PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI · PDF file3.2 Carta alir perisian unjuran ortografik sudut...
Transcript of PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI · PDF file3.2 Carta alir perisian unjuran ortografik sudut...
PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TOPIK
UNJURAN ORTOGRAFIK SUDUT KETIGA
MOHMMAD HELME BIN SUPAAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TOPIK
UNJURAN ORTOGRAFIK SUDUT KETIGA
MOHMMAD HELME BIN SUPAAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
iii
DEDIKASI
Ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Illahi. Rahmat serta limpah kurniaNya membawa daku ke jalan ini. Ku kalungkan kejayaan ini khas buat isteri tercinta, Azaraha Binti Ali. Pengorbanan, kesabaran dan ketabahanmu umpama api pembakar semangatku. Ku titipkan impian buat putera harapan kesayanganku, Muhammad Aqil Semoga suatu hari kau kan tiba jua ke destinasi ayahmu ini. Ku hidangkan nikmat kejayaan ini buat kedua ayah dan bonda yang dikasihi. Doamu yang tak kenal jemu telah berjaya membawa daku sampai kemari. Rakan-rakan seperjuanganku sekalian, Tongkat yang kalian berikan ketika daku kepincangan akan ku simpan sebagai kenangan di hari muka. Buat semua insan di sekelilingku, Tiada yang lebih mulia disisi Allah melainkan insan yang berilmu dan beramal dengannya. Semoga kita semua mendapat rahamt dariNya......Amin
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ucapan
selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Berkat doa dan kesabaran, maka pada hari ini sempurnalah juga projek
pembinaan perisian ini. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Profesor Madya Dr. Widad bt. Othman selaku pensyarah pembimbing.
Tunjuk ajar, nasihat serta buah fikirannya yang membina membantu saya dalam
proses penghasilan projek ini.
Tidak dilupakan juga kepada Profesor Madya Dr. Rio Sumarni bt.
Shariffudin selaku pensyarah yang menyelia projek ini. Ternyata beliau tidak
keberatan untuk mencurahkan segala kepakaran beliau di dalam bidang multimedia
untuk memastikan projek ini terlaksana dengan jayanya.
Mengakhiri ucapan, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada
semua pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung
mahupun tidak di dalam projek ini. Jasa baik semua pihak hanya tuhan sahaja yang
mampu membalasnya.
v
ABSTRAK
Pendidikan menjadi teras kemajuan sesebuah negara. Manakala Teknologi
Maklumat (IT) pula menjadi pemangkin kemajuan pendidikan negara masa kini.
Salah satu cabang IT yang semakin diberikan perhatian adalah Bidang Multimedia.
Pembangunan perisian merupakan sebahagian komponen yang penting dalam bidang
multimedia. Perisian sememangnya mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai
alat bantu mengajar (ABM) terbaik memandangkan ciri-cirinya yang
menggabungkan elemen-elemen media seperti teks, grafik, animasi, video dan audio.
Untuk itu, projek ini telah memilih salah satu topik di dalam sukatan Lukisan
Kejuruteraan iaitu Unjuran Ortografik Sudut Ketiga untuk dibangunkan sebagai
sebuah perisian yang sesuai digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi membantu pembina dalam pembangunan perisian ini, penggunaan perisian alat
pengarangan telah digunakan terdiri daripada Micromedia Flash MX sebagai tapak
utama perisian, Adobe Photoshop 6.0 dan ACDsee sebagai perisian pemanipulasian
gambar serta AutoCAD 2000. Perisian ini bersifat interaktif dimana ianya
membenarkan pengguna untuk meneroka ke mana-mana bahagian dengan bebas. Ini
bagi memastikan pengguna berminat serta tidak bosan untuk mengikuti pakej
perisian. Semoga pembinaan perisian ini mendatangkan manfaat yang berguna
kepada bidang pendidikan di negara ini. Beberapa cadangan juga telah diutarakan
untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan seperti mewujudkan sebuah
unit pembangunan perisian di dalam Kementerian Pendidikan bagi mempertingkat
lagi mutu pendidikan yang diberikan kepada rakyat. Disamping itu guru-guru juga
perlulah melakukan tranformasi secara berani dengan menghasilkan perisian-perisian
berkaitan bidang kepakaran masing-masing bagi menggantikan penghasilah buku-
buku ilmiah seperti yang lazimnya dilakukan sebelum ini.
