PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN VB … · adat resam tempatan. Mereka juga akan...
Transcript of PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN VB … · adat resam tempatan. Mereka juga akan...
NO SOALAN : 52
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN:
LIS AN
VB DATO' HAJIIRMOHIZAM BIN HAJIIBRAHIM (KUALA SELANGOR)
08.10.2014 (RABU)
Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) apakah usaha-usaha Kerajaan untuk mengelakkan
masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan anggota
dan pegawai yang berkhidmat di luar negeri; dan
(b) sejauh manakah tindakan lanjut Kerajaan terhadap
mereka yang gagal melaksanakan tugas dan
tanggungjawab termasuk melanggar peraturan
ditetapkan.
OR/Masy Ketigai[Salah laku dan dlsiplin anggota dan peg dan tindakan lanjut]· 25.9.14
1
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Pelbagai langkah diambil oleh pihak Kerajaan
khususnya Angkatan Tentera Malaysia {ATM} dalam
memastikan tiada kes salah laku dan pelanggaran disiplin
yang melibatkan pegawai dan anggota ATM yang berkhidmat
di luar negara. Di antara langkah-langkah sedia ada
merangkumi:
(1) Tapis an Keselamatan. Ia bertujuan supaya pegawai
atau anggota bebas dari kes jenayah, tuntutan saman
sivil atau dalam siasatan oleh mana-mana agensi
penyiasat Kerajaan.
(2) Kursus Kelayakan. Semua pegawai dan anggota
yang dipilih dikehendaki menghadiri Kursus Penasihat
Pertahanan bagi peringkat Pegawai dan Kursus Staf
Pembantu Pertahanan bagi anggota Lain-lain Pangkat
sebagai pendedahan awal perkara berkaitan
pentadbiran, kewangan, protokol, logisitik, budaya dan
adat resam tempatan. Mereka juga akan ditumpangkan
kepada Direktorat atau Jabatan berkaitan semasa di
dalam negara untuk tujuan familiarization sebelum
melapor ke tempat yang baru.
DR/Masy Ketiga/[Salah laku dan disiplin anggota dan peg dan tlndakan lanjut]· 25.9.14
2
(3) Panel Pemilihan. Proses pemilihan bagi jawatan
sebagai Penasihat Pertahanan akan ditetapkan melalui
Majlis Angkatan Tentera (MAT) manakala proses
pemilihan Staf Pembantu Pertahanan, dibuat melalui
Lem baga yang dipengerusikan oleh Pegawai Kanan
berpangkat Kolonel dari ATM sebelum disyorkan untuk
persetujuan pihak atasan ATM.
Sekiranya terdapat mana-mana pegawai ataupun
anggota tentera yang melanggar peraturan yang ditetapkan,
langkah dan tindakan yang akan diambil adalah berdasarkan
kepada peruntukan didalam Konvensyen Vienna 1961.
Kesemua pegawai dan anggota ATM yang terlibat dengan kes
di negara penerima, dalam apa jua keadaan masih boleh
disiasat dan dibicarakan di bawah Akta Angkatan Tentera
1972.
DR/Maay Ketlga/[Salah laku dan dlslplin anggota dan peg dan tindakan lanjut]· 25.9.14
3
NO. SO ALAN: 53
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LIS AN
DARIPADA TUAN HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ]
TARIKH 8 OKTOBER 2014
RUJUKAN 7354
SOALAN:
Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan kenapa Kerajaan begitu lambat mengambil
tindakan terhadap pertubuhan-pertubuhan haram seperti Pasukan
Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang dan nyatakan apakah
jenis-jenis kesalahan yang telah dilakukan oleh PPS.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] memperuntukkan mana-mana
pertubuhan yang ingin bergerak secara sah perlulah berdaftar
dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Kegagalan mana-mana pertubuhan untuk berbuat demikian akan
berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 6
(3) iaitu, "Sesiapa yang melakukan perlanggaran terhadap
Seksyen 6 (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila
disabitkan, bolehlah dikenakan denda tidak lebih daripada lima
ribu ringgit, dan jika perlanggaran itu adalah suatu perlanggaran
yang berlanjutan, maka orang itu bolehlah dikenakan denda
tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari
perlanggaran itu dilanjutkan selepas hari yang pertama".
Peruntukan di bawah Seksyen 2 Akta yang sama pula ada
menyebut bahawa sekumpulan tujuh (7) orang atau lebih adalah
memenuhi tafsiran sebagai sebuah pertubuhan tidak kira apa jua
jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal dan
sewajarnya mengambil tindakan untuk membuat permohonan
pendaftaran pertubuhan.
Berhubung dengan status Pasukan Peronda Sukarela (PPS)
Pulau Pinang pula, rekod Kementerian menunjukkan bahawa
PPS Pulau Pinang tidak pernah momohon untuk didaftarkan di
2
bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]. Sehubungan dengan
itu, bagi perkara-perkara berkaitan PPS Pulau Pinang,
Kementerian ini tidak bercadang untuk mendedahkan secara
terperinci perkara tersebut kerana dikhuatiri akan mengganggu
siasatan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan JPPM yang
sedang berjalan.
3