Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

16
Pemikiran Muhammad al-Ghazali Dalam Aspek Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah Syeikh Muhammad al-Ghazali merupakan seorang tokoh pemikiran Islam dan  juga terkenal sebagai seorang pendakwah yang telah menghabiskan hidupnya demi membela Islam. Kedudukannya boleh dianggap sebaris dengan tokoh pemikir Islam semasa lain seperti Dr. Yusuf al-Qardawi, Abu Hasan Ali al-Nadwi dan lain-lain. Latar Belakang al-Ghazali Syeikh Muhammad al-Ghazali al-Saqqa dilahirkan pada 22hb September 1917 M di ka mpun g “Nakla al-‘Inab” daerah Buhaira di ne ge ri Mesir. Beliau dibesarkan dalam kalangan kelu arga yang berp egan g teguh dengan ajar an agama dan dididik menghafaz al-Quran sejak kecil dan berjaya menamatkan hafazan al-Quran ketika berusia 10 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal dan mene ng ah di Kole j Aga ma Iskandariah , Mesir dan mey ambun g pelajarannya di peringkat tinggi di Universiti al-Azhar pada tahun 1937 dalam bidang Dakwah dan Bahasa Arab (al-Muslimun. November 1981. 2). Kemudian beliau menyandang tugas sebagai pendidik dan pensyarah di universiti berkenaan. Beberapa tahun kemudian, al-Ghazali menerima gelaran Profesor dari Universiti al-Azhar dan pernah dianugerahkan Award al-Malik Faisal demi mengenang kecemerlan gannya dalam bidang akademik dan dakwah. Anugerah kewangan yg diterima daripada Award ini telah dilaburkan untuk memperbes ar perpustakaan di rumahnya untuk kemudahan rujukan pakar dan para ilmuan. Syeikh Muhammad al-Ghazali bukan sahaja melibatkan diri dengan pendidikan, malah beliau juga menampakkan minat dalam bidang pentadbiran. Ini terbukti apabila beliau menyandang jawatan Mudir al-Dakwah wa al-Masajid (Pengarah Dakwah dan Masj id) di Wizarah al-A uqaf (K ementerian Waqaf), Mesir. Bersesuaian denga n tu ga snya ini, beliau sering menja di imam dan menyampaikan khutbah Jumaat di mas jid terkenal di Mesir seperti Mas jid

Transcript of Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 1/16

Pemikiran Muhammad al-Ghazali Dalam Aspek Pendidikan al-Quran

dan al-Sunnah

Syeikh Muhammad al-Ghazali merupakan seorang tokoh pemikiran Islam dan juga terkenal sebagai seorang pendakwah yang telah menghabiskan hidupnya

demi membela Islam. Kedudukannya boleh dianggap sebaris dengan tokoh

pemikir Islam semasa lain seperti Dr. Yusuf al-Qardawi, Abu Hasan Ali al-Nadwi

dan lain-lain.

Latar Belakang al-Ghazali

Syeikh Muhammad al-Ghazali al-Saqqa dilahirkan pada 22hb September 1917

M di kampung “Nakla al-‘Inab” daerah Buhaira di negeri Mesir. Beliau

dibesarkan dalam kalangan keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran

agama dan dididik menghafaz al-Quran sejak kecil dan berjaya menamatkan

hafazan al-Quran ketika berusia 10 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal

dan menengah di Kolej Agama Iskandariah, Mesir dan meyambung

pelajarannya di peringkat tinggi di Universiti al-Azhar pada tahun 1937 dalam

bidang Dakwah dan Bahasa Arab (al-Muslimun. November 1981. 2). Kemudian

beliau menyandang tugas sebagai pendidik dan pensyarah di universiti

berkenaan. Beberapa tahun kemudian, al-Ghazali menerima gelaran Profesor

dari Universiti al-Azhar dan pernah dianugerahkan Award al-Malik Faisal demi

mengenang kecemerlangannya dalam bidang akademik dan dakwah. Anugerah

kewangan yg diterima daripada Award ini telah dilaburkan untuk memperbesar

perpustakaan di rumahnya untuk kemudahan rujukan pakar dan para ilmuan.

Syeikh Muhammad al-Ghazali bukan sahaja melibatkan diri dengan pendidikan,

malah beliau juga menampakkan minat dalam bidang pentadbiran. Ini terbukti

apabila beliau menyandang jawatan Mudir al-Dakwah wa al-Masajid (Pengarah

Dakwah dan Masjid) di Wizarah al-Auqaf (Kementerian Waqaf), Mesir.

