Pen Gurus An Islam

61
Oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia PENGURUSAN membabitkan proses pengumpulan dan penggemblengan sumber ekonomi termasuk manusia dan modal penting dalam mana-mana organisasi untuk mencapai matlamat yang sudah ditetapkan. Dalam pengurusan moden berasaskan pendekatan Barat, beberapa pendekatan pengurusan diperkenalkan dan konsep diperkenalkan F W Taylor pada 1909 digunakan secara meluas bertujuan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Taylor berpendapat, untuk meningkatkan produktiviti hanya hal cara saintifik saja boleh digunakan di mana pekerja tidak perlu mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah kerja mereka sebaliknya akan dilatih untuk melaksanakan kerja yang ditetapkan oleh pengurusan. Pendekatan konsep pengurusan itu ada kecenderungan untuk menilai segala sesuatu dari segi keuntungan ekonomi. Penekanan adalah terhadap prestasi dan kecemerlangan yang diukur daripada keuntungan ekonomi berasaskan petunjuk kebendaan. Ada pakar pengurusan yang berpendapat konsep itu tidak sesuai dipraktikkan kerana ia melihat pekerja dalam perspektif negatif. Mengikut konsep pengurusan itu, pekerja harus diawasi dan hanya perlu buat apa disuruh tanpa perlu memberi sebarang pandangan kepada pengurusan. Pakar itu berkata, Taylor tidak langsung ambil peduli mengenai perasaan pekerja walaupun pada hakikatnya, perasaan pekerja boleh

Transcript of Pen Gurus An Islam

Page 1: Pen Gurus An Islam

Oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

PENGURUSAN membabitkan proses pengumpulan dan penggemblengan sumber ekonomi

termasuk manusia dan modal penting dalam mana-mana organisasi untuk mencapai matlamat

yang sudah ditetapkan. Dalam pengurusan moden berasaskan pendekatan Barat, beberapa

pendekatan pengurusan diperkenalkan dan konsep diperkenalkan F W Taylor pada 1909

digunakan secara meluas bertujuan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Taylor berpendapat, untuk meningkatkan produktiviti hanya hal cara saintifik saja boleh

digunakan di mana pekerja tidak perlu mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah kerja

mereka sebaliknya akan dilatih untuk melaksanakan kerja yang ditetapkan oleh pengurusan.

Pendekatan konsep pengurusan itu ada kecenderungan untuk menilai segala sesuatu dari segi

keuntungan ekonomi. Penekanan adalah terhadap prestasi dan kecemerlangan yang diukur

daripada keuntungan ekonomi berasaskan petunjuk kebendaan. Ada pakar pengurusan yang

berpendapat konsep itu tidak sesuai dipraktikkan kerana ia melihat pekerja dalam perspektif

negatif. Mengikut konsep pengurusan itu, pekerja harus diawasi dan hanya perlu buat apa

disuruh tanpa perlu memberi sebarang pandangan kepada pengurusan.

Pakar itu berkata, Taylor tidak langsung ambil peduli mengenai perasaan pekerja walaupun pada

hakikatnya, perasaan pekerja boleh mempengaruhi produktiviti kerja. Jika seseorang pengurus

mengamalkan sepenuhnya model pengurusan Taylor, bentuk pengurusan menjadi kaku dan

menjejaskan produktiviti kerja disebabkan pekerja rasa terkongkong. Beberapa pakar pengurusan

Barat membuang istilah pengurus dan pengurusan serta menggantikannya dengan konsep

pemimpin dan kepemimpinan. Andainya manusia sebagai tenaga kerja dalam organisasi tidak

boleh diurus, dikerah, diarah atau diatur, mereka perlu dipimpin supaya dapat menyumbang

dengan cukup berkesan dalam proses mewujudkan nilai tambah kepada sistem ekonomi. Pakar

pengurusan menekankan kepemimpinan ialah semangat, menghendaki personaliti contoh dan

wawasan ke hadapan. Pengurusan perlu tetapi ketua penting. Kepemimpinan dan pengurusan

tidak sama. Kepemimpinan mengenai beri arahan, membina kumpulan dan menjadi penggerak

kepada yang lain melalui teladan dan perbuatan.

Page 2: Pen Gurus An Islam

Justeru, satu lagi model pengurusan moden sudah dibentuk ke arah mementingkan kesejahteraan

pekerja. Pengurusan moden juga memberi penekanan kepada nilai sejagat atau pandangan

meluas dalam mengutamakan nilai murni dianggap sebagai nilai positif. Jepun memperkenalkan

pendekatan pengurusan seperti Just-In-Time, Quality Control Circles (QCC), dan Tota; Quality

Management (TQM). Negara Barat memperkenalkan konsep Management by Objectives

(MBO), Management By Walking Around (MBWA) dan Management By Walking Outside

(MBWO).

Jepun, dalam pendekatan pengurusannya memberi penekanan kepada pengurusan pekerja dengan

melihat sikap, ketaatan kepada organisasi, mementingkan kualiti, peningkatan teknologi dan

kepuasan pelanggan. Ini bermakna pendekatan pengurusan Jepun dan Barat mementingkan

pengamalan nilai murni.

Model pengurusan saintifik diperkenalkan Taylor dan model pengurusan yang mementingkan

kesejahteraan pekerja mempunyai persamaan dengan konsep Pengurusan Islam. Konsep

Pengurusan Islam merangkumkan kedua-dua pendekatan di mana pekerja harus mengikut hukum

syarak yang ditetapkan Allah, dan sebaliknya manusia tidak perlu pengawalan rapi. Pekerja

diamanahkan melaksanakan tugas masing-masing dan berdasarkan amanah itu, mereka perlu

memberi perkhidmatan yang baik tanpa perlu diawasi atau dipaksa.

Sistem pengurusan Barat kini menekankan konsep nilai bersama sebagai asas untuk maju ke

depan dalam organisasi. Tom Peters dalam bukunya In Search Of Excellence menekankan nilai

bersama akan mengawal kemahiran, strategi, struktur, sistem dan gaya pengurusan. Di Jepun,

pegangan Zen Buddhism menjadi teras syarikat seperti Matsushita kerana pengasasnya percaya

moral dan agama memainkan peranan penting dalam organisasi.

Penekanan kepada sistem nilai dalam konsep pengurusan moden adalah sama dengan konsep

Pengurusan Islam. Dalam konsep pengurusan moden, sistem nilai yang diterima oleh satu

masyarakat berbeza dengan masyarakat lain. Sistem nilai diamalkan dalam pengurusan moden

adalah sistem nilai yang boleh berubah mengikut keadaan semasa. Krisis nilai timbul dan

bertapak dalam kehidupan manusia apabila kemahuan hawa nafsu dan pengaruh syaitan menjadi

Page 3: Pen Gurus An Islam

pegangan dan manusia tunduk kepada keduanya dalam membuat keputusan serta peri laku.

Manusia sanggup melakukan perkara bercanggah dengan nilai sejagat, menyeleweng dan

mengubah nilai diamalkan supaya dapat memenuhi kepentingan kebendaannya.

Sistem nilai Islam mengatasi masalah bertukarnya nilai sejagat sesuatu masyarakat. Ini

membezakan konsep pengurusan moden dengan pengurusan dalam Islam yang bermula dengan

hakikat setiap manusia melihat peranannya sebagai khalifah serta pemegang amanah di dunia.

Perspektif tauhid memberikan ukuran sejagat dan memberikan takrif tepat mengenai sistem nilai

yang harus diikuti setiap manusia. Pokoknya, ia berasaskan pada teras bahawa setiap manusia

dilahirkan di dunia sebagai hamba Allah dan perlu sentiasa setia kepada Allah. Mereka perlu

memainkan peranan penting sebagai khalifah dan pemegang amanah. Jawatan, ilmu, kemahiran

dan segala keupayaan termasuk masa adalah amanah Allah kepada kita untuk digunakan dengan

berkesan. Kita akan dihisab atas tindak tanduk di dunia apabila tiba hari akhirat nanti. Ini satu

bentuk pengawalan yang menentukan kita tidak akan mengubah sistem nilai.

Dengan itu, pengurusan Islam tidak menghadapi perubahan nilai. Islam mengikat manusia

dengan iman, ilmu dan amal. Islam menguasai manusia dengan hukum 'pahala-dosa'. Dalam

Islam, tauhid menekankan kesetiaan kepada Allah dan Rasul SAW sebagai nilai utama yang

mengatasi segala nilai lain diwujudkan dalam sistem organisasi. Ia memberikan implikasi

bahawa setiap manusia berkhidmat untuk kebaikan manusia dengan matlamat mendapat

keredaan Allah bukan untuk matlamat kebendaan. Sebagai pemegang amanah kepada Allah,

manusia akan menggunakan segala ilmu, harta, kemahiran dan keseluruhan dirinya untuk

kepentingan ummah. Kerja dan kegiatan adalah sebagai satu proses ibadah, motivasinya bukan

ganjaran dunia tetapi pengharapan balasan di akhirat.

Berasaskan paradigma tauhid, kita dapat memupuk satu matlamat hidup yang jelas dapat

dipraktikkan termasuk memainkan peranan sebagai pemimpin, pengurus dan usahawan. Kita

menyedari kehidupan di dunia mempunyai tujuan lebih jauh dan tinggi daripada kesenangan di

dunia untuk mencapai keredaan Allah.

Page 4: Pen Gurus An Islam

Home

Selamat datang   !!

Pengenalan Pengurusan   Islam

October 30, 2007

PENDAHULUAN

 

Manusia tidak mampu untu hidup bersendirian. Manusia sentiasa perlu berinteraksi antara satu

sama lain. Ia termasuk dalam hubungan yang melibatkan manusia sesama manusia dalam usaha

melahirkan kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan keselamatan bukan hanya untuk kehidupan

dunia tetapi juga mrangkumi akhirat. Seperti bidang-bidang lain samada yang melibatkan politik,

ekonomi, sosial, pendidikan, kemasyarakatan dan seumpamanya, begitulah juga bidang yang

melibatkan soal pengurusan. Semuanya melibatkan hubungan secara langsung antara sesama

manusia.

 

Islam agama yang syumul dan serba lengkap yang mencakupi segenap aspek kehidupan, sudah

tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas dan objektif yang tersendiri dalam menentukan apa juga

perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia, termasuklah dalam soal pengurusan. Islam

mempunyai cara tersendiri yang dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan apa

jua badan. Pertubuhan atau agensi yang melibatkan soal pengurusannya. Islam menyediakan

garis panduan tertentu dalam melaksanakan sistem pengurusan.

Go!

