Pen Gen Alan

20
PENGENALAN Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat Melayu kerana ia tidak dimasyhurkan di negara kita, sedangkan ia berkembang luas pada zaman Rasulullah SAW. dan selepasnya. Sebenarnya ia bukan suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, bahkan Al-Quran yang dibaca sekarang adalah Qiraat, tetapi masyarakat kita tidak mengetahuinya. Sebagaimana Al-Quran dan Qiraat adalah suatu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga pada ilmu Tajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalah Al-Quran. Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tanpa bertajwid ia tidak dinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadat, bahkan ia berdosa di sisi syarak. Firman Allah SWT, ل تَ رَ وَ ن آْ رُ قْ ل آ لا يِ تْ رَ ت“Bacalah Al-Quran dengan murattal (bertajwid dan menyebut hurufnya dengan baik).”(al-Muzammil: 4) Penulisan ini bertujuan untuk mengemukakan kajian ringkas mengenai qiraat, sejarahnya dan pengamalan di kalangan umat Islam. AL-QURAN DITURUNKAN TUJUH HURUF Al-Quran adalah satu mukjizat yang tersebar dan teragung yang diturunkan dalam bahasa Arab dalam tujuh huruf. Banyak hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat mengenai Al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf dan hadith tersebut adalah mutawatir, di antaranya yang berpendapat demikian ialah Abu ‘Ubayd al-Qasim bin Salam sebagaimana yang disebutkan oleh al-Suyuti di dalam kitabnya. Rasulullah SAW bersabda,

description

hg

Transcript of Pen Gen Alan

Page 1: Pen Gen Alan

PENGENALAN

Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat Melayu kerana ia tidak

dimasyhurkan di negara kita, sedangkan ia berkembang luas pada zaman

Rasulullah SAW. dan selepasnya. Sebenarnya ia bukan suatu ilmu yang

asing bagi umat Islam di Malaysia, bahkan Al-Quran yang dibaca sekarang

adalah Qiraat, tetapi masyarakat kita tidak mengetahuinya. Sebagaimana

Al-Quran dan Qiraat adalah suatu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan,

begitu juga pada ilmu Tajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan

Tajwid itu adalah Al-Quran. Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-

Quran tanpa bertajwid ia tidak dinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi

suatu ibadat, bahkan ia berdosa di sisi syarak.

Firman Allah SWT,

�ل � ت آن� و�ر� �ق ر� تيال ال �ر� ت

“Bacalah Al-Quran dengan murattal (bertajwid dan menyebut hurufnya

dengan baik).”(al-Muzammil: 4)

Penulisan ini bertujuan untuk mengemukakan kajian ringkas mengenai

qiraat, sejarahnya dan pengamalan di kalangan umat Islam.

AL-QURAN DITURUNKAN TUJUH HURUF

Al-Quran adalah satu mukjizat yang tersebar dan teragung yang diturunkan

dalam bahasa Arab dalam tujuh huruf. Banyak hadith yang diriwayatkan

oleh para sahabat mengenai Al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf dan

hadith tersebut adalah mutawatir, di antaranya yang berpendapat demikian

ialah Abu ‘Ubayd al-Qasim bin Salam sebagaimana yang disebutkan oleh al-

Suyuti di dalam kitabnya. Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan atas tujuh huruf, maka bacalah

kamu mana yang mudah daripadanya.”(HR Bukhari dan Muslim).

Page 2: Pen Gen Alan

Para ulama berbeza pendapat mengenai Al-Quran diturunkan dengan tujuh

huruf, iaitu:-

i. Ada pendapat yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh

bahasa dari tujuh bangsa selain bangsa Arab. Pendapat ini didasarkan

wujudnya kalimat-kalimat yang bukan dari bahasa Arab dalam Al-Quran

seperti ‘Sirat’ (Rome), ‘Istabraqen’ (Yunani), ‘Sijjil’(Parsi),

‘Haunaan’(Siryani).

ii. Pendapat yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dengan tujuh jenis

qiraat (bacaan) tetapi pendapat ini adalah lemah.

iii. Pendapat ketiga menyatakan yang dimaksudkan tujuh huruf tersebut

ialah tujuh bahasa kabilah Arab yang masyhur di waktu itu tetapi apabila

Islam menjadi teguh, hanya bahasa Arab Quraysyi sahaja yang digunakan.

Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada al-Rasul melalui perantaraan

Jibril a.s. Beliau menerima cara bacaan yang betul daripada Jibril mengikut

kehendak Allah SWT. Setelah itu Rasulullah SAW mengajarkan Al-Quran

kepada para sahabat sebagaimana yang diajar oleh Jibril kepadanya.

Malaikat Jibril sendiri mengajar Al-Quran kepada Rasulullah SAW dengan

‘Tujuh Huruf’. Berkaitan dengan itu Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud,

“Malaikat Jibril membacakan Al-Quran kepadaku dengan satu huruf, maka

aku sentiasa mengulang-ulanginya. Aku juga sentiasa meminta kepada Jibril

agar menambahkannya lagi, sehingga akhirnya ia menambahkannya sampai

menjadi 7 huruf.” (Riwayat Syaikan).

PENGERTIAN ‘TUJUH HURUF’ MENGIKUT PANDANGAN ULAMA

Sab’atu bererti tujuh dan Ahruf adalah jama’ daripada perkataan huruf yang

ertinya beberapa huruf . Di samping itu harf bererti wajah dan lain-lain.

Secara harfiah Sab’atu Ahruf bererti tujuh huruf atau tujuh wajah.

