Pen Gen Alan

3
PENGENALAN Pendidikan menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza. Kreativiti yang terdapat di dalam diri kanak-kanak adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan bimbingan yang sewajarnya akan hilang dengan begitu sahaja. Bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti murid-murid, guru perlu memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Kanak- kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja dan aktiviti yang dilakukan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran. kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan

Transcript of Pen Gen Alan

PENGENALANPendidikan menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza. Kreativiti yang terdapat di dalam diri kanak-kanak adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan bimbingan yang sewajarnya akan hilang dengan begitu sahaja. Bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti murid-murid, guru perlu memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja dan aktiviti yang dilakukan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran. kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Semua kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai sifat yang dinamik dan berkembangmengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Kebolehan dan minat kanak-kanak dapat dilihat semenjak kecil lagi. Salah satunya ialah melalui hasil kerja seni visual yang berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Contengan dan lukisan kanak-kanak merupakan luahan perasaan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975) dan ini berbeza dengan penghasilan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, senivisual sering dikaitkan dengan keindahan dan kesempurnaan. Kebanyakanpengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifatperibadi dan tersendiri. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangandan pembangunan dari sudut emosi, intelek, fizikal dan rohani mereka. Pembangunan tahap kreativiti kanak - kanak dapatdipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap alam sekeliling. Aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Secara tidak langsung dapat membina keupayaan kognitif mereka. Dari aspek fizikal pula, penggunaan alat dan bahan dalam proses membina lukisan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.Aspek kreativiti dapat dikembangkan melalui latihan dan projek yang bersifat terbuka. Proses contengan dan lukisan ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, eksplorasi dan eksperimentasi juga dapat memperkembangkan daya kreativiti kanak-kanak dalam bidang penghasilan karya. Melalui lukisan juga, aspek sosial dan emosi dapat dibentuk dalam kalangan kanak- kanak. Mereka berpeluang untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti seni visual juga memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.