Pemeriksaan Produk Haiwan

22
ARAHAN PROSEDUR TETAP VETERINAR MALAYSIA No. Dokumentasi: APTVM 23(c): 1/2011 JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA PEMERIKSAAN PRODUK HAIWAN

Transcript of Pemeriksaan Produk Haiwan

Page 1: Pemeriksaan Produk Haiwan

ARAHAN PROSEDUR TETAPVETERINAR MALAYSIA

No. Dokumentasi: APTVM 23(c): 1/2011

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINARKEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANIMALAYSIA

PEMERIKSAAN PRODUK HAIWAN

Page 2: Pemeriksaan Produk Haiwan

ii

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

ISI KANDUNGAN

Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia .............

1.0 Pengenalan ..............................................................................

2.0 Objektif .....................................................................................

3.0 Skop ..........................................................................................

4.0 Rujukan .....................................................................................

5.0 Definisi.......................................................................................

6.0 Kata Singkatan .........................................................................

7.0 Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia ..........................

7.1 Arahan Am .......................................................................

8.0 Pemeriksaan Produk Haiwan ..................................................

8.1 Tujuan Pemeriksaan Produk Haiwan ..............................

8.2 Keperluan Pemeriksaan Produk Haiwan .......................

8.3 Kriteria Pemeriksaan ........................................................

9.0 Prosedur Pemeriksaan .............................................................

9.1 Pemerhatian ....................................................................

9.2 Pemeriksaan ....................................................................

9.3 Pengukuran ......................................................................

9.4 Persampelan dan Ujian ..................................................

9.5 Pertanyaan / Soal Selidik .................................................

9.6 Semakan Rekod ...............................................................

10.0 Rekod ........................................................................................

11.0 Pengkalan Data .......................................................................

Lampiran 1 : Senarai Ujian Kontaminan ..............................................

Lampiran 2 : Senarai Semak Pemeriksaan Produk Haiwan ...............

Jawatankuasa Penyediaan APTVM PemeriksaanProduk Haiwan .......................................................................................

Penghargaan .........................................................................................

MUKASURAT

iii

1

1

2

2

2

3

4

4

5

5

6

6

7

7

7

7

7

8

8

8

9

10

15

17

18

Page 3: Pemeriksaan Produk Haiwan

Pemeriksaan Produk Haiwan

iii

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

ARAHAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINARPEMERIKSAAN PRODUK HAIWAN

Perkhidmatan pemeriksaan produk haiwan disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sebagai sebahagian usaha kawalan penyakit dan jaminan keselamatan makanan. Perkhidmatan ini menjadi pra-syarat dalam proses pengesahan dan pengeluaran Sijil Kesihatan Veterinar (SKV).

Penyakit menular dan berjangkit boleh merebak melalui produk. Maka penentuan sumber produk haiwan yang sihat dengan kemampuan dayajejak perlu menjadi elemen penting di dalamnya. Produk haiwan juga boleh menjadi punca jangkitan penyakit zoonotik ketika penggunaannya. Sementara dalam pemprosesan produk haiwan yang kurang sempurna, kontaminasi drug veterinar, kimia atau mikrob mungkin berlaku. Oleh itu perkhidmatan ini berhasrat mencegah rebakan penyakit dan mengurangkan risiko kesan sampingan akibat kontaminan.

Perkhidmatan ini juga merupakan sebahagian daripada skim jaminan kualiti melalui akreditasi. Pemeriksaan akan dijalankan secara berkala ke atas produk yang dikeluarkan di bawah skim Veterinary Health Mark (VHM) dan Good Veterinary Hygiene Practices (GVHP). Sementara produk yang hasilan di luar skim akreditasi perlu menjalani pemeriksaan produk haiwan ke atas setiap konsaimen sebelum pengesahan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV).

Maka pemeriksaan produk perlu mengikut kriteria yang digariskan dalam APTVM ini. Keperluan yang diperlukan oleh negara pengimport juga harus diambil kira dan disahkan pematuhan oleh Pihak Berkuasa Veterinar. Pemeriksa hendaklah memiliki capaian maklumat tentang status penyakit, premis dan keputusan sebarang ujian makmal.

