PEMULIHAN BACAAN

6
PEMULIHAN BACAAN Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid. Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam pelajaran secara keseluruhan. Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan. UJIAN BACAAN: 5.3.2 Ujian Bacaan Nyaring Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan 1

description

PEMULIHAN BACAAN.docx

Transcript of PEMULIHAN BACAAN

Page 1: PEMULIHAN BACAAN

PEMULIHAN BACAAN

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam pelajaran secara keseluruhan.

Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.

UJIAN BACAAN:

5.3.2 Ujian Bacaan Nyaring

Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik. Berdasarkan kajian-kajian lepas, Abdul Aziz Talib (1989) telah menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan:

1. Peringkat huruf (abjad)

a)    Huruf kecil (a-z)

i.              mengenal bentuk hurufii.            mengenal nama hurufiii.           mengenal bunyi huruf

1

Page 2: PEMULIHAN BACAAN

b)    Huruf besar (A-Z)

i.              mengenal bentuk hurufii.            mengenal nama hurufiii.           mengenal bunyi huruf

c)    memadan huruf besar-huruf kecil

d)    Diskriminasi penglihatan

i.              huruf-huruf yang berdekatan bentukii.            huruf besar dalam perkataaniii.           huruf-huruf kecil dalam perkataan

e)    Diskriminasi pendengaran

Huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya

f)     Pembalikan huruf (reversals)

i.              huruf besarii.            huruf kecil

2. Peringkat Perkataan

a) membatang suku kata terbuka b) membatang suku kata tertutup

c) membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonan

3. Peringkat Perkataan

a) pembalikan perkataanb) membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataanc) membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka dalam perkataanc) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata tertutup dalam

perkataand) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yang

mengandungi gugusan konsonan dalam perkataanf) Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris dalam perkataang) Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan

4. Peringkat Frasa

2

Page 3: PEMULIHAN BACAAN

Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.

5. Peringkat Ayat

a) Membaca ayat-ayat pendek b) membaca ayat-ayat panjang

Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji melalui item-item soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara berasingan. Guru boleh menggunakan kad-kad ujian bagi setiap daerah kesukaran yang hendak diuji dan tidak perlu dijalankan serentak bagi kesemua tajuk.

Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan kuat dan guru merekod kesalahan –kesalahan yang dilakukan murid. Abdul Aziz Talib (1989) menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti berikut:

a)   Membuang/meninggalkan (omission) – bunyi huruf/perkataan /imbuhan yang ditinggalkan

b)    Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku katac)    Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikand)    Tambahan (insertion) – bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambahe)   Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca secara

terbalik/songsang.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca, iaitu:

a)    membatang suku kata terlebih dahulub)    bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataanc)    membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaand)    membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkake)    tidak boleh membaca langsung.

Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid mempunyai kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor, masalah penglihatan, dan masalah pendengaran.

3

Page 4: PEMULIHAN BACAAN

Latihan 1

Sebut nama-nama huruf di bawah. (a-z)

(huruf kecil)

Latihan 2

Bunyikan huruf-huruf dibawah.

(HURUF BESAR)

Latihan 3

Padankan huruf kecil dengan huruf besar.

Latihan 4

Membatang suku kata terbuka

Bunyikan suku kata berikut

Latihan 5

Membatang suku kata tertutup

Bunyikan suku kata berikut. (kvk)

Latihan 6

Membatang suku kata yang mempunyai gugusankonsonan

Bunyikan suku kata berikut.

Latihan 7

Membatang dan mencantumkan suku kata –suku kata terbuka.

Latihan 8

Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata tertutup.

4

Page 5: PEMULIHAN BACAAN

Latihan 9

Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yang mengandungio gugus konsonan.

Latihan 10

Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna

Latihan 11

Membaca ayat-ayat pendek.

Latihan 12

Membaca ayat-ayat panjang

Latihan 13

Soalan pemahaman

5