Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentation

4
PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA PENGURUSAN PERSEKITARAN SOSIO-EMOSI

Transcript of Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentation

Page 1: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentation

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

PENGURUSAN PERSEKITARAN

SOSIO-EMOSI

Page 2: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentation

FAKTOR SOSIAL

• Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalambilik darjah.

• Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza.• Terdapat murid yang pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain.• Guru perlu bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap

yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas• Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku di antara

a. Guru kepada murid yang di kenali sebagai komunikasi sehala, b. Interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai komunikasi dua halac. Interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid, yang di kenali sebagai

komunikasi pelbagai hala.

Prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah- menetapkan perkara atau rutin pergerakkan yang muridboleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik, seperti;

a. Cara murid memasuki kelas dan keluar kelas contohnya keluar ke tandas.b. Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnya mesti berada dalam

kumpulan masing-masing dan tidak merayau-rayau dalam kelas. c. Cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran contohnya mendapatkan pensil warna dan

lembaran kerja daripada guru.

Page 3: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentation

FAKTOR EMOSI

Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya.

Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidakmemilih kasih Faktor emosi juga dapat di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara jenis kepimpinan guru ialah; a. Gaya Kepimpinan Aautokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga

mewujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif. b. Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan

bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarikdan menyeronokan.

c. Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehinggamenjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidakakrab dan mesra..

Guru juga perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif dikalangan murid-murid.

Dengan kata lain tugasan yang di berikan kepada murid-murid dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahandan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budayabertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Page 4: Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentation

Renungan Bersama…

Guru yang berwawasan bertindak sebagaimualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalammasa yang sama sebagai fasilitator, pembimbingdan kaunselor yang sentiasa komited dengankerjayanya iaitu menumpukan perhatian denganbersungguh-sungguh ketika melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnyaAllah suka apabila seseorang itu melakukanpekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).

Guru adalah segala-galanya.