Semua pemeriksa perlu memastikan temuan dan hasil pemeriksaan direkodkan. Rekod dan laporan itu akan menjadi asas kepada pengeluaran SKV. Keutuhan dan kewibawaan Pihak Berkuasa Veterinar akan dibuktikan melalui SKV yang mereka keluarkan.

Page 4: Pemeriksaan Produk Haiwan

iv

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Maka untuk menjamin kewibawaan Pihak Berkuasa Veterinar, semua pihak perlulah mematuhi APTVM Pemeriksaan Produk Haiwan yang digariskan ini. Semoga dengan adanya panduan ini mutu perkhidmatan pemeriksaan produk dapat dilakasanakan dengan lebih baik.

Dato’ Dr. Abd. Aziz bin JamaluddinKetua Pengarah Perkhidmatan VeterinarMalaysia

Page 5: Pemeriksaan Produk Haiwan

Pemeriksaan Produk Haiwan

1

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

ARAHAN PROSEDUR TETAP VETERINAR MALAYSIA PEMERIKSAAN PRODUK HAIWAN

PENGENALAN1.0

Pemeriksaan produk haiwan oleh Pihak Berkuasa Veterinar bertujuan untuk memastikan ia bebas daripada penyakit haiwan berjangkit dan menular. Prosedur ini untuk menghalang rebakan penyakit haiwan melalui laluan ini. Sebahagian daripada penyakit ini adalah zoonotik dan prosedur ini mampu menyekat jangkitan seterusnya. Untuk tujuan tersebut pemeriksa perlu mengetahui status penyakit haiwan wajib lapor dalam sesuatu lokasi, haiwan, masa, serta kesihatan sumber asal produk haiwan tersebut dan status kesihatan produk itu sendiri.

Prosedur pemeriksaan produk haiwan bertujuan memantau agar hasilan atau produk dari sesuatu establismen menepati keperluan yang telah digariskan. Ini untuk menjamin produk yang dikeluarkan bebas daripada penyakit, bersih serta selamat daripada pencemaran fizikial, kimia dan juga biologikal serta mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan.

Prosedur pemeriksaan produk haiwan menjadi sebahagian daripada syarat tindakan yang perlu diambil sebelum pengeluaran Sijil Kesihatan Veterinar bagi produk haiwan. Sebahagian daripada prosedur pemeriksaan memerlukan ujian makmal tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Oleh itu, penyelarasan dan penyeragaman penyampaian perkhidmatan veterinar dalam pemeriksaan produk haiwan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan DVS seterusnya dapat meningkatkan keyakinan pelanggan.

OBJEKTIF2.0

Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia Pemeriksaan Produk Haiwan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pihak Berkuasa Veterinar yang terlibat untuk tujuan:

Pencegahan dan kawalan penyakit haiwan2.1

Verifikasi produk untuk permohonan eksport2.2

Page 6: Pemeriksaan Produk Haiwan

2

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pengeluaran Sijil Kesihatan Veterinar2.3

Penguatkuasaan2.4

SKOP3.0

Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia Pemeriksaan Produk Haiwan ini adalah untuk menjelaskan bidang tanggungjawab pegawai, kategori produk serta ruang lingkup pemeriksaan, kaedah pemeriksaan dan seterusnya pengkalan data dan rekod.

RUJUKAN4.0

4.1 Akta Binatang 1953 (Semakan 2006)

4.2 APTVM Pemeriksaan Loji Pemprosesan

4.3 Good Manufacturing Practice (GMP) For Food (First Revision) MS 1514:2009

4.4 General Principle of Good Hygiene (MS 1514:2001)

4.5 Skim Persijilan GVHP

4.6 Requirements For The Award of The Veterinary Health Mark (VHM)

DEFINISI5.0

Pihak Berkuasa Veterinar5.1

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar dan mana-mana Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri, mana-mana Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai Veterinar dan termasuk sesiapa sahaja yang ditauliahkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar dan mana-mana Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri sebagai penguasa veterinar di bawah Seksyen 3, Akta Binatang 1953 (Semakan 2006).

Page 7: Pemeriksaan Produk Haiwan

Pemeriksaan Produk Haiwan

3

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)5.2

Dokumen yang mengesahkan produk haiwan dari aspek kesihatan untuk membolehkan produk dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain dan menjadi dokumen rujukan utama dan yang paling akhir dikeluarkan oleh mereka yang bertanggungjawab.