Para ulama berselisih pendapat mengenai makna tujuh huruf sehingga 40

pendapat. Pendapat ini boleh diambil iktibar dan pengajaran antaranya;

Page 3: Pen Gen Alan

i. Cegah, suruh, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujah.

ii. Balasan baik dan buruk, halal, haram, peringatan, perbandingan dan

hujah.

iii. 7 bahasa iaitu Quraisy, Yaman, Jarham, Hairizam, Qurdaah, Al-Tamim

dan Ther.

iv. 7 Qiraat sahabat iaitu Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Ibn Mas’ud, Ibn

‘Abbas dan Ubay bin Ka’ab.

v. Zahir, batin, fardu, sunat, khusus, umum, pemisahan dan perbandingan.

vi. Depan, akhir, faraid, hudud, peringatan, mutasyabihah dan

perbandingan.

vii. Suruhan, larangan, akad (jual beli), ilmu, rahsia, zahir dan batin.

viii. Hamzah, imalah, baris atas, baris bawah, tebal, panjang dan pendek.

ix. Suruhan, larangan, berita gembira, peringatan, perkhabaran,

perbandingan.

Manakala mengikut Ibnu Hayyan, beliau mengatakan Ahli ilmuwan berbeza

pendapat tentang makna tujuh huruf menjadi 35 pendapat . Di antara

pendapat yang paling mendekati kebenaran ialah;

i. Tujuh macam bahasa daripada bahasa-bahasa Arab yang mempunyai satu

erti atau makna bagi bahasa Quraisyi, Huzail, Saqif, Hawazin, Kinanah,

Tamim dan Yaman;

ii. Tujuh macam bahasa daripada bahasa-bahasa Arab dengan mana Al-

Quran diturunkan.

iii. Tujuh wajah amr(perintah), nahyu (larangan), wa’d (janji) ‘ wa’id

(ancaman), ‘jadal (perdebatan); atau Qasas (cerita) dan masal

Page 4: Pen Gen Alan

(perumpamaan) atau amr, nahyu, halal, haram, muhkam, mutashabih, dan

amsal;

iv. Tujuh huruf adalah tujuh macam hal yang di dalamnya terjadi ikhtilaf

(perbezaan) iaitu Ikhtilaf al-asma’ (perbezaan Kata benda) dalam bentuk

mufrad, muzakkar dan cabang-cabangnya seperti tasniyah jamak dan ta’nis;

Perbezaan dalam segi I’rabb (harakat akhir kata); Perbezaan dalam tasrif;

Perbezaan dalam takdim (mendahulukan) dan ta’khir (mengakhirkan);

Perbezaan dalam segi ibdal (penggantian) baik pengertian huruf dengan

huruf; Perbezaan kerana ada penambahan dan pengurangan ikhtilaf

(ziadah); dan Perbezaan lahjah seperti bacaan tafkim (menebalkan) dan

tarqiq (menipiskan) fathah dan imalah, izhar dan idgham, hamzah dan

tashil, isymam dan sebagainya;

v. Bukan pengertian harfiah tetapi lebih kepada isyarat lambing

kesempurnaan bahasa Arab, kerana lafaz ‘Sab’ah’ digunakan untuk jumlah

yang banyak bilangan satuan seperti ‘70’ dalam bilangan puluhan, ‘700’

dalam bilangan ratusan dan bukannya bilangan 1 hingga 10. Kata ‘Sab’ah’

bukan ditujukan pada bilangan tertentu.

vi. Tujuh huruf bermakna Qiraat Tujuh.

Imam Sayuti mengatakan Ibnu Jazari mengemukakan pendapat tentang

Sab’atu Ahruf ialah Quran diturunkan dengan tujuh macam bahasa dan

tujuh ajaran, tetapi pendapat tersebut tidak sahih .

Pendapat yang paling masyhur mengenai pentafsiran Sab’atu Ahruf adalah

pendapat Ar- Razi dikuatkan oleh Az-Zarkani dan didukung oleh jumhur

ulama. Perbezaan yang berkisar pada tujuh wajah;

i. Perbezaan pada bentuk isim , antara mufrad, tasniah, jamak muzakkar

atau mu’annath. Contohnya,

�ذين� �اتهم� ه م� و�ال اع ون� و�ع�ه�دهم� ألم�ان ر� (Al-Mukminun: 8)

Lafaz bergaris dibaca secara jamak �اتهم� .ألم�انتهم� dan mufrad ألم�ان

Page 5: Pen Gen Alan

ii) Perbezaan bentuk fi’il madhi , mudhari’ atau amar. Contohnya,

وا �ا ف�ق�ال �ن ب �اعد� ر� �ن� ب �ي % ب �ا ف�ارن س�� أ (Saba’ : 19)

Sebahagian qiraat membaca lafaz ‘rabbana’ dengan rabbuna, dan dalam

kedudukan yang lain lafaz ‘ba’idu’ dengan ‘ba’ada’.

iii) Perbezaan dalam bentuk ‘irab. Contoh, lafaz ا� م� إذ �ع�ت �اي �ب ض�ار� و�ال ت �اتب/ ي ك (Al-

Baqarah: 282) dibaca dengan disukunkan huruf ‘ra’ sedangkan yang lain

membaca dengan fathah.

iv) Mendahulukan (taqdim) dan mengakhirkan (ta’khir). Contoh,

ة و�ج�اء�ت� �ر� ك �م�و�ت س� بال�ح�ق ال (Surah Qaf: 19) dibaca dengan didahulukan ‘al-haq’

dan diakhirkan ‘al-maut’, �ح�ق و�ج�اء�ت�ال ة �ر� ك �م�و�ت س� بال . Qiraat ini dianggap lemah.

v) Perbezaan dalam menambah dan mengurangi. Contoh ayat 3, Surah al-

Lail,

�ق� و�م�ا ل �ر� خ� �ث�ى الذ�ك و�األن . Ada qiraat yang membuang lafaz ‘ma kholaqo’(bergaris).

vi) Perbezaan ibdal (ganti huruf). Contoh, kalimah ‘nunsyizuha’ dalam ayat

259 Surah al-Baqarah dibaca dengan ‘nunsyiruha’ (‘zai’ diibdalkan dengan

huruf ‘ra’).

vii) Perbezaan lahjah seperti dalam masalah imalah, tarqiq, tafkhim, izhar,

idgham dan sebagainya. Perkataan ‘wadduha’ dibaca dengan fathah dan

ada yang membaca dengan imalah (teleng) dengan bunyi ‘wadduhe’

(sebutan antara fathah dan kasrah).