Page 5: Pen Gurus An Islam

 

KEPERLUAN KEPADA SISTEM PENGURUSAN ISLAM

 

Ramai umat Islam yang tidak menyedari wujudnya sistem pengurusan dalam Islam kerana

selama ini metreka terdedah dengan sistem yang datang dari barat. Mereka mengambil dan

mengamalkan sestem pengurusan barat dengan bersandarkan kepada teori-teori tertentu samada

teori klasik atau kontemporari. Antara konsep yang menjadi amalan ialah pengurusan saintifik

yang dikemukakan oleh Taylor dengan menitikberatkan kepentingan pengkhususan kerja dalam

bidang tugas.

 

Malaysia juga turut menerima tempias dari dasar pandang ke timur yang diterapkan oleh

kerajaan, dengan mengambil dasr dan contoh sistem yang menjadi amalan di Jepun dan Korea

Selatan. Antara sistem yang digunapakai ialah JIT( just-in-time)(kawalan kualiti total) Samurai

Swordmanship dan pelbagai lagi. Semangat kerja orang jepun cuba diterapkan dalam sistem

pengurusan masakini.

 

Umumnya, semua teori tersebut mempunyai matlamat yang sama, iaitu meningkatkan kualiti dan

memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dalam pengurusan sesebuah organisasi. Matlamat

asal cukup baik, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila banyak kes yang timbul yang menjurus

kepada kegagalan. Kegagalan yang paling ketara ialah kegagalan yang membentuk sahsiah

rupadiri kakitangan pengurusan itu sendiri. Ini kerana sistem itu gagal membentuk manusia yang

cemerlang dan seimbang.

 

Page 6: Pen Gurus An Islam

Oleh itu sudah tiba masanya umat Islam kembali kepada sistem pengurusan Islam yang telah

terbukti berjaya menyelesaikan pelbagai masalah khususnya yang melibatkan diri manusia itu

sendiri. Antara sebab utama umat Islam perlu bebuat demikian ialah :

Bersifat Rabbani

Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemya adalah berlandaskan kepada syariat yang

telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlah merupakan satu sistem yang

direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakan satu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri

oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Rasul yang dilantik.

 

Oleh itu sistem pengurusan Islam, sentiasa terikat dengan segala peraturan dan ketetapan Allah

s.w.t. Manusia hanya berhak mencipta dan menggubal sesuatu mengitku ruang serta cara yang

diizinkan oleh syara’ sahaja. Segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan secara

pasti, hendaklah dilaksanakan tanpa dolak dalik atau tanpa sebarang pengubahsuaian. Oleh itu

ketetapan konsep halal dan haram mampu mengawal setiap tindakan manusia.

 

Kaedah pengurusan Islam adalah sama dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain iaitu

bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Ketetapan ini merupakan satu arahan dari Allah s.w.t

seperti Firman-Nya :

 

Maksudnya : Kami telah meurunkan Al-Kitab padamu (Muhammad) sebagai penjelasan

            segala sesuatu yang diperlukan, juga merupakan petunjuk, kerahmatan dan

            kegembiraan untuk sekalian muslimin 

 

Page 7: Pen Gurus An Islam

Ini bermaksud dari segi metodologi dan asas pengurusan Islam adalah merupakan suatu yang

tetap dan tidak berubah. Perkara yang boleh berubah ialah berhubung dengan aspek-aspek

teknikal dan perlaksanaan yang sememangnya perlu dikembangkan serta disesuaikan dengan

pelbagai keadaan, masa dan persekitaran. Walaupun aspek ini boleh dipinda dan diubah, tetapi

perlu juga dijadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebgai rujukan. Kaedah ini dikenali sebagai

« ijtihad » yang merupakan akal fikiran manusia. Ini menjadikan pengurusan Islam cukup

berbeza dengan sistem pengurusan moden yang hanya berasaskan kebijaksanaan akal manusia

yang terbatas dan terhad tanpatanpa panduan Wahyu. Hasilnya lahirlah satu sistem yang sentiasa

wujud berbagai kelemahan kerana fikiran manusia yang terbatas yang mudah dipengaruhi oleh

pelbagai unsur luar dan sekeliling yang tidak sihat.

 

Aktiviti yang selaras hukum syara’

Kesemua aspek pengurusan Islam melibatkan aktiviti yang dibenar dan diluluskan oleh syara’.

Ini merupakan sebahagian dari standard yang ada dalam sistem pengurusan Islam secara

berkekalan di seluruh dunia sejak dari awal kedatangan Islam lagi. Apa jua aktiviti yang

diharankan oleh syara’ adalah ditegah sama sekali penglibatannya. Oleh itu sebarang aktiviti

yang memang jelas pengharamannya seperti perjudian, arak, pelacuran, rasuah, penipuan dan

sebagainya adalah dilarang qat’i (mutlak dan pasti)

 

Firman Allah s.w.t :

 

Maksudnya : « hendaklah kem menghukum antara seluruh manusia itu dengan peraturan yang

diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu »

 

Pemisahan sistem nilai

Page 8: Pen Gurus An Islam

Kebanyakan teori masa hari ini hanya menumpukan fokus kepada bidang kerja atau tugas kepada

organisasi sahaja, tanpa mengambilkira faktor-faktor lain. Nilai-nilai murni masyarakat setempat

tidak diberi ruang yang sewajarnya, sedangkan itulah nilai yang telahsebati dengan diri mereka

sejak zaman berzaman. Nilai-nilai agama diketepikan. Hasilya hilangnya budaya berbudi bahasa,

adab sopan. Hormat menghormati, kerja itu ibadah dan sebgainya. Kesannya, timbul pelbagai

gejala negatif yang kurang sehat dalam pengurusan organisasi itu sendiri seperti rasah, pecah

amanah, kasar, bahasa yang kurang sesuai dan seumpamanya.

 

Sistem yang tidak seimbang.

Teori-teori yang dilahirkan untuk tujuan amalan lebih memberi tumpuan kepada soal dalaman

organisasi sahaja tanpa memberikan tumpuan kepada nilai kerohanian dan kemanusiaan t sendiri

yang dianggap cukup penting. Kegagalan menghasilkan manusia yang cemerlang samalah

seperti menghasilakn organisasi yang gagal dan bermasalah. Segala teori yang dihasilkan hanya

memberi tumpuan bagaimana untuk meningkatkan kualiti dan produk yang dihasilkan.

 

Sistem pengurusan Islam alternatif terbaik

Untuk menghasilkan pembaharuan, kelainan dan peningkatan kualiti pengurusan, susah tentu

umat Islam perlu kembai kepada ajaran Islam. Ini adalah disebabkan sistem pengurusan Islam

bersifat sepadu dan seimbang dengan menekankan semua aspek yang menjadi keperluan dalam

kehidupan manusia termasuklah dalam pengurusan Islam. Aspek-aspek material, rohani, fizikal

dh psikologi diambil kira dalam bentuk yang sepadu untuk menentukan halatuju sesebuah

organisasi.

 

Pengurusan Islam berlandaskan acuan dan nilai sendiri

Page 9: Pen Gurus An Islam

Telah menjadi lumrah kehidupan, manusia gemar meniru sesuatu yang baru dan pada mereka

cukup baik jika turut sama dapat melakukannya. Peniruan yang membuta tuli selalunya

membawa kepada lebih banyak kegagalan dan kelemahan, Pemikiran pentadbiran barat sudah

tentu berteraskan kepada anti-agama (fahaman sekular) iaitu melakukan pemisahan antara agama

dan kehidupan. Sekiranya hendak diterima pakai, ia harus melaui pelbagai bentuk tapisan dan

penyaringan. Oleh itu, alternatif yang terbaik ialah dengan memilih sistem pengurusan Islam

mengikut acuan dan kacamata Islam itu sendiri kerana ia bukan hanya berpandukan kepada

kebijaksaan akal manusia semata-mata, tetapi juga berpandukan kepada sumber-sumber yang

tidak diragui kesahihan dan kebenarannya. Ada ketikanya sumber tersebut menetapkan ketaatan

penuh tanpa tolak ansur dan ada ketikanya diberikan ruang untuk melakukan sebarang bentuk

perubahan

 

Asas pengurusan Islam

 

Islam telah berjaya membawa satu pandangan hidupyang cukup luas dan sentiasa relevan dengan

kehendak masa, keadaan dan tempat. Namun, Islam tidak pernah menolak pembaharuan, tetapi

perlu seiring dan selari dengan ketetapan hukum syarak.

 

TAKHTIT-PERANCANGAN

 

Perancangan adalah merupakan usaha-usaha yang dilakukan dan yang diambil dengan

mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan kemudiannya menetap cara untuk

mencapai matlamat tersebut dengan menagambil kira keupayaan dan kemampuan yang

dimiliki.

Page 10: Pen Gurus An Islam

Perancangan akan melibatkan proses membuat keputusan untuk masa depan. Proses

perancangan biasanya melibatkan beberapa perkara utama antaranya :

 

1. magenalpasti matlamat

2. menilai keupayaan sumber

3. membuat jangkaan atau ramalan

4. memperkenalkan plan tindakan

 

dalam membuat perancangan, matlamat yang dikehendaki mestilah jelas samada

matlamat yang perlu dicapai bagi jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Matlamat

perlu merangkumi serampang dua mata iaitu kejayaan dunia dan akhirat.

Keupayaan sumber juga perlu diambil kira dengan membuat analisa dari sudur kekuatan,

kelemahan, peluang dan cabaran. Semuanya ini penting untuk menetukan samada sesuatu

matlamat itu boleh dan mampu dicapai atau sebaliknya. Juga perlu diambil kira segala

peluang yang ada atau yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mencapai matlamat yang

telah dirangka. Selain itu, perlu juga difikirkan cara terbaik yang boleh dilakukan untuk

mengembelingkan segala keupayaan yang ada untuk mingkatkan produktiviti.

Keupayaan untuk membuat jangkaun, andaian atau ramalan juga penting dalam

menyediakan strategi tertentu dalammemastikan matlamat tercapai. Oleh itu perlu

dilakukan pelbagai kajian dari segenap sudut seperti jangkaan pertumbuhan ekonomi,

kadar inflasi, harga sumber, pilihan gantian sumber dan sebagainya.

Akhir sekali disediakan plan tindakan yang difikirkan sesuai diambil untuk menjayakan

setiap misi yang disasrkan. Ia perlu meliputi perancangan utama dn langkah susulan serta

langkah pilihan sekiranya plan utama menghadapi kegagalan atau menghadapi sesuatu

yang diluar jangka. Oleh itu penentuan fungsi, tugas dan tanggungjawab perlu diketahui

oleh setiap kakitangan yang terlibat supaya mereka boleh bertindak mengikut bidnag

tugas yang ditetapkan.