Produk haiwan5.3

Produk yang terhasil daripada haiwan yang masih hidup, telah disembelih/dibantai atau diambil daripadanya untuk aktiviti pemprosesan dan aktiviti tambah nilai, misalan daging, kulit mentah, organ, tanduk, sarang burung proses, sosej, seri kaya, dadih, yogurt dan sebagainya. Produk yang dikeluarkan meliputi produk makanan atau bukan makanan.

Skim Persijilan Veterinar5.4

Skim jaminan kesihatan haiwan, keselamatan makanan, jaminan kualiti yang diperkenallkan DVS berasas prinsip HACCP, GMP dan QAP seperti VHM, GVHP dan SALT.

Veterinawan Bertauliah5.5

Veterinawan yang berdaftar dengan Majlis Veterinar Malaysia serta memiliki Sijil Amalan Tahunan yang sah dan ditauliahkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia serta didaftarkan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi menjalankan tugas tertentu dalam skop tanggungjawab arahan seperti dalam APVTM Pendaftaran Veterinawan Bertauliah.

KATA SINGKATAN 6.0

APTVM - Arahan Prosedur Tetap Veterinar MalaysiaDVS - Jabatan Perkhidmatan VeterinarGVHP - Good Veterinary Hygienic PracticeHACCP - Hazard Analysis Critical Control PointIPPV - Ibu Pejabat Perkhidmatan VeterinarPBV - Pihak Berkuasa Veterinar

Page 8: Pemeriksaan Produk Haiwan

4

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

SKV - Sijil Kesihatan VeterinarSALT - Skim Amalan Ladang TernakanQAP - Quality Assurance ProgrammeVHM - Veterinary Health Mark

ARAHAN PROSEDUR TETAP VETERINAR MALAYSIA 7.0

ARAHAN AM7.1

Pemeriksa veterinar hendaklah pastikan dahulu 7.1.1 status indeks penyakit dan zon, kawasan serta kepungan di mana premis pengeluaran sesuatu penyakit.

Pastikan premis berkenaan telah pun berdaftar 7.1.2 dalam Daftar Premis dan memiliki Nombor Premis. Sekiranya premis belum berdaftar, ianya perlu didaftarkan terlebih dahulu untuk memastikan kemampuan dayajejak.

Pihak establismen yang memohon prosedur 7.1.3 pemeriksaan produk haiwan dijalankan di premisnya mestilah membuktikan yang mereka telah menyimpan rekod produk bagi setiap lot yang dikeluarkan bagi membolehkan dayajejak ke hadapan dan ke belakang.

Sila buat semakan ke atas sumber asal produk 7.1.4 primer dan hendaklah dipastikan status kesihatan melalui rekod veterinar dalam Pengkalan Data DVS dan rekod yang tersimpan di premis.

Terdapat dua kategori establismen untuk 7.1.5 pengeluaran produk haiwan:

Bawah Skim Persijilani.

Luar Skim Persijilanii.

Pemeriksaan produk haiwan di bawah Skim 7.1.6 Persijilan Veterinar samada VHM, GVHP atau SALT dibuat sebagai pemantauan untuk memastikan pematuhan keperluan yang digariskan dalam skim

Page 9: Pemeriksaan Produk Haiwan

Pemeriksaan Produk Haiwan

5

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

persijilan. Persampelan juga akan dibuat secara berkala. Perkara yang akan dipantau adalah seperti Lampiran 1.

Pemeriksaan produk haiwan di luar Skim Persijilan 7.1.7 Veterinar, hendaklah dibuat secara penuh meliputi persampelan serta ujian bagi memenuhi syarat persijilan SKV.

Pengeluaran SKV bagi establishmen bawah Skim 7.1.8 Persijilan Veterinar, boleh dikeluarkan berasaskan kepada rekod pemantauan dan audit berterusan.

Pengeluaran SKV bagi establishmen di luar Skim 7.1.9 Persijilan Veterinar hendaklah melalui prosedur pemeriksaan fizikal, persampelan dan ujian mengikut syarat yang diminta untuk disahkan oleh Pihak Berkuasa Veterinar.

Pemeriksa Veterinar hendaklah menasihati, 7.1.10 memberi runding cara atau perundingan kepada establishmen di luar Skim Persijilan Veterinar agar menyertainya bagi melancarkan pemeriksaan produk serta membolehkan SKV dikeluarkan dengan yang lebih kemas.

