdam Malik di Bangkok.

Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia 

Page 7: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 7/21

Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia

1.Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kauma.Ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961

 b.Dipengerusikan oleh Donald Stephens.c.FUNGSI :i. Berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.ii.Mengumpulkan pandangan penduduk d.Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysiae.Februari 1962 – ahlinya bersepakat mengemukakan memorandum kepada SuruhanjayaCobbold.

2. Suruhanjaya CobboldTerdiri daripada 3 orang pegawai British iaitui.Lord Cobbold

ii.Sir Anthony Abellii.Sir David Watherston

2 orang rakyat tempatan:i.Dato’ Wong Pow Neeii.Tan Sri Ghazali Shafie

Meninjau pendapat penduduk Sabah / Sarawak 

Laporan Suruhanjaya Cobbold1/3 penduduk Sabah & Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat

Page 8: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 8/21

1/3 menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi1/3 menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia

Cadangan Suruhanjaya Cobboldi.Perlembagaan Malaysia yang baru berasaskan PTM1957.

ii.Sabah Dan Sarawak diber kuasa menentukan dasar imigresennya.iii.B.Melayu sebagai bahasa kebangsaan.iv.Jaminan hak kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.v.Pemberian nama “Malaysia”vi.Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

3.Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)a. mula Ogos 1962

 b. Terdiri daripada wakil T,Melayu, Sabah, Sarawak dan Britain.c. Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Tun Abdul Razak.d. Hasil kerjasama kerajaan PTM dan Parti Perikatan, Malaysia telah ditubuhkan pada 16

September 1963

Saturday, October 31, 2009

Rujukan 

Buku

• Arkib Negara Malaysia, 1981. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur:

Percetakan Negara.• Means, G. P, 1976. Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton.

Page 9: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 9/21

• Mohd. Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

• Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke DalamPersekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .

• Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri dan Muslimin Fadzil, 2004. Sejarah

Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Rashid Aman dan Lee Veen, 2006. Ulang Kaji Target Terkini A++ PMRSejarah KBSM. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.

• Ruslan Zainuddin dan Fuziah Shaffie, 2001. Nota Lengkap SejarahMalaysia STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

• Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia (Edisi Kedua). Selangor:Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

•  _____________________ 2005. Malaysia Kita. Petaling Jaya: International LawBook Services.

Akhbar

Berita Harian, 16 September 1963

Berita Harian, 19 September 1963 

New York Times, 13 November 1961

Straits Times, 10 September 1963

The Sarawak Tribune,17 Ogos 1963

Internet

http://202.188.124.45/events/merdeka2005/bm/history5.htm  

http://members.lycos.co.uk/nabirz/formmal.htm

http://members.tripod.com/~smkdary/kandungan.htm 

http://www.lib.uum.edu.my/48merdeka/msia.htm 

Lawatan Ke Tempat Kajian

Page 10: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 10/21

Perpustakaan Negeri Sabah

Bangunan Ibu Pejabat, Perpustakaan Negeri Sabah, Jalan Tasik, off Jalan Maktab

Gaya, Kota

Kinabalu, Sabah

Posted by piggydevil at 9:40 PM 0 comments 

Sunday, May 07, 2006

Halangan Terhadap Penubuhan Malaysia Halangan Terhadap Penubuhan Malaysia

 Tindakan Parti Brunei

Pada awal tahun 1962, Sultan Omar melantik sebuah suruhanjaya bagi meninjau

pandangan rakyat Brunei tentang gagasan Malaysia, namun laporan ini tidak

pernah diterbitkan. Ini terjadi kerana pemimpin Parti Rakyat Brunei, A.M. Azahari

menentang dan menyatakan bahawa Brunei akan menjadi tanah jajahan

sekiranya menyertai Sarawak. Beliau mencadangkan penubuhan kerajaan

Kalimantan Utara yang terdiri daripada Brunei, Sabah dan Sarawak namun usul

ini ditolak oleh Majlis Undangan Negeri Brunei. A.M. Azahari membuat keputusan

memberontak dan mengisytiharkan kemerdekaan Kalimantan Utara pada 8Disember 1962. Namun pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan oleh

British. Rundingan diteruskan namun kata sepakat masih gagal dicapai. Akhirnya

Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia pada Julai 1963.