Page 11: Pen Gurus An Islam

 

Rasulullah s.a.w sendiri merancanakan sesuatu aktiviti atau tindakan yang akan diambil untuk

memastikan segala yang dirancang mampu membuahkan hasil yang dikehendaki. Beliau tidak

bertindak membuta tuli tanpa terlebih melakukan perancangan yang teliti. Antara contoh

peracangan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah :

 

Era Mekah

Penekanan usaha dakwah lebih ditumpukan  kepada pengukuhan ajaran Islam dan menyeru

manusia supaya menyembah dan mentauhidkan Allah s.w.t. Dua strategik dipraktikkan iaitu

secara sulit dan terang-terangan. Nabi mrancang langkah sedemikian dengan mengambil kira

kedudukan, keupayaan, bentuk tentangan yang amat keras dari golongan Quraish dan

suasana ketika itu. Apabila kedudukan Islam difikirkan telah stabil dan kuat, barulah Nabi

mengambil langkah berdahwak secara terang-terangan.

 

Era Madinah

1.      Program al-Muakha’- ia merupakan rancangan pertama yang dilakukan oleh

Rasulullah s.a.w untuk menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang berbeza

kerana menyedari matlmat lebih mudah dicapai sekiranya wujud perpaduan di

kalangan mereka.

2.      Mendirikan masjid-Nabi juga merancang membina masjid sebagai langkah untuk

menyatukan umat Islam atas dasar Islam dn bukan atas semangat perkauman yang

sngat menbal ketika itu. Selian itu, jangkaan Nabi, Islam lebih mudah dikembangkan

Page 12: Pen Gurus An Islam

melalui institusi masjid. Nabi juga merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi

untuk menggerak setiap aktiviti yang dirancang.

3.      Menggubal Piagam Madinah- Nabi juga mengambil langkah untuk mengukuhkan 

Islam dengan memperkenalkan Piagam Madinah iaitu perembagaan Negara Islam

yang pertama. Ia mengandungi pelbagai aspek dasar untuk menubuhkan sebuah

negara Islam Madinah.

 

TANZIN-PENGORBANAN/PENYUSUNAN

 

Penyusunan atau pengorganisasian merupakan suatu proses penglokasian atau penempatan setiap

sumber yang wujud dalam sesbuah organisasi samada sumbr tenaga manusia, benda atau barang,

susunan organisasi, bidang kuasa, fungsi dan tugas setiap faktor tersebut untuk mencapai setiap

matlamat yang telah ditetapkan.

 

Oleh itu penyusunan setiap faktor yang terlibat perlu diambil kira pelbagai aspek

sampingankerana kegagalan mengambilkira akan mengundang kepada kegagalan. Antara nilai

dan perkara yang perlu diambil kira dalam menyusun sesebuah organisasi ialah :

 

1. Sumber manusia-iaitu memastikan jumlahnya mencukupi dan menyusun fungsi dan

tugas mereka berdasarkan kemahiran, keupayaan dan kebolehan mereka. Ia penting untuk

menjamin mereka benar-benar berfungsi dan mampu menyumbang ke arah kejayaan

organisasi. Mereka perlu mengetahui dengan jelas fungsi dan bidang tugas mereka untuk

megelak pertindihan kerja atau pembaziran faktor sumber tanpa digunakan seoptima yang

mungkin. Oleh itu, carata organisasi perlu diwujudkan dengan menentukan jawatan yang

Page 13: Pen Gurus An Islam

diperlukan, jumlah tenaga kerja untuk setiap jawatan, pegawai-pegawai sokongan (jika

perlu) dan taraf jawatan mereka.

 

1. Sumber tabi’i-sumber tabai’i merupakan sumber alam semulajdi yang juga penting

kepada organisasi seperti turun naik harga pasaran, sumber pengganti sekiranya

berlakunya kekurangan penawaran di pasaran, pembekal yang bersesuaian dan

sebagainya. Begitulah juga dengan nilai modal yang diperuntukan untuk faktor sumber

tabi’i perlu juga disusun untuk mengelakkan beban hutang di masa hadapan dan

seumpanya.

 

1. Gabungan sumber- Antara nilai-nilai yang perlu diambil kira dalam menyusun

penempatan setiap sumber faktor yang terlibat ialah kecekapan intelektual, kemurnian

peribadi, kecanggihan peralatan yang terkini, kedudukan dan fungsi yang sesuai.

Semuanya perlu disusun dengan teratur disamping  keupayaan menyepadukan keupayaan

fizikal dan mental serta nilai-nilai akhlak setiap sumber tersebut. Nilai-nilai positif perlu

ditekankan kepada setiap faktor sumber untuk menjamin keharmohian dan kesepakatan

antara mereka. Oleh itu sikap hormat mengjormati, saling Bantu membantu, berbudi

bahasa dan bersikap sopan perlu ditekankan. Peralatan yang canggih tidak akan

membantu sesebuah organisasi seandainya sikap dan tabiat kakitangan mereka tidak

seiring dengan kecanggihan tersebut.

 

Rasulullah s.a.w sendiri mengambil pendekatan yang sama kearah memperkenalkan jentera

pentadbiran dan pengurusan negara, antara pengurusannya ialah :

 

Page 14: Pen Gurus An Islam

Penyusunan jentera pentadbiran- baginda Rasulullah s.a.w menyusun jentera

pentadbirannya dengan menentukan jawatan, tugas dan fungsi mereka dengan

memperkenalkan 2 sistem pentadbiran yang berbeza iaitu:

 

1. Pentadbiran Pusat

2. Pentadbiran Wilayah

 

Pentadbiran pusat

Pentadbiran peringkat ini dibahagikan kepada tujuh jabatan iaitu :

 

             I.      Timbalan (nai’bin)

Mereka adalah dikalangan sahabat yang mengepali pentadbiran Negara terutamanya

menguruskan hal ehwal Islam sewaktu ketiadaan Rasulullah s.a.w di Madinah.

          II.      Penasihat (mushir)

Baginda sentiasa berunding dan meminta pendapat daripada orang-orang yang bijak,

pandai, kuat iman, warak dan bersemangat untuk perkembangan Islam. Majlis penasihat

(syura) terdiri daripada tujuh orang Muhajirin dan tujuh orang Ansar antaranya ialah :

Hamzah, Jaafar, Abu Bakar, Umar Ali, Ibnu Mas’ud, Salman, Ammar, Huzaifah, Abu

Zar, Miqdad dan Bilal

       III.      Setiausaha (Katib)

Katib bermaksud penulis, pencatat atau penyalin yang kemudiannya dikenali sebagai

setiausaha. Baginda memberi tumpuan yang serius dalam bidang ini dan memerlukan

Page 15: Pen Gurus An Islam

golongan pakar yang menulis beberapa dokumen seperti wahyu, surat kepada raja-raja

dan sebagainya.

        IV.      Wakil (Rasul) -  Duta

Duta mestilah cerdik, perwatakan yang menyenangkan dan menarik serta mengusai

bahasa-bahasa asing khususnya bahasa ditempat mereka dihantar bertugas. Antara tugas

mereka ialah mengajak kepada Islam, membuat perjanjian, memberi perlindungan,

memohon kepada pemimpin tertentu untuk membenarkan orang Islam di negara untuk

pulang, mengirim hadiah dan lain-lain.

 

           V.      Pesuruhjaya

Kebiasaannya dilantik untuk mengurus soal-soal kecil tetapi dalam keadaan tertentu ia

adalah tugas berat seperti politik dan pelaksana undang-undang.

 

 

        VI.      Penyair dan pemidato (syu’ara’ dan khutaba’)

Penyair seperti Hassan bin Thabit bertindak balas kepada penyair bukan Islam yang

mengeji dan mencela sifat-sifat peribadi Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun penyair

Islam dilarang daripada melampaui dan keterlaluan.

 

     VII.      Pegawai tugas-tugas am

Pelbagai nama diberikan kepada mereka seperti azin (pemanggil), Bawwab (penjaga

pintu) dan hajib (penajaga pagar)

Page 16: Pen Gurus An Islam

 

 

PENTADBIRAN WILAYAH

3 jawatan besar dan penting iaitu :

 

             I.      Wali (Gabenor)

Daerah kerajaan Islam di akhir hayat Rasulullah s.a.w meliputi semenanjung tanah Arab

dan sebagainya perbatasan negeri-negeri jiran seperti syria (syam) dan lain-lain. Baginda

telah melantik wali atau gabenor sebagai wakil baginda ke atas wilayah-wilayah tersebut

seperti Yaman (Muaz bin Jabal), Ta’ef(Uthman b Abi  Al Aaas), Mekkah (Attaa b Usiad)

 

          II.      Hakim (Qadi)

Tugas mereka ialah untuk melaksanakan keadilan serta melaporkan terus kepada

Rasulullah s.a.w yang merupakan ketua hakim, khususnya kota Madinah. Ali b Abi Talib

dan Mua’adz b Jabal antara para hakim yang dilantik baginda.

 

       III.      Amil (pemungut cukai)

Tugas mereka berkait dengan ekonomi negara dan umat Islam seperti memungut zakat,

derma, jizyah, al-fai, al-Kharaj, al-usyur dan sebagainya dari umat Islam dan bukan Islam

yang berada dan mendapat perlindungan dalam daerah pemerintahan Islam.

 

QIYADAH-PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Page 17: Pen Gurus An Islam

 

Kepimpinan melibatkan keupayaan seseorang pentadbir atau pengurus (disetiap peringkat

pengrusan) untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap

sumber organisasi(manusia, benda  dan perkara) supaya saling berperanan atau masing-

masing berfungsi ke arah pencapaian objektif yang telah ditentukan.

Kepimpinan melibatkan meransang pekerja bawahan untuk berperanan supaya matlamat

dapat dicapai, menentukan visi dan hala tuju organisasi dipatuhi dan menjadi penghubung

atau juru bicara organisasi

Kepimpinan adalah :

a)      Umpama kepala dalam anggota manusia-menentukan segala tujuan dan

matlamat serta semua maklumat terhimpun kepadanya.

b)      Lambang kesatuan- Ia adalah lambang kepada kesatuan, keutuhan dan

disiplin sesebuah organisasi.

c)      Pemilihan secara berhati-hati – sikap waspada dan berhati-hati perlu ada

ketika memilih seorang pemimpin untuk menjamin keadilan. Dasar pilih kasih

perlu dielakkan.

  Perkara yang perlu dilihat disini ialah ciri-ciri pemimpin yang unggul, ciri-ciri petugas satu

pekerja yang cemerlang, serta ciri organisasi yang diwakili. Antara ciri-ciri yang perlu ada

kepada seseorang pemimpin yang baik dan berjaya ialah :

 

                                                  I.                  Amanah    – Pemimpin perlu memahami bahawa tugasnya adalah satu

amanah untuk mengelak sikap tidak bertanggungjawab

                                               II.                  Ikhlas        – Sifat Ikhlas penting untuk melahirkan sikap jujur dan

benar dalam menjalankan tugas.

Page 18: Pen Gurus An Islam

                                             III.                  Muraqabah – iaitu sentiasa menyedari dirinya sentiasa diawasi oleh

Allah s.w.t pada setiap masa dan setiap tindak tanduk yang

dilakukannya.

