Pen Gen Alan

27
1.0 PENGENALAN Senario hari ini, isu keganasan antarabangsa semakin meruncing hari ini. Beberapa persoalan utama perlu dipecahkan pokok utama permasalahannya. Antaranya ialah mengapakah peristiwa tertentu berlaku sehingga mewujudkan peperangan yang tiada kesudahan. Apakah kesan isu global tertentu terhadap kehidupan manusia. Bagaimanakah pula mengatasi isu keganasan tertentu. Kesemua persoalan ini harus dijawab dengan fikiran terbuka, berlapang dada dan mempunyai kewarasan yang mendalam agar segala yang terbelit mengenai keganasan dapat dirungkaikan dengan sebaik-baiknya. Kalau ditelusuri secara lebih mendalam, isu keganasan antarabangsa bukanlah suatu fenomena yang baru dalam masyarakat. Dalam perspektif sejarah, kebanyakan pengkaji menggunakan istilah ‘kekerasan’ untuk menggambarkan fenomena yang tidak stabil dalam kehidupan sesebuah masyarakat dan negara yang boleh disaksikan sepanjang zaman. Dalam sejarah, peristiwa kekerasan yang amat kerap direkodkan ialah peperangan, penaklukan, rampasan kuasa dan lain-lain. Oleh itu, para pengkaji telah menyelidik sedalam-dalamnya tentang berlakunya sesuatu peristiwa keganasan dan sebabnya dengan menyeluruh. Isu keganasan antarabangsa begitu banyak dibincang dalam dunia ini pada hari ini. Haruslah kita selalu mengambil berat kepada isu-isu ini supaya masyarakat 1

description

KS

Transcript of Pen Gen Alan

Page 1: Pen Gen Alan

1.0PENGENALAN

Senario hari ini, isu keganasan antarabangsa semakin meruncing hari ini.

Beberapa persoalan utama perlu dipecahkan pokok utama permasalahannya.

Antaranya ialah mengapakah peristiwa tertentu berlaku sehingga

mewujudkan peperangan yang tiada kesudahan. Apakah kesan isu global

tertentu terhadap kehidupan manusia. Bagaimanakah pula mengatasi isu

keganasan tertentu. Kesemua persoalan ini harus dijawab dengan fikiran

terbuka, berlapang dada dan mempunyai kewarasan yang mendalam agar

segala yang terbelit mengenai keganasan dapat dirungkaikan dengan sebaik-

baiknya.

Kalau ditelusuri secara lebih mendalam, isu keganasan antarabangsa

bukanlah suatu fenomena yang baru dalam masyarakat. Dalam perspektif

sejarah, kebanyakan pengkaji menggunakan istilah ‘kekerasan’ untuk

menggambarkan fenomena yang tidak stabil dalam kehidupan sesebuah

masyarakat dan negara yang boleh disaksikan sepanjang zaman. Dalam

sejarah, peristiwa kekerasan yang amat kerap direkodkan ialah peperangan,

penaklukan, rampasan kuasa dan lain-lain. Oleh itu, para pengkaji telah

menyelidik sedalam-dalamnya tentang berlakunya sesuatu peristiwa

keganasan dan sebabnya dengan menyeluruh.

Isu keganasan antarabangsa begitu banyak dibincang dalam dunia ini

pada hari ini. Haruslah kita selalu mengambil berat kepada isu-isu ini supaya

masyarakat dapat lebih memahami isu keganasan dan impak isu keganasan

terhadap kehidupan manusia di Malaysia serta di peringkat global. Hal ini

dapat mengingati semua orang di dunia ini agar dapat menggelakan

melakukan keganasan.

1

Page 2: Pen Gen Alan

2.0 KONSEP KEGANASAN ANTARABANGSA

Apakah itu keganasan? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

(1989) keganasan bermaksud perihal ganas, kebuasan dan kegarangan.

Begitu juga dalam The Oxford English Dictionary(1989) mendefinisikan

violence atau keganasan sebagai perbuatan ganas secara fizikal yang

menyebabkan kecederaan tubuh badan atau harta benda atau mengganggu

kebebasan individu secara paksa. Skop definisi ini lebih luas berbanding

definisi pertama kerana ia mentafsirkan maksud keganasan bukan sahaja

keganasan fizikal, tetapi termasuk dalam bentuk hak dan kata-kata.

Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik,

kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Selain itu, keganasan juga

dimaksudkan sebagai manipulasi ketakutan secara sistematik terutamanya

sebagai cara paksaan dan tiadanya satu takrifan pengganasan yang disetujui

sejagat.

Perkataan ‘keganasan’ ini banyak berisi erti politik dan emosi.

