Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

28
Keperluan Pembentukan Gamet Dalam Manusia. 1. Pembiakan seks melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina. 2. Dalam manusia, gamet jantan (sperma) dihasilkan oleh organ pembiakan jantan, iaitu testis manakala gamet betina (ovum) dihasilkan oleh organ pembiakan betina, iaitu ovari. 3. Kedua-dua gamet dihasilkan melalui proses meiosis. Gamet-gamet itu adalah haploid dan berbeza dari segi genetiknya. 4. Pembentukan gamet penting dalam kehidupan untuk a) menambahkan zuriat bagi mengekalkan keturunan sesuatu spesies. b) menghasilkan variasi melalui proses pindah silang dan pengabungan semula kromosom homolog. c) mengekalkan keadaan diploid dari generasi ke generasi melalui penghasilan zigot (2n) daripada percantuman gamet jantan (n) dengan gamet betina (n).

Transcript of Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Page 1: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Keperluan Pembentukan Gamet Dalam Manusia.

1. Pembiakan seks melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina.

2. Dalam manusia, gamet jantan (sperma) dihasilkan oleh organ pembiakan jantan, iaitu testis manakala gamet betina (ovum) dihasilkan oleh organ pembiakan betina, iaitu ovari.

3. Kedua-dua gamet dihasilkan melalui proses meiosis. Gamet-gamet itu adalah haploid dan berbeza dari segi genetiknya.

4. Pembentukan gamet penting dalam kehidupan untuka) menambahkan zuriat bagi mengekalkan keturunan sesuatu spesies.b) menghasilkan variasi melalui proses pindah silang dan pengabungan semula kromosom homolog.c) mengekalkan keadaan diploid dari generasi ke generasi melalui penghasilan zigot (2n) daripada percantuman gamet jantan (n) dengan gamet betina (n).

Page 2: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Proses Pembentukan Gamet

1. Dalam pembiakan seks, gamet yang haploid dibentuk melalui meiosis.

2. Proses pembetukan gamet disebut sebagai gametogenesis.

3. Gametogenesis terbahagi kepadaa) Spermatogenesis, iaitu proses pembentukan sperma dalam testis.b) Oogenesis, iaitu proses pembentukan ovum dalam ovary.

4. Testis dan penghasilan spermaa) Testis terdiri daripada salur halus yang dinamakan tubul banyak.b) Sperma mempunyai saiz dalam bilangan yang sangat banyak.c) Sperma mempunyai saiz yang sangat kecil d) Sperma disimpan dalam epididimis untuk menjadi matang.e) Spema disalurkan keluar dari testis oleh vas deferes dan dikumpulkan di dalam vesikal

semen, yang mengandungi cecair dalam vesikal semen menyediakan persekitaran yang optimum untuk kemandirian sperma dan juga adalah medium untuk pergerakan sperma.

Ovari dan penghasilan ovum

a) Gamet betina, iaitu ovum dihasilkan oleh ovari dalam perempuan.b) Ovum mempunyai saiz yang lebih besar berbanding spermac) Ovum mengandungi kandungan sitoplasma yang lebih banyak berbanding sperma.d) Tiub Fallopio merupakan satu salur yang membuka ke dalam uterus. Persenyawaan antara ovum

dan sperma berlaku di tiub Fallopio.e) Uterus merupakan satu ruang yang mempunyai dinding yang tebal dan berotot. Bahagian

dalam uterus terdiri daripada sel-sel endometrium dan salur darah. Uterus merupakan tempat penempelan embrio dan perkembangannya.

f) Faraj merupakan satu saluran yang menghubungkan uterus dengan persekitaran luar melalui serviks. Faraj adalah tempat untuk kemasukan sperma, laluan aliran haid dan melahirkan anak.

Page 3: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Pembentukan Gamet Jantan (Spermatogenesis)

1. Spermatogenesis berlaku dalam organ pembiakan lelaki, iaitu testis.

2. Setiap testis mempunyai banyak salur halus yang dinamakan tubul semen.

3. Spermatogenesis berlaku pada dinding tubul semen.

4. Setiap tubul semen diselaputi oleh lapisan epitelium germa yang terdiri daripada sel- sel germa primordium.

5. Proses spermatogenesisa) Sel germa primordium membahagi beberapa kali secara mitosis untuk menghasilkan

spermatogonium yang diploid (2n).b) Spermatogonium membesar menjadi spermatosit primer.c) Setiap spermatosit primer yang diploid membahagi secara meiosis 1 untuk menghasilkan

dua spermatosit sekunder yang haploid (n).d) Setiap spermatosit sekunder melalui meiosis 2 dan membentuk dua spermatid (n).e) Spermatid menjalani pembezaan untuk menghasilkan sperma.