                                            IV.                  Bertanggungjawab – sikap tanggungjawab penting untuk melahirkan

sikap waspada dalam menunaikan amanah yang dipikul dan

turut melahirkan sikap bersungguh-sungguh dalam

menjalankan tugasnya.

                                               V.                  Kemesraan dan keakraban – antara perkara yang banyak membantu

sesorang pemimpin ialah kemampuannya untuk menjalinkan

hubungan yang mesra dan baik dikalangan para pekerja. Ia

penting untuk memenangi hati para pengikut dan orang

bawahannya. Sikap meninggi diri dan sombong adalah sikap

yang akan membawa perpecahan dan perasaan benci orang

bawahan.

                                            VI.                  Mengenali persekitaran – iaitu memahami di mana dia berada, siapa

yang dipimpinnya dan fungsinya kepada organisasi. Keputusan

yang tepat dapat diambil dengan memahami persekitarannya,

disamping mampu merancang startegi berkesan untuk

mencapai matlamat.

                                          VII.                  Berilmu -  Pemimpin perlu memiliki keilmuan yang mencukupi untuk

mengurus dan mentadbir.

                                       VIII.                  Memiliki nilai kemanusiaan – nilai ini penting untuk membantunya

berjaya dalam kepimpinannya. Sikap hormat tolak ansur,

mempercayai kemampuan dan kebolehan orang bawahan,

sikap hormat kepadaorang lain, menunjukkan dengan dan

berhemah. Disamping itu sikap keterbukaan juga penting iaitu

sedia mendengat pendapat dan pandangan orang lain dan

bukannya bersifat ditaktor.

Page 19: Pen Gurus An Islam

 

Untuk menambah nilai kejayaan dan keupayaan sesorang pemimpin dan kepimpinannya maka

Islam telah menunjuk dan memberikan model terbaik yang boleh dicontohi iaitu amalan yang

menggambarkan corak kepimpinan yang berkesan. Contoh itu terdapat dalam  sholat berjemaah.

Antara nilai-nilai yang dapat dicontohi ialah :

 

a.       Pengamalan konsep nasihat menasihati serta konsep tegur menegur

b.      Pemahaman konsep „setiap kamu adalah pemimpin dans etiap kamu akan

dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin“

c.       Perlantikan ketua yang berkelayakan dan berkebolehan

d.      Pemahaman konsep taat dan patuh kepada ketua

e.       Lahir sikap hormat dan menghormati

f.        Sikap peka kepada kebajikan orang lain

g.      Semangat kerjasama atas dasar persaudaraan teamwork

 

                    Rasulullah s.a.w perlu dicontohi kerana beliau adalah pemimpin yang unggul dan

berjaya menyatupadukan umat Islam

                    Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang

Maha Tinggi maka wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gaya kepimpinan,

dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk

mencapai matlamat yang dirancang.

Page 20: Pen Gurus An Islam

                                Sistem syura diperkenalkan dengan melakukan berbagai perundingan

bersama para sahabat. Akhirnya dapat membuahkan startegi yang baik dalam banyak hal

yang dihadapi dan ditangani bersama kerana memperolehi berbagai idea yang bernas dan

menarik

                                Pemahaman konsep pemimpin yang memahami nilai, perasaan, mental

fizikal serta elemen yang adalah kunci kepada kejayaan.

 

WIQAYAH-PENGAWASAN/PENGAWALAN

 

                    Wiqayah bolehlah diertikan sebagai yak muru nal bil ma’ruf wan bahyu ‚anil munkar

                    Islam menekankan konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah perkara yang

mungkar. Inilah sebenarnya kaedah pengawasan dan pengawalan yang paling berkesan

yang mampu melahirkan kejayaan dan kecemerlangan kepada sesbuah organisasi dan

kepada kehidupan itu sendiri.

                    Tujuan utama kepada Wiqayah adalah untuk :

                                I.      Asas pengurkur kejayaan – ia merupakan asas dalam menentukan matlamat

organisasi tercapai atau tidak

                             II.      Penjamin kelicinan organisasi – Ia juga sebagai alat untuk mengukur dan

menentukan kelicinan perjalanan sesuatu program yang dilaksanakan. Dorongan

yang kuat akan membantu untuk menaikkan semangat bekerja dan seterusnya

mengecapi kejayaan.

Page 21: Pen Gurus An Islam

                           III.      Langkah pencegahan – mewujudkan langkah-langkah perlu untuk mengatasi

sesuatu masalah yang timbul. Ia penting untuk memastikan tidak wujudnya unsur-

unsur negatif dalam sesbuah organisasi.

                          IV.      Langkah dorongan – Ia juga penting sebagai langkah untuk mendorong manusia

agar berwatak dan bersikap positif serta berubah tanpa perlu dipaksa secara

kekerasan.

                             V.      Fungsi akhir – pengawasan dan pengawalan merupakan fungsi terakhir dalam

sesuatu pengurusan atau pentadbiran untuk mengatasi sebarang masalah yang

timbul. Hukuman yang setimpal akan dikenakan sebagai langkah terakhir untuk

mencegah sebarang bentuk kemungkaran dan salah laku para pekerja. Budibicara

adalah jalan diplomasi yang perlu digunakan pada peringkat awal untuk mengatasi

sebarang masalah yang timbul.

                    Perlu diingat bahawa dalam proses ini manusia yang diawasi dan dikawal itu punya

perasaan, maruah dan harga diri. Maka sewajarnya dibezakan kaedah mengurus atau mengawal

manusia dan mesin ataupun benda. Manusia tidak boleh diaibkan dengan apa cara sekalipun.

Maruah manusia perlu sentiasa dipeihara.

Kaedah dan cara kawalan/pengawasan :

 

                    Secara umumnya cara dan kaedah pengawasan dapat dibahagikan kepada tiga kategori

iaitu :

 

             I.      Pengawasan dalaman diri manusia

        Pengurusan Islam amat mementingkan pengawasan dalaman diri manusia sendiri.

Setiap manusia seharusnya faham bahawa mereka adalah Khalifah serta hamba

kepada Allah. Mereka perlu yakin segala-galanya akan dihitung, dinilai dan

Page 22: Pen Gurus An Islam

dihisab oleh Allah s.w.t dari sekecil-kecilnya sehingga kepada sebesar-besar

perkara.

        Sebagai Khalifah mereka mesti jelas mereka diutus untuk mengatur atau

melicinkan perjalanan alam. Mereka tidak boleh merosakkan amanah yang

dipertanggungjawabkan kepada mereka.

        Sebagai hamba, manusia akan patuh kepada segala arahan Penciptanya. Sikap

patuh dan taat kepada peraturan Allah s.w.t adalah kunci yang terbaik yang

mampu mendorong manusia melakukan kebaikan dan mengelak mereka terjebak

kepada perkara yang negatif

 

          II.      Pengawasan dari masyarakat

 

        Masyarakat yang prihatin akan memastikan tanggungjawab terlaksana. Tugas

pencegahan ini bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa sahaja tetapi juga kepada

masyarkat keseluruhannya kerana merekalah yang paling hampir antara satu dengan

yang lain.

        Merujuk kepada satu hadis Nabi yang bermaksud “barangsiapa antara kamu

yang melihat kerosakan (kejahatan, kemungkaran dan lain-lain) hendaklah ia

mengubahbya dengan tangan (kuasa), sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia

mengubahnya dengan lidah (lisan seperti nasihat atau tunjuk ajar dan sebagainya)

dan sekiranya tidak mampu hendaklah ia mengubahnya dengan hati (seperti

membenci kejahatan tersebut) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

        Dalam organisasi perkara ini mesti dilakukkan. Ini kerana organisasi merupakan

sebahagian daripada masyarakat dan ia tidak boleh terpisah. Ini bermakna tugas

pencegahan ini bukanlah untuk menjaga tepi kain orang lain tetapi merupakan satu

tanggungjawab agama.

Page 23: Pen Gurus An Islam

 

       III.      Pengawasan dari pihak pengurusan

 

        Dalam aspek ini pengurusan amat berperanan melihat perjalanan organisasi

mereka supaya ianya selamat dan mengikut spefikasi yang diberikan

        Oleh itu peraturan, garis panduan dan etika tertentu perlu diwujudkan untuk

membasmi sebarang perkara negatif yang wujud dn berlaku dalam sesebuah

organisasi. Malah ia dianggap sebagai jalan keluar yang terakhir yang terpaksa

diambil untuk mengatasi setiap masalah yang timbul setelah melalui proses nasihat

menasihati dan tegur menegur antara mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN

Page 24: Pen Gurus An Islam

Semua pihak mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Majikan tidak akan berjaya

tanpa sokongan orang bawahan dan sebaliknya. Oleh itu untuk mengharmonikan keperluan

itulah Islam, menggariskan elemen-elemen asas yang perlu dilaksanakan dalam sistem

pengurusan untuk mencapai segala sasaran dan objektif yang hendak dicapai oleh sesebuah

organisasi. Tanpa kerjasama yang erat sudah tentu segala perancangan yang dirancang tidak akan

tercapai.

 

Sebagai rumusannya, Islam mempamerkna sifat-sifat istimewa yang ada dalam pentadbiran dan

pengurusan Islam antaranya ialah :

 

1. Kepimpinan Islam mengambil kira kedua-dua belah pihak secara sepadu iaitu pemimpin

dan yang dipimpin.

2. Walaupun ketua biasanya seorang, tetapi dalam Islam terserlah satu tindakan bersama

kerana terdapatnya peluang untuk berbincang, diskusi, berdialog dan bermesyuarat

(syura) dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat yang cukup luas.

3. Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap perkara. Tindakan perundangan

merupakan langkah terakhir yang perlu diambil untuk mengatasi sebarang salah laku

yang wujud dalam organisasi. Langkah diplomasi iaitu melalui konsep menasihati, tegur

menegur merupakan langkah awal yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap

permasalahan.

4. Islam banyak menonjolkan ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang tebaik elapas usaha

mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

 

 

 

Page 25: Pen Gurus An Islam

 KE ARAH PENGURUSAN

PEMBANGUNAN ISLAM

Prof Madya Dr Muhammad Syukri Salleh

Ketua, Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP)

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia

 

 

PENDAHULUAN

Secara umum, pembangunan mempunyai konotasi positif. Dalam pemahaman lazim,

pembangunan kebanyakannya dihubungkan dengan ukuran-ukuran kuantitatif seperti

peningkatan produktiviti, peningkatan pendapatan per kapita, peningkatan keluaran negara kasar,

peningkatan kadar pertumbuhan dan peningkatan penggunaan[1]. Kalau pun ada perkiraan-

perkiraan yang lebih kompleks yang menghubungkaitkan pembangunan ekonomi ini dengan

unsur-unsur sosial, budaya dan politik, ianya dikatakan tetap untuk kebaikan manusia[2].

