PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP)...
-
Upload
trinhkhanh -
Category
Documents
-
view
360 -
download
6
Transcript of PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP)...
287
PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) DALAM
KEWANGAN ISLAM: KEPERLUAN KEPADA SATU PARAMETER1
Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani, Mat Noor Mat Zain, Salmy Edawati Yaacob,
Ruzian Markom, Amir Fazlim bin Yusoff, Ahmad Dahlan Salleh, Mohammad Firdaus
Mohammad Hatta & Hanzalah Zainal
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM
ABSTRAK
Pemilikan aset merupakan aspek penting dalam memastikan keabsahan kontrak jual beli.
Walau bagaimanapun, dalam konteks kewangan Islam, isu pemilikan bermanfaat menjadi
topik yang hangat berikutan operasi kewangan Islam yang berjalan dalam kerangka
konvensional perundangan negara. Pemilikan bermanfaat dianggap telah melanggar
konsep pemilikan dalam Islam seterusnya mengenepikan maqasid Syariah. Artikel ini
bertujuan menghuraikan kedudukan dan maksud pemilikan bermanfaat daripada undang-
undang dan perspektif Syariah. Kajian dimulakan dengan meneliti maksud dan ciri-ciri
pemilikan dalam Islam seterusnya menghuraikan asal-usul pemilikan bermanfaat dari sudut
perundangan. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan bagi menjelaskan
konsep pemilikan bermanfaat dan disusuli dengan penjelasan tentang kepentingan
pembinaan satu parameter bagi mengawal selia penggunaan pemilikan bermanfaat dalam
kewangan Islam.
Kata kunci: Pemilikan bermanfaat, pemilikan, kewangan Islam, parameter
PENDAHULUAN
Sektor kewangan Islam menyaksikan perkembangan dan pertumbuhan yang pesat sejak
beberapa dekad yang lepas. Aset patuh Syari’ah seluruh dunia dipercayai telah mencecah
nilai USD1.4 trillion pada hujung tahun 2011 dan dijangka akan terus berkembang
(Standard and Poor’s Ratings Services 2012). Perkembangan ini dipandu oleh keperluan
individu, kerajaan dan sektor korporat kepada alternatif yang lebih baik daripada
konvensional.
Tambahan pula, kerajaan Malaysia telah mempromosikan pertumbuhan kewangan Islam
secara konsisten dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, beberapa penubuhan
badan pengawalseliaan seperi Malaysian Islamic Financial Centre (MIFC), Islamic
Financial Services Board (IFSB) and the International Islamic Liquidity Management
Centre menunjukkan sokongan tulen kepada industri ini (Ariff & Rosly, 2011; Balala,
2011).
Walaubagaimana pun, penawaran kewangan Islam masa kini masih mendapat kritikan dari
aspek Syariah. Kritikan yang sering dikaitkan ialah produk kewangan Islam menyerupai
dan meniru produk konvensional dan dianggap tidak menepati prinsip Maqāṣid al-Sharīᶜah
(Dusuki & Abdullah 2011, Beck et al. 2010, Ayub 2007). Salah satu kritikan berkaitan
Syariah yang diutarakan oleh sesetengah sarjana ialah isu pemilikan bermanfaat (beneficial
1 Artikel ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan Pembinaan Parameter Syariah Prinsip
Pemilikan Bermanfaat (Beneficial Ownership) dalam Kewangan Islam di bawah dana
FRGS/1/2015/SS01/UKM/03/2
288
ownership) dalam penstrukturan produk kewangan Islam. Ia didakwa bersalahan dengan
konsep pemilikan atau milkiyyah sepertimana dikehendaki dalam Syariah(Al-Amine 2011).
Secara asasnya, pemilikan bermanfaat merupakan prinsip yang diguna secara meluas dalam
dokumentasi kontrak termasuk kewangan Islam. Pemilikan bermanfaat membolehkan
pemiliknya melakukan transaksi tertentu terhadap aset yang dimiliki. Pemilik tersebut ialah
seseorang menikmati manfaat daripada sesuatu aset walaupun nama pemilik didaftarkan di
atas orang lain. Pemilikan bermanfaat diperkenalkan dalam negara yang mengamalkan
sistem Common law. Menurut syariah, pemilikan (milkiyyah) merupakan syarat asas dalam
membolehkan seseorang melakukan sesuatu transaksi seperti akad jual beli secara sah.
Pemilik harta berhak menguasai zat dan menikmati segala faedah dan manfaat dalam harta
yang dimiliki. Pemindakan pemilikan daripada seseorang kepada seseorang yang lain
kebiasaannya dilakukan melalui kontrak jual beli.
Dalam konteks perbankan Islam hari ini, kontrak jual beli yang dijalankan sama ada secara
bayᶜ bithaman ājil (BBA) dan murābahah hanya memindahkan pemilikan bermanfaat
sahaja bukan pemilikan undang-undang (legal ownership). Begitu juga dalam kontrak
ijārah thumma al-bayᶜ, pemilikan bermanfaat diberikan kepada pemberi sewa (bank),
manakala penyewa dianggap sebagai pemilik undang-undang kerana didaftarkan di atas
namanya. Meskipun Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM)
mengiktiraf pemilikan bermanfaat, namun ia masih dipertikaikan oleh sebahagian sarjana.
Justeru, kertas ini bertujuan menilai dan menganalisis konsep pemilikan benefisial
sepertimana amalan semasa dalam penstrukturan produk kewangan Islam. Ia dimulai
dengan perbincangan mengenai konsep pemilikan menurut perspektif Syariah. Seterusnya,
kertas ini akan mengupas konsep pemilikan bermanfaat dalam undang-undang Barat bagi
mengenal pasti maksud sebenarnya dan sejauh mana penerimaanya dalam Syariah. Ini
diikuti dengan perbincangan mengenai keperlua kepada satu parameter syariah bagi
pemilikan bermanfaat yang boleh menjadi garis panduan yang penting untuk digunakan
oleh industri perbankan Islam ketika menstruktur produk-produk pembiayaan.
PEMILIKAN MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH
Pemilikan, secara etimologi, dikenali sebagai milkiyyah atau milk, yang merujuk kepada
makna pemegangan sesuatu barangan dan kemampuan untuk menggunakannya
(Fairuzabadi 1953, 3: 320). Ibn Manzur (1956, 10: 492) menjelaskan perkataan malk, mulk
dan milk merujuk kepada keadaan mempunyai sesuatu dan kemampuan mendominasi dan
menggunakannya (taṣarruf). Kadang kala, perkataan milk juga memberi konotasi harta
yang dimiliki serta dikawal oleh seseorang (al-Muslih 1988).
Dari segi istilah, pemilikan boleh ditakrifkan berdasarkan tiga bentuk pemahaman, iaitu;
(i) pemilikan sebagai satu sifat undang-undang bagi sesuatu benda yang mempunyai kesan
(hukm shar‘ī), (ii) pemilikan sebagai satu hubungan undang-undang antara pemilik dan
hartanya (ittiṣāl shari‘ī atau ikhtiṣāṣ), (iii), pemilikan didefinisikan berdasarkan kesan
perundangan terhadap harta yang dimiliki (qudrah ‘ala al-taṣarruf atau tamakkun al-
intifā‘).
Ibn al-Humam dan Ibn Nujaym daripada Mazhab Hanafi mendefinisikan pemilikan sebagai
satu kuasa undang-undang yang diberikan secara asal kepada seseorang yang
membenarkannya untuk menggunakan (taṣarruf) pada sesuatu harta kecuali jika wujud
289
halangan. Sebahagian ulama Hanafiyyah mendefinisikannya sebagai satu hubungan
undang-undang antara seseorang dengan sesuatu benda yang memberinya kebebasan
mutlak untuk menggunakan (taṣarruf) dan ia bersifat eksklusif iaitu menafikan orang lain
daripada harta tersebut. al-Qarafi, ulama terkenal mazhab Maliki mendefinisikannya
sebagai hukum undang-undang (autoriti) ke atas sesuatu barangan atau manfaat yang
diberikan kepada seseorang mengharuskannya untuk mengambil faedah daripada item
yang dimiliki dan menerima ganti ruginya jika dirosakkan oleh sesiapa (al-Muslih 1988:
28-39).