Semua keputusan ujian hendaklah dilaporkan 7.1.11 kepada penyelaras serta merta bagi membolehkan dokumentasi dilengkapi mengikut piagam pelanggan.

Pemeriksaan untuk tujuan penguatkuasan 7.1.12 hendaklah dilakukan dengan teliti mengikut APTVM ini. Rekod-rekod hendaklah disimpan kerana ianya diperlukan untuk kegunaan pendakwaan.

PEMERIKSAAN PRODUK HAIWAN8.0

Tujuan Pemeriksaan Produk Haiwan8.1

Prosedur pemeriksaan produk haiwan adalah 8.1.1 bertujuan untuk:

Mencegah dan mengawal penyakit haiwan.i.

Page 10: Pemeriksaan Produk Haiwan

6

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Mengeluarkan Sijil Kesihatan Veterinar untuk ii. pemindahan, pergerakan atau untuk eksport.

Menjalankan verifikasi produk haiwan untuk iii. pengesahan deklarasi persijilan eksport.

Memantau pematuhan kepada Skim Persijilan iv. Veterinar.

Penguatkuasaan undang-undang .v.

Keperluan Pemeriksaan Produk Haiwan 8.2

Tanggungjawab utama Pihak Berkuasa Veterinar 8.2.1 untuk memastikan tiada penyakit haiwan berjangkit menular melalui produk haiwan. Pemindahan, pergerakan dan import / eksport produk haiwan mestilah disahkan melalui pemeriksaan. Pihak Berkuasa Veterinar yang telibat dalam pengeluaran Sijil Kesihatan Veterinar bertanggungjawab untuk memastikan pemeriksaan produk telah dibuat sebelum apa-apa kenyataan mengenai produk dibuat. Bagi produk yang dieksport pula, pemeriksaan hendaklah dibuat meliputi keperluan atau kehendak negara pengimport berkaitan. Pemeriksaan produk boleh dilakukan seiring dengan pemeriksaan loji pemprosesan produk.

Kriteria Pemeriksaan8.3

Kriteria pemeriksaan produk haiwan adalah seperti berikut :-

8.3.1 Keperluan oleh negara pengimport (jika produk untuk eksport)

8.3.2 Keterangan mengenai produk (jenama, perlabelan dan sebagainya)

8.3.3 Senarai kandungan produk

8.3.4 Sumber bahan mentah yang digunakan

8.3.5 Carta alir proses produk

8.3.6 Ringkasan pelan HACCP / GMP

Page 11: Pemeriksaan Produk Haiwan

Pemeriksaan Produk Haiwan

7

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

8.3.7 Masa dan suhu

8.3.8 Certificate of analysis

8.3.9 Laporan analisa makmal

Pemeriksaan keseluruhan premis juga perlu dibuat mengikut panduan yang dinyatakan dalam APTVM Pemeriksaan Veterinar di Loji Pemprosesan.

PROSEDUR PEMERIKSAAN9.0

Pemerhatian 9.1

PBV perlu prihatin kepada proses dan prosedur yang dilaksanakan bagi produk berkenaan. Ambil perhatian bagi perkara yang boleh memberi risiko penyakit dan keselamatan serta pastikan semua proses/prosedur diikuti.

Pemeriksaan9.2

Pemeriksaan ini untuk melihat keseluruhan langkah pengendalian dan pemprosesan produk. Ini meliputi aktiviti pemeriksaan kebersihan peralatan serta permukaan bersentuhan produk makanan. PBV perlu mengambil langkah kebersihan diri sebelum memasuki kawasan pemprosesan.

Pengukuran9.3

Penggunaan peralatan untuk menentukan parameter seperti suhu, pH, berat, masa atau kepekatan klorin. Tujuan pengukuran untuk memastikan bahawa semua peralatan kawalan bagi tujuan di atas adalah berjalan dengan baik.

Persampelan dan ujian9.4

PBV adalah disarankan mengutip sampel produk untuk ujian saringan di makmal berkenaan. Sampel hendaklah dikutip dengan teknik yang betul serta pengendalian yang betul untuk memastikan tidak ada kesan disebabkan oleh pencemaran silang, masa, suhu dan juga pengangkutan (Rujuk Lampiran 1).