 Tuntutan Filipina ke atas Sabah

Pada Jun 1962, Kerajaan Filipina membuat tuntutan ke atas negeri Sabah bagi

pihak waris Sultan Sulu. Filipina mendakwa bahawa Sabah hanya dipajak dan

bukannya dijual oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent

pada tahun 1874. Pajakan itu juga didakwa telah dibatalkan pada tahun 1958.

kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut

Setelah gagasan Malaysia dikemukakan, kerajaan Tanah Melayu juga tidak

berhasrat untuk mengembalikan semula Sabah kepada Filipina atau menjadikan

isu tuntutan itu sebagai halangan kepada penubuhan Malaysia. Pada bulan

Februari 1963, kedua –dua pihak setuju berunding di London tetapi rundingan itu

gagal kerana kerajaan British enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas

Sabah. Oleh kerana tuntutan itu tidak dilayan, hubungan antara kedua-dua

negara itu menjadi renggang.

Konfrontasi Indonesia

Pada peringkat awal, Indonesia menyokong gagasan Malaysia. KerajaanIndonesia juga menyampaikan ucapan selamat atas usaha kerajaan Tanah

Page 11: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 11/21

Melayu itu dan mengharapkan pembentukan Malaysia akan berjaya. Dalam surat

Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang disiarkan oleh akhbar New York

 Times bertarikh 13 November 1961, beliau berkata:

As an example of our honesty and lack of expansionist intent, one fourth of the

island of Kalimantan (Borneo) consisting of three Crown Colonies of Great Britain,is now becoming the target of Malayan Government for a merger. Of course, the

people there are ethologically and geographically very close to the others living

in Indonesia territory. Still, we do not show any objection toward this Malayan

policy of merger. On the contrary, we wish the Malayan Government well if it can

succeed with this plan

Walau bagimanapun, tidak lama kemudian, sikap kerajaan Indonesia mula

berubah dan mengecam gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru

di Asia Tenggara. Perubahan sikap ini disebabkan hasutan daripada Parti

Komunis Indonesia (PKI) sehingga mendorong Presiden Sukarno mengisytiharkankonfrontasi terhadap Malaysia dari segi ekonomi dan sosial dengan melancarkan

kempen “Ganyang Malaysia”. Indonesia menuduh gagasan Malaysia mewakili

kuasa-kuasa neokolonialisme. Tindakan Indonesia menjadi lebih agresif sehingga

membawa kepada pencerobohan tentera di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan

Sarawak

Selepas pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963, hubungan diplomatik

dengan Indonesia diputuskan. Malaysia juga mengambil langkah mengadakan

perjanjian pertahanan dengan negara Britain, New Zealand dan Australia.

Konfrontasi mula reda selepas peristiwa Gestapo 30 September iaitu perebutan

kuasa antara Parti Komunis Indonesia dan Tentera Nasional Indonesia. Presiden

Sukarno sendiri tidak mengetahui bahawa pegawai-pegawai kanan tentera telah

berunding dengan wakil Malaysia di Bangkok dan Hong Kong. Tentera Indonesia

telah menumpaskan PKI pada bulan September 1965. Peralihan kuasa ini

membuka perdamainan antara Indonesia dan Malaysia. Pada Jun 1966, Tun

Abdul Razak dan Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia) telah berunding dan

menandatangani satu perjanjian di Bangkok bagi memulihkan hubungan antara

kedua-dua negara.

Gagasan MAPHILINDO

Berikutan dengan perbalahan di antara tanah Melayu dengan Indonesia dan

Filipina, satu sidang kemuncak diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos

1963 antara Presiden Sukarno, Presiden Macapagal dan Tunku Abdul Rahman.

Mereka bersetuju untuk mengadakan kerjasama antara ketiga-tiga negara

melalui satu pertubuhan kerjasama serantau. Gabungan ini dikenali sebagai

MAPHILINDO iaitu singkatan bagi Malaysia, Philippines dan Indonesia.