Tokoh mazhab al-Shafi’i, al-Subki berpendapat bahawa pemilikan ialah sesuatu yang
bersifat maknawi dan beliau mempunyai definisi yang hampir sama dengan definisi al-
Qarafi. Segelintir ulama Shafi‘iyyah seperti Abu Shujā‘ mendefinisikannya sebagai satu
bentuk hukum eksklusif undang-undang atau ikhtiṣāṣ terhadap sesuatu item yang boleh
digunakan (al-Muslih 1988). Manakala, Ibn Taymiyyah (2002, 3: 347-348) memilih
definisi pemilikan sebagai kemampuan undang-undang yang menjustifikasikan hak
penggunaan (taṣarruf) terhadap sesuatu aset.
Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas, dapat dirumuskan bahawa pemilikan pada
asasnya merujuk kepada empat sifat iaitu:
1. Hubungan undang-undang dan eksklusif antara seseorang dengan sesuatu benda
sama ada sesuatu a‘yān (aset ketara/tangible) atau manāfi‘ (aset tidak
ketara/intangible).1
2. Tujuan utama pengeksklusifan ialah memberikan hak kepada pemilik untuk
menggunakan barangan yang dimiliki atau melupuskannya (taṣarruf).
3. Kemampuan untuk mengguna dan melupuskan barangan yang dimiliki boleh
terhalang dengan sebab halangan yang sah.
4. Kemampuan untuk menggunakan dan melupuskan (taṣarruf) boleh muncul secara
primer (ibtiā‘) dan juga sekunder melalui kontrak (wakālah).
Oleh itu, pemilikan (milkiyyah) boleh ditakrifkan sebagai suatu hubungan eksklusif yang
wujud antara objek yang dimiliki dan pemilik, di mana ia memberi hak kepada pemilik
untuk menggunakannya dan hak taṣarruf objek tersebut dalam apa jua cara yang tidak
diharamkan syarak. Sekalipun taṣarruf menjadi elemen penting dalam pemilikan, ia boleh
terhalang dengan sebab-sebab tertentu yang diiktiraf oleh syarak
PEMILIKAN BERMANFAAT DALAM UNDANG-UNDANG
Secara umumnya, istilah pemilikan bermanfaat (beneficial ownership) digunakan sebagai
maksud berlawanan dengan pemilikan undang-undang (legal ownership). Meskipun ia
diguna secara meluas dalam kewangan Islam, tidak dapat dinafikan bahawa asal usulnya
dikembalikan kepada undang-undang Inggeris. Sebelum membuat penilaian berdasarkan
Syariah, subtopik ini akan menjelaskan maksud beneficial ownership menurut asal-
usulnya. Oleh itu, metode terbaik ialah meneliti maksud beneficial ownership dari segi
undang-undang terlebih dahulu.
Sehubungan dengan ini, Al-Qurahdaghi (2014: 2) ketika membentangkan kertas utama
dalam International Shari’ah Scholars Forum (ISSF) kali ke-9 di Kuala Lumpur,
menyuarakan:
290
ونيا قان مطلوبة لدقة الحكم ، فال يجوز أن نذكر مصطلحا -ومن جانب آخر فإن رعاية المعنى االصطالحي لدى صاحبه
لبعض شروطنا ، وحينئذ نذكر له حكمه ، بل المطلوب أن نذكر حكمه كما له معناه الخاص لدى القانونيين ، ثم نخضعه
ضبط بكذا وكذا فهو جائز ، وحينئذ خرج بهذه الضوابط من دائرة القوم ، وأصبح له معنى هو لدى القوم ، ثم نقول : إن
.جديد جديد وحكم
Maksudnya: Dari satu sudut lain, mengambil kira makna teknikal menurut pakarnya sangat
dituntut untuk mendapatkan hukum yang tepat. Justeru, tidak harus menyebut sesuatu
terma undang-undang yang mempunyai makna khusus di sisi ahli undang-undang, dan
kemudian kita meletakkan syarat-syarat kita sendiri, lalu menyebut hukumnya. Akan tetapi,
apa yang perlu ialah kita menyebut hukumnya mengikut kehendak ahlinya, kemudian kita
mengatakan, “jika diwujudkan parameter begitu atau begini, maka ia harus” dan ketika
itu, dengan parameter tersebut, ia terkeluar daripada skop yang ahlinya, dan ia membawa
makna dan hukum yang baru”.
Dari segi sejarah, asal usul konsep pemilikan bermanfaat atau beneficial ownership kembali
kepada sejarah undang-undang amanah (trust law) pada kurun ke 12 hingga 13 yang
muncul daripada prinsip ekuiti (Brown 2003: 405; George 1999: 1) sepertimana
dibincangkan oleh Cervantes (2009: 25) , Weeghel (1998: 87) dan lain lain. Istilah ini
difahami sebagai istilah yang berlawanan dengan pemilikan undang-undang atau legal
ownership. Selain itu terdapat beberapa terma yang juga sering digunakan bagi
menunjukkan maksud yang sama iaitu beneficial interest, beneficial title, equitable
ownership dan equitable title.
Perkataan “beneficial” ditakrifkan dalam Black’s Law Dictionary edisi ke-4 (Black, 1968:
198) sebagai “tending to the benefit of a person; yielding a profit, advantage, or benefit;
enjoying or entitled to a benefit or profit” iaitu merujuk kepada manfaat seseorang,
mendapatkan keuntungan, kelebihan, atau manfaat; menikmati atau berhak kepada manfaat
atau keuntungan. Terma ini juga digunapakai dalam hal berkaitan tanah sebagai ‘beneficial
interest’ dan kepada seseorang pemilik sebagai ‘beneficial owner’. Brown (2003)
mendapati bahawa sifat ‘beneficial’ apabila ditambah perkataan ‘owner’, banyak
digunakan dalam konteks perundangan. Tujuan utama ialah membuat perbezaan antara hak
dan kuasa seseorang yang memegang harta untuk manfaat sendiri dan seseorang yang
memegang harta untuk kegunaan dan manfaat orang lain. Seolah-olahnya, ia bermaksud,
pemilikan ini ditentukan oleh undang-undang. Sebagaimana yang dinyatakan, ia sering
dirujuk dalam undang-undang amanah (trust law), di mana trustee mempunyai legal title
sesuatu harta sedangkan benefisiari mempunyai beneficial title. Ini bemaksud, sekalipun
mempunyai legal title, trustee hanya memegang harta untuk manfaat benefisiari iaitu
beneficial owner.
Biasanya istilah pemilikan benefisial digunakan dalam hal ehwal berkaitan tanah.
Penggunaan konsep pemilikan benefisial di Malaysia ialah disebabkan oleh kekangan
undang-undang yang sedia ada. Investopedia mendefinisikan pemilik benefisial sebagai “a
person who enjoys the benefits of ownership even though title is in another name”.2
Menurut kamus undang-undang Black’s Law Dictionary Edisi ke-9, pemilik benefisial
(juga dikenali pemilik ekuiti (equitable owner) ialah seseorang yang diiktiraf dalam Ekuiti
sebagai pemilik sesuatu benda kerana use (penggunaan) dan title (milik) menjadi
kepunyaan beliau, meskipun legal title (milik undang-undang) mungkin di bawah
kepunyaan orang lain, terutamanya seseorang yang mana harta miliknya dipegang secara
amanah. Black’s Law Dictionary turut mendefinisikannya dalam konteks pelaburan
sekuriti di mana pemilik benefisial ialah pemegang saham korporat yang mempunyai kuasa
291
untuk membeli dan menjual saham, tetapi tidak didaftarkan dalam sukuk syarikat sebagai
pemilik.
