Pembiayaan Projek Penternakan Ikan Keli

27
Indah Keli Sdn. Bhd. TAJUK PROJEK : PEMBIAYAAN KEWANGAN UNTUK PERMULAAN PERNIAGAAN INDAH KELI SDN. BHD.

Transcript of Pembiayaan Projek Penternakan Ikan Keli

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 1 TATIUC

TAJUK PROJEK :

PEMBIAYAAN KEWANGAN UNTUK

PERMULAAN PERNIAGAAN

INDAH KELI SDN. BHD.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 2

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

1.0 Ringkasan Eksekutif 2

2.0 Maklumat Am Syarikat 3

3.0 Kajian Pasaran & Strategi Pemasaran 5

3.1 Keterangan Produk

3.2 Analisa Permintaan

3.3 Persaingan

3.4 Strategi Pemasaran

4.0 Pelan Operasi 14

4.1 Bangunan

4.2 Ubahsuai

4.3 Mesin & Peralatan

4.4 Tenaga Kerja

4.5 Bahan Mentah

4.6 Utiliti

5.0 Jadual Pelaksanaan Projek 22

6.0 Kewangan 23

6.1 Anggaran Pendapatan

6.2 Anggaran Kos Projek

6.3 Analisa Kewangan

6.4 Sumber Pembiayaan

7.0 Rumusan 39

8.0 Rujukan 40

Lampiran 41

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 3

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Untuk berjaya dalam keusahawanan matlamat dan asas pencapaian yang berteraskan

kekuatan adalah penting dalam sesebuah perniagaan. Kecekapan dalam pelan

perniagaan yang berjaya dapat membantu dalam pengurusan operasi perniagaan.

Daripada pelan perniagaan yang telah dirangka kami dapat mengenal pasti dalam

potensi perniagaan dan permintaan pasaran dalam pasaran perniagaan. Selepas

daripada kajian yang dibuat kami mendapati bahawa perniagaan Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) amat berpontensi memberikan keuntungan berteraskan saiz pasaran.

Dalam perancangan perniagaan kita harus mengetahui lebih banyak maklumat

dalam bidang yang ingin deceburi. Pelan perniagaan ini juga harus mengandungi

objektif misi dan juga wawasan dalam sesebuah organisasi. Hal ini disokong oleh

maklumat tentang perancangan pentadbiran. Seperti yang telah diterangkan dalam 3.4

strategi pemasaran dan 4.0 pelan operasi khususnya. Pelan perniagaan bukan sahaja

melibatkan pesaing dalam pasaran tetapi juga dalam perkhidmatan pembangunan

poduk, ini kerana perkhidmatan pembagunan produk yang baik akan dapat

memasarkan pengeluaran produk diseluruh kawasan dan negeri.

Pelan perniagaan ini juga mengandungi maklumat tentang bioteknologi dalam

perindustrian Ikan Keli air tawar. Ini amat penting dalam proses pencapaian yang

terbaik dalam perindustrian Ikan Keli air tawar, kegagalan untuk mendalami ilmu

bioteknologi akan menjadikan proses penghasilan Ikan Keli air tawar tidak berjaya

sepenuhnya. Semua maklumat ini termasuk dalam perancangan perniagaan dan amat

berguna untuk usahawan-usahawan yang baru sebagai satu garis panduan sebelum

melibatkn diri dalam bidang perindustrian industri sederhana kecil kerana ia terisi dalam

banyak risiko.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 4

2.0 MAKLUMAT AM SYARIKAT

Nama Syarikat Indah keli Sdn. Bhd.

Logo Syarikat

No. Pendaftaran P 0042020-K

Alamat Syarikat No, 356 Kampung Guar Panji,

Bukit Keteri Kangar,

02450 Kangar Perlis.

Tel : 04-9991356 Faks : 04-9992356

Pegawai untuk

dihubungi

1) Fahmin bin Kamarudin (019 5543329)

2) Nur Farah Hananim bt Yunos (014 6654430)

Senarai

Pemegang

Saham

1) Fahmin bin Kamarudin (saham 30% - Tanah 2 ekar)

2) Nur Farah Hananim bt Yunos (saham 25% - RM 25,000)

3) El Nurwanie bt Mokhyin (saham 15% - RM 15,000)

4) Nurul Najwa bt Ismail (saham 15% - RM15,000)

5) Nur Azrah bt Abu Bakar (saham 15% - RM15,000)

6) Nur Hasanah bt Haramaini (saham 15% - RM15,000)

7) Muhammad Fakhrulrazi bin Saad (saham 10% - RM10,000)