Pemimpin Indonesia dan Filipina bersetuju untuk menerima penubuhan Malaysia

dengan syarat sebuah suruhanjaya khas di bawah penyeliaan PertubuhanBangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk meninjau pandangan rakyat di

Page 12: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 12/21

Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. PBB telah menghantar satu

suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore untuk meninjau

pandangan rakyat Sabah dan Sarawak serta meneliti kerja-kerja yang ditugaskan

oleh Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya Khas PBB telah menjalankan tugas dari

16 Ogos hingga 5 September 1963.

 Tinjauan yang dibuat PBB menghasilkan satu keadaan yang positif iaitu rakyat

Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Persekutuan Malaysia. Namun

begitu, Kerajaan Indonesia dan Filipina tetap menolak akan keputusan itu.

Penubuhan Malaysia yang dirangcangkan pada 31 Ogos 1963 telah ditangguh

kerana PBB tidak dapat menyiapkan laporannya pada tarikh tersebut tetapi

berjanji akan menyiapkan laporannya pada 14 September 1963. Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu telah menetapkan tarikh baru iaitu 16 September

1963 untuk mengisytiharkan kelahiran Malaysia. Keputusan ini telah mendapat

bantahan dan bangkangan hebat dari Indonesia. Apabila Setiausaha Agung PBB

mengemukakan laporannya, dan Filipina tetap menolak keputusan laporan PBBitu.

Posted by piggydevil at 11:34 PM 5 comments 

proses pembentukan malaysia 

Proses Pembentukan Malaysia

 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC),1961

Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(MSCC)

ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa iniberperanan untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada orang ramai

terutamanya di Borneo dan mengumpul pelbagai pandangan tentang Malaysia di

 Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-

wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

-----another table here-Anggota Perwakilan Dalam Majlis Perundingan Perpaduan

Malaysia (MSCC)------

MSCC ingin melihat gagasan Malaysia menjadi kenyataan dan kerana itu mereka

berusaha mencapai permuafakatan. Mesyuarat dan rundingan telah diadakan

sebanyak empat kali di

a. Jesselton(21 Ogos 1961)

b. Kuching (18 Disember 1961)

c. Kuala Lumpur (6 Januari 1962)

d. Singapura (1 Februari 1962)

MSCC juga telah menyediakan memorandum yang berasaskan Perlembagaan

 Tanah Melayu dan menyatakan

a. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan Islam dijadikan agama rasmi

b. Setiap rakyat diberi kebebasan agama

Page 13: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 13/21

c. Sabah dan Sarawak diperuntukkan beberapa keistimewaan seperti dalam

bidang imigresen untuk mengawal kemasukan orang ramai ke wilayah itu

d. Kedudukan istimewa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dikekalkan

e. Perwakilan dalam parlimen adalah berdasarkan jumlah penduduk serta

keluasan sesebuah kawasan

Suruhanjaya Cobbold

Satu suruhanjaya dibentuk untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan

Sarawak. Suruhanjaya ini dinamakan Suruhanjaya Cobbold sempena nama

mengerusinya, Lord Cobbold.

Ahli suruhanjaya

o Lord Cobbold

o Sir Anthony Abell

o Sir David Watherston

o Mohd. Ghazali bin Shafieo Wong Pow Nee

Bidang Tugas

o Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang rancangan

penubuhan Malaysia

o Menilai kesemua pandangan yang diberi

o Membuat syor-syor yang bersesuaian

Suruhanjaya ini menjalankan penyiasatan selama 2 bulan iaitu dari 19 Februari

hingga 18 April 1962 . Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepadakerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British pada bulan Jun 1962.

Laporan ini mengesahkan bahawa 80 % penduduk Sabah dan Sarawak

menyokong penubuhan Malaysia iaitu

a. ⅓ menyokong pembentukan Malaysia tanpa mengambil kira syarat-syarat

percantuman

b. ⅓ lagi setuju dengan pembentukan Malaysia dengan pelbagai syarat dan

 jaminan yang mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.

c. Baki ⅓ pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pihak yang mahukan supaya

kedua-dua negeri merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia dan mereka

yang mahu British terus memerintah untuk beberapa tahun lagi.

Penduduk yang menentang pembentukan Malaysia dengan apa jua syarat

adalah hanya 20% daripada keseluruhan penduduk di Sabah dan Sarawak.

Antara syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold adalah:

a. Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan “Malaysia”

b. Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri mereka sendiri

c. Majlis perundangan Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan dasar

agama dan imigresen

d. Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan pembangunan

ekonomi di Sabah dan Sarawake. Kedudukan bumiputera dikekalkan.

