pemikiran islam dan isu-isu semasa

82
TAMADUN ISLAM

Transcript of pemikiran islam dan isu-isu semasa

Page 1: pemikiran islam dan isu-isu semasa

TAMADUN ISLAM

Page 2: pemikiran islam dan isu-isu semasa
Page 3: pemikiran islam dan isu-isu semasa

1.1 KEADILAN DALAM ISLAM

-Keadilan sebagai satu konsep terpenting dalam Islam.

-Maksud keadilan mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka:Adil:

Jujur,lurus, tak memihak mana-mana pihak. sepatutnya, selayaknya, sewajarnya saksama, tak berat sebelah benar

Page 4: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Keadilan: pengertian, taakul, kebolehan befikir dengan bijak, pertimbangan dengan teliti, kesaksamaan.2) kebenaran

Al Quran: An-Nahl:90 “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan membuat kebaikan”

As sunnah: Rasulullah bersabda sebagaimana katanya: “Sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri, akan aku potong tangannya.”

Page 5: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Dari Segi Pemerintahan Islam sangat-sangat menyuruh pemimpin berlaku adil

terhadap rakyat yang dipimpin mereka tanpa mengira agama, bangsa dan jantina. Orang bukan Islam yang bermastautin di Negara Islam wajib dipelihara darah dan hartanya sebagaimana orang Islam.

Harta kekayaan Negara juga wajib dibahagikan kepada semua rakyat tidak kira muslim atau tidak.

Page 6: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Dari Segi Perundangan Islam Hukuman Hudud

Konsep keadilan dalam jenayah hudud bukan saja memihak kepada mangsa jenayah tapi juga kepada penjenayah.

Contoh:1) Jenayah mencuri.Kepada mangsa: haknya terbela dan bagi bakal-bakal mangsa, hukuman potong tangan penjenayah boleh menenangkan hati bakal-bakal mangsa kerana penjenayah tidak akan melakukan jenayah tersebut lagi

Page 7: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Kepada penjenayah: hukuman hanya boleh dijatuhkan sekiranya jenayah yang dilakukan memenuhi syarat-syarat untuk disabitkan dengan jenayah tersebut. Misalnya barang yang dicuri mencapai had nilai tertentu dan barang yang dicuru diambil dari tempat simpanan.

2)-Jenayah berzina.Kepada penjenayah:-terdapat syarat-syarat yang agak ketat sebelum seorang penzina boleh disabitkan kesalahan zina antara syarat-syarat tersebut adalah mestilah ada 4 orang saksi yang melihat dengan jelas perbuatan tersebut dilakukan tanpa ada ragu sedikit pun.-Allah membezakan hukuman antara penzina yang sudah berkahwin dengan penzina yang masih bujang.

Page 8: pemikiran islam dan isu-isu semasa

3)-Jenayah menuduh wanita suci berzinaKepada mangsa: Islam menjaga maruah mangsa dan bakal mangsa dengan cara menghukum orang yang menyebar fitnah tanpa bukti.

4) Jenayah murtad.Kepada penjenayah: Orang yang murtad diberi peluang secukupnya untuk kembali kepada Islam dengan cara mewajibkan proses pentarbiahan kembali orang yang murtad tersebut.

5) Jenayah memberontak.Kepada penjenayah: Orang yang memerangi Negara juga diberi kesempatan untuk menjelaskan sebab utama mereka bertindak demikian.

Page 9: pemikiran islam dan isu-isu semasa

6) jenayah merompak dijalanan.hukuman untuk jenyah ini berbeza mengikut jenayah yang dilakukan dalam proses merompak.

7) Jenayah minum arakKepada Penjenayah: Sesetengah ulama’ berpendapat bahawa walaupun mulut peminum berbau arak tetapi tiada saksi yang melihat dia minum arak, dia tidak boleh dijatuhkan hukuman.

Hukuman Qisas -bunuh-mencederakan

Keluarga mangsa akan mendapat pampasan (diyah) sekiranya jenayah tersebut dilakukan secara tidak sengaja atau tanpa niat atau apabila keluarga mangsa memaafkan penjenayah tersebut.

Page 10: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Hukuman Ta’zir

Walaupun ada hukuman dibawah hudud dan qisas namun masih terdapat banyak jenayah yang memerlukan kuasa hakim untuk memutuskan hukuman.

Prosidur pensabitan kesalahan.

Dalam Islam, hanya penjenayah yang benar-benar dibuktikan bersalah sahaja yang akan dihukum. Penjenayah juga dibenar membela diri.

Page 11: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Undang-undang Faraid dan Wasiat

Dalam pembahagian harta pusaka, waris lelaki akan mendapat nisbah yang lebih besar iaitu 2/3 berbanding waris perempuan yang hanya mendapat 1/3.Sebab utama adalah kerana lelaki memikul tanggungjawab yang lebih besar berbanding wanita.Dalam undang-undang wasiat, Islam menetapkan had nilai harta yang boleh diwasiatkan iaitu hanya 1/3 daripada harta keseluruhan. Ini bagi menjaga hak waris yang masih hidup.