8) Siti Nur Hazirah bt Holil (saham 10% - RM10,000)

9) Nurul Dalila bt Shafei (saham 10% - RM10,000)

10) Siti Aesah bt Sirojudin (saham 10% - RM10,000)

11) Sy.Putera Amirul Hakimi Sy.Amran (saham 5% - RM5,000)

Kegiatan Utama

Pembekal Ikan Keli/Pemasaran benih Ikan keli & Ikan Keli matang

Sampingan

1. Ikan keli Pekasam

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 5

2. Bebola Ikan Keli

3. Ikan Keli Salai

Maklumat Bank SME Bank

No. 1 Jalan Kangar,

Seriap 01000 Kangar,

Kuala Perlis.

Tel : 04 77766/9775466 Faks : 04 9770466

2.1 Carta Organisasi dan Bidang Tugas

PENGARAH URUSAN

EN. FAHMIN BIN KAMARUDIN

PENOLONG PENGARAH

CIK NUR FARAH HANANIM BT YUNOS

PEGAWAI EKSEKUTIF

SUMBER MANUSIA

CIK EL NURWANIE BT

MOKHYIN

PEGAWAI EKSEKUTIF

KEWANGAN

CIK NURUL NAJWA BT

ISMAIL

PEGAWAI EKSEKUTIF

OPERASI DAN TEKNIKAL

CIK NUR AZRAH BT ABU

BAKAR

PEGAWAI EKSEKUTIF

PEMASARAN

CIK NUR HASANAH BT

HARAMAINI

PEGAWAI KAWALAN

KUALITI PRODUK

EN. FAKHRULRAZI BIN SAAD

PEGAWAI VETERINAR

CIK SITI NUR HAZIRAH

BT HOLIL

PEGAWAI PENTADBIRAN

CIK NURUL DALILA BT

SHAFEI

KERANI PENTADBIRAN

CIK SITI AESAH BT SIROJUDIN

KETUA PEKERJA OPERASI

EN. SY. PUTERA AMIRUL

HAKIM BIN SY. AMRAN

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 6

3.0 KAJIAN PASARAN DAN STRATEGI PEMASARAN

3.1 Keterangan Produk / Projek

3.1.1 Lokasi Tapak

Lokasi bagi penternakan Ikan Keli yang dipilih ialah di Kampung Guar Panji

Kangar, Perlis. Lokasi ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik iaitu

berdekatan dengan pusat petempatan, pasaraya membeli-belah, pasar Kangar,

restoran dan sebagainya. Selain itu, lokasi yang dipilih ini ini juga terletak di

antara pusat pendidikan seperti UiTM Arau, Politeknik Perlis, UUM dan lain-lain

(Rujuk peta 3.1pada lampiran).

Lokasi Kampung Guar Panji yang mempunyai kemudahan

infrastrukturseperti Jalan Raya juga akan memudahkan segala kerja-kerja dan

pengurusan dapat dilakukan dengan lancar. Kelebihan ini membuatkan

persaingan yang berlaku dapat diatasi dan memperluaskan perusahaan dapat

dilakukan. Penghasilan produk yang baru di pasaran dapat diperkembangkan

kerana terdapat banyak kedai-kedai dan pasaraya yang berhampiran

memasarkan produk tersebut.

3.1.2 Konsep Produk

Perusahaan Ikan Keli dengan menggunakan kaedah ternak dalam kanvas amat

menguntungkan kerana pengurusan ternakan mudah dikendalikan dan berkualiti.

Kualiti air juga dapat ditentukan dengan menggunakan alat pengukur PLT

disamping sistem pengairan yang berkesan dan praktikal. Proses penuaian hasil

juga mudah dilakukan melalui cara menggunakan saluran air limbah dengan

membuka saliran paip paras air dan seterusnya menahan Ikan Keli di saluran air

keluar. Proses ini amat mudah dikendalikan hanya memerlukan 2 hingga 3 orang

pekerja sahaja.Penternakan Ikan Keli yang menggunakan kanvas juga telah

terbukti dapat meningkatkan hasil pengeluaran. Hal ini kerana pengurusan

ternakan yang mudah dipantau dan penjagaan dari aspek kebersihan kualiti air

dapat ditentukan sendiri oleh penternak.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 7

Kerja-kerja penggredan Ikan Keli mengikut saiz juga mudah dilakukan

kerana dasar kanvas yang rata dan tidak berlumpur serta tidak terlalu dalam.

