Pen Gen Alan

15
PENGENALAN Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan yang rapat dengan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan. Pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Ianya dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam pengajaran dan pembelajaran, ketiga-tiga aspek ini dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian, pengukuran dan penilaian sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil. Dalam bidang pendidikan, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung sama ada telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya. Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. KONSEP PENGUJIAN

description

pen

Transcript of Pen Gen Alan

PENGENALAN

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan yang rapat dengan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan.

Pengujian, pengukuran dan penilaianmemainkan peranan penting dalam kurikulum pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Ianya dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam pengajaran dan pembelajaran, ketiga-tiga aspek ini dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar. Oleh itu pemahaman terhadap konseppengujian, pengukuran dan penilaiansangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

Dalam bidang pendidikan, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaanyang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah tentang pengajaran dan pembelajaranyang berlangsung sama ada telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujiandan penilaian amat pentingmalah sama pentingnyadengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

KONSEP PENGUJIANPengujian dalam bilik darjah merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain, pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif. Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah, pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.MenurutCronbach (1970),Ujian adalah satu prosedur yang sistematikuntuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contohnya :Skala bernombor :i.30/100 untuk ujian penglihatan,ii.100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test)iii.80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.Sistem berkategori:i.ekstrovert atau introvert bagi ujian personalitiii.rabun warna bagi ujian penglihatan.Kepentinganpengujianbagi mengukur perubahan tingkah lakupelajardikukuhkan lagi oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991)yang menegaskan bahawa Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuanyang diperlihatkan oleh muriddi dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanyaakan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.Hasil daripadajawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuranyang disebut sebagaimarkah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Prosespengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikutipelaksanaan(pentadbiran ujian) dan berakhir denganpemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapatmengetahui sama ada pelajar-pelajarnyatelah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.Dalam bilik darjah, pengujian adalah untuk mengukur perubahan tingkah laku murid berkaitan dengan aktiviti pembelajaran murid. Kaedah yang lazimnya digunakan untuk mengesan pencapaian murid secara formal ialah dengan menggunakan kertas dan pensil. Ianya terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang mana murid perlu memberi tindak balas. Pengujian dapat mengukur ciri-ciri tingkah laku dalam masa terhad kepada sebahagian aspek pembelajaran sahaja seperti kognitif, afektif atau psikomotor.

CIRI-CIRI PENGUJIANSesuatu ujian yang berkualiti perlu mempunyai elemen-elemen kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, dan kebolehtadbiran.i.KesahanMerujuk kepada takat sesuatu ujian yang dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak. Kesahan isi adalah untuk menentukan setakat mana sesebuah ujian meliputi bidang ujian yang hendak diuji. Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah ditentukan terlebih dahulu. Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan sebenar seseorang pelajar untuk menjalankan sesuatu ujian pada masa hadapan dalam situasi yang lain. Contohnya seorang pelajar memperolehi 8A dalam peperiksaan percubaan di sekolah juga harus memperoleh pencapaian yang sama dalam peperiksaan SPM yang sebenar. Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau mental manusia. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya. Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Sebagai contoh, jika pelajar memperolehi skor yang tinggi dalam satu ujian, dan apabila ujian tersebut diulangi, guru mesti menyemak yang pelajar tersebut mempunyai skor yang hampir sama untuk menentukan kesahan serentak.ii.KebolehpercayaanMerujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.iii.KeobjektifanKeobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan guru dalam memeriksa jawapan pelajar yang ramai. Sebuah ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi jika pemarkahan ujian ini tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan emosi guru yang memeriksa ujian ini. Sebaliknya, ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana pemarkahan mungkin berbeza antara dua orang pemeriksa yang lain walaupun kedua-duanya menanda berdasarkan skima pemarkahan yang sama.iv.KebolehtadbiranMerujuk kepada kelicinan pelaksanaan sesebuah ujian di dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan. Ciri kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan dewan peperiksaan, pengedaran kertas soalan, pengawasan, pengutipan skrip jawapan serta pemarkahan.TUJUAN PENGUJIANi.Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.ii. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.iii. Mengesan kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar.iv. Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.v. Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang tertentu.vi. Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian.vii. Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarannya.viii. Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang.ix. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran.x. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.KONSEP PENGUKURANPengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu iaitu pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Oleh yang demikian pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Sebagai contoh, Muhammad mendapat 60 peratus dalam ujian Sains. Kita tidak menyatakan prestasi Muhammad sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian sains tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi atau ciri tertentu seseorang pelajar mengikut alat yang digunakan.Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian dan pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Oleh itu, kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 80 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 40, walaupun skor 80 itu dua kali ganda 40. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat. Proses pengukuran menunjukkan pencapaian keseluruhan murid tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan atau tingkah laku seseorang individu.