Page 4: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Pembentukan Gamet Betina (oogenesis)

1. Oogenesis adalah proses pembentukan ovum dalam ovari.

2. Pembentukan ovum bermula dalam ovary seorang perempuan sebelum dilahirkan.

3. Dinding luar ovary terdiri daripada lapisan epitelium germa.Lapisan ini mengandungi sel-sel germa primordium.

4. Proses oogenesisa) Semasa peringkat fetus, sel germa primordium membahagi beberapa kali secara mitosis

untuk membentuk oogonium yang diploid.b) Oogonium mengalami pertumbuhan dan berkembang menjadi oosit primer (2n).c) Setiap oosit primer diselaputi oleh satu lapisan sel folikel untuk membentuk satu folikel

primer.d) Apabila dilahirkan, seorang perempuan telah mempunyai berjuta-juta oosit primer

membahagi secara meiosis 1 tetapi berhenti pada peringkat profasa 1.e) Semasa seorang perempuan mencapai akil baligh, oosit primer melengkapkan meiosis 1.

Hasilnya ialah dua sel haploid yang berbeza saiz sebab pembahagian sitoplasma yang tidak sekata. Sel yang lebih besar disebut oosit sekunder (n) dan sel yang lebih kecil dinamakan jasad kutub.

f) Oosit sekunder yang haploid terkandung dalam folikel sekunder.g) Folikel sekunder membesar dan membentuk folikel Graaf, iaitu folikel sekunder yang

matang. Folikel Graaf bergerak ke permukaan dinding ovari.h) Semasa pengovulan, folikel Graaf pecah dan melepaskan oosit sekunder dari ovary ke dalam

tiub Follopio.i) Sebaik sahaja persenyawaan berlaku, oosit sekunder melengkapkan meiosis 2 dan

menghasilkan satu ovum haploid dan satu dan satu jasad kutub haploid.j) Jasad kutub haploid yang dihasilkan semasa meiosis 1 menjalani meiosis 2 dan menghasilkan

dua jasad kutub.k) Kesemua tiga jasad kutub akhirnya merosot.

Page 5: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Keperluan Kitar Haid.

1) Peringkat baligh merupakan peringkat permulaan kematangan seorang lelaki dan wanita. Pada masa itu, banyak perubahan berlaku dari segi fizikal, emosi dan fisiologi.

2) Seorang perempuan akan mengalami kitar haid apabila telah mencapai peringkat akil baligh.

3) Kedatangan haid dan penghasilan ovum merupakan tanda kematangan dan kesuburan manusia.

4) Kitar haid ditandakan oleh pendarahan bulanan yang dikenali sebagai haid.

5) Haid disebabkan oleh penguraian dinding uterus dan berlaku selama 4 hingga 5 hari.

6) Kitar haid menyebabkan perubahan struktur dan fisiologi pada system pembiakan perempuan setiap 28 hari, iaitu:a) Perubahan pada ovary yang berkaitan dengan perkembangan folikel dan pengovulan.b) Perubahan pada dinding uterus.c) Perubahan pada aras hormone yang terlibat dalam kitar haid.

7) Kepentingan kitar haida) Menyediakan uterus untuk penempelan embrio

Semasa kitar haid, dinding uterus menjadi semakin tebal dan kaya dengan bekalan salur darah . Keadaan ini membolehkan embrio menempel pada dinding uterus sekiranya persenyawaan berlaku.

b) Menyebabkan pengovulanFolikel dalam ovari berkembang sehingga folikel matang terbentuk dan oosit sekunder dibebaskan daripada ovary kira-kira hari ke 14, iaitu pada pertengahan kitar haid. Oosit sekunder ini akan bergerak melalui tiub Follopio ke uterus.

c) Menyingkirkan haidOosit sekunder yang tidak disenyawakan akan merosot dan disingkirkan. Akibat kegagalan persenyawaan ovum, tisu lembut pada dinding uterus akan terurai berserta dengan perdarahan. Semua bahan buangan ini dikenal sebagai haid dan akan disingkirkan melalui faraj.

d) Merangsangkan penghasilan pelbagai hormoneEmpat jenis hormon terlibat dalam kitar haid iaitu hormon perangsang folikel (FSH) dan hormone pelunteinan (LH) yang dirembeskan oleh kelenjau pituitary serta hormone estrogen dan progesterone yang dirembeskan oleh ovari.

Page 6: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Peranan Hormon dalam Kitar Haid.