Peningkatan taraf hidup ekonomi itu dikatakan menjadi faktor penentu kepada pembangunan dan

kesejahteraan semua bidang kehidupan masyarakat yang lain seperti pelajaran, kesihatan,

kemasyarakatan, kebudayaan dan sebagainya (S. Husin Ali 1976)[3].

Penghujjahan dan penghuraian tentang perkara ini terangkum di dalam teori-teori pembangunan,

sama ada di dalam teori yang berteraskan kepada falsafah pasca-klasikal atau falsafah radikal[4].

Kesan-kesan sampingan seperti hedonisme, materialisme, gejala sosial, dekadensi moral,

penindasan, ketidakadilan dan sebagainya dianggap sebagai masalah-masalah biasa yang boleh

diatasi. Ia tidak membawa kepada berubahnya imej positif pembangunan itu[5].

Dalam mengurusi pembangunan secara Islam, ada tiga persoalan yang harus ditanya. Pertama,

apakah pembangunan berbentuk lazim ini yang hendak diurus? Kedua, apakah sebenarnya yang

dimaksudkan dengan mengurus pembangunan secara Islam; bolehkah pengurusannya dilakukan

Page 26: Pen Gurus An Islam

secara Islam manakala pembangunannya bertunjangkan kepada pembangunan lazim seperti di

atas? Dan ketiga, dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini, kaedah apakah yang terbaik

dalam mengurusi pembangunan secara Islam ini? Kertas ini akan cuba menjawab ketiga-tiga

soalan ini.

 

BENTUK PEMBANGUNAN YANG HENDAK DIURUS

Secara idealnya, pembangunan yang hendak diurus secara Islam mestilah berbentuk Islam dan

tidak boleh bercampur aduk dengan bentuk pembangunan lazim. Dengan lain perkataan,

pembangunan yang hendak diurus itu bukan pembangunan lazim, tetapi ialah pembangunan

berteraskan Islam sendiri. Syarat ini sangat penting kerana terdapat perbezaan yang amat ketara

antara pembangunan lazim dengan pembangunan berteraskan Islam. Malah asas-asas

pembangunan lazim adalah bertentangan dengan asas-asas ajaran Islam sendiri.

Perbezaan dan pertentangan ini tidak mudah dilihat secara sepintas lalu. Ia hanya dapat dilihat

dengan meneliti dua persoalan penting. Pertama ialah persoalan akar-umbi falsafah kepada

pembangunan lazim itu. Dan kedua, persoalan perkaedahan penganalisaannya. Kedua-dua

persoalan inilah yang membuatkan pembangunan lazim berbeza dan bertentangan dengan

pembangunan berteraskan Islam. Kalau akar umbi ini bertentangan, tentulah hal-hal teknikal

seperti yang didokong oleh pembangunan lazim itu juga menjadi bertentangan.

Pembangunan lazim terikat kuat dengan falsafah dan perkaedahan Sains Sosial Barat. Ia tumbuh

dari teknik-teknik sains fizik yang didasari oleh sifat-sifat saintifik, empirikal dan fakta-fakta

yang dapat diamati oleh pancaindera (observable facts). Ia juga bersifat anti-dogmatis, anti a

priori, anti-teologi dan cenderung kepada sifat bebas nilai (value free). Lebih dari itu, tidak kira

sama ada pembangunan lazim itu bertunjangkan kepada falsafah pasca-klasikal atau radikal, ia

percaya kepada sekurang-kurangnya lima perkara berikut. Pertama, substruktur (ekonomi)

menentukan superstruktur (agama, undang-undang, budaya, sosial dan sebagainya)[6]. Kedua,

kemahuan manusia tidak terhad manakala sumber-sumber alam adalah terhad. Ketiga, dalam

proses pembangunan itu, masyarakat tradisi mesti dihapuskan[7]. Keempat, pengalaman-

Page 27: Pen Gurus An Islam

pengalaman pembangunan di Barat adalah kaedah mutlak untuk diikuti oleh semua negara yang

ingin membangun. Dan kelima, pembangunan adalah merupakan matlamat akhir hidup manusia.

Oleh itu, kalau mengurus pembangunan secara Islam itu bermaksud mengurus pembangunan

lazim, ertinya pengurusan itu terpaksa mengurus pembangunan  yang berdasarkan kepada

kepercayaan di atas. Dengan lain perkataan, pengurusan yang dikatakan Islam itu terpaksa

mengurus pembangunan yang falsafah, dasar dan perkaedahannya tidak selari dengan Islam.

Sebenarnya Islam tidak terhad kepada hal-hal saintifik, empiris dan fakta-fakta yang boleh

diamati dengan pancaindera. Ini semua boleh disuluh hanya dengan ilmu daruri dan dalil-dalil

aqli. Lebih dari itu, Islam menjangkau ke dalam hal-hal ghaib dan metafizik. Hal ini perlu

disuluh dengan ilmu nadhari dan dalil-dalil naqli[8]. Begitu juga, pembangunan berteraskan

Islam mesti bersifat dogmatis, menerima konsep a priori dan berbentuk teologikal sebagai

asasnya, serta terikat kuat dengan nilai Islam itu sendiri. Yang menentukan sesuatu ialah agama,

atau superstruktur (dalam istilah teori pembangunan radikal), bukan ekonomi atau substruktur.

Kemahuan manusia diakui tidak terhad tetapi ada cara untuk menghadkannya manakala sumber-

sumber alam secara fizikal adalah terhad, tetapi dari perspektif Tauhid ianya tidak terhad. Allah

SWT menetapkan rezeki untuk setiap makhluk dan ukuran kepada kepuasan kepenggunaan ialah

barakah, bukan kuantiti. Dalam proses pembangunan, Islam tidak memusnahkan masyarakat

tradisi selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam. Pengalaman dan kaedah pembangunan

negara-negara Barat bukanlah pengalaman dan kaedah mutlak yang mesti diikuti. Begitu juga,

pembangunan hanyalah alat mencapai keredhaan Allah SWT, bukan matlamat akhir hidup

manusia.

Kesemua keyakinan di atas bertunjang kuat kepada tasawwur (worldview) Islam sendiri. Asas

kepada tasawwur ini ialah keyakinan bahawa roh manusia telah naik saksi bahawa Allah SWT

adalah Tuhan dan manusia adalah hamba-Nya[9]. Perjanjian ini telah dibuat di alam roh. Hidup

manusia di dunia, di mana proses pembangunan berlaku, hanyalah merupakan medan untuk

membuktikan penyaksian tersebut. Benar tidaknya penyaksian itu dibuktikan manusia di dunia

manakala ganjarannya, sama ada baik atau buruk, akan dikurniakan di akhirat.

Page 28: Pen Gurus An Islam

Dengan kata lain, pembangunan hanyalah merupakan alat manusia membuktikan ketaatannya

terhadap penyaksian mereka. Kerana penyaksian itu bermaksud menjadi hamba Allah, maka

tujuan hidup di dunia ialah untuk membuktikan bahawa sepenuh hidupnya, dalam apa jua aspek

dan aktiviti hidupnya, pada setiap saat, adalah sebagai ibadah kepada Allah SWT[10]. Untuk

memudahkan usaha manusia membuktikan penyaksiannya itu, Allah SWT mengurniakan satu

lagi status kepada manusia, yakni sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini[11].

Konsep khalifah di sini cukup memberi gambaran bahawa asal kejadian manusia memanglah

sebagai pengurus sumber alam di atas dunia ini. Banyak ayat-ayat al-Qur’an yang mempamirkan

hal ini. Antaranya adalah seperti berikut[12]:

“Dialah (Tuhan) yang menurunkan air dari langit, di antaranya untuk minuman kamu dan di

antaranya untuk tumbuh-tumbuhan; di sana kamu mengembala ternakan” (al-Nahl: 10).

“Dialah (Tuhan) yang memberi kemudahan laut supaya kamu makan daging (ikan) yang lembut

dan supaya kamu keluarkan dari dalamnya perhiasan yang kamu pakai dan engkau lihat kapal

layar di laut dan supaya kamu mencari kurniaan Allah (rezeki), mudah-mudahan kamu

bersyukur” (al-Nahl: 14).

“Dialah (Tuhan) yang menjadikan bumi itu rendah untukmu, maka berjalanlah kamu pada

beberapa penjurunya dan makanlah rezeki kurniaan-Nya, dan kepada-Nyalah kamu

dibangkitkan” (al-Mulk: 15).

Perkataan ‘mengembala’, ‘keluarkan’ dan ‘berjalan dan makanlah rezeki’ cukup mempamirkan

tugas-tugas kepengurusan manusia. Sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, manusia

adalah pengurus segala makhluk alam dunia. Ertinya, pembangunan adalah merupakan alat

manusia membuktikan kepada Allah SWT tentang ketaatannya sebagai pengurus, sebagai

khalifah Allah. Ia adalah merupakan alat untuk membuktikan kehambaannya kepada Allah SWT

dalam pengurusannya itu.

Kalau tugas sebagai hamba dan khalifah Allah SWT ini dilaksanakan manusia mengikut

perjanjiannya dengan Allah SWT, maka redhalah Allah SWT. Keredhaan Allah SWT ini tidak

mungkin dapat dicapai kecuali pembangunan dijadikan alat beribadah kepada Allah SWT. Dan

ibadah ini berhubung rapat dengan alam roh dan alam akhirat. Tidak mungkin seseorang dapat

Page 29: Pen Gurus An Islam

beribadah kecuali dengan pembangunan kerohaniannya yang tinggi. Penyaksiannya dibuat di

alam roh, pelaksanaannya dibuktikan di alam dunia, manakala ganjarannya dikurniakan di alam

akhirat. Ertinya pembangunan mengikut Islam mempunyai skala waktu yang panjang. Ia

meliputi alam roh, alam dunia dan alam akhirat, di samping merangkumi kedua-dua

pembangunan rohani dan jasmani. Walaupun ia adalah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat

(hasanah fid duniya wal akhirah), tetapi rangkakerjanya berasal dari alam roh. Jadi hidup

manusia di atas muka bumi tidak lengkap disebut sebagai mencari kebahagiaan di dunia dan

akhirat sahaja. Ia patut disebut sebagai mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat melalui

pelaksanaan penyaksian manusia dengan Allah SWT di alam roh. Ertinya ia meliputi tiga alam

(alam roh, dunia dan akhirat), bukan dua alam sahaja.

Berdasarkan tasawwur ini, pengurusan pembangunan Islam meliputi pengurusan kesemua

tingkat pembangunan. Ia meliputi tingkat pembangunan rohani, individu, keluarga, masyarakat,

negara dan alam sejagat. Di samping itu ia juga merangkumi semua aspek kehidupan, dari sosial,

ekonomi, politik dan sebagainya. Oleh itu pengurusan pembangunan Islam bermaksud mengurus

pembangunan yang holistik, sebagaimana yang didefinisikan oleh Islam, bukan pembangunan

terberai dan superfisial yang didokong oleh pembangunan lazim. Pengurusan pembangunan

Islam bukan sahaja bertunjang kepada falsafah Islam itu sendiri, tetapi juga menggunakan

perkaedahan analisis Islam.