Pengasingan mengikut saiz dilakukan bagi mengelakkan berlakunya

pemangsaan sesama mereka. Di samping Ikan Keli yang diternak di dalam

kanvas jugamempunyai rasa yang enak, pejal dan berkualiti.

3.1.3 Ringkasan Spesifikasi Produk

Produk utama yang syarikat kami hasilkan dan pasarkan ialah anak benih Ikan

Keli, Ikan Keli matang. Selain itu, kami juga amat kreatif dan berinovatif dalam

mempelbagaikan produk kami iaitu dengan menghasilkan produk sampingan

seperti Bebola Ikan Keli, Ikan Keli Pekasam, dan Ikan Keli Salai. Anak benih Ikan

Keli dijual dengan harga RM0.10 bagi saiz 1 inci. Manakala saiz 3inci dijual

dengan harga RM0.20. Ikan Keli matang sudah boleh dijual pada bulan keempat

dengan harga RM6.00 hingga RM8.00 sekilo tidak termasuk kos penghantaran.

Bagi Bebola Ikan Keli kami meletakkan harga RM7.50 setiap 300gram. Ikan Keli

Pekasam pula dijual dengan harga RM8.00 iaitu 500gram satu bungkus. Akhir

sekali, Ikan Keli Salai pula diisi di dalam kotak yang mengandungi 5 ekor dengan

harga RM15.00.

3.2 Analisis Permintaan

3.2.1 Sasaran Tumpuan Pasaran

Lokasi penternakan Ikan Keli dan pemprosesan Ikan Keli yang terletak di

Kampung Guar Panji, Kangar Perlis ini merupakan lokasi yang strategik di antara

semenanjung Malaysia dengan Thailand telah menjadikan kawasan tumpuan

pasaran syarikat kami meluas selain dengan kawasan yang berhampiran

dengannya seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang dan tumpuan utama Negeri

Perlis itu sendiri serta penggemar Ikan Keli daripada Thailand juga mudah untuk

memperolehnya. Di samping kawasan lokasi itu sendiri terdapat banyak

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 8

kampung-kampung dan taman perumahan yang berdekatan dengan lokasi

penternakan Ikan Keli tersebut yang membolehkan perusaha Ikan Keli

melebarkan sayap pasarannya.

Sasaran pasaran kami lebih menumpukan kepada pengusaha Ikan Keli,

hotel, restoran, mini market, pasar basah, kedai runcit dan pemborong yang

terdapat di sekitar Perlis, Kedah, negeri-negeri utara dan pantai timur. Pasaran

Ikan Keli hidup banyak tertumpu pada kawasan sekitar Perlis iaitu di restoran,

kedai makan, kantin dan hotel. Ikan Keli mati yang segar pula di pasarkan di

sekitar pasar basah, gerai jualan makanan, restoran dan juga hotel. Manakala

produk Ikan Keli yang sudah diproses seperti bebola ikan, ikan pekasam dan

ikan salai tertumpu di sekitar kawasan mini market, pasar basah dan kedai runcit.

Melalui pasaran ke merata tempat, didapati permintaan sangat

menggalakkan daripada pengusaha-pengusaha makanan setempat dan

permintaan ini akan berterusan meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu,

pihak pengusaha berusaha untuk menggekalkan pengeluaran berterusan bagi

memastikan kesinambungannya.

3.2.2 Saiz Pasaran

Bidang akuakultur merupakan sektor pengeluaran makanan yang paling

cepat membiak seperti yang telah dipastikan oleh Pertubuhan Makanan Dan

Pertanian Dunia (Food and Agriculture Organization,FAO). Bidang ternakan

akuakultur ini berkembang dalam 11% setahun jika di bandingkan dengan

industri penternakan haiwan iaitu 3.1% dan tangkapan ikan laut 0.8%. Terdapat

340,012 tan metrikikan yang telah diimport Malaysia iaitu bernilai RM1.241 bilion

setahun. Manakala terdapat sebanyak 21,000 tan metrik pengeluaran spesis

akuakultur air tawar yang berjumlah RM99 juta dalam setahun. Ikan air tawar

termasuklah jualan Ikan Keli.Dalam pasaran tempatan Ikan Keli mendapat

sambutan yang menggalakan daripada seluruh negeri kerana di setiap pelosok

negeri terdapat penggemarnyayang terdiri daripada pengusaha makanan,

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 9

restoran dan pemborong yang terdapat di sekitar kawasan Perlis, Perak, Pulau

Pinang dan Kedah.