1) Kitar haid dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu: a) Peringkat aliran haid (masa tempoh haid, iaitu hari pertama hingga hari ke-5)b) Peringkat folikel (dari akhir tempoh haid sehingga pengovulan, iaitu hari ke-6 hingga ke-14)c) Peringkat korpus luteum (dari pengovulan sehingga permulaan haid, iaitu hari ke-15 hingga

ke-28)

2) Peringkat aliran haid (hari pertama hingga ke-5)a) Hormon progestron berada pada tahap yang sangat rendah.b) Akibatnya lapisan endometrium uterus terurai diikuti dengan pendarahan. Pengaliran haid

bermula.c) Semasa haid, kelenjar pituitari dirangsangkan untuk merembeskan hormon FSH untuk

merangsangkan perkembangan sel folikel.

3) Peringkat folikel (hari ke-6 hingga ke -14)a) Folikel primer dalam ovari berkembang membentuk folikel Graaf, iaitu folikel sekunder yang

matang.b) Perkembangan folikel dalam ovary merangsang penghasilan hormone estrogen.c) Penebalan dinding uterus selepas haid. Sel-sel baru terbentuk dan lapisan dinding uterus

(lapisan endometrium uterus) akan menebal serta dibekalkan dengan satu rangkaian salur darah.

d) Aras estrogen yang semakin meningkat akan merangsangkan kelenjar pituitari untuk merembeskan hormone peluteinan (LH).

e) LH menyebabkan pengovulan berlaku pada hari ke-14, iaitu oosit sekunder dibebaskan dari folikel Graaf.

4) Peringkat korpus luteum (hari ke-15 hingga ke-28)a) Selepas pengovulan, folikel Graaf yang tertinggi akan membentuk korpus luteum.b) Korpus luteum merembeskan hormone progesterone.c) Hormon progestron mengekalkan ketebalan dinding uterus (lapisan endometrium uterus)

supaya bersedia untuk penempelan embrio jika persenyawaan berlaku.d) Jika persenyawaan ovum berlaku, korpus luteum akan kekal dan hormone progestron terus

dirembeskan untuk mengekalkan ketebalan dinding uterus.e) Hormon progestron juga akan menghalang rembesan hormone perangsang folikel dan

hormone peluteinan.f) Jika persenyawaan tidak berlaku, korpus luteum akan merosot.Aras hormone progesterone

semakin berkurang. Lapisan endometrium uterus terurai dan haid bermula.g) Jika persenyawaan berlaku, korpus luteum kekal dan hormone progesterone terus

dihasilkan. Dinding uterus mengekalkan ketebalannya.

Page 7: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Kesan Ketakseimbangan Hormon pada Wanita.

1) Ketakseimbangan kepekatan hormon boleh mempengaruhi keadaan fidiologi, emosi, dan kesihatan seseorang.

2) Pada seorang wanita, kegagalan system endokrin berfungsi dan penghasilan hormone tertentu yang tidak seimbang akan mengakibatkan beberapa keadaan seperti sindrom prahaid, keguguran, dan putus haid.

3) Sindrom prahaid (PMS)a) Merujuk kepada gejala yang dialami oleh seoranf wanita sebelum haid bermula.b) Perubahan aras hormone estrogen dan progestron sebelum kedatangan haid akan

mengakibatkan perubahan emosi dan mental seorang wanita.c) Gejala sindrom prahaid akibat perubahan emosi dan mental adalah:

i. Cepat marahii. Muram

iii. Gelisahiv. Mudah tersinggungv. Pendiam

vi. Mudah letihvii. Kurang daya tumpuan

viii. Sakit perutix. Sakit kepala yang teruk

4) Kegugurana) Hormon progestron berfungsi bagi mengekalkan ketebalan dinding uterus untuk

penempelan fetus yang kukuh.b) Kegagalan menghasilkan hormone progestron akan menyebabkan ketebalan dinding uterus

tidak dapat dikekalkan.Akibatnya kedudukan fetus pada dinding uterus tidak kukuh dan keguguran berlaku.

Page 8: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Putus haid

1) Putus haid berlaku pada wanita yang berumur kira-kira 45 hingga 50 tahun dimana kitar haid berhenti.

2) Pada peringkat ini, ovary akan menjadi tidak aktif dan berhenti menghasilkan ovum. Keakaan ini menyebabkan hormone FSH dan LH dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit.

3) Perkembangan sel folikel yang dihadkan menyebabkan rembesan estrogen dan progestron semakin berkurangan.

4) Pengovulan dan kitar haid menjadi tidak teratur dan akhirnya berhenti. Wanita itu dikatakan mengalami putus haid.

5) Aras estrogen menjadi semakin rendah sehingga tidak mencukupi untuk memelihara tisu- tisu yang memerlukannya.

6) Akibatnya terdapat gangguan fisiologi, emosi, dan psikologi pada wanita yang mengalami putus haid.

