PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan,...

30
1 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA PENYIASATAN INDUSTRI PEMBINAAN 2014 (BAGI TAHUN RUJUKAN 2013) PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK A. UMUM 1. Penyiasatan ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan memberikan kerjasama. 2 Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim 2013. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan-pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan anggaran yang munasabah. 3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini boleh bertindak bagi pihak pemilik. 4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir. 5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan perbezaan tersebut pada ruangan catatan di muka surat 14 soal selidik ini. Penjelasan ini akan membantu meminimakan pertanyaan. B. SKOP DAN LIPUTAN 1. Penyiasatan ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam sektor pembinaan di Malaysia. 2. Takrif pembinaan yang digunakan dalam penyiasatan ini adalah seperti berikut: Pembinaan baru, pengubahsuaian, pembaikan dan perobohan. Pemasangan sebarang jenis jentera atau peralatan yang dipasang ketika pembinaan asal adalah diambil kira, demikian juga bagi pemasangan jentera atau peralatan selepas pembinaan asal tetapi memerlukan perubahan struktur bagi pemasangannya”. PEMBINAAN

Transcript of PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan,...

Page 1: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

1

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

PENYIASATAN INDUSTRI PEMBINAAN 2014

(BAGI TAHUN RUJUKAN 2013)

PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK

A. UMUM

1. Penyiasatan ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989).

Akta ini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah

SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar

Jabatan ini. Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik

lain bagi memperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda

yang berat ke atas keengganan memberikan kerjasama.

2 Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim

2013. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan-pertubuhan yang tahun kewangan tidak

sama dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih

daripada enam bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum

dimuktamadkan, sila berikan anggaran yang munasabah.

3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada

pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka

ini boleh bertindak bagi pihak pemilik.

4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.

5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang

mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan

perbezaan tersebut pada ruangan catatan di muka surat 14 soal selidik ini. Penjelasan

ini akan membantu meminimakan pertanyaan.

B. SKOP DAN LIPUTAN

1. Penyiasatan ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam sektor pembinaan di

Malaysia.

2. Takrif pembinaan yang digunakan dalam penyiasatan ini adalah seperti berikut:

“Pembinaan baru, pengubahsuaian, pembaikan dan perobohan. Pemasangan sebarang

jenis jentera atau peralatan yang dipasang ketika pembinaan asal adalah diambil kira,

demikian juga bagi pemasangan jentera atau peralatan selepas pembinaan asal tetapi

memerlukan perubahan struktur bagi pemasangannya”.

PEMBINAAN

Page 2: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

2

3. Lazimnya, kontraktor yang terlibat dalam bidang industri pembinaan boleh dikelaskan

seperti berikut:

i. Kontraktor am

Merujuk kepada kontraktor yang terlibat dalam kerja seperti:

a. membina, mengubahsuai, membaiki dan meroboh bangunan;

b. membina, mengubahsuai dan membaiki jalan raya, jambatan, jejambat, alas

landasan keretapi, jalan bawah tanah, pelabuhan dan dermaga, pengkalan

laut, lapangan terbang dan kawasan letak kereta;

c. pembetungan, longkang, saluran air, gas dan elektrik, empangan, parit, taliair,

projek kawalan banjir dan kuasa air, loji hidroelektrik, saluran paip dan perigi;

d. padang olahraga, padang golf, kolam renang dan gelanggang tenis;

e. sistem perhubungan seperti pendawaian telekomunikasi;

f. memantak cerucuk dan membuat peparitan; dan

g. pembinaan berat yang lain.

ii. Kontraktor pertukangan khas

Kontraktor pertukangan khas hanya menjalankan sebahagian daripada kerja bagi

sesebuah projek pembinaan. Antara kegiatan mereka ialah:

a. memasang kelengkapan sistem paip;

b. memasang alat pemanas, pendinginan dan penyamanan udara;

c. memasang bumbung dan kerja konkrit;

d. memasang lampu dan kerja pendawaian elektrik;

e. mengikat dan melepa bata, menyusun jubin, marmar dan batu;

f. membuat dan menampal lantai, pertukangan kayu;

g. mengecat dan menghias; dan

h. kerja-kerja tanah

4. Jika pertubuhan ini adalah ibu pejabat dan mempunyai cawangan yang akaunnya tidak

berasingan, sila laporkan semua maklumat yang berkaitan dalam borang soal selidik ini.

Page 3: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

3

C. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK

Soalan 1: Maklumat Pengenalan

Perkara 1.1 Sila nyatakan aktiviti utama pertubuhan tuan berasaskan jenis pembinaan yang

dilaksanakan yang memberikan sumbangan terbesar dari segi nilai. Sila tanda (X) dalam

satu kotak sahaja.

Perkara 1.2 Sila laporkan tarikh permulaan aktiviti semasa. Ia merujuk kepada tarikh bila pertubuhan

tuan mula menjalankan aktiviti pembinaan.

Perkara 1.3 Sila laporkan tempoh perakaunan / operasi pertubuhan tuan. Tempoh operasi perlu

meliputi sekurang-kurangnya enam bulan dalam tahun rujukan.

Contoh-contoh di bawah adalah sebagai panduan:

(a) 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013

(b) 1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2014

Perkara 1.4 Sila nyatakan sama ada soal selidik ini merujuk kepada kegiatan-kegiatan yang

dijalankan oleh pertubuhan ini sahaja. Jika jawapannya “Tidak”, sila berikan penyata

berasingan.

Perkara 1.5 Sila nyatakan sama ada pertubuhan ini menggunakan kaedah Industrialised Building

System (IBS) dalam aktiviti pembinaannya. Jika ”Ya”, pastikan item 8 (Soalan 15) muka

surat 24 diisi.

Soalan 2 : Taraf Sah

Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja

2.1 Hak Milik Perseorangan

Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan ianya

dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilik mempunyai hak

mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.

Ke Dari

Tahun Bulan Hari

0 1 0 1 2 0 1 3 / /

Tahun Bulan Hari

3 1 1 2 2 0 1 3 / /

Ke Dari

Tahun Bulan Hari

0 1

i 0 7 2 0 1 3 / /

Tahun Bulan Hari

3 0 0 6 2 0 1 4 / /

Page 4: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

4

2.2 Perkongsian

Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk mengkontrak

dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mendapat keuntungan.

Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau salah seorang daripada mereka

yang bertindak mewakili semua pihak. Perkongsian perniagaan ini hendaklah

mengandungi ahli sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi had

maksimum dua puluh orang.

2.3 Syarikat Sendirian Berhad*

Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk menjalankan

perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan. Saham dipegang secara

tertutup oleh pemegang–pemegang saham yang mempunyai kawalan terhadap

operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan tanggungan berhad.

Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel

Persatuan sendiri, yang antara lain:

i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;

ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga lima puluh

orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yang masih

menjadi ahli);

iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-apa

saham atau debentur syarikat itu; dan

iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpan wang

di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untuk dibayar

bila dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak.

2.4 Syarikat Awam Berhad*

Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang

ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua orang

untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan. Saham

syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka dan bagi sesebuah syarikat

yang disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh bertukar milik secara bebas.

Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah entiti yang sah dan ditubuhkan

mengikut Memorandum dan Artikel Persatuan.

2.5 Syarikat Koperasi

Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidak

terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang yang ada

adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.

2.6 Perbadanan Awam

Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen

atau Dewan Perundangan Negeri.

* Cawangan syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia hendaklah mengikut taraf sah negara di mana ia

diperbadankan.

Page 5: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

5

2.7 Perkongsian tanggungan terhad

Ia merupakan bentuk perniagaan alternatif yang menawarkan ciri-ciri hibrid di

antara perkongsian konvensional dan syarikat. Antara ciri-ciri istimewanya adalah

ianya sama seperti perkongsian konvensional dari segi fleksibiliti dalam

pentadbirannya dan sama seperti syarikat dari segi liabiliti terhad ke atas rakan

kongsinya.

2.8 Lain-lain

Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-mana

kategori yang tersebut di atas, misalnya syarikat sendirian bukan berhad.

Soalan 3: Dana Pemegang Saham dan Struktur Hak Milik

Perkara 3.1 Dana pemegang saham:

Perkara 3.1.1 Modal berbayar

Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.

(a) bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia

merujuk kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik

perseorangan atau rakan kongsi.

(b) bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, ia

merujuk kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.

(c) bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang dibayar

oleh kerajaan Malaysia.

(d) bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan

dibayar oleh anggota-anggota, dan / atau modal yuran.

Perkara 3.1.2 Rizab

Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.