Berdasarkan definisi-definisi di atas, ini bermakna pemilik benefisial berhak menggunakan
dan menikmati tanah yang dimilikinya secara benefisial meskipun masih belum didaftarkan
atas namanya. Definisi yang sama turut direkodkan oleh Islamic Finance Law
Harmonisation Committee (Bank Negara Malaysia 2013: 97) iaitu “a person who enjoys
the benefits of land ownership even though the land title is in another’s name”. Ini
menunjukkan bahawa pemilik benefisial ialah pemilik sebenar dari segi undang-undang
yang menikmati segala manfaat dan faedah aset meskipun tidak mempunyai hak milik
undang-undang (legal title).
PEMILIKAN BERMANFAAT DALAM KEWANGAN ISLAM
Sebelum penafsiran fiqah dilakukan terhadap pemilikan bermanfaat dalam kewangan
Islam, isu pemindahan milik melalui kontrak jual beli perlu dijelaskan dari segi Syariah.
Kontrak jual beli ialah akad asas yang dipakai dalam produk pembiayaan.
Implikasi Akad Al-Bayᶜ Dari Sudut Pemilikan
Menurut Syariah, setiap akad al-bayᶜ akan melibatkan pemindahan milik sebagaimana
disepakati oleh ulama seperti al-Kāsānī (1986), ᶜUlayyash (1989), al-Nawawī (2002) dan
Ibn Qudāmah (1985), sama ada aset pendasar ialah harta alih atau harta tak alih. Sebagai
contoh, Al-Nawawī (2001), tokoh mazhab al-Shafi’i, berpendapat bahawa aset kontrak al-
bay sama ada harta alih atau tak alih, akan berpindah sebaik sahaja akad jual beli dimeterai.
Dengan kata lain, selesai sahaja ijāb dan qabūl dimeterai, aset akan berpindah milik.
Walaubagaimanapun, pembeli hendaklah menerima (qabḍ) objek akad jual beli tersebut
kerana ia menentukan status siapa yang menanggung liabiliti terhadap aset jika berlaku
kerosakan atau kemusnahan. Ini kerana selagi mana objek berada dalam qabd penjual,
risiko kerosakan dan kemusnahan di bawah tanggungjawabnya. Al-Nawawi (1991)
menjealskan hukum ini:
للقبض حكمان . أحدهما : انتقال الضمان إلى المشتري . فالمبيع قبل القبض من ضمان البائع ، ومعناه أنه لو تلف انفسخ
العقد وسقط الثمن
Maksudnya: “Di sana terdapat dua hukum yang dicetuskan oleh qabḍ (penerimaan);
pertama ialah pemindahan ḍamān (liabiliti) kepada pembeli. Objek jual beli berada di bawa
liabiliti penjual sebelum qabd berlaku. Ini bererti jika objek tersebut musnah, akad akan
terfasakh dan harga akan tergugur”.
Tambahan pula, ijāb dan qabūl pula boleh dinyatakan secara lisan atau apa jua cara yang
menunjukkan elemen kerelaan (redha) pihak-pihak berkontrak. Ia tidak perlu kepada
penulisan atau dokumentasi. Artikel ini akan melihat takyīf fiqhī pengunaan beneficial
ownership sama ada dalam harta alih atau tak alih. Takyif ini akan berdasarkan kepada asas
Syariah bahawa pindah milik berlaku dengan ijāb dan qabūl. Analisis fiqh akan dijalankan
berdasarkan kefahaman seperti ilustrasi di bawah:
292
Ilustrasi 1: Pindah milik dalam akad al-bay’ (jual beli) dalam kes penggunaan legal
dan beneficial ownership mengikut undang-undang
Sumber: Berdasarkan pemahaman pengkaji dari sudut undang-undang
Sepertimana dalam ilustrasi di atas, timbul isu Syariah mengenai maksud sebenar
penggunaan istilah beneficial ownership? Apakah maqāṣid (tujuan) penggunaannya dalam
kewangan Islam menurut undang-undang? Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan
terdapat beberapa tujuan telah dikenalpasti. Antaranya ialah kerana kekangan undang-
undang di kebanyakan negara. Saeed & Salah (2012) dan Al-ᶜAnzī (2014) menyatakan
dalam kes sukuk (asset-based sukuk), ia suatu yang mustahil untuk mendaftar aset harta tak
alih atas nama warga asing. Ini menyebabkan pelabur asing tidak akan mempunyai legal
ownership terhadap aset (Alāro 2014). Malahan sangat mustahil untuk mendaftar harta tak
alih atas nama ribuan pelabur. Maka, negara akan memegang aset pendasar sebagai amanah
bagi pihak pelabur. Dengan kata lain, legal ownership masih kekal bersama SPV, dan
pelabur hanya memiliki beneficial ownership aset tersebut. Isu yang sama juga boleh dilihat
dalam kes BBA yang melibatkan tanah rezab Melayu seperti dalam kes Dato’ Hj Mahmud
bin Daud v Bank Islam Malaysia Berhad (1998)2
Selain itu, cukai juga menjadi faktor kedua kepada pembahagian pemilikan kepada legal
dan beneficial. Al-ᶜAnzī (2014) berpendapat bahawa legal owner hanyalah pemegang
amanah kepada aset. Ini turut disokong oleh Al-Qurahdaghi (2014), di mana beliau
menyandarkan kepada resolusi AAOIFI 2013 mengenai sukuk bahawa diharuskan untuk
mendaftarkan aset pendasar atas nama orang lain, atas sebab perundangan, percukaian atau
keperluan prosedur tertentu dengan syarat aset telah berlaku pindah milik mengikut
Syariah.
Al-Shubaylī (2013) menyebut faktor ketiga iaitu pemisahan antara legal dan beneficial
ownership dilakukan kerana tujuan mengurangkan risiko kredit dalam sesetengah kontrak
bertangguh. Jika seseorang membeli asset (tanah) melalui kemudahan pembiayaan bank,
biasanya pihak bank akan memegang legal ownership, di mana pelanggan memegang
beneficial ownership. Namun, selepasa semua kredit diselesaikan, pelanggan akan
2 [1996] 4 MLJ, 295 (High Court); dan [1998] 3 MLJ, 393 (Appeal Court)
A (penjual) B (pembeli)
A jual aset kepada B
Milik dipindahkan
Cuma, hanya beneficial ownership
yang berpindah
Pembeli ialah beneficial owner, dan penjual masih legal owner. Jika undang-
undang mengiktiraf maksud beneficial owner is a pemilik sebenar, apakah
takyif fiqhi bagi beneficial ownership?
293
mendapat legal dan beneficial ownership. Perkara yang sama turut dinyatakan oleh Alāro
(2014).
ANALISIS FIQAH TERHADAP PEMILIKAN BERMANFAAT
Berdasarkan kepada beberapa faktor yang dinyatakan di atas, kajian ini mengenal pasti
empat (4) takyif fiqhi yang boleh dipadankan mengikut tujuan-tujuan tersebut:
Analisis Konsep Rahn
Berdasarkan kepada asas Syariah bahawa pindah milik berlaku sejurus akad jual beli
dimeterai, maka jika harga ditangguhkan dan pemilikan bermanfaat sahaja yang
dipindahkan kepada pembeli. Keadaan ini seolah-olah memberi indikasi bahawa barang
yang dijual telah dicagarkan kepada penjual untuk menjamin harga yang ditangguh.