Bersesuaian dengan tugasnya ini, beliau sering menjadi imam dan

menyampaikan khutbah Jumaat di masjid terkenal di Mesir seperti Masjid

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 2/16

Amru ibn al-‘As, Masjid al-‘Atabah al-Khadra’ dan Masjid al-Azhar. Pemikiran al-

Ghazali banyak persamaannya dengan corak pemikiran Syeikh Hasan al-

Banna, pengasas gerakan Ikhwan al-Muslimin. Hal ini adalah kerana beliau

merupakan antara tokoh utama gerakan ini sejak zaman awal penubuhannyadan mempunyai kedudukan yang sangat rapat dengan al-Banna sendiri.

Namun sejak pada awal tahun lima puluhan beliau terpaksa berpisah dengan

pertubuhan itu dan terus menjadi seorang pendakwah bebas tanpa terikat

dengan mana-mana pertubuhan (kaifa nata’mal ma al-Quran). Beliau juga

pernah menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan tampok pemerintahan

Mesir pada ketika itu, pernah mengkritik sikap ulama-ulama al-Azhar dan tidak

menyetujui beberapa pendirian aliran al-Wahabi. Natijah krisis beliau dengan

pemerintah, beliau telah dipenjarakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1948

dan 1965 (al-Muslimun . November 1981 . 1). Beliau juga ditukarkan

berkhidmat di beberapa buah universiti seperti Universiti Um al-Qura dan

Qatar di Arab Saudi dan ke salah sebuah universiti di Algeria. Pemindahan ini

diistilahkan oleh al-Ghazali sendiri sebagai pembuangan negeri secara

terhormat. Setelah beberapa ketika berada di luar negara, beliau kembali

semula bertugas di Universiti al-Azhar. Ketika usia beliau melewati akhir tujuh

puluhan, al-Ghazali masih menonjolkan kewibawaan dirinya sebagai ilmuan

Islam yang aktif, malah menjadi salah seorang pakar rujukan ulama’ di

International Institute of Islamic Thought, Cairo (IIIT).

Gaya Penulisannya

Sebagai insan yang mencintai hikmah dan pengetahuan, al-Ghazali telah

bergelung dengan lautan ilmu sejak berusia dua puluhan lagi. Di samping

menyebarkan ilmu pengetahuan secara praktikal melalui khutbah dan syarahan

secara formal di kuliah-kuliah universiti, beliau menumpukan masa dalam

bidang penulisan dan menjadikannya sebagai method penyebaran maklumat

yang paling kukuh dan tepat kepada umum serta kekal walaupun beliau sudah

tiada lagi.

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 3/16

Penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh beliau merupakan satu bentuk

persembahan penyelidikan dan analisis data yang lengkap dan padat. Hampir

kesemua buku yang dikarang oleh al-Ghazali tidak menggunakan method yang

biasa digunakan oleh kebanyakan pengarang lain iaitu penyataan sumberrujukan sama ada dalam bentuk nota kaki atau lain-lain. Sumber rujukan

hanya dinyatakan apabila beliau menugilkan ayat-ayat al-Quran di dalam

penulisannya.

Selain daripada itu, sekiranya ditinjau kepada uslub atau gaya penulisan al-

Ghazali, ternyata beliau ialah seorang yang berjiwa sensitif, menghalusi dan

penuh kesedaran.Gaya bahasanya dicernakan dengan uslub balaghah yang

halus, mendalam dan tepat. Sesekali terbit juga penyataan pendirian beliau

dengan uslub yang lantang dan tegas. Sesuatu peristiwa dan masalah yang

cuba dikupas di dalam penulisannya, diukur menurut kaca mata al-Quran dan

al-Sunnah (al-Muslimun, November 1981 . 2). Hal ini bukan sahaja

membuatkan jalinan fakta dan argumen beliau senang diikuti dan difahami

malah ia meninggalkan kesan kejiwaan yang mendalam. Semangat atau roh

keislaman yang ditiupkan menerusi penulisannya mengikat kecenderungan

pembaca dan membantu meningkatkan penghayatan kita tentang hakikat

Islam.

