Pen Gen Alan

5
SCE3143 5.0 PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR 5.1 Definisi Pencemaran Menurut Wikipedia ensiklopedia bebas pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. 5.2 Definisi Alam Sekitar Menurut laman sesawang Wikipedia.com, alam sekitar merupakan segala benda hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar merangkumi beberapa komponen utama iaitu unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk haiwan, tumbuh- tumbuhan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku. Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang 20

description

pengenalan

Transcript of Pen Gen Alan

SCE3143

5.0PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

5.1Definisi PencemaranMenurut Wikipedia ensiklopedia bebas pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

5.2Definisi Alam SekitarMenurut laman sesawang Wikipedia.com, alam sekitar merupakan segala benda hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar merangkumi beberapa komponen utama iaitu unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku. Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

5.3Pengenalan Pencemaran Alam SekitarPencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini, era pemodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia. Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh sesebuah negara sehingga mencalarkan nama negara tersebut. Sesebuah negara sebenarnya terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju yang lain dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu dipelihara untuk masyarakat. Bak kata pepatah ditelan mati emak diluah mati bapak .Antara punca-punca yang boleh dihuraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi. Pencemaran ini terjadi tanpa diduga oleh masyarakat. Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi, ribut, taufan, gempa bumi dan sebagainya. Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan negatif terhadap masyarakat setempat. Sebagai contoh apabila berlakunya letusan gunung berapi, secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti asma, batuk, paru-paru, penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya. Oleh itu, semua pihak memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini. Mereka seharusnya tidak mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing .Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri. Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara, air, tanah, bunyi dan radiasi. Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudah pun disebarkan melalui media masa namun manusia durjana yang tidak mencintai alam memandang enteng terhadap permasalahan pencemaran alam sekitar. Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah pencemaran di atas muka bumi ini.

5.4Kepentingan Alam sekitarAlam sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian kita semua. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung. Satu suasana yang selesa dan menyamankan dapat dicapaikan sekiranya alam sekitar kita tidak dicemar. Selain daripada memberi keselesaan kepada manusia, ia juga akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak jikalau alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik atau sistematik. Jika berlakunya kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan yang amat serius terhadap kehidupan manusia. Ini menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar dengan jelas. Antara kepentingannya ialah kesihatan manusia dapat dijamin, memberi tarikan kepada pelancong asing, pembekalan udara yang segar, ekosistem yang stabil, habitat hidupan sama ada darat atau laut dapat terpelihara, dan mengelakkan kepupusan flora dan fauna.Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanasan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi sesebuah negara.Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Contohnya, udara perlu bersih untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercemar akan mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit yang menyerang sistem respirasi. Air yang bersih juga penting untuk kehidupan. Kira-kira 70% daripada kandungan sel adalah air. Air sungai yang dicemari dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian.

Sebagai satu sumber ekonomi dan biologi, kita perlu memastikan kewujudan alam sekitar yang berkualiti di bumi ini. Tanggungjawab setiap individu di dunia ini untuk memelihara alam sekitar yang bersih sangat diperlukan untuk menjamin alam sekitar yang bersih untuk generasi akan datang. 20