Pendapat yang paling rajih dari semua pendapat di atas adalah yang

mengatakan tujuh huruf sebagai tujuh macam bahasa daripada bahasa-

bahasa Arab yang mempunyai satu erti atau makna. Pendapat ini dipegang

oleh Sufyan bin ‘Uyainah, Ibnu Jarir, Ibnu wahb dan lain-lain.

Page 6: Pen Gen Alan

Ibn Abdil Barr menisbahkan pendapat ini kepada sebahagian besar ulama

dan dalilnya terdapat dalam hadis Abu Bakrah; “Jibril mengatakan: “Wahai

Muhammad , bacalah Quran dengan satu huruf.” Lalu Mikail mengatakan:

‘Tambahkan’ “Jibril berkata lagi .” Dengan dua huruf!” Jibril terus

menambahnya hingga sampai enam atau tujuh huruf. Lalu ia berkata : “

semua itu ubat penawar yang memadai, selama ayat azab tidak ditutup

dengan ayat rahmat , dan ayat rahmat tidak ditutup dengan ayat azab .

Seperti kata-kata :halumma, ta’ala, izhab, aqbil, asra’ dan ‘ajal.’“ Ibn ‘Abdil

Barri menyebut: “ Maksud hadis ini hanyalah sebagai contoh bagi huruf-

huruf yang dengannya Al-Quran diturunkan . Ketujuh huruf itu mempunyai

makna yang sama pengertiannya, tetapi berbeza di segi bunyi ucapannya.

Tidak satu pun di antaranya yang mempunyai makna yang saling

berlawanan atau satu sudut yang berbeza makna dari sudut lain secara

berlawanan . Misal rahmat lawan dari azab . Pendapat pertama ini disokong

oleh banyak hadis lain.

HIKMAH DITURUNKAN DENGAN TUJUH HURUF

Hikmah di sebalik Allah menurunkan Al-Quran dengan tujuh huruf ialah

untuk memudahkan umat Islam membacanya , sebagaimana sabda

Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan

dengan tujuh huruf, maka bacalah ia dengan bacaan yang mudah

daripadanya.”

Dalam hadis riwayat Muslim juga diterima menerusi Ubay, beliau bersabda

yang bermaksud, “Wahai Ubai! Aku diperintahkan agar membacakan Al-

Quran dengan satu huruf, maka aku memohon kepada malaikat Jibril agar

diberi kemudahan bagi umatku dan dia menjawab agar aku membacanya

dengan dua huruf . Aku masih mengulangi lagi permintaan agar diberi lagi

keringanan untuk umatku . Maka dia menjawab untuk yang ketiga kalinya .

“ Bacalah Al-Quran itu dengan tujuh huruf.”

Oleh itu bacaan Al-Quran tujuh huruf itu bukanlah rekaan atau ciptaan Nabi

Muhammad SAW, tetapi malaikat Jibril yang mengajarnya mengikut

kesesuaian perintah Allah, Rasulullah SAW diperintahkan supaya tidak

tergesa-gesa bila membaca Al-Quran tetapi dikehendaki setelah sempurna

Page 7: Pen Gen Alan

diwahyukan dan ikut cara Jibril membacanya. Rasulullah SAW juga dilarang

oleh Allah meniru Jibril membaca ayat dari ayat sebelum Jibril a.s selesai

membacakannya agar baginda dapat menghafal dan memahaminya dengan

betul setiap ayat yang diturunkan.

Allah SWT berfirman :

�ع�ج�ل� و�ال آن ت �ق ر� �ل من� بال �ن� ق�ب ق�ض�ى أ �ك� ي �ي ه إل ي و�ح�

Ertinya : “ Dan jangan lah kamu tergesa gesa dalam membaca Al-Quran

Sebelum disempurnakan mewahyukannya .” (Taha: 114)

FirmanNya lagi:

�ا �اه ف�إذ ن� أ �بع� ق�ر� �ه ف�ات آن ق ر�

Ertinya “ Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah

bacaannya. (Al-Qiamah: 18).

TUJUH HURUF DAN KAITANNYA DENGAN MASHAF ‘UTHMANI

Mashaf ‘Uthmani adalah mashaf yang dicatat dan disempurnakan pada

zaman Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan yang digunakan pada hari ini. Menurut

jumhur ulama, mashaf ini berjumlah 6 buah yang mencakupi ‘Tujuh Huruf’.

Sebagai contoh, (bahasa Yaman), (bahasa Yaman), (bahasa Hawazin),

(bahasa Abbas) dan lain-lain yang terdapat dalam al-Quran resam ‘Uthmani.

QIRAAT DAN PERBAHASAN MENGENAINYA

1. Pengertian

Qiraat adalah bentuk masdar daripada qara’a atau jamak daripada qiraah

yang ertinya bacaan. Menurut istilah ilmiah, qiraat adalah satu

mazhab(aliran) pengucapan Al-Quran yang dipilih oleh salah seorang Imam

qurra’ sebagai suatu mazhab yang berbeza dengan mazhab lainnya. Dengan

Page 8: Pen Gen Alan

kata yang lain ia membawa maksud perbezaan-perbezaan dalam membaca

Al-Quran, iaitu perbezaan lafaz-lafaz Al-Quran mengenai huruf-huruf dan

cara mengucapkannya di segi tebal atau nipis, panjang pendeknya dan

sebagainya.