Pemikiran al-Ghazali Tentang al-Quran

Al-Quran al-Karim adalah satu-satunya wahyu yang masih ada hingga kini. Ia

merupakan kitab yang tidah pernah tercampur dengan kebatilan dari mana

pun datangnya. Apabila kita mengkaji maksud-maksud yang ada di dalam al-

Quran, seakan-akan kita mengkaji secara langsung apa yang disabdakan oleh

para rasul terdahulu. Misalnya, iman kepada Allah dan pengamalnya. Tetapi

menurut al-Ghazali, sikap Muslim terhadap al-Quran yang mereka muliakan

nampaknya telah rosak. Sehingga pada beberapa abad kebelakangan ini, al-

Quran dan risalah Islam tidak ubahnya seperti sungai yang kekeringan atau

padang pasir yang tandus dan gersang. Oleh itu, menurut al-Ghazali lagi,

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 4/16

sebagai umat yang dipilih Allah s.w.t., sudah semestinya umat Islam

menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup dan mengamalkannya secara

aktif. Bukan sebaliknya, pasif dan membisu, sebagaimana orang-orang

  jahiliyyah dahulu yang menutup telinganya terhadap al-Quran. Beliau amatmenyesali sikap umat Islam kini dan menganggapnya sama dengan sikap

masyarakat jahiliyyah dahulu. Umat Islam sekarang mendengar ayat-ayat al-

Quran dengan tenang, tanpa sebarang reaksi, hanya dengar dan diam. Akal

mereka seolah-olah beku dan panca indera mereka sudah berfungsi lagi

seolah-olah al-Quran berbicara dengan mereka dari tempat yang sangat jauh.

Disamping itu, kita juga sangat sukar untuk mencari orang yang benar-benarberpegang pada al-Quran. Akibatnya kebudayaan yang dihasilkan pun tidak

mempunyai dasar yang jelas dan identitinya pun tidak dapat dipegangi.

Bahkan budaya import yang tidak bermanfaat dijadikannya sebagai identiti diri

atau fesyen yang sesuai dengan trend zaman dan menjadi kebanggaannya.

Mennurut al-Ghazali, al-Quran adalah sumber ilmu dan panduan hidup yang

utama bagi umat Islam. Persoalannya, apakah umat Islam hari ini sudah dekat

dengan al-Quran dan menjadikannya sebagai sumber pergerakan dan

penerang kehidupan? Dengan kata lain, bagaimanakah kita dapat membangun

metadologi pemahaman al-Quran serta menjadikannya sebagai teman

berdialog dalam kehidupan, sekali gus sebagai nilai tambah dalam tambah

dalam kehidupan umat Islam sekarang ini sesuai dengan fungsi al-Quran

sebagai nas yang kekal sepanjang masa dan rujukan utama umat Islam.

Melalui tulisannya yang berjudul “Kaifa Mata’mal Ma’a al-Quran”, al-Ghazali

menyebut bahawa umat Islam pada hari ini lebih mementingkan bacaan

dengan segala kaedah bacaan al-Quran, ilmu tajwid, dan terpaku pada hafazan

teks-teks al-Quran semata-mata daripada berusaha memahaminya dengan

baik. “Ini bertentangan sekali”, kata beliau dengan konsep ‘membaca’ yang

sepatutnya bererti memahami dengan secara sedar segala isi kandungan

bahan yang dibaca itu. Kata beliau:

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 5/16

 “Saya tidak faham mengapa umat Islam memisahkan antara ‘membaca’ dan

  ‘memahami’ sehingga kepada peringkat melakukan pembacaan semata-mata

untuk memperoleh berkat dengan semata-mata menyebut perkataan tanpa

menyedari erti dan tujuan ayat-ayat berkenaan” (al-Sunnah al-Nabawiyahbaina ahli Fiqh wa ahli al-Hadith 1989 : 77) Yang lebih mendukacitakan, kata

beliau ialah bangsa-bangsa lain juga menyedari realiti buruk ini, kerana itulah

siaran-siaran radio antarabangsa tidak keberatan menyiarkan bacaan-bacaan

al-Quran. BBC London, kata beliau memulakan siaran hariannya dengan

bacaan al-Quran. Sebabnya kerana bangsa itu tahu umat Islam hanya akan

mendengar sahaja ayat-ayat itu tanpa memahaminya.