Page 12: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Undang-undang Keluarga Islam

Dalam undang-undang keluarga Islam, suami diberi hak untuk melafazkan talak, namun begitu isteri juga diberi hak untuk memohon cerai dengan cara tebus talak, ta’liq atau fasakh.

Page 13: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Islam menetapkan had aurat bagi wanita dan lelak bagi memelihara maruah dan bagi menjaga keharmonian sejagat.

Islam juga menggariskan had pergaulan lelaki dan perempuan bagi tujuan yang sama.

Page 14: pemikiran islam dan isu-isu semasa

1. Cemerlang - suatu tuntutan Islam.

2. Menekankan budaya itqan.

3. Meningkatkan kualiti secara berterusan – muhasabah dan hijrah.

4. Kecemerlangan secara kolektif – jamaah.

Page 15: pemikiran islam dan isu-isu semasa

KECEMERLANGAN MERUPAKAN TUNTUTAN AGAMA

قتلتهم ” فاذا شىء كل على األحسان كتب الله أنوليحد الذبحة فأحسنوا ذبحتم واذا القتلة فأحسنوا

ذبيحته وليرح شفرته “أحدكممسلم رواه

Allah menetapkan perlakuan ihsan atas semua perkara, jika kamu membunuh, maka perelokkan pembunuhan kamu dan jika kamu menyembelih maka perelokkan penyembelihan kamu, dan asahlah salah seorang dari kamu pisau, agar menenangkan binatang sembelihan.

Page 16: pemikiran islam dan isu-isu semasa

• MENUNAIKAN YANG WAJIB• MENYEMPURNAKAN YANG SUNAT• MENINGGALKAN YANG HARAM• MENJAUHI YANG MAKRUH• MENIMBANGTARA YANG HARUS

Page 17: pemikiran islam dan isu-isu semasa

JADILAH SEPERTI LEBAH

“Menggunakan sumber yang baik dan melahirkan perkara yang baik”

“ Menghasilkan madu yang banyak untuk kegunaan orang lain bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri”

Page 18: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Pengenalan Manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga

yang tertentu. Sebagai sebuah institusi sosial yang asas, keluarga mempunyai pengaruh dalam mewujud dan membentuk satu masyarakat penyayang di mana ahli-ahli komuniti berhubung rapat antara satu dengan lain secara kualitatif, bersimpati antara satu sama lain serta peka dan bertanggung jawab ke atas kesejahteraan dan keperluan ahli-ahlinya. Untuk mewujudkan suasana keluarga yang positif dan kondusif, tunjukkan kasih sayang dan wujudkan interaksi yang sihat di kalangan ahli keluarga.

Page 19: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Punca berlakunya keruntutan institusi kekeluargaan

1. Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba Pada umur 18 tahun kebawah mereka mumpunyai

perasaan ingin tahu yang kuat. Mereka akan ingin mencuba semua perkara yang

berlaku di sekeliling mereka. Ia akan menjadi sesuatu yang buruk jika tiada orang

membimbing mereka atau di pengaruhi kawan-kawan.

Ia akan membuat perkara tersebut tanpa memikirkan baik atau buruk perkara tersebut.

Page 20: pemikiran islam dan isu-isu semasa

2. Pengaruh Rakan Sebaya Kawan-kawan selalunya menjadi pembimbing atau

pengaruh untuk melakukan sesuatu yang buruk seperti mencuri, memukul orang dan sebagainya.

Umpamanya mereka lebih percaya rakan dan memahami mereka. Tetapi disebaliknya rakan tersebut akan mempengaruhi untuk melakukan keburukan.

3. Pengaruh Media Massa Ia juga menjadi punca utama anak-anak mengikut

gejala sosial yang buruk.

Page 21: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Tidak semua yang ditunjukkan adalah buruk tetapi ada segelintir rancangan menunjukkan tentang pergaulan bebas dalam kalangan remaja,program-program realiti dan rancangan yang bersifatkan hiburan semata-mata.

Umpamanya jenis pergaulan yang jauh ketimuran,cara berpakaian yang tidak sopan, dan gaya hidup mengikut cara barat.

Page 22: pemikiran islam dan isu-isu semasa

3.3 sebab berlakunya kejatuhan institusi kekeluargaan

1. Kemahiran berkomunikasi Seseorang itu sama ada komunikasi antara orang tua

dan ahli keluarga secara menerus atau tidak boleh mempengaruhi institusi kekeluargaan tersebut.

Kegagalan berkomunikasi akan menyekatkan pembentukan moral sebuah keluarga.

Komunikasi yang kurang lancar akan menyebabkan ketegangan.