Muhammad Abdul Azim Az-Zarqani mengatakan: “Qiraat ialah suatu

mazhab yang dipilih oleh imam qiraat yang mana antara satu dengan

lainnya tidak sama dalam menuturkan Al-Quran.”

Muhammad Salam Muhsin mengatakan: “Qiraat adalah satu ilmu yang

membahaskan tentang cara pertuturan kalimat-kalimat Al-Quran serta cara

pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap wajahnya kepada seorang

Imam pakar qiraat.”

Muhammad ‘Ali Shabuni mengatakan: “Qiraat ialah suatu cara daripada

beberapa cara mengucapkan Al-Quran yang masing-masing imam itu

memilih satu cara yang berbeza dengan yang lainnya dalam mengucapkan

Al-Quran.”

Definisi tersebut di atas, dapatlah kita simpulkan qiraat adalah suatu ilmu

pengetahuan mengenai cara melafazkan Al-Quran secara praktikal dengan

pengucapannya yang baik, sama ada disepakati atau diperselisihkan

kesahihannya dengan berpandukan pada mazhab-mazhab yang diakui

sanadnya hingga sampai kepada Rasulullah SAW. Qiraat yang dianggap

mutawatir dalam pembacaan Al-Quran adalah Qiraat Sab’ah atau Qiraat

Tujuh. Sebahagian orang menyangka bahawa qiraat atau macam-macam

bacaan Al-Quran tersebut direka oleh Rasulullah SAW atau oleh para

sahabat dan para tabiin. Tidak kurang juga yang membuat andaian ianya

dibuat oleh pakar Al-Quran yang dipengaruhi oleh kabilah-kabilah Arab atau

bangsa ‘Ajam (bukan Arab) yang Islam. Anggapan tersebut adalah tidak

benar berdasarkan riwayat puluhan hadis sahih menerangkan pelbagai

bacaan semenjak Al-Quran diturunkan. Kesemua bacaan yang diriwayatkan

oleh ketujuh-tujuh imam itu telah diakui dan disepakati oleh para ulama

sebagai sahih dari Rasulullah SAW yang dikenali dengan Qiraat Sab’ah atau

Qiraat Tujuh. Beberapa kitab ulum Al-Quran menyebut tentang qiraat tujuh

yang dianggap mutawatir oleh jumhur ulama.

Page 9: Pen Gen Alan

Ibnu Subki mengatakan pula: “Qiraat tujuh dipandang mutawatir dengan

sebenar-benarnya, yakni yang dinukilkan daripada Rasulullah SAW oleh

suatu jemaah yang diyakini mereka tidak mungkin berdusta.”

Para ulama bersepakat tentang kemutawatiran qiraat tujuh ini. Oleh kerana

itu umat Islam wajib mempercayai dan tidak boleh menolak kebenaran

qiraat tujuh ini, yang telah dibawa oleh orang-orang kepercayaan dengan

sanad yang bersambung terus kepada Rasulullah SAW. Al-Qadhi Jalaluddin

Al-Balqini yang menyifatkan qiraat tujuh sebagai mutawatir lagi masyhur,

katanya: “Qiraat itu terbahagi menjadi qiraat mutawatir, ahad dan syaz.

Adapun qiraat yang mutawatir adalah qiraat tujuh.”

2. Perkembangan Ilmu Qiraat

Di peringkat awal Al-Quran hanya diturunkan dalam satu huruf sahaja, akan

tetapi Rasulullah SAW mendesak malaikat Jibril agar ditambah lagi, supaya

umatnya tidak menghadapi masalah dan kesusahan dalam membaca Al-

Quran dan memilih mana-mana bacaan yang mudah. Lalu Jibril pun

menambahnya sehingga tujuh huruf.

Ilmu qiraat adalah sebahagian daripada ulum Quran atau ilmu-ilmu tentang

Al-Quran yang membicarakan kaedah membaca Al-Quran. Ilmu disandarkan

kepada Imam periwayat dan pengembangnya yang sanadnya bersambung

sampai kepada Rasulullah SAW. Cara pengambilan ilmu ini adalah secara

‘talaqi’ iaitu berdepan dengan guru dengan memperhatikan bentuk mulut,

lidah dan bibir guru ketika melafazkan ayat-ayat Al-Quran. Manakala

mashaf resam ‘Uthmani hanyalah sebagai rujukan semata.

Oleh sebab itulah Khalifah ‘Uthman sewaktu mengirimkan Mashaf ke

wilayah, menghantar pula seorang qari yang qiraatnya bersesuaian dengan

mashaf yang dikirimkannya. Mereka yang dihantar terdiri daripada sahabat-

sahabat yang arif tentang bacaan Al-Quran oleh Rasulullah SAW. Di antara

para sahabat tersebut ada yang menerima terus daripada Nabi hanya satu

bacaan sahaja, ada pula yang menerima dua bacaan, tiga bacaan dan

bahkan ada yang menerima lebih daripada itu dan kemudian mereka

mengajarkan bacaan yang diterimanya tadi kepada orang yang belajar. Oleh

Page 10: Pen Gen Alan

kerana itu,wajarlah kalau timbul perbezaan qiraat pada generasi tabiin dan

generasi penerusnya dan apabila sampai kepada imam-imam qiraat yang

tujuh itu, orang mulai membatasi qiraat.