Kerana itu beliau menyarankan supaya dikikis realiti ini dan juga kepercayaan

bahawa membaca al-Quran tanpa memahami maksudnya juga merupakan

satu cara beribadat kepada Allah. Beliau menyatakan bahawa kepercaayan

demikian tidak terdapat hujjahnya dari segi syariat dan tidak dapat

dibenarkan. Beliau membawa ayat al-Quran daripada surah Sad: 29.

Maksudnya:

 “Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan

berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya

mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran”.

Ayat ini memberi penekanan pada mengingat, mengkaji dan memikirkan. Jadi,

apa yang sepatutnya kata beliau ialah membaca al-Quran dengan penuh sedar

dan cuba memahami segala apa yang terdapat di dalamnya sama ada hal-hal

yang menyukakan hati atau mendukacitakan, tentang hukum, sunnah Tuhan,

asas-asas tamadun, dan apa sahaja yang diperlukan oleh umat Islam supaya

berperanan kembali dalam masyarakat manusia sejagat.

Dari segi lain pula, beliau menekankan soal penghayatan. Kata beliau, ‘Aisyah

r.a. menegaskan bahawa keperibadian (akhlak) Rasul itu adalah al-Quran.

Hadith ini bererti bahawa Rasulullah s.a.w. hidup dalam persekitaran al-Quran,

bertindak mengikut nilai-nilai al-Quran, berfikir mengikut panduan al-Quran

dan sebagainya. Begitulah juga, dengan al-Quran, umat Islam pada zaman

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 6/16

awal Islam telah bertukar corak menjadi bangsa yang maju. Akibatnya dari

mengabaikan penghayatan al-Quran inilah, kata beliau umat Islam menjadi

  jauh dari Islam dan sumbernya yang sebenar. Oleh kerana itu, beliau

mencadangkan supaya umat Islam kembali membaca al-Quran dalam konsepyang sebenar. Dalam usaha memahami ayat-ayat al-Quran ini Sheikh

Muhammad al-Ghazali memperingatkan tentang method yang perlu

dipergunakan. Kata beliau dalam sejarah pengajian al-Quran terdapat

berbagai-bagai method yang telah digunakan. Paling lama meniti arus zaman

ialah method ahli Usul yang disifatkan oleh beliau paling halus dan tepat dalam

memahami hukum dari ayat-ayat al-Quran. Disamping itu, kata beliau terdapat

method-method lain lagi seperti method ahli tasawuf, method ahli falsafah dan

lain-lain lagi. Bagaimanapun, buat masa sekarang, method-method tersebut

harus dinilai semula, atau sekurang-kurangnya dikembalikan kepada sifat

kemurniaannya yang asal.

Method tasawuf, kata al-Ghazali terdedah kepada khurafat, kerana ia banyak

bergantung kepada daya khayalan hati yang jauh dari kaedah-kaedah bahasa

dan syariat. Walaubagaimana pun beliau mengakui faedah method ini yang

terletak pada penekanannya tentang akhlak, hubungan yang berkesan dengan

Allah, cara yang bekesan mengingati Allah dan menggambarkan kehebatan-

Nya dan sebagainya. Oleh itu, kata beliau method ini boleh digunakan tetapi

dengan syarat terlebih dahulu dinilai kembali berasaskan keperluan sebenar

umat Islam dan kesesuaiannya dengan kaedah syarak. Method falsafah pula,

kata beliau perlu di lihat berasaskan sejarahnya dalam mempertahankan

pemikiran Islam dari cabaran luar dan masalah-masalah yang timbul

daripadanya pada masa itu. Ada pun sesudah ia menjadi suatu hasil pemikiran

semata-mata yang jauh dari realiti hidup, nilainya sudah tidak seberapa lagi.

Hal yang sama juga berlaku pada method usul Fiqh. Kata beliau, meskipun

method usul fiqh merupakan method pemahaman al-Quran yang paling halus

dan tepat dalam menganalisa hukum tetapi penulisan tentang method itu

boleh dikatakan terhenti setakat kitab al-Muafaqat karya al-Imam al-Syatibi.

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 7/16

Semua penulisan selepas itu, kata beliau kelihatan janggal belaka kerana tidak

lebih dari mengulangi apa yang telah ada.

Di samping method-method dia atas, kata beliau ada method-method lain lagidalam memahami al-Quran. Meskipun method-method itu sudah berkubur

sejak zaman awal lagi, namun ia perlu dihayati semula kini. Method Ibnu al-

Haitham (M 430H) Jabir Ibn Haiyan (M 200H), al-Khawarizmi (M 232H) dan

lain-lain lagi yang mengamalkan al-Quran untuk memahami sunnah alam ini.

Malah method sastera juga perlu dikembalikan (Kaifa Nata`amal ma`al Quran)

Menyorot kitab tafsir yang ada, al-Ghazali di samping mengakui kehebatan

masing-masing, mempertikaikan juga aliran atau isi kandungan sesetengah

tafsir yang ada. Misalnya, kata beliau Tafsir al-Tabari banyak menggunakan

hadith-hadith da`if sebagai asasnya. Di samping itu, keterikatannya dengan

athar telah menjadikan tafsir itu agak kaku dan tidak boleh bergerak seluas

yang dicakupi oleh pemikiran-pemikiran yang ada dalam ayat-ayat itu sendiri.

Tafsir-tafsir aliran Fiqh pula, kata beliau hanya menumpukan kepada soal-soal

hukum sahaja. Sementara tafsir-tafsir aliran ilmu al-Kalam pula seperti tafsir

al-Razi banyak melencong ke luar dan perlu ditapis. Hal yang sama berlaku

dalam tafsir bayani. Kata beliau, banyak dari tafsir-tafsir seperti ini

mengandungi hal-hal yang di luar konteks sama sekali.

Menyimpul pandangan dan kritik beliau ini al-Ghazali berkata:

  “Setiap aliran ini ada lebih dan ada kurangnya. Kita tidak boleh

menafikan kelebihan mereka. Tetapi kita mahu kesedaran Islam zaman

ini tumbuh berakar umbikan Islam sebenar yang mampu melahirkan

generasi prihatin yang ada hubungannya dengan al-Quran dan

mengetahui segala dimensi dan objektifnya. Kita perlu melihat kepada

hasil-hasil usaha manusia ini sebagai hasil-hasil yang mengandungi nilai

betul dan salah dalam kadar yang hampir seimbang.” 

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 8/16

Bertolak dari konsep inilah beliau mencadangkan satu bentuk pentafsiran yang

syumul dan komprehensif dan tidak dibataskan kepada satu-satu aspek

pemikiran tertentu. Malah beliau juga mencadangkan supaya dicari

persesuaian antara tafsiran berkenaan dengan tahap kemajuan ilmu zaman inimeskipun dalam beberapa maklumat warisan yang tidak benar-benar sabit

sebagai satu pandangan agama yang sebenar. Untuk ini beliau agak bersetuju

dengan cadangan supaya dilonggarkan sedikit keterikatan para ulama dengan

iktisas yang sempit. Malah, kata beliau tidak sepatutnya ada iktisas sebelum

maklumat secara komprehensif diperolehi terlebih dahulu. Walau

bagaimanapun beliau keberatan dengan pandangan sesetengah kalangan yang

merasa perlu mengetepikan apa sahaja warisan pentafsiran yang ada atas

alasan bahawa ia bukan sesuatu yang muqaddas. Bagi beliau langkah seperti

itu sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kekeliruan. Sebaliknya beliau

mencadangkan sikap lebih sederhana dan menerima pandangan-pandangan

warisan seberapa yang boleh. Malah kata beliau mengikut pandangan para

Imam lebih baik dari bersikap seperti itu (al-Sunnah al-Nabawiyyah : 14-15)

Pandangan al-Ghazali Tentang al-Sunnah dan al-Hadith

Menurut al-Ghazali, sesungguhnya terdapat satu jalan bagi mencapai keredaan

Allah s.w.t. dan mendapatkan rahmat-Nya, iaitu dengan mengikuti Nabi

Muhammad s.a.w. dan mematuhi segala hadisnya serta berjalan mengikut

sunnahnya seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

  “Katakanlah : Jika kamu mengasihi Allah, ikutilah aku, nescaya Allah

mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Dan Allah Maha Pengampun

lagi Penyayang”.(Ali ‘Imran : 31)

Oleh itu, umat Islam sejak dari dahulu lagi, senantiasa memelihara warisan

Nabi dan menjauhinya dari sebarang prasangka. Pendustaan terhadap Nabi

adalah merupakan jalan untuk kekal di dalam neraka, kerana perbuatan itu

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 9/16

adalah memalsukan agama dan mempersendakan Allah. Kerana Rasulullah

s.a.w. telah bersabda, maksudnya:

 “Berbohong terhadapku, bukanlah seperti berbohong terhadap seseorangyang lain. Barang siapa berbohong terhadapku dengan sengaja maka

tempat duduknya di neraka”.

Seterusnya al-Ghazali menjelaskan bahawa para ulama hadis telah

menetapkan lima syarat untuk penerimaan hadis Nabi. 3 daripadanya

mengenai sanad (periwayatan / al-riwayah) dan 2 lagi mengenai matan (teks /

al-dirayah).

Syarat-syarat mengenai sanad, kata beliau ialah:

1. Ia mestilah diriwayatkan oleh perawi yang prihatin dan dapat

menanggapi apa yang dedengarinya dengan tepat serta dapat pula

meriwayatkannya secara tepat.

2. Perawi itu juga perlulah seorang yang memiliki kemantapan akhlak dan

hati yang taqwa kepada Allah serta menolak apa saja penyelewengan.

3. Kedua-dua sifat di atas mestilah terjalin di dalam rangkaian para

periwayat hadis, apabila kedua-dua sifat ini tidak terdapat pada seorang

periwayat, atau salah seorang daripadanya tidak jelas, hadis itu dikira

gugur dari mutu kesahihannya.

Setelah meneliti periwayat yang boleh diterima, kita hendaklah pula melihat

kepada kandungan matan atau teks hadis itu sendiri. Syarat-syarat mengenai

matan pula ialah:

1. Matan/teks itu mestilah bukan suatu yang ganjil. Keganjilan yang

dimaksudkan disini ialah apabila seorang periwayat berbeza pendapat

dengan periwayat lain yang dianggap lebih dipercayai daripadanya.

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 10/16

2. Matan/teks itu tidak terdapat sebarang cacat celanya. Yang dimaksudkan

dengan cacat cela pula ialah keaiban yang dapat dilihat oleh para

pengkaji hadis sehingga berpendapat ia perlu ditolak.

Menghurai lebih lanjut soal yang berhubung dengan matan/teks ini beliau

menukilkan pandangan Dr. Mustafa al-Siba`i yang menyebut bahawa antara

tanda-tanda hadis maudu’ yang dapat diperhatikan pada matan ialah jalan

bahasanya tidak cukup baik, konsep di dalamnya tidak sesuai dengan logik

akal yang nyata sampai tidak boleh ditafsirkan atau bertentangan dengan

prinsip-prinsip umum akhlak dan hukum, bertentangan dengan al-Quran atau

hadis mutawatir atau juga dengan mana-mana prinsip yang terdapat dalam al-

Quran dan al-Sunnah sampai tidak boleh ditakwil, bertentangan dengan

hakikat sejarah yang termaklum pada zaman Rasulullah dan keterlaluan.

(Kaifa Nafham al-Islam : 232) Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu matan

itu dianggap lemah kalau bertentangan dengan mana-mana objektif atau

kaedah hukum syarak. Berdasarkan syarat-syarat ini, menurut al-Ghazali

ternyata bahawa hukum tentang kesempurnaan kandungan hadis itu

memerlukan pengetahuan tentang al-Quran, dan mendalami isi kandungan al-

Quran yang jelas dan tersembunyi, dan memerlukan juga ilmu lain tentang

berbagai-bagai riwayat naqli untuk membuat perbandingan dan menentukan

keutamaan di antara dalil-dalil dari al-Quran itu. Pada hakikatnya, peranan

para ahli ilmu fiqh adalah untuk menyempurnakan peranan para ahli hadis,

dan menjaga sunnah dari sebarang kecacatan yang mungkin mengalir masuk

kerana kelalaian atau tidak mengambil berat. Menurut al-Ghazali, Sunnah

yang mempunyai ramai periwayatnya adalah mempunyai hukum yang sama

dengan al-Quran, iaitu yang sahih dan masyhur yang menjelaskan hukum

yang umum dan mutlak di dalam al-Quran. Dan hadis ini juga mengandungi

hukum-hukum bagi masalah-masalah cabang (furu`) yang dipertikaikan oleh

mazhab-mazhab fiqh selepas dipersetujui bahawa al-Sunnah adalah

merupakan sumber hukum yang kedua selepas al-Quran.

