Pen Gen Alan

download Pen Gen Alan

of 2

description

1

Transcript of Pen Gen Alan

PengenalanMelalui kerja kursus ini, guru pelatih perlu menjelaskan konsep, tujuan, kepentingan, etika pentaksiran, membuat penilaian berterusan dalam program pendidikan awal kanak-kanak. Guru pelatih juga perlu membuat perbezaan dan persamaan antara standard pentaksiran bagi perkembangan awal kanak-kanak. Selain itu, guru pelatih juga perlu merancang dan membina senarai semak untuk melaksanakan pentaksiran kepada dua murid prasekolah berdasarkan satu domain perkembangan kanak-kanak. Saya Law Lui Kee telah memilih domain bahasa iaitu Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu untuk menjalankan pentaksiran kepada dua murid prasekolah di SK Seri Sekamat.Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru menggunakan kertas ujian untuk mengukur atau menilai prestasi murid-murid dalam sesebuah bilik darjah. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai perbezaan dan keunikan sendiri.Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak. Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut dapat dicapai, pentaksiran memainkan peranan penting untuk menilai perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek yang dikenalpasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melalui pengajaran dan pembelajaran harian.