7) Masalah kesihatan ini boleh dirawat dengan menggunakan estrogen terutama dalam terapi penggantian hormon ( hormone replacement therapy, HRT).

8) Gejala- gejala putus haid adalaha) Berasa lemahb) Muramc) Sakit kepalad) Berasa panas seluruh badan dan berpeluh e) Susah hendak tidurf) Kurang daya ingatan dan penumpuang) Berasa sakit di abdomenh) Buah dada menyusuti) Tulang dan kulit menipisj) Ovary menyusutk) Tisu pelapik faraj menipis dan faraj menjadi kering.

Page 9: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Persenyawaan

1. Semasa hubungan seks dilakukan, kira-kira 100 hingga 500 juta sperma akan dipancut ke dalam faraj melalui air mani.

2. Dalam faraj, sperma berenang ke dalam uterus dan seterusnya menuju kea rah tiub Fallopio.

3. Bilangan sperma semakin berkurang. Apabila sperma sampai ke tiub Fallopio , terdapat beberapa ratus sperma sahaja.

4. Daripada jumlah sperma itu, hanya satu sperma yang akan bercantum dengan ovum.

5. Dalam tiub Fallopio, sperma yang pertama menemui oosit sekunder akan memecahkan membrane oosit sekunder. Kepala sperma masuk ke dalam oosit sekunder.

6. Kemasukan nucleus sperma merangsang oosit sekunder mengalami meiosis 2 untuk membentuk ovum.

7. Proses percantuman nucleus sperma dengan nucleus ovum dinamakan persenyawaan. Hasil daripada persenyawaan ialah zigot.

8. Sebaik sahaja persenyawaan berlaku, satu dinding akan terbentuk di sekeliling ovum yang telah disenyawakan untuk menghalang kemasukan sperma lain.

Page 10: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Perkembangan Zigot

1. Selepas persenyawaan, zigot akan bergerak melalui tiub Fallopio ke uterus

2. Zigot mengambil masa tiga hingga empat hari untuk sampai ke uterus.

3. Semasa bergerak melalui tiub Fallopio, zigot membahagi berulang kali secara mitosis sehingga membentuk blastosistaa) Zigot membahagi secara mitosis membentuk peringkat dua sel.b) Kedua-dua sel kemudian membahagi membentuk peringkat empat sel.c) Seterusnya mitosis berlaku, membentuk peringkat lapan sel, enam belas sel sehingga

beberapa ratus sel.d) Apabila sampai ke uterus, satu bebola yang terdiri daripada beratus- ratus sel yang disebut

morula terbentuk.e) Morula kemudian berubah menjadi struktur bebola dengan satu rongga di tengah yang diisi

oleh cecair.

4. Blastosista terdiri daripada bahagian-bahagian berikuta) Satu rongga yang berisi cecair amnion.b) Satu kelompok sel yang tebal di bahagian dalam. Kelompok sel ini akan berkembang menjadi

embrio.c) Lapisan epitelium yang nipis di luar disebut trofoblast. Lapisan trofoblast berkembang

membentuk vilus trofoblast yang akan menjadi membrane embrio dan plasenta.

5. Apabila sampai di uterus, blastosista terapung dengan bebas dalam cecair di uterus untuk beberapa hari.

6. Kira-kira tujuh hari selepas persenyawaan, blastosista akan melekat pada lapisan endometrium uterus (dinding uterus ) dan terbenam ke dalamnya. Proses ini dikenal sebagai penepelan.

Page 11: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Pembentukan Anak Kembar

1. Bagi manusia, biasanya satu embrio dihasilkan daripada persenyawaan antara satu sperma dengan satu ovum.

2. Walau bagaimanapun, kadangkala dua atau lebih embrio boleh terbentuk dalam satu kehamilan.

3. Anak kembar merupakan dua orang bayi yang dilahirkan pada satu kehamilan dan pada waktu yang hamper sama oleh seorang ibu.

4. Terdapat dua jenis anak kembar, iaitu:a) Kembar seirasb) Kembar tak seiras

Pembentukan kembar seiras

1. Kembar seiras adalah hasil daripada satu ovum yang disenyawakan oleh satu sperma membahagi dan membentuk dua zigot.

2. Pembahagian zigot berlaku dengan lengkap secara mitosis pada peringkat awal perkembangannya.

3. Setiap zigot berkembang menjadi embrio yang berada dalam satu blastosista.

4. Kedua-dua embrio membesar dan menjadi fetus yang berasingan tetapi berkongsi plasenta yang sama.

5. Kedua-dua anak adalah seiras kerana berasal daripada satu zigot yang mempunyai kandungan genetik yang sama.

6. Oleh itu, kembar seiras adalah sama dari segi jantina, kumpulan darah, dan ciri-ciri fizikal.

Page 12: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Pembentukan kembar siam.

