Pen Gen Alan

2
1.0 PENDAHULUAN Budi bahasa dan kesantunan bahasa telah lama diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdapat masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Ini telah menunjukkan kaum Malaysia mempunyai pelbagai budaya, adat resam dan agama masing-masing. Penghayatan budi bahasa dan kesantunan bahasa yang wujud dalam masyarakat telah terkandung dalam setiap ajaran yang wujud di dunia. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama telah memberi pelbagai pangajaran terhadap moral, akhlak dan kemanusiaan. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai- nilai murni dapat melahirkan satu bangsa Malaysia yang budiman dan bertatasusila. Sekiranya budi bahasa, kesantunan bahasa serta nilai-nilai murni dalam masyarakat selalu dihayati satu persatu maka masyarakat akan hidup aman dan tenteram. leh itu, amalan budi bahasa adalah sangat penting terhadap sesebuah negara. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan ter!antum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan pera baik terhadap orang lain. "amun begitu, senario hari ini masyarakat Malaysia telah mengabaikan amalan budi bahasa dan kesantunan bahasa. Masyarakat kini lebih !enderung kepada bersikap kasar, meninggikan suara semasa ber!akap dan tidak lagi mementingkan tatasusila dan beradab. Contohnya, masyarakat hari ini tidak lagi suka memberi salam dan ada juga yang tidak suka senyum apabila bertegur-sapa, tidak menjaga kebersihan tandas awam, tidak menepati masa, suka ber!akap perkataan yang kasar, serta juga kurang bertolak ansur di jalan raya. #al-hal ini telah menunjukkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin merosot. Budi bahasa dan kesantunan bahasa tidak harus dilupakan oleh masyarakat. Masyarakat sekarang sepatutnya ingat-mengingatkan amalan murni, kesantunan bahasa dan budi bahasa yang sudah hilang itu serta memahami tentang budi bahasa, kesantunan bahasa serta kepentingan mengamalkannya. $ika amalan budi bahasa dan kesantunan bahasa ini diterapkan dalam kehidupan dengan sepenuhnya akan melahirkan indi%idu dan masyarakat yang mempunyai identiti positi& ber&ikiran luas,

description

bm

Transcript of Pen Gen Alan

1.0PENDAHULUANBudi bahasa dan kesantunan bahasa telah lama diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdapat masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Ini telah menunjukkan kaum Malaysia mempunyai pelbagai budaya, adat resam dan agama masing-masing. Penghayatan budi bahasa dan kesantunan bahasa yang wujud dalam masyarakat telah terkandung dalam setiap ajaran yang wujud di dunia. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama telah memberi pelbagai pangajaran terhadap moral, akhlak dan kemanusiaan. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni dapat melahirkan satu bangsa Malaysia yang budiman dan bertatasusila. Sekiranya budi bahasa, kesantunan bahasa serta nilai-nilai murni dalam masyarakat selalu dihayati satu persatu maka masyarakat akan hidup aman dan tenteram. Oleh itu, amalan budi bahasa adalah sangat penting terhadap sesebuah negara. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Namun begitu, senario hari ini masyarakat Malaysia telah mengabaikan amalan budi bahasa dan kesantunan bahasa. Masyarakat kini lebih cenderung kepada bersikap kasar, meninggikan suara semasa bercakap dan tidak lagi mementingkan tatasusila dan beradab. Contohnya, masyarakat hari ini tidak lagi suka memberi salam dan ada juga yang tidak suka senyum apabila bertegur-sapa, tidak menjaga kebersihan tandas awam, tidak menepati masa, suka bercakap perkataan yang kasar, serta juga kurang bertolak ansur di jalan raya. Hal-hal ini telah menunjukkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin merosot.Budi bahasa dan kesantunan bahasa tidak harus dilupakan oleh masyarakat. Masyarakat sekarang sepatutnya ingat-mengingatkan amalan murni, kesantunan bahasa dan budi bahasa yang sudah hilang itu serta memahami tentang budi bahasa, kesantunan bahasa serta kepentingan mengamalkannya. Jika amalan budi bahasa dan kesantunan bahasa ini diterapkan dalam kehidupan dengan sepenuhnya akan melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai identiti positif berfikiran luas, terbuka serta bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri sendiri malahan terhadap keluarga, rakan, jiran, pemimpin, guru serta persekitaran.