PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

21

Transcript of PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

Page 1: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan
Page 2: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

PEMBERITAHUAN

Tatacara Memproses Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Di Peringkat Negeri

Sembilan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) (Pindaan) 2017

[Akta A1522] Berpandukan Manual Penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial

Bagi Projek Pembangunan (Edisi Ke-2), 2018 ini telah dipersetujui oleh

Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 3/2020 pada 9 Jun 2020.

.

EDISI 1 JUN 2020

Berpandukan Manual Penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek Pembangunan (Edisi Ke-2), 2018

PLANMalaysia@Negeri Sembilan

Perancangan Melangkaui Kelaziman Planning : Beyond Conventional

(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SEMBILAN)

Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri, 70646 Seremban, Negeri Sembilan www.jpbd.ns.gov.my

Page 3: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

i

ISI KANDUNGAN m/s SENARAI JADUAL ii SENARAI RAJAH ii 1.0 PENGENALAN 1 1.1 Tujuan 1 1.2 Definisi Penilaian Impak Sosial (SIA) 1 1.3 Prinsip Dalam SIA 1 1.4 Faedah SIA 2 2.0 KRONOLOGI PENERIMAAN, PEMAKAIAN SERTA PEWARTAAN

AKTA A1522 DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 3

3.0 KATEGORI SIA 4 3.1 SIA Kategori 1 4 3.2 SIA Kategori 2 6 3.3 SIA Kategori 3 7 4.0 PENILAIAN LAPORAN SIA 8 4.1 Panel Penilai Laporan 8 5.0 PROSEDUR KELULUSAN PERMOHONAN ULASAN LAPORAN

PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT PLANMALAYSIA@NEGERI SEMBILAN

12

5.1 Prosedur Penilaian SIA (Kategori 3) 12 6.0 PENUTUP 13

Page 4: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

i

SENARAI JADUAL m/s Jadual 1.1 : Senarai Projek Pembangunan Bagi SIA Kategori 1 4 Jadual 1.2 : Senarai Projek Pembangunan Bagi SIA Kategori 2 6 Jadual 1.3 : Senarai Projek Pembangunan Bagi SIA Kategori 3 8 Jadual 1.4 : Keanggotaan Panel Penilai Laporan SIA Peringkat

Persekutuan 8

Jadual 1.5 : Keanggotaan Panel Penilai Laporan SIA Peringkat

Negeri Sembilan 9

SENARAI RAJAH m/s Rajah 1.1 : Prosedur Penilaian Laporan SIA (Kategori 1 dan

Kategori 2) 10

Rajah 1.2 : Prosedur Penilaian Laporan SIA (Kategori 3) 11

ii

Page 5: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

1

1.0 PENGENALAN 1.1 Tujuan

Buku Panduan ini disediakan bagi menjelaskan tatacara pemprosesan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) di peringkat Negeri Sembilan selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) (Pindaan) 2017 (Akta A1522). Ia juga sebagai panduan kepada penggerak projek dan perunding SIA di dalam penyediaan laporan SIA supaya laporan yang disediakan berkualiti dan dapat membantu proses membuat keputusan yang berkesan, serta mengurus isu-isu sosial yang terhasil daripada sesuatu projek pembangunan. Kandungan buku panduan ini merangkumi aspek-aspek fungsi, peranan, kronologi penerimaan, pemakaian serta pewartaan Akta A1522, keahlian Panel Penilai SIA dan tatacara pemprosesan permohonan ulasan laporan SIA di peringkat Negeri Sembilan. Dalam penyediaan buku panduan ini „Manual Penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Bagi Projek Pembangunan Edisi ke-2, PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) 2018 adalah dirujuk. Oleh itu, penggerak projek hendaklah menyediakan Laporan SIA berpandukan kepada manual tersebut.

1.2 Definisi Penilaian Impak Sosial (SIA)

SIA didefinisikan sebagai satu proses menganalisis, memantau dan mengurus impak sosial yang dijangka berlaku atau yang tidak terjangka sama ada impak positif atau negatif, ke atas sesuatu langkah intervensi (dasar, program, pelan dan projek) dan apa-apa proses perubahan sosial yang terhasil daripada langkah intervensi tersebut.

