penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

57
penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM laporan tahunan 2012

Transcript of penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

Page 1: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

p e n a m b a h b a i k a n PENGANGKUTAN AWAM

laporan tahunan 2012

Page 2: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

KANDUNGAN

02

14

12

16 37 54

06 1004Perjalanan S.P.A.D.

Pengurusan S.P.A.D.

Mesyuarat Anggota Suruhanjaya

Laporan Suruhanjaya

Penyata Kewangan

Direktori Korporat

Menambah Baik Pengangkutan Awam Bandar (NKRA UPT)

Penyata Pengerusi

Anggota Suruhanjaya

Page 3: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

Menerajui transformasi pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pengangkutan pilihan rakyat

Memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar, dan lestari bagi mempertingkatkanpertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup rakyat

VISI

MISI

Page 4: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

2 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

PERJALANAN S.P.A.D.

2010

2011

03 JUNPenubuhan S.P.A.D.

23 JUlPerlantikan Anggota Suruhanjaya

DISPenentuan Visi, Misi dan Rumah S.P.A.D.

31 JANS.P.A.D. mula beroperasi

01 AprPermulaan pendaftaran semula bagi kenderaan barangan dan kenderaan pelancongan

08 JUlMajlis pecah tanah bagi projek KVMRT jajaran Sungai Buloh – Kajang oleh YAB Perdana Menteri

07 NoVPembentangan draf Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater KL/Klang Valley di laman web S.P.A.D.

09 DISPerbincangan Strategik S.P.A.D. Tahunan pertama diadakan

Page 5: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

3Laporan Tahunan 2012

201231 JANLesen Pengendali yang pertama diedarkan

29 FebPerasmian pejabat bahagian Penguatkuasa S.P.A.D. di Persada Plus

29 FebPerjanjian pertama Dana Sementara Bas Henti-henti (ISBSF)

09 JUNPerasmian laluan Bas Rapid Transit Sunway oleh YAB Perdana Menteri

24 JUNPelancaran boucher tayar TR1Ma bagi pemandu teksi

01 JUlPermulaan pengenalan penjajaran MRT laluan 2 dan laluan 3

11 & 12 JUlForum Perdana Pengangkutan Awam Darat diadakan

31 oGoSPelancaran bas GO-KL oleh YAB Perdana Menteri

oGoSBahagian penguatkuasaan S.P.A.D. mencapai 315 pegawai penguatkuasa

09 NoVPelancaran nombor hotline baharu S.P.A.D. dan pelekat kenderaan

24 NoVPerbincangan Strategik Tahunan S.P.A.D. ke 2

Page 6: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

4 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA – MenAMbAh bAik PengAngkutAn AwAM bAnDAr (nkrA uPt)

Inisiatif di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara – Menambah baik pengangkutan Awam bandar (UpT NKrA) tertumpu di kawasan Greater Kuala lumpur/lembah Klang (Greater Kl/KV). pada tahun 2010, jumlah penduduk Greater Kl/KV dianggarkan sebanyak 6 juta dan ianya menyumbang sebanyak rM263 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Ini bersamaan dengan kadar pengeluaran 20% daripada jumlah penduduk negara yang menyumbang kepada 30% daripada KDNK negara, seterusnya meletakkan Greater Kl/KV sebagai pusat pembangunan ekonomi negara. Ia telah dibuktikan secara global bahawa sistem pengangkutan awam yang komprehensif dan efektif merupakan faktor yang penting dalam membina ekonomi yang mampan. Matlamat utama inisiatif di bawah NKrA UpT adalah untuk mewujudkan pengangkutan awam bandar bersepadu, yang akan menggalakkan lebih ramai penumpang pengangkutan awam, dan seterusnya meningkatkan peratusan perkongsian mod kepada 40% pada tahun 2030.

perATUSAN perKoNGSIAN MoD peNGANGKUTAN AwAM bANDAr *

* Perkongsian Mod adalah peratusan penumpang yang menggunakan sejenis pengangkutan. Dalam konteks pengangkutan awam, ia merujuk kepada peratusan pengguna pengangkutan awam berbanding dengan pengguna kenderaan persendirian.

2010 2011

17% 16.42%

201220%

Page 7: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

5Laporan Tahunan 2012

bIlANGAN peNUMpANG peNGANGKUTAN AwAM pADA wAKTU pUNcAK-pAGI *

* Waktu puncak-pagi merujuk kepada waktu bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

20102011

2012

penumpangpenumpang

penumpang

558,298 521,589

635,245

Page 8: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

6 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Page 9: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

7Laporan Tahunan 2012

Para Pemegang Berkepentingan,

Ketika mula mengorak langkah sebagai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.), kami menyedari bahawa ia adalah mustahil untuk mencapai semua matlamat yang disasarkan dalam sekelip mata. Kami telah mengharungi pelbagai cabaran, namun saya berasa bangga kerana tiada satu pun cabaran yang tidak dapat diatasi. Masih banyak cabaran yang menanti kami pada masa akan datang, akan tetapi kejayaan yang telah diperolehi meyakinkan saya bahawa S.P.A.D. pasti dapat mengatasi sebarang cabaran.

PENYATAPengeruSi

Page 10: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

Pada tahun 2011, S.P.A.D. beriltizam membina asas kukuh yang dapat digunakan sebagai penanda aras dalam prakarsa membangunkan sistem pengangkutan awam darat bertaraf dunia di Malaysia. Akan tetapi, kami tidak harus berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai setakat ini meskipun usaha kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi sudah pun membuahkan hasil. Kami harus memperhebat usaha kami untuk menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang cekap dan bersepadu, yang sewajarnya dinikmati oleh rakyat.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, tahun 2012 menyaksikan perkongsian mod pengangkutan awam meningkat kepada 20% daripada 17% pada tahun 2010, iaitu tahun penubuhan S.P.A.D. Susulan pelaksanaan rancangan transformasi kami, saya yakin kami mampu mencapai matlamat jangka panjang iaitu untuk memperolehi 40% perkongsian mod pengangkutan awam di kawasan bandar menjelang tahun 2030 dan seterusnya menjadikan pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan pilihan rakyat.

S.p.A.D. 2012: peNAMbAHbAIKAN peNGANGKUTAN AwAM

Tempoh 12 bulan yang lalu merupakan waktu yang sibuk bagi kami di S.P.A.D., dan saya berbesar hati melaporkan bahawa banyak yang telah dicapai untuk merealisasikan tema Laporan Tahunan 2012 iaitu ‘Penambahbaikan Pengangkutan Awam’. Butiran pencapaian kita dalam bidang-bidang utama iaitu Perancangan, Pengawalseliaan dan Penguatkuasaan boleh didapati dalam Laporan Suruhanjaya yang dilampirkan bersama dokumen ini, tetapi saya ingin menekankan beberapa pencapaian penting pada tahun 2012.

Tahun 2012 menyaksikan pelaksanaan inisiatif yang dijanjikan pada tahun sebelumnya semasa peringkat perancangan. Di bawah rangka kerja panduan iaitu Rumah S.P.A.D., kami berjanji untuk melaksanakan rancangan Induk Nasional bagi sistem pengangkutan awam darat negara. Pada masa ini, rancangan ini masih dalam peringkat draf, tetapi S.P.A.D. merancang untuk mempercepatkan pelaksanaan sebaik sahaja draf akhir diluluskan.

Kami juga telah memperkenalkan penambahbaikan kepada sistem pengangkutan awam darat sedia ada demi memastikan keandalan, kecekapan dan kemampuan bagi semua mod pengangkutan awam darat. Usaha ini termasuklah peningkatan kapasiti tren sedia ada, sekali gus peningkatan ketara dalam kecekapan sistem kita.

