Pen Gen Alan

1
Pengenalan Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian. Ciri-ciri : Tempat Kediaman Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka. Kegiatan Seharian Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akan kelaparan. Peralatan Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk menangkap ikan. http://saifullahzulkifli.blogspot.my/2015/01/pengaruh-bugis-dan- pengasasan.html

Transcript of Pen Gen Alan

Page 1: Pen Gen Alan

Pengenalan 

Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian.  Ciri-ciri :  Tempat Kediaman 

Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka.  Kegiatan Seharian 

Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akan kelaparan.  Peralatan 

Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk menangkap ikan.  

http://saifullahzulkifli.blogspot.my/2015/01/pengaruh-bugis-dan-pengasasan.html