 

ERTI MENGURUS PEMBANGUNAN SECARA ISLAM

Berdasarkan hujah-hujjah di atas, adalah tidak munasabah sesuatu pengurusan pembangunan itu

dipanggil pengurusan pembangunan Islam jika yang diurus itu sebenarnya bukan pembangunan

berteraskan Islam, tetapi sebaliknya pembangunan lazim, tidak kira yang lahir dari falsafah

pembangunan pasca-klasikal atau radikal, yang bersifat pemusatan Barat (western ethno-centric)

atau pemusatan Eropah (eurocentric). Secara idealnya, pengurusan pembangunan Islam hanya

boleh menjadi Islam sekiranya kedua-dua pengurusan dan pembangunan adalah berdasarkan

kepada ajaran Islam. Ertinya pengurusan itu mesti menentukan maksud pembangunan itu. Tidak

ada makna apa-apa sekiranya pembangunan diurus secara Islam sedangkan pembangunan yang

diurus itu ialah pembangunan lazim. Begitu juga, tidak ada apa-apa erti sekiranya pembangunan

Page 30: Pen Gurus An Islam

itu berteraskan Islam tetapi pengurusannya adalah bersifat tidak Islamik. Secara lebih tegas,

dalam mengurus pembangunan secara Islam, kedua-dua pengurusan dan pembangunan mestilah

Islam. Ia tidak boleh dicampur-aduk, sama ada pembangunannya Islam tetapi pengurusannya

bukan Islam, atau pembangunannya tidak Islam tetapi pengurusannya Islam. Campur aduk ini

cukup mengelirukan kerana sebagaimana yang telah dihuraikan di atas, erti pembangunan dari

kacamata Islam mempunyai maksud yang tersendiri. Tidak boleh pengurusan pembangunan itu

dikatakan Islam sekiranya pembangunan masih dianggap dimanifestasikan oleh bangunan-

bangunan besar dan hebat serta hotel-hotel empat dan lima bintang[13].

Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan Islam itu sendiri?

Kalau mengikut Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), maksud umum pengurusan Islam tidak banyak

bezanya dengan pengurusan lazim. Kedua-duanya merujuk kepada “kajian ilmiah dan juga satu

kesenian yang bergantung kepada bakat dan kebolehan seseorang yang akan menjadi pengurus”

(1991:37). Kesimpulan ini dibuat berdasarkan kepada sekurang-kurangnya tiga pendapat umum

tentang pengurusan. Pertama, bahawa pengurusan adalah merupakan satu pengkhususan yang

berasaskan kepada beberapa prinsip dan peraturan-peraturan tertentu. Kedua, bahawa

pengurusan adalah merupakan satu bentuk kesenian yang berasaskan kemahiran dan bakat

seseorang. Dan yang ketiga, bahawa pengurusan itu merupakan satu kajian ilmiah yang

berpandukan prinsip-prinsip yang dirancang dari semasa ke semasa dan serentak dengan itu ia

merupakan seni dan kebolehan seseorang yang akan memimpin dan mempraktikkan rancangan

itu. Berdasarkan erti pengurusan yang merujuk kepada perkara-perkara ini, maka Ahmad

Ibrahim Abu Sin  (1991:39) berpendapat kalau ada pun perbezaan antara pengurusan masakini

dengan pengurusan Islam, ia hanya berlaku dalam beberapa aspek sahaja, terutamanya dalam

aspek matlamat. Katanya matlamat pengurusan lazim atau masakini yang dianggap sekular ialah

berbentuk duniawi semata-mata manakala matlamat pengurusan Islam ialah berbentuk dunia dan

akhirat.

Pengertian begini agak tidak jauh berbeza dari pengertian umum pengurusan yang dikemukakan

Yusof Ismail (1991). Secara khusus, Yusof Ismail (1991:35) melihat pengurusan sebagai “satu

proses yang dilalui untuk mencapai matlamat tertentu” melalui ”kerjasama antara pihak

pengurusan dan kakitangan umum” dan melibatkan unsur-unsur “matlamat (nilai), sistem,

Page 31: Pen Gurus An Islam

kaedah, pengurus, kakitangan dan teknologi (alat)”[14]. Pengertian yang agak sama juga

dikemukakan Mohd Shahar bin Sidek (1996:123) yang menyimpulkan bahawa pengurusan

adalah merupakan “proses pengembelengan usaha dan tindakan secara bersama, terselaras dan

sistematis, dengan penggunaan punca-punca yang diperolehi dengan diarahkan kepada mencapai

tujuan tertentu”. Wan Liz Ozman Wan Omar (1996)[15] pula menyenaraikan elemen-elemen

yang terkandung di dalam pengurusan seperti berikut:

1-  Kemahiran dalam merancang dan melaksanakan sesuatu untuk mencapai matlamat yang telah

ditetapkan.

2-  Pelaksanaan dasar pemerintahan untuk kebajikan awam.

3-  Menyelaras tenaga manusia dan sumber-sumber mengikut perancangan bagi mencapai

sesuatu objektif, misi ataupun visi dan

4-  Satu pengkhususan yang berasaskan kepada prinsip, sistem, metodologi dan peraturan

tertentu dalam mengendali, mengawas, melaksana dan menilai sesuatu tugas atau kerja[16].

Secara kasar, pengertian sebegini, sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ahmad Ibrahim Abu

Sin (1991), nampak tidak berbeza dengan pengertian pengurusan lazim. Tetapi pada hakikatnya,

ianya berbeza kerana pengurusan Islam, seperti kata Yusof Ismail (1991:46), berteraskan kepada

prinsip-prinsip berikut:

1-  Mencari keredhaan Allah (At-Taubah 9:72), Al-Rum 30:38) dengan mentaati Allah SWT dan

Rasulallah SAW (An-Nisaa 4:59)[17].

2-  Melaksanakan makruf dan mencegah mungkar (Ali Imran 3:104, 110).

3-  Menjaga kesejahteraan masyarakat (Al Baqarah 2:148), Al Qasas 28:77, Al Mujaadilah 58:9).

4-  Membangunkan individu semaksimum mungkin (Ali Imran 3:139, Al Hujurat 49:13, Asy

Syams 91:8-10, Al ‘Asr 103:1-3).

5-  Melaksanakan syura (Ali Imran 3:159, Asy Syuura 42:38).

Page 32: Pen Gurus An Islam

6-  Mewujudkan jamaah (As Saff 61:4).

7-  Berlaku adil (Al Maaidah 5:8, An Nisaa’ 4:129).

8-  Berlaku ihsan (kebajikan) (An Nahl 16:90), dan

9-  Membuat keputusan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam (Al Maaidah 5:44, 45, 47, 50).

Kesemua ini mempamirkan bahawa yang membezakan pengurusan Islam dengan pembangunan

lazim ialah teras falsafahnya. Pengurusan lazim terhad kepada pengertian-pengertian yang telah

disebutkan di atas. Pengurusan Islam sebaliknya menjangkauinya dengan mengambil falsafah

Tauhid sebagai terasnya. Oleh itu pengurusan Islam lebih bersifat jitu dan komprehensif. Dalam

apa sahaja aspek yang bersangkutan dengan pengurusan seperti proses membuat keputusan,

perancangan, pengawalan, pelaksanaan projek, perhubungan dan komunikasi, tanggungjawab di

antara majikan dan pekerja, etika kerja dan sebagainya, semua mestilah berdasarkan kepada

prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh ajaran dan pandangan hidup Islam (Wan Liz Ozman

Wan Omar 1996:67). Pendek kata pengurusan Islam merangkumi seluruh rahsia penciptaan dan

tujuan hidup manusia sebagaimana ditetapkan oleh Allah SWT[18]. Boleh dikatakan semua

penulis melihat pengertian pengurusan Islam secara holistik begini dan menghubungkannya

dengan Tauhid. Yang paling ketara dan agak jitu ialah penghuraian Mohd Affandi Hassan

(1992). Beliau telah mempamirkan maksud pengurusan yang holistik ini melalui apa yang beliau

panggil pendekatan tawhidic. Mohd Affandi Hassan (1992:56) berkata begini:

“Management and administration, from the tawhidic approach, is the fulfilment of the primordial

contract (the amanah) between God and man, in which man as servant of God, and His

vicegerent on earth (khalifah) performs righteous deeds (‘amal salih) based on the principles of

cooperation and consultation (shura). The purpose of management/administration is the building

of a civilization based on tawhidic ethical values; thus management must, at the same time,

ensure the abolishment of corruption, mischief, and injustice (al-fasad) in order to establish ‘adl

(justice) both in organizations as well as in society. The ultimate objective of management is to

attain al-falah (felicity)”[19].

Page 33: Pen Gurus An Islam

Dari definisi Mohd Affandi Hassan ini, dapat kita simpulkan begini. Pertama, rangkakerja

pengurusan ialah rahsia penciptaan dan fungsi kehidupan manusia yang termeterai dalam

perjanjian manusia dengan Allah SWT (bahawa manusia adalah hamba dan khalifah Allah

SWT). Kaedah pengurusan Islam ialah kerjasama dan musyawarah yang terkandung dalam

konsep syura[20]. Tujuan pengurusan Islam ialah untuk melahirkan tamaddun yang adil tanpa

perbuatan yang tidak diredhai Allah SWT. Dan matlamat akhir pengurusan Islam ialah untuk

mendapat kebahagian dunia dan akhirat.

Kalau begini pengertian pengurusan Islam, apakah pula pengertian pengurusan pembangunan

Islam?

Oleh kerana pembangunan berteraskan Islam merangkumi segala aspek kehidupan manusia, dari

peringkat rohani hinggalah kepada peringkat keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat,

maka pengurusan pembangunan Islam juga merupakan pengurusan segala aspek kehidupan

manusia ini sama ada dari perspektif sosial, ekonomi dan politik serta gabungan antaranya,

secara Islam. Ia oleh itu melampaui pengurusan lazim yang hanya terhad kepada pengurusan

organisasi, pengurusan sumber manusia, atau pengurusan perniagaan semata-mata. Pendeknya

pengurusan pembangunan meliputi segala kegiatan yang diamalkan oleh setiap orang, sama ada

untuk dirinya, keluarganya, organisasi pekerjaan, organisasi sosial, di peringkat kampung,

daerah, negeri, negara atau antarabangsa. Ia meliputi, umpamanya, usaha Khalifah Umar Abdul

Aziz membersihkan jentera kerajaan seperti menghapuskan percukaian yang tidak adil. Begitu

juga dengan usaha Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hambal

menjalankan kerja-kerja tajdid mereka tanpa bantuan pemerintah; usaha Imam Al Ghazali

membersihkan aqidah masyarakat yang bercampur aduk; usaha Ibnu Taimiyah menentang taqlid

buta dan mempelopori ijtihad; dan usaha Syaikh Ahmad Sirhindi membersihkan ajaran tasawwuf

songsang dengan memberikan ajaran tasawwuf tulen (Yusof Ismail 1991:5-6). Semuanya boleh

dianggap sebagai pengurusan pembangunan Islam, asal saja ianya berlandaskan kepada aqidah

dan tasawwur Islam. Pendeknya pengurusan pembangunan Islam meliputi segala pengurusan

Islam yang bersangkutan dengan segala aspek kehidupan manusia, dari aspek pengurusan

kerohanian hinggalah kepada pengurusan pemerintahan[21].