(a) bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan atau

kerugian yang terkumpul, rizab modal, akaun premium saham,

rizab am, rizab tukaran mata wang asing dan rizab lain.

(b) bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia

merujuk kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian.

(c) bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang

terkumpul dan dana rizab.

Perkara 3.2 Struktur hak milik

Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar seperti pada

31 Disember 2013.

Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modal

berbayar terbesar (lebih daripada 50 peratus) dan bukannya mengikut taraf

kewarganegaraan mereka.

Page 6: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

6

Perkara 3.2.1 Dipegang oleh residen Malaysia

Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain

yang lazimnya berada di Malaysia untuk jangka masa sekurang-

kurangnya satu tahun. Residen Malaysia meliputi:

• Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia;

dan.

• Warga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih daripada

setahun

Perkara 3.2.2 Dipegang secara langsung oleh bukan residen Malaysia

Bukan residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi

yang lazimnya tinggal atau terletak di negara lain selain Malaysia.

Bukan residen Malaysia terdiri daripada:

• Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat induk

di Malaysia; dan

• Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar Negara

melebihi setahun.

Perkara 3.3 Jika modal berbayar pertubuhan dipegang lebih 50 peratus oleh syarikat atau individu di

luar negara, secara langsung atau tidak langsung, sila nyatakan negara syarikat induk

muktamad.

Syarikat induk muktamad merujuk kepada entiti teratas dalam rantaian pemilikan syarikat

yang memiliki, secara langsung atau tidak langsung, kepentingan milikan ekuiti dalam

pertubuhan ini sebanyak lebih 50 peratus atau oleh syarikat lain. Negara merujuk kepada

lokasi dimana syarikat induk muktamad menjalankan aktiviti ekonomi / perniagaan.

Contoh pemegangan secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat induk muktamad

dalam anak syarikat di Malaysia:

Contoh 1: Pemegangan secara langsung oleh syarikat induk di luar Negara Jepun -------------------------------------------------------

Parent Company (X)

80%

Responden Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: Jepun

Malaysia

Page 7: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

7

Soalan 4: Perbelanjaan Modal Dan Nilai Harta

i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:

a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun rujukan; dan

b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.

ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama

ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada setahun dan ianya adalah

bertujuan untuk digunakan oleh pertubuhan ini.

iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja masih dalam pembinaan dsb.

Contoh 2: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad

di luar Negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di Malaysia USA -------------------------------------------------------- Malaysia

Contoh 3: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad di luar

negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di negara asing lain. ................................................................... ............................................................

Ultimate Parent Company (X)

80%

Milikan tidak langsung

Immediate Parent Company (B)

100

% Respondent Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: USA

80

% USA

Bermuda

Immediate Parent Company (B)

100%

Malaysia

Negara syarikat induk muktamad: USA

Respondent Company (R)

Milikan tidak langsung

Ultimate Parent Company (X)

Page 8: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

8

iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam kolum (01), iaitu nilai setelah mengambil

kira susut nilai pada masa itu.

v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan itu sama ada

diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri. Pengubahsuaian

dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan lagi usia ekonomi biasa

atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah dilaporkan. Pembaikan dan

penyelenggaraan semasa adalah dikecualikan.

vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang terlibat, iaitu pada

harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk sebarang bayaran dan cukai yang

perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan iaitu kos-kos berhubung dengan mengadakan

kumpulan wang bagi membiayai pembelian harta seperti komisen kepada bank atau underwriter

dan bayaran yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang diperlukan.

vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang sama,

hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.

viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai): Meliputi perolehan harta baru termasuk

harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan harta baru diperoleh untuk ekonomi Malaysia. Ini

merujuk harta tetap yang belum pernah digunakan di Malaysia, termasuk harta tetap yang diimport

sama ada baru atau terpakai (kolum 02).

ix. Pembelian aset terpakai Malaysia: Semua harta yang dahulunya digunakan dalam Malaysia

termasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuai sebelum pemilikan hendaklah

dianggap sebagai terpakai (kolum 03).

x. Membuat/membina sendiri: Bagi harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini untuk kegunaan

sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah direkodkan. Sebarang kos

overhead yang diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah dimasukkan (kolum 04).

xi. Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh. Kebiasaannya ia

hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebut disiapkan sepenuhnya dan diserahkan

untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalah merupakan asas merekod perbelanjaan bagi semua

harta tetap kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes pembinaan, nilai kerja pembinaan ialah nilai

kerja yang dijalankan ke atas projek yang disempurnakan pada tahun rujukan, dicampur dengan

nilai kerja yang masih dijalankan pada akhir tahun rujukan dan ditolak nilai kerja pada awal tahun

rujukan.

xii Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan tanpa mengira

keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang diperoleh di kolum 05.

xiii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta: Apabila sesuatu harta dijual

melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan / kerugian daripada jualan harta

diperoleh hendaklah dilaporkan dalam kolum 06.

Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan harga

pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada penilaian semula harta diperoleh juga

hendaklah dilaporkan dalam kolum 06. Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis dalam

kurungan atau bermula dengan simbol (-).

Page 9: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

9

xiv. Susut nilai: Merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta disebabkan oleh haus,

lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran (susut nilai yang dibenarkan untuk maksud

cukai boleh diterima). Nilai yang dilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-tiap kelas harta tetap

hendaklah dilaporkan dalam kolum 07 secara berasingan. Ini termasuk juga pelunasan

(pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah sama dengan perkara 9.22

Soalan 9.

xv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (kolum 08) =

+ nilai buku bersih awal tahun

+ nilai harta yang diperoleh

- harta yang dijual atau dilupus

± keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta

- susut nilai semasa

xvi. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar pajakan

atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.

Jenis harta adalah ditakrifkan seperti berikut:

Perkara 4.1 Harta tetap

Perkara 4.1.1 Tanah termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira

pembangunan dan struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.

Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain:

a. Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam

pembinaan bangunan, yang mana pada keseluruhannya atau

sebahagian besarnya terdiri daripada tempat kediaman.

b. Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan bagi

pembinaan bangunan dan struktur yang mana pada keseluruhannya

atau sebahagian besarnya untuk kegunaan perindustrian, awam dan

komersil misalnya kilang, gudang, bangunan pejabat, stor, restoran,

garaj, kedai, hospital, sekolah dsb.

c. Binaan lain kecuali pembangunan tanah termasuk jalan, landasan

keretapi, parit, jambatan, pelabuhan, medan letak kereta, saluran

paip, dsb.

Perkara 4.1.3 Pembangunan tanah termasuk nilai kerja membersih, meyediakan

tapak binaan serta membuat landskap tetapi tidak termasuk nilai tanah

sebelum pembangunan dibuat. Ia termasuk juga perbelanjaan terhadap

pembersihan dan tebus guna tanah, tidak kira sama ada ini akan

memberi tambahan kepada keluasan tanah yang ada atau tidak.

Contohnya tali air dan projek kawalan banjir, empangan dan benteng

yang merupakan sebahagian daripada projek ini, membersihkan dan

menanam semula di kawasan kayu balak dan hutan.

Page 10: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

10

Perkara 4.1.4 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yang digunakan

untuk pemindahan barangan dan/atau orang.

Perkara 4.1.5 Komputer

c. Perkakasan komputer

Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan,

penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem

komputer.

d. Perisian komputer

Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem komputer

sama ada dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli.

Perkara 4.1.6 Jentera dan kelengkapan termasuklah jentera penjanaan kuasa, mesin

dan kelengkapan pejabat, jentera pertukangan logam, jentera pembinaan

dan jentera industri lain, kren, forklift dan sebagainya, kontena tahan

lama, peralatan dan perkakas yang digunakan oleh profesional dan

jentera serta alat lain termasuk pengubahsuaian besar dan pembaikan

terhadap jentera dan peralatan jenis ini.

Perkara 4.1.7 Perabot dan pemasangan meliputi semua perkakasan yang diperlukan

bagi menghias dan melengkapkan sesebuah bangunan contohnya

kerusi, meja, kain langsir, permaidani dsb.

Perkara 4.2. Harta lain: Merupakan harta tak ketara.

Perkara 4.2.1 Paten: Hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan-ciptaan

mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten direkodkan pada

kos.

Perkara 4.2.2 Muhibah: Wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan

pelanggan yang diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan

harga melebihi nilai bersih harta, maka lebihan ini dianggap sebagai

muhibah.

Perkara 4.2.3 Kerja dalam pelaksanaan merujuk kepada kerja pembinaan yang masih

dalam pelaksanaan dan belum dimodalkan.