1. Kadang kala , zigot tidak membahagi dengan sempurna.

2. Akibatnya, terhasil dua embrio yang bersambung bersama pada sesuatu bahagian badan yang dikenali sebagai kembar siam.

3. Kembar siam mungkin berkongsi organ-organ tertentu seperti perut, jantung atau otak. Ada bahagian badan yang mungkin akan melekat antara satu sama lain. Jika sambungan tidak rumit, kembar siam boleh dipisahkan melalui pembedahan.

4. Kembar siam mempunyai kandungan genetik yang sama kerana berasal daripada zigot yang sama.

5. Oleh itu, kembar siam juga adalah sama dari segi jantina, kumpulan darah, dan rupa.

Pembentukan Kembar tak Seiras.

1. Kembar tak seiras terbentuk apabila dua ovum dibebaskan serentak dalam satu kitar haid.

2. Setiap ovum masing-masing disenyawakan oleh satu sperma

3. Dua zigot terbentuk dan masing-masing berkembang untuk membentuk dua embrio yang berasingan. Kedua-dua embrio berkembang menjadi fetus dalam plasentanya masing-masing.

4. Ciri-ciri bagi anak kembar tak seiras adalah seperti berikut:a) Mempunyai kandungan genetik yang berbeza sebab berasal daripada dua ovum dan dua

sperma yang berlainan.b) Wajah dan ciri-ciri fizikal adalah berlainan. Jantina mungkin sama atau berbeza.

5. Pengovulan banyak kali pada setiap kitar haid boleh berlaku melalui pengambilan FSH pada dos yang tinggi .

Page 13: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Struktur Plasenta dan Fungsinya

1. Plasenta adalah satu organ sementara yang terdiri dari tisu embrio dan dinding uterus ibu. ( tisu ibu )

2. Semasa pemenpelan, lapisan luar blastosista membentuk unjuran-unjuran yang disebut vilus trofoblast untuk memasuki kedalam dinding uterus ibu dan membentuk plasenta.

3. Dalam setiap vilus trofoblast terdapat satu rangkaian kapilari darah.

4. Kapilari darah ini terpisah daripada kapilari darah dalam dinding uterus ibu oleh satu membrane nipis.

5. Pertukaran bahan secara resapan berlaku di antara kedua-dua kapilari darah ini.

6. Plasenta dihubungkan kepada fetus melalui satu salur yang disebut tali pusat.

7. Dalam tali pusat terdapat vena dan arteri untuk mengangkut makanan, oksigen dan hasil buangan.

8. Hasil perkumpulan fetus sepertu urea dan karbon dioksida dibawa oleh arteri tali pusat ke plasenta untuk disingkirkan melalui system perkumuhan ibu.

9. Darah ibu yang mengalir ke plasenta berasal daripada aorta dan kaya dengan oksigen serta nutrien.

10. Oksigen dan nutrien ( glukosa, asid amino, asid lemak, vitamin, garam mineral dan air ) meresap keluar dari salur darah ibu ke dalam kapilari darah dalam vilus plasenta. Seterusnya bahan ini dibawa dari plasenta melalui vena tali pusat ke fetus.

11. Fungsi plasentaa) Pertukaran bahan antara ibu dengan fetus. Nutrien dan oksigen terlarut meresap ke dalam

darah fetus daripada darah ibu. Bahan kumuh bernitrogen seperti karbon dioksida dan urea terlarut meresap ke dalam darah ibu daripada darah fetus untuk disingkirkan.

b) Membolehkan pelekatan embrio atau fetus pada dinding uterus ibu.c) Mengakut antibot dari darah ibu kepada fetus. Antibot diperlukan untuk member

perlindungan kepada fetus semasa perkembangannya dan keimunan pasif semula jadi.

Page 14: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

d) Bertindak sebagai organ endokrin yang merembeskan hormon estrogen dan progesterone. Kedua-dua hormone ini diperlukan untuk mengekalkan ketebalan dinding uterus semasa fetus berkembang dalam uterus ibu.

12. Penyesuaian plansenta untuk fungsinya adalah seperti berikut:a) Banyak vilus trofoblast untuk menambahkan luas permukaan dan memudahkan resapan.b) Membran yang memisahkan kapilari darah fetus daripada kapilari darah ibu adalah sangat

nipis.c) Kedua-dua dinding uterus dan plasenta kaya dengan kapilari darah.