JENIS-JENIS PENGUKURANTerdapat pelbagai bentuk pengukuran yang berbeza, contohnya, pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza daripada pengukuran yang digunakan untuk menentukan tahap apresiasi agama pelajar. Begitu juga membuat pengkelasan darjah motivasi sebagai bermotivasi rendah, sederhana atau tinggi tidaklah setepat ukuran yang menggunakanskor sebenar motivasi pelajar. Penyataan dan pengkelasan pembolehubah dalam bentuk kuantitatif melibatkan pengukuran yang menggunakan skala tertentu. Pada umumnya terdapat dua jenis pembolehubah asas dalam pengukuran, iaitu jenis kuantitatif seperti 20%, 50%, 80% dan jenis kategori seperti motivasi rendah, motivasi sederhana, motivasi tinggi.Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh diukur dengan menggunakan empat jenis skala, iaitu skala nominal, ordinal, sela dan nisbah. Secara ringkasnya, skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untuk mengkelas atau menunjukkan tahap dan nilai sesuatu ukuran.

i.Skala NominalSkala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah. Skala ini mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan. Contohnya, guru ingin mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut etnik atau jantina. Guru berkenaan perlu meletakkan nilai tertentu kepada pembolehubah tersebut bagi mewakili etnik berkenaan.Misalnya, etnik Melayu diwakili nombor 1, etnik Cina diwakili nombor 2, etnik India diwakili nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4. Nombor 1 dalam sistem ini tidaklah menunjukkan bilangan yang kecil berbanding nombor 2, 3 atau 4.Dalam skala nominal ini, kita boleh menukar ganti nombor berkenaan untuk mewakili kategori etnik tertentu, misalnya, nombor 4 untuk etnik Melayu, nombor 3 untuk etnik Cina, nombor 2 untuk etnik India dan nombor 1 untuk lain-lain etnik. Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori pembolehubah yang dinyatakan, iaitu etnik. Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori pembolehubah ini disebut sebagai skala nominal. Ciri-ciri utama skala nominal adalah seperti berikut:Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja, misalnya, individu yang dikelaskan ke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik lain.Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan, tetapi dianggap sebagai nama kategori sahaja.Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu.ii.Skala OrdinalUkuran bersifat ordinal pula memberikan nilai pemeringkatan. Data boleh disusun sama ada daripada yang terrendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang. Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal pembolehubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik.Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segi pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang mendapat markah keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1, diikuti nombor 2, 3, 4 dan seterusnya. Ini menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Ciri-ciri utama skala ordinal adalah seperti berikut: Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif. Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik. Ukuran mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang atau lebih berbanding kategori lain.iii.Skala SelaData jenis ini mempunyai ciri pemeringkatan dan juga mempunyai perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. Skala ini berupaya menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan kesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin. Ini bermaksud skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek pemeringkatan. Jarak numerik yang sama dalam skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yang diukur.Contohnya, andaikan terdapat empat orang pelajar yang diukur pencapaiannya dalam skala sela, maka perbezaan pencapaian antara pelajar A yang mendapat 95% dengan Pelajar B yang mendapat 70% adalah sama dengan perbezaan pencapaian pelajar C yang mendapat 50% dengan pelajar D yang mendapat 25%. Bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan pencapaian pelajar C adalah dua kali lebih baik daripada D, kerana skala sela tidak mempunyai nilai mutlak, tetapi hanya berdasarkan jarak. Dalam skala sela, nilai sifar (0) merupakan suatu nilai yang arbitrari, yang tidak menggambarkan nilai kuantiti kosong, iaitu skala sela tidak mempunyai nilai mutlak.Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut: Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif. Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik. Ukuran yang diguna mempunyai pemberat, iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecil atau lebih besar daripada yang lain. Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga adalah arbitrari. Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua perbezaan ukuran.iv.Skala NisbahSkala keempat ialah skala nisbah, iaitu skala yang mempunyai semua ciri skala sela dan juga nilai mutlak. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong. Misalnya, perbezaan antara 30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga 90. Malah kita boleh mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45. Contoh ukuran berskala nisbah ialah wang, jarak dan tinggi.TUJUAN PENGUKURANi. Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.ii. Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.iii. Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.iv. Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran.v. Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan.vi. Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan yang tertentu.KONSEP PENILAIANPenilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.Banyak definisi telah diberikan kepada istilah penilaian. Antaranya ialah Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan ataukeputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbezadengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentuyang lebih bersifat kuantitatif.Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan pelajar sekolah rendah.Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisian dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dijelaskan secara ringkas seperti berikut :PeringkatInterpretasi &tindakan

Peringkatanalisis

PeringkatPemeriksaan &pengukuran

PeringkatPentadbiranujian

PeringkatPersediaanujian

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian. Kepentingannya di antara ketiga-tiga sistem ini dapat dilihat dalam rajah 1 di bawah.

pengujian

pengukuran

penilaian

Rajah 1 : perkaitan penilaian, pengukuran, dan pengujian

Secara umumnya, penilaian pendidikan merangkumi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukurpencapaian pelajar atau menilaipencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.Oleh itu, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred seperti A, B, C, D atau E bersama penjelasan nilainya seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal. Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai atau interpretasi ukuran.