Kontrak rahn boleh dipadankan dengan situasi ini. Malahan, al-‘Anzī (2014) dengan jelas
berpendapat bahawa salah satu faedah penggunaan beneficial ownership is ialah untuk
tujuan rahn. Rahn ialah as “holding an item in lieu of a legal right that may be satisfied
from that item” (Al-Zuhayli, 2002, 2: 79).
Dalam perbincangan mengenai jual beli tangguh (bay al-taqṣīṭ), Sesi ke-6 Akademi Fiqh
Islam di bawah OIC memutuskan:
ال يحق للبائع االحتفاظ بملكية المبيع بعد البيع، ولكن يجوز للبائع أن يشترط على المشتري رهن المبيع عنده لضمان
.حقه في استيفاء األقساط المؤجلة
Maknanya: “Tiada hak bagi penjual untuk mengekalkan pemilikan barang selepas akad jual
beli dibuat, tetapi dibenarkan untuk meletakkan syarat kepada pembeli untuk mencagarkan
barang tersebut kepadanya untuk menjamin haknya menuntut harga yang tertangguh”.
Di samping itu, mazhab Maliki berpendapat bahawa tidak perlu menyerahkan fizikal aset
yang dicagarkan kepada penerima cagaran (Al-Zuḥaylī 2002). Tidak seperti majoriti
fuqaha yang mensyaratkan penerimaan fizikal barang cagaran sebagai syarat sempurna
akad rahn. Namun, dari sudut maqāṣid, penyerahan dan penerimaan aset yang dicagar tidak
seharusnya dilihat dalam bentuk ritualistik. Secara asasnya, tujuan utama aset dicagar ialah
untuk memberi jaminan dan pengukuhan hutang yang tertangguh. the delivery and receipt
of pledged property should not be viewed in a ritualistic manner. Sehubungan dengan ini,
al-Zuhayli (2002:, v.2, p. 108) merumuskan:
“…peruntukan undang-undang sivil kontemporari untuk menetapkan cagaran sah bagi
sesetengah aset dengan hanya pengumuman atau dokumentasi melalui badan autoriti sah
memberikan kesan yang sama dengan kontrak rahn..”
Justeru, ia boleh ditafsirkan bahawa penggunaan moden istilah beneficial dan legal
ownership dalam dokumentasi undang-undang kontrak mungkin mengganti bentuk
penerimaan barangan cagaran yang disebut dalam fiqh klasik. Ini boleh dipadankan jika
tujuannya ialah untuk menjamin dan mengikat hutang yang tertangguh.
Walaubagaimanapun, takyīf fiqhī ini hanyua sesuai dalam sesetengah transaksi seperti
produk berasaskan al-bay’. Jika produk berasaskan ijārah seperti al-ijārah thumma al-bayᶜ
(AITAB), tujuan pengunaan istilah beneficial ownership mungkin berlainan.
294
Analisis Konsep Khiyār Al-Naqd
Khiyār naqd boleh dianggap sejenis syarat yang diletakkan oleh pihak berakad (Abidin
1966; Al-Zuḥaylī 2002). Ibn Abidin (1966) mendefinisikannya sebagai hak membatalkan
kontrak yang telah disyaratkan oleh salah seorang pihak apabila harga penuh tidak
dilangsaikan (Majallah al-Ahkam al-Adliyyah, perkara 313). Khiyār naqd diharuskan oleh
Abu Hanifah, Muhammad danAbu Yusuf berasaskan dalil istiḥsān untuk memenuhi hajah
umum (Al-Zuḥaylī 2002). Justifikasi istiḥsān ini ialah kerana keperluan untuk melindungi
risiki melewat-lewatkan (mumāṭalah) pembayaran hutang oleh pembeli (Musa 1994). Di
sana terdapat dua bentuk khiyar naqd menurut Hanafiyyah.
i. Penjual berkata kepada pembeli, “Saya jual barang ini kepada awak dengan
syarat jika bayaran tidak dibuat sehingga tempoh tertentu, maka jual beli ini
terbatal”. Ini sama seperti khiyār sharṭ.
ii. Pembeli berkata kepada penjual, “Saya beli barang ini daripada awak pada
harga ini dengan syarat kontrak terbatal jika awal membayar semula harga asal
dalam tempoh tertentu”. Jenis ini menyamai bayᶜ al-wafā’3. Sebab itu
sebahagian Hanafi menganggap bayᶜ al-wafā’ termasuk di bawah khiyār naqd.
Ini akan dibincangkan secara berasingan.
Namun begitu, terdapat perbezaan antara khiyār naqd dan khiyār sharṭ. Khiyar naqd
berdalilkan daripada Sunnah, manakala khiyar shart adalah hasil ijtihad fuqaha. Malahan,
hukum khiyār al-sharṭ ialah lazim sejurus selepas kontrak jual beli. Jika tempoh khiyār
berakhir tanpa pembatalan, kontrak dianggap mengikat. Sebaliknya, khiyār naqd
menjadikan jual beli tidak lazim. Maka, jika harga tidak dilangsaikan dalam tempoh
dinyatakan, maka ia dianggap fāsid dengan syarat barangan masih dalam keadaan sedia
kala. Daripada perbincangan lepas, khiyār naqd dilihat berbeza daripada beneficial
ownership kerana tiada batasan tempoh dalam beneficial ownership, manakal sebahagi
fuqaha berpendapat, khiyār naqd hendaklah dibataskan dalam tempoh 3 hari sahaja.
Analysis Of Bayᶜ Al-Wafā’
Bayᶜ al-wafā’ didakwa mula dicipta pada kurun ke-5 Hijrah, dan diharuskan oleh fuqaha
Balakh dan Bukhara untuk membantu masyarakat mendapatkan tunai bagi membayar
hutang dan memenuhi keperluan kewangan (Ali 2006). Abozaid & Saleem (2013)
mengutarakan dua bentuk bayᶜ al-wafā’, iaitu dalam bentuk pinjaman bersyarat atau dalam
bentuk jual beli bersyarat. Bagi pinjaman bersyarat, pemiutang memberikan pinjaman
dengan syarat penghutang hendaklah menjualkan barang tertentu dengan harta tangguh
yang menyamai nilai hutang. Bagi jual beli bersyarat, penjual akan menjualkan barang
tertentu kepada pembeli dengan syarat pembeli hendaklah menjualnya semula jika penjual
memberi semula harga asal.
Meskipun fuqaha Hanafi mempunyai berbeza pendapat mengenainya, mereka bersetuju
mengenai keharusannya kerana sebab hajah masyarakat (Abozaid & Saleem 2013). Isu
yang berkaitan pemilikan ialah, apakah kesan syarat yang diletakkan dalam akad al-bay’
tersebut. Menurut Abozaid & Saleem (2013), sebahagian Hanafi mengatakan dalam bayᶜ
3 Iia juga dikenali dengan nama al-rahn al-muᶜad, bayᶜ al-amānah, bayᶜ al-iṭaᶜah, bay al-ᶜuhdah, bay’ al-
thunya dan bay’ al-muᶜamalah (Abozaid & Saleem, 2013; Abidin, 1966)
295
al-wafā’, pembeli akan menjadi pemilik barang tersebut dan boleh menggunakannya dan
mengambil manfaat daripadanya sehingga penjual membeli semula dengan harga asal. Ia
menunjukkan akad bay’ itu sah dan berlaku pindah milik.
Segelintir Hanafi pula berhujah bahawa akad ini ialah bayᶜ fāsid, maka penjual dan pembeli
boleh membatalkannya. Sebahagian yang lain berpendapat ia bukan akad bayᶜ sebaliknya
ia adalah rahn. Oleh itu, tiada pindah milik berlaku kepada pembeli (atau pemiutang).