(The International Principles for Social Impact Assessment, 2015).

1.3 Prinsip Dalam SIA

Prinsip-prinsip utama di dalam menyediakan laporan SIA adalah seperti berikut:

a. Kesaksamaan dijadikan sebagai asas pertimbangan dan

perancangan pembangunan. b. Kebanyakan impak sosial dapat dijangkakan dan diurus.

c. Sebarang cadangan pembangunan boleh diubah bagi

mengurangkan impak sosial negatif dan meningkatkan impak positif.

Page 6: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

2

d. SIA hendaklah menjadi komponen penting di dalam proses pembangunan dan melibatkan semua peringkat dari peringkat awal sehingga peringkat audit susulan.

e. Perlu ada fokus kepada kemampanan sosial di mana dengan adanya SIA dapat menyumbang kepada penentuan opsyen pembangunan yang optimum.

f. Di dalam cadangan pembangunan dan penilaian yang dilaksanakan, faktor pengukuhan modal insan bagi komuniti setempat dan proses-proses demokrasi perlu dititikberatkan.

g. Bagi sebarang cadangan pembangunan yang mempunyai impak yang tidak dapat dielakkan, langkah bersesuaian perlu dikenal pasti bagi memastikan komuniti terjejas mendapat manfaat.

h. SIA hendaklah mengambil kira alternatif-alternatif bagi cadangan pembangunan, terutamanya pembangunan yang melibatkan impak yang tidak dapat dielakkan.

i. Pertimbangan sepenuhnya hendaklah diberi kepada langkah mitigasi impak sosial dan alam sekitar, walaupun komuniti setempat bersetuju dengan cadangan pembangunan yang telah dirancang.

j. Pengetahuan dan pengalaman serta perbezaan nilai budaya setempat hendaklah diterapkan di dalam penilaian yang dijalankan.

k. Tiada keganasan, gangguan, ugutan dan paksaan di dalam penilaian atau pelaksanaan projek.

(The International Principles for Social Impact Assessment, 2015).

1.4 Faedah SIA

Faedah-faedah yang boleh diperolehi hasil daripada penyediaan SIA adalah seperti berikut:

a. Kesaksamaan sosial dan ekuiti. b. Penerimaan masyarakat terhadap projek pembangunan.

c. Memaksimumkan faedah-faedah sosio ekonomi dan

meminimumkan kos.

d. Mempertingkatkan keberkesanan projek melalui pengetahuan dan pengalaman tempatan.

e. Membangunkan kapasiti masyarakat.

Page 7: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

3

f. Melindungi golongan mudah terjejas (vulnerable group).

Faedah-faedah menjalankan SIA kepada pihak kerajaan, masyarakat dan sektor swasta adalah seperti berikut:

a) Kerajaan

i. Dasar inklusif kerajaan dapat dilaksanakan di mana semua

golongan dapat menikmati hasil kemakmuran negara melalui kaedah SIA.

ii. Proses membuat keputusan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan berasaskan maklumat dan analisis yang telah dibuat.

b) Masyarakat

i. Sebagai kaedah melaksanakan Pembangunan Sosial iaitu

meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat. ii. Pandangan serta aspirasi masyarakat dijadikan input yang

penting di dalam perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan melalui penyertaan awam yang berkesan.

c) Sektor Swasta

i. Projek dapat berjalan lancar tanpa ada gangguan. ii. Mencegah kesilapan dan kos luar jangka yang perlu ditanggung.

Walaupun SIA memberi fokus kepada kemampanan sosial, ianya juga bertujuan ke arah memupuk penggerak projek untuk menjadi rakan kepada komuniti di dalam menerapkan perubahan sosial positif bagi meningkatkan kesejahteraan sesuatu komuniti khususnya mereka yang terpinggir, terabai dan kumpulan yang kurang bernasib baik di dalam komuniti.