S.P.A.D. juga telah berusaha untuk menambah baik tahap perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali pengangkutan awam darat melalui inisiatif seperti sistem pelesenan baharu, latihan yang lebih baik serta peruntukan insentif kewangan dan bukan kewangan. Usaha kami dalam bidang ini merangkumi pengendali pengangkutan barangan yang merupakan sebahagian besar pengguna jalan raya.

PENYATA PengeruSi (samb.)

8 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Page 11: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

MelANGKAH HADApAN Ke TAHUN 2013

S.P.A.D. beriltizam untuk melaksanakan sejumlah 40 projek bermula tahun 2013. Projek-projek ini dibangunkan khusus untuk menangani cabaran yang dinyatakan di atas di samping menambah baik sistem pengangkutan awam darat Malaysia secara berterusan untuk menjadikannya mod pengangkutan pilihan rakyat.

Bahagian perancangan telah mengenal pasti beberapa bidang perubahan penting yang perlu kami fokuskan dalam jangka masa pendek. Persepsi rakyat berhubung pengangkutan awam Malaysia perlu diperbaiki; dari segi kesalinghubungan dan kecekapan sistem selain kebolehaksesan pengangkutan awam secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, perkembangan ini hendaklah dilaksanakan sejajar dengan komitmen S.P.A.D. terhadap kemampanan, yang merupakan salah satu daripada kebimbangan utama kami. Oleh yang demikian, matlamat jangka panjang kami bukan hanya untuk mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat bahkan untuk memastikan penyelesaian yang disediakan adalah mampan.

S.P.A.D. telah menekankan keselamatan dan perlindungan sistem pengangkutan awam sebagai prioriti utama, dan kami komited terhadap membangunkan asas yang dilaksanakan beberapa tahun lalu. Pada tahun 2013, kami akan memperkenalkan program baharu untuk melatih pengendali dengan lebih baik dan membangunkan sistem pengawasan untuk mempertingkat keterlihatan prestasi pengendali.

Seiring dengan usaha ini, kami turut akan memperkenalkan langkah baharu untuk mempertingkat operasi penguatkuasaan melalui penambahan kapasiti pasukan penguatkuasaan. Kami sedar bahawa para pegawai penguatkuasa memerlukan latihan dan peralatan yang terbaik agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kami juga akan mengambil langkah demi memastikan mereka dipersiap sewajarnya untuk menjalankan tugas mereka.

peNGHArGAAN

Bagi pihak Anggota Suruhanjaya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemegang berkepentingan termasuk semua pengendali pengangkutan awam darat dan agensi kerajaan yang berkaitan. Bersama-sama kami mampu merealisasikan wawasan negara untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan cekap.

Saya juga mengucapkan setulus terima kasih kepada pihak pengurusan dan kakitangan S.P.A.D. atas usaha gigih dan dedikasi mereka sepanjang tahun lalu. Sepenuh penghargaan saya ucapkan pada rakan-rakan Anggota Suruhanjaya atas nasihat dan wawasan mereka. Tugas kami bukanlah mudah namun apabila kami berganding bahu, kami berupaya mencapai visi dan misi S.P.A.D. ke arah transformasi landskap pengangkutan awam darat Malaysia.

Akhir sekali, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang berkepentingan pengangkutan awam, di dalam dan di luar S.P.A.D. atas sokongan dan kerjasama anda sepanjang setahun lalu. Saya percaya kejayaan yang dinikmati tahun lepas menjadi penunjuk jelas kejayaan yang mampu kami capai sebagai satu pasukan, dan saya yakin bahawa bersama-sama, kami akan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Terima kasih.

TAN SrI DATo’ SerI SyeD HAMID SyeD JAAFAr AlbArPengerusiSuruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

9Laporan Tahunan 2012

Page 12: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

10 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

ANGGOTA SuruhAnjAyA

10 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

tAn Sri DAto’ Seri SyeD hAMiD SyeD jAAfAr AlbAr Pengerusi

Page 13: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

11Laporan Tahunan 2012

1 2 3

1. Mohd nur ismal Mohamed kamal Ketua Pegawai Eksekutif

2. tan Sri Dr. Mohd irwan Serigar Abdullah (sehingga 23 Julai 2013)

3. Datuk himmat Singh ralla Singh

4. Datuk wan Ahmad Shihab ismail wan ismail

5. Prof. Dr. Ahmad farhan Mohd Sadullah

6. Dato’ Dr. Mahani Zainal Abidin (sehingga 29 Jun 2013)

7. Dato’ Siow kim lun

8. Dato’ khalid Ahmad (sehingga 23 Julai 2013)

7 8

4 5 6

Page 14: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

12 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

MESYUARAT ANGGOTASuruhAnjAyA

Sepanjang tahun berakhir 31 Disember 2012, tujuh (7) Mesyuarat Suruhanjaya (MOC), sembilan (9) Mesyuarat Khas Anggota Suruhanjaya dan tiga (3) Mesyuarat Jawatankuasa Audit telah diadakan. S.P.A.D. juga telah mengadakan Perbincangan Strategik Tahunan S.P.A.D. ke 2 pada bulan November.

bil. Tarikh Sesi

1 9 Februari 2012 Mesyuarat MOC – Bil. 17/2012

2 9 Mac 2012 Mesyuarat Khas MOC berkenaan Perundangan Subsidiari

3 15 Mac 2012 Mesyuarat MOC – Bil. 18/2012

4 17 April 2012 Mesyuarat Khas MOC berkenaan Sistem Transit Laju (RTS)

5 24 April 2012 Mesyuarat Jawatankuasa Audit – Bil. 1/2012

6 26 April 2012 Mesyuarat MOC – Bil. 19/2012

7 8 Mei 2012 Mesyuarat Khas MOC berkenaan

Sistem Pemantauan Prestasi (PMhS)

8 24 Mei 2012 Mesyuarat Khas MOC berkenaan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Bil. 3

9 29 Mei 2012 Mesyuarat Khas MOC berkenaan Lesen Pengendali untuk Kenderaan Barangan

10 31 Mei 2012 Mesyuarat MOC – Bil. 20/2012

11 28 Jun 2012 Mesyuarat MOC – Bil. 21/2012

12 3 Ogos 2012 Mesyuarat Jawatankuasa Audit – Bil. 2/2012

13 6 Ogos 2012 Mesyuarat Khas MOC berkenaan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Bil. 4

14 9 Ogos 2012 Mesyuarat MOC – Bil. 22/2012

15 11 Oktober 2012 Mesyuarat MOC – Bil. 23/2012

16 18 Oktober 2012 Mesyuarat Khas MOC berkenaan Bas Rapid Transit (BRT)

17 19 November 2012 Mesyuarat Khas MOC berkenaan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara dan Projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Bil. 5

18 24-25 November 2012 Perbincangan Strategik Tahunan S.P.A.D. ke 2

19 6 Disember 2012 Mesyuarat Khas MOC berkenaan Laluan MRT 2 & 3

20 14 Disember 2012 Mesyuarat Jawatankuasa Audit – Bil. 3/2012

Page 15: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

13Laporan Tahunan 2012

Page 16: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

14 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

PENGURUSAN S.P.A.D.

