Pembuatan Baja Cecair Organik Dari Umbut Pisang

5
PEMBUATAN BAJA CECAIR ORGANIK DARI UMBUT PISANG PENGENALAN. PISANG (Musa spp) merupakan sejenis tumbuhan buah tropika penting dalam ekonomi dunia dimana terdapat beberapa negara di Carribean dan Kepulauan Pasifik yang bergantung kepada tanaman pisang sebagai punca pendapatan utama. Tumbuhan ini mampu tumbuh dari kawasan tanah pamah rendah sehingga kawasan tanah tinggi dipergunungan yang mempunyai suhu antara 25 - 30 celsius. Terdapat beratus-ratus jenis kultivar pisang dari jenis yang boleh dimakan (edible) sehingga jenis tidak boleh dimakan (non-edible) dan banyak kultivar yang digunakan untu tanaman hiasan (Ornamental crops). Banyak bahagian pokok pisang yang boleh digunakan daripada bahagian buah, jantung, daun, batang dan juga umbutnya. Buah pisang dimakan segar dan diproses untuk pelbagai produk hiliran sementara jantung pisang digunakan sebagai sayuran sementara daun pisang sebagai alas pelapik makanan. Artikel ini kami

Transcript of Pembuatan Baja Cecair Organik Dari Umbut Pisang

Page 1: Pembuatan Baja Cecair Organik Dari Umbut Pisang

PEMBUATAN BAJA CECAIR ORGANIK DARI UMBUT PISANG

PENGENALAN.PISANG (Musa spp) merupakan sejenis tumbuhan buah tropika penting dalam ekonomi dunia dimana terdapat beberapa negara di Carribean dan Kepulauan Pasifik yang bergantung kepada tanaman pisang sebagai punca pendapatan utama. Tumbuhan ini mampu tumbuh dari kawasan tanah pamah rendah sehingga kawasan tanah tinggi dipergunungan yang mempunyai suhu antara 25 - 30 celsius. Terdapat beratus-ratus jenis kultivar pisang dari jenis yang boleh dimakan (edible) sehingga jenis tidak boleh dimakan (non-edible) dan banyak kultivar yang digunakan untu tanaman hiasan (Ornamental crops). Banyak bahagian pokok pisang yang boleh digunakan daripada bahagian buah, jantung, daun, batang dan juga umbutnya. Buah pisang dimakan segar dan diproses untuk pelbagai produk hiliran sementara jantung pisang digunakan sebagai sayuran sementara daun pisang sebagai alas pelapik makanan. Artikel ini kami membincangkan mengenai umbut batang pisang untuk pengetahuan bersama.

Page 2: Pembuatan Baja Cecair Organik Dari Umbut Pisang

• Batang Pisang merupakan komponen utama dalam pokok pisang yang mempunyai beberapa lapisan kulit dan tumbuh menegak tanpa cabang. Batang pisang mengandungi air yang banyak dan ada ruang udara didalamnya. Dibahagian tengah batang pisang adalah bahagian tisu lembut berwarna putih yang dipanggil sebagai 'Umbut Pisang' atau ada juga orang kampong panggil sebagai 'Empulur Pisang'. Pokok pisang yang telah menghasilkan buah akan dipotong atau ditebang bagi mengambil tandan pisang dan memberikan anak pokok pisang yang baru tumbuh. Dalam amalan ladang komersil hanya 2-3 anak pokok sahaja yang akan dibiarkan membesar untuk mendapatkan buah pisang yang berkualiti. Batang pisang digunakan sebagai makanan ternakan haiwan dengan meracik-racuk dan boleh digunakan sebagai bahan asas untuk baja kompos. Hampir 90% batang pisang yang ditebang dinegara kita dibiarkan begitu sahaja untuk pereputan selepas menebang pokok pisang.

Page 3: Pembuatan Baja Cecair Organik Dari Umbut Pisang

• Umbut Pisang boleh diperolehi dengan memotong batang pisang (pilih jenis pisang yang sesuai seperti Pisang Nipah, Pisang Berangan, Pisang Awak) dan sebaginya untuk dijadilan umbut pisang. Bagi tujuan ini, batang pisang dipotong dan dibuang bahagian kulit luar berwarna coklat kehitaman selapis demi selapis sehingga sampai kebahagian umbut pisang dibahagian tengah yang berwarna putih cerah. Belum banyak maklumat mengenai kandungan permakanan atau nutrisi yang terkandung dalam umbut batang pisang tetapi kami percaya 70-80% adah air dan bakinya serat serta bahan mineral dan pelbagai vitamin lain. Makan umbut pisang juga selamat.

Page 4: Pembuatan Baja Cecair Organik Dari Umbut Pisang

CETUSAN IDEA.• Secara biologi kami dapti bahawa umbut pisang

adalah tisu yang menghubungkan bahagian pucuk dengan bahagian akar. Kedua-dua bahagian ini dipercayaai mempunyai hornon penggalak pertumbuhan yang paling aktif.

• Hormon ini sekiranya diproses dapat dijadikan baja organik cecair yang baik dan lebih ekonomi.

• Proses fermantasi merupakan kaedah yang digunakan dalam proses penghasilan baja cecair organik ini

Page 5: Pembuatan Baja Cecair Organik Dari Umbut Pisang

PERSEDIAAN.