SIA di peringkat projek pembangunan merupakan satu alat membuat keputusan yang berkesan bagi memastikan isu-isu sosial dapat ditangani, yang meliputi impak sosial dan proses perubahan sosial yang terhasil daripada sesuatu projek pembangunan.

2.0 KRONOLOGI PENERIMAAN, PEMAKAIAN SERTA PEWARTAAN AKTA

A1522 DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

2.1 Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Sembilan Bil.5/2019. Jawatankuasa Perancang Negeri Bil 5/2019 yang bersidang pada 14 Mei 2019 telah bersetuju terhadap penerimapakaian dan pewartaan Akta A1522 di Negeri Sembilan.

Page 8: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

4

2.2 Kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada 5 Januari 2020 telah menimbangkan dan Meluluskan penerimaan, pemakaian serta pewartaan Akta A1522 di peringkat Negeri Sembilan.

3.0 KATEGORI SIA

Terdapat tiga (3) kategori SIA seperti berikut:-

3.1 SIA Kategori 1 SIA Kategori 1 meliputi projek pembangunan di bawah seksyen 20B Akta 172, yang perlu mendapatkan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) terlebih dahulu, di mana cadangan pemajuan berserta laporan SIA hendaklah dikemukakan kepada MPFN. Berdasarkan Panduan Pelaksanaan Akta 172 : Permohonan Cadangan Pemajuan Di Bawah Seksyen 20B, Akta 172 (PPA 14), SIA Kategori 1 adalah bagi pemajuan seperti Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Senarai Projek Pembangunan Bagi SIA Kategori 1

BIL KATEGORI JENIS PEMBANGUNAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN

1. PENEBUSGUNAAN PINGGIR LAUT

Penebusgunaan pinggir laut

Penebusgunaan pinggir laut, termasuk pulau buatan.

• Yang meliputi 50 hektar atau lebih, dan dalam jarak di bawah 12 batu nautika.

• Tidak termasuk penebusgunaan untuk pembinaan jeti atau pemulihan pantai (oleh JPS).

2. INFRASTRUKTUR UTAMA NEGARA

a. Lapangan terbang

i. Lapangan Terbang Antarabangsa.

ii. Lapangan Terbang Domestik.

iii. Lapangan Terbang Tentera.

• Melibatkan lapangan terbang penumpang dan kargo.

• Termasuk projek menaiktaraf yang melibatkan perluasan kawasan melebihi 50% kawasan sedia ada, atau pembinaan landasan terbang baru, yang melibatkan pengambilan balik tanah.

b. Pelabuhan laut

i. Pelabuhan Nasional.

ii. Pelabuhan Wilayah.

iii. Pelabuhan negeri – yang terletak di sempadan negeri.

iv. Naval base.

• Melibatkan pelabuhan kapal penumpang dan kargo.

• Termasuk projek menaik taraf yang melibatkan perluasan kawasan melebihi 50% kawasan sedia ada, atau pertambahan melebihi 50% keupayaan pengendalian setahun.

• Tidak termasuk jeti penumpang /ikan /APMM /Polis Marin.

Page 9: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

5

BIL KATEGORI JENIS PEMBANGUNAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN

c. Pelabuhan darat

Pelabuhan darat.

• Melibatkan kontena dan kargo.

• Termasuk projek menaik taraf yang melibatkan perluasan kawasan melebihi 50% kawasan sedia ada, atau pertambahan melebihi 50% keupayaan pengendalian setahun.

d. Rangkaian Pengangkutan Kereta Api

Landasan dan stesen kereta api.

• Melibatkan kereta api penumpang dan barang.

• Termasuklah kereta api laju, kereta api antara bandar, KTM ETS. Komuter, ERL/LRT/MRT .

• Landasan hendaklah merentasi 2 negeri atau lebih.

• Termasuk projek menaik taraf yang melibatkan pembinaan landasan baru yang melibatkan pengambilan balik tanah.

e. Lebuhraya

i. Lebuh raya ekspres (expressway).

ii. Lebuhraya (highway).