Dari kiri sehingga kanan:

Mohd Nur Ismal Mohamed KamalKetua Pegawai Eksekutif

Azmi Abdul AzizKetua Pegawai Pembangunan

Azhar Ahmad*Ketua Pegawai Operasi

Page 17: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

15Laporan Tahunan 2012

1 2 3 4

5

9

6

10

7

11

8

12

7 Dr prodyut Dutt Ketua Bahagian Dasar, Perancangan & Penyelidikan

8 yuslizar Daud Ketua Bahagian Rel & MRT

9 Zamri Mahmud Ketua Bahagian Pengangkutan Jalan Raya

10 A. Halim Hussain Ketua Bahagian Kenderaan Barangan

11 Mohd Fuad Ahmad* Ketua Bahagian Perlesenan Terminal

12 Azlan Shah Al bakri Ketua Bahagian Operasi Negeri

1 Farizul Hazli baharom Ketua Bahagian Perundangan & Kesetiausahaan

2 Fauzi che rus Ketua Bahagian Sokongan Organisasi

3 Annafi Zulkifli Ketua Bahagian Pengurusan Transformasi

4 Mejar Jeneral (b) Dato’ paduka che Hasni che Ahmad Ketua Bahagian Penguatkuasaan

5 raja Zamilia raja Dato’ Seri Mansur* Ketua Bahagian Komunikasi

6 Tonny yeap Ketua Bahagian Projek Khas & Teknologi

* Meletak jawatan

Page 18: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

16 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

LAPORAN

usaha S.P.A.D. sepanjang 12 bulan lalu boleh dirangkumi oleh tema “Penambahbaikan Pengangkutan Awam” yang merujuk kepada penambahbaikan asas yang dilakar apabila Suruhanjaya ini ditubuhkan pada tahun 2010. Sejak penubuhannya, S.P.A.D. telah berusaha untuk memperbaik sistem pengangkutan awam untuk semua pemegang berkepentingan—terminal pengangkutan, pengendali, ejen penguatkuasaan dan orang awam yang berulang-alik.

inisiatif yang diambil memfokuskan pengangkutan awam darat berasaskan jalan raya dan rel. bahagian ini menampilkan gambaran keseluruhan yang terperinci mengenai beberapa pencapaian Suruhanjaya pada tahun 2012.

PenAMbAhbAikAn PengAngkutAn AwAM

proJeK-proJeK rel

Perjalanan menggunakan rel merupakan pilihan pengangkutan awam darat yang paling kerap digunakan dari segi bilangan penumpang, oleh itu ia akan terus memainkan peranan penting dalam semua perancangan pengangkutan awam. S.P.A.D. menyedari bahawa tahap perkhidmatan industri rel boleh dipertingkatkan, maka akan terus komited terhadap penambahbaikan perkhidmatan untuk semua penumpang. Pencapaian berikut berjaya diraih pada tahun 2012:

• Meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan bilangan penumpang: KTM Berhad, pengendali rel nasional di negara ini, telah memperkenalkan 38 unit Set-Enam-Gerabak (SCS) EMU (Electric Multiple Unit). Kereta api ini mula beroperasi pada 8 Mac 2012 di laluan KTM Komuter Sg. Gadut – Rawang dan Pelabuhan Klang – Batu Caves. 38 set SCS EMU yang dibuat oleh CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd, China dibeli dengan harga RM1.8 bilion. Berikutan pelaburan ini, bilangan penumpang perkhidmatan KTM Komuter telah meningkat daripada 2.7 juta penumpang pada Mac 2012 kepada 3.7 juta penumpang menjelang Disember 2012. Pada masa yang sama, ketepatan masa perkhidmatan meningkat daripada 76% kepada 90%, dengan kekerapan maksimum setiap 15 minit pada waktu puncak operasi.

SuruhAnjAyA

Page 19: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

17Laporan Tahunan 2012

• Meningkatkan kapasiti dan kecekapan lrT dan monorel: Syarikat Prasarana Negara Berhad, pengendali dan pemilik sistem LRT, telah meningkatkan kapasiti Landasan Kelana Jaya (KJL) dengan penambahan 35 set tren empat gerabak. Dengan kapasiti tambahan ini, kekerapan semasa tempoh puncak dikurangkan kepada 2.5 minit dan bilangan penumpang bertambah daripada 4.8 juta penumpang pada Januari 2012 kepada 6.8 juta menjelang Disember 2012 selain mengekalkan ketepatan masa perkhidmatan pada kadar 99%.

Sementara itu, Landasan Ampang (AG) menyaksikan pertambahan bilangan penumpang daripada 4.5 juta orang pada Mac 2012 kepada 5 juta pada Disember 2012 dan mengekalkan ketepatan masa perkhidmatan pada kadar 99%. Sistem Monorel KL meningkatkan bilangan penumpang sepanjang tempoh yang sama daripada 1.8 juta kepada 2.4 juta penumpang dengan menggunakan 12 set monorel dua gerabak selain mengekalkan kekerapan maksimum setiap 5 minit pada waktu puncak operasi.

S.P.A.D. turut menyelia beberapa projek lain yang berada pada status yang berlainan. Projek-projek ini diperincikan dalam jadual di bawah:

projek Jangkaan Sedang Dijalankan Mula Siap Status

Projek Landasan Berkembar 2010 2013 SedangKereta Api Elektrik KTMB Dijalankan(Seremban-Gemas)

Sambungan Landasan ERL 2011 2014 Sedang ke KLIA 2 Dijalankan

Projek Penyambungan 2011 2015 SedangLandasan LRT PRASARANA Dijalankan(Landasan Kelana Jaya & Ampang)

Pengembangan Flit 2011 2014 SedangMonorel KL Dijalankan

Projek Landasan Berkembar 2013 2018 SedangKereta Api Elektrik KTMB Dijalankan(Gemas-Johor Baharu)

Pengembangan Flit 2013 2015 SedangETS KTMB Dijalankan

Pengembangan Flit 2012 2015 SedangLRT PRASARANA Dijalankan

Naik Taraf 2013 2015 SedangLRT PRASARANA Dijalankan

MRT1 2012 2017 Sedang Dijalankan

Trem Melaka 2013 2015 Sedang Dijalankan

Skypark Subang – LCCT 2013 2015 Sedang Dijalankan

Aerorail Melaka 2013 2015 Sedang Dijalankan projek pada Fasa JangkaanKajian Kebolehlaksanaan Mula Siap Status MRT Jajaran 2 & Julai Dis SelesaiJajaran 3 2012 2012 Dijalankan KTMB Freight Relief Line 2012 2013 Sedang Dijalankan Sistem Transit Laju 2012 2018 Sedang(Johor Baharu - Singapura) Dijalankan

Rel Kelajuan Tinggi (HSR) 2012 2020 Sedang Dijalankan

Page 20: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

18 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

LAPORAN SuruhAnjAyA (samb.)

SISTeM “MASS rApID TrANSIT” leMbAH KlANG (KVMrT)

KVMRT merupakan sistem rel kawasan Lembah Klang yang direka untuk menghasilkan rangkaian pengangkutan rel yang cekap dan mempertingkat pilihan pengangkutan awam yang sedia ada. Direka sebagai Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara, KVMRT bertujuan menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan awam dan meringankan kesesakan jalan raya di Lembah Klang.

Skim akhir kereta api Landasan Sungai Buloh – Kajang (SBK) yang diluluskan pada Jun 2011 dan pembinaan landasan tersebut telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Pembinaan telah bermula di jajaran SBK, dengan fasa pertama (Sungai Buloh – Semantan) dijangka siap menjelang akhir tahun 2016, dan jajaran SBK yang selebihnya menjelang Julai 2017.

Projek KVMRT dikenal pasti sebagai Projek Permulaan (EPP) #4 dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi Greater KL/Lembah Klang (GKL/KV). Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan dalam jawatankuasa Pemandu Greater KL/Lembah Klang (GKLKV SC).