Page 14: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 14/21

f. Sabah dan Sarawak diberi bantuan kewangan bagi pembangunan ekonomi

untuk tempoh lima tahun pertama selepas menyertai Malaysia

Pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan Tanah Melayu mengumumkan bahawa

kedua-dua kerajaan menerima dengan sebulat suara hampir semua cadangan

yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan menetapkan Malaysia ditubuhkanpada 31 Ogos 1963 kerana hari kemerdekaan Tanah Melayu jatuh pada tarikh

yang sama. Sabah dan Sarawak juga setuju dengan tarikh tersebut. Seiring

dengan itu, satu Jawatankuasa Antara Kerajan (JAK) dibentuk.

 Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK)

 JAK dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia di samping

melindungi hak serta kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. JAK diketuai

oleh Lord Landsdowne sebagai pengerusi, Dato’ Abdul Razak sebagai timbalan

pengerusi serta wakil-wakil daripada kerajaan British, Singapura, Sabah dan

Sarawak.

 JAK menerima pandangan daripada pelbagai pihak, khususnya dari Sabah dan

Sarawak tentang kedudukan kedua-dua negeri tersebut dalam Persekutuan

Malaysia. Wakil-wakil dari Sabah menghantar satu memorandum yang

mengandungi 20 Perkara untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah.

Walaupun para pemimpin Sarawak tidak menghantar sebarang tuntutan, tetapi

mereka bersetuju dengan perkara ynag terkandung dalam Tuntutan 20 Perkara.

 JAK mengeluarkan laporannya pada bulan Februari 1963. Laporan itu

dibincangkan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan diikuti olehSabah pada 13 Mac 1963 sebelum dibentangkan dalam Persidangan Parlimen

 Tanah Melayu dan diluluskan sebagai Akta Malaysia, 1963

-----table:Antara beberapa perkara penting dalam Tuntutan 20 Perkara Sabah

dan laporan Jawatankuasa Antara Negeri-----

Laporan JAK menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di

London pada 8 Julai 1963. Menerusi perjanjian itu, kerajaan British bersetuju

memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang akan

bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu melalui pembentukan Malaysia.

Pungutan Suara Di Singapura

Pungutan suara atau referendum yang diadakan pada 1 September 1962

bertujuan untuk menentukan syarat-syarat yang dipersetujui oleh penduduk

Singapura untuk bercantum dengan persekutuan Tanah Melayu dan bukannya

bermakna penduduk Singapura berpeluang menolak rancangan Malaysia.

Pengundi diberi tiga pilihan iaitu

a. Pilihan A – percantuman yang memberikan Singapura kuasa autonomi dalam

buruh, pelajaran dan perkara-perkara lain dan dengan sendirinya rakyat

Singapura menjadi rakyat Malaysiab. Pilihan B – percantuman penuh tanpa syarat bagi Singapura sebagai negeri

Page 15: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 15/21

yang sama taraf dengan 11 buah negeri-negeri Melayu yang lain

c. Pilihan C – percantuman dengan syarat-syarat yang sama seperti yang

diberikan kepada wilayah-wilayah Borneo.

Semasa pungutan suara dijalankan, Barisan Sosiolis (Socialist Front) meneruskan

tentangan dengan meminta penduduk Singapura untuk memulangkan kertasundi kosong sebagai tanda bantahan. Kerajaan Singapura menegaskan bahawa

sesiapa yang memulangkan kertas undi kosong dianggap sebagai orang yang

belum membuat keputusan. Oleh itu, undi mereka ditakrifkan mengikut Artikel

29, Ordinan Pungutan Suara yang menyebut bahawa sesiapa yang

memulangkan kertas undi kosong tanpa ditanda dianggap sebagai bersetuju

dengan sebarang keputusan Majlis Undangan Singapura.

hasil referendum ini mendapati

- 397626 penduduk menyokong pilihan A - 7911 penduduk penyokong pilihan C

- 9422 penduduk menyokong pilihan B - Sebanyak 144077 undi rosak

Sumber: Department of Information Malaysia 1963. Malaysia in Brief. Kuala

Lumpur: Department of Information Malaysia 

Posted by piggydevil at 11:23 PM 0 comments 

perisytiharan malaysia 

Pengisytiharaan Malaysia

Selepas rundingan terakhir antara semua pihak yang terlibat, perjanjian Malaysiaditandatangani pada 8 Julai 1963 di Marlborough House, London antara kerajaan

Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Perisytiharan ini mengesahkan peralihan kedaulatan Britain ke atas Singapura,

Sabah dan Sarawak.