Justeru, pembeli tidak berhak mengguna dan mengambil manfaat daripada barang tersebut
selagi tidak mendapat keizina daripada pemilik asal. Abozaid & Saleem (2013) menyokong
pendapat ini dan merumuskan bahawa bay al-wafā’ mengambil hukum rahn sekalipun
secara luaran dilakukan dalam bentuk akad bayᶜ. Oleh itu, Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami
dalam persidangan ke-7 memutuskan bahawa bayᶜ wafā’ ialah tidak harus kerana ia
dianggap pinjaman yang membawa manfaat dan ia merupakan taḥāyul kepada riba.
Sementara itu, fuqaha Hanafi lain berpendapat bahawa bayᶜ’ al-wafā’ ialah akad khusus
yang mempunyai ciri-ciri bayᶜ dan rahn. Ibn Abidin (1966) menyebut pendapat al-Zaylaᶜī
yang menyetujui bahawa fatwa terpilih dalam mazhab Hanafi ialah bayᶜ al-wafā’ adalah
akad jual beli sah kerana sebahagian kesan dan hukumnya wujud seperti keharusan
mengambil manfaat daripada barangan jualan. Halangan yang wujud hanya pada perlakuan
menjual barang tersebut kepada pihak ketiga. Dengan kata lain, akad bayᶜ ini telah
memindahkan “beneficial ownership” kepada pembeli, namun “legal ownership” masih
kekal dengan penjual. (Majallah al-Ahkam al-Adliyyah Perkara 118).
Apa yang menariknya, pendapat terakhir ini dilihat menyamai bentuk penerbitan sekuriti
Islam yang popular iaitu sukuk ijārah. Dalam sukuk ijārah, pihak yang perlukan dana
(penerbit sukuk) akan menjual aset kepada pelabur dan menerima tunai sebagai harga.
Pelabur akan menyewakan aset kembali kepada penerbit sukuk untuk tempoh tertentu dan
pelabur akan mendapat nilai sewaan secara berkala. Dalam masa yang sama, penerbit sukuk
memberi janji untuk membeli semula aset daripada pelabur pada akhir tempoh sewaan
dengan harga asal. Dari segi praktis, akad jual beli pertama hanya memindahkan “beneficial
ownership”, maka pelabur tidak boleh menjual asetnya kepada pihak ketiga. Tatacara
transaksi ini disebut dalam perkara 119 Majallah al-Ahkam sebagai bay al-istighlāl, yang
bermaksud melakukan transaksi bayᶜ al-wafā’ dengan syarat penjual menyewa aset semula.
Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa terma “beneficial ownership’ dalam sesetengah produk
kewangan Islam seperti sukuk ijārah menunjukkan persamaan dengan bayᶜ al-wafā’.
Seolah-olahnya, pengasingan antara legal dan beneficial ownership dalam sukuk ijārah
menunjukkan bahawa penerbit ialah legal owner yang ada hak untuk menebus semula aset
dan pelabur tidak berhak menjualnya kepada pihak ketiga. Namun, takyīf fiqhī ini mungkin
tidak terpakai dengan produk pembiayaan lain seperti ijārah thumma al-bayᶜ dan
mushārakah mutanāqisah.
Analisis Konsep Al-Shurūṭ Al-Taqyī`Diyyah (Syarat Sekatan)
Menurut Syariah, seorang pemilik hendaklah mempunyai kemampuan dan hak taṣarruf
pada aset yang dimiliki. Namun, timbul persoalan sejauh mana pemilik bermanfaat
(beneficial owner) mempunyai hak tersebut. Oleh itu, karakter beneficial ownership
hendaklah dinilai sama ada ia memenuhi sifat milkiyyah dalam Syariah. Contohnya, dalam
akad al-bayᶜ, jika seseorang membeli barang, maka pindah milik berlaku. Jika pindah milik
dinyatakan sebagai beneficial ownership sahaja, penilaian perlu dilakukan. Antara
296
penilaian penting ialah adakah beneficial owner boleh menggunakan barang termasuk
melupuskannya. Hak melupuskan atau hak taṣarruf merupakan salah satu daripada
muqatadayat al-bay’.
Jika pembeli tersebut tidak mampu menjualnya, maka seolah-olah terdapat sekatan pada
pemilikannya. Isu sekatan terhadap pemilikan ini dibincagkan oleh fuqahā’ dalam topik
taqyīd al-milkiyyah (syarat sekatan atas pemilikan). Akad yang memindahkan pemilikan
boleh berlaku sama ada bebas daripada elemen shurūṭ atau dimasukkan dengan beberapa
shurūṭ. Jika shurūṭ yang dimasukkan bersifat membuat sekatan tertentu, ia dinamakan oleh
Laldin & Furqani (2014) sebagai al-sharṭ al-taqyīdī. Syarat ini mengenakan sekatan
tertentu kepada pihak berkontrak. Sekatan yang sering didebatkan oleh para ulama ialah
sekatan daripada melakukan taṣarruf pada aset yang dimiliki.
Secara asasnya, para ulama membezakan antara syarat yang mengenakan sekatan taṣarruf
secara total dan sekatan taṣarruf secara minor. Katakan, seorang penjual meletakkan syarat
bahawa pembeli disekat daripada menjual barang yang dibeli kepada sesetengah orang atau
kumpulan. Maka ini dianggap sekatan minor. Al-Abbādī (1974) telah merumuskan tiga
pendapat mengenai isu ini:
Pendapat pertama: Majoriti fuqahā’ mengharamkan persyaratan yang mengenakan
sekatan taṣarruf aset yang yang dibeli. Ini berdasarkan kepada hadis sahih tentang larangan
jual beli dengan syarat (Al-Buhūti, 2003; Al-Nawawi, 2001; Ibn Qudamah, 1985).
Malahan, oleh kerana akad bayᶜ sepatutnya memberikan hak tasarruf, meletakkan syarat
tersebut adalah bercanggah dengan muqtaḍā al-ᶜaqd.
Walaubagaimanapun, pendapat ini boleh dihujah balas dengan dalil umum hukum asasl
meletakkan syarat adalah harus selagi mana tiada dalil jelas melarang atau membatalkannya
daripada nas atau qiyās (Al-Abbādī 1974; Al-Muṣliḥ 1988).
Pendapat kedua: Sebahagian Maliki (Ibn Juzayy t.th.) dan satu riwayat Ahmad yang
dipilih oleh Ibn Taymiyyah (1995) mengharuskan sebarang syarat mengenakan sekatan
tasarruf dengan syarat ia adalah sekatan minor. Bahkan, sekatan minor tidak seharusnya
dianggap menyebabkan mudarat dan kerosakan kepada pembeli. Pendapat ini berdalilkan
dengan qiyās yang menyamakan syarat yang diletakkan dengan keharusan mengecualikan
manfaat tertentu daripada barangan yang dijual sekiranya ada persetujuan awal. Ini
bersandarkan kepada hadis Jabir4. Mengenai hal ini, Ibn Taymiah (1995, v. 29, p. 137),
menjelaskan:
وجماع ذلك أن الملك يستفاد به تصرفات متنوعة، فكما جاز باإلجماع استثناء بعض المبيع، وجوز أحمد وغيره استثناء
فعه، جوز أيضا استثاء بعض التصرفاتبعض منا
4 Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa beliau menumpang untanya yang sudah lemah dan ia ingin
membiarkannya. Ia berkata: Aku bertemu Nabi saw, lalu beliau berdoa untukku dan memukul untaku.
Kemudian unta itu berjalan tidak seperti biasanya. Lalu beliau bersabda: “Juallah ia padaku dengan satu
uqiyyah.” Aku berkata: Tidak. Beliau bersabda lagi: “Juallah ia padaku.” Lalu aku menjualnya dengan satu
uqiyyah, namun dengan syarat aku membawanya dahulu pada keluargaku. Setelah aku melakukannya aku
datang pada beliau dengan unta itu dan beliau membayar harganya kepadaku. Kemudian aku pulang dan
beliau mengirim seseorang mengekori aku. Lalu baginda bersabda: “Apakah engkau mengira aku
menawarmu untuk mengambil untamu? Ambillah untamu dan wangmu, ia hadiah untukmu.” Muttafaq
Alaihi. Hadis ini lafaz Muslim.