Perkara 4.3 Lain-lain: Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain / perbelanjaan modal, sekiranya

ada, yang mungkin tidak dapat kelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan.

Semua harta kewangan seperti wang tunai, penghutang dan stok (saham) dikecualikan.

Perkara 4.5 Kerja dalam pelaksanaan semasa merujuk kepada kerja pembinan semasa yang masih

dalam pelaksanaan mengikut jenis pembinaan seperti pembinaan tempat kediaman,

bukan tempat kediaman, pembinaan lain, jentera dan kelengkapan dan lain-lain

Page 11: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

11

Soalan 5: Pekerjaan dan Gaji & Upah

A. Definisi am

Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan 5B

(PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut:

i. Jumlah pekerja (kolum 31 & 32)

Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja dan

kewarganegaraan pada kolum 31 dan 32 pada bulan Disember atau pada tempoh

pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan. Bilangan yang dilaporkan hendaklah

termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka pendek seperti cuti sakit, cuti tahunan atau cuti

rehat dan juga pekerja yang mogok. Pengarah syarikat korporat yang diberi bayaran hanya

semata-mata kerana kehadiran mereka dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang

diberi cuti yang tempohnya tidak ditentukan, bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah

pencen hendaklah dikecualikan.

Sila pastikan bahawa semua jumlah mendatar dan menegak adalah betul.

ii. Gaji & upah tahunan (kolum 18)

Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih masa

dan elaun tunai termasuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan dsb.) yang dibuat

sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji dalam setiap kategori. Bagi semua

pekerja yang diambil secara langsung, laporkan jumlah bayaran yang dibuat, sebelum

ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

atau pertubuhan keselamatan sosial atau kumpulan wang simpanan lain atau kumpulan wang

persaraan. Caruman majikan kepada kumpulan wang seperti yang dinyatakan di atas

hendaklah dikecualikan.

iv. Pekerja sepenuh masa

Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk sekurang-

kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.

v. Pekerja sambilan

Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang daripada 6

jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.

B. Definisi kategori pekerja

Perkara 5.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif

Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh masa)

yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan niaga dan ahli keluarga

pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan, melainkan mereka yang mengambil

bahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan ini.

Kategori ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau perbadanan awam, yang mana

hak miliknya adalah ditentukan mengikut pegangan ekuiti.

Page 12: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

12

Perkara 5.2 Pekerja keluarga tidak bergaji

Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilik

pertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu pertiga

daripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada dengan wang

tunai atau mata benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja ini sememangnya mendapat

makanan, tempat tinggal dan bantuan lain sebagai sebahagian daripada isi rumah pemilik

ini sama ada mereka bekerja atau tidak di pertubuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja keluarga dan

mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang persaraan lain, mereka

hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu hendaklah dilaporkan di dalam

Soalan 5A dan 5B, perkara 5.3 dan 5.4 selaras dengan takrif pekerja sepenuh masa

atau sambilan di atas.

Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau

perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.3 Pekerja (sepenuh masa)

Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini dalam tahun

rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam perkara 5.2 di atas). Mereka yang

bekerja di luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di bawah kawalan pertubuhan itu,

seperti wakil jualan, wakil kejuruteraan dan kakitangan penyelenggaraan dan pembaikan

hendaklah dimasukkan, jika ada. Termasuk juga dalam kumpulan ini ialah pengurus dan

pengarah pertubuhan korporat yang bergaji kecuali jika mereka hanya menerima

pembayaran semata-mata kerana hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua

pekerja di atas hendaklah dilaporkan mengikut kategori pekerja seperti takrifan di bawah:

Perkara 5.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutif

Pengurus didefinisikan sebagai mereka yang membuat keputusan dan

mengambil bahagian dalam penentuan dasar organisasi, merancang,

menyusun dan mengarah dalam pentafsiran dan pelaksanaan dasar.

Tugas mereka melibatkan tanggungjawab penyusunan keseluruhan

organisasi atau untuk satu atau lebih jabatan dalam sesebuah organisasi.

Profesional didefinisikan sebagai mereka yang menjalankan

penyelidikan dan menggunakan secara profesional pengetahuan dan

kaedah saintifik terhadap pelbagai masalah teknologi, ekonomi, sosial,

perindustrian dan kerajaan. Istilah di atas pada umumnya digunakan

kepada mereka yang berkelayakan profesional untuk menjalankan tugas-

tugas mereka (contohnya peguam, akauntan, jurutera dsb.).

Eksekutif didefinisikan sebagai mereka yang mempunyai hak dan

tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu

organisasi.

Page 13: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

13

Perkara 5.3.2 Juruteknik dan profesional bersekutu

Mereka yang dikategorikan sebagai juruteknik dan profesional bersekutu,

antara lainnya, menjalankan kerja-kerja penyelidikan, teknikal dan

kawalan kualiti. Termasuk dalam kategori ini ialah mereka yang biasanya

bekerja di bawah arahan dan penyeliaan profesional (cth. juruteknik

makmal, juruteknik kawalan kualiti, ketua fomen dsb.). Mereka menyelia

sesuatu atau pelbagai jenis kegiatan, contohnya kegiatan pengeluaran di

dalam sesebuah pertubuhan. Mereka mengawal dan menyelaraskan

kegiatan pekerja di bawah seliaan mereka.

Perkara 5.3.3 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan

Pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan rekod

kewangan dan kegiatan perniagaan lain termasuk pengendalian wang

bagi pihak pertubuhan itu dan pelanggannya, mencatat perkara lisan

atau menulis dengan trengkas, menaip dan cara-cara lain. Termasuk

dalam kategori ini ialah kerani, kerani akaun, jurutaip, jurutrengkas,

pegawai khidmat pelanggan, setiausaha sulit, kerani stor dan jurujual.

Perkara 5.3.4 Pekerja asas

Pekerja asas adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja am dan

pelbagai tugas. Termasuk dalam kategori ini ialah pemandu, konduktor,

operator telefon, pembantu pejabat, penghantar surat dan pengawal

keselamatan.

Perkara 5.3.5 Pekerja binaan – diambil secara langsung

Kategori ini meliputi baki pekerja sepenuh masa yang diambil secara

langsung oleh pertubuhan ini, dan tidak termasuk dalam kategori di

bawah perkara 5.3.1 hingga 5.3.4. Ia termasuk pekerja yang terlibat

secara langsung dalam pengeluaran atau aktiviti berkaitan dalam

pertubuhan, seperti orang yang terlibat dalam memasang siap,

memproses atau memasang; pekerja gudang; pembungkus; orang yang

terlibat dalam mengendali trak, pembaikan dan penyelenggaraan.

Pekerja binaan ditakrifkan sebagai semua pekerja bergaji yang terlibat

secara langsung dalam pembinaan atau aktiviti berkaitan dalam

pertubuhan. Kelaskan mereka kepada mahir dan tidak mahir.

Perkara 5.3.5.1 Mahir

Pekerja-pekerja di bawah kategori ini adalah mereka

yang telah menerima latihan rasmi (sama ada latihan

semasa bekerja atau latihan-latihan lain, misalnya

latihan rasmi dalam sesebuah institusi) bagi kerja-

kerja tertentu.

Perkara 5.3.5.2 Tidak mahir

Pekerja-pekerja di bawah kategori ini adalah mereka

yang tidak menerima sebarang latihan rasmi bagi

kerja-kerja yang mereka lakukan.

Page 14: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

14

Perkara 5.3.6 Pekerja binaan – diambil bekerja melalui kontraktor buruh

Kategori ini meliputi pekerja binaan bergaji sepenuh masa yang diambil

melalui kontraktor buruh.

Kontraktor buruh merujuk kepada kontraktor yang membekalkan buruh

sahaja kepada pertubuhan tuan. Tuan hendaklah melaporkan bilangan

pekerja yang diambil melalui kontraktor buruh dan bukannya bilangan

kontraktor buruh. Sila laporkan bayaran yang dibuat kepada kontraktor

buruh ini. Sila berikan anggaran jika angka sebenar tidak diperoleh.

Kelaskan mereka kepada mahir dan tidak mahir.

Perkara 5.3.6.1 Mahir

Pekerja-pekerja di bawah kategori ini adalah mereka

yang telah menerima latihan rasmi (sama ada latihan

semasa bekerja atau latihan-latihan lain, misalnya

latihan rasmi dalam sesebuah institusi) bagi kerja-

kerja tertentu.

Perkara 5.3.6.2 Tidak mahir

Pekerja-pekerja di bawah kategori ini adalah mereka

yang tidak menerima sebarang latihan rasmi bagi

kerja yang mereka lakukan.