Menjelang tahun 2010, Malaysia memerlukan 600 ribu tan metrik ikan

dalam tempoh setahun daripada industri akuakultur untuk menampung keperluan

dan kehendak pasaran. Permintaan yang tinggi terhadap industri akuakultur

membolehkan kami mengembangkanlagi saiz pasaran kami. Setiap hari kami

akan memasarkan dalam lingkungan 20kg/org sehingga 50kg/org Ikan Keli

kepasaran dan untuk diproses menjadikan produk untuk dipasarkan ke kawasan-

kawasan Utara dan Pantai Timur.Pemborong boleh mendapat harga yang lebih

murah daripada harga pasaran sekiranya mengambil terus daripada kami.

Pemborong akan jimat dalam RM0.08/kg. Secara keseluruhannya dalam tempoh

setahun perusahaan Ikan Keli akan dijual kepada 7200kg/org hingga

18000kg/org setahun iaitu RM 14,400/org hingga RM108,000/org dalam tempoh

setahun.

3.3 Persaingan

Industri penternakan Ikan Keli mempunyai pasaran yang baik menyebabkan ramai

usahawan tani berminat untuk menceburi diri dalam bidang terbabit. Faktor ini disokong

dengan faktor pertambahan bilangan penduduk dan keperluan sumber makanan yang

semakin meningkat. Berdasarkan situasi dan keadaan semasa, syarikat kami tidak

menghadapi saingan yang sengit memandangkan keperluan dan permintaan pasaran

tempatan masih tidak mencukupi.

3.3.1 Persaingan Sedia Ada dan Ancaman Persaingan Baru

Ternakan Ikan Keli bukanlah sesuatu yang baru, permintaan yang baik di

samping harga pasarannya yang agak tinggi telah menjadikan ternakan Ikan Keli

di antara ternakan ikan air tawar yang paling popular di Malaysia sejak akhir-

akhir ini, serta telah ramai juga penternak berjaya mengusahakannya. Tambahan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 10

pula kini terdapat pelbagai kaedah dengan penggunaan teknologi moden bagi

meningkatkan hasil Ikan Keli dipasarkan berikutan permintaan yang begitu

menggalakkan.Persaingan ini juga bukan sahaja melibatkan pemasaran tetapi

juga melibatkan persaingan untuk mendapatkan bahan makanan bagi Ikan Keli

tersebut. Di Perlis terdapat beberapa syarikat yang mengusahakan ternakan Ikan

Keli dimana ia menyebabkan berlakunya persaingan dari segi mendapatkan

bekalan bahan makanan Ikan Keli disamping persaingan Ikan Keli itu sendiri

dalam pasaran.

3.3.2 Senarai Pesaing dan Anggaran Syer Pasaran

Terdapat juga pesaing dalam penternakan Ikan Keli ini di sekitar Perlis namun,

kami juga telah menganalisa segala kekuatan serta kelemahan pesaing kami

bagi membolehkan kami memasuki pasaran dalam bidang Akuakultur ini dengan

meluas. Jadual 3.1 di bawah adalah antara yang menjadi pesaing kami dalam

penternakan Ikan Keli di pasaran.

Bil Pesaing Kekuatan Kelemahan

1 Sehidan bin Ismail 80A,

Kg Banat, 02600 Arau,

Perlis.

Telah menjual Ikan Keli

secara runcit dan ada

rangkaian jualan borong di

pasaran tempatan dan luar

daerah.

Menggunakan

ternakan dalam kolam

dan penggunaan

bahan makanan

organik (tahi ayam,

lemak ayam dll).

2 Muslinda bt Musa 30-A,

Depan Mahkamah Jln

Hospital 01000 Kangar,

Perlis.

Mempunyai banyak

pengalaman dalam aktiviti

penternakan Ikan Keli.

Kekurangan teknologi

bagi meningkatkan

hasil ternakan.

3 Pengusaha kecil-kecilan,

sekitar Perlis

Mampu menampung bekalan

ikan kawasan sekitar

Kekurangan teknologi

dan modal

Jadual 3.1 : Senarai penternak Ikan Keli Negeri Perlis.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 11

Syarikat kami ini baru ingin memulakan perniagaan, oleh kerana itu

syarikat kami ini belum mempunyai syer pasaran. Oleh yang demikian syarikat

kami telah menganggarkan syer pasaran dengan mengambil kira kekuatan dan

kelemahan syarikat berbanding dengan pesaing-pesaing lain. Setelah mengambil

kira kesemua faktor, syarikat telah menganggar syer pasaran sebanyak 25%.

