pemulihan bacaan

7
3.0 Pemulihan Menurut Jamilah Ahmad (1999), program pemulihan merupakan langkah- langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Memgira) Menurut !e Ah Meng (199") pula,pendidikan pemulihan merupakan suatu akti#iti pengajaranpembelajaranyang disediakan untuk menolong pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajarandalam menguasai sesuatu kemahiran dengan pendekatan, bahan-bahan pelajaran serta akti#iti yang alternati$ %elajar-pelajar yang perlu mengikuti program pemulihan biasanya merupakan pelajar-pelajar lambat belajar kerana mere gagal menguasai sesuatu kemahiran dalam masa yang ditentukan &erdapat tiga matlamat program pemulihan, iaitu membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai kemahiran tertentu, membantu murid-murid membetulkan sikap yang negati$ dan tingkah laku yang menjejasan pembelajaran dan memupuk keyakinan murid dalam pembelajaran 'elain itu, prinsip pemulihan juga perlu dipatuhi semasa merancang dan melaksanakan pemulihan %rinsip pertama ialah guru perlu menentukan objekti$ pengajaran pemulihan dan akti#iti dirancang perlu melibatkan pelbagai uru juga memegang prinsip menyusun strategi pengajaran pemulihan dengan mengenal pastikategori murid yang perlu pemulihan dan punca masalah pembelajaran yang dihadapinyaselain daripada dua prinsip tersebut, guru juga boleh memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai seperti pendekatan dedukti$, pendekatan indukti$, kaedah komunikati$, kaedah main sambil belajar teknik bersoal ja ab dan sebagainya *esimpulannya, pemulihan amat penting untuk membantu murid menguasai sesuatu kemahiran uru juga perlu prihatin dan peka terha kehendak murid dalam pembelajaran agar semua murid mendapat peluang belajar yang sama

description

,,

Transcript of pemulihan bacaan

3.0Pemulihan

Menurut Jamilah Ahmad (1999), program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Memgira). Menurut Ee Ah Meng (1998) pula, pendidikan pemulihan merupakan suatu aktiviti pengajaran pembelajaran yang disediakan untuk menolong pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran dengan pendekatan, bahan-bahan pelajaran serta aktiviti yang alternatif. Pelajar-pelajar yang perlu mengikuti program pemulihan biasanya merupakan pelajar-pelajar lambat belajar kerana mereka gagal menguasai sesuatu kemahiran dalam masa yang ditentukan.

Terdapat tiga matlamat program pemulihan, iaitu membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai kemahiran tertentu, membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejasan pembelajaran dan memupuk keyakinan murid dalam pembelajaran.

Selain itu, prinsip pemulihan juga perlu dipatuhi semasa merancang dan melaksanakan pemulihan. Prinsip pertama ialah guru perlu menentukan objektif pengajaran pemulihan dan aktiviti dirancang perlu melibatkan pelbagai deria. Guru juga memegang prinsip menyusun strategi pengajaran pemulihan dengan mengenal pasti kategori murid yang perlu pemulihan dan punca masalah pembelajaran yang dihadapinya.selain daripada dua prinsip tersebut, guru juga boleh memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai seperti pendekatan deduktif, pendekatan induktif, kaedah komunikatif, kaedah main sambil belajar , teknik bersoal jawab dan sebagainya.

Kesimpulannya, pemulihan amat penting untuk membantu murid menguasai sesuatu kemahiran. Guru juga perlu prihatin dan peka terhadap kehendak murid dalam pembelajaran agar semua murid mendapat peluang belajar yang sama.

3.1Pemulihan Bacaan

Menurut Ee Ah Meng (1998), membaca adalah suatu aktiviti kognitif kompleks yang melibatkan pemindahan simbol-simbol yang dibaca kepada otak untuk ditafsir serta diberi makna. Murid perlu menguasai kemahiran asas dalam membaca seperti mengenal nama, bentuk dan bunyi huruf, mengenal perkataan, frasa dan ayat. Sekiranya murid gagal menguasai kemahiran membaca, pemulihan bacaan perlu dijalankan.

Biasanya, murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca kerana mereka keliru dengan bentuk huruf yang seakan-akan sama, huruf terbalik dan huruf berbentuk sonsang. Contohnya huruf h dan n, huruf w dan m, dan huruf p dan q. Selain itu, murid juga mungkin tidak dapat mengikut sesetengah bunyi huruf atau tidak berupaya membaca dengan intonasi yang tepat.

Untuk memudahkan guru mengesan seseorang pelajar yang bermasalah dalam bacaan, ujian bacaan diagnostik boleh dilaksanakan. Ujian ini dianggap efektif kerana membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dan membolehkan guru merancang aktiviti pemulihan bacaan yang sesuai.