Perisytiharan Malaysia

16 September 1963Perisytiharan Malaysia secara rasminya dibuat pada 16

September 1963 secara serentak di Kuala Lumpur, Singapura, Jesselton dan

Kuching

------diagram: langkah-langkah ke arah pembentukan malaysia-----

Posted by piggydevil at 11:22 PM 0 comments 

pemisahan singapura 

Pemisahan Singapura

Sebab-sebab Pemisahan

 Terdapat tiga punca pertikaian antara Malaysia dengan Singapura iaitu:

a. Masalah politik

Pada bulan November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan politikPAP akan hanya terbatas di Singapura dan parti itu tidak bercadang untuk

Page 16: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 16/21

mengambil bahagian dalam pilihan raya Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun

selepas penyatuan. PAP kemudiannya mengubah keputusan dan bergiat aktif di

 Tanah Melayu dengan bertanding dalam Pilihan Raya 1964.

 Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu

kerana penglibatan PAP yang terlalu awal di Tanah Melayu akan menjejaskanperpaduan kaum dan hubungan UMNO dengan MCA. Malah, PAP juga berminat

untuk menggantikan MCA bagi mewakili Kaum Cina dalam kerajaan.

b. Masalah perkauman

Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang akibat beberapa

peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu

di negeri itu masih merasakan diri mereka ‘diabaikan’ dan kerajaan Singapura

tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka, keadaan ini

menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di Singapura.

Beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu kemudiannya menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin

serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin

PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.

c. Konsep Malaysian Malaysia

Sikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’

tidak disenangi pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah menafikan institusi

Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia Solidarity Convention

dengan slogan ‘a democratic Malaysian Malaysia’ sebagai satu pakatan di

kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan. Beliau inginmewujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua’ melalui satu ideologi politik,

sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.

d. Masalah ekonomi

Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai.

Hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan

40% untuk kerajaan persekutuan. Memandangkan beban cukai Singapura adalah

paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan akibat konfrontasi

dengan Indonesia, kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula

agihan hasil itu yang menetapkan Singapura menyerahkan 60 % dan bukan lagi40% hasilnya. Cadangan ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati

pemimpin Singapura

Pada bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan

pengusaha di Singapura untuk berunding dahulu dengan kerajaan persekutuan

tentang perlindungan tarif sebelum membuka kilang. Arahan ini telah

menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat

liputan luas media.

Penyingkiran SingapuraMenjelang bulan Mei 1965, hubungan antara Singapura dan Kuala Lumpur terus

Page 17: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 17/21

tegang hingga membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Akhirnya beliau

memaklumkan keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun

Abdul Razak dan Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman. Pada 9 Ogos 1965, Tunku

membuat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai perpisahan Singapura

daripada Malaysia.

Posted by piggydevil at 11:11 PM 2 comments 

Idea Pembentukan Malaysia 

Idea Pembentukan Malaysia

Rancangan Pembentukan Awal Malaysia

Cadangan awal untuk menyatukan Tanah Melayu dan Wilayah Borneo telah mula

difikirkan sejak akhir abad ke-19. Pada tahun 1883, Lord Brassey, salah seorang

pengarah Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Company)

mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan British. Perkara ini pernahdibincangkan oleh kabinet British pada tahun 1888 dan sekali lagi pada 1932.

Namun begitu, cadangan ini lenyap begitu sahaja kerana tiada tindakan susulan

yang diambil.

Selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1947, sekali lagi cadangan yang

sama disuarakan oleh Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi British di Asia

 Tenggara. Di Singapura pula, syor untuk mencantumkan Tanah Melayu, Brunei,

Sarawak dan Sabah (Boneo Utara) mula dicetuskan oleh Thio Chan Bee. Beliau

yang merupakan seorang ahli Majlis Perundangan Singapura merangkap Naib

Presiden Parti Progresif mengemukakan pandangan ini pada tahun 1948 dandiulangi semula tiga tahun berikutnya. Cadangan ini disokong oleh Sir Robert

Boothy seorang ahli parlimen Komanwel yang berpendapat penyatuan ini akan

memberi keuntungan dari segi ekonomi dan strategi. Namun sambutan dari

kerajaan British nampaknya terus dingin.