Kebanyakan definisi keganasan yang utama termasuk tindakan-tindakan

yang berniat menimbulkan ketakutan, dilakukan demi mencapai matlamat

ideologi dan sengaja menyasarkan atau mengabaikan keselamatan orang

bukan penempur. Pengganasan telah dijadikan alat untuk mencapai matlamat

oleh pelbagai pertubuhan politik dan pertubuhan-pertubuhan nasionalis,

keagamaan, revolusioner dan juga pemerintah.

Dalam konteks yang lain, isu keganasan antarangbangsa adalah

merupakan suatu perkara yang dikaitkan dengan pemikiran ‘Pertembungan

Tamadun dan Pembentukan Semula Orde Dunia’ yang dikarya oleh Samuel

P.Huntington, seorang ilmuwan politik Amerika Syarikat yang kini dalam

penterjemahan dan perlaksanaan di seluruh dunia. Pada hemat penulis,

dalam dunia yang sedang muncul, negara dan kumpulan daripada dua

tamadun berbeza boleh membentuk hubungan dan gabungan taktikal yang

terhad. Hubungan antara kumpulan daripada tamadun yang berbeza akan

sentiasa tidak erat, biasanya dingin dan selalunya bermusuhan. Koflik antara

tamadun mengambil dua bentuk. Pada peringkat tempatan dan berlaku

antara negara. Isu dalam konflik adalah politik antarabangsa yang klasik

2

Page 3: Pen Gen Alan

sifatnya, yang termasuk kuasa ketenteraan relative yang memperlihatkan

dirinya dalamkontroversi berhubung dengan pengawalan sesar, kawalan

senjata dan perlumbaan senjata. Isu ini sudah tentulah menjadi punca konflik

antara manusia sepanjang sejarah. Sebenarnya, keganasan tidak membawa

sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir

kehancuran dan berlakunya kekacauan.

Untuk tujuan kerja kursus ini, saya telah memilih tajuk mengenai

keganasan di Mesir untuk membuat penilaian.

2.1 Keganasan di Mesir

Menurut sejarah Mesir, Hosni Mubarak mengundurkan diri sebagai presiden

pada 11 Februari 2011 selepas tekanan dari demonstrasi besar-besaran

selama 18 hari oleh rakyat Mesir semasa revolusi Mesir 2011. Setelah

3

Page 4: Pen Gen Alan

Revolusi Mesir tahun 2011, Hosni Mubarak yang memerintah Mesir selama

14 Oktober 1981 hingga 11 Februari 2011 dipaksa untuk mengundurkan diri

dari jabatannya.

Selepas pengunduran diri Hosni Mubarak, posisi Presiden Mesir

secara resmi kosong dan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata pimpinan

Field Marshal Mohamed Hussein Tantawi mengawal penuh kekuasaan

eksekutif. Pada 30 Jun 2012, Mohamed Mursi dilantik sebagai Presiden

Mesir, setelah memenangkan pilihanraya presiden Mesir 2012.

Pada awal Julai 2012, Mohamed Mursi bertindak mengembalikan

parlimen yang dibubarkan oleh tentera sebulan lebih awal. Mohamed Mursi

mengarahkan ahli parlimen yang dilantik pada 2011, majoritinya anggota Parti

Keadilan dan Kebebasan (FJP) dan kumpulan Islam lain supaya kembali

bersidang. Pada 12 Ogos 2012, Mohamed Mursi meminta menteri pertahanan

dan ketua angkatan tentera negara serta ketua turus tentera darat untuk

meletakkan jawatan. Beliau juga mengumumkan pindaan perlembagaan yang

diluluskan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) yang mengehadkan

kuasa presiden dibatalkan. Pada 22 November 2012, Mohamed Mursi

mengeluarkan pengisytiharan bagi menjaga kerja Dewan Perlembagaan yang

merangka perlembagaan baharu daripada campur tangan kehakiman. Ini

bermakna mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Dekri

ini hanya sah sehingga perlembagaan baharu diratifikasikan. Mereka yang

dituduh membunuh pembantah pada zaman Hosni Mubarak telah dibebaskan

dan hendaklah dibicarakan semula. Manakala Mohamed Mursi diberikan

kuasa mengambil sebarang tindakan perlu bagi melindungi revolusi.