• Expressway dan highway adalah seperti mana klasifikasi oleh JKR dan LLM – tidak termasuk jalan persekutuan dan jalan negeri yang menggunakan nama “lebuhraya”.

• Jalan hendaklah merentasi 2 negeri atau lebih.

• Termasuk projek menaik taraf yang melibatkan pengambilan balik tanah.

f. Stesen janakuasa

i. Loji janakuasa.

ii. Stesen janakuasa – Pencawang Masuk Utama (PMU).

• Melibatkan sumber daripada hidro, minyak, gas, arang batu, kitar padu, kitar terbuka, angin, solar, nuklear, dll.;

• Termasuk sebarang pembangunan yang lebih besar dari stesen jana kuasa;

• Membekalkan kuasa kepada 2 negeri atau lebih, kecuali untuk loji dan stesen janakuasa nuklear (bagi loji/stesen nuklear, semua adalah tertakluk di bawah subseksyen 20B(1).

• Termasuk projek menaiktaraf yang melibatkan pengambilan balik tanah.

g. Empangan

i. Empangan bekalan air.

• Melibatkan pembinaan empangan atau kolam takungan air dengan kawasan pembukaan seluas 100

Page 10: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

6

BIL KATEGORI JENIS PEMBANGUNAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN

ii. Empangan hidroelektrik.

hektar atau lebih.

• Termasuk projek menaik taraf empangan yang melibatkan perluasan kawasan melebihi 50% kawasan sedia ada yang melibatkan pengambilan balik tanah.

h. sisa toksik

Tapak pembuangan sisa toksik.

Termasuk projek menaiktaraf yang melibatkan perluasan kawasan melebihi 50% kawasan sedia ada yang melibatkan pengambilan balik tanah.

3. INFRASTRUKTUR LAIN YANG BERKEPENTINGAN NEGARA

Akan ditentukan oleh MPFN dari semasa ke semasa.

a. Infrastruktur utama negara yang merentasi 2 negeri atau lebih.

b. Infrastruktur utama negara yang mempunyai tadahan penduduk 2 negeri atau lebih.

3.2 SIA Kategori 2

SIA Kategori 2 meliputi projek pembangunan di bawah subseksyen 22(2A), Akta 172 yang juga hendaklah dirujuk kepada MPFN untuk nasihat. Memandangkan projek-projek di bawah subseksyen 22(2A) adalah berskala besar dan mempunyai impak yang tinggi, maka laporan SIA hendaklah disediakan. Bagi SIA Kategori 2, Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) hendaklah mengemukakan cadangan pemajuan kepada MPFN berserta dengan laporan SIA. SIA Kategori 2 adalah bagi pemajuan seperti Jadual 1.2. Jadual 1.2: Senarai Projek Pembangunan Bagi SIA Kategori 2

BIL KATEGORI JENIS PEMBANGUNAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN

1. PEMBANGUNAN PERBANDARAN BARU

Kawasan perbandaran baru

Pembinaan kawasan perbandaran baru.

• Melebihi keluasan 100 hektar atau bilangan penduduk melebihi 10,000 orang.

• Mengakibatkan penempatan semula komuniti sedia ada.

2. INFRASTRUKTUR UTAMA NEGARA (OLEH PIHAK SWASTA)

a. Lapangan terbang.

i. Lapangan terbang swasta.

ii. Short take off landing. ports (STOLports) / air strip swasta yang melibatkan taman negara, taman negeri, atau taman laut, dan yang terletak di

Termasuk menaiktaraf STOL ports yang melibatkan perluasan kawasan melebihi 50% kawasan sedia ada, atau pembinaan landasan terbang baru.

Page 11: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

7

BIL KATEGORI JENIS PEMBANGUNAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN

sempadan negeri.

b. Pelabuhan laut.

i. Pelabuhan untuk kegunaan swasta (sekiranya ada).

ii. Pelabuhan / terminal perikanan swasta.

iii. Terminal kontena.