Pada tahun 1955, Menteri Singapura, David Marshall dan Tan Sri Ghazali Shafie

 juga pernah menyuarakan cadangan ini. Pada 1959, pemimpin Parti Tindakan

Rakyat (PAP) Singapura, Lee Kuan Yew membuat cadangan untuk

mencantumkan Singapura dengan persekutuan Tanah Melayu namun ditolak

oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang masalah sosial akan timbul akibat

ketidakseimbangan di antara kaum Melayu dan Cina

Cadangan Tunku Abdul Rahman

“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-

rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal

untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai,

namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan

memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada

satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini

Dalam

Page 18: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 18/21

Page 19: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 19/21

action by the Communists, which might endanger the peace, and security of the

Federation, but an independent Singapore, anything could happen…”

Sumber: Mohd Noor Abdullah, 1979.

PerkaumanWalaupun penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dapat

menyekat pengaruh komunis, namun isu berkenaan keseimbangan kaum pula

timbul. Ini disebabkan jumlah orang Cina akan melebihi orang Melayu kerana

lebih kurang 75% penduduk Singapura terdiri daripada orang Cina.

Sekiranya Singapura bersatu dengan Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak,

penduduk Cina akan menjadi 55.925% berbanding dengan kaum bumiputera

yang berjumlah 32.135% daripada kepada jumlah keseluruhan penduduk. Jika

Sabah dan Sarawak bersatu dengan Tanah Melayu dan Singapura, masalah ini

sedikit sebanyak dapat diatasi. Jumlah penduduk bumiputera akan menjadi49.65% manakala orang Cina pula 41.72%

------ there is supposed to be "Anggaran penduduk Malaysia mengikut kaum,

Disember 1964." here.. but i dont think i have the time now to put the table

here.. i forgot about the html codes. so it might take me ages to put it here. i'll

put it some time later.. i would have put it now if i dont have class tommorow,

but sadly i have.. so i'm rushing la this..hehe.. oh! dont bother about my

grammar. lol!---------

Latar Belakang Yang Hampir Sama

Negeri-negeri yang dicadangkan menyertai Malaysia dianggap mempunyai latar

belakang yang sama dari segi ekonomi, pentadbiran dan sejarah yang sama.

Penubuhan Malaysia membolehkan negeri-negeri ini berkongsi faedah

terutamanya dari segi perdagangan, pasaran, pelaburan asing dan kestabilan

politik.

Mempercepatkan Kemerdekaan

Pembentukan Malaysia merupakan jalan pintas bagi Singapura, Sabah dan

Sarawak mendapat kemerdekaan tanpa berusaha bersendirian. Kerajaan Britishtidak yakin untuk memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini kerana

ancaman komunis. Melalui penubuhan Malaysia, penjajahan British di Asia

 Tenggara dapat dihapuskan. Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan

Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang

meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi

1514(XV). Antara lain, resolusi itu menegaskan:

“Convinced that all peoples have as inalienable right to complete freedom, the

exercise of their sovereignty and the integrity of the national territory”

“Declares that all peoples have the right to self-determination, by virtue of that

Page 20: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 20/21

right, they freely determine their political status and freely pursue their

economic, social and cultural development””

Sumber: Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam

Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka . 

Posted by piggydevil at 10:46 PM 2 comments 

reaksi dan sambutan 

Reaksi dan Sambutan

Persekutuan Tanah Melayu

Pada umumnya, rancangan pembentukan Malaysia yang dicadangkan oleh

 Tunku Abdul Rahman mendapat sambutan baik daripada parti-parti politik di

 Tanah Melayu. Kesemua parti politik bersetuju dengan prinisip tersebut tetapi

berbeza pendapat tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Misalnya, PASwalaupun menerima cadangan itu tetapi mempersoalkan tindakan Tunku kerana

tidak berunding dengan para pemimpin politik yang lain sebelum

mengumumkannya. PAS juga mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang

merangkumi Indonesia. Parti-parti lain seperti MCA dan Parti Rakyat Malaya juga

menyatakan sokongan masing-masing.