KpI 2012 proJeK KVMrT JAJArAN SbK

Huraian Sasaran pencapaian Tahun 2012 Tahun 2012

1 Pengeluaran notis 100% Borang K (Borang K) pengeluaran yang — formalisasi Borang K dikeluarkan pemilikan tanah (94%) oleh negeri bagi pengambilan tanah 2 Penganugerahan 100% 41/41 (100%) tender MRT bagi pakej kerja-kerja awam bertingkat dan bawah tanah 3 Kajian Menyiapkan 100% Kebolehlaksanaan Kajian bagi KVMRT Kebolehlaksanaan Jajaran 2 (Jajaran menjelang Bulatan) & Jajaran 3 2012 (Jajaran Utara-Selatan)

S.P.A.D. juga telah melengkapkan Kajian Kebolehlaksanaan bagi jajaran kedua (Jajaran Bulatan) dan jajaran ketiga (Jajaran Utara-Selatan) bagi projek KVMRT. Kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan untuk mengenal pasti Penjajaran Laluan Pilihan (PRA), lokasi stesen dan depot, unjuran bilangan penumpang, kos dan fasa projek.

Page 21: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

19Laporan Tahunan 2012

penjajaran Semula Stesen bandar Kajang

Pemilik Projek Jajaran SBK KVMRT telah mencadangkan kepada S.P.A.D. agar penjajaran dan lokasi stesen Bandar Kajang dialihkan pada tahun 2011. YAB Perdana Menteri telah memberikan kelulusan bersyarat kepada Skim Kereta Api Tambahan yang memperincikan penjajaran semula stesen Bandar Kajang. Kelulusan bersyarat ini mengkehendaki paparan umum penjajaran semula diadakan, yang seterusnya dilaksanakan antara 3 Oktober 2011 hingga 2 Januari 2012. YAB Perdana Menteri telah meluluskan Skim Kereta Api Tambahan Akhir bagi penjajaran semula stesen Bandar Kajang pada 21 Februari 2012.

pemindahan pemilikan

Pemilikan Projek SBK KVMRT telah dipindahkan kepada Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) daripada Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) pada 14 Mac 2012 susulan kelulusan oleh YAB Perdana Menteri. Berikutan pemindahan pemilikan, MRT Corp telah mengambil alih pemilikan, hak dan obligasi berhubung pelaksanaan Jajaran SBK KVMRT. Mandat S.P.A.D. adalah untuk memastikan pembangunan landasan MRT mematuhi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan semua skim dan peraturan kereta api yang berkenaan. S.P.A.D. juga bertanggungjawab bagi pembayaran berkaitan pengambilan tanah untuk Jajaran SBK KVMRT.

SISTeM TrANSIT lAJU (rTS) MAlAySIA - SINGApUrA

RTS Malaysia-Singapura telah diilhamkan pada tahun 2010 untuk membangunkan sistem bersepadu lagi kos efektif yang menghubungkan Wilayah Iskandar di selatan Malaysia dengan republik tersebut. Fasa pertama pelan tersebut merangkumi Kajian Kejuruteraan Bersama yang dianugerahkan dan dimulakan pada Mei 2012.

Fasa 1 Kajian dijangka siap pada tahun 2013 manakala Fasa 2 dijangka akan bermula pada akhir tahun 2013 atau awal tahun 2014. Kajian ini dijalankan oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada Aecom Perunding Sdn Bhd, Aecom Singapore Pte Ltd dan SA Architects Sdn Bhd.

Apabila siap kelak, RTS akan menghubungkan perkhidmatan pengangkutan di Johor Bahru, Malaysia dengan perkhidmatan pengangkutan di Woodlands, Singapura. Projek ini turut memacu pembangunan kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin yang khusus untuk projek di kedua-dua buah negara.

proJeK KereTA ApI KelAJUAN TINGGI (HSr)

HSR bertujuan menyediakan sambungan bersepadu yang pantas bagi negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia dengan kereta api berkelajuan 250km/jam. HSR dijangka dapat menyediakan kaedah perjalanan domestik alternatif yang lebih mesra alam sekitar dan kos efektif berbanding perjalanan udara.

Kajian kebolehlaksanaan yang mengkaji kemungkinan jalinan HSR di antara Kuala Lumpur dan Singapura telah dicadangkan di bawah ETP. Tempoh 12 bulan lalu menyaksikan permulaan Kajian Kebolehlaksanaan Terperinci Fasa 1B yang dijangka siap pada Mei 2013. Fasa 1A kajian telah selesai dan diserahkan kepada Majlis Ekonomi pada Oktober 2011.

Page 22: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

20 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

DANA SoKoNGAN SeMeNTArA bAS HeNTI-HeNTI (ISbSF)

Kerajaan telah melaksanakan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) untuk memenuhi keperluan UPT NKRA selepas YAB Perdana Menteri meluahkan kebimbangan tentang impak terhadap rakyat yang terjejas susulan kehilangan perkhidmatan bas disebabkan pengendali membatalkan laluan yang tidak menjana keuntungan. Inisiatif ini merupakan langkah sementara untuk memenuhi kekurangan operasi harian bagi pengendali bas henti-henti yang berkenaan, khususnya di laluan sosial.

Inisiatif ISBSF akan membantu memastikan bas-bas akan terus menyediakan perkhidmatan di semua laluan, termasuk di laluan yang tidak menguntungkan. Dana ini akan terus menggalakkan pengendali bas untuk mengaktifkan semua laluan yang dihentikan selain mempertingkat kualiti perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan memperbaik keadaan kenderaan secara am.

Dengan peruntukan sebanyak RM400 juta daripada Kerajaan, S.P.A.D. mula mengagihkan dana pada 3 Januari 2012. Pengendali bas henti-henti yang layak menerima bantuan ISBSF boleh membuat permohonan kepada S.P.A.D. untuk mendapatkan dana. Sepanjang tahun 2012, S.P.A.D. mengadakan 13 sesi taklimat bersama pengendali bas di seluruh negara mengenai inisiatif ISBSF di samping menggalakkan pengendali bas untuk memohon bantuan pembiayaan.

Sejumlah 75 pengendali bas di Semenanjung Malaysia dan 23 pengendali bas di Malaysia Timur telah menerima pembiayaan ISBSF pada tahun 2012.

bAS bANDAr Go-Kl – perKHIDMATAN bAS percUMA yANG perTAMA DI MAlAySIA

Bas bandar GO-KL merupakan perkhidmatan bas percuma yang beroperasi dalam lingkungan Daerah Perniagaan Pusat (CBD) Kuala Lumpur. Hasil idea YAB Perdana Menteri, GO-KL juga merupakan sebahagian Pelan Transformasi Kerajaan untuk memperbaik pengangkutan awam dan meningkatkan bilangan penumpang.

GO-KL dilancarkan pada 31 Ogos 2012 untuk membantu memperbaik mobiliti di kawasan CBD dengan menyediakan akses pengangkutan awam yang lebih mudah. Inisiatif ini turut menyasarkan peningkatan pelancongan di pusat bandar dengan menyediakan akses mudah ke tempat-tempat menarik selain membantu meringankan kesesakan lalu lintas, khususnya semasa waktu puncak, dengan mengurangkan keperluan kepada kenderaan persendirian di CBD.

bAS TrANSIT lAJU (brT)

BRT merupakan sebahagian daripada Rancangan Transformasi Bas (BTP) negara yang menghendaki peningkatan sistem bas henti-henti, khususnya berikutan perubahan keperluan penumpang dan sistem pengangkutan awam. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara Pengangkutan Awam Bandar (UPT NKRA), satu komponen Program Transformasi Kerajaan (GTP), perjalanan bas akan dimodenkan dan diluaskan untuk memperbaik kecekapan dan kesalinghubungan.