Pecahan syer pasaran yang baru adalah seperti dalam jadual 3.2 di bawah :

Bil Pesaing Syer Pasaran

1 Sehidan bin Ismail 35%

2 Muslinda bt Musa 30%

3 Pengusaha kecil-kecilan 10%

4 Syarikat Indah Keli Sdn. Bhd. 25%

Jadual 3.2 : Anggaran syer pasaran.

3.3.3 Strategi Pesaing

Pelbagai strategi yang digunakan oleh pesaing – pesaing penternak Ikan Keli.

Antara strategi yang digunakan adalah dari segi strategi perkhidmatan. Antara

strategi perkhidmatan yang telah disusun adalah merangkumi perkara-perkara

seperti memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masalah

mengenai Ikan, mematuhi jadual kerja yang ditetapkan dan memberikan layanan

terbaik kepada pelanggan dan menekankan konsep pelanggan adalah “raja”.

Selain itu, pesaing-pesaing menyediakan tempahan dan bekalan Ikan Keli

mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pelanggan. Pesaingnya juga

mengambil kerja–kerja ladang dan tempahan menternak Ikan Keli mengikut

keupayaan dan kemampuan semasa agar kualiti perkhidmatan dapat

dipertahankan.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 12

3.4 Strategi Pemasaran

3.4.1 Produk/Product

Strategi yang dijalankan oleh kami iaitu Syarikat Indah Keli Sdn.Bhd mempunyai

keunikan dan keistimewaannya tersendiri. Antara keunikan yang kami tawarkan

adalah produk Ikan Keli yang terdiri daripada Ikan Keli Afrika, Ikan Keli Bunga,

Ikan Keli Jeram, Ikan Keli Mata Kati dan Ikan Keli Rusian. Ikan Keli kami, dijual

mengikut jenis gred iaitu gred A (200-250 gram) dan gred B (150-200 gram).

Produk Ikan keli kami banyak mengandungi Omega 3, 6, dan 9 serta dengan

protein tinggi dan tanpa karbohidrat kerana kami menggunakan makanan ikan

yang berkualiti serta pegawai veterinar kami sentiasa menjalankan pemeriksaan

ke atas Ikan keli dari masa ke masa selain daripada memberikan Palet yang

berkualiti. Selain itu, kami turut mewujudkan pusat pengeluaran benih Ikan Keli

kepada spesis yang terpilih serta kacukan pada benih daripada baka yang sihat.

Strategi lain ialah kami telah memilih menternak Ikan Keli dalam kanvas

kerana kelebihannya adalah terhasilnya ikan berprotein tinggi, kurang berbau

hanyir, ikan cepat membesar dalam tempoh 3-4 bulan, tidak memerlukan

kawasan yang besar dan hasil pulangan yang tinggi menjadikan produk kami

tumpuan pasaran kini. Syarikat Indah Keli Sdn. Bhd. turut mengeluarkan produk

sampingan yang berasaskan Ikan Keli seperti Bebola Ikan Keli, Ikan Keli

Pekasam, Serunding Ikan Keli dan Ikan Keli Salai.

3.4.2 Tempat/Place

Tapak projek ternakan ikan air tawar ini terletak di Kampung Guar, Panji, Kangar,

Perlis. Iaitu terletak lebih kurang 20 kilometer daripada pekan Kuala Perlis dan

12 kilometer daripada pelabuhan ke Pulau Langkawi. Lokasi ini merupakan

laluan utama bagi kenderaan yang hendak ke Pulau Langkawi dan kawasan

sekitarnya seperti Sintok, Changlun, dan Jitra. Ikan Keli turut dipasarkan di

seluruh kawasan negeri Perlis terutama di Kangar dan Arau malah di Pulau

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 13

Langkawi , Pulau Pinang serta di sekitar selatan Kedah. Dilengkapi dengan

jaringan jalan raya yang lebar dan luas bagi kemudahan sistem pengangkutan.

Terdapat masjid, klinik, sekolah, kawasan perumahan, warung, kawasan

perindustrian kecil, gudang komersial dan stesen minyak berdekatan dengan

tapak lokasi projek. Kawasan yang dipilih juga melibatkan kawasan

perkampungan, asrama sekolah dan kediaman di kawasan tempat yang

berselerakan di sekitar kawasan tersebut. Disebabkan lokasinya yang strategik

dengan segala kemudahan tersebut, ianya mendorong kepada peningkatan

permintaan Ikan Keli yang tinggi.