vi
ABSTRACT
Education plays an important role in the development of any country, while
Information Technology (IT) is the catalyst. One of the popular IT applications is
Multimedia. Software development is one of the important components in
multimedia. Software has the potential to be used as the best teaching aid combining
media elements such as text, graphic, animation, video, and audio. Therefore, one of
the topics in Engineering Drawing the Third Angle Projection is selected for this
project. To develop the software, authoring tools such as Macromedia Flash MX,
Adobe Photoshop 6.0, ACDsee and AutoCAD 2000 were used. This software has an
interactive characteristic where user can get in any part of its contents freely. This is
to make sure that user will be interest and not bored with the software. It is hoped
that software development will be beneficially to the education system. Suggestions
include the establishment of a software development unit in the Ministry of
Education that will produce software, which will upgrade the education level of the
people. Beside, teachers should be courageous enough to make a change from
writing academic books to producing software.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xv
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 6
1.5 Oblektif Pembinaan Perisian 7
1.6 Kepentingan Projek 7
1.7 Skop Projek 8
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN 9
2.1 Pengenalan 9
2.2 Proses Pembelajaran 10
2.3 Teori Pembelajaran 11
2.3.1 Teori Konstruktif 11
2.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 12
2.5 Unjuran Ortografik 14
2.6 Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan 14
2.7 Takrif Mengenai Multimedia 15
2.7.1 Elemen-elemen dalam multimedia 16
2.7.1.1 Teks 17
2.7.1.2 Grafik 17
2.7.1.3 Bunyi (Audio) 18
2.7.1.4 Animasi 19
BAB III REKABENTUK PERISIAN 20
3.1 Pengenalan 20
3.2 Model Rekabentuk Pengajaran 20
3.2.1 Menganalisa Pelajar 22
3.2.2 Menyatakan Objektif 22
3.2.3 Memilih Kaedah, Media dan Bahan
Pengajaran 22
3.2.4 Menggunakan Media dan Bahan
Pengajaran 23
3.2.4.1 Teks 23
3.2.4.2 Grafik 24
3.2.4.3 Animasi 24
3.2.4.4 Audio 25
3.2.5 Penglibatan Pelajar dalam
Pembelajaran 25
3.2.6 Kaedah Penilaian Perisian 26
ix
3.3 Perkakasan Pembinaan dan Alat Pengarangan
(Authoring Tool) 27
3.3.1 Perkakasan Pembinaan 27
3.3.2 Alat Pengarangan 28
3.4 Carta Alir 28
3.5 Carta Alir Perisian 30
3.5.1 Bahagian Permulaan 30
3.5.2 Bahagian Isi Kandungan 30
3.5.2.1 Pengenalan 31
3.5.2.2 Bimbingan 31
3.5.2.3 Binaan 31
3.5.2.4 Latihan 31
3.5.2.5 Aplikasi 32
3.5.2.6 Bantuan 32
3.5.2.7 Keluar 32
BAB IV PERISIAN MULTIMEDIA
LUKISAN KEJURUTERAAN
(UNJURAN ORTOGRAFIK SUDUT KETIGA) 34
4.1 Pengenalan 34
4.2 Kaedah Pempakejan Perisian 34
4.3 Daftar 35
4.4 Loading 36
4.5 Montaj 36
4.6 Menu Utama 37
4.7 Pengenalan 38
4.7.1 Lukisan Ortografik 39
4.7.2 Objektif 40
4.7.3 Tujuan 41
4.8 Bimbingan 41
4.8.1 Konsep Unjuran 42
4.8.2 Konsep Unjuran Berpusat 42
4.8.3 Konsep Unjuran Selari 43
x
4.8.4 Jenis-Jenis Satah 44
4.8.5 Konsep Sudut Ketiga 45
4.9 Binaan 47
4.9.1 Binaan Piramid 47
4.9.2 Binaan Prisma Segitiga 49
4.9.3 Binaan Prisma Heksagon 49
4.10 Aplikasi 50
4.11 Latihan 51
4.12 Bantuan 53
4.13 Keluar 53
4.14 Analisis Penilaian Pakar 54
4.14.1 Bahagian A 55
4.14.2 Analisis Penilaian Bahagian B 56
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 59
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 59
5.3 Rumusan 60
5.4 Cadangan 61
5.5 Penutup 63
BIBLIOGRAFI 64
LAMPIRAN A 68
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT