Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

10
1 PENGENALAN Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina. Pemikiran positif menjadikan kita aktif dan proaktif. Sesuatu maklumat yang kita terima berkemungkinan boleh mendatangkan manfaat dan juga mudarat. Dengan sikap positif yang ada kepada kita menjadikan kita suka mengambil tahu, membuat penyelidikan dan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak. Pemikiran positif bukan bermaksud kita menerima semua maklumat atau membuat pelbagai andaian untuk mempositifkan sesuatu keadaan yang nampak negatif tanpa terlebih dahulu membuat penyelidikan dan analisa. Kita sering kali boleh ditipu jika semata-mata bersikap baik sangka tanpa menggunakan pemikiran yang analistik dan kritis. Pemikiran positif membuatkan seseorang itu lebih tabah dan sanggup berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. Pemikiran negatif melemahkan semangat seseorang dan menghilangkan harapan, menjadikan seseorang tertekan dan terpesong dari apa yang telah dirancang, Ia dinilai dari hasil apa yang difikirkan, impian dan perancangan. ia dinilai dari apa yang anda capai. Sebenarnya pemikiran positif dan sikap positif tidak dapat menjamin pencapaian dan kejayaan. Pemikiran positif dan sikap positif seharusnya digabungkan dengan usaha, perasaan positif, tindakan positif, dan semua in akan meningkatkan kemungkinan untuk berjaya. Kehidupan sememangnya sukar dan sentiasa menghadapi suka dan duka. Semua orang menghadapi situasi yang sama. Tetapi cara pemikiran yang menentukan sama ada kita dapat menguasai kehidupan. Dr. Peter Koestenbaum berkata, “Apabila seseorang dalam kesedihan, saya tidak menasihatinya dengan, „lupakan saja, „masa akan mengubati- ini adalah nasihat yang menafikan integriti pengalaman pahit itu. Saya akan menasihati dengan memberitahu, „Fikir sedalam-dalamnya. Ingatkannya sebagai satu sumber penting untuk pengetahuan dan  panduan dalam hidup. Dengan begini anda akan berani menghadapi dengan tabah.” Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, terdapat banyak cara untuk menanganinya seca ra positif. Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, terdapat banyak cara untuk menanganinya secara positif. Kita kemungkinan menghadapi masalah kewangan, emosi, dan kita kemungkinan kehilangan kerja ata u orang yang disay angi. Walau bagaima napun, tiada masalah yang akan kekal lama. Tambahan pula, semua perkara bermula dari yang kecil dan berkembang sehingga pesat. Masalah tidak akan berkembang menjadi besar jika kita

Transcript of Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

Page 1: Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

8/3/2019 Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-positif-menjadikan-kita-aktif-dan-proaktif 1/10

1

PENGENALAN

Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan ke arah keupayaan dan

bukan ketidakupayaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina.

Pemikiran positif menjadikan kita aktif dan proaktif. Sesuatu maklumat yang kita terima

berkemungkinan boleh mendatangkan manfaat dan juga mudarat. Dengan sikap positif yang

ada kepada kita menjadikan kita suka mengambil tahu, membuat penyelidikan dan membuat

keputusan sama ada menerima atau menolak. Pemikiran positif bukan bermaksud kita

menerima semua maklumat atau membuat pelbagai andaian untuk mempositifkan sesuatu

keadaan yang nampak negatif tanpa terlebih dahulu membuat penyelidikan dan analisa. Kita

sering kali boleh ditipu jika semata-mata bersikap baik sangka tanpa menggunakan pemikiran

yang analistik dan kritis. Pemikiran positif membuatkan seseorang itu lebih tabah dan

sanggup berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. Pemikiran negatif melemahkan semangat

seseorang dan menghilangkan harapan, menjadikan seseorang tertekan dan terpesong dari apa

yang telah dirancang, Ia dinilai dari hasil apa yang difikirkan, impian dan perancangan. ia

dinilai dari apa yang anda capai. Sebenarnya pemikiran positif dan sikap positif tidak dapat

menjamin pencapaian dan kejayaan. Pemikiran positif dan sikap positif seharusnya

digabungkan dengan usaha, perasaan positif, tindakan positif, dan semua in akan

meningkatkan kemungkinan untuk berjaya. Kehidupan sememangnya sukar dan sentiasa

menghadapi suka dan duka. Semua orang menghadapi situasi yang sama. Tetapi cara

pemikiran yang menentukan sama ada kita dapat menguasai kehidupan.

Dr. Peter Koestenbaum berkata, “Apabila seseorang dalam kesedihan, saya tidak 

menasihatinya dengan, „lupakan saja‟, „masa akan mengubati‟ - ini adalah nasihat yang

menafikan integriti pengalaman pahit itu. Saya akan menasihati dengan memberitahu, „Fikir 

sedalam-dalamnya. Ingatkannya sebagai satu sumber penting untuk pengetahuan dan

 panduan dalam hidup. Dengan begini anda akan berani menghadapi dengan tabah.” Apabila

kita menghadapi masalah dalam kehidupan, terdapat banyak cara untuk menanganinya secara

positif.

Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, terdapat banyak cara untuk 

menanganinya secara positif. Kita kemungkinan menghadapi masalah kewangan, emosi, dan

kita kemungkinan kehilangan kerja atau orang yang disayangi. Walau bagaimanapun, tiada

masalah yang akan kekal lama. Tambahan pula, semua perkara bermula dari yang kecil dan

berkembang sehingga pesat. Masalah tidak akan berkembang menjadi besar jika kita

Page 2: Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

8/3/2019 Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-positif-menjadikan-kita-aktif-dan-proaktif 2/10

2

menanganinya. Sekiranya kita sentiasa berfikiran positif dan berurusan secara positif, ia akan

membantu kita mempunyai kehidupan yang lebih baik, gembira, dan mempunyai produktiviti

tinggi. Pemikiran positif dan sikap positif boleh diajar dan ia mesti dipelajari untuk menjadi

yang lebih baik bagi menempuhi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Seseorang akan

mula mempunyai pandangan yang berlainan dan pencapaian prestasi yang lebih baik 

sekiranya berfikir dengan positif. Ini sememangnya benar seperti yang dikatakan oleh Dr.

Wayne Dyer, “Apabila kita mengubah cara pandangan kita terhadap seseuatu perkara,

 perkara akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan atau ditangani.”

Shiv Khera, seorang penceramah motivasi menyatakan Mohammad Ali sebagai

teladan. Mohammad Ali, ahli tinju Amerika yang memenangi 3 kali World Heavyweight

Champion adalah seorang yang sentiasa berfikir secara positif. Setiap kali sebelum dia

memasuki arena pertandingan, dia akan berkali-kali melaung-laungkan “Saya yang paling

hebat! Saya adalah juara!” Dia tidak menjadi juara hanya dengan melaung-laungkan kata-

kata semangat. Dia menjadi juara kerana latihan yang berpanjangan serta keyakinan diri

beliau yang tinggi. Fikirlah secara positif, fokus pada apa yang anda ingini, rancangkan hidup

anda, tumpukan semua usaha ke atas pretasi tanggungjawab anda; nescaya anda akan

mendapat pulangan hasil yang lumayan dalam hidup anda.

OBJEKTIF PEMIKIRAN POSITIF DALAM PENETAPAN MATLAMAT.

Melalui pemikiran positif , seseorang atlet dapat melawan tanggapan negatif yang sering

muncul apabila atlet mula hilang keyakinan diri. Contohnya , atlet menyalahkan diri sendiri

atas kesilapan dan kekalahannya, mula meragui keupayaan diri , dan mula menjangkakan

kekalahan. Dalam situasi ini, atlet yang menetapkan matlamatnya sendiri akan menunjukkanprestasi yang lebih baik berbanding atlet yang matlamatnya diterapkan oleh orang lain

(jurulatih). Hal ini menunjukkan bahawa pencapaian dapat ditingkatkan sekiranya individu

tersebut mengehendakinya. Berikut merupakan beberapa objektif pemikiran positif yang

membantu pencapaian matlamat seseorang atlet.

Membentuk Imej kendiri Yang Positif.

Persepsi seorang atlet terhadap dirinya mempunyai pengaruh yang amat besar dalam

pembentukan pemikiran positif. Dalam konteks ini, atlet akan berupaya membina personaliti

Page 3: Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

8/3/2019 Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-positif-menjadikan-kita-aktif-dan-proaktif 3/10

3

dan imej yang ingin ditunjukkan. Dari sini, prestasi atlet itu akan membawa kepada kejayaan

penetapan matlamat di atas kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh atlet tersebut. Ini

kerana atlet tersebut akan bermain bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan

mempamerkan kebolehan prestasi sebenar bagi membentuk imej kendiri, serta mendapat

kepuasan dalam hidupnya jika kejayaan yang dicapai adalah daripada sikap positif yang ada

pada diri atlet tersebut.

Membentuk Sikap Positif 

Sering kali kita bersikap mengikut kemahiran dan corak pemikiran yang kurang sihat. Sikap

prejudis terhadap kejayaan orang lain sering menguasai minda atlet. Melalui pemikiran

positif, atlet berupaya membentuk sikap positif dengan melihat bahawa kejayaan yang diraih

merupakan hasil usaha dan ketekunan yang ditunjukkan oleh atlet itu sendiri. Oleh itu,

kejayaan berpunca daripada keyakinan diri dan tercapainya matlamat asal yang diingini.

Mempunyai Jangkaan Positif.

Jangkaan positif akan memberikan keyakinan kepada atlet untuk memberikan prestasi

terbaik. Psikologi dan mental berupaya dimantapkan kerana keyakinan diri dibina melalui

 jangkaan yang positif. Contohnya, jangkaan kemenangan kepada sukan atau perlawanan yang

dipertandingkan. Oleh itu, atlet sudah pasti berjaya. Namun atlet, akan mempamerkan

prestasi kemahirannya yang sebenar dengan cara terbaik semasa pertandingan sebenar dan

 jangkaan itu menepati sasaran. Oleh itu, kejayaan yang dicapai melalui jangkaan positif akan

membantu atlet itu meneruskan prestasi yang ada.

Meningkatkan Motivasi.

Seseorang yang memperoleh motivasi bererti seseorang itu memperoleh kekuatan untuk 

mencapai sesuatu kejayaan. Dengan adanya motivasi, atlet akan berkeyakinan dalam

menghadapi apa jua situasi sana ada situasi sukar atau senang. Selain itu, motivasi merupakan

salah satu faktor penting untuk atlet mencapai matlamat yang ditetapkan di mana melalui

motivasi atlet akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menempuh sesi

pertandingan yang sebenar dan mempunyai semangat yang kental untuk berlawan. Dengan

itu, atlet akan sentiasa bersedia dalam perlawanan.

Page 4: Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

8/3/2019 Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-positif-menjadikan-kita-aktif-dan-proaktif 4/10

4

KONSEP

Dalam sukan, pemikiran positif adalah relevan dengan perubahan dan tingkah laku.

Rangsangan kepada tingkah laku perlulah bersifat kognitif. Oleh itu, pemikiran positif 

bertindak sebagai penggerak ke arah matlamat yang ditentukan di samping usaha dan aksi

yang baik.Apa juga bentuk atau cara pemikiran yang boleh membawa faedah dan

menyumbang kepada kebaikan diri boleh dipraktikkan untuk motivasi diri. Tingkatkan kualiti

pemikiran yang baik membantu seseorang menyelesaikan masalah, membuat memikirkan

hari esok, lihatlah sesuatu perkara itu dengan rasional, kritis, terbuka berpandangan luas dan

 jujur. Pemikiran yang positif tidak akan terhasil jika seseorang itu tidak menetapkan

matlamat yang realistik, dengan ini seseorang itu boleh mengawal persembahan, pendekatan

dan kaedah bagi mencapai matlamat untuk mengekalkan motivasi.

PERBINCANGAN TEORI

Weinberg dan Gould, 1999 menyatakan seseorang perlu menitikberatkan pemikiran

dengan berkesan. Pemikiran negatif dan yang mengganggu dan meletakkannya di tempat

yang selamat serta tidak menunggu sahaja sehingga selesai perlakuan . Peletakan pemikiran

dilaksanakan dalam bentuk arahan (SELF TALK) atau secara visualisasi. Teknik ini sangat

efektif kepada atlet yang membawa isu-isu luaran ke dalam pertandingan. Atlet diminta

menuliskan senarai bentuk gangguan ke atas kertas dan meletakkannya ke suatu tempat.

Menurut Bell (1980), kadangkala atlet perlu mempunyai set matlamat negatif tetapi

penentuan matlamat seseorang atlet haruslah bermula dengan pemikiran yang positif.

Matlamat yang bersifat positif boleh membantu atlet menuju ke arah kejayaan bagi

menangani sesuatu kekalahan atau kegagalan sebelum ini. Dengan ini, setiap matlamat

haruslah bersifat positif tetapi tidak bermakna matlamat negatif tidak diperlukan. Kedua-dua

aspek ini adalah penting untuk meningkatkan prestasi atlet walaupun dalam keadaan yang

berbeza.

Memang menjadi perkara biasa bagi individu-individu yang mengalami tekanan dan

kebimbangan akan melihat persekitaran mereka secara negatif (Burns, 1980). Bagi

Page 5: Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

8/3/2019 Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-positif-menjadikan-kita-aktif-dan-proaktif 5/10

5

mengatasinya , suatu proses self-talk iaitu pesanan-pesanan positif yang senyap yang kita

berikan pada diri sendiri merupakan satu usaha yang boleh membantu pemulihan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga atlet yang akan membuat ungkapan-ungkapan

negatif yang boleh melambatkan proses pemulihan. Kesan-kesan negatif bercakap dengan

diri sendiri boleh di atasi dengan menggunakan kaedah terapi emosi rasional oleh Walen ,

DiGuiseppe , dan Wassler 1992.

Pemikiran yang positif ini merupakan suatu proses yang mana anda boleh dan akan

mencapai matlamat yang diingini. Berfikiran serta brecakap sendiri perlu sebagai arahan dan

motivasi berbanding membuat keputusan. Bercakap sendiri yang positif bukan sahaja boleh

membantu dalam persembahan yang spasefik tapi juga boleh mengekalkan motivasi dan

kekuatan yang tinggi. Pengalaman menyempurnakan sesuatu tugasan dengan jayanya

akanmengukuhkan dan menberi keyakinan.

KAJIAN LAMPAU

Schmidt (1988), telah mentafsirkan kosentrasi berkait rapat dengan keyakinan dimana

kesedaran individu menentukan pemikiran positif pilihan-pilihan dalam perlakuannya.

Garfield dan Bannet (1984) telah mengkaji komponen-komponen yang terlibat dalam

pencapaian tertinggi dalam sukan serta mendapati terdapat lapan kebolehan fizikal dan

mental yang boleh dikaitkan dengan pencapaian atlet elit ini. Daripada lapan komponen ini,

tiga komponen ini dikaitkan dengan kosentrasi yang tinggi, iaitu kebolehan diserap dalam

situasi sekarang tanpa menghiraukan masa lampau atau masa depan, keadaan fikiran yang

releks dan positif dalam darjah kosentrasi yang tinggi dan terkawal, dan dalam kepekaan luar

biasa mengenai diri sendiri dan keadaan luar.

Dalam kajian Vealeyet al., (1998) mendapati terdapat simbilan sumber keyakinan diri

yang dapat emningkatkan persembahan para atlet iaitu kejayaan persembahan yang baik,

peningkatan dan mencapai matlamat individu, demonstrasi kebolehan yang lebih aktif 

berbanding dengan pihak lawan, mendapat maklumbalas positif daripada keluarga dan orang

persekitaran, bersedia dari degi fizikal dan mental, percaya dan yakin dengan keputusan dan

Page 6: Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

8/3/2019 Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-positif-menjadikan-kita-aktif-dan-proaktif 6/10

Page 7: Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

8/3/2019 Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-positif-menjadikan-kita-aktif-dan-proaktif 7/10

7

Jangan biarkan pemikiran negatif ini membelenggu hidup seterusnya menghadapi tekanan

yang tidak sepatutnya dihadapi. Jika seseorang sering memikirkan perkara negatif berlaku

pada dirinya, maka besar kemungkinan ia akan berlaku. Olah itu, dengan pandangan dan

pemikiran optimis seseorang bolah memulakan langkah positif ke arah kehidupan yang lebih

baik.

“you live with you thoughts- so be careful what they are ” - Eva Arrington

PEMIKIRAN POSITIF MEMBAWA PERUBAHAN.

Kesihatan mental juga bergantung pada ketenangan dalaman dan kebahagiaan

berdasarkan pemikiran positif. Jangan terlalu terikat dengan gaya pemikiran biasa. Pemikiran

positif perlu disertai dengan elemen kreativiti serta fikirkanlah sesuatu di luar kebiasaan

untuk tujuan kebaikan. Perubahan dalam pemikiran membawa kepada perubahan hidup dari

segi perubahan jangkaan dalam hidup, sikap , tingkah laku prestasi serta pencapaian dan

kehidupan yang lebih realistik.

Sekiranya pemikiran seseorang itu positif, optimistik, dan kreatif, aspek fizikal

seperti anggota tubuh badan akan bertindak balas secara positif dengan kesihatan diri dan

keseimbangan emosi. Pemikiran positif akan menghasilkan minda yang harmoni dan tenang

agar seseorang bolah mengadaptasi serta mengambil pengajaran dalam setiap keadaan untuk 

kebaikan diri. Gaya pemikiran seseorang membantu membina pencapaiannya. Berfikir

berdasarkan perspektif yang betul. Gaya pemikiran seseorang itu juga perlu disesuaikan

dengan keadaan dan perkara pokok yang dipertimbangkan. Pemikiran positif membolehkan

seseorang itu mengendalikan hidup dengan lebih produktif, menyesuaikan diri dengan

sebaran keadaan, mengatasi masalah, menangani sebarang kesukaran, mencapai

keseimbangan dan membina pertahanan diri secara mental dan fizikal. Pemikiran positif 

adalah salah satu cara membantu diri sendiri untuk penambahbaikan dan mencapai sesuatu.

Page 8: Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

8/3/2019 Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-positif-menjadikan-kita-aktif-dan-proaktif 8/10

8

PEOGRAM LATIHAN

Perkara utama yang perlu dilakukan dalam pemikiran positif ialah dengan

menggunakan perkataan, ayat dan frasa membina yang disenangi dan menggembirakan. Pada

masa yang sama, kurangkan dan buangkan frasa-frasa negatif yang sering diungkapkan dalam

diri. Ini bukan sahaja membina pemikiran positif tetapi turut memberi suatu nilai tambah

untuk peningkatan prestasi diri. Keadah pengukuhan yang boleh dipraktikkan adalah seperti

berikut:

BIL Frasa negatif yang perlu dibuang Frasa positif yang membina

1

Saya pernah gagal dan saya tidak mahu

mencuba lagi kerana mungkin saya akan

gagal.

Dulu saya gagal mungkin disebabkan

kesalahan atau kelemahan saya sendiri.

Saya akan terus mencuba sehingga saya

mendapat apa yang saya mahu.

2

Persaingan dalam hidup dan persekitaran

sangat hebat, Bagaimana saya harus

mengharunginya

Tidak dinafikan bahawa persaingan

memang hebat tetapi setiap orang ada

kelebihan yang tersendiri. Gunakan

kelebihan yang ada agar terus berdaya

saing.

3Saya sudah tua untuk melakukan yang

baru dan mencabar

Walaupun saya sudah tua, saya masih

mahu mencuba dan segala pengalaman

serta pendedahan akan digunakan sebagai

suatu kelebihan

4

Saya terlalu muda dan terlalu mentah

untuk melakukan atau memulakan sesuatu

dalam hidup.

Dalam usia muda ini, saya mesti

mencuba dan tidak perlu menunggu usia

yang lebih lanjut yang sangat tidak pasti.

5Jangka masa itu terlalu lama untuk saya

meningkatkan pencapaian saya.

Jangka masa tidaklah terlalu panjang jika

dibandingkan hasil dan faedah jangka

panjang yang bakal saya peroleh dengan

pengorbanan ini

Page 9: Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

8/3/2019 Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-positif-menjadikan-kita-aktif-dan-proaktif 9/10

9

PEMIKIRAN POSITIF YANG BERKESAN

Pemikiran positif tidak lahir begitu sahaja dalam diri seseorang tanpa pendedahan,

pengetahuan dan pengalaman mengenainya. Bagi membentuk diri berfikir secara positif,

seseorang itu hendaklah mempunyai beberapa perkara seperti berikut :

Kemahuan   Ini adalah asas untuk menukarkan cara pemikiran seseorang

 Ada kemahuan mengamalkannya dan mengekalkannya

 Seseorang itu perlu ada semangat inisiatif yang tinggi untuk 

melakukan sesuatu.

 Ubah nilai-nilai hidup yang negatif atau yang kurang baik.

tindakan  Selalu berinisiatif dalam memulakan dan melakukan sesuatu

 Bukan sekadar memikirkannya tetapi melakukannya ataumempraktikkannya

 Bertindak dengan segra.

bertenaga  Selalu melakukan sesuatu perkara

 Buat sesuatu aktiviti baru dan yang memberi faedah

 Bekerja dalam kumpulan boleh menjana idea baru

Ketahanan  Tidak cepat putus asa

 Sentiasa ada matlamat untuk berjaya

 Kekuatan mental adalah penting untuk kekal menjadi positif 

 Jangan mudah terpengaruh dengan persekitaran yang boleh

menggugat keutuhan prinsip hidup

Tanggung-jawab  Hidup ini adalah tanggungjawab sendiri

 Sentiasa ingat, diri sendiri juga mempunyai tanggungjawab

kepada keluarga, organisasi, masyarakat, agama, bangsa dan

negara

 Lakukan sesuatu itu kerana tanggungjawab, selain daripada

sebagai suatu ibadah dan seronok melakukannya.

Kemampuan

Menangani

Masalah

 Hidup ini adalah tanggungjawab sendiri, hidup mesti

diteruskan.

 Masalah tetap ada.

 Jangan lari dari masalah tetapi fikirkan jalan

penyelesaiannya.

 Belajar membuat keputusan dengan bijak.

Page 10: Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

8/3/2019 Pemikiran Positif Menjadikan Kita Aktif Dan Proaktif

http://slidepdf.com/reader/full/pemikiran-positif-menjadikan-kita-aktif-dan-proaktif 10/10

10