Di zaman sahabat, para qari dan huffaz yang terkenal adalah ‘Uthman bin

Affan, Ali bin Abi Talib, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Ibnu Mas’ud, Abu

Darda’ dan Abu Musa Al-Asy’ari. Merekalah yang dihantar oleh Khalifah

‘Uthman ke wilayah Islam bersama mashaf ‘Uthmani yang telah disediakan.

Hasil didikan para qari zaman sahabat, muncullah pakar-pakar qiraat

generasi tabiin, di serata wilayah Islam di antaranya:

Ø Di Mekah – Qari-Qari’ yang tinggal di Mekah antaranya ialah Ubaid bin

Umair, Atak Tawus, Mujahid, Ikrimah dan Ibnu Malikah

Ø Di Madinah – Qari-Qari yang tinggal di Madinah antaranya ialah Ibnu

Musayyab, Urwah, Salim, Umar bin Abdul Aziz, Sulaiman, Ibnu Yasar,

Mu’ad bin Haris (Mu’ad AI-Qari’), Abdurrahman bin Hurmuz, Ibnu AI-A’raj,

Muslim bin Jundub dan Sa’id bin Aslam.

Ø Di Basrah terdapat para qari masyhur antaranya Amir bin Abdul Qais,

Abu ‘Aliyah, Abu Raja’, Nasr bin Ashim, Yahya bin Ya’mar, Mu’adz, Jabir bin

Zaid, Al-Hasan Ibnu Sirin dan Qatadah.

Ø Di Kufah – Di kota Kufah pula terdapatqari-‘qari’ antaranya Al-Qamah, AI-

Aswad, Masruq, Ubaid, Amr bin Syarkhabil, Al-Haris bin Qais, Rabi’ bin

Khatim, ‘Amru b. Maimun, Abdurrahman Assulami, Zar bin Khubais, Ubaid

bin Mudhailah, Abu Zar’ah dan Ibnu Asy-Sya’bi.

Ø Di Syam – terdapat juga ramai qari yang mahir antaranya AI-Mughirah

bin Abi Syaibah Almakhzumi. Beliau termasuk salah seorang murid ‘Uthman

bin Affan. Khalid bin Sa’id, salah seorang murid Abu Darda’.

Hasil didikan daripada generasi tabiin, maka ramailah orang yang

cenderung dan berminat serta prihatin tentang qiraat. Mereka

menumpukan perhatian terhadap ilmu qiraat, sehingga di beberapa kota

besar terdapat pula pakar-pakar qiraat dari generasi ini. Umpamanya di

Page 11: Pen Gen Alan

Mekah terdapat Imam Ibnu Kathir, yang menjadi salah seorang imam

qiraat. Hamid bin Qais Al-A’raj dan Muhammad bin Muhaisin. Di Madinah

pula terdapat nama-nama seperti Abu Jaafar Yazid bin Yakkub, Syaibah bin

An-Nasah dan Nafi’ bin Nu’im (salah seorang imam qiraat). Di Kufah nama-

nama yang termasyhur adalah Yahya bin Wathab, ‘Asim bin Abi Nujdud,

Hamzah dan Kisa’i. Tiga nama yang terakhir itu termasuk imam Qiraat yang

tujuh. Manakala para qari yang tinggal di Basrah ialah Abdullah bin Abu

Ishak, Isa bin Umar, Abu Amir bin Al-A’la (salah seorang imam qiraat), Asim

bin Jahdari dan Yakkub bin Al-Hadrami. Di Syam pula tercatat nama-nama

yang masyhur antaranya Abdullah bin Amir (salah seorang imam qiraat),

Atiyah bin Qais Al-Kilabi, Ismail bin Abdullah bin Muhajir, Yahya bin Haris

dan Syuraikh bin Yazid Al-Hadrami.

Melalui perkembangan ilmu qiraat yang pesat, lahirlah pelbagai bentuk

bacaan yang semuanya bersumber daripada Rasulullah SAW. Hal ini boleh

jadi disebabkan pendapat mereka dalam memahami maksud sabda

Rasulullah SAW yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh

huruf. Jadi masing-masing pembawa qiraat mendakwa qiraatnya berasal

dari Rasulullah SAW, kerana ketika itu belum dirumuskan dan belum

dipastikan bacaan mana yang betul-betul daripada Rasulullah SAW.

Sehubungan dengan itu para ulama segera mengadakan kajian dan

penelitian terhadap setiap bentuk qiraat kemudian membandingkannya

bacaan mana yang dianggap betul. Lalu mereka merumuskan tiga syarat

bagi setiap qiraat yang dianggap betul daripada Rasulullah SAW:-.

v Sanadnya Yang Sahih – suatu bacaan dianggap sahih sanadnya apabila ia

diterima daripada salah seorang imam atau guru yang jelas, tertib, tidak

ada cacat dan sanadnya bersambung hingga kepada Rasulullah SAW.

v Sesuai Dengan Resam ‘Uthmani – suatu qiraat dianggap sahih apabila

sesuai dengan salah satu Mashaf ‘Uthmani yang dikirimkan ke wilayah

Islam kerana ia mencakupi sab’atu ahruf.

v Sesuai dengan tata bahasa Arab – syarat terakhir ini tidak berlaku

sepenuhnya, sebab ada sebahagian bacaan yang tidak sesuai dengan tata

Page 12: Pen Gen Alan

bahasa Arab, namun kerana sanadnya sahih dan mutawatir maka qiraatnya

dianggap sahih.

3. Pembukuan Ilmu Qiraat

Ilmu qiraat semakin maju sejajar dengan ilmu-ilmu yang lain disebabkan

perkembangan dunia umumnya dan dunia Islam khususnya semakin maju.

