Pembetulan Bm Ke 2

4
NURUL AMRNA BINTI MOHD JAN 930602-04-5558 SOALAN 3 yang diinginkan. Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti) dan pemikiran, iaitu minds-on (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran iaitu REACT. 1. R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup. 2. E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta. 3. A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks mengenai pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. 4. C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi. 5. T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada pengetahuan yang diketahui. Seterusnya, kebaikan pembelajaran kontekstual adalah pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Guru mestilah melakukan aktiviti di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, murid tidak akan berasa bosan untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Antara aktiviti yang guru boleh lakukan di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) atau menggunakan powerpoint (slaid). Contoh penggunaan bahan bantu mengajar adalah dengan menggunakan keratan akhbar. Daripada keratan akhbar tersebut, setiap murid harus bersiap sedia dengan keratan rencana masing-masing. Pada setiap hari, iaitu pada sepuluh minit pertama masa pengajaran, guru akan meminta murid-murid tampil ke hadapan bagi memperkatakan topik atau fakta yang terkandung dalam keratan rencana pengarang akhbar yang dibacanya. Fakta tersebut hendaklah diucapkan secara lisan tanpa merujuk keratan tersebut. Dengan cara itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti sendiri untuk berucap khalayak atau pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar dalam ujian lisan. Selain itu, cara ini juga dapat

description

bm

Transcript of Pembetulan Bm Ke 2

Page 1: Pembetulan Bm Ke 2

NURUL AMRNA BINTI MOHD JAN

930602-04-5558

SOALAN 3

yang diinginkan. Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea

abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Kaedah ini menyediakan

pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti “hands-on” (aktiviti) dan pemikiran, iaitu

“minds-on” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum (2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid

akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran iaitu REACT.

1. R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan

pengetahuan baru dengan pengalaman hidup. 

2.  E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks penerokaan, penemuan

dan reka cipta. 

3.  A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks mengenai pengetahuan

atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. 

4. C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks bekerjasama, memberi

maklum balas dan berkomunikasi. 

5.  T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada

dan menggunakan atau membina daripada pengetahuan yang diketahui.

Seterusnya, kebaikan pembelajaran kontekstual adalah pengajaran dan pembelajaran

yang menarik. Guru mestilah melakukan aktiviti di dalam kelas semasa pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini kerana, murid tidak akan berasa bosan untuk belajar mata pelajaran

Bahasa Melayu di dalam kelas. Antara aktiviti yang guru boleh lakukan di dalam kelas semasa

pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) atau

menggunakan powerpoint (slaid). Contoh penggunaan bahan bantu mengajar adalah dengan

menggunakan keratan akhbar. Daripada keratan akhbar tersebut, setiap murid harus bersiap

sedia dengan keratan rencana masing-masing. Pada setiap hari, iaitu pada sepuluh minit

pertama masa pengajaran, guru akan meminta murid-murid tampil ke hadapan bagi

memperkatakan topik atau fakta yang terkandung dalam keratan rencana pengarang akhbar

yang dibacanya. Fakta tersebut hendaklah diucapkan secara lisan tanpa merujuk keratan

tersebut. Dengan cara itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti sendiri untuk berucap

khalayak atau  pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar dalam ujian lisan. Selain

Page 2: Pembetulan Bm Ke 2

itu, cara ini juga dapat melahirkan pelajar yang petah bercakap. Dengan aktiviti ini, murid-murid

akan berasa seronok untuk belajar Bahasa Melayu. Malahan, aktiviti ini juga akan dapat

merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Selain itu, pengalaman konkrit dan penglibatan langsung murid terhadap pembelajaran

kontekstual juga merupakan salah satu kebaikannya. Bagi pengalaman konkrit, murid sendiri

akan dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam pengalaman harian

dan penglibatan langsung mereka. Sebagai contoh, guru memaparkan gambar pembeli dan

penjual di sebuah gerai. Murid-murid diminta membina dialog-dialog yang sesuai dan

bertatasusila dan guru menilai ketepatan dialog yang dibina secara lisan. Daripada aktiviti ini,

murid akan praktikkan semasa mereka ingin membeli contohnya di kantin, koperasi dan luar

sekolah. Malahan, hasil daripada aktiviti ini juga murid-murid akan belajar mengenai nilai-nilai

murni. Mereka akan terbiasa untuk bercakap lebih sopan dengan orang lain.

Seterusnya, kebaikan pembelajaran kontekstual adalah menyuburkan pemikiran kreatif.