Pembangunan baru yang akan melibatkan petempatan nelayan atau menjejaskan punca pencarian.

c. Rangkaian pengangkutan kereta api.

Dedicated rail (penumpang/kargo) untuk kegunaan swasta

Merentasi 2 negeri atau lebih.

d. Lebuhraya.

Lebuh raya untuk kegunaan swasta (tidak melalui LLM)

Merentasi 2 negeri atau lebih.

e. Stesen janakuasa

Independent power plant (IPP)

Membekalkan kuasa kepada 2 negeri atau lebih.

f. Loji Minyak dan gas (O&G Plant)

i. Loji penapisan minyak.

ii. Loji penapisan gas.

iii. Loji penapisan minyak dan gas yang dibangunkan oleh pihak swasta.

Berada di dalam lingkungan radius 5 km dari kawasan petempatan.

3. PEMBANGUNAN DI PUNCAK ATAU LERENG BUKIT

Kawasan puncak atau lereng bukit

Pembangunan di kawasan puncak atau lereng bukit.

• Pembangunan yang melibatkan keluasan ≥ 20 hektar.

• Kawasan pembangunan merupakan kawasan yang mempunyai lebih dari 50% kawasan berkecerunan 25˚.

• Cadangan pembangunan yang berdensiti tinggi iaitu ≥ 40 unit per ekar (100 unit per hektar) bagi cadangan perumahan dan ≥ 1:4 nisbah plot bagi perniagaan.

3.3 SIA Kategori 3

SIA Kategori 3 meliputi projek-projek yang akan ditentukan oleh PLANMalaysia@Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Umumnya SIA Kategori 3 meliputi projek-projek selain daripada yang di bawah SIA Kategori 1 dan SIA Kategori 2, tetapi dikenalpasti oleh PLANMalaysia@Negeri atau PBT mempunyai impak sosial yang ketara, dan tidak mencukupi untuk hanya dipertimbangkan melalui Laporan Cadangan Pemajuan yang disediakan di bawah perenggan 21A(1)(ea), Akta A1522. Oleh itu,

Page 12: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

8

bagi projek-projek pembangunan sedemikian, laporan SIA perlu disediakan dan dinilai secara berasingan. Impak Sosial Ketara didefinisikan sebagai impak sosial negatif yang dikenalpasti mempunyai kesan nyata, boleh dijangka dan berlaku secara langsung. Kesan ketara dari impak sosial yang dijangka berlaku memerlukan strategi mitigasi dan pengurusan impak serta langkah-langkah pelaksanaan yang komprehensif. Jadual 1.3: Senarai Projek Pembangunan Bagi SIA Kategori 3

BIL KATEGORI JENIS PEMBANGUNAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN

1. PROJEK PEMBANGUNAN YANG DITENTUKAN OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI (PBN) DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DARI SEMASA KE SEMASA.

* Jenis-jenis pembangunan akan ditentukan dari semasa ke semasa melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)

4.0 PENILAIAN LAPORAN SIA

4.1 Panel Penilai Laporan

Bagi menilai laporan SIA di bawah SIA Kategori 1 dan SIA Kategori 2 yang telah disediakan oleh perunding SIA, Panel Penilai Laporan SIA di peringkat PLANMalaysia telah ditubuhkan. Panel ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia, dan sekiranya perlu penurunan kuasa kepada Timbalan Ketua Pengarah boleh dibuat dengan persetujuan Ketua Pengarah PLANMalaysia. Panel ini terdiri daripada beberapa agensi di peringkat persekutuan, PLANMalaysia@Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan, serta ahli pakar yang dilantik yang terdiri daripada Malaysian Institute of Planner (MIP), Malaysian Association of Social Impact Assessment (MSIA) dan ahli akademik (Rujuk Jadual 1.4).