BRT ialah projek utama di bawah pelan ini yang menghasilkan koridor ekspres—juga dikenali sebagai koridor BRT—yang memudahkan perjalanan bas di antara destinasi. Dua belas koridor telah dikenal pasti bagi wilayah Greater KL/Lembah Klang, dengan koridor BRT yang pertama, laluan Kuala Lumpur – Klang, yang dilancarkan pada tahun 2012. Sementara itu, S.P.A.D. terus mengendalikan Tinjauan Kejuruteraan bagi laluan yang dicadangkan dan sedang menjalankan kajian tentang laluan alternatif.

LAPORAN SuruhAnjAyA (samb.)

Page 23: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

21Laporan Tahunan 2012

Pada masa ini, GO-KL mengendalikan dua laluan: Laluan Hijau dan Laluan Ungu. Kedua-dua laluan ini telah dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan dengan kesalinghubungan kepada mod pengangkutan lain untuk perjalanan yang lancar. Laluan Hijau beroperasi dari KLCC ke Bukit Bintang (7.4km), manakala Laluan Ungu beroperasi dari Hab Pasar Seni ke Bukit Bintang (6.5km).

GO-KL menyediakan beberapa ciri perkhidmatan termasuk perkhidmatan di setiap hentian pada setiap lima minit, laluan bas khusus (untuk laluan tertentu) dan Wi-Fi percuma untuk penumpang.

TeKSI rAKyAT 1 MAlAySIA – Tr1MA

Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) merupakan usaha kerajaan untuk memperbaik kualiti perkhidmatan teksi di seluruh negara. Di bawah program TR1Ma, pemandu pertama bagi setiap teksi akan menerima baucar subsidi tayar bernilai RM520 untuk menggantikan empat tayar dalam tempoh dua tahun.

Pada tahun 2012, RM34.84 juta telah disalurkan oleh 1Malaysia Development Berhad kepada 67,000 pemandu teksi di seluruh negara. Teksi yang layak menerima subsidi termasuklah teksi tambang murah, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang. TR1Ma dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 Jun 2012 di Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Pemandu teksi berdepan pelbagai cabaran termasuk kenaikan kos sara hidup dan peningkatan kos penyenggaraan teksi, di samping persaingan sengit. Selain itu, kekurangan keuntungan di laluan tertentu turut menyebabkan perkhidmatan teksi yang tidak stabil di sesetengah kawasan, justeru pelan TR1MA menjadi inisiatif kerajaan untuk membantu menyelesaikan isu ini.

JUMlAH bAUcAr Tr1MA yANG DIAGIHKAN pADA TAHUN 2012

bIl. NeGerI bAUcAr

1 JOHOR 12,5642 KEDAH 4,9223 KELANTAN 2,1884 KL & PUTRAJAYA 58,9385 MELAKA 1,1686 NEGERI SEMBILAN 1,5467 PAHANG 1,9228 PERAK 3,0759 PERLIS 1,25410 PULAU PINANG 1,87611 SABAH 5,97312 SARAWAK 1,58813 SELANGOR 2,75814 TERENGGANU 2,446

JUMlAH 102,218*

* Setiap Pemandu Teksi menerima 2 baucar TR1Ma untuk 4 tayar, oleh yang demikian, angka ini menunjukkan sejumlah 51,109 Pemandu Teksi telah menerima baucar mereka

rApIDKUANTAN

Perkhidmatan bas RapidKuantan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 30 November 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Berpangkalan di Kuantan, Pahang, operasi bermula dengan 32 kenderaan yang menyediakan perkhidmatan di tiga laluan dengan kekerapan bas setiap 15 minit. Sejak dilancarkan, penumpang ditawarkan tambang percuma sehingga 31 Mei 2013, dan sehingga 31 Disember 2012, seramai 274,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan percuma ini. Perkhidmatan RapidKuantan beroperasi di tiga laluan: Laluan 100 beroperasi di antara Terminal Makmur dan Gambang; Laluan 200 beroperasi di antara Indera Mahkota 1 dan Telok Cempedak; sementara Laluan 300 beroperasi di antara Kompleks Mahkamah dan POLISAS di Semambu.

Page 24: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

22 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

proGrAM peNAMbAHbAIKAN HeNTIAN bAS

Meskipun perkhidmatan bas masih menjadi mod pengangkutan awam yang utama, pertumbuhan dalam pemilikan kenderaan persendirian menyumbang kepada peningkatan kesesakan di jalan raya bandar dan luar bandar. Justeru S.P.A.D. telah mengambil langkah untuk memperbaik perkhidmatan dan kemudahan bas agar dilihat sebagai alternatif yang menarik oleh pengguna.

Sehubungan dengan itu, di bawah Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), satu inisiatif telah dilaksanakan untuk menaik taraf hentian bas lama dan membina hentian bas baharu di Lembah Klang untuk mengekalkan pengguna bas yang sedia ada dan menarik pengguna baharu. Sejak pelancaran GTP, Kerajaan telah menaik taraf dan membina lebih 1,300 hentian bas di Lembah Klang.

Di bawah inisiatif ini, hentian bas dipasang semula dengan lampu yang sesuai dan modul solar di samping panel maklumat LED. Hentian ini turut menerima penyenggaraan dan naik taraf berkala termasuk pemasangan semula bumbung, pengecatan, tempat duduk baharu dan pemasangan tanjakan yang senang diakses. Hentian bas baharu juga dilengkapi dengan ciri-ciri ini.

Jumlah hentian bas baru & dinaik taraf

Tahun Jumlah Siap

2010 6482011 4682012 271

Jumlah 1,387

S.P.A.D. mendapatkan sokongan dan kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan hentian bas baharu, termasuk Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Inisiatif ini merupakan inisiatif berterusan, dan langkah penting seterusnya adalah untuk menyediakan audit yang wajar dan senarai inventori setiap hentian bas dan kemudahannya di semua kawasan perbandaran. Audit ini bertujuan memudahkan lagi perancangan dan pengurusan hentian bas di Lembah Klang.

LAPORAN SuruhAnjAyA (samb.)

Page 25: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

23Laporan Tahunan 2012

PerAnCAngAn

Perancangan merupakan elemen utama semua sistem pengangkutan, dan S.P.A.D. komited kepada penghasilan rancangan nasional yang meringankan kesesakan di samping menyediakan pengembangan pada masa akan datang. Proses perancangan keseluruhan dimana ianya memerlukan gabungan semua rangkaian pengangkutan awam agar dapat menyediakan perjalanan yang lancar dalam penyepaduan pelbagai mod pengangkutan awam

Aktiviti perancangan S.P.A.D. pada tahun 2012 dibahagikan kepada lima kumpulan kerja:

i) Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negaraii) Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater

Kuala Lumpur/Lembah Klangiii) Rancangan Pembangunan Rel Bandariv) Jawatankuasa Teknikal Negeri Rancangan Induk

Pengangkutan Awam Darat

rANcANGAN INDUK peNGANGKUTAN AwAM DArAT NeGArA (NlpTMp)

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP) berfungsi sebagai panduan bagi pembangunan kesemua rancangan pengangkutan awam darat pada masa akan datang di negara ini menggunakan kaedah yang membolehkan peningkatan kebolehaksesan, kesalinghubungan, kapasiti dan kualiti keseluruhan. NLPTMP akan bertindak sebagai asas pembangunan Dasar Pengangkutan Awam Darat Negara pada masa akan datang.

Matlamat jangka panjang NLPTMP adalah untuk menggalakkan peningkatan penggunaan pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan alternatif kepada kenderaan persendirian selain memperkukuh keandalan dan kualiti perkhidmatan sistem pengangkutan awam negara. Ini pula akan mewujudkan faedah ekonomi, sosial dan alam sekitar kepada negara secara keseluruhan.