13. Darah ibu tidak bercampur dengan darah ferus. Ini penting untuk:a) Melindungi fetus daripada tekanan darah ibu yang tinggi.b) Melindungi fetus daripada sesetengah bahan yang berbahaya dalam darah ibu.

14. Walau bagaimanapun, sesetengah bahan kimia dan microorganism boleh melalui plasenta ke sistem peredaran fetus dan menjejaskan perkembangan serta pertumbuhan fetus. Bahan kimia yang boleh melalui plasenta adalah alcohol, dadah, nikotin daripada asap rokok, plumbum, saki baki pestisid seperti DDT dan kafein.Mikroorganisma seperti virus HIV dan virus rubella juga boleh melalui plasenta.

Page 15: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Teknik-teknik Pencegahan Kehamilan

1. Disebabkan faktor-faktor tertentu seperti ekonomi, kesihatan atau kerjaya, pencegahan kehamilan.

2. Teknik pencengahan kehamilan bertujuan untuk menghalang proses persenyawaan sperma dengan ovum dan proses penempelan.

3. Terdapat beberapa cara pencengahan kehamilan.a) Cara semula jadib) Cara fizikalc) Cara kimiad) Cara kemandulane) Cara pengguguran

Cara Semula Jadi

1. Teknik kalendar atau beritmaa) Dalam teknik ini, pasangan suami isteri mengelakan persetubuhan semasa waktu subur

dalam kitar haid isteri. Waktu subur ialah tiga hari sebelum dan tiga hari selepas pengovulan dijangkakan berlaku.

b) Teknik ini memerlukan ramalan berdasarkan kitar haid yang konsisten.c) Cara ini tidak begitu popular kerana peratusan kegagalan adalah amat tinggi.

2. Teknik suhua) Teknik ini memerlukan isteri berkenan mencatatkan suhu badannya setiap hari.b) Teknik ini berdasarkan suhu badan seorang wanita akan menurun sedikit sebelum

pengovulan, dan meningkat sedikit selepas pengovulan.c) Untuk mengelakkan kehamilan, persetubuhan hanya boleh berlaku selepas terdapat

kenaikan suhu badan untuk sekurang-kurangnya 3 hari yang berturut-turut.d) Kelemahan cara ini ialah suhu badan boleh meningkat disebabkan oleh penyakit.

3. Teknik mukus.a) Teknik ini memerlukan isteri berkenaan memeriksa kepekatan mukus yang dirembeskan.b) Didapati mukus yang dirembeskan semasa hendak berlaku pengovulan adalah cair dan

kerap tetapi selepas pengovulan mukus menjadi lebih pekat.

Page 16: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

c) Teknik ini sukar diamalkan kerana tidak tahu menentukan sama ada mukus itu pekat atau cair.

4. Teknik pengundurana) Dalam teknik ini, zakar dikeluarkan daripada faraj sebelum sperma terpancut keluar.b) Teknik ini tidak selamat kerana sperma mungkin terpancut keluar sebelum zakar sempat

diundurkan.

Cara Fizikal.

1. Penggunaan kondoma) Teknik ini memerlukan lelaki memakai kondom ( sarung getah plastik ) pada zakar untuk

menghalang sperma daripada memasuki uterus semasa pemancutan sperma.b) Teknik ini menghalang ovum disenyawakan oleh sperma.c) Teknik ini juga mengurangkan kebarangkalian penyakit kelamin seperti AIDS.d) Kelemahan teknik ini adalah kondok boleh pecah atau bocor. Sperma juga akan terkeluar

daripada kondom yang tidak digunakan dengan cara yang betul.

2. Penggunaan diafragmaa) Diafragma adalah kubah getah plastic yang dipakai oleh wanita pada bahagian serviks.b) Dengan teknik ini, sperma tidak sampai ke tiub Fallopio dan tidak mempersenyawakan

ovum.

3. Penggunaan alat intrauterus (IUD)a) Alat ini ialah sejenis logam atau plastic kecil yang dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor.b) Alat ini menghalang penempelan zigot pada dinding uterus walaupun persenyawaan

berlaku.

Cara Kimia

1. Penggunaan spermisida) Bahan kimia ini berada dalam bentuk krim, busa, atau semburan dan disapu pada dinding

faraj sebelum persetubuhanb) Bahan kimia ini boleh membunuh sperma yang dipancut ke dalam faraj.

2. Penggunaan pil pencegah kehamilana) Pil pencegah kehamilan mempunyai hormone estrogen dan progestron dan diambil selama

tiga minggu, kemudian berhenti seminggu. Pada masa itu, haid akan dating.

Page 17: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

b) Akibat pengambilan pil ini, aras progesterone meningkat dalam badan dan menghalang pembentukan ovum manakala aras estrogen yang tinggi menghalang penempelan zigot.