Pada 30 Jun 2013, bantahan besar-besaran meletus di Mesir menyeru

perletakan jawatan Presiden Mohamed Mursi. Ini diikuti ugutan tentera

bahawa mereka akan campur tangan sekiranya sekiranya pertikaian belum

diselesaikan. Rancangan tentera termasuklah menggantung perlembagaan,

membubarkan parlimen, dan membentuk pentadbiran baharu yang diketuai

oleh hakim besar. Penduduk Mesir mengadakan bantahan besar-besaran

untuk menyatakan protes terhadap golongan berfahaman teologi dan fasis

agama. Demonstrasi itu dilaksanakan kerana rakyat merasakan hak asas

4

Page 5: Pen Gen Alan

mereka dinafikan selain pendekatan melampau yang digunapakaikan ketika

pemerintahan Mohamed Mursi. Serentak itu, penyokong Mohamed Mursi

turut menunjuk perasaan di Kaherah.

Akhirnya, Mohamed Mursi diumumkan digulingkan pada 3 Julai oleh

menteri pertahanan dan panglima besar tentera Abdul Fatah al-Sisi.

3.0 PUNCA KEGANASAN DI MESIR

Kita sering kali digemparkan dengan berita rusuhan anti kerajaan di beberapa

buah negara pada masa ini. Namun, peristiwa rusuhan anti Kerajaan Mesir

pimpinan Hosni Mubarak agak luar biasa. Hal ini kerana ianya melibatkan

nasib seorang presiden dan masa depan sebuah negara. Kini, konflik di Mesir

telah menjadi berita prominen bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh

dunia. Terdapat beberapa punca dan fakta yang menyebabkan keganasan di

Mesir.

Punca yang pertama adalah penguasaan tentera yang hingga hari ini

masih lagi berkuasa. Revolusi 25 Januari 2011 terbentuk dengan hasrat

menggulingkan Hosni Mubarak melalui sokongan tentera yang berpihak

kepada rakyat. Walaupun rakyat dilihat berjaya menggulingkan Hosni

Mubarak namun hakikatnya tentera menjadi semakin berkuasa. Apabila

tentera melihat presiden baru iaitu Mohamed Mursi tidak banyak membantu

penguasaan mereka kerana Morsi mahu mengurangkan penguasaan tentera

yang mempunyai kepentingan yang banyak maka tiba giliran untuk

menggulingkan Mohamed Mursi pula. Ini dibuktikan dengan berita di Le

Monde dan International Herald Tribune masing-masing pada tarikh 5 dan 6

Julai 2013 yang memberitahu tentang keputusan untuk menurunkan Presiden

Mohamed Mursi melalui perbualan antara Jeneral al Sisi dan Morsi.

Mohamed Mursi enggan tunduk dan tentera terpaksa menimbulkan berbagai

masalah yang menekan rakyat seperti kekurangan gasolin dan masalah

5

Page 6: Pen Gen Alan

bekalan makanan sehingga rakyat berbangkit. Tentera hanya perlu campur

tangan setelah isyarat dari rakyat disampaikan dan ia seoalah-olahnya dilihat

sebagai kehendak rakyat dan Mohamed Mursi pun digulingkan. Hakikatnya

ialah tentera masih memerintah Mesir melalui topeng awam.

Selain itu, pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini

adalah kesan langsung daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang

diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah as-Sisi ke atas Presiden Mohamed Mursi

yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang lalu. Sebagai tindak balas, para

penyokong Presiden Mohamed Mursi mengadakan protes dan tunjuk

perasaan secara aman di seluruh Mesir terutamanya di Kaherah, Mesir.

Penggulingan Presiden Morsi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan

tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara adil

dan saksama, apabila memperoleh lebih 51% daripada undi rakyat Mesir.

Ironinya, mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden

Mursi adalah mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang

demokrasi.

Di samping itu, negara-negara Arab juga ada yang terlibat dalam

konspirasi jijik menjatuhkan Presiden Mursi. Sebaik sahaja Adly Mansour

dilantik sebagai Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir, Arab Saudi

adalah antara negara yang terawal yang menghantar perucapan tahniah.

Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing menyalurkan

bantuan kewangan bernilai bilionan dolar Amerika Syarikat usai kudeta yang

menjatuhkan Presiden Mursi. Negara-negara ini sememangnya terkenal

memusuhi Ikhwanul Muslimin, kerana takutkan kepada ideologi yang dibawa

oleh mereka. Sementara itu, dua negara yang paling lantang menyatakan

bantahan dan protes mereka terhadap rampasa kuasa haram tersebut adalah

Tunisia dan Turki. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan tidak

mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour dan menuntut agar

Presiden Mursi dibebaskan dan dikembalikan kepada kedudukannya yang

asal.