297
Maksudnya: “Dan intipatinya ialah, pemilikan asasnya memberikan pelbagai bentul
tasarrruf. Sebagaimana harus mengecualikan sesetengah barangan berdasarkan ijmak, dan
Imam Ahmad serta selainnya membenarkan pengecualian manfaat tertentu daripada
barangan yang djual, maka beliau juga membenarkan pengecualian tasarruf tertentu.
Pendapat ketiga: Ibn Shubrumah berpendapat bahawa harus meletakkan semua jenis
shurūṭ (syarat). Oleh itu, harus mengenakan syarat sekatan tasarruf kepada pembeli (Al-
Sarakhsi 1989). Pandangan ini juga berdasarkan kepada hadith Jābir dan beberapa hadith
lain yang mengharuskan meletakkan shurūṭ seperti hadith: “Orang Islam terikat dengan
janji mereka”. Mungkin, idea ini juga boleh dikaitkan juga dengan prinsip waqf yang
diterima umum ialah membenarkan seseorang menjadi pemilik namun tanpa hak tasarruf.
Ini seperti mana dalam mazhab Maliki and Hanafi, harta waqf dimiliki oleh wāqif
(pewakaf), tetapi dia tidak dibenarkan untuk tasarruf sama ada melalui jual beli atau hibah
(Sulong 2013; Zahrah 1959).
Walaubagaimanapun pendapat ini boleh memberi ketidakstabilan dan ketidakpastian
mengenai konsep pemilikan.5 Ini kerana hak tasarruf sebenarnya ialah sifat intrinsik bagi
hak pemilikan. Sekatan tasarruf secara total dianggap memberi mudarat kepada pemilik.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, boleh dirumuskan bahawa hukum asal bagi
pemilikan ialah ia tidak boleh wujud sebarang sekatan ke atas pemilik. Namun pendapat
kedua, iaitu pembeli boleh disekat daripada tasarruf dengan syarat ia bukan sekatan penuh
atau major. Meskpun, Ibn Shubrumah berpendapat boleh mengenakan sekatan secara total,
namun mungkin beliau tidak memberi kebebasan penuh untuk meletakkan syarat sebegitu.
Paling tidak, pendapat beliau hendaklah ditafsirkan ketika maṣlaḥah memerlukan kepada
syarat sedemikian. Dengan kata lain, faktor pendorong kepada syarat sekatan sebegitu
hendaklah sah dari segi undang-undang dan Shari’ah. Maslahah tesebut mungkin untuk
kebaikan pihak berkontrak atau pihak lain. Malahan Ibn Taymiyyah (1995) dalam Majmūᶜ
al-fatāwā menyebut:
فإذا كان الملك يتنوع أنواعا وفيه من اإلطالق والتقييد ما وصفته وما لم أصفه : لم يمتنع أن يكون ثبوت ذلك مفوضا
ات ما ال مصلحة له فيه . والشارع ال يحظر على اإلنسان إلى اإلنسان يثبت منه ما رأى فيه مصلحة له ويمتنع من إثب
إال ما فيه فساد راجح أو محض . فإذا لم يكن فيه فساد أو كان فساده مغمورا بالمصلحة لم يحظره أبدا
Maknanya: “Jika pemilikan boleh dikategorikan kepada pelbagai jenis seperti mutlak
(bebas) dan muqayyad (terbatas) sepertimana saya sebutkan dan apa yang saya tidak
sebutkan, maka sesuatu yang tidak dilarang bahawa membuat persyaratan tersebut ialah
hak seseorang di mana dia boleh meletakkan syarat apabila dia melihat ada maṣlaḥah, maka
ia dilarang membuat syarat tersebut apabila maṣlaḥah. Shari’ah tidak mengharamkan
seseorang melakukan sesuatu melainkan perkara yang membawa kepada fasād (kerosakan)
yang besar atau tulen. Jika tiada mudarat atau mudarat dikalahkan oleh maṣlaḥah, maka
Shari’ah tidak akan mengharamkannya selama-lamanya”.
5 Mikail (2016) berhujah dalam kajiannya bahawa waqf sepertimana disebutkan menunjukkan prinsip dual
ownership, iaitu title ownership iaitu beneficial ownership, kerana benefisiari memiliki manfaat aset waqf,
sedangkan pengurus amanah (nāzir al-waqf) memegang aset bagi pihak benefisiari. Meskipun waqf mungkin
mempunyai persamaa dengan konsep trust dalam common law, yang membentuk dual ownership, di sana
tetap ada perbezaan antara kedua-duanya. Ini kerana beneficial owner dalam common law trust ialah pemilik
sebenar aset, sedangkan majoriti ulama berpandangan bahawa pemilikan waqf sebenarnya berpindah kepada
vAllah.
298
Ulasan Analisis Fiqah
Berdasarkan kepada analisis fiqah di atas, beberapa dapatan penting boleh dirumuskan
antaranya ialah pemindahan milk dalam Syariah terjadi selepas ijab dan qabul dimeterai.
Tambahan pula, prinsip asas ini juga disetujui oleh Common law, yang mana mewarisi
idea ini daripada Syariah. Dari segi sejarah, kemunculan beneficial ownership disebabkan
oleh transaksi berkaitan pemindahan milik harta tak alih (māl ᶜaqār) seperti tanah yang
akan menjadi harta amanah (trust) di tangan pemegang amanah (orang yang memindah
milik).
Dalam praktis sekarang, beneficial ownership dipakai dalam transaki jual beli tanah apabila
title (nama pemilik baru/pembeli) tidak didaftarkan. Selaras dengan konsep bare trust,
sekalipun pemilik asal (penjual) masih memegang nama berdaftar, dia hanya dianggap
sebagai trustee. Ini menunjukkan bahawa beneficial owner ialah pemilik sebenar. Dari segi
undang-undang, ia dinamakan beneficial owner kerana tiada pendaftaran sedangkan
kontrak telah selesai.
Dalam konteks kewangan termasuk kewangan Islam, terma “beneficial ownership” bukan
sahaja digunapakai dalam transaksi tanah, malahan melibatkan jual beli komoditi dan
kenderaan. Justeru, penilaian terhadap karakter milikyyah sepertimana dikehendak dalam
Shari’ah dan aplikasi beneficial ownership dalam kewangan Islam harus dianalisis
berdasarkan kes-kes tertentu. Oleh kerana undang-undang mengiktiraf beneficial
ownership sebagai pemilikan sebenar, dan Shari’ah juga membenarkan pemindahan milik
hanya melalui kontrak/akad sahaja (ijab dan qabul), maka satu parameter khusus perlu
dibangunkan utntuk memastikan aplikasi produk kewangan Islam patuh kepada Syariah.
KEPERLUAN KEPADA PARAMETER PEMILIKAN BERMANFAAT
Perbincangan mengenai pemilikan bermanfaat menunjukkan ia berasal daripada Common
law khususnya trust law. Berdasarkan analisis yang dilakukan adalah jelas bahawa konsep
pemilikan bermanfaat dalam Common law lebih luas berbanding konsep milkiyyat al-
manfaᶜah (pemilikan manfaat). Pemilikan bermanfaat menunjukkan seseorang mempunyai
keseluruhan hak ke atas sesuatu aset dan dia bertanggungjawab terhadap semua risiko pada
aset itu atau seperti yang dinyatakan oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, aset itu
tidak didaftarkan ke atas namanya. Hakikatnya, perpindahan pemilikan telah berlaku
menurut Syariah sepertimana kehendak akad. Perpindahan pemilikan dianggap telah
berlaku sebaik sahaja tawaran (ijāb) dan terimaan (qabūl) berlaku dalam sesuatu akad jual
beli.