Ketegangan akan menyebabkan berlakunya perbalahan dalam sesebuah keluarga, seperti contoh antara bapa dan anak yang bertelagah kerana hal yang kecil

Page 23: pemikiran islam dan isu-isu semasa

2. Kewibawaan dan Keteladanan Para ibu bapa tidak menunjuk teladan yang baik

kepada anak-anak Seperti ibu bapa sentiasa bergaduh dan mereka

tidak ambil peduli perasaan ank mereka. Ibu bapa juga tidak menasihati, mengingatkan dan

menegur kesilapan anak mereka dan sesama sendiri.

Tidak ada kewibawaan orang tua mengakibatkan kurang kepercayaan anak terhadap orang tua tersebut.

Page 24: pemikiran islam dan isu-isu semasa

3. Tiada sokongan moral Berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan di

sebabkan tiada sokongan moral di berikan kepada anak.

Seperti tidak mengambil kisah tentang anak dan tidak mengambil tahu tentang apa yang di lakukan oleh anak tersebut.

Tidak memberi pujian kepada anak jika mereka mendapat sesuatu keputusan yang baik dalam pelajaran.

Page 25: pemikiran islam dan isu-isu semasa

4. Kehidupan dan Suasana Selalunya keadaan ini berlaku jika berlaku

pergaduhan atau perbalahan dalam keluarga. Sebagai contoh jika ibu dan bapa bergaduh dalam

rumah tersebut akan mewujudkan suasana yang tidak aman dan tidak selesa terhadap si anak tersebut.

Ini akan menyebabkan si anak tersebut merasakan bahawa mereka ini tidak penting lagi dan berasa takut untuk duduk di rumah akan mendorong mereka kearah yang buruk.

Page 26: pemikiran islam dan isu-isu semasa

5. Tingkah Laku dan Tabiat Tingkah laku ibu bapa akan mendorong anak-anak

mengikut apa yang di lakukan oleh ibu bapa mereka seperti kata perpatah “Bapa borek anak rintik”.

Ibu bapa yang menunjukkan sikap yang buruk akan menyebabkan anak-anak melakukan perkara yang sama apa yang di lakukan oleh ibu bapa mereka.

Seperti contoh jika bapa tersebut meminum arak,mungkin pada suatu hari anak nya akan mengikut sikap bapanya yang suka minum arak jika tiada didikan agama yang betul.

Page 27: pemikiran islam dan isu-isu semasa

6. Pendidikan Agama Di sebabkan kekurangan agama oleh ibu bapa

tersebut yang menyebabkan berlaku kejatuhan sesebuah institusi kekeluargaan.

Mereka tidak dapat membezakan antara baik atau buruk dan mereka tidak tahu hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Semakin lemah pengetahuan agama ibubapa tersebut maka semakin kuat si anak untuk terjerumus dalam gejala sosial.

Page 28: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Cara mengatasi dari berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan1.Pendidikan Agamaibu bapa dalam menanamkan proses pelaziman pada anak-anak mereka berhubung dengan pendidikan agama dan moral.Sebagai contoh bahawa membiarkan anak kecil yang menggangu bapanya sedang solat. Ini adalah sifat yang murni kerana anak tersebut berada dalam sesuatu keadaan yang sedang berlakunya kearah nilai-nilai keislaman.Ini akan menyebab berlaku pengalaman rohani terhadap anak tersebut dan meniru apa yang bapanya lakukan.

Page 29: pemikiran islam dan isu-isu semasa

2. Kekuatan ilmu Ilmulah yang akan mempertingkatkan kualiti

kehidupan berkeluarga sebab dengan ilmu seseorang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, yang canggih dengan yang primitif, penawar atau propaganda, bermanfaat atau berbahaya.

Oleh itu setiap ibu bapa perlu memperoleh ilmu tentang ciri-ciri keluarga bahagia, ilmu pengurusan keluarga, fungsi keluarga, matlamat dan kaedah pemeliharaan anak, kaedah pendidikan kanak-kanak, corak kawalan dan disiplin keluarga.

Page 30: pemikiran islam dan isu-isu semasa

3. Kemahiran komunikasi Satu punca utama tidak ada hubungan yang baik di

dalam keluarga adalah kerana kegagalan ahli keluarga untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan.

Semasa berkomunikasi, kita perlu menyampaikan mesej secara terus terang.

Untuk menjadi pengucap yang berkesan, seseorang itu perlu memahami diri sendiri, memahami pendengar, dan memahami konteks komunikasi itu dibuat.

Gunakan bahasa atau perkataan yang positif dan baik apabila berbicara dengan anak-anak atau sesama ahli keluarga.

Page 31: pemikiran islam dan isu-isu semasa

4. Keterampilan Pengurusan Falsafah pengurusan keluarga mestilah dibentuk

berasaskan ciri-ciri yang positif seperti nilai murni, pintar cerdas, dan kebijaksanaan bertindak.