Seterusnya, pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para

penunjuk perasaan bermula 14 Ogos 2013 apabila pihak tentera nekad untuk

6

Page 7: Pen Gen Alan

mengosongkan Medan Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa

Mahmud di Giza daripada para penyokong Presiden Mursi. Sebelum ini

pernah berlaku persitiwa Subuh berdarah, apabila sebahagian penyokong

Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika mereka sedang bersolat Subuh

pada pagi 8 Julai 2013.Namun, pembunuhan beramai-ramai yang berlaku

pada 14 Ogos lebih melampau dan zalim lagi. Bukan setakat rakyat dibunuh,

masjid dibakar, mayat dibakar dan ada yang dilanggar oleh jentolak hidup-

hidup. Jumlah kematian yang dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber;

tetapi angka kematian tertinggi yang dilaporkan adalah lebih daripada 2,200

nyawa. Hal ini merupakan kezaliman melampau, apatah lagi di dilakukan oleh

rakyat Mesir sendiri terhadap saudara mereka. Malah, ada yang menyifatkan

tindakan pihak tentera Amerika dan Israel yang lebih dahsyat dan keji.

Tindakan mereka ini jelas melanggar semua nilai-nilai kemanusiaan yang

ada.

Tambahan pula, Ikhwan sepanjang sejarahnya telah membuktikan

bahawa ia sebuah organisasi yang mampu hidup dalam semua situasi dan

keadaan. Ini memandangkan bahawa ia mempunyai rangkaian yang kukuh

dari semua segmen masyarakat termasuklah di kalangan tentera sendiri.

Rahsia keupayaan Ikhwan ini ialah kerana mereka mengambil ideologi

mereka dari akar umbi Islam itu sendiri. Sukar untuk mereka didiamkan

apatah lagi menghapuskan mereka. Mereka akan terus menggunakan

legitimasi Morsi yang dilantik secara sah sebagai slogan penentangan

Ikhwan. Hujah ini akan mendapat simpati dari berbagai pihak dan tanggapan

revolusi dikhianati akan mengukuhkan lagi simpati orang ramai terhadap

ikhwan malah ia akan mengumpulkan kekuatan baru para simpatian.

Kesimpulannya, kejadian sesuatu konflik di negara Mesir bukanlah

berlaku secara tiba-tiba tetapi disebabkan oleh beberapa punca. Jika punca-

punca ini tidak dapat diselesaikan dan diususkan dengan baik ia akan

menyebabkan kesan yang serius dan teruk kepada negara Mesir malah dunia

ini. Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat yang prihatin kita seharusnya

sentiasa bersatu hati dan bermuafakat untuk menjaga keamanan negara

daripada diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bak kata

pepatah, ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

7

Page 8: Pen Gen Alan

4.0 IMPAK KEGANASAN DI MESIR TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA DI MALAYSIA DAN PERINGKAT GLOBAL

Pada zaman pra sejarah iaitu tamadun awal manusia, dunia telah mengalami

pelbagai peristiwa keganasan dan kekejaman manusia. Keganasan beerti

penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan,

dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak.

KIni, keganasan di Mesir telah menjadi berita hangat bukan sahaja di negara

kita, malah di seluruh dunia. Mungkin kita beranggapan peristiwa ini tidak ada

kaitan dengan kita yang berada jauh dari bumi Mesir dan sama sekali tidak

terlibat dengan tunjuk perasaan ini. Namun begitu, di sebalik konflik di Mesir

ini telah membawa kepada beberapa implikasi kepada kita sama ada kita

menyedarinya atau tidak.

Antara kesannya ialah keselamatan rakyat tidak terjamin. Pergolakan

politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Kebangkitan

golongan anti kerajaan di Mesir ingin membebaskan Mesir daripada

ketidakadilan sosial dan pemerintahan di bawah Hosni Mubarak yang

dianggap korup. Keadaan bertambah meruncing apabila Hosni Mubarak

membuat pendirian sekiranya beliau meletakkan jawatan keadaan di Mesir

berdepan dengan kacau bilau. Kesannya, tunjuk perasaan secara aman yang

mendesak dia meletakkan jawatan bertukar kepada corak keganasan.

Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan juga negara. Pengganas

akan melakukan apa sahaja seperti melakukan rusuhan, merosakkan harta

benda awam serta melakukan pembunuhan terhadap pihak yang didendam

atau rakyat yang tidak bersalah sehingga banyak mangsa yang terkorban,

terbunuh dan cedera parah serta banyak kemusnahan harta benda telah

berlaku.

Selain itu, sekiranya keganasan ini berterusan, ia akan membawa

kepada perang saudara dan akhirnya akan membawa kepada kehancuran

Mesir. Tindakan rakyat Mesir yang merusuh demi menuntut perubahan

pimpinan atau pertukaran rejim pemerintahan di Mesir, secara tidak langsung

telah memberi rangsangan kepada negara-negara jirannya seperti Yemen,

Jordan dan Sudan. Keadaan lebih meruncing apabila tunjuk perasaan ini

8

Page 9: Pen Gen Alan

telah menular ke kedutaan Mesir di London dan Amerika Syarikat. Hal ini

menunjukkan keadaan kucar kacir bukan sahaja di Mesir tetapi juga kepada

negara-negara lain.