3.4.3 Lokasi Pasaran/Positioning

Hasil pengeluaran produk-produk Indah Keli Sdn. Bhd akan dipasarkan di sekitar

kawasan luar bandar dan kawasan bandar terutamanya ialah di sekitar negeri

Perlis, Kedah serta sekitar kawasan Pantai Timur Semanjung Malaysia. Namun

hasil daripada pengeluaran produk-produk Syarikat Indah Keli lebih tertumpu di

sekitar kawasan bandar atau kawasan-kawasan elit ini adalah kerana produk-

produk ini lebih mendapat perhatian kerana produk yang berasaskan Ikan Keli

kurang sambutan di sekitar kawasan luar bandar. Selain daripada itu, pihak kami

juga akan memasarkan produk-produk kami di sekitar hotel atau restoran sama

ada yang telah membuat tempahan atau yang baru mahu membuat tempahan

dengan pihak kami.

3.3.4 Strategi Harga/Pricing

Sebut harga daripada Syarikat Indah Keli Sdn. Bhd adalah amat berpatutan dan

mengikut standard harga-harga yang terdapat di pasaran. Antara sebut harga

yang berpatutan dengan penjualan ikan keli di pasaran adalah seperti sekitar

RM6.00 hingga RM8.00 sekilo bagi Ikan Keli matang. Selain itu, Ikan Keli yang

matang di bahagikan mengikut harga bagi setiap saiz Ikan Keli yang telah

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 14

digredkan seperti bagi saiz S berharga RM6.00, bagi saiz M berharga RM7.00

dan bagi saiz L berharga RM8.00. Selain daripada itu, bagi sebut harga

penjualan Benih Ikan Keli ialah RM0.10 bagi seekor Benih Ikan Keli bersaiz 1 inci

dan RM0.20 bagi saiz 3 inci.

Selain daripada itu, bagi sebut harga dalam hasil pengeluaran produk-

produk sampingan kami ialah seperti bebola Ikan Keli ialah RM 7.50 (sebungkus)

iaitu sebanyak 300gram. Manakala bagi hasil produk pengeluaran ikan keli

pekasam ialah RM 8.00 bagi 500gram ikan keli. Selain itu, pihak kami juga

mengenakan bayaran tambahan bagi kos penghantaran ke sesuatu lokasi yang

berada luar daripada kawasan petempatan kami, seperti negeri Kedah, Langkawi

dan juga sekitar Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

3.4.5 Promosi/Promotion

Pihak Syarikat Indah Keli Sdn. Bhd. telah mempromosikan hasil pengeluaran

produk sampinganIkan Keli dan Ikan Keli mentah di sekitar kawasan petempatan

daerah Guar Panji, Kangar, Perlis dengan menggantungkan banner, banting,

poster di sekitar kawasan kami bagi memperkenalkan penjualan Ikan Keli kami.

Selain itu, pihak syarikat kami juga telah mempromosikan produk melalui

internet, pamplet dan juga brochures ke restoran-restoran dan juga hotel untuk

memperkenalkan produk-produk kami. Disamping itu, pihak kami juga akan

mempromosikan hasil pengeluaran produk-produk Ikan Keli melalui media cetak

dan media elektronik bagi memperkenalkan produk kami luar dari kawasan

petempatan kami dan sekaligus dapat membantu meningkatkan hasil

pengeluaran Ikan Keli Indah Keli Sdn. Bhd.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 15

4.0 PELAN OPERASI

4.1 Bangunan

Tanah yang dijadikan tapak infrastruktur adalah dengan menggunakan tanah

persendirian hak milik salah seorang rakan kongsi kami setelah mendapat persetujuan

daripada semua ahli. Projek penternakan Ikan Keli ini diusahakan di atas tanah lapang

milik persendirian Encik Fahmin bin Kamarudin yang seluas 2 ekar di Kampung Guar

Panji, Perlis. Oleh itu, tapak tersebut akan didirikan premis seperti bangunan pejabat,

kilang pengumpulan dan pemprosesan ikan, kolam tadahan dan punca air serta kolam

kanvas. Rujuk pada jadual 4.1 di bawah.

Item Saiz Kuantiti

Bangunan pejabat 20 x 30 1

Kilang 30 x 40 1

Penternakan Ikan Keli 40 x 50 1

Kolam tadahan dan punca air 20 x 10 3

Jadual 4.1 : Item yang akan dibangunkan

4.2 Ubahsuai/Renovation

Kini banyak perubahan telah dilakukan agar hasilnya lebih memuaskan antaranya

dengan mewujudkan kolam kanvas di mana kolam ini turut memainkan peranan yang

sama seperti kolam tanah yang biasa digunakan tetapi lebih mudah untuk dijaga. Selain

itu, anak benih Ikan Keli turut menjalani penyelidikan iaitu R & D di mana hanya baka

yang bermutu tinggi yang akan dihasilkan dan di pasar kepada kumpulan sasaran

tumpuan yang diinginkan. Ubahsuai akan dilakukan juga untuk membina sistem

perparitan yang ideal dan membina kilang memproses ikan dan ruang pejabat.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 16