Amalan “ cakap tidak serupa bikin” atau “ seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul” boleh melemahkan kebolehan ibu atau bapa untuk menguruskan keluarga dengan berkesan.

Keluarga perlu dibina di atas dasar amal makruf iaitu pergaulan dan kehidupan bersama secara rukun dan damai, toleransi, sabar, sentiasa memberi kemaafan dan tabah menghadapi cabaran hidup.

Page 32: pemikiran islam dan isu-isu semasa

5. Kecekapan Perbelanjaan Pembentukan perhubungan keluarga yang baik

juga perlulah tidak segan untuk membincang secara terbuka tentang sumber kewangan dan cara penggunaan wang dalam keluarga.

Tabiat dan gelagat suami, isteri, atau anak-anak dalam perbelanjaan wang perlu diawasi kerana tabiat boros memberi kesan negatif kepada kesejahteraan keluarga.

Jika tidak ada perkongsian dan persetujuan tentang bagaimana wang patut digunakan, semangat kemesraan dalam keluarga akan terjejas.

Page 33: pemikiran islam dan isu-isu semasa

6. Aktiviti Keluarga Ibu bapa perlu menentukan keutamaan dalam

aktiviti hidup dan menetapkan masa yang khusus untuk aktiviti bersama- sama keluarga.

Perancangan bagi menggunakan masa lapang perlu dibuat secara bersama-sama tanpa mengongkong matlamat dan keputusan.

Perhubungan antara ahli keluarga akan menjadi bertambah baik dan erat sekiranya terdapat masa yang khusus bagi mereka melibatkan diri secara bersama-sama dalam kegiatan rekreasi atau riadah.

Kegiatan rekreasi yang menyeronokkan dapat mengurangkan salah faham dan ketegangan yang mungkin timbul antara ahli keluarga.

Page 34: pemikiran islam dan isu-isu semasa

7. Pentadbiran Keluarga Di bawah kepimpinan bapa, ahli keluarga

menentukan tugas dalam keluarga dan membentuk rancangan bagi melaksanakan tugas tersebut.

Setiap ahli dalam keluarga memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing ke arah mewujudkan perhubungan yang baik.

Jadikan tabiat sentiasa belajar daripada kesalahan membolehkan ahli keluarga menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan.

Page 35: pemikiran islam dan isu-isu semasa

8. Kasih Sayang dan Hormat Menghormati Yakini ‘Keluargaku Syurgaku’. Terapkan slogan ini

dalam pemikiran setiap ahli keluarga. Perasaan cinta, kasih dan sayang antara satu sama lain akan terjalin dengan sendiri jika slogan ini diamalkan dalam keluarga.

Ibu bapa sendiri dahulu perlu membentuk budi pekerti yang baik akhirnya akan menyebabkan anak-anak akan menghormati antara satu dengan yang lain kerana anak-anak mudah terpengaruh dengan tingkah laku mereka.

Page 36: pemikiran islam dan isu-isu semasa
Page 37: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.”

Dalam pengertian sosiologi pula, rasuah dianggap sebagai suatu perlakuan yang bertentangan atau menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik.

Page 38: pemikiran islam dan isu-isu semasa
Page 39: pemikiran islam dan isu-isu semasa

PECAH AMANAH Pecah amanah bermaksud seseorang yang menyalahgunakan kepercayaan

dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya untuk kepentingan peribadinya ataupun orang lain yang ada hubungan dengannya. Contohnya seperti pegawai-pegawai yang sanggup melakukan bermacam-macam aktiviti yang tidak beretika kerana lebih mengutamakan arahan ketua daripada undang-undang kerajaan.

PENIPUAN Penipuan bermaksud suatu perbuatan curang atau dalam bentuk kata-kata

dusta dengan tujuan untuk memperdaya orang lain. Contohnya , seorang pegawai yang menipu ketuanya dengan tujuan untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan tertentu dalam organisasinya.

Page 40: pemikiran islam dan isu-isu semasa

SALAHGUNA KUASA Salahguna kuasa pula bermaksud seseorang yang menggunakan kedudukan dan

pangkat yang ada padanya untuk kepentingan peribadi. Perbuatan ini dilakukan oleh golongan yang mempunyai pangkat dan pengaruh dalam sesebuah organisasi. Contohnya, seseorang pegawai yang meluluskan kontrak kepada pihak-pihak tertentu dan menerima wang atau keistimewaan-keistimewaan tertentu sebagai balasannya.

POLITIK WANG Politik wang pula bermaksud pemberian sogokan ( rasuah ) dalam konteks

politik dalam bentuk wang ringgit, lesen, tender, saham, kemudahan istimewa, jawatan, percutian dan sebagainya.