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 11/16

Seterusnya al-Ghazali menjelaskan bahawa kadang-kadang terdapat hadis

yang sahih pada sanadnya tetapi lemah pada kandungan atau matannya iaitu

setelah para ahli fiqah menemui satu kecacatan yang tersembunyi pada hadis

itu. Oleh itu penemuan satu kecacatan di dalam teks hadis kandungan/matanitu adalah merupakan monopoli ulama hadis semata-mata, tetapi para ulama

tafsir, usul, ilmu kalam dan fiqah juga adalah bertanggungjawab terhadapnya,

malah mungkin juga tanggungjawab mereka ini mengatasi tanggungjawab

orang lain.

Adalah memalukan, menurut al-Ghazali terdapat sesetengah orang yang sibuk

mengkaji hadis sedangkan mereka terlalu lemah untuk meneliti al-Quran dan

memahami hukum-hukumnya. Tambah al-Ghazali:

 “Saya tidak senang dengan orang-orang yang kurang memahami al-

Quran tetapi banyak meneliti hadis dan mengeluarkan hukum serta

menyebarkan fatwa, yang dengan cara itu mereka telah menambahkan

lagi kebingungan masyarakat”. (20)

Menurut al-Ghazali lagi, sebenarnya para imam fiqah Islam senantiasa

menetapkan hukum-hukum berasaskan medan ijtihad yang luas. Pertama,

mereka berpegang kepada (dalil-dalil) al-Quran, dan apabila mereka

mendapati kumpulan hadis yang diriwayatkan itu sesuai dengan nas al-Quran

maka mereka menerimanya, dan jika tidak dapat disesuaikan, maka al-Quran

yang lebih utama diikuti (Sunnah Nabi antara ahli fiqah dan Ahli Hadis : 11).

Jelasnya al-Ghazali berpendapat bahawa tidak ada pertikaian di antara kaum

Muslimin dalam mengamalkan apa yang sememangnya sahih datangnya

daripada Rasulullah s.a.w. iaitu sesuai dengan prinsip-prinsip pengambilan dalil

yang telah ditentukan oleh para Imam dan disampaikan kepada umat.

Cuma yang berlaku pertikaian ialah di sekitar benar atau tidaknya sesuatu

yang dikatakan datangnnya dari Rasulullah s.a.w. itu, iaitu pertikaian yang

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 12/16

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 13/16

Berdasarkan kepada pandangan asas ini beliau menentukan pendirian tentang

menerima atau menolak hadith tertentu. Mengenai penerimaan hadith yang

dari segi sanadnya da’if beliau berkata: “Orang mungkin bertanya, megnapa menggunakan hadith-hadith da’if.

Jawabnya dari segi emosi, adalah suatu kebangganan menerima apa

sahaja daripada Nabi atau apa sahaja yang diagakkan daripada baginda.

Ada para ulama yang lansung tidak mahu menerima hadith dai’f. Mereka

tentu ada pandangan mereka sendiri. Tetapi para ulama yang menerima

hadith da’if, tidak berkaitan dengan aqidah dan hukum dan tidak

terkeluar daripada prinsip-prinsip umum yang telah ditetapkan”.

(fiqh al-Sirah)

Beliau selanjutnya berkata:

 “Bersikap benar” misalnya satu kebaikan yang diterima akal dan naqal.

Kalau ada hadith da’if mencerca kedustaaan atau memuji ketelitian

dalam menyampaikan berita, tidak mengapa ia diterima... Atas asas

inilah para ulama bertolak ansur dengan hadith-hadith da’if. Mereka

menerimanya dalah hal-hal amalan tambahan (fada’il al-a’mal)... Sikap

lembut unu memerlukan kepekaan terhadap kaedah-kaedah agama,

objektif-objektif umum serta warisan-warisannya yang soheh. (Kaifa

Nafham al-Islam)

Menceritakan pengalaman sendiri beliau mengakui pernah menggunakan

hadith da’if ini dalam dakwah-dakwah beliau bagi menjadikannya lebih senang

diterima oleh orang ramai. Begitu pun penggunaan terhad mengikut syarat-

syarat tadi. Malah dalam buku Fiqh al-Sirah beliau menyebut secara tepat:

 “Kadangkala ulama sunnah bercanggah dalam mementukan soheh atau

da’ifnya sesuatu hadith itu... Bagaimanapun saya kadang-kadangnya

melihat kepada matan hadith itu benar-benar sesuai dengan mana-mana

ayat al-Quran atau mana-mana athar yang soheh. Saya tidak berasa

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 14/16

kekok untuk meriwayatkannya dan tidak akan berasa bersalah untuk

menulisnya”.