Cara kemandulan

a) Teknik ini dijalankan melalui pembedahan.b) Bagi perempuan, kedua-dua tiub Fallopio dipotong dan diikat melalui proses ligasi supaya

sperma tidak sampai ke ovum.c) Bagi lelaki, kedua-dua duktus sperma dipotong dan diikat supaya sperma tidak dapat masuk ke

dalam zakar. Proses pembedahan ini disebut vasektomi.d) Cara pemandulan ini menjadikan seseorang mandul secara kekal. Oleh itu, seseorang yang ingin

melakukan pembedahan ini mesti berfikir dengan wajar sebelum menjalani pembedahan.

Cara pengguguran

a) Cara ini melibatkan penyingkiran embrio atau fetus sebelum minggu ke-28 melalui pembedahan oleh doktor yang sah.

b) Lebih lama fetus itu berada dalam kandungan, lebih tinggi risikonya kepada wanita untuk melakukan keguguran.

c) Pengguguran menimbulkan masalah agama, moral serta tidak dibenarkan oleh undang-undang di kebanyakan Negara.

d) Walau bagaimanapun, sekiranya kesihatan ibu terancam kerana kandungannya, pengguguran terpaksa dijalankan.

Page 18: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Teknik-teknik Mengatasi Kemandulan

1. Masalah kemandulan pada isteri atau suami mungkin disebabkan oleh:a) Ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kegagalan pengovulan.b) Tiub Follopio yang tersumbat.c) Sperma yang tak normal atau aktifd) Bilangan sperma yang rendah

2. Terdapat beberapa teknik untuk mengatasi masalah kemandulan.a) Bank spermab) Pemainan beradasc) Persenyawaan in vitrod) Ibu tumpange) Pengklonan

Bank Sperma

1. Sperma daripada penderma dijual dan disimpan dalam satu pusat yang dinamakan bank sperma.

2. Sebelum sperma dapat diterima oleh bank sperma, maklumat latar belakang genetik dan kesihatan perderma sperma ditapiskan oleh doktor pakar.

3. Sperma dari penderma disejukbekukan dan disimpan sehingga sperma diperlukan.

4. Oleh itu, bank sperma merupakan satu sumber sperma sedia ada yang boleh digunakan untuk menolong pasangan suami-isteri yang mempunyai masalah kemandulan berkaitan dengan sperma.

Permainan beradas

1. Dalam teknik ini, sperma-sperma suami diambil dan dimasukkan ke dalam faraj isteri semasa pengovulan.

2. Teknik ini membantu sperma mempersenyawakan oosit sekunder isteri.

3. Teknik ini digunakan apabila suami mengalami masalah kemandulan akibat sperma yang cacat atau bilangan sperma yang rendah.

Page 19: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

4. Sekiranya suami mengalami masalah bilangan sperma rendah, beberapa sampel sperma suami dikumpulkan supaya menjadi pekat dan kemudian disuntik ke dalam uterus isteri semasa pengovulan.

5. Sekiranya suami mandul atau masalah kemandulannya tidak dapat diatasi, sperma daripada penderma atau bank sperma disuntik ke dalam uterus isterinya semasa pengovulan.

Persenyawaan in vitro ( IVF )

1. Persenyawaan in vitro bermakna persenyawaan yang berlaku di luar badan.

2. Teknik ini digunakan apabila isteri mempunyai tiub Fallopio yang tersekat.

3. Dalam teknik ini, isteri akan diberi suntikan hormon untuk mempercepatkan perkembangan folikel dalam ovarinya dan menghasilkan beberapa folikel Graaf yang matang.

4. Laparoskop dimasukkan melalui dinding abdomen untuk mengeluarkan oosit sekunder daripada ovarinya sebelum pengovulan.

5. Sebelum itu, sperma suami diletakkan di dalam satu piring petri yang mengandungi larutan kultur yang menyerupai cecair dalam tiub Fallopio.

6. Oosit sekunder yang dikeluarkan diletakkan dalam piring petri yang mengandungi sperma untuk persenyawaan berlaku.

7. Setelah persenyawaan berlaku, zigot yang terbentuk mula membahagi.

8. Selepas 12 jam, zigot-zigot akan dipindahkan ke medium kultur lain untuk membekalkan nutrient bagi perkembengan zigot selanjutnya.

9. Apabila zigot membentuk peringkat lapan sel, ia dimasukkan ke dalam uterus isteri melalui serviks dengan menggunakan pipet pemindah.