Page 41: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Faktor Kelemahan Individu  Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan rasmi. Perasaan tamak untuk membuat harta dan cepat kaya. Sikap suka berjudi dan berhutang serta boros.

Faktor Sosial dan Kebudayaan  Kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika . Keadaan masyarakat yang buta huruf. Amalan tradisi seperti pemberian ang-pow dan buah tangan. Keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi kemudahan yang sedia ada

seperti penambahan aksesori kenderaan yang berlebihan dan sering melancong.

 

Page 42: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Faktor Kepimpinan dan Pentadbiran  Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi Melambatkan-lambatkan urusan pejabat Terlampau banyak penurunan kuasa

Faktor Pembangunan Ekonomi dan Modenisasi  Perlaksanaan projek-projek pembangunan tanpa kawalan Tekanan modesasi untuk hidup berlumba-lumba.

Faktor Politik  Mencari kekayaan melalui politik Menyalahgunakan kuasa.

Page 43: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa memberi pelbagai kesan. Antara kesan-kesan yang dikenalpasti ialah :  

Ketidakadilan Sosial Jenayah rasuah juga secara jelas mengakibatkan ketidakadilan sosial, yang

mana berlaku penindasan ke atas golongan miskin dan menafikan hak golongan tertentu. Mereka yang miskin dan tidak berpengaruh akan lebih tertindas kerana tidak mampu membuat bayaran rasuah dan dinafikan hak-hak mereka sebagai warganegara.

Meninggikan kos hidup   Para peniaga yang memberikan rasuah terpaksa meninggikan harga barangan

dan perkhidmatan bagi menampung kos tambahan ini. Ini boleh menyebabkan inflasi dan kos hidup meningkat.

Page 44: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Membahayakan nyawa Pemaju dan kontraktor yang memberi sogokan kepada mereka

yang terlibat terpaksa mengurangkan kualiti bahan binaan dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan bangunan atau jalan raya yang boleh membahayakan nyawa orang ramai.

  Mengancam keselamatan negara Membocorkan rahsia kerajaan, penjualan senjata api secara

haram, membiarkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin kerana menerima rasuah boleh mengancam keselamatan negara.

Kelemahan Penguatkuasaan Undang-undang   Kerana rasuah, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang

dilaksanakan secara tidak adil dan pilih kasih yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak mampu memberi sogokan.

Page 45: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Langkah-langkah membendung gejala Rasuah :

Memantapkan lagi pendidikan agama dan moral di dalam institusi keluarga, sekolah dan masyarakat.

Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas. Mengadakan kempen-kempen kesedaran melalui seluruh media masa

dan jentera pentadbiran Negara. Menghidupkan budaya nasihat-menasihati dan tegur-menegur.

Page 46: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Ciri Rasuah Yang Unik Perbuatan rasuah merupakan suatu perlakuan jenayah yang unik kerana dalam

kebanyakan keadaan pelaku dan mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang berkepentingan (interested party). Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah sukar dikesan.

Faham Materialistik Yang Semakin Menebal Terlalu menumpukan perhatian terhadap pembangunan dan mengutamakan

keuntungan dan kurang memberi perhatian kepada aspek-aspek nilai muni, kawalan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

  Pegangan Agama / Nilai Murni Semakin Longgar Tekanan hidup untuk berlumba-lumba mengumpul kekayaan daripada

pembangunan yang pesat menyebabkan manusia lupa daratan dan melihat agama dan nilai murni tidak releven lagi dan lama kelamaan sensitiviti terhadap ajaran agama dan nilai murni semakin kurang.

Page 47: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Ikatan Sosial Yang Rapuh Hubungan sesama individu lebih bersifat materialistik atau ukuran benda,

kepentingan perniagaan dan kekayaan. Hubungan kejiranan semakin renggang, rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang tiada hubungan sudah malap. Makan tindakan yang diambil tidak diambil hirau risikonya kepada orang lain, persekitaran, masa depan bangsa, agama dan negara.

  Penguatkuasaan Undang-Undang Terbatas Ciri rasuah yang unik menyukarkan mereka yang melakukan jenayah

rasuah di bawa ke pengadilan. Jika pun dibawa, masalah-masalah lain pula yang timbul seperti saksi enggan bekerjasama, keterangan tidak mencukupi dan seumpamanya.

  Iltizam Kepimpinan Yang Lemah Tidak ramai pemimpin yang sanggup bercakap melarang pengikut dari

amalan rasuah. apatah lagi untuk bergiat aktif mencegah jenayah rasuah. Mungkin kerana kurang kredibiliti atau takut dipulaukan. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kepimpinan jabatan atau organisasi kerajaan sahaja tapi juga dikalangan pimpinan NGO dan kepimpinan Politik negara.