Mengenai penolakannya terhadap hadith-hadith yang sanadnya soheh beliauberkata:

 “Kadangkala sesuatu hadith iu tidak syak lagi soheh. Tetapi para ulama

berpendapat ia mungkin difahami secara silap, atau penyebarannya

dikalangan orang ramai boleh menyentuh kedudukan pengajaran Islam

yang sedang diamalkan, maka tidak akan mempopularkan hadith itu”.

Menceritakan amalan beliau sendiri Syeikh Mohd al-Ghazali meyebut:

 “Meskipun saya bersikap begitu terbuka berhubung dengan penerimaan

hadith tetapi saya tidak menerima riwayat al-Bukhari dan Muslim tentang

bagaimana berlakunya serangan terhadap Bani al-Mustaliq. Kerana

riwayat-riwayat itu memberi fahaman bahawa mereka Rasulullah s.a.w.

telah menyerang mereka itu secara mengejut tanpa didahului dengan

dakwah kepada Islam, atau kerana sebab-sebab kemungkiran mereka

ataupun kedudukan mereka yang jekas mencurigakan. Kedudukan

mereka yang jelas mencurirgakan. Sebenarnya peperangna seperti itu

bertentangan sama sekali dengan logik Islam dan tidak munasabah

boleh berlaku dalam sejarah hidup Rasulullah...” 

 “Saya lebih menerima riwayat Ibnu Jarir. Walaupun ia lemah – seperti

dikatakan oleh al-Albani – namun ia sesuai dengan kaedah umum Islam

yang diyakini, iaitulah tiada permusuhan kecuali mereka yang bersikap

zalim”.

Seterusnya al-Ghazali berpendapat bahawa umat Islam hari ini sepatutnya

mengambil berat tentang dua perkara yang penting:

Pertama: Lebih menghalusi ayat-ayat suci al-Quran.

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 15/16

Kedua: Memperkuatkan hubungan di antara hadis dan dalil-dalil al-Quran

yang dekat dan jauh, kerana pengkajian Islam yang mantap tidak akan

tertegak tanpa kedua-dua perkara ini bersama.

Katanya:

 “Sesungguhnya kita adalah pendukung Islam yang ungun mempertingkat

wahyu Ilahi dan sedar akan fitrah kemanusiaan, dan kita haruslah

mengarahkan tamadun supaya mempunyai hubungan dengan Tuhan dan

berjalan seiring dengan petunjuk-Nya...” 

Muhammad al-Ghazali Meninggal Dunia

Muhammad al-Ghazali telah meninggal duni di Riyadh Saudi Arabia pada 9 Mac

1996M, selepas diserang sakit jantung secara mengejut ketika sedang

memberi ceramah di seminat “Islam dan Barat”, ketika berusia 78 tahun.

Beliau telah dimakamkan di perkuburan al-Baqi’ Madinah al-Munawwarah

berdekatan makan anak Nabi Muhammad iaitu Ibrahim dan Imam Malik bin

Anas, kira-kira 15 meter dari Masjid al-Nabawi.

Ringkasnya, bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa al-Ghazali merupakan

seorang tokoh ulama terbilang yang mempunyai wawasan yang tegas terhadap

masa depan umat Islam. Amat sensitif dengan corak kehidupan dan

permasalahan umat Islam, kehidupan ini mendorong beliau mencari jawaban

dan penyelesaiannya melalui berbagai method yang berpandukan al-Quran dan

al-Sunnah. Beliau bukan sahaja mengemukakan ‘penyelesaian masalah’ 

kepada umat menerusi pemikirannya malah beliau sebenarnya adalah

pengkritik yang tidak menyenangi kecacatan dan kecuaian ummah. Al-Ghazali

bersama tokoh pemikiran kalam semasa dengannnya, mengorak langkah

membendung umat Islam di dalam garisan hidayah al-Quran melalui

penulisannya yang tajam. Menggesa umat Islam meninggalkan sisa-sisa

kejumudan dan memajukan kualiti kehidupan bersesuaian dengan tuntutan

semasa. Paling tepat beliau adalah seorang da’i yang berdakwah dengan

8/14/2019 Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-muhammad-al-ghazali 16/16

sepenuh hati dan seluruh kehidupan untuk mengajak umat Islam kini kembali

ke jalan Allah.