Page 12: Pemeriksaan Produk Haiwan

8

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pertanyaan/ Soal selidi9.5 k

PBV yang melakukan pemeriksaan disarankan untuk bertanya dengan pekerja/operator yang menjalankan tugas semasa pemprosesan. Walau bagaimanapun, pastikan ianya tidak memberi kesan kepada proses kerja serta keselamatan personel berkenaan.

Semakan rekod9.6

Pemeriksaan rekod amatlah penting untuk melihat keseluruhan operasi pengeluaran. Tumpuan kepad rekod-rekod penting seperti kawalan titik kritikal amat penting.

REKOD10.0

PBV yang melakukan pemeriksaan produk boleh 10.1 menggunakan kriteria pemeriksaan yang disediakan dalam borang DVS-PPH1 seperti Lampiran 2.

Catatan pemeriksaan produk hendaklah dicatat dalam 10.2 Log Pemeriksaan Veterinar untuk tujuan rekod dan rujukan pada masa hadapan.

Keputusan pemeriksaan hendaklah dikemukakan kepada 10.3 pegawai yang berkenaan yang terlibat untuk mengeluarkan Sijil Kesihatan Veterinar.

Semua rekod pemeriksaan hendaklah disimpan dengan 10.4 baik kerana menjadi sebahagian maklumat dayajejak produk.

Semua rekod yang melibatkan pemeriksaan oleh 10.5 penguatkuasa hendaklah di simpan dengan baik untuk memastikan pendakwaan dapat dijalankan dengan sempurna.

Page 13: Pemeriksaan Produk Haiwan

Pemeriksaan Produk Haiwan

9

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

PENGKALAN DATA11.0

PBV yang melakukan pemeriksaan produk haiwan perlu 11.1 mengisi maklumat perkhidmatan veterinar melalui sistem pelaporan elektronik yang akan ditentukan oleh DVS.

Page 14: Pemeriksaan Produk Haiwan

10

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Lampiran 1

SENARAI UJIAN KONTAMINANA.

Mikrob

Kod SanitasiProduk

Daging Susu Telur

S001 Coliform √ √

S002 E. coli √ √

S003 Staphylococcus √ √

Kod PatogenProduk

Daging Susu Telur

P001 Bacillus cereus √ √

P002 Campylobacter jejuni √ √

P003 Clostridium perfringens √

P004 E. coli 0157 √ √

P005 Listeria monocytogen √ √

P006 Salmonella √ √ √

P007 Sarkosis √

P008 Streptococcus faecalis √

P009 Vibrio cholera √

P010 Vibrio paraheamoliticus √

P011 VRE √ √

P012 Yersinia enterocolitica √

Page 15: Pemeriksaan Produk Haiwan

Pemeriksaan Produk Haiwan

11

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Residu Drug

KodAntibiotik

Produk

100 Daging Susu Telur

101 Amoxicilin √

102 Ampicilin √

103 Ceftiofur √

104 Chloramphenicol √ √

105 Chlortetracyclin √ √

106 Danofloxacin √ √

107 Erythromycin √ √

108 Neomycin √

109 Nitrofuran √

110 Oxytetracyclin √

111 Penicillin √

112 Sarafloxacin √ √

113 Streptomycin √

114 Tetracyclin √ √ √

Page 16: Pemeriksaan Produk Haiwan

12

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

KodOrganochlorinated

Produk

200 Daging Susu Telur

201 Aldrin √

202 BHC/Hexachloro cyclohexane √

203 Chlordane √

204 DDT/Metabolic √

205 Dieldrin √

206 Endrin √

207 Heptaclor/Heptaclor Epoxy √

208 Lindane/Gamma BHC √

209 Metoxycolor √

210 Mirex/Dodecaclorine √

211 PCBs/Polychlorobenzene √

KodPenggalak Pertumbuhan

Produk

300 Daging Susu Telur

301 Dienestrol √

302 Diethylstilbesterol – DES √

303 Hexestrol √

304 Trembolone √

305 Zeranol √

Page 17: Pemeriksaan Produk Haiwan

Pemeriksaan Produk Haiwan

13

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

KodThyrostatic

Produk

400 Daging Susu Telur

401 Methyl Thiouracil √

402 Propil Thiouracil √

403 Tapazol √

404T Thiouracil √

KodSulfanamie

Produk

500 Daging Susu Telur

501 Sulfadimetoxine √ √

502 Sulfametazine √ √

503 Sulfatiazol √ √

504 Sulfaquinoxaline √ √

505 Sulphonamides √ √

506 Sulphadiazine √ √

507 Sulphanilamide √ √

KodHeavy Metals (Logam Berat)