 

Page 48: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Keazaman untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam kancah rasuah dan penyelewengan diri hendaklah sentiasa ada dalam setiap diri individu samada ia seorang pekerja biasa atau pemimpin dalam sesebuah jabatan. Bagi maksud ini renungilah petikan-petikan berikut:-

 Allah s.w.t. berfirman:  “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati

(amanah) Allah dan rasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).”

Surah Al-Anfal ayat 27

Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Manusia yang paling dukacita (kerana azab) dihari Kiamat ialah

seseorang yang berusaha mencari harta (kekayaan) secara tidak halal, maka harta itu akan membawanya ke Neraka.”

(Riwayat al-Bukhari)

Page 49: pemikiran islam dan isu-isu semasa
Page 50: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Salah satu tanda kekuasaan Allah S.W.T. ialah kejadian alam dan isi kandungannya.

Alam yang dijadikan oleh Allah S.W.T. ini adalah untuk memudahkan manusia menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna.

Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan.

Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.

Page 51: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Kerosakan alam sekitar pada masa kini telah menjadi perkara biasa.

Antara kerosakan yang berlaku pada alam sekitar ialah tanah runtuh, tanah jerlus, pencemaran air, kepanasan yang melampau, dan sebagainya.

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. menyatakan bahawa kemusnahan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah berpunca daripada tangan manusia sendiri. Firman Allah S.W.T.:(Surah Ar-Ftum: Ayat 41) Maksudnya: Telah berlaku pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.

Page 52: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Pencemaran Udara Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah. berbahaya

yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan lain.

Antara punca berlakunya pencemaran udara ialah: Asap daripada ekzos kenderaan bermotor yang mengandung karbon

monoksida yang membahayakan kesihatan. Asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang. Debu yang berpunca daripada kilang papan, kawasan pembinaan, dan

sebagainya. Pembakaran sampah sarap secara terbuka. Asap daripada rokok.

Page 53: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Pencemaran Air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku pada

kandungan, keadaan, dan warna air sehingga tidak lagi selamat untuk hidupan air dan kegunaan manusia.

Pencemaran air memberikan kesan negatif kepada manusia sekiranya digunakan.

Antara punca berlakunya pencemaran air ialah: Kesan daripada bahan buangan kilang-kilang seperti bahan kimia,

cat, sisa-sisa logam, minyak, dan sebagainya yang dibuang ke dalam sungai.

Pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan harian ke dalam air seperti parit dan sungai.

Penerokaan hutan yang berleluasa menyebabkan berlakunya hakisan tanah, tanah runtuh, dan sebagainya.

Page 54: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Pencemaran Tanah Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang dilakukan terhadap

sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan, dan hakisan tanah.

Antara punca berlaku pencemaran tanah ialah: Pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal daripada kilang dan

sebagainya. Pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat. Penggunaan racun serangga secara berlebih.

Page 55: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi bermaksud bunyi yang berlebih sehingga

mengganggu keselesaan hidup. Bunyi bising yang negatif biasanya melebihi 80 desibel (dB).

Antara punca berlakunya pencemaran bunyi ialah: Bunyi kenderaan berenjin seperti kapal terbang, kereta api, dan lori. Bunyi mesin dan jentera daripada kilang. Bunyi daripada kuari pemecah batu dan enjin gerudi. Bunyi daripada kerja-kerja pembinaan.  

Page 56: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Pencemaran dan kerosakan alam yang berlaku boleh diatasi dengan melakukan perkara berikut:

a. Menanam kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya alam sekitar kepada kehidupan.

b. Menyediakan kemudahan dan mekanisma yang dapat membantu orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam seperti menyediakan tong sampah dan sebagainya.

c. Mendedahkan masyarakat tentang cara menjaga alam sekitar. d. Mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan

kampung, taman perumahan, dan sebagainya. e. Penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan

hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan pencemaran.

Page 57: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan.

Sekiranya alam ini tidak dipelihara dengan baik, kehidupan kita akan diselubungi dengan bencana alam dan keindahan yang selama ini kita nikmati akan musnah.

Pengabaian kepada alam sekitar juga menyebabkan kita mudah diserang penyakit dan wabak yang berbahaya.

Page 58: pemikiran islam dan isu-isu semasa
Page 59: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia samada asli atau tiruan,apabiladimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik,dihidu,dihisap atau dimakanboleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Dadah juga adalah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit,mengurangkan simtom atau mengubahsuai proses didalam badan untuk tujuantujuan tertentu.

Perkataan drug dipinjam daripada bahasa Inggeris. Perkataan drug lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan(iaitu ubat),manakala perkataan dadah membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.

Page 60: pemikiran islam dan isu-isu semasa
Page 61: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Nama/BentukCARA

PENGAMBILANTANDA

PENGAMBILANKESAN

PENGAMBILAN

Candu Asli Dihisap denganpaip,telan, makan

Khayal- halusinasi,Euforia - kesugulan,pemikiran/pertimbangan kurang

Mengantuk, badanmenjadi lemah,mengalami gangguanjiwaKetagihan,kelemahanfizikal danmental

MorfinDicairkan,Disuntik kedalampembuluh darahdengan jarumsuntikan.