Perkara 5.4 Pekerja bergaji (sambilan)

Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan / atau kurang

daripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.

Soalan 6: Bilangan Orang Yang Bekerja Mengikut Kelulusan

Kelulusan dikelaskan seperti berikut:

Perkara 6.1 Pascasiswazah

Merujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperoleh daripada

institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).

Perkara 6.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf

Merujuk kepada peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada institusi pengajian

tinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan atau profesional yang

diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada ijazah juga diambil kira seperti ACCA, CIMA

(perakaunan), LLB (undang-undang) dsb.

Perkara 6.3 Diploma atau yang setaraf

Merujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi, politeknik atau

kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah. Demikian juga kelayakan

profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam bahagian-bahagian tertentu) juga

dimasukkan dalam kategori ini.

Page 15: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

15

Perkara 6.4 STPM atau yang setaraf

Merujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE ‘A’ Level atau lulus peperiksaan

matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti yang diiktiraf.

Perkara 6.5 SPM / SPM(V) atau yang setaraf

Merujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setaraf dengannya

seperti GCE ‘O’ Level, Sijil Kemahiran CIDB dsb.

Perkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)

Merujuk kepada kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah rendah atau di

bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.

Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam kategori

“Perkara 6.6 – Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)”

Soalan 7: Jam-Pekerja Bekerja Pada Tahun Rujukan

i. Maklumat yang dikehendaki di dalam soalan ini hanya berkaitan dengan jam-

manusia bekerja bagi pekerja binaan dalam tahun rujukan bagi pertubuhan ini.

ii. Sila rujuk definisi di perkara 5.3.5 dan 5.3.6 untuk pekerja binaan.

iii. Hari bekerja merujuk kepada bilangan hari di mana pertubuhan beroperasi dalam

tahun rujukan.

iv. Syif - bilangan syif beroperasi dalam satu hari.

v. Jam / syif – bilangan jam bekerja dalam satu syif.

vi. Jumlah jam – manusia bekerja lebih masa pada tahun rujukan merujuk kepada

jam bekerja lebih masa dari segi masa sebenar pekerja telah bekerja di luar waktu

bekerja yang biasa bagi pertubuhan ini.

Soalan 8: Perolehan / Pendapatan

i. Responden adalah diminta menyemak dengan teliti perkara yang disenaraikan

dalam soalan ini.

ii. Sila laporkan semua nilai perolehan/pendapatan yang diperoleh oleh pertubuhan

tuan seperti berikut:

Perkara 8.1 Nilai kerja pembinaan yang dibuat

Jumlah nilai kerja pembinaan adalah termasuk kerja pembinaan baru, pembaikan besar,

pemulihan, pengubahan dan pembaikan serta penyelenggaraan semasa yang telah

dijalankan pada tahun itu untuk pemilik / pelabur projek. Pembinaan terhadap unit sendiri

dengan menggunakan akaun dan tenaga buruh unit tersebut untuk dijadikan sebagai

modal harta tetap hendaklah dikecualikan, contoh tempat penginapan sementara yang

dibina untuk pekerja binaan.

Perkara 8.2 Bayaran diterima bagi kerja memproses yang dibuat untuk pertubuhan lain yang

menggunakan bahan mereka sendiri

Merujuk kepada pendapatan yang diterima bagi kerja memproses yang dibuat untuk

pertubuhan lain yang menggunakan bahan mereka sendiri.

Page 16: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

16

Perkara 8.3 Pendapatan operasi lain

Meliputi semua pendapatan operasi lain seperti:

i. pendapatan daripada kerja membaiki dan menyelenggarakan jentera dan

kelengkapan pertubuhan lain;

ii. nilai daripada kerja perindustrian lain (contohnya: pembuatan, kuari dan sebagainya.

iii. jualan output lain, tidak terkelas di mana-mana (contohnya: skrap, produk sisa dan

sebagainya)

iv. komisen dan brokeraj yang diterima

Perkara 8.4 Nilai jualan (daripada barang / bahan yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui

proses selanjutnya)

Laporkan nilai jualan bagi semua barang yang dijual dalam keadaan yang sama seperti

dibeli tanpa melalui proses selanjutnya sama ada jualan semula itu adalah jualan borong

atau jualan runcit.

Perkara 8.5 Pendapatan daripada perkhidmatan profesional (cth. perakaunan, pengurusan,

kejuruteraan, guaman, penyelidikan & pembangunan, dsb.)

Laporkan nilai pendapatan yang diperoleh bagi perkhidmatan profesional yang diberikan.

Perkara 8.6 Pendapatan daripada sewa

Merujuk kepada pendapatan yang diterima daripada aktiviti sewaan yang disenaraikan

daripada 8.6.1 hingga 8.6.3.

8.6.1 bangunan bukan tempat kediaman (pejabat, kilang, stor dsb.)/bangunan tempat

kediaman;

8.6.2 sewa tanah - merujuk kepada nilai yang diterima hasil daripada sewaan atau

pajakan tanah. Sekiranya pertubuhan tuan menyewakan tanah dan bangunan

kepada pertubuhan lain dan tidak dapat memisahkan nilai sewaan tersebut,

maka hendaklah masukkan nilai tanah jika ianya lebih tinggi daripada bangunan

dan sebaliknya; dan

8.6.3 lain-lain termasuk alat pengangkutan, jentera & kelengkapan dan perabot &

pemasangan.

Perkara 8.7 Pendapatan bukan operasi

i. pendapatan daripada faedah - merujuk kepada hasil yang diterima daripada

simpanan wang di institusi kewangan;

ii. pendapatan daripada dividen - merujuk kepada pendapatan yang diperoleh

daripada pemilikan saham

Page 17: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

17

iii. keuntungan daripada jualan/penilaian semula harta, contohnya:

a. membeli sebuah premis untuk dijual semula, maka keuntungan daripada jualan

tersebut hendaklah dilaporkan di sini; dan

b. urusan penilaian semula harta yang dimiliki memandangkan nilai harta

berkenaan telah meningkat. Hasil keuntungan yang diperoleh itu perlulah

dilaporkan di sini.

iv. keuntungan daripada urusan pertukaran matawang asing/aset kewangan

Contohnya:

Pada 1 Januari 2013, kadar pertukaran wang ialah USD1 = RM3.30 dan pada

31 Disember 2013 adalah USD1 = RM3.50. Sekiranya pertubuhan tuan membeli

USD1 juta pada 1 Januari 2013 dan menjualnya pada 31 Disember 2013, ini

bermakna pertubuhan tuan telah mendapat keuntungan sebanyak RM 200,000.

v. pemulihan hutang lapuk

Perkara 8.8 Lain-lain (nyatakan)

Laporkan butiran dalam ruangan yang disediakan di bawah bagi pendapatan lain yang

tidak dapat dikelaskan dalam mana-mana perkara 8.1 hingga 8.7.

Perkara 8.9 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterima

Ini merujuk kepada kiriman wang, hadiah atau geran yang diterima termasuk subsidi dan

geran kerajaan.

Perkara 8.10 Pindahan modal yang diterima

Merujuk kepada penerimaan pemindahan modal sama ada dalam bentuk pindahan hak

milik asset dan / atau wang tunai dan / atau pembatalan hutang lapuk tanpa bayaran

balik.

Soalan 9: Perbelanjaan

Perkara 9.1 Kos bahan binaan yang digunakan

Kos ini termasuklah semua bahan binaan yang dimiliki dan telah digunakan pada tahun

rujukan bagi menghasilkan pengeluaran bagi pertubuhan ini. Bahan binaan yang

digunakan dalam penghasilan harta tetap untuk kegunaan hendaklah juga dimasukkan.

Nilai bahan binaan yang digunakan hendaklah pada kos serahan barangan ditolak

diskaun dan pemulangan dan hendaklah termasuk stok awal tolak stok akhir, bayaran

pengangkutan, cukai dan duti ke atas bahan-bahan dan bayaran insurans.

Perkara 9.2 Bahan yang digunakan bagi kerja pembaikan dan penyelenggaraan

Laporkan nilai bahan yang digunakan bagi kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang

dibuat.

Page 18: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

18

Perkara 9.3 Alat tulis dan bekalan pejabat

Laporkan nilai untuk alat tulis dan bekalan pejabat yang digunakan.

Perkara 9.4 Air yang dibeli

Laporkan nilai yang dibayar bagi air yang digunakan. Jika jumlah dicampurkan dengan

elektrik, sila berikan anggaran mengikut bil air bulanan pertubuhan ini.