Page 26: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

24 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Draf NLPTMP telah disiapkan pada suku ketiga tahun 2012 dan diterbitkan di laman web S.P.A.D. untuk bacaan dan ulasan orang awam. Draf ini merupakan hasil sesi perbincangan dan maklum balas dengan beberapa agensi pada awal tahun. Agensi ini termasuklah:

i) Kementerian Kewangan (MoF)ii) Kementerian Pengangkutan (MoT)iii) Kementerian Kerja Raya (KKR)iv) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)v) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLBW)vi) Unit Perancangan Ekonomi (EPU)vii) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)

NLPTMP juga berfungsi sebagai panduan bagi pembangunan rancangan pengangkutan awam serantau pada masa akan datang, yang juga dikenali sebagai Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Serantau/Sektor. Rancangan Serantau ini akan dibangunkan seiring dengan dokumen perancangan lain seperti Pelan Struktur dan Pelan Tempatan untuk menyepadukan pelan seiring dengan dasar penggunaan tanah yang lebih baik. Ini memperincikan rangka kerja bagi pembangunan dan penaksiran skim untuk memperoleh pembiayaan yang wajar dan menghasilkan nilai untuk wang.

rANcANGAN INDUK peNGANGKUTAN AwAM DArAT GreATer KUAlA lUMpUr/leMbAH KlANG (GKl/KV)

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat GKL/KV ialah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Serantau/Sektor yang pertama dibangunkan oleh S.P.A.D. Dengan lebih 37% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berpunca dari rantau ini, Greater KL/Lembah Klang dianggap rantau ekonomi utama dan telah dikenal pasti sebagai zon pembangunan penting di bawah Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

ETP dicetuskan untuk melonjakkan rantau ini ke arah mencapai status antara 20 bandar terbaik dunia dari aspek pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan menjelang tahun 2020, dengan memfokuskan sembilan Projek Permulaan (EPP) yang direka khusus untuk merangsang produktiviti dan kesejahteraan. Pembangunan sistem pengangkutan awam yang cekap dan teratur merupakan komponen utama ETP, justeru perlunya membentuk Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat GKL/KV.

S.P.A.D. mengadakan bengkel dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor pada suku pertama tahun 2012 untuk menyediakan draf Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat GKL/KV. Perbincangan memfokuskan isu yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan berhubung pengangkutan awam darat.

LAPORAN SuruhAnjAyA (samb.)

Page 27: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

25Laporan Tahunan 2012

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat GKL/KV merangkumi Rancangan Subsidiari yang khusus untuk rantau ini termasuk: • RancanganPembangunanRelBandar• RancanganTransformasiBas• RancanganTransformasiTeksi• RancanganPertukarandanPenyepaduan• RancanganGunaTanah• RancanganPengurusanPermintaanPerjalanan Gabungan pelan ini menyediakan rancangan pengangkutan awam darat bersepadu untuk rantau Greater KL/ Lembah Klang.

rANcANGAN peMbANGUNAN rel bANDAr (UrDp)

URDP menetapkan asas untuk pembangunan semasa dan akan datang bagi semua perkhidmatan rel bandar di rantau GKL/KV. Beroperasi di bawah naungan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat GKL/KV, pelan ini mengenal pasti koridor yang boleh dibangunkan sebagai laluan baharu dan merancang langkah baharu untuk mempertingkat rangkaian sedia ada. URDP telah memperoleh beberapa pencapaian penting sepanjang 12 bulan lalu termasuk pengenalan Sistem Kereta Api Elektrik (ETS) KTM Berhad (KTMB) dan perkhidmatan tren enam gerabak yang baharu. Sejak Mac 2012, gerabak yang lebih besar ini telah meningkatkan kapasiti waktu puncak sebanyak 10,000 penumpang. Sementara itu, pengendali LRT, RapidKL, telah menambah kapasiti Laluan Kelana Jaya—laluan paling sibuk di negara ini—dengan menambahkan tren empat gerabak yang baharu. URDP juga menetapkan peningkatan dan penambahbaikan kepada kemudahan pengangkutan awam. Pencapaian ini termasuklah: • Pengenalaneskalatordan lifbolehaksesdistesenbas

dan LRT• Menyediakan perkhidmatan ruang letak kereta, bas

ulang-alik dan hentian teksi bagi semua rangkaian• Melanjutkan laluan LRT dan mewujudkan kesalinghubungan

yang lebih baik di antara dua laluan yang sedia ada• Menaiktarafkocagarperjalananlebihselamatdanlebih

andal untuk penumpang

JAwATANKUASA TeKNIKAl NeGerI rANcANGAN INDUK peNGANGKUTAN AwAM DArAT S.P.A.D. menyedari pelaksanaan Rancangan Induk Nasional memerlukan sokongan dan kerjasama pelbagai kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia. Oleh demikian, pada tahun 2012, Suruhanjaya telah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Negeri Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat di kesemua 11 negeri di Semenanjung.

Setiap Jawatankuasa Teknikal mempunyai tanggungjawab berikut di negeri masing-masing:

• Menerajui pembangunan Rancangan IndukPengangkutan Awam Darat Serantau

• Memacudanmemantaukemajuan inisiatif transformasipengangkutan awam darat

• Menangani dan menyelesaikan sebarang isupengangkutan awam darat

Ahli tetap setiap jawatankuasa terdiri daripada wakil Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan agensi negeri seperti Unit Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya. Ahli lain termasuk pihak berkuasa tempatan dan pengendali pengangkutan awam darat setempat.

Mesyuarat dan perbincangan diadakan sepanjang tahun 2012 di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia untuk mewujudkan Jawatankuasa Teknikal di setiap negeri. Pada Disember 2012, kesemua 11 negeri telah membentuk Jawatankuasa Teknikal dan 16 daerah perintis telah dikenal pasti sebagai zon keutamaan untuk inisiatif transformasi bas.

Page 28: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

26 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

PengAwAlSeliAAn

Antara mandat S.P.A.D. adalah mewujudkan dan menyelia peraturan berhubung standard dan prestasi pengendali serta kemudahan pengangkutan awam darat di seluruh Malaysia. Pada tahun 2011, iaitu tahun pertama operasi penuhnya, Suruhanjaya telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk membentuk asas yang penting dalam penubuhan S.P.A.D. sebagai badan pengawalseliaan. inisiatif ini termasuklah pemindahan kuasa daripada lembaga pengawalseliaan terdahulu, pembangunan rangka kerja pelesenan baharu dan pembentukan sistem pemantauan yang diperlukan.

Susulan penerapan asas ini, sepanjang 12 bulan lalu, S.P.A.D. telah menjalankan inisiatif pengawalseliaan dan pelesenan berikut:

• LesenPengendali• PeraturanDepotKontena• PeraturanIndustriKenderaanBarangan• Pasukan Petugas Ketersediaan Operasi bagi Terminal

AmanJaya • RangkaTindakanPelesenanTerminal• PenilaianSemulaTerminal• SistemHabPemantauanPrestasi• RasionalisasiAktivitiLebihMuatan• Kod Amalan Industri – Keselamatan, Kesihatan &

Alam Sekitar

leSeN peNGeNDAlI

Lesen Pengendali (OL) yang baharu, salah satu inisiatif terawal S.P.A.D., direka untuk memperkemas rangka kerja pelesenan untuk pengendali pengangkutan awam, memperuntukkan lesen kepada pengendali dan bukannya pada setiap kenderaan dalam flit mereka. Sehingga akhir tahun 2011, S.P.A.D. telah melengkapkan peralihan 400,000 lesen kenderaan kepada 90,000 Lesen Pengendali. Selain itu, sejumlah 43,254 OL baharu dikeluarkan pada tahun 2012.

Lesen Pengendali baharu yang pertama telah disampaikan oleh Pengerusi S.P.A.D., YBhg. Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar dalam satu majlis untuk meraikan peristiwa tersebut pada 31 Januari 2012. Susulan itu, lesen telah

dikeluarkan kepada pengendali pengangkutan awam darat yang mendaftar semula dengan S.P.A.D. dalam Program Pendaftaran Semula yang dilaksanakan pada tahun 2011.

