Pen Gen Alan

2
PENGENALAN Menurut Histrich & Peter (1988) dalam jurnalnya The Entrepreneur in Northern Ireland , keusahawanan didefinisikan sabagai suatu proses yang dinamik untuk mencipta dimana menanggung risiko besar di dalam equity , masa dan komitmen kerjaya atau proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima manfaat daripadanya. Manakala menurut Kuratko dan Hodgetts (2004) pula, keusahawanan ditaksirkan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution). Dalam usaha melahirkan guru pelatih yang berdisiplin dan bersahsiah murni, keperluan jasmani, intelektual dan sosial amat diperlukan dalam masyarakat masa kini. Bertepatan ini, penglibatan pelajar dalam kelab dan persatuan adalah salah satu bidang pendidikan luar yang menjadi medan menimba ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan individu yang seimbang dan harmonis. Kelab dan persatuan merupakan satu organisasi yang dapat melahirkan pelajar berketerampilan, menanamkan sifat kepimpinan yang tinggi dan mendedahkan pelajar dalam menguruskan sesuatu organisasi dengan lebih cekap bagi memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat dan negara amnya di masa akan datang. Menyedari hal ini, Unit Gerko IPG kampus darulaman bercadang ingin mengadakan Ekspo Keusahawan di IPDA ini yang melibatkan semua guru pelatih PISMP Semester 6. Ekspo Keusahawanan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang harmonis di samping mampu memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan ekonomi negara. Program Karnival Keusahawanan yang antara lain terdapat dalam Jadual 3/ RMK WAJ 3131, persatuan yakni gerak kerja kokurikulum yang digubal bagi menyediakan bakal guru secara menyeluruh ke arah mengoptimumkan perkembangan kognitif di samping meningkatkan ilmu pedagogi dalam bidang pendidikan pelajar. Mereka berperanan bagi memenuhi pertumbuhan dan

Transcript of Pen Gen Alan

Page 1: Pen Gen Alan

PENGENALAN

Menurut Histrich & Peter (1988) dalam jurnalnya “The Entrepreneur in

Northern Ireland”, keusahawanan didefinisikan sabagai suatu proses yang

dinamik untuk mencipta dimana menanggung risiko besar di dalam “equity”,

masa dan komitmen kerjaya atau proses mencipta sesuatu yang baru dengan

mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan,

psikologi dan sosial serta menerima manfaat daripadanya. Manakala menurut

Kuratko dan Hodgetts (2004) pula, keusahawanan ditaksirkan sebagai suatu

proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi,

alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam

kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

Dalam usaha melahirkan guru pelatih yang berdisiplin dan bersahsiah

murni, keperluan jasmani, intelektual dan sosial amat diperlukan dalam

masyarakat masa kini. Bertepatan ini, penglibatan pelajar dalam kelab dan

persatuan adalah salah satu bidang pendidikan luar yang menjadi medan

menimba ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan individu yang seimbang

dan harmonis. Kelab dan persatuan merupakan satu organisasi yang dapat

melahirkan pelajar berketerampilan, menanamkan sifat kepimpinan yang tinggi

dan mendedahkan pelajar dalam menguruskan sesuatu organisasi dengan lebih

cekap bagi memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat dan negara amnya di

masa akan datang. Menyedari hal ini, Unit Gerko IPG kampus darulaman

bercadang ingin mengadakan Ekspo Keusahawan di IPDA ini yang melibatkan

semua guru pelatih PISMP Semester 6. Ekspo Keusahawanan ini bertujuan

untuk membangunkan modal insan yang harmonis di samping mampu memberi

sumbangan yang besar dalam pembangunan ekonomi negara.

“Program Karnival Keusahawanan” yang antara lain terdapat dalam

Jadual 3/ RMK WAJ 3131, persatuan yakni gerak kerja kokurikulum yang digubal

bagi menyediakan bakal guru secara menyeluruh ke arah mengoptimumkan

perkembangan kognitif di samping meningkatkan ilmu pedagogi dalam bidang

pendidikan pelajar. Mereka berperanan bagi memenuhi pertumbuhan dan

Page 2: Pen Gen Alan

perkembangan dalam aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. Usaha

murni ini akan berfungsi membentuk para pelajar yang cergas, cerdas,

berketrampilan dan produktif. Wajaran utama semasa melaksanakan program ini

berfokus kepada memperoleh pengalaman, ilmu kemahiran, pentadbiran dan

pengurusan bagi membina sahsiah dan sikap positif yang perlu bagi

melaksanakan tugas yang dirancang secara sistematik dan berkesan secara

koperatif dan kolaboratif. Program ini juga dapat melatih kemahiran insaniah,

memupuk sifat keusahawanan serta dapat menerap nilai kerjasama dalam diri

para pelajar.

Bagi memenuhi hasrat ke atas, Unit Kokurikulum telah mengambil inisiatif

untuk menganjurkan satu program karnival keusahawanan amali RMK WAJ

3131 persatuan bagi memenuhi keperluan kursus wajib yang terdapat dalam

proforma/ Jadual 3 PISMP Semester 6. Pelajar diberi peluang merancang dan

melaksanakan aktiviti serta berpeluang meningkatkan sahsiah kepimpinan serta

berpeluang menjayakan satu program yang agak besar dengan bimbingan para

pensyarah WAJ 3131 Persatuan.