Perkara 9.5 Tenaga elektrik yang dibeli

Laporkan nilai yang dibayar untuk tenaga elektrik yang digunakan. Jika jumlah

dicampurkan dengan air, sila berikan anggaran mengikut bil elektrik bulanan pertubuhan

ini.

Perkara 9.6 Bahan pembakar, pelincir dan gas

Laporkan nilai bahan pembakar, pelincir dan gas yang digunakan oleh pertubuhan ini

pada tahun rujukan, (contohnya petrol, minyak diesel, bahan pembakar lain, minyak

pelincir, gris, dan sebagainya)

Perkara 9.7 Kos barangan yang dijual (barangan / bahan yang dibeli untuk dijual semula tanpa

melalui proses selanjutnya)

Ini merujuk kepada kos barangan yang dijual dalam keadaan yang sama seperti dibeli

tanpa melalui proses selanjutnya sama ada jualan semula itu adalah jualan borong atau

jualan runcit.

Perkara 9.8 Bayaran bagi kerja memproses yang dibuat oleh pihak lain yang menggunakan

bahan yang dibekal oleh pertubuhan ini (nyatakan)

Pembayaran untuk kerja memproses yang dibuat oleh orang lain pada tahun itu ke atas

bahan-bahan yang dibekalkan oleh pertubuhan ini. Pembayaran yang dibuat kepada

pekerja di rumah (orang yang diambil bekerja oleh pertubuhan yang menjalankan kerja di

rumah mereka sendiri, biasanya upah dibayar mengikut kadar piece rate) juga

dimasukkan dalam perkara ini.

Perkara 9.9 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan semasa yang dibuat oleh pihak lain bagi

harta tetap pertubuhan ini

Jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh orang lain ke

atas harta tetap pertubuhan ini (misalnya bangunan, alat pengangkutan, jentera,

komputer, perabot dan pemasangan) hendaklah dilaporkan di sini. Walau bagaimanapun,

pembaikan besar terhadap modal misalnya perbelanjaan untuk memperbaiki harta tetap

tidak boleh dimasukkan di soalan ini tetapi hendaklah dimasukkan ke dalam kolum (02)

dan (04) bagi Soalan 4 sebagai perbelanjaan modal dan nilai harta.

Perkara 9.10 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan

Ia adalah perbelanjaan ke atas penyelidikan dan pembangunan (P&P). P&P ialah satu

kajian sistematik bagi proses baru, teknik, penggunaan, produk dan penyelidikan pada

kebolehlaksanaan secara komersial penemuan-penemuan baru ini. Perbelanjaan untuk

latihan staf sepatutnya tidak dimasukkan di sini.

Page 19: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

19

Perkara 9.11 Perbelanjaan perjalanan (termasuk perjalanan luar dan dalam negeri, bil petrol /

diesel dan bayaran letak kereta milik sendiri)

Ia merujuk kepada perbelanjaan yang dibuat oleh pekerja pertubuhan tuan untuk

menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti perbelanjaan perjalanan, penginapan,

makan, bil petrol / diesel, bayaran letak kereta dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

Perkara 9.12 Bayaran perkhidmatan profesional

Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan profesional yang disediakan oleh

pertubuhan lain / individu. Ia meliputi perakaunan, pengauditan dan kesetiausahaan,

guaman, pengurusan, kejuruteraan, komputer, guaman, dsb.

i. perakaunan, audit dan kesetiausahaan - bayaran untuk perkhidmatan perakaunan,

audit, simpan kira-kira, perkhidmatan berkaitan percukaian dan kesetiausahaan;

ii. guaman - bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, representasi dan

dokumentasi;

iii. pengurusan - bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh

pertubuhan lain / individu untuk pengurusan perancangan, organisasi, kos projek dan

pengurusan sumber Manusia;

iv. kejuruteraan - bayaran profesional untuk perkhidmatan kejuruteraan termasuk

perancangan, reka bentuk projek dan penyeliaan bagi projek empangan, jambatan,

lapangan terbang, projek turn key dan sebagainya;

v. teknologi maklumat/komputer - bayaran perkhidmatan teknologi maklumat /

komputer berkaitan perkhidmatan perundingan perkakasan, perkhidmatan

perundingan dan pembekalan perisian, perkhidmatan pemprosesan data dan aktiviti

pangkalan data.

Perkhidmatan perundingan perkakasan termasuk perkhidmatan perundingan

terhadap jenis dan konfigurasi perkakasan dengan atau tanpa aplikasi perisian yang

berkaitan. Perkhidmatan perundingan lazimnya terlibat dalam menganalisa kehendak

dan masalah pengguna dan mengesyorkan penyelesaian terbaik.

Perkhidmatan perundingan dan pembekalan perisian termasuk aktiviti yang berkaitan

dengan penganalisisan, merekabentuk dan pengaturcaraan sistem yang siap untuk

diguna. Kebiasaannya ia melibatkan analisis keperluan dan masalah pengguna,

perkhidmatan perundingan untuk penyelesaian yang paling ekonomik dan

mengeluarkan perisian yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

Perkhidmatan pemprosesan data termasuk pemprosesan atau penjadualan semua

jenis data. Ia mungkin mengandungi keseluruhan prosesan dan penyediaan laporan

daripada data yang dibekalkan oleh pengguna.

Aktiviti pangkalan data termasuk 3 jenis aktiviti yang berkaitan seperti berikut:

a. pembangunan pangkalan data seperti mengumpul data daripada satu atau lebih

sumber;

Page 20: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

20

b. penyimpanan data seperti penyediaan rekod komputer untuk maklumat tersebut

mengikut format yang ditentukan; dan

c. ketersediaan pangkalan data seperti penyediaan data dalam bentuk atau urutan

tertentu dengan mendapatkan semula atau memperoleh data secara atas talian.

vi. Lain-lain - merujuk kepada bayaran profesional untuk perkhidmatan arkitek, juruukur

dan perkhidmatan lain. Ia meliputi reka bentuk arkitek bagi bandar dan projek

pembangunan lain, pengukuran tanah, kartografi, pengujian dan pengiktirafan

produk, perkhidmatan pemeriksaan teknikal dan perkhidmatan keselamatan.

Perkara 9.13 Komisen dan bayaran agensi

Ia merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain / individu /

agen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan untuk pertubuhan

tuan.

Perkara 9.14 Premium insurans dibayar ke atas bangunan, jentera, alat pengangkutan dan

barangan (tidak termasuk insurans pampasan pekerja)

Ia merujuk kepada premium insurans yang dibayar oleh pertubuhan tuan ke atas

bangunan, jentera, alat pengangkutan dan barangan (tidak termasuk insurans pampasan

pekerja).

Perkara 9.15 Perbelanjaan operasi lain

Termasuk perbelanjaan berikut:

i. Pengangkutan barangan (pengangkutan keluar)

Merujuk bayaran untuk perkhidmatan pengangkutan barangan daripada hasil proses

pengeluaran (mineral, produk kuari, pasir dan tanah liat) dan / atau pemindahan harta

tetap. Ia tidak termasuk bayaran untuk pengangkutan bahan binaan, bekalan dan

bahan pembakar serta bayaran ini perlu dimasukkan di perkara 9.1 (kos bahan

binaan yang digunakan) dan perkara 9.6 (bahan pembakar & pelincir dan gas) yang

bersesuaian;

ii. Bayaran telekomunikasi (contohnya telefon, faksimili, internet, dsb.)

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi. Perkhidmatan

telekomunikasi meliputi transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui telefon,

telegram, kabel penyiaran, satelit, emel dan faksimili.

iii. Bayaran perkhidmatan pos (termasuk kurier)

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos dan kurier. Perkhidmatan pos dan

kurier meliputi pengambilan, pengangkutan dan penyerahan surat, surat khabar,

majalah berkala dan bahan bercetak lain, bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan

operator lain. Termasuk juga perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti

surat.

iv. Perbelanjaan pengiklanan dan promosi

Merujuk kepada bayaran untuk iklan / promosi barangan, perkhidmatan dan nama

syarikat / perniagaan melalui media seperti surat khabar, televisyen, radio, internet

atau media lain, sama ada dalam atau luar negeri.

Page 21: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

21

v. Perbelanjaan keraian

Merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan pelanggan perniagaan.

vi. Bayaran bank

Merujuk kepada bayaran bank untuk perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh

institusi kewangan seperti bank. Contoh untuk bayaran bank ialah bayaran untuk

buku cek, bayaran perkhidmatan untuk draf bank, cek pengembara, surat kredit,

banker’s acceptances, komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.