Sistem pelesenan Kenderaan perdagangan (SIKAp)

S.P.A.D. menggunakan sistem SIKAP untuk mengurus pangkalan data pengendali. Suruhanjaya telah mempertingkat sistem SIKAP sedia ada untuk memudahkan pengeluaran OL baharu serta permit perkhidmatan dan kenderaan mulai 31 Januari 2012. S.P.A.D. juga telah berjaya mewujudkan kemudahan percetakan di semua pejabat serantau dan negeri menjelang akhir November 2012.

perATUrAN DepoT KoNTeNA

S.P.A.D. memulakan kajian mengenai rangka kerja pengawalseliaan bagi depot kontena di Malaysia susulan mogok oleh pemandu syarikat pengangkutan pada 2 Mei 2012. Keputusan ini menyusuli cadangan yang dihantar kepada Kabinet oleh Kementerian Pengangkutan berikutan kejadian mogok tersebut.

Kajian ini dijangka akan menghasilkan cadangan bagi pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2012 untuk memperluas skopnya agar merangkumi peraturan depot kontena.

perATUrAN INDUSTrI KeNDerAAN bArANGAN

S.P.A.D. menjalankan Kajian Industri Kenderaan Barangan pada Oktober 2012 untuk menganalisis isu semasa dan standard industri. Dapatan daripada kajian enam bulan ini akan digunakan untuk membentuk Rangka Kerja Industri

LAPORAN SuruhAnjAyA (samb.)

Page 29: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

27Laporan Tahunan 2012

Kenderaan Barangan yang akan mempertingkat standard Industri Kenderaan Barangan Malaysia dalam aspek operasi perniagaan, kos operasi, keseimbangan pasaran, teknologi dan standard kualiti perkhidmatan.

pASUKAN peTUGAS KeTerSeDIAAN operASI (orTF) bAGI TerMINAl AMANJAyA

Terminal AmanJaya mula beroperasi pada 25 September 2012 apabila semua bas ekspres yang beroperasi dari Terminal Medan Gopeng dipindahkan ke Terminal AmanJaya. Pasukan Petugas Ketersediaan Operasi (ORTF) yang ditubuhkan oleh S.P.A.D. untuk memastikan peralihan pemindahan yang lancar turut disertai oleh badan-badan berikut:

• MajlisBandarayaIpoh(MBI)• Unit Perancangan Ekonomi Negeri Perak (UPEN SUK Perak) • PolisDirajaMalaysia(PDRM)• JabatanPengangkutanJalan(JPJ)• PengendaliTerminalAmanJaya

rANGKA TINDAKAN peleSeNAN TerMINAl

Rangka Tindakan Pelesenan Terminal yang baharu ialah rangka kerja untuk mengawal selia operasi terminal pengangkutan awam demi memastikan pematuhan kepada prosedur pengendali standard dan tahap perkhidmatan. Rangka Tindakan ini juga memantau prestasi operasi dan kewangan terminal, pengendali pengangkutan awam dan perkhidmatan lain yang ditawarkan di terminal tersebut.

S.P.A.D. melancarkan Rangka Tindakan Pelesenan Terminal pada 3 Mei 2012 di Shah Alam. Pelancaran ini memperkenalkan Rangka Tindakan kepada semua pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa tempatan, pengendali terminal, pengendali pengangkutan dan agensi kerajaan yang lain.

Rangka Tindakan ini menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) yang diperlukan untuk memenuhi kualiti perkhidmatan. KPI ditetapkan dalam bidang berikut:

• PengurusanTerminal• MaklumatPenumpang• KetibaanBas/Teksi• Kebersihan

Rangka Tindakan ini turut berperanan memastikan terminal mematuhi sepenuhnya peraturan lesen Akta S.P.A.D. 2010.

peNIlAIAN SeMUlA TerMINAl (TSTe)

S.P.A.D. menjalankan Penilaian Semula Terminal (Terminal Stock Take Exercise, TSTE) pada bulan Mei 2012 untuk menentukan keadaan semasa terminal pengangkutan darat di Semenanjung Malaysia. Kajian selama tiga bulan ini merangkumi pemeriksaan visual, pemerhatian, temu ramah dan bukti berfoto, selain tinjauan ke semua 410 terminal di Semenanjung Malaysia, termasuk terminal bas dan teksi, stesen kereta api dan kaunter teksi.

Data daripada kajian ini yang boleh didapati di laman web S.P.A.D. pada suku ketiga tahun 2012 memberikan maklumat terperinci mengenai lokasi, butiran hubungan dan kebolehaksesan setiap terminal pengangkutan bas dan rel di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2013, S.P.A.D. akan melancarkan fasa dua projek pengurusan pangkalan data terminal yang akan menampilkan maklumat mengenai kaunter teksi di Semenanjung Malaysia.

Maklumat yang dikumpulkan oleh TSTE akan digunakan untuk membangunkan rangka kerja baharu dalam usaha memperbaik terminal pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia.

Page 30: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

28 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

SISTeM HAb peMANTAUAN preSTASI (pMHS)

Kerja-kerja berkaitan PMHS diteruskan pada tahun 2012 susulan pelancarannya pada tahun 2011. PMHS memantau standard perkhidmatan dan pematuhan pengawalseliaan perkhidmatan pengangkutan awam melalui sistem kamera langsung dan suapan data. PMHS juga berfungsi sebagai pusat pengurusan data yang memudahkan pertukaran data antara agensi dan penyampaian data secara langsung.

Hab ini mula dibangunkan pada Julai 2012 dan Pusat Kawal dan Perintah (CCC) telah dilaksanakan pada Disember 2012. Pelbagai fungsi projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan kefungsian penuh dijangka di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang menjelang tahun 2013.

rASIoNAlISASI KeGIATAN lebIH MUATAN

S.P.A.D. dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah bekerjasama dengan industri pengangkutan barangan untuk memperkemas prosedur pengendalian untuk membantu mengawal dan menguatkuasakan amalan lebih muatan. S.P.A.D. turut mengenakan langkah yang lebih ketat ke atas pengendali pengangkutan barangan dalam usaha mengekang amalan ini. Dasar dan prosedur operasi standard untuk penguatkuasaan yang baru diperkemas membolehkan agensi yang berkenaan untuk menguatkuasakan undang-undang pengangkutan awam darat yang berkaitan dengan amalan lebih muatan secara konsisten.

Icop-SHe UNTUK peNGeNDAlI bAS

Pada tahun 2012, program ICOP-SHE (Kod Amalan Industri—Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar) untuk pengendali bas telah dilancarkan untuk memastikan pengendali bas di Malaysia mematuhi standard yang ditetapkan dalam Kod Amalan, khususnya standard yang berkaitan dengan keselamatan dan alam sekitar dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan kenderaan pengangkutan awam.

Matlamat jangka pendek program ini adalah untuk memenuhi pematuhan kepada langkah keselamatan jalan raya manakala matlamat jangka panjang adalah untuk memupuk budaya keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna. Beberapa pertemuan telah diadakan dengan pengendali bas untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengutamakan keselamatan. Program ini diharap dapat memperbaik persepsi orang awam terhadap perkhidmatan bas di Malaysia, khususnya bas dan koc ekspres. S.P.A.D. percaya pengenalan program ini akan meningkatkan keyakinan orang ramai kepada bas awam seterusnya menjadikan perkhidmatan bas sebagai mod pengangkutan pilihan rakyat Malaysia.