Pergerakan tidakseimbang,tindakblslambat, mata hitammengecil, hidungberair, mual/muntah,hilang selera makan

Rasa resah, ciritbirit, sakit perut,rasa sejuk, berpeluhHIV/AIDS,gangguan jiwa,lebih dose,mati

Page 62: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Heroin /Kodein

Masuk dalamrokok,dihisap,chasingthe dragon,disuntik, dicairDiminum dlm ubatbatuk

Muka jadi merah, matahitam menjadi kecil,tiada pertimbangan&selera makan,hyperaktif,bertambah risau,terlalu sensitif,tekanan darah, suhubadan, mengalamiemosi yang negatif

Tanggapan kabur,tidak dapat fokusdan pengguna akanmenjadi tidak sedar,bingung/ berkelakuanseperti orang mabuk,Ambil berlebihankekejanganHepatitis,Kancing gigi,Keracunandarah, HIV /AIDS. Mati

Page 63: pemikiran islam dan isu-isu semasa

NAMA/BENTUK

CARAPENGAMBILA

N

TANDAPENGAMBILA

N

KESAN PENGAMBILA

N

GanjaHashishMarijuana -Ganja merujukkepada bahagiandaun dan pucukberbunga pokokkanabis yangmenyerupaitembakau .

Dihisap dalamrokok dandikunyah,dicampur dalammakanan sepertinasi dan biskut

Khayal,sugul/kecewa,tindakbalaskelakuanberubah macammabuk, bilaberdepandengan rasacemas dantakut, matamerah, tidakboleh tidur,sakit perut,hilang seleraMakan

Pergantungan,ketagihan,tekanan jiwa,halusinasi,bertambahselera makan,pergerakan tidakagresifPeribadi merosot dankadang kala sakitotak akan menyerangsekiranya penyalahgunaanberpanjangan.

Page 64: pemikiran islam dan isu-isu semasa

NAMA/BENTUK

CARAPENGAMBILA

N

TANDAPENGAMBILA

N

KESAN PENGAMBILA

N

Gam, ubatnyamuk,minyakpetrol, catcair,thiner,cecairpemetikapi, sprayrambut,krimpencuci

Dihidu melaluihidung.Nota :Kebanyakanpengambilan inidilakukan olehremaja dan belia

Bertindak diatas sistemsaraf pusat,khayal, halusinasi

Loya, bersin,hidungberdarah,letih tidakbertenaga,hilang seleramakan, tubuhmengeletar,Susut beratbadan,pendarahandalam otak,hapetitis B,sistem saraftunjang rosak,ganguan paruparudan saluranpenafasan, mati.

Page 65: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Menurut kajian oleh Dr Abdullah Al-Hadi dari Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pertanian Malaysia melalui kajiannya’ Family Factors And Youth Involvement in Drug Abuse Behavior; A Comparative Study Between Drug Abusers and Non Drug Abusers in Peninsular Malaysia” (1992) terdapat tiga aspek kekekurangan iaitu:

Komunikasi antara ibu bapa dan anak Asuhan ibu bapa kepada anak dan Keterlibatan ahli keluarga dalam perilaku penyalahgunaan dadah.

Mengikut kajian pakar perubatan dan pakar yang membuat penyeklidikan serta penagih –penagih dadah dan mereka yang menyalahgunakan dadah faktor – faktor yang membawa kepada penyalahgunaan dadah pula seperti berikut:

Ingin mengetahuai dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.

Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya dadah tersebut.

Page 66: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Dipengaruhi oleh rakan-rakan dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.

Mencari kententeram jiwa kerana terlibat sesuatu masalah dalam kehidupan

Tidak menggunakan masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Mengikut kehendak hati muda. Rumahtangga yang tidak bahagia. Tidak ada kemesraan dalam hubungan ibu bapa dan anak-anak. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada

kemampuan. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar untuk

menjalankan pengaruhnya. Kurang pengetahuan agama dan penghayatan nilai-nilai murni dalam

agama. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang di derita

Page 67: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Adanya perubahan atau kemerosotan kehadiran atau prestasi mutu kerja,hasil kerja dan disiplin di sekolah atau tempat kerja.

Marah-marah atau meradang tidak tentu sebab. Turun berat badan dan selalu menguap dan tidak bermaya. Hilang selera makan atau selera bertambah. Permukaan mata berkaca,cengkung,mata berair dan kuyu. Apabila bercakap tidak bertentang mata. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri,tidak ceria ,muka menjadi pucat. Parut atau bekas suntikan di lengan. Diri menjadi tidak terurus dan malas mandi dan malas gosok gigi. Hujung kuku dan jari menjadi kekuningan atau kemerahan.