4.3 Mesin dan Peralatan

Projek ini memerlukan banyak mesin dan peralatan yang terkini agar penternakan Ikan

Keli ini dapat berjalan dengan lancar dan hasil dapat diperoleh dengan kadar yang lebih

cepat dan bermutu. Peralatan dan mesin yang diperlukan untuk menternak ikan keli

adalah seperti dalam jadual 4.2 di bawah :

Jenis Bil Unit Harga Pembekal

Jaring/Tangguk 4 RM 400 Irev Venture

Peralatan Sistem Kualiti Air 1 set RM 280 Irev Venture

Tangki Oksigen 2 RM 500 Malaysian Oxygen

Timbang-200kg 2 RM 180 Comscale Enterprise

Alatan Bagi Proses

Pembenihan

10 RM 320 Irev Venture

Peralatan Pejabat 10 RM 2000 Delta Business

Jumlah RM 3,680

Jadual 4.2 : Jenis peralatan yang diperlukan

4.3.1 Mesin dan Peralatan Ikan Pekasam

Mesin yang digunakan untuk proses ikan pekasam keli adalah mesin pengisar

beras yang berharga RM5,000 seunit, peralatan menggoreng dan membungkus,

tong bertutup juga diperlukan, setiap tong memerlukan seguni garam bagi 30kg

ikan yang diperam. Oleh itu, kami telah dapat menyewa mesin pengisar dengan

bank sebanyak RM 500 sebulan.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 17

4.3.2 Mesin Ikan Salai

Ikan Keli salai memerlukan mesin penyalai yang berharga RM80,000 atau

menggunakan ketuhar bagi menyalai ikan tersebut, habuk kayu oak juga

diperlukan semasa menyalai ikan. Kami juga telah menyewa mesin salai ini

dengan harga RM 400 sebulan dengan pihak bank.

4.3.3 Mesin Bebola Ikan

Bebola ikan memerlukan mesin pengisar untuk mengisar isi ikan yang berharga

RM280 seunit jenama Panasonic manakala untuk membentuknya hanya melalui

cara tradisional dengan mengulinya dengan tangan. Untuk mesin pengisar bebola

ikan ini kami telah membelinya dengan harga tersebut.

4.4 Tenaga Kerja

4.4.1 Lembaga Pengurusan Syarikat

1) Pengarah Urusan

Nama : Encik Fahmin bin Kamarudin

Tarikh Lahir : 16 Mei 1989

Gaji Bulanan : RM 2000

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 18

2) Penolong Pengurus

Nama : Cik Nur Farah Hananim binti Yunos

Tarikh Lahir : 6 November 1990

Gaji Bulanan : RM 1700

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Prmbangunan

3) Pegawai Eksekutif Sumber Manusia

Nama : Cik El NurwanieBinti Mokhyin

Tarikh Lahir : 4 Mac 1990

Gaji Bulanan : RM 1500

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

4) Pegawai Eksekutif Kewangan

Nama : Cik Nurul Najwa Binti Ismail

Tarikh Lahir : 20 April 1990

Gaji Bulanan : RM 1500

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 19

5) Pegawai Eksekutif Operasi dan Teknikal

Nama : Cik Nur Azrah Binti Abu Bakar

Tarikh Lahir : 8 Januari 1990

Gaji Bulanan : RM 1500

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

6) Pegawai Eksekutif Pemasaran

Nama : Cik Nur Hasanah Binti Haramaini

Tarikh Lahir : 16 April 1990

Gaji Bulanan : RM 1500

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

7) Pegawai Kawalan Kualiti Produk

Nama : Encik Muhamad Fakhrurazi Bin Saad

Tarikh Lahir : 1 Disember 1992

Gaji Bulanan : RM 1200

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 20

8) Pegawai Veterinar

Nama : Cik Siti Nur Hazirah binti Holil

Tarikh Lahir : 29 Februari 1990

Gaji Bulanan : RM 1200

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

9) Pegawai Pentadbiran

Nama : Cik Nurul Dalila Binti Shafei

Tarikh Lahir : 29 Mei 1990

Gaji Bulanan : RM 1200

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

10) Kerani Pentadbiran

Nama : Cik Siti Aesah Binti Sirojudin

Tarikh Lahir : 28 Mei 1990

Gaji Bulanan : RM 1200

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pegurusan Pembangunan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 21