Jadual 1.4: Keanggotaan Panel Penilai Laporan SIA Peringkat Persekutuan

PENGERUSI Ketua Pengarah PLANMalaysia

AHLI TETAP

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Seksyen Sosial)

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)

PLANMalaysia@Negeri berkaitan

Ahli Pakar Penilaian Impak Sosial (wakil MIP)

Ahli Pakar Penilaian Impak Sosial (wakil MSIA)

Ahli Pakar Penilaian Impak Sosial (wakil dari bidang akademik)

Page 13: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

9

AHLI TURUT HADIR

Kementerian dan agensi berkaitan peringkat persekutuan

Agensi berkaitan peringkat negeri/tempatan

PLANMalaysia – Ahli yang dilantik

NGO yang berkaitan

URUSETIA PLANMalaysia

Bagi menilai laporan SIA yang melibatkan SIA Kategori 3 pula, Panel Penilai Laporan SIA dipengerusikan oleh Pengarah PLANMalaysia Negeri. Panel ini terdiri daripada beberapa agensi di peringkat Persekutuan, agensi di peringkat Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ahli pakar yang dilantik terdiri daripada ahli pakar perancang bandar, ahli pakar sosial dan ahli pakar berkaitan teknik dan metodologi. (Rujuk Jadual 1.5).

Jadual 1.5: Keanggotaan Panel Penilai Laporan SIA Peringkat Negeri Sembilan

PENGERUSI Pengarah PLANMalaysia@Negeri Sembilan

AHLI TETAP

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)

Pejabat Pembangunan Negeri (SDO)

Jabatan Alam Sekitar (Unit EIA)

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan

Pejabat Tanah dan Daerah yang berkaitan

Ahli Pakar Penilaian Impak Sosial (wakil MIP)

Ahli Pakar Penilaian Impak Sosial (wakil MSIA)

Ahli Pakar Penilaian Impak Sosial (wakil dari bidang akademik)

AHLI TURUT HADIR

Kementerian dan agensi berkaitan peringkat persekutuan

Agensi berkaitan peringkat negeri/tempatan

PLANMalaysia – Ahli yang dilantik

Lain-lain Agensi yang berkaitan

NGO yang berkaitan

URUSETIA PLANMalaysia@Negeri Sembilan

Antara Fungsi Panel Penilai Laporan SIA adalah:-

a. Meluluskan laporan SIA sama ada Lulus Sepenuhnya atau Lulus

Bersyarat atau Menolak laporan SIA; b. Memberi input-input kepakaran bagi menambahbaik laporan SIA; c. Memastikan kandungan laporan SIA menepati kehendak Manual

SIA Bagi Projek Pembangunan (Edisi Ke-2); dan d. Memastikan Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) adalah

menyeluruh dan berkesan.

Page 14: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

10

Rajah 1.1: Prosedur Penilaian Laporan SIA Kategori 1 dan Kategori 2

*Laporan SIA akan dikemukakan kepada PLANMalaysia@Negeri bagi melaksanakan rundingan di peringkat negeri dalam tempoh masa tiga (3) minggu.

Page 15: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

11

Rajah 1.2: Prosedur Penilaian Laporan SIA Kategori 3

Nota : Sah laku kelulusan Laporan SIA diberikan selama 2 tahun.

Page 16: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

12

5.0 PROSEDUR KELULUSAN PERMOHONAN ULASAN LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT PLANMALAYSIA@NEGERI SEMBILAN

5.1 Prosedur Penilaian SIA (Kategori 3)

a. Penerimaan Laporan SIA Di Peringkat PLANMalaysia@Negeri

Sembilan Untuk Semakan Awalan Format Laporan.

Pemohon hendaklah mengemukakan 1 salinan Laporan SIA beserta dokumen berkaitan mengikut senarai semak di Lampiran 1 kepada Urusetia SIA PLANMalaysia@Negeri Sembilan untuk proses semakan format awalan Laporan SIA terlebih dahulu. Sekiranya, laporan SIA dan dokumen telah mematuhi spesifikasi dan senarai semak yang ditetapkan, pihak urusetia akan memaklumkan kepada pemohon untuk mengemukakan bilangan salinan yang diperlukan (pihak urusetia akan menentukan agensi teknikal yang akan dirujuk mengikut jenis pembangunan). Setiap laporan dan dokumen akan diedarkan kepada semua agensi teknikal yang berkaitan untuk diulas dan diberi maklum balas.

b. Edaran Laporan SIA Yang Lengkap Kepada Panel Penilai SIA

Setiap permohonan yang lengkap dan memenuhi keperluan/format Manual Penyediaan Laporan SIA sahaja yang akan diedarkan kepada Panel Penilai SIA dan agensi teknikal berkaitan untuk mendapatkan pandangan serta ulasan terperinci.