Perkara 9.16 Bayaran sewa (tanah dan sewaan operasi)

Ia merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan / premis, jentera dan

kelengkapan, alat pengangkutan, tanah dan harta lain.

Perkara 9.17 Susut nilai semasa ke atas harta tetap

Merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta tetap akibat haus dan lusuh,

kemerosotan dan semakin usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanah pajakan.

Perkara 9.18 Perbelanjaan bukan operasi

i. Bayaran faedah (tidak termasuk bayaran kewangan sewa beli)

Merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang dibuat

oleh pertubuhan tuan daripada institusi kewangan seperti bank pada kadar faedah

yang telah ditentukan;

ii. Kerugian pertukaran mata wang asing/aset kewangan

Contohnya:

Pada 1 Januari 2013, kadar pertukaran wang ialah USD1 = RM3.50 dan pada

31 Disember 2013 adalah USD1 = RM3.30. Sekiranya pertubuhan tuan membeli

USD1 juta pada 1 Januari 2013 dan menjualnya pada 31 Disember 2013, ini

bermakna pertubuhan tuan telah mendapat mencatatkan kerugian sebanyak

RM200,000.

iii. Kerugian daripada jualan / penilaian semula harta

Laporkan nilai kerugian daripada jualan / penilaian semula harta.

iv. Hutang lapuk yang dihapuskan

Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.

v. Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, derma, denda, dsb.

Merujuk kepada pindahan semasa yang dibuat seperti kiriman wang, hadiah, derma,

denda, dan sebagainya.

Perkara 9.19 Bayaran royalti kepada kerajaan dan swasta

Ia merujuk kepada royalti yang dibayar kepada kerajaan dan swasta.

Page 22: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

22

Perkara 9.20 Cukai tidak langsung dan lesen kerajaan

i. cukai eksais dibayar ke atas produk pembuatan sendiri;

ii. cukai jualan/perkhidmatan;

iii. cukai eksport

iv. cukai tanah dan cukai pintu;

v. cukai jalan; dan

vi. Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem dsb.

Perkara 9.21 Lain-lain (nyatakan)

Laporkan butiran dalam perbelanjaan lain yang tidak dapat dikelaskan dalam mana-mana

perkara 9.1 hingga 9.20.

Perkara 9.22 Kos pekerjaan

Ia merujuk kepada kos pekerjaan bagi perkara-perkara dari 9.22.1 hingga 9.22.10. Kos

berkenaan dibayar sama ada dalam bentuk tunai atau manfaat kepada pekerja dalam

tempoh masa yang spesifik.

Laporkan pembayaran yang dibuat dalam tahun takwim dan bukannya pada tempoh gaji

terakhir.

9.22.1 Gaji dan upah dibayar

Merujuk kepada semua pembayaran yang dibuat termasuk:

i. bayaran lebih masa;

ii. elaun, bonus & komisen;

iii. gaji Pengarah, elaun, yuran, bonus & komisen kepada Pengarah yang

bekerja

iv. jumlah bayaran yang dibuat kepada kontraktor buruh seperti yang

dilaporkan di dalam perkara 5.3.6 soalan 5A dan 5B hendaklah juga

dimasukkan dalam perkara ini.

9.22.2 Bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian

Ia adalah bayaran yang dibayar oleh majikan secara langsung kepada

pekerja apabila mereka bersara atau diberhentikan kerja.

Page 23: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

23

9.22.3 Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja

i. Rawatan perubatan percuma

Laporkan nilai yang dibayar untuk rawatan perubatan kepada pekerja

termasuk subsidi.

ii. Lain-lain seperti makanan percuma, tempat tinggal percuma, dsb.

Laporkan nilai makanan dan tempat tinggal yang disediakan secara

percuma kepada pekerja termasuk subsidi.

9.22.4 Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan, skim keselamatan

sosial, pencen dan kebajikan

Ia adalah bayaran yang dibuat oleh majikan kepada kumpulan wang

simpanan, skim keselamatan sosial, dana pencen untuk manfaat pekerjanya.

Kumpulan wang pencen ialah satu skim atau persediaan untuk memberi

pencen dan/atau manfaat lain untuk ahli yang meninggalkan perkhidmatan

atau bersara dan selepas kematian seseorang ahli untuk mereka di bawah

tanggungannya.

i. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Merujuk kepada caruman oleh majikan kepada KWSP.

ii. Kumpulan wang simpanan lain

Merujuk kepada caruman oleh majikan kepada kumpulan wang

simpanan selain daripada yang ditubuh dan diuruskan oleh kerajaan

bagi tujuan faedah persaraan.

iii. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Merujuk kepada caruman oleh majikan kepada Pertubuhan

Keselamatan Sosial (PERKESO).

iv. Skim keselamatan sosial persendirian (contohnya insurans

pampasan pekerja)

Merujuk kepada caruman oleh majikan kepada skim keselamatan

sosial selain PERKESO.

9.22.5 Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalam

mesyuarat Lembaga Pengarah

Ini merujuk kepada bayaran elaun kehadiran kepada pengarah yang hanya

hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah sahaja.

9.22.6 Nilai pakaian percuma yang disediakan

Ia merujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja

seperti pakaian seragam, pakaian luar dan pakaian kerja, dsb.

9.22.7 Kos latihan pekerja

Merujuk kepada kos berkaitan dengan latihan, bengkel dan seminar pekerja

yang dihantar oleh majikan, sama ada dalam negeri atau luar negeri.

9.22.8 Kos pengangkutan pekerja (pergi dan balik tempat bekerja)

Merujuk kepada kos pengangkutan pekerja (pergi dan balik tempat kerja)

yang diuruskan oleh pertubuhan tuan seperti perkhidmatan bas pekerja.

Page 24: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

24

9.22.9 Bayaran levi pekerja

Bayaran levi adalah bayaran oleh majikan pekerja asing kepada kerajaan.

9.22.10 Kos pekerja lain

Merujuk kepada kos lain yang tidak dinyatakan di atas. Sila nyatakan.

Perkara 9.23 Pindahan modal yang dibuat

Merujuk kepada pindahan hak milik aset termasuk inventori dan / atau tunai dan / atau

melupuskan hutang lapuk tanpa mendapat apa-apa pulangan yang setara.

Perkara 9.24 Perbelanjaan pajakan kewangan (termasuk faedah kewangan/sewa beli)

Ia adalah bayaran yang diuruskan melalui pajakan kewangan. Pajakan kewangan ialah

kontrak di antara pemajak dan pemberi pajak di mana pemberi pajak membeli harta yang

ditempatkan untuk kegunaan pemajak dan pemajak berkontrak membayar bayaran sewa-

beli supaya pemberi pajak boleh mendapat balik semua kos termasuk faedah sepanjang

tempoh kontrak. Pajakan kewangan boleh dibezakan oleh fakta bahawa semua risiko dan

pulangan pemilikan adalah de-facto, dipindah daripada pemilik sah barangan itu iaitu

pemberi pajak kepada pengguna barangan itu, iaitu pemajak.

Perkara 9.25 Dividen

Merujuk kepada pendapatan daripada pemilikan saham dan dibayar kepada pemegang

saham. Semua dividen direkodkan dalam penyata akaun pada tarikh penutup, sama ada

yang akan dibayar atau telah dibayar pada tahun rujukan hendaklah dimasukkan.

Perkara 9.26 Cukai langsung yang kena bayar (cth. cukai syarikat, cukai pembangunan dsb)

Merujuk kepada cukai yang telah dibayar dan perlu dibayar oleh pertubuhan tuan kepada

Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti cukai syarikat bagi pertubuhan yang diklasifikasikan

sebagai Syarikat Sendirian Berhad atau Syarikat Berhad dan cukai pendapatan bagi

Pemilik Perseorangan dan Perkongsian pada tahun rujukan.

Soalan 10: Keuntungan / kerugian sebelum cukai

Sila berikan nilai keuntungan / kerugian sebelum cukai bagi tahun semasa dan tahun lepas.

Soalan 11: Air, pelincir, bahan pembakar dan tenaga elektrik yang digunakan

1. Air merujuk kepada kuantiti dan nilai air yang digunakan pada tahun rujukan.

2. Pelincir merujuk kepada nilai minyak pelincir yang digunakan pada tahun rujukan.

3. Bahan pembakar merujuk kepada kuantiti dan nilai bahan pembakar yang digunakan mengikut

jenis pada tahun rujukan. Kuantiti dan nilai petrol, minyak diesel dan bahan pembakar lain yang

digunakan untuk kenderaan dan jentera hendaklah dilaporkan di setiap pecahan yang disediakan.