Terdapat dua faktor seseorang murid itu tidak dapat menguasai kemahiran membaca, iaitu murid sendiri dan bahan bacaan. Faktor murid sendiri merangkumi kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Kecerdasan, kebolehan berbahasa dan pengalaman sedia ada boleh dikaitkan dengan latar belakang seseorang murid. Seseorang murid bertutur bahasa ibunda mereka di rumah dan Bahasa Melayu hanya sebagai bahasa kedua yang dipelajari di sekolah. Ini boleh mencetuskan masalah ketidakfasihan dalam kemahiran membaca. Untuk faktor bahan bacaan pula, ia merangkumi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik.

Terdapat beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan, antaranya guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru untuk mengenal pasti kelemahan dan tahap bacaan murid. Melalui ujian tersebut, guru dapat merancang satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada murid mengikut tahap mereka.

Selain itu, murid juga diberi tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Mereka dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan bertanya soalan terhadap soalan yang dihadapi, berbincang dengan kawan dan sebagainya.

Guru juga boleh menggunakan dua jenis bacaan, iaitu bacaan nyaring dan bacaan senyap untuk pemulihan bacaan mengikut kesesuaian. Guru boleh menggunakannya mengikut keperluan murid. Untuk jenis bacaan nyaring, ia digunakan untuk meningkatkan kemahiran sebutan, intonasi dan kelancaran membaca bagi seseorang murid manakala bacaan senyap membantu meningkatkan kemahiran pemahaman murid dan mengajar murid mengawal proses bacaan mereka.

Selain itu, terdapat beberapa komponen pengajaran pemulihan bacaan yang boleh diambil kira oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, guru melaksanakan bacaan peringkat pengajaran. Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid akan membaca bahan bacaan mengikut tahap pembelajaran mereka dan mereka akan menjumpai perkataan-perkataan yang sukar difahami dan guru akan membimbing mereka serta membantu mereka menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Pengajaran berfokus pula merupakan komponen kedua yang boleh dilaksanakan oleh guru. Komponen ini bergantung kepada keperluan murid. Guru perlu meluangkan masa untuk membantu murid yang menghadapi masalah membaca dengan memberi fokus kepada aspek tertentu sahaja. Ini dapat membantu murid berfokus kepada aspek yang mereka kurang mahir atau menghadapi kesukaran.

Selain itu, guru boleh menyemak atau meneliti semula untuk membantu murid mengingat semula perkara yang telah dipelajarinya. Perkara yang perlu diingati mereka ialah makna sesuatu perkataan dan bahan bacaan yang telah dipelajari.

Komponen terakhir ialah bacaan bebas. Bacaan ini adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekalpada diri murid, iaitu murid membantk sikap suka membaca. Mereka digalakan memilih bacaan mereka mengikut tahap mereka dan mereka dapat membaca tanpa bimbingan guru.

Beberapa pendektan yang sesuai dalam mengajarkan pemulihan bacaan, antaranya kaedah fonik. Kaedah memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan menggunakan bunyi bahasa. Selepas mengenal murid huruf, nama huruf diperkenalkan dan kemudian memperkenalkan bentuk huruf. Bunyi huruf dicantumkan sehingga perkataan sempurna terbentuk.

Di samping itu, kaedah abjad juga merupakan asas yang harus dikuasai murid. Dalam aktiviti ini, guru memainkan peranan penting, iaitu dia perlu memastikan murid-muridnya dapat menguasai dan menghafal huruf a sehingga z. Guru boleh merancang aktiviti menyebut huruf a sehingga z, aktiviti menyanyi lagu huruf ABC, memadankan huruf besar dengan huruf kecil, dan sebagainya.

Kaedah suku kata dan kaedah cantuman juga boleh digunapakai oleh guru. Untuk kaedah suku kata, ia bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Kaedaha ini juga perlu bermula daripada suku kata yang mudah seperti kvkv. Kaedah cantuman pula berasaskan suku kata bagi perkataan-perkataan yang bermakna dan perkataan tersebut akan dicantum menjadi ayat lengkap. Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. Biasanya, latihan ini melibatkan penggunaan gambar untuk merangsang murid supaya bertutur.

Selain itu, aktiviti permainan bahasa juga dapat dilaksanakan sebagai aktiviti pemulihan membaca. Ia dapat memupuk minat murid untuk menguasai kemahiran membaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklah permainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf, permainan mencari perkataan yang terlindung, dan permainan lain yang sesuai dengan pemulihan bacaan.

Pengolahan bahan pengajaran juga merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu memproses bahan, memilih bahan yang sesuai, membina bahan, menggunakan dan menilai bahanyang digunakan. Bahan pengajaran yang dibina tersebut hendaklah menarik, dan memenuhi pacaindera.

Secara keseluruhannya, masalah membaca murid dapat diatasi dengan berkesan sekiranya guru menggunakan cara pemulihan bacaan yang sesuai terhadap murid-muridnya.