Dari segi ekonmi, konflik di Mesir juga telah membawa kepada

peningkatan harga minyak dunia dan kesukaran proses penghantaran bahan

ini sekiranya Terusan Suez ditutup. Hal ini kerana, laluan alternatif yang lain

akan bertambah sebanyak 6000 kilometer dan perlu mengambil masa yang

panjang dengan jarak perjalanan yang jauh iaitu melalui hujung benua Afrika.

Ekoran daripada keadaan ini, harga minyak melambung tinggi dan harganya

terpaksa dinaikkan. Secara tidak langsung, kenaikan harga barang juga

berlaku.

Seterusnya, industri pelancongan akan terjejas akibat keganasan

antarabangsa. Segala perbuatan ganas dan kejam oleh pengganas

menyebabkan banyak orang tidak lagi berani makan angin ke Meisr. Mereka

juga tidak melancong ke negara Mesir kerana dilanda pergolakan politik yang

rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai

akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke Mesir berkurang. Ekonomi

Mesir yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Malah, tiada

seorang pun yang sanggup membiarkan nyawa di hujung pedang dengan

makan angin di negara yang diancam keganasan. Di samping itu,

penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak

syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

Dari segi kewartawanan pula, peristiwa ini mempunyai nilai berita yang

tinggi. Oleh yang demikian, semua organisasi media termasuklah negara kita

tidak ketinggalan untuk membuat liputan mengenai peristiwa ini kerana nilai

beritanya mendapat perhatian ramai pembaca. Walaupun, terpaksa

menempuh pelbagai halangan untuk masuk ke Mesir. Tambahan pula,

apabila kerajaan mengumunkan 'Operasi Piramid' menyelamatkan pelajar

Malaysia yang menuntut di sana.

Kini, misi ini sedang dilaksanakan oleh kerajaan kita bagi memastikan

seramai 11 000 orang pelajar-pelajar kita yang sedang menuntut di beberapa

buah universiti di Mesir pulang ke tanah air dengan selamat. Hal ini kerana,

9

Page 10: Pen Gen Alan

tiada jaminan keselamatan untuk mereka terus tinggal di sana ekoran

daripada keadaan yang hura-hara dan tegang. Malah, mereka juga

mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan. Inilah

tempiasnya kepada kita di Malaysia kerana peristiwa ini juga melibatkan

rakyat kita yang berada di sana.

Secara tuntasnya, rakyat Mesir haruslah sedar bahawa keganasan

hanya memberi impak negatif kepada rakyat dan negara. Selain itu, sikap

tamak yang ingin menguasai kuasa dan kekayaan harus dielakkan oleh

seseorang pemimpin manakala harus mengamalkan sikap yang amanah dan

bertanggungjawab. Di samping itu, rakyat Mesir seharusnya bersikap sabar

dan tidak harus bertindak kejam dan agresif bagi menyelesaikan sesuatu

masalah. Pemimpin juga haruslah bijak mengatur strategi bagi memastikan

pergolakan politik terhindar. Hal ini kerana dapat mengelakkan negara dari

terlibat dalam sebarang keganasan antarabangsa. Sedarlah, keganasan yang

sedang berlaku di Meisr banyak memberi keburukan kepada pihak yang

terlibat. Oleh itu, kita hendaklah mengelakkanlah negara kita dari terlibat

dalam sebarang keganasan.

5.0 CARA MENGATASI KEGANASAN DI MESIR

Menurut berita dari Utusan Online, kita dapat mengetahui bahawa keganasan

pengolakan Mesir telah meragut banyak nyawa yang tidal bersalah. Secara

realitinya, amat sukar mengatasi masalah keganasan ini hatta dengan usaha

sesuatu pihak sahaja. Jika tiada kerjasama pelbagai pihak, isu keganasan di

Mesir mungkin tidak akan berakhir. Oleh itu, pemimpin sekarang harus

mengambil iktibar bahawa keganasan tidak dapat menyelesaikan sesuatu

konflik dalam masa yang singkat dan mereka perlu mengambil pendekatan

dengan berunding demi kesejahteraan rakyatnya. Terdapat pelbagai cara

untuk mengatasi masalah berkenaan.