4. Tenaga elektrik merujuk kepada kuantiti dan nilai bagi tenaga elektrik yang dibeli pada tahun

rujukan.

Page 25: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

25

Soalan 12: Kategori kerja pembinaan

Dalam Soalan 12, tuan dikehendaki melaporkan nilai kerja pembinaan yang telah dibuat dalam tahun

rujukan sama ada sebagai kontraktor utama (Bahagian A) ataupun subkontraktor (Bahagian B). Sebagai

contoh:

i. jika tuan kontraktor pembinaan am yang menjalankan kerja sebagai kontraktor utama membina

bangunan kediaman, tuan hendaklah melaporkan nilai kerja yang dibuat pada Bahagian A.

ii. jika tuan kontraktor kejuruteraan awam yang menjalankan kerja membina jambatan dan jalanraya

sebagai subkontraktor, tuan hendaklah melaporkan nilai kerja yang dibuat pada Bahagian B.

Perhatian : 1. Kontraktor utama hendaklah mengecualikan kerja-kerja yang dibuat oleh

subkontraktor yang dilantik (iaitu kontraktor yang membekalkan kedua-dua

tenaga buruh dan bahan binaan) daripada jumlah nilai kerja. Kontraktor ini

hendaklah melaporkan hanya kerja yang dibuat sendiri secara langsung,

selaku kontraktor utama dan semua kerja yang dibuat sebagai

subkontraktor, sama ada menggunakan buruh sendiri ataupun kontrak.

2. Nilai kerja yang dibuat dalam setahun ditakrifkan sebagai nilai kerja yang

telah disempurnakan dalam tahun itu campur nilai kerja yang sedang

dibuat pada akhir tahun itu tolak nilai kerja yang telah dibuat di

permulaan tahun itu. Kerja yang sedang dibuat hendaklah dinilaikan mengikut

kos yang dikenakan kepada kontraktor.

3. Jumlah besar bagi soalan ini hendaklah sama dengan jumlah besar yang

ditunjukkan dalam Soalan 8 (Perkara 8.1), Soalan 13 dan Soalan 14.

Definisi : a. Kontraktor utama

Individu, firma, dsb. yang menerima tanggungjawab menyiapkan sesuatu

kerja pembinaan keseluruhannya. Satu kontrak telah dipersetujui dengan

pemilik projek, bagi kontraktor menyiapkan sesuatu jenis kerja pembinaan

mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Kontraktor utama

boleh membuat semua kerja ataupun menyerahkan sebahagian atau

keseluruhan projek kepada seorang atau lebih subkontraktor. Walau

bagaimanapun, kontraktor utama masih bertanggungjawab di atas semua kerja

yang dibuat, mengikut ketentuan pemilik projek.

b. Subkontraktor

Individu, firma, dsb. yang menerima tanggungjawab bagi membuat

sebahagian daripada kerja pembinaan untuk kontraktor utama. Satu kontrak

dibuat dengan kontraktor utama bagi menyediakan buruh, bahan-bahan dan

penyeliaan ke atas sesuatu bahagian tertentu projek dan bil bagi bayarannya

dilunaskan oleh kontraktor utama.

Page 26: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

26

Soalan 13: Nilai kerja pembinaan mengikut negeri / daerah / bahagian

Dalam soalan ini tuan dikehendaki menunjukkan butir-butir di mana kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Sebagai contoh jika tuan membuat tiga kerja di Selangor pada tahun rujukan, maka pelaporan adalah

seperti di bawah:

Selangor (nyatakan daerah-daerah) Nilai (RM)

10.1 Petaling 3,500,000

10.2 Klang 2,000,000

10.3 Ulu Langat 1,500,000

Jumlah Selangor 7,000,000

Sekiranya kerja pembinaan dibuat melebihi daripada 3 daerah, maka senaraikan mengikut 3 daerah

tertinggi dan bakinya dijumlahkan kepada daerah yang mempunyai nilai tertinggi.

Soalan 14: Nilai kerja pembinaan yang dibuat mengikut jenis binaan

Dalam soalan ini tuan dikehendaki menyatakan secara berasingan nilai kerja yang dibuat bagi binaan

baru dan kerja membaikpulih serta kerja membaiki dan menyelenggara untuk Kerajaan, Separa Kerajaan

dan Badan Persendirian mengikut jenis kerja pembinaan. Contohnya jika tuan adalah kontraktor binaan

am, tuan hendaklah menunjukkan nilai kerja yang dibuat mengikut jenis kerja pembinaan seperti yang

disenaraikan daripada perkara 1 hingga 6. Kontraktor kejuruteraan awam hendaklah menunjukkan jenis

kerja pembinaan yang dibuat seperti disenaraikan daripada perkara 7 hingga 11. Kontraktor

pertukangan khas hendaklah menunjukkan nilai kerja pembinaan yang dibuat pada perkara 12.

Definisi : a. Kerajaan (terdiri daripada agensi Kerajaan dan Separa Kerajaan).

i. Kerajaan: termasuk semua kerja yang dibuat untuk kerajaan

seperti JKR, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah,

Dewan Bandar Raya, dsb.

ii. Separa Kerajaan: termasuk kerja yang dibuat untuk Suruhanjaya

Pelabuhan, MARA, dsb.

b. Persendirian: termasuk kerja yang dibuat untuk pemaju, firma,

syarikat minyak, dsb.

c. Kerja pembinaan baru: merujuk pembinaan sebuah struktur baru di atas

tapak yang mungkin dahulunya pernah didirikan

bangunan atau sebaliknya. Binaan tambahan

hendaklah dimasukkan juga.

d. Pembaikan besar termasuklah kerja pembinaan yang meningkatkan

kegunaan bangunan atau struktur lain, atau

sekurang-kurangnya memperbaharuinya, dengan itu

memanjangkan hayat biasa harta tetap itu.

Page 27: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

27

e. Membaik pulih: bermakna pembaikan yang sekurang-kurangnya

satu struktur telah dipulihkan dan sebahagian besar

struktur yang lain boleh digunakan.

f. Penukaran: berkaitan dengan perubahan struktur yang dibuat di

dalam sesebuah bangunan.

g. Pembaikan dan penyelenggaraan semasa

Ini termasuklah kerja-kerja pembinaan ke atas bangunan dan struktur lain yang

pada amnya tidak memanjangkan hayat biasa bangunan itu tetapi hanya

mengelakkan daripada menjadi bertambah buruk dan memeliharanya dalam

keadaan normal (pembaikan dan penyelenggaraan atas akaun sendiri

hendaklah dikecualikan).

Soalan 15: Kos bahan binaan

a. Dalam soalan ini hanya perbelanjaan bahan binaan yang benar-benar digunakan oleh tuan

untuk menjalankan kerja binaan sahaja perlu dilaporkan. Ini termasuk bahan yang digunakan

bagi:

i. kerja pembinaan yang dilaporkan dalam Soalan 8 (perkara 8.1), 12, 13 dan 14

ii. sebarang pengeluaran modal harta tetap bagi kegunaan sendiri yang dilaporkan dalam

Soalan 4 kolum 04.

Bahan yang dibekalkan kepada kontraktor buruh (mereka yang membekalkan buruh sahaja)

hendaklah dimasukkan ke dalam nilai bahan yang tuan gunakan manakala upah kepada buruh

tersebut dan bilangan mereka yang diambil bekerja hendaklah dilaporkan dalam Soalan 5.

b. Kontraktor utama dan subkontraktor hendaklah menunjukkan nilai semua bahan yang digunakan.

c. Kos bahan hendaklah harga belian (harga pasaran) dicampur dengan penyewaan pengangkutan

dan bayaran lain, termasuk cukai, insurans dsb.

Perhatian :

Jumlah bahan-bahan yang digunakan terbahagi kepada sembilan kategori;

1. bahan besi dan keluli;

2. simen dan bahan konkrit;

3. bahan batu bata;

4. kayu dan keluaran kayu;

5. bahan bumbung;

6. jubin;

7. pemasangan jentera dan kelengkapan elektrik;

8. bahan-bahan IBS, dan

9. bahan binaan lain.

Page 28: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

28

Soalan 16: Penerimaan dan pembekalan bahan-bahan

Laporkan nilai penerimaan dan pembekalan bahan binaan seperti berikut:

1. dibekalkan kepada subkontraktor; atau

2. dibekalkan oleh kontraktor utama; atau

3. dibekalkan oleh Pemaju Projek.