Tempoh semakan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) oleh panel penilai SIA dan agensi teknikal adalah 15 hari bekerja ( 3 minggu). Walau bagaimanapun, ulasan terperinci berkenaan dengan kesan impak sosial di kawasan sekitar cadangan projek akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Panel Penilai SIA.

c. Mesyuarat Panel Penilai SIA

Urusetia SIA akan mengadakan Mesyuarat Panel Penilai SIA yang dipengerusikan oleh Pengarah PLANMalaysia@Negeri Sembilan bagi membincangkan ulasan-ulasan teknikal yang berkaitan untuk proses kelulusan laporan SIA. Penggerak projek perlu membuat pembentangan terperinci berkenaan dengan Penilaian Impak Sosial di kawasan tapak cadangan pembangunan tersebut.

d. Pemakluman Keputusan Mesyuarat Panel Penilai SIA Kepada

Penggerak Projek

Panel penilai SIA akan memaklumkan keputusan Mesyuarat Panel Penilai SIA kepada penggerak projek sama ada diluluskan, diluluskan dengan pindaan atau ditolak (melalui surat). Sekiranya laporan SIA diluluskan dengan pindaan, penggerak projek atau

Page 17: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

13

pemohon diberi tempoh 10 hari bekerja untuk mengemukakan semula laporan SIA yang lengkap dengan penambahbaikan mengikut ketetapan mesyuarat.

e. Pemantauan Pelan Pengurusan Kepada Penggerak Projek

Pelan Pengurusan Impak Sosial (Social Impact Management Plan, SIMP) disediakan untuk memastikan segala tindakan yang diperakukan oleh kajian SIA akan berjalan dengan lancar. Pemantauan dilakukan untuk menentukan impak negatif sosial yang telah dikenalpasti dapat dikawal. Pelan Pengurusan Impak Sosial yang telah disediakan lebih awal mestilah digunakan sebagai asas pemantauan yang berterusan dan dikendalikan pada peringkat akhir pelaksanaan untuk mengukur keberkesanan pembangunan. Peringkat pemantauan ini hendaklah dikawalselia oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan.

6.0 PENUTUP

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Urusetia Jawatankuasa Penilaian Impak Sosial (SIA) di PLANMalaysia@Negeri Sembilan (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan).

Hubungi kami :-

URUS SETIA, Jawatankuasa Penilaian Impak Sosial (SIA) PLANMALAYSIA@Negeri Sembilan (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan) Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri 70646 Seremban NEGERI SEMBILAN No. Tel: 06-7659713 No. Faks: 06-7645622

Page 18: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

1

LAMPIRAN 1

PLANMalaysia@Negeri Sembilan

(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan)

JAWATANKUASA PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA)

PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Borang Senarai Semak Permohonan Penilaian Laporan SIA Kategori 3

(Subseksyen 21A (1) Akta 172)

Nama Projek:

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

Tetuan: .........................................................................................................................................

