Pembuktian gambar aktiviti festival senibina 2015 3
-
Upload
wan-nurdianah-rosmin -
Category
Education
-
view
36 -
download
7
Transcript of Pembuktian gambar aktiviti festival senibina 2015 3
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT|FESTIVAL SENIBINA 2015 (FEST’SENA XI ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ACER
Kickstart Awesomeness, Change Architecture Universe (KACAU) |2015 1
PEMBUKTIAN GAMBAR AKTIVITI FESTIVAL SENIBINA 2015
(FEST’SENA XI)
MESYUARAT PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT|FESTIVAL SENIBINA 2015 (FEST’SENA XI)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT|FESTIVAL SENIBINA 2015 (FEST’SENA XI ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ACER
Kickstart Awesomeness, Change Architecture Universe (KACAU) |2015 2
AHAD, 12 APRIL 2015
AKTIVITI 1: ‘KICKSTART AWESOMENESS' (Misi-misi di Bukit Broga)
Mahasiswa/I akan mendaiki Bukit Broga, Selangor bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara
para pelajar.
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT|FESTIVAL SENIBINA 2015 (FEST’SENA XI ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ACER
Kickstart Awesomeness, Change Architecture Universe (KACAU) |2015 3
AKTIVITI 2 : ‘DINNER’
Semua pelajar Senibina , pensyarah , alumni serta staff sokongan dijemput menyertai
“DINNER‟ bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara para pelajar dengan pensyarah ,
alumni dan staff sokongan . Selain itu , dapat mengasah bakat bermain bowling
serta semangat kesukanan
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT|FESTIVAL SENIBINA 2015 (FEST’SENA XI ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ACER
Kickstart Awesomeness, Change Architecture Universe (KACAU) |2015 4
ISNIN, 13 APRIL 2015
AKTIVITI 3 : ‘ARCHITECTURE WORLD UNIVERSE MOTIVATION ’
Mahasiswa/I akan didedahkan tentang isu semasa senibina oleh seorang motivator jemputan
serta halatuju dan pengalaman beliau sebagai seorang arkitek. Melalui 'talk' ini , mahasiswa/i
akan lebih tahu tentang selok belok dunia senibina dari sudut pandangan yang berbeza .
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT|FESTIVAL SENIBINA 2015 (FEST’SENA XI ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ACER
Kickstart Awesomeness, Change Architecture Universe (KACAU) |2015 5
AKTIVITI 4 : ‘BOWLING TOURNAMENT’
Semua pelajar Senibina , pensyarah , alumni serta staff sokongan dijemput menyertai
“Bowling Tournament‟ bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara para pelajar dengan
pensyarah , alumni dan staff sokongan . Selain itu , dapat mengasah bakat bermain bowling
serta semangat kesukanan.
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT|FESTIVAL SENIBINA 2015 (FEST’SENA XI ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ACER
Kickstart Awesomeness, Change Architecture Universe (KACAU) |2015 6
REFLEKSI DAN HASIL PEMBELAJARAN FESTIVAL SENIBINA 2015
(FEST’SENA XI)
PENGENALAN
Saya Wan Nurdianah binti Rosmin (A144343) telah menyertai program Dalam Program khidmat
masyarakat , Festival Seni bina 2015 (FEST’SENA XI). Jawatan saya sandang dalam program tersebut
biro sukan & cenderamata. Festival senibina atau Fest‟sena merupakan aktiviti tahunan yang
dijalankan setiap tahun oleh pelajar senibina dan juga pensyarah Jabatan Senibina bertujuan bagi
merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar “junior” dan pelajar “senior”termasuklah
pensyarah serta kakitangan sokongan Jabatan Senibina.
Matlamat penganjuran festival ini adalah untuk turut memperkenalkan Jabatan Senibina kepada
keluarga besar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan seterusnya masyarakat luar dalam menyemai
kesepaduan bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dalam membentuk generasi masa
depan Malaysia yang lebih mapan.Festival tahunan ini telah dijalankan dengan jayanya pada setiap
tahun dan mendapat sambutan serta sokongan daripada para pelajar, pensyarah dan kakitangan
sokongan.
Pada tahun ini Festival Senibina XI 2015 akan menjalankan satu Program Khidmat Masyarakat yang
turut mendekatkan para pelajar dengan masyarakat luar melalui kerjakerja khidmat bakti dan
membentuk keprihatinan dalam setiap peribadi para pelajar . Aktiviti ini dilihat berkesan dalam
membentuk perpaduan dalam kalangan warga Jabatan Senibina. Sesungguhnya ini adalah satu
kejayaan besar kepada Jabatan Senibina kerana hubungan yang mesra dan erat ini dapat memacu
lebih banyak kejayaan. Sepanjang pengalaman festival senibina yang lepas, telah terbukti bahawa
penglibatan pelajar dalam festival ini membuka mata serta peluang untuk berhubung antara pelajar
senibina dan juga merupakan satu medan yang baik untuk para pelajar menghadapi dunia senibina
sebenar secara tidak langsung.
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT|FESTIVAL SENIBINA 2015 (FEST’SENA XI ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ACER
Kickstart Awesomeness, Change Architecture Universe (KACAU) |2015 7
HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.Aspek ini
melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada
suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan
bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.Jadi,
penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu
berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang
melibatkan orang lain.Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan
kerjaya seseorang.Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran
bukan lisan,kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta
berkebolehan berinteraksi secara berkesan. Dalam Program khidmat masyarakat , Festival Seni bina
2015 (FEST’SENA XI), saya, Wan Nurdianah binti Rosmin telah menyandang jawatan biro sukan &
cenderamata di mana tugas saya ialah untuk mencadang,menyusun atur serta mengawas segala
aktiviti- aktiviti sepanjang program.
Program tersebut telah mendedahkan dan memberi pengajaran mengenai kemahiran komunikasi.
Saya dapat mempelajari dan mengamalkan teknik dan etika komunikasi secara formal seperti dalam
minit mesyuarat dan pembentangan. Hal ini dapat dilihat apabila saya perlu membentangkan modul-
modul sekteriat saya dalam mesyuarat utama kepada ketua pengarah dan biro biro yang lain
mengenai cadangan aktiviti-aktiviti untuk program.
Selain itu, saya juga mengamalkan kemahiran komunikasi apabila hendak berurusan dengan pihak
luar. Hal ini dapat dilihat apabila saya bekomunikasi untuk berurusan dengan pihak luar mengenai
aktiviti ‘bowling tournament’ dan taklimat oleh pensyarah dan arkitek jemputan.
REFLEKSI
Saya berharap Program khidmat masyarakat , Festival Seni bina 2015 (FEST’SENA XI)ini dapat
dijalankan dengan lancar seperti mana yang telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat-
mesyuarat sebelum ini. Saya juga berharap program ini dapat memberi manfaat bukan sahaja
kepada saya tetapi kepada semua pelajar seni bina.
Walaubagaimanapun Program khidmat masyarakat , Festival Seni bina 2015 (FEST’SENA XI)ini telah
membantu memantapkan kemahiran komunikasi saya serta. Hal ini dapat dicapai apabila saya perlu
bentangkan modul-modul sekteriat saya dalam mesyuarat utama kepada ketua pengarah dan biro
biro yang lain. Ini membantu saya lebih berani berkomunikasi di depan orang ramai
Akhir sekali, saya sangat berpuas hati menyertai program ini , kerana banyak kemahiran yang saya
belajar . Malah banyak manfaat yang telah saya perolehi melalui program ini dan ia membantu saya
untuk lebih maju kehadapan.