Pen Gen Alan

5
960930-01-6999 1.0 PENGENALAN Tema yang saya pilih ialah Sosial dan Budaya: Adat Resam. Tajuk yang saya pilih ialah Adat Resam Yang Diamalkan Oleh Kaum Melayu Sempena Hari Raya Aidilfitri. Taman Melati merupakan tempat yang telah saya pilih untuk menjalankan kajian ini. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga,muka surat 7 telah mendefinisikan adat sebagai peraturan yang diamalkan turun- temurun dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi). Resam pula didefinisikan sebagai satu adat kebiasaan atau aturan-aturan yang menjadi adat mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga,muka surat 1133 manakala perkataan diamalkan pula bermaksud apa shaja yang dilakukan atau perbuatan baik mengikut Kamus Perdana( United Publishing House(M) SDN.BHD. (Company no.14620-K)). Seterusnya,mengikut Kamus Perdana (United Publishing House (M) SDN. BHD. (Company no.14620-K)), kaum bermaksud puak,suku dan jenis bangsa. Kaum juga bermaksud ahli keluarga dan saudara-mara. Berdasarkan informasi yang telah saya dapat dengan melayari internet,orang melayu ditakrifkan sebagai seseorang yang menganuti agama Islam,lazim bercakap Bahasa Melayu,mengamalkan adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir

description

s

Transcript of Pen Gen Alan

960930-01-69991.0 PENGENALAN

Tema yang saya pilih ialah Sosial dan Budaya: Adat Resam. Tajuk yang saya pilih ialah Adat Resam Yang Diamalkan Oleh Kaum Melayu Sempena Hari Raya Aidilfitri. Taman Melati merupakan tempat yang telah saya pilih untuk menjalankan kajian ini. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga,muka surat 7 telah mendefinisikan adat sebagai peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi). Resam pula didefinisikan sebagai satu adat kebiasaan atau aturan-aturan yang menjadi adat mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga,muka surat 1133 manakala perkataan diamalkan pula bermaksud apa shaja yang dilakukan atau perbuatan baik mengikut Kamus Perdana( United Publishing House(M) SDN.BHD.(Company no.14620-K)). Seterusnya,mengikut Kamus Perdana (United Publishing House (M) SDN. BHD. (Company no.14620-K)), kaum bermaksud puak,suku dan jenis bangsa. Kaum juga bermaksud ahli keluarga dan saudara-mara. Berdasarkan informasi yang telah saya dapat dengan melayari internet,orang melayu ditakrifkan sebagai seseorang yang menganuti agama Islam,lazim bercakap Bahasa Melayu,mengamalkan adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.( Firdaus Saari,seorang penulis WordPress Februari 28 , 2011).Selain itu,menurut beberapa sumber, dikatakan Melayu itu berasal daripada Melayu Proto dan Deutero. Berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976). A History of Malaysia and Singapore, yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli ataupun Melayu Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum Masihi. Mereka dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.Manakala Melayu Deutero pula, menurut Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia: domestic, regional, and global issues, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, Orang Melayu terdahulu telah kemudian diganti oleh Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 Sebelum Masihi.( Blogger(2012).Asal usul orang Melayu Melayu berasal dari mana?)Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006 bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia, mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Hal ini telah menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.( Blogger(2012).Asal usul orang Melayu berasal dari mana?) Mengikut Kamus Dewan,Edisi Ketiga,muka surat 14,Hari Raya Aidilfitri merupakan hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah setelah berakhir puasa selama sebulan,Hari Raya Puasa.Oleh itu,secara khususnya,adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri adalah bermaksud adat kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu secara turun-temurun sempena hari besar yang dirayakan pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah setelah berakhir puasa selama sebulan,Hari Raya Puasa.Justeru,rasional saya untuk menjalankan kerja kursus ini adalah adat resam sempena perayaan yang tidak diikuti oleh masyarakat sekarang telah menjadikan adat tersebut menjadi lagenda. Tidak dinafikan ramai orang muda sekarang yang tidak mengambil berat dengan adat istiadat yang diperturunkan oleh nenek moyang dan mereka sanggup meluangkan masa yang banyak dalam pengunaan kemudahan teknologi moden seperti komputer,telefon bimbit dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan kelunturan adat resam berlaku dalam kalangan masyarakat pada zaman sainstifik ini.Tambahan pula,saya ingin mengenal pasti asam resam yang diamalkan oleh orang Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri. Saya dapat memantapkan pemahaman dan menambahkan pengetahuan saya tentang adat resam ini. Hal ini kerana kita perlulah memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum antara satu sama lain.Justeru,kita dapat mengetahui ciri keunikan adat tersebut dan mengetahui adat resam ini dengan lebih mendalam.Akhirnya,rasional saya untuk menjalankan kajian ini adalah mengetahui perkara yang tidak patut saya lakukan sempena hari perayaan ini untuk mengelakkan perselisihan faham berlaku dan melanggar pantang larang kaum lain. Setiap adat kaum mesti ada pantang larangnya dan kita harus mengetahuinya supaya kita tidak menyentuh tentang isu sensitiviti kaum lain Hal ini kerana kita perlulah memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum antara satu sama lain. Justeru,kita dapat menjalinkan intergrasi antara kaum di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.