Butir-Butir / Dokumen Yang Diperlukan Bagi Permohonan Ulasan SIA

(Tandakan √ Pada Yang Berkaitan Dan X Pada Yang Tidak Berkaitan)

i. Surat Rasmi Permohonan

Mengandungi maklumat dokumen permohonan yang dikemukakan

ii. Surat Ulasan Pra Rundingan (dari Pihak Berkuasa Tempatan Terlibat)

Mengandungi ulasan keperluan menyediakan Laporan Penilaian Impak Sosial

(SIA)

iii. Pelan Susunatur (Berwarna) Bagi Keseluruhan Kawasan Tapak Cadangan

(Disertakan di dalam Laporan SIA)

iv. Gambar Keadaan Sedia Ada Tapak Cadangan (Berwarna) Serta

Pembangunan Sekeliling Tapak Cadangan (Disertakan di dalam Laporan SIA)

v. Laporan / Maklumat hendaklah disediakan oleh orang yang berkelayakan dalam

Bahasa Melayu

Page 19: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

2

1. Scoping

i. Penentuan bidang isu untuk

ditangani

Pembolehubah IMPAK SOSIAL

a. Kesihatan dan kesejahteraan sosial

b. Kualiti persekitaran

c. Impak ekonomi dan kesejahteraan material

d. Impak budaya

e. Impak keluarga dan masyarakat

f. Impak institusi

g. Arkeologi

h. Impak penyediaan infrastruktur

i. Daya tampungan dan pembangunan mampan

j. Estetika dan budaya

k. Kos dan faedah

Pembolehubah PROSES PERUBAHAN SOSIAL

a. Proses demografi

b. Proses ekonomi

c. Proses geografi

d. Proses sosio-budaya

e. Proses sosial

f. Proses Infrastruktur komuniti

g. Proses Institusi

h. Proses Alam Sekitar

ii. Penentuan Stakeholders

iii. Kenalpasti ‘Zone of

Influence’ (ZOI)

iv. Kenalpasti Metodologi

Kajian

2. Penentuan Data Asas

i. Kenalpasti dengan jelas

sumber data (sumber

sekunder, kajiselidik dan

lawatan tapak)

Page 20: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

3

ii. Membangunkan profil

masyarakat

3. Membuat Jangkaan Impak dan Menilai Impak.

i. Mengenalpasti impak Telah dibuat pengenalpastian impak seperti berikut:

Impak secara langsung

Impak Positif (m/s )

Impak Negatif (m/s )

ii. Membuat jangkaan

impak- kaedah yang

digunakan

iii. Menilai impak

mengikut

keutamaan

keketraan

4. Mitigasi

i. Kenalpasti strategi dan

langkahmengatasi

/mengurangkan impak.

ii. Kenalpasti impak yang

tidak dapat dielak untuk

dikurangkan

Page 21: PEMBERITAHUAN - Negeri Sembilan

TATACARA MEMPROSES LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) (PINDAAN) 2017 [AKTA A1522]

4

iii. Mengadakan pampasan

yang saksama

5. Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP)

Telah dijelaskan di ……………………………………..

iv. Impak/proses perubahan sosial Tidak / Telah dinyatakan secara terperinci di

…………................................................ (nyatakan m/s atau perenggan terlibat)

v. Keutamaan keketaraan Tidak/Telah dijelaskansecara terperinci di

……………………........................................ (nyatakan m/s atau perenggan terlibat)

vi. Outcome yang perlu dicapai

Tidak/Telah dijelaskan di

……………………….................................... (nyatakan m/s atau perenggan terlibat)

vii. Langkah mitigasi Tidak/Telah dijelaskan secara terperinci

……………................................................. (nyatakan m/s atau perenggan terlibat)

viii. KPI Telah/Tidak dijelaskan secara kuantitatif

.................................................................... (nyatakan m/s atau perenggan terlibat)

ix. Pihak yang melaksanakan Tidak/Telah dinyatakan di

.................................................................... (nyatakan m/s atau perenggan terlibat)

Perakuan Pemohon Untuk Kegunaan Pejabat

Adalah diperakukan bahawa Laporan Penilaian Impak

Sosial (SIA) ini telah disediakan seperti spesifikasi yang

dinyatakan di atas.

Tandatangan pemohon :

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Tarikh :

Cop syarikat :

Laporan Penilaian Impak Sosial

(SIA) ini telah diterima

memenuhi/tidak memenuhi senarai

semak yang ditetapkan.

____________________________

Tandatangan & Cop

Tarikh :