Produk

600 Daging Susu Telur

601 Arsenic √ √ √

602 Cadmium √ √ √

603 Lead √ √ √

604 Mercury √ √ √

605 Plumbum √ √ √

Page 18: Pemeriksaan Produk Haiwan

14

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

KodBeta Agonist

Produk700 Daging Susu Telur701 Clenbutarol √ 702 Ractopamin √

703 Salbutamol √

Kod

Antiparasit Produk

800 Daging Susu Telur801 Abamectin √ 802 Doramectin √ 803 Furozolidone √ 804 Ivermectin √ 805 Nicarbazin √ 806 Nitrofurazone √

KodMikotoksin

Produk900 Daging Susu Telur901 Alphatoxin √

KodOther drugs / contaminants

ProdukX00 Daging Susu TelurX001 Dioxin √ X002 Melamine √ X003 Sudan Red √X004 Yeast/mould √

Page 19: Pemeriksaan Produk Haiwan

Borang DVS-PPH1

BERTAMBAH MUTU

BERSEKUTU

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI

ASAS TANI MALAYSIA

SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN PRODUK HAIWAN Tarikh pemeriksaan : Rujukan :

Nama Establismen :

No. Tel : No. Faks : E-mail / Laman web :

Alamat Estabalismen :

Nama Pengurus / Penyelia: 1.2.3.

Jenis Establismen : (abatoir / pemprosesan / canning etc)

Tujuan pemeriksaan:

Jenis Premis / Loji: Lot kedai / semi-detached / bersendirian / lain-lain……..

Pegawai Pemeriksa DVS:

1.

2.

Tandatangan :

Keperluan negara pengimport :

Lampiran 2

Pemeriksaan Produk Haiwan

15

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Page 20: Pemeriksaan Produk Haiwan

16

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Kriteria Perkara yang diperhati

Pemerhatian

Keterangan 1.0 mengenai produk

Jenamaa. Pembungkusanb. Labelc. Kuantitid.

Kandungan 2.0 produk

Senarai bahan 3.0 mentah

Bahan mentaha. Puncab. Bahan c. pengawet

Carta Alir Proses4.0 Aliran pekerjaa. Aliran produkb.

HACCP/GMP Plan 5.0 Summary

CCPa.

6.0 Certificate of analysis

Keputusan ujian 7.0 makmal

Ulasan pemeriksa :

Tandatangan Pemeriksa : _____________________ Cop : _________________

Page 21: Pemeriksaan Produk Haiwan

Pemeriksaan Produk Haiwan

17

Pemeriksaan Produk Haiwan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

JAWATANKUASA PENYEDIAANARAHAN PROSEDUR TETAP VETERINAR MALAYSIA

PEMERIKSAAN PRODUK HAIWAN

Penasihat

Y.H Dato’ Dr. Mohamad Azmie bin ZakariaPengarah KananBahagian Pengurusan Biosekuriti & SPS

Ketua Editor

Dr. Rahmat bin S. M. SheriffTimbalan Pengarah (Seksyen Pemeriksaan Veterinar)Bahagian Pengurusan Biosekuriti & SPS

Sidang Pengarang

Dr. Che Zalina binti Mohd ZaidKetua Penolong PengarahSeksyen Zoonosis dan Kesihatan AwamBahagian Pengurusan Biosekuriti & SPS

En. Muhamad Hazmi bin YaacobSeksyen Pemeriksaan Veterinar Bahagian Pengurusan Biosekuriti & SPS

Page 22: Pemeriksaan Produk Haiwan

18

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Pemeriksaan Produk Haiwan

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penyediaan APTVM Pemeriksaan Produk Haiwan ini, khususnya;

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia1)

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia (KV)2)

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia (P)3)

Semua Pengarah Bahagian, IPPV4)

Semua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri5)

Semua Ketua Seksyen, IPPV6)