Pemilikan bermanfaat tidak bermaksud pemilikan ke atas sesuatu aset fizikal secara
pemilikan separa penuh (milk nāqiṣ). Jika pemilik bermanfaat memiliki kesemua sifat
pemilikan seperti yang digariskan Syariah, maka dia dianggap sebagai pemilik sebenar.
Justeru, satu parameter perlu dibangunkan dengan mengambil kira ciri-ciri pemilikan dan
melihat keadaan sebenar bagi membuktikan kewujudan pemilikan dari perspektif Syariah.
Al-Shubaylī (2013) menggariskan dua ciri-ciri penting yang mesti wujud dalam pemilikan
iaitu ḍamān (liabiliti atau risiko pemilikan) dan al-aḥaqqiyyat bi al-thaman ᶜinda bayᶜ al-
aṣl (kelayakan untuk mendapat keuntungan daripada jualan aset). Liabiliti melibatkan
tanggungjawab untuk menanggung segala kos atau kerugian disebabkan kerosakan atau
susut nilai sesuatu aset. Hal ini merupakan sifat sedia ada dan tidak dapat dipisahkan dalam
pemilikan.
299
Tambahan pula, perbincangan sebelum ini menjelaskan bahawa faktor penggunaan
pemilikan bermanfaat adalah berpunca daripada amalan kewangan Islam yang beroperasi
dalam sistem dwi-perbankan. Disebabkan kewangan konvensional tertakluk kepada
undang-undang, peraturan dan garis panduan antarabangsa dan kebangsaan, maka
kewangan Islam tidak boleh lari daripada mematuhi undang-undang yang sama. Justeru,
satu parameter yang jelas perlu dibangunkan bagi pengaplikasian pemilikan bermanfaat
dalam transaksi kewangan Islam moden supaya mematuhi kehendak Syariah. Kajian ini
mencadangkan parameter berikut perlu dilaksanakan bagi memandu penggunaan pemilikan
bermanfaat dalam kewangan Islam:
PARAMETER BERKAITAN KONTRAK
i. Kontrak hendaklah dilakukan mememuhi rukun-rukun yang digariskan dalam
Syariah
Ini adalah parameter yang sangat signifikan untuk memastikan keabsahan pemindahan
milik kerana pindah milik bergantung kepada keabsahan kontrak. Elemen kontrak (arkān)
hendaklah dipatuhi. Bagi akad jual beli (bay’) ia hendaklah mempunyai penjual, pembeli
dan subjek akad dan dikenalpasti secara jelas. Segala syarat bagi setiap rukun juga
hendaklah dipastikan wujud dan dipatuhi.
ii. Kontrak hendaklah didokumentasikan secara sah mengikut lunas undang-
undang
Bagi mengelakkan konflik yang mungkin akan wujud antara pihak-pihak berkontrak,
dokumentasi kontrak melalui kaedah dan cara yang sah mengikut undang-undang juga
mesti diikuti. Al-Quran (2: 282) memerintahkan agar kontrak terutamanya jika melibatkan
hutang atau bayaran tertangguh ditulis atau direkodkan. Majoriti ulama menyatakan ia
adalah sunat (Al-Baghawī t.th.; Al-Qurṭubī 1998; Kathīr 2002). Namun begitu, dalam
konteks dunia kewangan moden hari ini, penulisan dan dokumentasi kontrak sangat
penting. Laldin et. al (2013) bersetuju dengan asas ini dan menegaskan bahawa
dokumentasi kontrak lebih efektif untuk menjadi bukti hak dan obligasi setiap pihak
berkontrak terutamanya jika melibatkan amaun yang besar.
PARAMETER BERKAITAN PENGGUNAAN ISTILAH BENEFICIAL
OWNERSHIP
i. Beneficial ownership memberi hak yang sama seperti pemilikan yang
dikehendaki Syariah
Salah satu ciri-ciri milkiyyah tāmmah ialah seorang pemilik mempunyai hak untuk
mengguna dan menikmati semua bentuk tasarruf (haqq al-taṣarruf). Para ulama
menganggap bahawa kemampuan pemilik untuk tasarruf hartanya ialah tujuan utama
pemilikan. Walaubagaimanapun, jika wujud sekatan, maka sepertimana yang dijelaskan
sebelum ini. Al-Abbādī (1974) merumuskan tiga pendapat utama. Berbeza dengan Al-
Shubaylī (2013) and Alāro (2014), di mana mereka bincangkan isu ini di bawah hokum al-
shurūṭ al-mukhālifah li muqtaḍā al-caqd (meletakkan syarat yang bercanggah dengan
300
implikasi/kehendak akad).6 Begitu juga dengan hak-hak lain seperti hak keuntungan dan
tanggungjawab menanggung risiko pemilikan.
ii. Sekatan yang dikenakan kepada beneficial owner hendaklah berada dalam skop
justifikasi yang diterima oleh Syariah
Penggunaan beneficial ownership boleh berlaku kerana beberapa sebab ketika menstruktur
produk kewangan Islam. Contohnya, Al-ᶜAnzi (2014) berpendapat bahawa cukai ialah
salah satu sebab kenapa pemilik sebenar hanya memakai istilah beneficial owner.
Tambahan pula, menurut resolusi AAOIFI 2013 tentang transaksi sukuk sepertimana
dijelaskan oleh Al-Qurahdaghi (2014), diharuskan pendaftaran aset pendasar dalam mana-
mana transaksi kerana sebab tertentu. Dalam sukuk ijarah sebagai contoh, aset pendasar
sepatutnya dikeluarkan daripada balance sheet originator jika aset tersebut dijual. Malah,
ia ia terletak di bawah hak dan pemilikan sukuk holders atau wakil mereka. Tetapi, jika ada
sebab tertentu seperti perundagan, cukai atau prosedur tertentu untuk mengekalkan aset di
bahawa penyata kewangan originator, maka diharuskan dengan syarat prospectus tetap
menjelaskan bahawa aset dimiliki oleh sukuk holders. Denga kata lain, wajib menjelaskan
bahawa aset telah berpindah milik dari segi Syariah melalui kontrak tersebut (Al-
Qurahdaghi 2014).
iii. Beneficial ownership boleh diterima dan dikuatkuasa dalam undang-undang
negara
Parameter ini bermaksud transaksi yang dibuat hendaklah didokumentasikan secara betul
dan sah mengikut undang-undang negara berkenaan. Dokumen kewangan dan perbankan
Islam di Malaysia juga tertalku dengan undang-undang lain selain daripada Syariah. Maka
formulasi dokumentasi undang-undang bagi suatu akad mesti komprehensif mencakupi
kepatuhan kepada Undang-undang Sivil dan Syariah. Ini sangat penting supaya sebarang
pertikaian yang mungkin berlaku akan merujuk kepada dokumentasi yang sah.
KESIMPULAN
Prinsip pemilikan bermanfaat atau beneficial ownership berasal daripada undang-undang
Inggeris. Oleh itu, pemakaiannya dalam industri kewangan Islam juga hendaklah merujuk
kepada konsep yang dikehendaki dalam undang-undang Inggeris. Malahan ia diiktiraf
sebagai pemilikan sebenar dalam undang-undang Inggeris kecuali terdapat beberapa
sekatan yang dikenakan terhadap pemilik bermanfaat. Kajian ini meneroka beberapa
prinsip asas milkiyyah (pemilikan) dalam Syariah dan mengenalpasti beberapa pentafsiran
fiqah yang sesuai kepada pemilikan bermanfaat. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat
mengenai pemakaiannya dalam transaksi kewangan Islam, kajian ini menonjolkan
kepentingan sebuah parameter khusus untuk mengawal selia pengunaannya dalam
kewangan Islam bagi menjamin kestabilan amalan Syariah dalam kewangan.