Page 68: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Penagih memerlukan rawatan yang merangkumi aspek mental,rohani dan jasmani. Mengikut Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) Map Training and Consultancy menggunakan pendekatan yang mengambungkan perubatan tradisional.perawatan Islam dan psikologi moden melalui tiga cara iaitu :

Rawatan Jasmani: Pelatih akan diberi minum campuran herba tradisional yang dirumus khas

untuk membuang keracunan dadah. Pelatih seterusnya dimandikan dan diberikan urutan badan . Urutan badan perlu untukmembetulkan semula urat saraf,melancarkan perjalanan darah,membuang angin-angin dalam badan dan menguatkan kembali otot-otot badan.

Page 69: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Rawatan Rohani: Pelatih diajar kembali tentang hakikat hidup sebagai seorang Islam dan

tujuan dijadikan Khalifah Allah di bumi ini. Pelatih terlebih dahulu disyadahkan kembali sebab sepanjang tempoh penagihan mungkin syadatain mereka batal,sama ada secara sedar atau tidak. Disamping itu pelatih juga diberikan zikirzikir khusus untuk menguatkan hati dan mentauhidkan Allah s.w.t. dengan sungguh-sungguh.

Rawatan Minda: Rawatan ini adalah satu cara rawatan yang paling sukar kerana ia

melibatkan perasaan rindu dan ingatan yang begitu mencengkam terhadap dadah. Tetapi dengan menggunakan pelaziman minda,rawatan ini dapat membaik pulih ingatan penagih agar sebarang ingatan tidak lagi menarik mereka kembali menagih.

Penagih disarankan mengambil Methadone dalam bentuk cecair setiap hari untuk mengawal ketagihan dan ini lebih kurang sama dengan bagaimana kita mengawal penyait lain pada tubuh sebagai contoh diabetis.

Page 70: pemikiran islam dan isu-isu semasa
Page 71: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.

AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh). Ini kerana kuman HIV telah memusnahkan sel T CD4+ yang bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria, virus dan lain-lain. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. Dengan kegagalan sistem imun, pesakit AIDS lebih mudah terdedah kepada:

1. Pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang normal.2. Beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku.

Page 72: pemikiran islam dan isu-isu semasa

HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah putih di dalam badan (sel T CD4+). Dalam keadaan normal, sel-sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Apabila HIV telah menyerang badan seseorang, sel-sel ini tidak lagi mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kerana telah dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh HIV. Ini bermaksud bahawa HIV akan turut memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk melawan penyakit.

Sebenarnya AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa :

Fasa 1 - bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu

Page 73: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Fasa 2 - di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang tertentu

Fasa 3 - membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisma pertahanan tubuh.

Fasa 4 - pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar 'infeksi oportunistik' seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi.

Fasa 5 - pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain.

Page 74: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti.

HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang telah dijangkiti kepada orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-bendalir tubuh seperti:

1. Darah2. Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)3. Rembesan faraj4. Susu badan

Page 75: pemikiran islam dan isu-isu semasa

AIDS merebak terutamanya melalui darah, semen (air mani) dan rembesan faraj mereka yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak dari ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.

Berdasarkan fakta di atas, aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti berikut:

1. Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina.

2. Melakukan hubungan seks dengan pelacur.

3. Berkongsi jarum dan di kalangan penagih dadah.

Page 76: pemikiran islam dan isu-isu semasa

4. Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (cth : memakai kondom) bersama-sama individu yang telah dijangkiti.

5. Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke dalam sistem peredaran darah orang lain.

6. Daripada ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung.

7. Daripada organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya seperti melalui pemindahan organ).

Page 77: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan :

1. Berpegangan tangan.

2. Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak.

3. Berjabat tangan.

4. Bekerja bersama.

5. Bermain.

6. Ciuman ringan. 7. Berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam

mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk.

Page 78: pemikiran islam dan isu-isu semasa

8.Menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah

steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan

untuk menderma darah.

9. Proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di

Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah

bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap

jangkitan virus AIDS.

10. Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus

AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.

Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS.

Page 79: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

1. Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya

2. Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan

3. Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan

4. Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.

Page 80: pemikiran islam dan isu-isu semasa

5. Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit.

6. Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).

7. Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.

Page 81: pemikiran islam dan isu-isu semasa

Apkah maksud budaya itqan Apakah contoh-contoh pengamalan konsep

Keadilan sosial yang terdapat di Malaysia? Serta, apakah kesan positif dan juga kesan negatif disebabkan oleh konsep keadilan sosial ini?.

Pada pandangan anda berikan sebab mengapa sekarang terlalu ramai terjebak dalam keruntuhan akhlak?

Page 82: pemikiran islam dan isu-isu semasa

SEKIAN TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN

ANDA…