 

Page 34: Pen Gurus An Islam

MENGURUS PEMBANGUNAN SECARA ISLAM DALAM

REALITI SOSIO-EKONOMI DAN POLITIK MASAKINI

Dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini, tidak dinafikan bahawa pengurusan

pembangunan Islam yang ideal di atas tidak mudah direalisasikan. Tambahlagi di Malaysia yang

keadaan sosialnya berbilang kaum dan agama, ekonominya liberal kapitalis dan politiknya

demokrasi berpandu. Malah di seluruh dunia, tidak dapat dikesani mana-mana negara pun yang

telah menjadi negara Islam dan melaksanakan pembangunan berteraskan Islam sepenuhnya,

apatah lagi pengurusan pembangunan Islam. Rata-rata pembangunan masih didominasi oleh

falsafah Sains Sosial Barat, dengan sama ada falsafah pasca-klasikal yang melahirkan teori

pembangunan pertumbuhan dan pengagihan-dengan-pertumbuhan atau falsafah radikal yang

melahirkan teori pembangunan strukturalis dan pergantungan. Walaupun ada usaha

membangunkan negara dan pembangunan secara Islam seperti yang cuba dilakukan di Pakistan,

Sudan, Iran, Malaysia, atau secara lebih mikro seperti yang cuba diusahakan di Kelantan dan

Terengganu[22], namun semuanya masih belum dapat lepas lari dari falsafah pembangunan

lazim Barat tadi.

Dalam keadaan demikian, yang manakah yang patut dilaksanakan dahulu, negara Islam atau

pengurusan pembangunan Islam? Mawdudur Rahman dan Muhammad Al-Buraey (1992)

berpendapat bahawa satu ‘organisasi Islam’ (dalam konteks perbincangan kita barangkali boleh

diistilahkan sebagai negara Islam) mestilah diwujudkan sebelum model yang meliputi

kebendaan, kerohanian, etika dan prinsip-prinsip Islam direalisasikan[23]. Begitu juga dengan

pendapat kebanyakan pejuang Islam seperti Parti Islam SeMalaysia, PAS[24].

Namun begitu usaha pembentukan negara Islam dalam keadaan masakini juga terbukti tidak

mudah. Malah di negara-negara yang telah cuba membentuk negara Islam, pengurusan

pembangunan Islam belum berlaku sepenuhnya. Pakistan telah mengistiharkan dirinya sebagai

sebuah Republik Islam tetapi ternyata pembangunan dan pengurusan pembangunannya belum

Islamik. Malah secara amnya, hampir tidak ada usaha membangunkan Republik itu secara Islam,

kecuali dalam urusan zakat dan perbankan Islam[25]. Iran juga telah menubuhkan Republik

Islam selepas Ayatollah Rohullah Khomeini menjatuhkan Shah Pahlavi dalam tahun 1979.

Tetapi usaha pengIslaman pembangunannya sedang menuju kembali ke arah pembangunan

Page 35: Pen Gurus An Islam

Barat. Pada peringkat awal pemerintahan Islam (1979-81), Iran mengamalkan teori ekonomi

‘divine harmony’[26]. Kemudian ia berubah kepada kaedah India-Soviet[27]. Dan bermula pada

tahun 1989, Republik Islam Iran mengalihkan model pembangunannya kepada model China-

Saudi Arabia[28]. Sekarang ia dianggap sebagai beransur-ansur kembali kepada cara hidup lama

yang dikenali di Iran sebagai ‘Westoxication’ (Amuzegar 1993:328-329). Kelantan juga, dalam

pusingan kedua sekarang, sudah hampir satu dekad diperintah oleh Parti Islam SeMalaysia, PAS.

Tetapi pembangunannya belum boleh dianggap sebagai pembangunan Islam sepenuhnya. Begitu

juga dengan pengurusan pembangunannya. Dengan berbagai keterhadan yang ada, Kelantan

hanya mampu melaksanakan beberapa aspek Islam dalam pembangunan, tetapi tidak dapat

melepaskan dirinya dari rangkakerja pembangunan lazim[29].

Kesemua contoh ini mempamirkan bahawa dalam keadaan realiti sosio-ekonomi dan politik

masakini, tidak mudah meruntuhkan negara sekular untuk menubuhkan negara Islam

sepenuhnya. Begitu juga, dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini, tidak mudah

meruntuhkan pembangunan lazim sepenuhnya dan menggantikannya dengan pembangunan

berteraskan Islam. Tambah lagi dalam menguruskan pembangunan, tidak mudah menguruskan

pembangunan berteraskan Islam sebagaimana idealnya kerana tidak mudah membentuk negara,

pengurusan dan pembangunan berteraskan Islam secara menyeluruh dan komprehensif.

Namun begitu, kepayahan ini bukanlah manifestasi pandangan pesimistik. Dalam realiti sosio-

ekonomi dan politik masakini, peluang melaksanakan pengurusan pembangunan Islam tidaklah

segelap itu. Walaupun tanpa negara dan pembangunan Islam yang cukup Islam, pengurusan

pembangunan Islam tetap boleh dilaksanakan, cuma tidaklah secara idealnya. Dalam realiti

sosio-ekonomi dan politik masakini, pengurusan pembangunan Islam boleh bermula dengan

menguruskan pembangunan lazim tanpa menunggu wujudnya negara dan pembangunan Islam

yang cukup Islam. Adalah sangat mustahil pengurusan dan pembangunan Barat, tambah lagi

negara yang berasaskan kepada perundangan Barat, dapat diruntuhkan secara mendadak dan total

serta digantikan dengan pembangunan berteraskan Islam secara sekaligus. Oleh itu, mengurus

pembangunan secara Islam pada masakini bererti menguruskan pembangunan yang tidak Islam

agar ianya menjadi Islam. Tugas utama pengurusan pembangunan Islam pada peringkat ini ialah

pengislaman pembangunan itu sendiri. Ia berbentuk evolusi, bukan revolusi. Kaedahnya ialah

kaedah akomodatif, tetapi jangan apologetik dan permisif. Yang perlu ialah kebijaksanaan dan

Page 36: Pen Gurus An Islam

hikmah untuk menerapkan prinsip-prinsip Islam tersebut dengan sifat-sifat yang dinamik dan

fleksibel asal ianya tidak bertentangan dengan Islam.

Semua ini memerlukan satu perancangan dan strategi yang kemas dan sistematik. Ia tidak boleh

dilakukan secara ad-hoc, bermusim atau impromptu. Ia tetap memerlukan satu blue-print dan

pelan induk.  Oleh kerana pembangunan berteraskan Islam bererti pembangunan kedua-dua

rohani dan jasmani, maka blue-print dan pelan induk itu mesti meliputi kedua-dua bidang ini

secara bersepadu, bukan berpisah. Pembangunan rohani mesti dibangunkan dalam konteks

pembangunan jasmani. Mengurus pembangunan rohani bererti mengurus iman dan nafsu

manusia. Iman mesti ditingkatkan daripada iman taqlid dan iman ilmu yang rendah kepada iman

‘ayan, iman haq dan iman haqiqat yang tinggi. Nafsu pula mesti ditingkatkan dari nafsu

ammarah, nafsu lawwamah dan nafsu mulhamah yang jahat kepada nafsu mutmainnah, nafsu

radhiyah dan nafsu kamilah yang terpuji. Dengan peningkatan ini, maka pembangunan jasmani

tidak akan mempunyai kesan-kesan sampingan seperti yang dialami oleh pembangunan lazim.

Malah pembangunan rohani sebagai tunjang akan melahirkan pembangunan jasmani yang kemas

dan kuat. Ertinya kesemua perancangan ini perlu disepadukan ke dalam satu pelan induk. Dan

dengan pelan induk yang sepadu ini, pembangunan lazim dapat diurus hingga akhirnya ia dapat

diIslamkan sepenuhnya.

 

KESIMPULAN

Secara idealnya, pengurusan pembangunan Islam bermaksud mengurus pembangunan

berteraskan Islam dengan menggunakan kaedah pengurusan Islam. Tetapi pada realitinya, dalam

keadaan sosio-ekonomi dan politik masakini, hal ini tidak mudah dilaksanakan. Pembangunan

dan pengurusan lazim masih menjadi model dominan, manakala negara Islam yang diperlukan

untuk mendaulat pengurusan dan pembangunan Islam ini masih belum benar-benar wujud lagi.

Mahu tidak mahu, pengurusan pembangunan Islam terpaksa direalisasikan melalui kaedah

akomodatif dan evolusi. Ia pertamanya perlu mengurus pembangunan yang berdasarkan kepada

ideologi lazim, agar sedikit demi sedikit pembangunan sedemikian dapat diIslamkan. Untuk ini,

satu perancangan dan strategi yang sistematik dan dinamik perlu diatur, umpamanya dengan

Page 37: Pen Gurus An Islam

mengadakan pelan induk dan blue-print yang boleh menjadi panduan kepada perjalanan ke arah

merealisasikan pengurusan pembangunan Islam sepenuhnya.

NOTA

[1] Sebenarnya pengertian pembangunan itu sendiri berkembang mengikut masa. Dalam abad

ke-19 dan awal abad ke-20, pembangunan disamakan dengan kemajuan (lihat Chodak 1973:21).

Pada awal abad ke-20 pula, kemajuan ini digantikan dengan perubahan sosial (lihat Parsons 1951

dan Coser 1967). Selepas Perang Dunia Kedua, khususnya dalam tahun-tahun 1950-han,

pembangunan merujuk kepada perindustrian, modenisasi atau pertumbuhan ekonomi (lihat

Sunkel 1977:6-7, Galeski 1972:275, Rostow 1956, 1960). Ini ditambah kemudiannya dengan

perubahan dan tindakan sosial (lihat Goulet 1971:6). Kini maksud pembangunan diperluaskan

mengikut kehendak semasa. Untuk perbincangan ringkas tentang perkembangan ini, lihat

Rahimah Abdul Aziz 1989:27-34.