Ilmu-ilmu yang dulunya diwarisi secara mulut ke mulut mulai dibukukan

untuk menjadi tatapan generasi mendatang termasuklah ilmu qiraat mulai

ditulis dan dibukukan. Sejarah mencatatkan Abu Ubaid Al-Qasim bin Salam,

Abu Khatim As-Sajistani, Abu Jaafar At-Tabari dan Ismail Al-Qadhi adalah

antara para ulama qiraat yang mula-mula merintis pembukuan ilmu Qiraat

Al-Quran. Melalui pembukuan tersebut, para ilmuwan terkemudian dapat

membuat kajian dan kemudiannya mereka telah mengemaskinikan

pembukuan ilmu qiraat untuk lebih diminati ramai. Di antara mereka ada

yang menyusunnya dalam bentuk prosa dan ada pula yang berbentuk syair

agar mudah dihafal. Orang yang terbabit dengan usaha tersebut antaranya

ialah Imam Ad-Dani dan Al-Syatibi.

Pada peringkat awal pembukuan ilmu qiraat yang dirintis oleh Ibnu Ubaid

Al-Qasim, Abu Khatim As-Sajistani, Abu Ja’afar dan para imam tersebut di

atas, istilah qiraat tujuh belum timbul. Pada peringkat ini, mereka hanya

mengangkat sejumlah qiraat yang banyak ke dalam karangan mereka.

Hanya pada abad kedua Hijrah orang mulai tertarik kepada qiraat atau

bacaan beberapa imam yang mereka kenali. Umpamanya di Basrah orang

tertarik terhadap qiraat Imam ‘Amr bin Yakkub. Sementara di Kufah, orang

ramai tertarik pada bacaan Hamzah dan ‘Asim. Di Syam orang tertarik pada

qiraat Ibnu ‘Amir. Di Mekah pula ramai orang tertarik pada qiraat Ibnu

Kathir manakala di Madinah orang tertarik pada qiraat Imam Nafi’. Di

penghujung abad ketiga Hijrah, Ibnu Mujahid mencetuskan istilah Qiraah

Sab’ah atau Qiraat Tujuh, dimaksudkan kepada tujuh macam qiraat yang

dipopularkan oleh tujuh imam qiraat tersebut. Namun Ibnu Mujahid tidak

memasukkan Imam Yakkub ke dalam senarai para Imam yang tujuh.

Sebagai pelengkapnya, beliau memasukkan ‘Ali Kisa’i salah seorang pakar

qiraat dari Kufah untuk menggantikan nama Yakkub. Maka daripada situlah

bermulanya muncul sebutan Qiraat Sab’ah.

Page 13: Pen Gen Alan

Persoalan timbul mengapakah diadakan pembatasan hanya tujuh orang

imam qiraat sahaja? Padahal selain mereka itu masih ramai lagi imam

qiraat yang setaraf dengan mereka. Menurut Al-Makki, kerana perawi

daripada Imam-imam tersebut terlalu ramai dan minat orang mulai

berkurangan, mereka (para perawi) mulai membatasi diri hanya pada qiraat

yang sesuai dengan mashaf yang mudah dihafal dan mudah menurut bacaan

Al-Quran. Di samping itu mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang

dikenali boleh dipercayai, jujur, lama dalam menekuni qiraat dan qiraatnya

pun disepakati untuk dijadikan rujukan. Setelah itu, para perawi tersebut

memilih satu imam qiraat dari setiap daerah. Walau demikian, mereka tidak

meninggalkan periwayat selain tujuh imam qiraat tersebut, seperti qiraat

Yakkub, qiraat Abu Ja’afar, qiraat Syaibah dan lain-lain. Periwayat-

periwayat imam tujuh yang masyhur

ialah:

Qalun dan Warsy, meriwayatkan daripada Imam Nafi.’

Qambul dan Al-Bazzi, meriwayatkan qiraat daripada Ibnu Kathir.

Ad-Duri dan Susi, meriwayatkan qiraat dari Imam Abu Amr.

Syukbah dan Hafas, meriwayatkan qiraat dari Imam Asim.

Kholafi dan Khollad, meriwayatkan qiraat dari Imam Hamzah.

Hisyam dan Dzakwan, meriwayatkan qiraat dari Imam Ibnu Amir.

Abdul Haris dan Duri meriwayatkan qiraat dari Imam Ali Kisa’i.

Bacaan imam tujuh dipopularkan oleh para perawi yang tertarik terhadap

bacaan masing-masing. Jumlah para perawi bagi setiap imam adalah

banyak, tetapi dalam pembukuan ilmu Qiraat hanya dua orang perawi

terkenal sahaja yang digandingkan dengan setiap imam. Dengan demikian

masing-masing imam qiraat itu ada dua orang perawi di belakangnya yang

menyebar luaskan qiraatnya.

4. Peringkat Qiraat Al-Quran

Para ulama pakar qiraat telah berusaha sedaya upaya menyelamatkan ilmu

qiraat Al-Quran daripada hilang atau dipalsukan. Mereka benar-benar

meneliti kesahihan sanad qiraat tersebut daripada hal-hal yang lain untuk

Page 14: Pen Gen Alan

menerima suatu bacaan. Kalau diketahui sanadnya betul-betul bersambung

kepada Nabi, tidak meragukan dan dibawa oleh orang yang dipercayai pula

mereka terima qiraat tersebut sebagai qiraat yang sahih sekalipun tidak

berapa sesuai dengan tata bahasa Arab atau Nahu. Apabila terjadi

percanggahan antara qiraat yang sahih dengan kaedah ilmu Nahu, maka

ilmu Nahu yang mesti disesuaikan dengan Al-Quran bukan sebaliknya.

Sekiranya seorang periwayat qiraat telah menerima riwayatnya dengan

jelas dan tanpa cacat, maka qiyas bahasa Arab mahupun kemasyhuran

Nahu suatu bahasa tidak boleh menolak atau mengingkari, sebab qiraat Al-

Quran sunnah yang mesti diikuti dan wajib di terima.