6 Muqtada al-aqd bermaksud tuntutan atau implikasi akad. Jika akad ialah jual, maka muqatada akad jual
ialah memberi hak kepada pembeli untuk melakukan tasarruf pada aset yang dibeli. Ia perlu dibezakan antara
muqtada dan maqsud al-aqd, kerana ketidak patuhan kepada muqtada tidak semestinya membatalkan akad,
manakala tidak patuh kepada maqsud akad akan membatalkan akad.
301
RUJUKAN
Al-Quran
Abidin, Muhammad Amin al-Shahir bi Ibn. 1966. Radd Al-Muḥtār ᶜalā Al-Durr Al-
Mukhtār. Damascus: Matba’ah Mustafa al-Halabi.
Abozaid, Abdulazeem, & Saleem, Muhammad Yusuf. 2013. Benefitting from a Loan (
Qard ) Contract : An Analysis of Juristic Opinions.
Al-Abbādī, Abd al-Salam. 1974. Al-Milkiyyah Fi Al-Shari’ah Al-Islamiyyah: Tabi’atuha
Wa Wazifatuha Wa Quyuduha: Dirasah Muqaranah Bi Al-Qawanin Wa Al-Nuzum
Al-Wad’iyyah. 1st ed. Amman: Maktabat al-Aqsa.
Al-Anzi, Esam. 2014. Al-milkiyyah al-qānūniyyah wa al-milkiyyah al-naf’iyyah min
manẓūr shar’ī wa qānūnī. Dlm. 9th International Shari’ah Scholars Forum,
Alāro, Abd al-Razzāq Abd al-Majīd. 2014. Taṭbīq al-milkiyyah al-nafᶜiyyah wa al-
milkiyyah al-qānūniyyah fi al-tamwīl al-islāmī. Dlm. 9th International Shari’ah
Scholars Forum, ISRA.
Al-Baghawī, Al-Ḥusayn bin Mas’ūd. t.th. Tafsīr Al-Baghawī. Riyad: Dar al-Ṭaybah.
Al-Buhuti, Mansur bin Yunus bin Idris. 2003. Kashshaf Al-Qina’ an Matn Al-Iqna’.
Riyad: Dar Alam al-Kutub.
Al-Fairūzabādī, Abu Tahir Muhammad bin Ya’qub al-Shirazi. 1953. Al-Qamus Al-Muhit.
al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra.
Ali, Engku Rabiah Adawiah Engku. 2006. Bai’ al-’inah & tawarruq: mechanism and
solution. Dlm. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 2006 Bai’ Al-’Inah dan
Tawarruq: Isu-isu dan Penyelesaiannya dalam konteks Kewangan Islam, hlm. 137–
68. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.
Al-Muṣliḥ, Abd Allah bin Abd Al-Aziz. 1988. Quyud Al-Milkiyyah Al-Khassah. First.
Beirut: Mua’ssasah al-Risalah.
Al-Nawawi, Muhyi al-Din Yahya bin Sharaf. 1991. Rawdat Al-Talibin Wa Umdat Al-
Muftin. Beirut: al-Maktab al-Islami.
———. 2001. Al-Majmu’ Sharh Al-Muhadhdhab. Beirūt: Dar al-Fikr.
Al-Qurahdaghi, Ali Muhy al-Din. 2014. Al-milkiyyah al-qānūniyyah wa al-milkiyyah al-
naf’iyyah min manẓūr shar’ī wa qānūnī: al-itār al-“ām wa al-taḥaddiyat al-ra”īsah.
Dlm. 9th International Shari’ah Scholars Forum,
Al-Qurṭubī, Muḥammad bin Aḥmad. 1998. Al-Jāmi’ Li Aḥkām Al-Qur’ān. Beirūt: Dār al-
Fikr.
Al-Sarakhsi, Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal. 1989. Al-Mabṣūt. Dar al-Ma’rifah.
Al-Shubaylī, Yūsuf bin Abdullah. 2013. Al-muwā’amah bayn al-ḍawābiṭ al-shar’iyyah
wa mabādi’ al-raqābah wa al-tanẓīm. Dlm. 8th International Shari’ah Scholars
Forum, Kuala Lumpur: ISRA.
Al-Zuḥaylī, Wahbah. 2002. 2 Financial Transactions in Islamic Jurisprudence.
Damascus: Dar al-Fikr.
Bank Negara Malaysia. 2013. Islamic Finance Law Harmonisation Committee Report.
Black, Henry Campbell. 1968. BLACK ’ S LAW DICTIONARY. The Publisher’s Editorial
Staff (pnyt.). 4th ed. St. Paul, Minn. West Publishing Co.
Brown, Catherine. 2003. Symposium : beneficial ownership and the income tax act.
Canadian Tax Journal 51(1):401–53.
Cervantes, Marcos. 2009. Interpreting the concept of “ beneficial ownership .” University
of Toronto.
George, Mary. 1999. Malaysian Trust Law. Selangor: Pelanduk Publications.
Ibn Juzayy. t.th. Qawanin Al-Ahkam Al-Shar’iyyah. Lebanon: Dar al-Ilm li al-malayin.
Ibn Qudamah. 1985. Al-Mughni. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabiyy.
302
Ibn Taymiyyah. 1995. Majmu’ Fatawa Ibn Taymiyyah. Mujamma’ al-Malik Fahd.
———. 2002. Al-Qawa’id Al-Nuraniyyah Al-Fiqhiyyah. Riyad: Maktabat al-Tawbah.
Kathīr, Ismācīl bin Umar bin. 2002. Tafsīr Ibn Kathīr. Riyād: Dār Ṭaybah.
Laldin, Mohamad Akram, & Furqani, Hafas. 2014. Maqasid al-shari’ah and stipulation of
conditions (shurut) in contracts. 6(1):173–82.
Laldin et. al. 2013. Islamic Legal Maxims & Their Application in Islamic Finance. 1st ed.
Kuala Lumpur: International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance
(ISRA).
Manẓūr, Abu al-Fadl Jamaluddin Muhammad bin Mukram Ibn. 1956. Lisān Al-ᶜArab.
Dar Sadir.
Mikail, Said Adekunle. 2016. The concept of beneficial ownership: highlights on shariah
issues in its application in islamic finance. Islamic Commercial Law Report 2016 An
Annual Publication Assessing the Key Issues and Trends in Islamic Commercial Law
for the Borader Islamic Finance Industry: Produced by ISRA & Thomson Reuters .
Musa, Kamil. 1994. Ahkam Al-Mua’malat. 2nd ed. Beiru: Mua’ssasah al-Risalah.
Saeed, Abdullah, & Salah, Omar. 2012. History of sukuk: pragmatic and idealist
approaches to structuring sukuk. Dlm. Munawar Iqbal & Shamser Mohamad
Mohamed Ariff (pnyt.). The Islamic Debt Market for Sukuk Securities: The Theory
and Practice of Profit Sharing Investment, hlm. 42–66. UK: Edward Elgar
Publishing Limited.
Standard and Poor’s Ratings Services. 2012. Islamic Finance Outlook.
Sulong, Jasni bin. 2013. Permissibility of istibdal in islamic law and the practice in
malaysia. Journal of US-China Pubic Administration 10(7):680–89.
Weeghel, Stef Van. 1998. The Improper Use of Tax Treaties with Particular Reference to
the Netherlands and the United States. First. Kluwer Law International.
Zahrah, Muhammad Abu. 1959. Muhadarat Fi Al-Waqf. Ma’ahad al-dirasat al-arabiyyah
al-aliyyah.