[2] Misalnya Todaro (1977) menghubungkaitkan pembangunan dengan perubahan institusi

sosial, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. Seers (1977, 1979)

merujuk pembangunan kepada penghapusan kemiskinan, kekurangan jumlah pengangguran dan

ketaksamaan. Rahimah Abdul Aziz (1989:45-48) pula merujuk kepada satu senarai yang agak

panjang. Pembangunan dikatakan berhubungkait dengan pemenuhan keperluan asas, barangan

dan perkhidmatan serta penggunaannya, penggunaan tenaga, keselamatan, keadilan, matlamat

sosial, budaya dan politik, penyediaan pekerjaan, nilai kesusilaan, perkembangan pemikiran dan

sikap, penggunaan teknik-teknik baru, perindustrian, perbandaran, modenisasi, pembebasan dari

pergantungan, penghapusan eksploitasi dan penindasan, penyertaan kesemua pihak terutama

kumpulan sasaran, memenuhi kepentingan kumpulan sasaran, penghapusan masalah-masalah

yang dialami majoriti manusia, peningkatan perasaan harga-diri, perluasan pilihan individu,

faedah kepada sebilangan besar rakyat, peningkatan kualiti hidup, pengambil-kiraan nilai,

kepercayaan dan sistem kelas, pemenuhan keperluan ekonomi, pelaksanaan agihan kuasa dan

keadaan politik.

[3]Tanggapan bahawa ekonomi merupakan faktor penentu kepada kesejahteraan bidang-bidang

kehidupan yang lain seperti pendidikan, kesihatan, kebudayaan, agama, undang-undang dan

Page 38: Pen Gurus An Islam

sebagainya itu adalah merupakan asas kepada penganalisaan teori pembangunan lazim, sama ada

yang berteraskan kepada falsafah pasca-klasikal atau falsafah radikal. Teori pembangunan

radikal mengistilahkan ekonomi itu sebagai substruktur manakala bidang-bidang kehidupan yang

lain itu sebagai superstruktur.

[4] Antara teori pembangunan yang berteraskan falsafah pasca-klasikal yang telah menjadi

landasan kepada sistem kapitalisme ialah teori pertumbuhan dan teori pengagihan-dengan-

pertumbuhan. Manakala yang berteraskan kepada falsafah radikal yang telah menjadi landasan

kepada sistem sosialisme dan komunisme ialah teori strukturalis dan teori pergantungan.

[5] Imej positif pembangunan ini berlaku dalam kedua-dua falsafah pembangunan pasca-klasikal

dan radikal. Walaupun falsafah pembangunan radikal nampak agak berbeza dengan falsafah

pembangunan pasca-klasikal, namun asas ideologi kedua-duanya adalah sama. Perbezaan antara

keduanya, kalaupun ada, hanya bersifat metodologikal dan teknikal serta hanya berlaku di

peringkat operasional. Misalnya, teori pembangunan radikal hanya menyerang kaedah-kaedah

pembangunan dan pengagihan hasil yang dilagang oleh teori-teori pembangunan pasca-klasikal,

manakala andaian asasnya seperti konsep ‘kekurangan (scarcity) sumber-sumber’ dan

‘kemahuan tidak terhad’ tetap tidak ditolaknya.

[6] Untuk melihat kritik Islam terhadap perkara ini, khususnya terhadap pendapat S.Husin Ali,

lihat Muhammad Syukri Salleh 1987:69-70.

[7] Ahli teori pembangunan pasca-klasikal Rostow (1960) misalnya, percaya setiap masyarakat

yang ingin membangun mesti melalui lima tahap berikut: masyarakat tradisi, prasyarat untuk

mengorak langkah, mengorak langkah, menuju ke arah kematangan dan zaman penggunaan

secara besar-besaran. Ahli teori pembangunan radikal Karl Marx pula menyarankan tiga tahap

berikut: masyarakat pra-kapitalis (yang bersifat feudal dengan ragam pengeluaran Asiatic yang

tidak mempunyai konflik antara kelas dan oleh itu statik), masyarakat kapitalis dan masyarakat

pasca-kapitalis, yakni sosialis atau komunis. Dalam kedua ideologi pembangunan ini,

masyarakat tradisi (istilah Rostow) atau masyarakat pra-kapitalis (istilah Marx) mesti dihapuskan

kalau ingin membangun. Puncak pembangunan bagi Rostow ialah kepenggunaan secara besar-

besaran, manakala bagi Marx ialah masyarakat komunis.

Page 39: Pen Gurus An Islam

[8] Untuk perbincangan lanjut tentang perkara ini, lihat Muhammad Syukri Salleh 1987:20-48.

[9] Lihat Surah al-A’raf ayat 172 yang bermaksud: “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Maka jawab

roh, “Ya, kami menjadi saksi, supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat:

Sesungguhnya kami terlupa terhadap hal ini”.  Hal ini diperkuatkan lagi dengan Surah al-

Zaariyat ayat 56-57 yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya

mereka menyembah Aku. Aku tidak menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak juga

meminta mereka memberi Aku makan”.

[10] Ibadah terbahagi kepada tiga bentuk. Pertama ialah ibadah asas (merangkumi penegakan

rukun Islam dan iman); kedua, amalan utama (fadho-ilul-amal) seperti amalan-amalan sunat; dan

ketiga, ibadah umum seperti mengatur rumahtangga, anak isteri, berkhidmat untuk masyarakat

dalam soal-soal ekonomi, pendidikan, perubatan, sosial, negara serta alam sejagat (Muhammad

Syukri Salleh 1987:55).

[11] Allah SWT berfirman maksudnya: “(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat:

sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi. Maka jawab mereka:

Adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan

menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah

berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui. Allah mengajarnya

semua nama barang kemudian dibawa barang-barang itu kepada Malaikat, lalu Allah berfirman:

“Khabarkanlah kepada-Ku nama-nama barang ini, jika kamu yang benar”. Jawab mereka: “Maha

Suci Engkau tidaklah kami tahu sesuatu itu kecuali apa-apa yang engkau ajarkan kepada Kami,

sesungguhyna Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. Allah berfirman: “Hai Adam,

beritahulah kepada Malaikat nama barang-barang ini” (al-Baqarah: 30-32).

[12] Perkataan-perkataan dalam bentuk italic adalah penekanan saya.

[13] Hal ini misalnya tercatat dalam ruangan Cakap-Cakap Orang Kelate yang diterbitkan akhbar

rasmi PAS, Harakah. Lihat “Pembangunan Goyang Kelantan?” Harakah, 13 April 1998, ms 28.

[14] Untuk melihat Model Pengurusan Islam Yusof Ismail ini dalam gambarajah, lihat Lampiran

I.

Page 40: Pen Gurus An Islam

[15] Wan Liz Ozman Wan Omar (1996) ini, seperti juga Mustafa Haji Daud (1994),

menyamakan maksud pengurusan dengan maksud pentadbiran.

[16] Un tuk melihat Model Sistem Pengurusan Islam yang dikemukakan oleh Wan Liz Ozman

Wan Omar ini dalam gambarajah, lihat Lampiran II.

[17] Prinsip ini diperkuatkan oleh penjelasan Rasulallah SAW (Hasyr 59:7) bersandarkan pada

Al-Qur’an (Al Jathiyah 45:20) yang menjadi petunjuk dan penawar (Fussilat 41:44).

[18] Sebenarnya persoalan tentang rahsia penciptaan dan tujuan hidup manusia ini ada juga

dibincangkan Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991:3-18) di awal bukunya ini tetapi secara agak

terpisah dari penghujjahannya tentang pengurusan di atas. Untuk melihat bagaimana beliau

menghubungkan perkara ini dengan teori pengurusan dalam Islam dalam gambarajah, lihat

Lampiran III.

[19] Untuk meneliti definisi Mohd Affandi Hassan ini dalam bentuk gambarajah, lihat Lampiran

IV.

[20] Mohd Affandi Hassan (1992) telah mengemukakan model pengurusan dengan syura

(management by shura) di bahagian akhir penulisannya ini. Lihat mukasurat 59-74.

[21] Namun begitu ada juga yang berpendapat bahawa pemikiran pengurusan merupakan badan

tindak dan pelaksanaan falsafah politik secara terperinci, teliti dan amali. Pengurusan dikatakan

berfungsi untuk membuat perancangan, penyusunan, memberi arahan, panduan, melaksana dan

menyeliakan apa yang telah diputuskan oleh politik. Lihat pendapat Mustafa Haji Daud

(1994:18) yang dipetiknya dari Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991:283-290).

[22] Untuk perbincangan tentang usaha Kelantan dan Terengganu ini, lihat Muhammad Syukri

Salleh 1995, 1996b and 1998.

[23] Mawdudur Rahman dan Muhammad Al-Buraey (1992) mengatakan demikian ketika

menyarankan pelaksanaan model untuk menerapkan ajaran Islam dalam urusan perjawatan

organisasi, motivasi dan penilaian prestasi. Organisasi Islam di sini merujuk kepada sebuah

organisasi ekonomi yang mengikuti sepenuhnya prinsip-prinsip dalam al-Qur’an dan Sunnah.

Page 41: Pen Gurus An Islam

[24] Untuk perbincangan tentang perkara ini secara lebih terperinci, lihat Muhammad Syukri

Salleh 1996a.

[25] Koresponden penulis dengan Timbalan Auditor-General Republik Islam Pakistan yang juga

ahli ekonomi Islam terkemuka, Muhammad Akram Khan, Mac 1998.

[26] Premis asas ‘divine harmony’ ini bukan kekurangan (scarcity) dan keperluan peruntukan

sumber-sumber sepertimana yang menjadi premis asas teori pembangunan lazim. Sebaliknya

premis teori ‘divine harmony’ ini ialah banyak (plenty) dan tugas pengagihan semula

pendapatan. Walau bagaimanapun, teori ini tidak hidup lama seperti tidak lamanya karier politik

penulisnya, Abol Hassan Bani-Sadr.

[27] Kaedah India-Soviet ini dicirikan dengan insulariti ekonomi (economic insularity) dan

kecenderungan ke arah saradiri, dominasi negara ke atas ekonomi, penolakan terhadap budaya

pengguna (consumerism), dan penekanan ke atas penggantian impot (import substitution) dan

bukannya ke atas perluasan ekspot.

[28] Model ini bersifat nasionalis/pragmatis di mana kapitalis, pasaran bebas, ekonomi pasaran

wujud bersama dengan ideologi bukan-kapitalis sebagai bahan rujukan mutlak dan pengawasan

politik (political beacon).

[29] Antara keterhadannya ialah kekurangan konseptual, keterhadan politik yang meliputi

kekurangan pengalaman, kekurangan bantuan dari PAS Pusat, kekurangan pakar pembangunan

Islam, konflik antara Persekutuan dan Negeri, dan keterhadan undang-undang Persekutuan.

Untuk perbincangan terperinci tentang perkara ini, lihat Muhammad Syukri Salleh 1995.