Singapura

Kerajaan PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyambut baik dan

menyokong cadangan itu. Gagasan ini dapat pengelakkan Singapura daripada

dikuasai oleh parti berhaluan kiri. PAP juga melihat cadangan tersebut sebagaipeluang baik untuk membolehkan Singapura mencapai kemerdekaan dengan

lebih cepat.

Workers’ Party walaupun setuju, tetapi melihat cadangan tersebut sebagai

sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura menentang

cadangan itu dan mengaggapnya sebagai satu rancangan kerajaan British untuk

terus mengekalkan pengaruhnya.

Sabah, Sarawak dan Brunei

Cadangan penubuhan Malaysia telah memeranjatkan para pemimpin parti-parti

politik di Sabah, Sarawak dan Brunei. Akibat kesedaran politik yang baru muncul

yang baru muncul, ada antara pemimpin yang ingin mendapatkan kemerdekaan

bagi negeri masing-masing secara berasingan atau membentuk sebuah

Kesatuan Negeri-negeri Borneo yang merdeka. Ada antara mereka yang

menganggap rancangan pembentukan Malaysia sebagai satu helah untuk

meluaskan kuasa Tanah Melayu bagi menggantikan penjajahan British. Oleh

sebab kebimbangan itu, para pemimpin politik di Borneo telah membentuk satu

Barisan Bersatu (United Front) pada 9 Julai 1961. Barisan Bersatu ini dianggotai

oleh Donald Stephen iaitu pengasas Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu

(UNKO), Ong Kee Hui iaitu Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan

A.M Azahari, Pengerusi Parti Rakyat Brunei. Setiausaha Agung Parti Kebangsaan

Page 21: pembentukan msia

8/14/2019 pembentukan msia

http://slidepdf.com/reader/full/pembentukan-msia 21/21

Sarawak (SNAP), Stephen Kalong Ningkan menentang usaha meletakkan

Sarawak di bawah sebarang kuasa asing . Bantahan-bantahan ini timbul kerana

mereka tidak mendapat maklumat lengkap daripada kerajaan Tanah Melayu

tentang rancangan penubuhan Malaysia sehingga ada antaranya yang membuat

kenyataan secara terburuh-buru.

Walau bagaimanapun, setelah mendapat penjelasan daripada kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu, parti-parti di Sabah seperti UNKO, Pertubuhan

Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Bersatu, Parti Demokratik, Pasok

Momogun akhirnya menyokong pembentukan Malaysia. Parti Perikatan Sabah di

bawah pimpinan Donald Stephens dan Tun Mustapha bin Datu Harun yang terdiri

daripada semua parti politik di Sabah telah memenangi pilihan raya Majlis

Daerah yang pertama pada tahun 1962. Ini menunjukan kesepakatan rakyat

Sabah untuk menyertai Malaysia

Di Sarawak pula, Parti Negara Sarawak(PANAS) dan Parti KebangsaanSarawak(SNAP) pada awalnya menentang tetapi akhirnya menyokong cadangan

pembentukan Malaysia. Parti-parti lain seperti Barisan Rakyat Jati Sarawak

(BARJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak

(SCA) juga menyokong usul tersebut. Walau bagaimanapun Parti Bersatu Rakyat

Sarawak (SUPP) menentang usul tersebut kerana berpendapat Sarawak patut

bersatu dengan Sabah dan Brunei. Akhirnya, kesemua parti politik di Sarawak

kecuali SUPP telah membentuk parti Perikatan Sarawak dan memenangi Pilihan

raya Majlis Daerah pada tahun 1963.

Di Brunei pula, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong cadangan Malaysia dan

menyifatkan cadangan itu sebagai sesuatu yang menarik hati kerana wujudnya

‘tali perhubungan agama, bangsa, adat resam dan kebudayaan’ antara kedua-

dua negeri. Brunei juga memerlukan Tanah Melayu bagi melindungi daripada

Filipina dan Indonesia Sokongan ini jelas dilihat dalam kenyataan baginda

sendiri, iaitu

“… bahawa Brunei bersetuju pada dasarnya untuk menyertai Malaysia sekiranya

dalam persekutuan itu bersesuaian dengan kehendak kita dan boleh

mendatangkan faedah kepada kita”

Sumber: Sabihah Osman, 1995