10. Zigot terus berkembang dalam uterus dan membentuk embrio yang akan menempel pada dinding uterus.

11. Embrio terus berkembang secara semula jadi dan membentuk bayi.

12. Bayi yang dilahirkan melalui teknik ini digelar bayi tabung uji.

Page 20: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

13. Teknik ini sangat rumit dan kebarangkalian kejayaaannya adalah rendah. Kadangkala beberapa percubaan terpaksa dilakukan sebelum mendapat kejayaan.

14. Lazimnya semua oosit sekunder yang dikeluarkan dimasukkan ke dalam kultur yang mengandungi sperma. Akibatnya beberapa zigot akan terbentuk.

15. Satu atau lebih zigot yang membahagi boleh dimasukkan ke dalam uterus isteri untuk meningkatkan kebarangkalian berjaya. Zigot yang lebih juga boleh disejubekukan untuk kegunaan masa depan.

16. Teknik ini memerlukan masa dan wang serta kesabaran.

17. Teknik ini juga menimbulkan kontroversi dari segi moral, etika dan agama. Contoh soalan kontroversi termasuk:a) Patutkan manusia menggangu proses semula jadi dalam pembiakan?b) Apakah akan terjadi sekiranya manusia menyalahgunakan teknik ini dan menggunakan

proses ini untuk memilih jantina atau memilih zigot yang berciri baik untuk menghasilkan manusia yang tunggal?

c) Patutkah manusia menentang takdir Tuhan?

Pemindahan intrafallopian

1. Teknik ini melibatkan pemindahan gamet atau zigot ke dalam tiub Fallopio.

2. Permindahan intrafallopian gamet (GIFT)a) Teknik ini melibatkan pengumpulan sperma dan oosit sekunder pasangan suami isteri dalam

satu tempoh tertentu.b) Kemudian sperma dan oosit sekunder itu diletakkan dalam tiub fallopio isteri.c) Persenyawaan berlaku antara sperma dengan oosit sekunder dan kehamilan berlaku.

3. Pemindahan intrafallopian zigot ( ZIFT )a) Dalam teknik ini, oosit sekunder dan sperma diletakkan dalam piring petri di mana

persenyawaan berlaku.b) Zigot yang terbentuk dipindahkan ke dalam tiub Fallopio.

Page 21: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Permindahan embrio

1. Teknik ini membolehkan seorang wanita yang gagal menghasilkan oosit sekunder menjadi hamil.

2. Teknik ini melibatkan pemindahan embrio daripada seorang wanita penderma oosit sekunder ke uterus wanita yang mandul.

3. Seorang wanita lain yang merupakan penderma oosit sekunder disuntik dengan sperma suami yang isterinya adalah mandul melalui permanian beradas.

4. Sekiranya perderma itu hamil, embrio yang terbentuk dalam uterus penderma dikeluarkan daripadanya dan dipindahkan ke uterus isteri yang mandul.

Ibu tumpang

1. Dalam kes di mana isteri tidak boleh menjadi hamil, seorang ibu tumpang digunakan untuk membawa fetusnya.

2. Ibu tumpang adalah seorang perempuan yang sudi menerima sperma seorang lelaki yang isterinya mandul melalui permanian beradas.

3. Perempuan ini akan hamil dan fetus akan berkembang dalam uterusnya sehingga bayi dilahirkan. Bayi itu kemudian diserahkan kepada pasangan suami isteri itu.

4. Teknik ini menimbulkan banyak persoalan moral dan etika sebab kadangkala ibu tumpang enggan menyerahkan bayi yang dilahirkan kepada pasangan suami isteri yang menggunakan perkhidmatannya.

Page 22: Pembiakan Dan Pertumbuhan Manusia

Pengklonan

1. Kini ahli sains sedang berusaha menjalankan pengklonan bayi untuk membantu pasangan suami isteri yang mandul.

2. Teknik ini berdasarkan prinsip yang digunakan dalam pengklonan biri-biri yang bernama Dolly.

3. Teknik ini melibatkan penggantian nucleus dalam ovum yang tidak tersenyawa dengan nucleus daripada sel badan seseorang yang diklonkan.

4. Ovum dengan nucleus daripada sel penderma akan berkembang menjadi embrio dalam bahan kultur.

5. Kemudian embrio ini akan dimasukkan ke dalam uterus isteri dan akhirnya bayi yang seiras dengan penderma sel akan dilahirkan.

6. Walaupun teknik ini masih dalam peringkat percubaan tetapi banyak bantahan serta persoalan etika dan moral telah timbul.Contoh:a) Patutkah manusia memainkan peranan Tuhan dan mencipta manusia?b) Apakah akan terjadi kepada klon bayi yang cacat?c) Perkembangan embrio dalam uterus menjejaskan nyawa ibu tumpang. Siapakan yang akan

bertanggungjawab?