Berkaitan dengan peringkat qiraat, para ulama telah membahagikan pada

enam tingkatan iaitu Qiraat Mutawatir, Qiraat Masyhur, Qiraat Ahad, Qiraat

Syaz, Qiraat Maudhu’ dan Qiraat Mudraj.

i) Qiraat Mutawatir

Qiraat Mutawatir adalah qiraat yang diriwayatkan oleh orang ramai yang

tidak mungkin mereka berdusta. Para ulama mahupun para ahli hukum

Islam telah sepakat bahawa qiraat yang berkedudukan Mutawatir adalah

qiraat yang sah dan rasmi sebagai qiraat Al-Quran. Ia sah dibaca di luar dan

di waktu solat dan qiraat ini juga yang dijadikan pedoman bagi sumber

penetapan hukum.

ii) Qiraat Masyhur

Qiraat masyhur adalah qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak sampai pada

peringkat Mutawatir, dan sesuai dengan kaedah bahasa Arab serta sesuai

pula dengan resam ‘Uthmani. Juga masyhur di kalangan para qurra’ dan

tidak terdapat cacat.

Daripada definisi di atas dapat difahami bahawa qiraat yang dianggap

masyhur adalah qiraat yang sanadnya sahih tetapi bilangan perawinya tidak

sebanyak qiraat Mutawatir. Perawinya memenuhi syarat jujur, adil dan kuat

hafalannya. Selain itu juga mesti sesuai dengan kaedah bahasa Arab dan

sesuai pula dengan mashaf yang dikumpulkan Khalifah ‘Uthman bin Affan.

Page 15: Pen Gen Alan

Namun dalam hal ini ia tidak sampai pada tahap Mutawatir. Qiraat Masyhur

ini tidak terdapat cacat sedikit pun dan wajib diakui sebagai Al-Quran dan

tidak boleh dimungkiri. Contoh qiraat Masyhur ini adalah qiraat yang

dipopularkan oleh Abu Ja’afar bin Qakqak dan Yakkub Al-Hdharami.

iii) Qiraat Ahad

Qiraat Ahad ialah qiraat yang sah sanadnya, tetapi menyalahi atau tidak

sesuai dengan resam ‘Uthmani dan kaedah bahasa Arab atau tidak masyhur

sebagaimana dua qiraat yang tersebut di atas. Qiraat Ahad ini pada

dasarnya sanadnya benar tetapi tidak sesuai dengan tulisan yang

dibacanya, tidak sesuai dengan kaedah bahasa ‘Arab, dan tidak meluas

seperti qiraat pertama dan kedua. Qiraat ini tidak digunakan untuk

membaca Al-Quran dan tidak boleh diyakini kebenarannya. Contohnya ayat

26 surah al-Rahman, perkataan ‘rafrafin’ dibaca ‘rafarifa’ dan

‘wa’abqoriyyin’ dibaca dengan ‘wa’abaqiriyya’.

iv) Qiraat Syaz

Qiraat syaz ialah bacaan yang sanadnya tidak sah. Contoh qiraat syaz ini

adalah bacaan Ibnu Syumaifa’ dalam membaca firman Allah surah Yunus,

ayat 26 apabila kalimah-kalimah ‘nunajjika’ dibaca sebagai ‘nunahhika’

(huruf jim dibaca ha) dan ‘kholfaka’ dibaca sebagai ‘kholafaka’(huruf lam

difathahkan).

Bacaan tersebut diriwayatkan oleh Hakim daripada ‘Asim bin Al-Jahdari

daripada Al-Barkah, katanya dia mendengar Rasulullah membaca

sedemikian.

v) Qiraat Maudhu’ (palsu)

Qiraat Maudhu’ adalah qiraat yang dibangsakan kepada yang

mengatakannya tanpa diketahui asalnya. Jadi qiraat ini dibuat-buat dengan

menyandarkan kepada seseorang tanpa diketahui dan tidak memiliki sanad

ataupun rawi. Contohnya qiraat Imam Muhammad bin Ja’afar Al-Khuza’i

(Abdul Fadhal Muhammad bin Ja’afar) dalam membaca firman Allah s. w. t.

Page 16: Pen Gen Alan

dalam surah Fatir, ayat 28 dengan membaris depan perkataan Allah

daripada ‘Allaha’ kepada ‘Allahu’ dan memfathahkan perkataan ulama

daripada ‘al-‘ulama-u’ menjadi ‘al-‘ulama-a’.

vi) Qiraat Mudraj

Qiraat Mudraj adalah bacaan yang ditokok tambah dengan kalimah-kalimah

lain sebagai tafsiran. Dalam qiraat ini lafaz-lafaz atau ayat-ayat Al-Quran

ditokok tambah dengan lafaz lain yang tujuannya untuk memperjelas

maksud Al-Quran. Dengan demikian ayat-ayat yang dibaca bertambah

daripada yang sebenarnya. Maka bagi orang awam sukarlah untuk

membezakan yang mana ayat Al-Quran dan yang mana tokok tambahnya

atau pentafsirannya. Contohnya seperti qiraat Sa’ad bin Abi Waqas dalam

membaca firman Allah surah An-Nisa’, ayat 12 iaitu dengan menambahkan

lafaz ‘min ummin’ selepas kalimah ‘ukhtun’.

Demikianlah huraian ringkas tentang pelbagai qiraat, sehingga dengan

demikian seorang ahli qiraat di samping hafal bermacam-macam qiraat,

dituntut juga agar mampu membuktikan kebenaran qiraatnya.