Soalan 17: Pengunaan ICT

Perkara 17.1 Sila laporkan penggunaan ICT oleh pertubuhan dalam tempoh laporan

Penggunaan komputer di dalam perniagaan

Komputer adalah desktop, laptop atau tablet. Ianya TIDAK termasuk peralatan yang

mempunyai keupayaan seperti komputer contohnya telefon selular, personal digital

assistants (PDAs) atau set televisyen.

Perkara 17.2 Kadar penggunaan komputer oleh pekerja yang bekerja di dalam perniagaan

= Bilangan pekerja yang bekerja menggunakan komputer X 100

Jumlah pekerja

Pekerja yang bekerja merujuk kepada semua pekerja yang bekerja di dalam

perniagaan, bukan hanya yang bekerja dalam pekerjaan perkeranian. Mereka termasuk

pekerja jangka pendek dan kasual, pekerja keluarga dan orang yang bekerja sendiri,

yang boleh dibayar atau tidak dibayar.

Perkara 17.3 Penggunaan internet di dalam perniagaan

Internet merujuk kepada rangkaian worldwide komputer. Ianya merupakan akses

kepada perkhidmatan komunikasi seperti World Wide Web (WWW) dan menghantar

emel, berita, hiburan dan fail data.

Perkara 17.4 Kadar penggunaan internet oleh pekerja yang bekerja di dalam perniagaan

= Bilangan pekerja yang bekerja menggunakan internet X 100

Jumlah pekerja

Pekerja yang bekerja merujuk kepada semua pekerja yang bekerja di dalam

perniagaan, bukan hanya yang bekerja dalam pekerjaan perkeranian. Mereka termasuk

pekerja jangka pendek dan kasual, pekerja keluarga dan orang yang bekerja sendiri,

yang boleh dibayar atau tidak dibayar.

Perkara 17.5 Sila nyatakan penggunaan internet oleh pertubuhan tuan dalam tempoh laporan.

Boleh pilih lebih dari satu.

Page 29: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

29

Perkara 17.6 Sila laporkan infrastruktur rangkaian yang terlibat dalam pertubuhan tuan

a. Penggunaan intranet di dalam perniagaan

Intranet merujuk kepada rangkaian komunikasi dalaman menggunakan protokol

Internet dan membenarkan komunikasi dalam sesebuah organisasi (dan kepada

orang-orang lain yang diberi kuasa). Ia biasanya ditetapkan di belakang firewall untuk

mengawal akses.

b. Penggunaan extranet di dalam perniagaan

Extranet adalah rangkaian tertutup yang menggunakan protokol internet untuk

memastikan maklumat berkenaan perniagaan dengan pembekal, vendor, pelanggan

atau rakan kongsi perniagaan yang lain akan terjamin keselamatannya (securely).

Ianya juga memberikan tambahan keselamatan untuk membenarkan pengguna

intranet mengakses di dalam extranet. Ianya juga boleh menjadi sebahagian dari

maklumat persendirian di dalam laman web perniagaan yang mana rakan kongsi

perniagaan akan mengakses laman web dengan login page berkenaan.

c. Penggunaan rangkaian kawasan setempat (local area network - LAN) di dalam

perniagaan

Rangkaian kawasan setempat (LAN) merujuk kepada hubungkait rangkaian

komputer di dalam sesebuah lokasi / kawasan seperti di dalam sesebuah bangunan,

jabatan atau kawasan, yang mana mungkin tanpa wayar

d. Penggunaan rangkaian kawasan luas (wide area network – WAN)

Rangkaian kawasan luas (WAN) merujuk kepada rangkaian yang menghubungkan

komputer dan peranti berkaitan di dalam kawasan geografi yang luas seperti

kawasan atau negara.

e. Tiada di atas

Merujuk kepada infrastruktur rangkaian selain yang dinyatakan diatas.

Perkara 17.7 Sila laporkan akses/sambungan Internet yang digunakan oleh pertubuhan tuan

dalam tempoh laporan

a. Jalur sempit termasuklah modem analog ( dial-up melalui talian telefon), ISDN

(Integrated Services Digital Network ), DSL ( digital subscriber line) pada kelajuan di

bawah 256 kbit/s, dan telefon bimbit dan lain-lain bentuk akses dengan kelajuan di

muat turun kurang daripada 256 kbit/s. Perkhidmatan akses telefon bimbit jalur

sempit termasuklah CDMA 1x (Release 0), GPRS, WAP dan i-mode .

b. Jalur lebar tetap merujuk kepada teknologi dengan kelajuan sekurang-kurangnya

256 kbit/s, dalam sehala atau dua hala, seperti DSL ( Digital Subscriber Line),

modem kabel, talian pajak yang berkelajuan tinggi, fibre-to-the-home, powerline,

satelit, fixed wireless, Wireless Local Area Networks and WiMAX.

c. Jalur lebar mudah alih merujuk kepada teknologi pada kelajuan

sekurang-kurangnya 256 kbit/s, dalam sehala atau dua hala, seperti Wideband

CDMA (W-CDMA), yang dikenali sebagai Universal Mobile Telecommunications

System (UMTS) di Eropah; High- speed Downlink Packet Access (HSDPA),

complemented by High-speed Uplink Packet Access (HSUPA); CDMA2000 1x

Page 30: PEMBINAAN - DOSM€¦ · Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dsb.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

30

EV-DO and CDMA2000 1x EV-DV. Akses boleh dibuat melalui mana-mana peranti

(komputer, komputer riba atau telefon bimbit dan lain-lain)

Perkara 17.8 Penggunaan Web presence dalam perniagaan.

Web presence termasuklah laman web, laman web atau kewujudan laman web yang lain

(termasuk perniagaan yang berkaitan). Ia tidak termasuk kemasukan dalam direktori

dalam talian dan mana-mana laman web lain di mana perniagaan yang tidak mempunyai

kawalan ke atas kandungan dalam laman tersebut. Istilah web presence’ yang digunakan

lebih sedikit berbanding 'laman web', berdasarkan kepada anggapan bahawa web

presence’ di WWW adalah lebih penting daripada laman web.

Perkara 17.9 Sila nyatakan sekiranya pertubuhan tuan membuat pesanan (pembelian) barangan

atau perkhidmatan menggunakan internet di dalam perniagaan

Pesanan atau pembelian termasuk pesanan melalui internet sama ada pembayaran

dibuat secara atas talian (online) atau tidak. Ianya termasuk pesanan atau pembelian

melalui laman web, specialized Internet marketplaces, extranets, EDI over the Internet,

Internet-enabled mobile phones dan e-mel. Tidak termasuk pesanan atau pembelian

yang telah dibatalkan atau tidak lengkap.

Perkara 17.10 Sila nyatakan sekiranya pertubuhan tuan menerima pesanan (jualan) barangan atau

perkhidmatan menggunakan internet di dalam perniagaan

Penerimaan pesanan termasuk menerima pesanan melalui internet sama ada

pembayaran dibuat melalui atas talian (online) atau tidak. Ianya termasuk pesanan yang

diterima melalui laman web, specialized Internet marketplaces, extranets, EDI over the

Internet, Internet-enabled mobile phones dan email. Ianya juga termasuk pesanan yang

diterima melalui internet bagi pihak organisasi lain. Tidak termasuk pesanan atau

pembelian yang telah dibatalkan atau tidak lengkap.

Perkara 17.9 dan 17.10 merujuk kepada urusniaga e-Dagang iaitu penjualan atau

pembelian barangan atau perkhidmatan yang dijalankan melalui rangkaian

pengkomputeran/internet dengan kaedah yang direka untuk tujuan menerima atau

membuat pesanan (untuk tujuan pembelian atau jualan) sama ada antara perniagaan,

isi rumah, individu, kerajaan dan lain-lain organisasi awam atau swasta. Barangan atau

perkhidmatan yang dibuat pesanan (untuk tujuan pembelian atau jualan) melalui

rangkaian pengkomputeran/internet tetapi pembayaran dan penghantaran muktamad

barangan atau perkhidmatan boleh dijalankan pada atau bukan melalui rangkaian

pengkomputeran/ Internet.

Urusniaga e-Dagang termasuk pesanan yang dibuat di laman web, extranet atau

electronic data interchange (EDI). Urusniaga e-Dagang tidak termasuk pesanan yang

dibuat melalui panggilan telefon, faks dan emel.

Perkara 17.11 Kadar peratusan nilai jualan pertubuhan tuan yang mewakili pesanan (jualan)

internet

Bagi pesanan internet yang diterima bagi pihak organisasi lain, sila lapor hanya yuran

atau komisen yang diterima.

- TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA TUAN -