10

Page 11: Pen Gen Alan

Antara langkah untuk mengatasi keganasan dan pertumpahan darah di

Mesir adalah dengan mengambil pendekatan berunding untuk menyelesaikan

konflik dalam negara Meisr. Jika langkah ini tidak diambil, kehilangan nyawa

yang tidak berdosa akan terus berlaku dalam kalangan masyarakat, apatah

lagi nyawa anggota keselamatan yang menjadi benteng utama untuk

mempertahankan tanah air tercinta. Oleh itu, melalui perundingan, pemimpin

kedua-dua belah pihak iaitu pihak kontra dan pro boleh duduk semeja dan

berusaha untuk mencari jalan bagi mengatasi konflik yang dihadapi.

Perbincangan yang melibatkan golongan pemimpin ini pasti akan mencari

jalan yang terbaik dan memuaskan untuk menyelesaikan masalah yang

berbangkit. Saidina Ali Abi Talib, khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin pernah

berpesan bahawa pasak kekuatan kepada sesebuah negara hendaklah

didirikan atas keadilan para pemerintah. Oleh itu, rakyat tidak akan

mengalami kesengsaraan hidup akibat ledakan bom dan tembakan peluru

berpandu. Anak-anak tidak akan hilang tempat bergantung dan masa depan

mereka akan lebih terjamin. Cukuplah kita melihat penderitaan dan

kesengsaraan hidup yang dialami oleh anak-anak di Mesir dan beberapa

buah negara lain yang sedang berlaku konflik sebagai akibat kehilangan

insan yang disayangi. Jelaslah bahawa perundingan dapat mengelakkan

berlakunya pertumpahan darah.

Seterusnya, kaedah untuk merungkai permasalahan ini adalah

menggunakan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pertubuhan dunia ini telah diwujudkan pada tahun 1945 setelah Pertubuhan

Liga Bangsa-Bangsa gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua.

Antara objektif penubuhannya adalah untuk memastikan kestabilan politik,

ekonomi, dan hak asasi manusia terpelihara serta mempertahankan

perdamaian dan keamanan antarabangsa. PBB telah diminta untuk

mencegah pertikaian agar tidak meningkat menjadi peperangan untuk

membujuk pihak-pihak supaya menggunakan meja konferensi dan bukannya

kekuatan persenjataan, atau untuk membantu memulihkan kembali

perdamaian ketika konflik meletus. Setiausaha PBB, Bank Kin-moon dalam

perbincangan dengan Menteri Luar Mesir, Ahmed Mohamed Amr Darrag

menerusi telefon berkata, PBB prihatin terhadap tindakan pihak berkuasa

11

Page 12: Pen Gen Alan

Mesir yang mengarah penangpaan pemimpin Majlis Persaudaraan Muslim.

Menurut beliau, pihak berkuasa Mesir dikehendaki menghentikan tindakan

membalas dendam atau mengetepikan mana-mana golongan politik di negara

itu. Beliau juga menyeru supaya pelbagai golongan politik Mesir dapat

mengadakan persidangan secara damai.

Selain itu, sikap bertolak ansur dan kesederhanaan. Pihak

pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu

yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur

dan rasional dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan

dengan merunding secara aman. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan,

merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak

akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan

yang seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan

sistem politik dan ekonomi negara.

Di samping itu, kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi

keganasan. Negara di dunia ini perlu bekerjasama untuk membanteras

keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-

negara perlu bertukar-tukar maklumat dan pandangan tentang kegiatan

keganasan yang telah berlaku di Mesir. Negara-negara yang terlibat harus

menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-

negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

Begitu juga, pihak Malaysia juga telah mengambil berat terhadap

keganasan di Mesir. Gabungan NGO Humaniti Malaysia mendesak

masyarakat dunia khususnya negara-negara Islam mengambil tindakan ke

atas rejim tentera Mesir dan sekutunya ekoran jenayah kemanusiaan yang

dilakukan di negara itu. Pengerusinya, Datuk Wan Mohammad Abd. Aziz

berkata bahawa seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum atau agama

perlu bersatu untuk mengembalikan keamanan dan membanteras kezaliman

di Mesir. Beliau juga mengata bahawa tindakan kejam dan tidak

berperkemanusiaan ke atas rakyat Mesir oleh serangan besar-besaran rejim

tentera dan sekutunya yang jelas telah melanggar hak asasi manusia. Maka

12

Page 13: Pen Gen Alan

jelaslah bahawa, negara kita juga berperanan penting dalam pengatasan

keganasan Mesir.