JENIS-JENIS PENILAIANDi bawah program KBSR dan KBSM, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan, dan penilaian mengesan pencapaian. Pada amnya, ketiga-tiga aktiviti penilaian ini boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif yang digunakan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan, dan penilaian sumatif yang digunakan untuk mengesan pencapaian.Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Cara penilaian ini merupakan dalam bentuk tidak formal seperti pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, kuiz matematik, memeriksa hasil kerja pelajar dalam kelas atau kerja rumah. Penilaian formatif ini biasanya digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran pelajar secara individu supaya dapat membetulkan kesalahannya dengan serta merta.Oleh itu penilaian ini kerap kali dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajarkan. Di samping itu, penilaian formatif juga digunakan untuk mengesan kemajuan pelajar di dalam kelas melalui ujian kertas pensel dalam bentuk formal. Ujian kertas pensel lazimnya diadakan selepas beberapa unit kemahiran ataupun pembelajaran telah diajarkan. Keputusan ujian ini akan direkodkan dalam borang prestasi yang akan digunakan untuk menentukan tindakan selanjutnya.Penilaian sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal atau dua penggal. Cara penilaian yang digunakan adalah bentuk formal dengan menggunakan ujian kertas pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala radar dan senarai semak. Penilaian sumatif ini biasanya digunakan untuk menentukan pencapaian pelajar dalam beberapa unit pembelajaran. Keputusan ujian itu akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusannya dalam rekod profil serta menempatkan semula kedudukan pelajar dalam kumpulan yang sesuai.Tujuan penilaian sumatif ialah untuk mengesan pencapaian pelajar dalam kelas atau membuat perbandingan pencapaian mereka di antara kelas. Oleh itu, penilaian ini biasanya dijalankan secara formal dalam bentuk peperiksaan pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan. Selain daripada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, penilaian sumatif juga meliputi peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebagainya, yang mana keputusannya digunakan untuk menggredkan pelajar mengikut peringkat pencapaian dalam satu tahap persekolahan serta menentukan taraf pensijilan.

TUJUAN PENILAIANSistem penilaian merupakan sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menggunakan sistem penilaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini ialah :i.Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya membuat penafsiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya.ii.Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.iii.Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan.iv.Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang.v.Merekod keputusan-keputusan penilaian dalam rekod prestasi dan rekod profil untuk dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan.vi.Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru seperti program KBSR atau KBSM.

PENUTUPKesimpulannya, seseorang guru merupakan orang yang berperanan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. Guru yang menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, dan seterusnya melaksanakan tindakansusulan. Melalui aktiviti penilaian ini, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu pelajar secara menyeluruh agar menepati dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual.

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya saya berjayamenyiapkan tugasan yang telah diberikan walaupun dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru dan ketua keluarga. Tugasan ini banyak memberikan saya input-input baru yang sangat berguna untuk saya praktikkan di sekolah nanti. Tugasan ini juga menjadikan saya lebih memahami apa itu pengujian, pengukuran dan juga penilaian.Banyak ilmu baru yang saya perolehi setelah menyelesaikan tugasan ini. Ia memberikan saya satu dimensi baru dan menjadikan saya seorang yang teliti atas sesuatu tugasan yang diberikan. Ilmu yang saya perolehi ini akan saya gunakan dan akan saya kongsikan kepada rakan-rakan yang lain di tempat kerja. Selain itu, saya telah memperolehi satu pengalaman baru yang mana sikap bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu tugasan yang diberikan merupakan faktor kejayaan seseorang.Pengalaman dalam menjayakan tugasan ini cukup berharga buat saya. Saya berharap agar ilmu yang saya dapat ini akan terus berada dalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.Sepanjang melaksanakan tugasan ini pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi. Antara masalah yang paling ketara ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melaksanakan penyelidikan dan mengumpulkan maklumat. Walaubagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan baik dengan mengurus masa yang betul dan sistematik. Selain itu, kurangnya pengalaman dan ilmu yang cetek juga menyebabkan saya terpaksa menyelidik dan membuat kajian dengan bersungguh-sungguhagar tugasan ini dapat menepati apa yang dikehendaki.Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek Ilmu Pendidikan iaitu Encik Kamarul Zaman Bin Mohd Kutty yang telah memberi panduan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu sama ada secara formal atau tidak formal dalam menjayakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada keluarga tercinta kerana memberi sokongan dan dorongan serta doa agar saya berjaya dalam pengajian ini.

DISEDIAKAN OLEH : HUMAIDI BIN MAT YAACOBNo. Matrik : IPGKB : D25A-0911-0136KURSUS: KDPM-SABK-PA2

RUJUKAN

1. Ee Ah Meng (1990), Pedagogi Satu Pendekatan, Fajar Bakti Bakti Sdn.Bhd.2.Dr.Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2010), Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI) Sekolah Rendah Dan Menengah, Kumpulan Budiman sdn.Bhd. Kuala Lumpur.3.Mok Soon Sang (2009),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.4. Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.5. Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.