Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

8

Click here to load reader

Transcript of Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

Page 1: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Page 2: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

• Pengurusan kelas yang mesra.- Budaya penting supaya

suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid.

Page 3: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

Pengurusan Persekitaran Fizikal

• Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan dan kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerak kerja.

• Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.

• Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah pembinaan Modal Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS.

Page 4: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

• Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

• Lemlech (1988), menjelaskan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan.

Page 5: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

• Marzano (2003), menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

• Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi membantu perkembangan murid.

Page 6: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

• Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah mencukupi serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

• Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru telah berjaya membentuk Budayaberdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.

Page 7: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

• Pengurusan fizikal bilik darjah bolehlah dirumuskan meliputi aspek keselamatan termasuklah menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah.

• Peraturan diwujudkan berpandukan Pekeliling dan Peraturan Sekolah. Antaranya mencakupi amalan menepati masa, amanah, rasa tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama.

Page 8: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

• Ruang dan pergerakan harus diurus supaya lebih fleksibel.

• Penyediaan ruang yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada murid ketika belajar.

• Aspek pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid juga akan mendorong murid untuk memberikan tumpuan kepada proses P&P.