Kesimpulannya, sebenarnya sumbangannya serta sejarah Mesir

selama ini adalah bukti yang kukuh. Nilai Mesir adalah jauh lebih besar dari

tokoh presiden yang digulingkan. Ia merupakan sebuah negara yang memiliki

kekayaan, budaya, dan keikhlasan. Ia juga sebuah negara yang didirikan oleh

rakyatnya, yang tulen dan berdedikasi. Selain itu, negara Mesir adalah amat

penting dari segi politik di rantau ini. Adalah penting bagi masyarakat

antarabangsa untuk melakukan pendekatan yang terbaik bagi membantu

memulihkan kestabilan dan kemakmuran Mesir. Besarlah harapan kita agar

usaha yang dilakukan ini tidak ibarat mencurah air ke daun keladi.

13

Page 14: Pen Gen Alan

6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhan, kita boleh membuat kesimpulan bahawa keganasan

antarabangsa bukan merupakan suatu fenomena yang muncul secara tiba-

tiba atau bersifat terasing. Kebanyakan aktiviti keganasan berlaku

disebabkan tidak ada ruang perbincangan di antara pihak yang berkonflik

atau bertelagah. Pihak yang kuat akan menggunakan apa sahaja mekanisme

untuk menekan pihak yang lemah. Justeru, pihak yang ditekan dan ditindas

akan mengambil pendekatan kolektif sesama mereka untuk bertindak balas

terhadap pihak yang satu lagi.

Keganasan antarabangsa merupakan suatu peristiwa yang

memberikan kesan negatif kepada sesebuah negara atau negara lain.

Keganasan dan tindakan kekerasan mengakibatkan sistem dan struktur politik

sesebuah negara akan terbantut dan akhirnya negara itu akan menjejas.

Selain itu, keganasan antarabangsa telah membangkitkan kebimbangan yang

berterusan dalam kalangan masyarakat dunia ini.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga digesa bertindak dalam

menamatkan segera konflik yang berlaku di Mesir untuk memastikan agar

peristiwa keganasan di Mesir ini tidak berlanjutan sehingga meragut ribuan

nyawa manusia yang tidak berdosa.

Semoga apa yang berlaku di Mesir dan juga di negara-negara lain di

dunia ini boleh kita jadikan teladan dan sempadan. Apa yang baik kita jadikan

teladan dan apa yang buruk kita jadikan sempadan.

14

Page 15: Pen Gen Alan

REFLEKSI

Pada bulan pertama saya berada di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar,

saya berasa sangat bebas dan tiada segala tekanan daripada kerja rumah.

Tetapi selepas bulan pertama, semua kerja kursus diserahkan dalam masa

yang sama. Saya agak terkejut dengan tajuk tugasan yang dikemukakan.

Apakah yang saya patut buat? Apakah maklumat yang perlu saya cari?

Banyak soalan yang timbul dalam fikiran ketika itu. Walaupun begitu, saya

masih berasa sangat gembira kerana saya berpeluang untuk mencari

maklumat, membincang kerja kursus dengan kawan dan dapat lebih

memahami tentang isu-isu semasa dan sebagainya. Selain itu, saya juga

dapat memahami tentang pentingnya berkomunikasi antara sama satu

melalui projek ini. Contohnya, saya hendak berkomunikasi dengan pensyarah

untuk memahami kehendak kerja kursus. Saya juga berkomunikasi dengan

kawan saya untuk mencari maklumat kerja kursus.

Oleh sebab tajuk ini merupakan perkara baru bagi saya, saya telah

mendengar dengan teliti apa yang diterangkan oleh pensyarah serba sedikit

tentang tugasan ini. Saya juga membaca dengan teliti dan cuba memahami

kehendak soalan agar menepati kehendak soalan. Saya juga telah memilih

keganasan yang sedang berlaku di Mesir untuk menjalankan analisis. Setelah

memahami kehendak tugasan tersebut saya mula mencari dan mengumpul

bahan dari pelbagai sumber dan rujukan tentang keganasan antarabangsa.

Namun, bahan yang saya dapat dari pusat sumber adalah sangat terhad.

Selepas itu, saya juga telah mencari maklumat melalui internet dan saya telah

berjaya mendapat banyak maklumat yang boleh saya rujuk untuk menyiapkan

kerja kursus ini. Setelah saya mendapat maklumat dari internet, saya telah

memahami, menilai dan membaca maklumat-maklumat tersebut dengan teliti

supaya dapat memastikan maklumat itu adalah benar dan sesuai dimasukkan

ke dalam kerja kursus saya.