5. Qiraat-Qiraat Lain.

Selain qiraat yang tujuh di atas, muncul pula tiga qiraat yang lain dengan

qari-qarinya iaitu Abu Muhammad Ya’qub bin Ishak Al-Hadhrami

(perawinya yang masyhur ialah Ruwais Muhammad bin Mutawakkil dan

Ra’uf bin Abdul Mukmin); Abu Muhammad bin Hisyam (perawinya yang

masyhur ialah. Ishak Al-Warraq dan Idris Al-Madda); dan Abu Ja’far Yazid

bin Al-Qa’qa’ Al –Makhzumi (perawinya yang masyhur ialah Ibnu Wardan

dan Ibnu Jammaz). Dengan munculnya tiga qiraat ini maka qiraat menjadi

sepuluh yang dikenal dengan sebutan “Qiraat Asyrah” (qiraat sepuluh).

Ketiga-tiga qiraat tersebut mempunyai qiraat AHAD ertinya qiraat yang sah

sanadnya tetapi menyalahi resam ‘Uthmani dan kaedah bahasa ‘Arab.

Selain qiraat yang sepuluh ini muncullah pula empat qiraat dengan qari-

qarinya; Muhammad bin Mahaishiz Al-Makki, Al-A’masy Al-Kufi Hasan Al-

Basri dan Yahya Al-Yazidi. Dengan munculnya empat qiraat ini, maka

semuanya menjadi qiraat empat belas yang terkenal dengan sebutan

Page 17: Pen Gen Alan

“QlRAAT ARBA’A ASYAR” (Qiraat Empat Belas). Walau bagaimanapun

qiraat empat yang terakhir ini adalah qiraat lemah (syaz) kerana tidak ada

perawinya, di samping qiraat ini menambahkan kata-kata di dalam ayat

sebagai pentafsiran.

6. Penghubung (Wasitah) Para Perawi

Perlu juga diketahui sanad-sanad perawi qiraat ada yang melalui wasitah

yakni orang yang menjadi penghubung/penyambung sanad antara perawi

dengan imamnya, hanya mereka yang menjadi penghubung ini namanya

tidak masyhur sebagai perawi qiraat. Ada perawi yang terus belajar dengan

imamnya tanpa melalui perantaraan orang lain, biasanya mereka masih

sempat atau pernah hidup sezaman dengan imamnya:-

· Kedua-dua perawi Imam Nafi’, iaitu Qalun dan Warasy, mereka mendapat

sanad qiraat dari Imamnya dengan bertalaqqi (musyafahah) terus.

· Perawi Imam Asim iaitu Syu’bah dan Hafash.

· Perawi Imam Ali Kisa’i, iaitu Abdul Harith dan Duri Ali.

Sementara itu, perawi-perawi yang terdapat wasitah dengan imamnya

ialah:-

· Kedua-dua perawi Ibnu Kathir, iaitu Bazzi dan Qanbul. Bazzi mendapat

sanad qiraat dari Ibnu Kathir melalui wasitah dua orang iaitu Syibl dan

Ikrimah, manakala Qanbul mendapat sanad melalui lima orang iaitu Ahmad

Al-Qowas, Abi Al-Ajrit, Ismail, Syibl dan Ma’ruf.

· Dua perawi Imam Abu Amr, iaitu Duri dan Susi, masing-masing mendapat

sanad daripada imamnya melalui seorang wasitah iaitu Yahya Al-Yazidi.

· Kedua-dua perawi Imam Ibnu Amir, iaitu Hisyam dan Ibnu Dzakwan.

Hisyam mendapatkan sanad dari imamnya melalui dua orang wasitah iaitu

‘Arok Al-Marwazi dan Yahya Adh-Dhamari. Sedangkan Ibnu Dzakwan

Page 18: Pen Gen Alan

mendapat sanad daripada imamnya melalui dua orang wasitah pula iaitu

Ayyub At-Tamimi dan Yahya Adh-Dhamari.

· Kedua-dua perawi Imam Hamzah, iaitu Kholaf dan Khollad, masing-masing

mendapat sanad bacaan Al-Quran daripada imamnya melalui seorang

wasitah iaitu Salim.

7. Pengaruh Qiraat terhadap Istinbat Hukum

Menurut pengkajian, perbezaan bacaan Al-Quran ada kalanya membawa

pengaruh kepada perbezaan pengertian saja, demikian menurut pendapat

Ibnu Qutaibah. Selanjutnya Ibnu Qutaibah menjelaskan perbezaan bacaan

yang menimbulkan adanya pengertian yang berlawanan tidak terdapat

dalam Al-Quran, yang ada hanyalah perbezaan bacaan yang membawa

pengaruh terhadap perbezaan pengertian yang masih dalam batas-batas

kebenaran yang dibenarkan oleh syarak. Perbezaan bacaan yang membawa

pengaruh kepada adanya perbezaan erti atau pemahaman yang masih pada

batas-batas kebenaran adalah seperti perbezaan pada masalah-masalah

Fiqhiah sebagai hasil ijtihadi daripada para mujtahid. Perbezaan qiraat

berkenaan tidak menutup kemungkinan akan mempengaruhi erti dan

pentafsiran terhadap Al-Quran.

PENUTUP

Penurunan Al-Quran dengan tujuh huruf dan pelbagai qiraat menunjukkan

betapa terjaga dan terpelihara Kitab Allah daripada perubahan dan

penyimpangan sedangkan bacaannya berbeza-beza. Di samping itu ia

memudahkan umat Islam untuk membacanya. Ia juga menggambarkan

kemukjizatan dan kepadatan Al-Quran kerana setiap qiraat menunjukkan

sesuatu hukum syarak tanpa pengulangan lafaz dan juga merupakan

penjelasan terhadap apa yang mungkin masih global dalam qiraat lain.