penaakulan algebra.docx

download penaakulan algebra.docx

of 1

Transcript of penaakulan algebra.docx

  • 8/14/2019 penaakulan algebra.docx

    1/1

    Pelajar dapat mengaitkan pola dan susunan dengan penaakulan algebra. Ini

    bermaksud, daripada gambar rajah,pelajar dapat membentuk pola. Selepas membentuk

    pola,pelajar dapat membuat kesimpulan untuk aktiviti ini. Kesimpulan daripada aktiviti

    ini ialah n2 ataupun n x n. Bagi pelajar yang lemah dalam penaakulan algebra,

    menggunakan n x n cara adalah cara yang paling sesuai.

    Kebolehan untuk berfikir dan menaakul adalah asas penting untuk berjaya dalam

    Matematik. Penaakulan induktif menjurus kepada kebolehan menaakul sesuatu yang

    khusus, mengenalpasti pola dan hubungkaitannya yang membawa kepada pernyataan

    umum. Sebagai contoh, murid di Russia, China, Korea Selatan dan Singapura telah

    belajar algebra di peringkat awal persekolahan berbanding di Amerika Fokus utama

    melibatkan transisi di antara arithmetik dan algebra. Seterusnya kepada generalisasi

    perwakilanyang konkrit dan strategi penyelesaian. Kedua-duanya membawa kepada

    pengertian bahawa murid di peringkat sekolah rendah boleh dan mampu berfikir secara

    algebraic.

    Adakah wajar aktiviti ini dilakukan di dalam bilik darjah? Jawapannya, sangat wajar.

    Guru perlu menyokong murid dalam perkembangan pemikiran algebraic di peringkat

    awal lagi sebagai usaha membantu mereka melalui transisi di antara aritmetik dan

    algebra supaya murid dapat mengaplikasi pelbagai pendekatan penyelesaian masalah.

    Kebanyakan kurikulum Matematik memisahkan antara aritmetik dan algebra, di mana

    aritmetik diajar di peringkat sekolah rendah manakala algebra di peringkat menengah.

    Terdapat kajian di mana pemisahan ini menyukarkan murid untuk belajar algebra di

    peringkat seterusnya. Jadi dengan memperuntukkan masa untuk untuk melakukan

    penerokaan seperti ini di dalam bilik darjah dapat membantu pelajar yang lemah dan

    seterusnya, akan menggalakkan pelajar menerokai pelbagai pendekatan atau pelbagai

    kaedah penyelesaian masalah. Kebaikannya kepada guru adalah aktiviti ini boleh

    digunakan sebagai induksi set sebelum memulakan pdp dan untuk menguji

    pengetahuan sedia ada pelajar.