Melalui kerja kursus ini, saya telah dapat memperbanyak ilmu

pengetahuan saya terutamanya tentang isu keganasan antarabangsa yang

terjadi di Meisr. Mengikut analisis saya, menunjukkan bahawa kebanyakan

peristiwa yang dihubungkaitkan dengan keganasan antarabangsa adalah

15

Page 16: Pen Gen Alan

merupakan suatu tindak balas yang diambil secara kekerasan apabila

tindakan penindasan yang berterusan dilakukan oleh sekumpulan negara

atau pemimpin. Justeru itulah, pihak yang ditekan dan ditindas akan

mengambil pendekatan kolektif sesama mereka untuk bertindak balas

terhadap pihak yang satu lagi. Akibatnya, konflik telah berlaku dan

menyebabkan huru-hara. Dalam konteks inilah, sewajarnya dalam dunia yang

dikatakan moden, disuburi dengan kegiatan intelektual, pemahaman kepada

kehidupan beragama dan ketamadunan masyarakat yang tinggi, maka aspek

kemanusiaan perlu diketengahkan sebagai fokus utama kehidupan

masyarakat antarabangsa yang aman, makmur dan harmoni.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita perlu mengambil iktibar

daripada konflik di Mesir apabila mempunyai perubahan yang ingin

dituntutkan. Perubahan yang tidak diurus dengan baik akan membawa

penderitaan kepada rakyat sendiri seperti kenaikan harga barangan,

peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.

Akhirnya, ia akan membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada

perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak

dan apa yang kita harapkan. Kita seharusnya selalu mengingatkan kesan-

kesan berlakunya konflik di Mesir kerana mengenai situasi yang sama yang

berlaku di Mesir sekarang ini mungkin boleh berlaku di Malaysia pada masa

akan datang.Tindakan yang tidak menghormati keputusan pilihan raya dan

cuba membawa perubahan kerajaan menerusi demonstrasi serta rusuhan

jalanan, hanya akan membawa kepada huru-hara berlaku di Malaysia seperti

di Mesir.

Di samping itu, prinsip keterbukaan merupakan satu prinsip yang patut

diamalkan, dengan syarat ianya disusuli dengan fakta. Saya juga berharap

agar kepimpinan belia Malaysia dapat mengambil isu ini sebagai satu

tanggungjawab kerana ianya bukanlah sekadar isu rampasan kuasa tetapi

lebih terarah kepada isu pencabulan hak asasi manusia.

Kita tidak ada kudrat untuk mencegah apa yang sedang berlaku di

Mesir. Kita hanya ada semangat dan peri simpati yang tinggi. Kalau kita

menangis keluar air mata darah sebagai simpati, ia tidak akan menghentikan

16

Page 17: Pen Gen Alan

atau meredahkan otak manusia yang kini dalam kemabukan dan dihasut di

Mesir itu. Apa yang kita di sini dapat lakukan hanya berdoa dan merintih

sesama sendiri. Namun, apa yang telah berlaku di Mesir itu ia tidak boleh

dianggap sebagai satu takdir semata-mata sebaliknya harus dimanfaatkan

lebih dari apa yang kita lakukan hari ini. Kira perlu mengambil iktibar terhadap

apa yang berlaku itu untuk kebaikan masa depan kita uamat Islam di sini atau

di mana-mana jua. Kita perlu sentiasa berwaspada dan ingat bahawa

kedudukan kita sebagai Islam senantiasa dicemburu dan dibenci adakalanya

sengaja direka punca untuk membantai kita.

Akhirnya,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah

saya kerana telah memberi satu tugasan yang bermakna dan dapat

menambahkan ilmu pengetahuan saya.

17

Page 18: Pen Gen Alan

RUJUKAN

Samuel P. Huntington (2008). Pertembungan Tamadun dan Pembentukan

Semula Orde Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bhasa dan Pustaka

Mursi Berdepan Dakwaan Membunuh. (2013, September 03). Utusan

Malaysia , p. 16.

Utusan Online (2013, Julai 2). Pergolakan Mesir Ragut 16 Nyawa.

http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130702/lu_03/Pergolakan-

Mesir-ragut-16-nyawa. Dilayari 2 September 2013.

Utusan Online (2013, Julai 2). Ambil Tindakan Henti Keganasan Di Mesir -

NGO

.http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130820/dn_28/Ambil-

tindakan-henti-keganasan-di-Mesir---NGO. Dilayari 2 September 2013.

Wikipedia. (2013). Hosni Mubarak.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hosni_Mubarak. Dilayari pada 1 September 2013.

Wikipedia. (2013). Mohammed Mursi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohammed_Mursi. Dilayari pada 1 September

2013.

Dr Mujahid Yusof Rawa. (2013). Mesir dan kejatuhan Morsi.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/20517-mesir-dan-kejatuhan-

morsi-. Dilayari pada 1 September 2013.

18

Page 19: Pen Gen Alan

LAMPIRAN

19