11) Ketua Pekerja Operasi

Nama : Encik Syed Putera Amirul Bin Syed Amran

Tarikh Lahir : 2 September 1990

Gaji Bulanan : RM 1000

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan

4.4.2 Bahagian Bukan Pengurusan

1) Pekerja Operasi

Bilangan : 8 Orang

Gaji Bulanan : RM 500

Warganegara: Malaysia dan Indonesia

4.5 Bahan Mentah

Bahan mentah yang akan digunakan dalam projek penternakan ikan keli ini adalah

diambil daripada pembekal yang telah dirunding harga bagi setiap barang di sekitar

negeri Perlis dan Kedah. Berikut adalah antara bahan mentah yang diperlukan bagi

100,000 ekor ikan keli seperti dalam jadual 4.3 di bawah.

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 22

Bilangan Item Kuantiti Jumlah

1 Benih Ikan

1” RM0.05/ekor

3” RM0.11/ekor

70,000 ekor

30,000 ekor

RM 3,500

RM 3,300

2 Khemah Kanvas (1 unit = 7 ekor)

6 x 16 kaki (RM400)

150 unit

RM 60,000

3 Makanan Ikan

Makanan Tambahan Dedak dan jagung

(RM100)

Makanan Lengkap/Palet (RM2)

Ubat-ubatan ikan (RM100)

540 beg

200 kg

10 set

RM 54,000

RM 400

RM 1000

4 Mesin Memproses Ikan (sewa & beli) 3 unit RM 86,960

Jumlah

Jumlah ( Bahan mentah & Tenaga kerja )

RM 209,160

RM 228,660

Jadual 4.3 : senarai bahan mentah yang diperlukan

4.6 Utiliti

Barang utiliti syarikat kami adalah barang milik syarikat kerana kami telah membelinya

terdahulu. Senarai utiliti adalah seperti dalam jadual 4.4 di bawah.

Bilangan Item Kuantiti

1 Lori (Sewa-Beli) 2

2 Peti Ais (Beli) 1

3 Kotak Utiliti (Beli) 2

Jadual 4.4 Senarai utiliti

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 23

INDAH KELI SDN. BHD.

No. 356 Kampung Guar Panji, Bukit Keteri Kangar, 02450 Kangar Perlis.

Tel : 04-9991356 Faks : 04-9992356

Tarikh : 18 April 2012

SME Bank

No. 1 Jalan Kangar,

Seriap 01000 Kangar,

Kuala Perlis.

Tuan,

Per : Permohonan Kemudahan Pembiayaan Pinjaman Industri Kreatif

Kami dari Syarikat Indah Keli Sdn. Bhd memohon kemudahan tersebut seperti di atas dari SME

Bank berjumlah RM 500,000 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Ribu Sahaja) bagi membiayai

kos/keperluan kewangan berkenaan modal pusingan/ pembelian aset / pemasaran produk syarikat

kami.

2. Bersama permohonan ini kami sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan (sila rujuk

lampiran). Kami juga memberi kuasa kepada Bank atau wakil Bank untuk mendapatkan daripada

bank-bank lain/pihak ketiga ataupun punca lain sebarang butiran/maklumat yang diperlukan

berkaitan permohonan ini.

3. Kerjasama daripada pihak tuan dalam meluluskan permohonan kami ini diucapkan jutaan

terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

__________________

(Cik Nur Farah Hananim binti Yunos)

Penolong Pengurus.

Lampiran

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 24

Peta 3.1 : Lokasi syarikat

Indah Keli Sdn. Bhd. Yang

diambil daripada google map

Peta 2 : Pelan kawasan operasi penternakan Ikan Keli

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 25

Gambar Produk Utama

Gambar 1 : Sebahagian Ikan

Keli yang telah matang

Gambar 2 : Ikan Keli jantan yang

telah dibedah untuk pemeriksaan

kesihatan

Gambar 3 : Antara

sebahagian Ikan Keli

lingkungan 3 bulan

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 26

Gambar 4 : tangki anak anak

benih Ikan Keli

Gambar 5 : Antara kanvas yang

telah dipasang

Gambar 6 : Kanvas Ikan Keli

pertengahan matang

I n d a h K e l i S d n . B h d . | 27

Gambar Produk Sampingan

Gambar 7 : Produk Sardin Ikan Keli

Gambar 8 : Ikan Keli Salai yang telah di kotakkan

Gambar 9 : Serunding Ikan Keli Gambar 10 : Ikan Keli Pekasam