Daripada pemikiran kreatif ini, murid-murid akan diajar untuk memperoleh kepandaian menjana

sesuatu yang baharu dan murid-murid mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

bersama-sama rakan mereka. Contohnya, guru akan memberikan murid-murid sesuatu cerita

kanak-kanak dan mereka harus berlakon di kalangan yang ramai. Daripada lakonan tersebut,

murid-murid akan berfikir cara untuk melakonkan watak-watak mereka agar tampak menarik.

Hal ini, murid-murid juga akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi pada masa akan datang

kerana mereka telah di didik daripada awal lagi.

Tambahan lagi, pengajaran dan pembelajaran kontekstual dapat mewujudkan proses

interaksi erat antara murid dengan murid. Murid-murid akan cuba berinterkasi antara satu sama

lain apabila guru telah menjalankan aktiviti yang melibatkan semua orang. Dengan cara ini,

murid yang berasa malu dan kurang keyakinan, akan mula berinteraksi kerana mereka perlu

memberikan kerjasama sesama sendiri. Sebagai contoh, guru memberikan satu tajuk

mengenai kebaikan menabung dan memberikan kumpulan yang terdiri daripada empat orang.

Daripada perbincangan tersebut, murid-murid akan memberikan pandangan mereka antara

satu sama lain. Dengan cara ini, murid yang kurang bertutur juga akan cuba berinteraksi

dengan rakan mereka sendiri.

Page 3: Pembetulan Bm Ke 2

Sebagai kesimpulannya, pembelajaran secara kontekstual atau melalui pengalaman

sebenar merupakan antara kaedah yang paling berkesan untuk memahami sesuatu konsep. Ini

kerana murid pada umumnya telah mempunyai serta membentuk idea mereka sendiri

mengenai suatu perkara atau fenomena yang berlaku di sekeliling mereka berdasarkan

pengalaman yang pernah dialami. Idea mereka mungkin betul, mungkin tidak tetapi isu yang

penting di sini ialah seseorang guru harus mampu menggunakan kekuatan yang ada pada

Page 4: Pembetulan Bm Ke 2

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat juga menyempurnakan

tugasan Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah pada tarikh yang telah

ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya yang

berdedikasi, Cik Zabedah binti Mohamed dan juga rakan-rakan seperjuangan kerana telah

membantu saya menyempurnakan tugasan ini.

Dalam tugasan ini, saya perlu membuat persamaan dan perbezaan kemahiran

mendengar dan bertutur antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) dengan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KBSR). Bagi menyempurnakan tugasan ini, saya perlu

menggunakan peta pemikiran i-THINK. Tambahan lagi, daripada pemerhatian saya bagi

kemahiran mendengar dan bertutur dalam KBSR dan KSSR ini tidaklah mempunyai banyak

perbezaannya. Manfaat yang saya dapat dalam tugasan ini adalah saya dapat tahu

penggunaan peta pemikiran i-THINK yang semakin ramai menggunakannya.

Seterusnya, bagi tugasan kedua ini pula bersumberkan daripada Dokumen Standard

Kurikulum Bahasa Malaysia (KSSR) saya perlu merancang satu aktiviti pengajaran kemahiran

membaca untuk murid-murid tahap 1. Saya telah memilih aktiviti bersumberkan teks cerita yang

bertajuk “ Sang Monyet yang Degil ”. Daripada aktiviti ini, terdapat empat pelaksanaan aktiviti

yang telah saya rancang dan saya perlu tunjukkan langkah-langkah pelaksanaan aktiviti

tersebut. Tambahan lagi, daripada aktiviti tersebut saya perlu serapkan dengan dua elemen

kecerdasan pelbagai, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Manfaat yang saya dapat

dalam membuat tugasan ini, sebagai seorang guru saya perlulah sediakan aktiviti-aktiviti yang

menarik agar murid-murid lebih tertarik untuk belajar Bahasa Malaysia. Kebanyakan murid,

mereka tidak berapa gemar untuk belajar subjek Bahasa Melayu kerana bagi mereka subjek

Bahasa Malaysia ini merupakan percakapan mereka pada setiap hari. Tetapi bagi saya sendiri,

banyak yang perlu dipelajari dalam Bahasa Malaysia ini. Oleh yang demikian, untuk

menerapkan minat murid-murid, guru perlu sediakan aktiviti-aktiviti agar mereka tidak berasa

bosan. Apabila mereka sudah minat pada awal umur, mereka tidak akan mempunyai masalah

pada masa hadapan untuk belajar subjek Bahasa Malaysia.