PenguAtkuASAAnAntara mandat S.P.A.D. dalam mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat Malaysia adalah untuk memastikan peraturan berhubung pengendali dan kemudahan pengangkutan awam darat dipatuhi dan dikuatkuasakan. bahagian laporan tahunan ini memperincikan inisiatif penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh S.P.A.D. pada tahun 2012.

Salah satu pencapaian penting pada tahun 2012 ialah pembukaan ibu pejabat penguatkuasaan di Persada Plus, yang terletak bersebelahan plaza tol PluS Subang. lokasi ini dipilih kerana mudah diakses dan memudahkan pengendali pengangkutan awam darat mengemukakan aduan dan melaporkan kemalangan kenderaan pengangkutan awam darat kepada S.P.A.D. ibu pejabat ini dibuka kepada orang ramai, dan telah dirasmikan oleh ybhg. tan Sri Dato’ Seri Syed hamid bin Syed jaafar Albar, Pengerusi S.P.A.D., pada 28 februari 2012.

MeMbANGUNKAN KApASITI peNGUATKUASAAN

Sejak Suruhanjaya ditubuhkan pada tahun 2010, usaha bersepadu telah diambil untuk membangunkan kapasiti penguatkuasaan. Bermula dengan 160 pegawai penguatkuasaan pada tahun 2011, bilangan pegawai telah bertambah kepada 311 pada tahun 2012.

Kontinjen ini merangkumi 99 pegawai baharu yang berjaya lulus dalam Latihan Asas dan Kursus Induksi Pegawai Penguatkuasaan, iaitu program wajib bagi anggota unit penguatkuasaan yang dilantik sebagai pegawai.

LAPORAN SuruhAnjAyA (samb.)

Page 31: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

29Laporan Tahunan 2012

Kursus ini menekankan 5 tahap nilai: disiplin, integriti, kejujuran, pertimbangan yang tegas tetapi adil serta kesihatan fizikal dan mental. Kursus ini menekankan objektif berikut:

i. Untuk melatih peserta dalam tugas penguatkuasaan sebagai pegawai penguat kuasa S.P.A.D.

ii. Untuk mengajar peserta dalam menjalankan tugas pemeriksaan audit dan penyiasatan

iii. Untuk mengajar peserta mengenai tanggungjawab pegawai penyiasat yang patuh terhadap undang-undang

iv. Untuk mendisiplinkan anggota unit penguatkuasaan agar mereka lebih cekap dan bertindak dengan penuh integriti

Anggota penguatkuasaan yang lulus sebagai pegawai penguat kuasa akan turut dilatih untuk menjalankan audit operasi berdasarkan ICOP-SHE S.P.A.D.

operASI peNGUATKUASAAN

Pada tahun 2012, sebanyak 5,481 operasi telah dijalankan oleh pegawai penguat kuasa S.P.A.D. Angka ini boleh diterjemahkan kepada 457 operasi setiap bulan atau 15 operasi sehari. Butiran operasi adalah seperti berikut:

a. 70 Operasi Berkala – Operasi yang dijalankan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain.

b. 4,432 Operasi Harian – Operasi rutin yang dijalankan dari pusat kawalan dan rondaan di lokasi terpilih.

c. 132 Operasi Bersepadu – Operasi yang dijalankan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis DiRaja Malaysia dan autoriti tempatan.

d. 379 Operasi Pemantauan – Operasi yang dijalankan dengan tujuan memantau dan mengumpul risikan.

e. 468 Operasi Khas yang dibahagikan lagi kepada 5 jenis operasi berlainan:• TEGAS: Memfokuskan kenderaan dalam kategori

Teksi• HIPPO:MemfokuskankenderaandalamkategoriLori• SERKAP: Memfokuskan kenderaan dalam kategori

Bas• PARASIT:Memfokuskanpenjualtiketharamtempatan• ALIEN: Memfokuskan pemandu warga asing dan

kenderaan yang tidak berlesen

KeSAlAHAN

Daripada 5,481 operasi yang dijalankan pada tahun 2012, sejumlah 3,907 kesalahan telah direkodkan. 44% daripada kesalahan ini dilakukan oleh pengendali teksi, 36.5% oleh pengendali bas, 18.1% oleh pengendali kenderaan barangan, 0.8% oleh penjual tiket haram dan 0.6% oleh pengendali kenderaan pengangkutan awam tanpa lesen.

Antara kesalahan lazim yang dilakukan oleh pengendali teksi adalah:

1. Memandu tanpa Kad Pemandu2. Memandu tanpa Lesen Pengendali3. Memandu tanpa menggunakan meter teksi4. Meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang5. Mengambil dan menurunkan penumpang di kawasan

yang bukan ditetapkan

Antara kesalahan lazim yang dilakukan oleh pengendali bas adalah:

1. Beroperasi di luar laluan dan kawasan yang dibenarkan2. Beroperasi tanpa kawalan tiket3. Meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang4. Mengambil dan menurunkan penumpang di kawasan

yang bukan ditetapkan5. Mengendalikan bas pelancong tanpa pemandu

pelancong berlesen

Antara kesalahan lazim yang dilakukan oleh pengendali kenderaan barangan adalah:

1. Lebih muatan2. Membawa barangan yang dilarang3. Memandu tanpa Lesen Pengendali4. Meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang

Page 32: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

30 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Daripada kesalahan ini, sejumlah 1,519 kes telah dikenakan kompaun pada tahun 2012. Sehingga hari ini, 645 kes telah diselesaikan menerusi pembayaran kompaun berjumlah RM334,000. Bayaran tertunggak bagi kes selebihnya adalah antara RM400 hingga RM15,000 bagi setiap kesalahan.

166 kes telah berjaya dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan pada tahun lalu, sementara 7 kenderaan pengangkutan awam telah disita mengikut Seksyen 80 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 disebabkan kesalahan berulang.

Pindaan telah dibuat pada Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 [P.U. (A) 276/2011]. Pindaan ini memperuntukkan 23 kesalahan lagi yang boleh dikompaun di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

AUDIT

Pegawai penguat kuasa juga dipertanggungjawabkan untuk menjalankan audit ke atas pengendali pengangkutan awam darat untuk memastikan mereka mematuhi standard ICOP-SHE S.P.A.D. dan sejumlah 158 audit telah dijalankan pada tahun 2012.

ProgrAM khiDMAt MASyArAkAtSatu komponen penting kerja-kerja S.P.A.D. adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemegang berkepentingan termasuk orang ramai mengenai tugas Suruhanjaya dan keadaan pengangkutan awam di negara ini. oleh yang demikian, S.P.A.D. mengadakan dialog dengan pelbagai pihak, di dalam dan di luar negara. Suruhanjaya mengadakan sesi perkongsian ilmu di pelbagai seminar industri sepanjang tahun dan menganjurkan sesi perbincangan dengan pengendali pengangkutan awam darat sebagai sebahagian daripada mandatnya. bahagian laporan tahunan ini memperincikan program khidmat masyarakat yang telah dilaksanakan oleh S.P.A.D. pada tahun 2012.

perKoNGSIAN IlMU

Perancangan pengangkutan awam merupakan aktiviti global yang meraih manfaat daripada perkongsian kepakaran dan pengalaman. Sebagai sebahagian komitmen S.P.A.D. untuk memastikan amalan industri yang terbaik dilaksanakan dalam perancangan pengangkutan awam tempatan, Suruhanjaya menggembleng kepakaran pemain antarabangsa menerusi pelbagai forum—daripada penyertaan dalam seminar sehinggalah penerbitan dalam jurnal antarabangsa.

Seminar Mobiliti, penyepaduan dan Transformasi pengangkutan bandar ke-4Kuala Lumpur, Malaysia

S.P.A.D. membentangkan kajian kes yang bertajuk ‘Mencapai Perancangan Bersepadu Pengangkutan Awam’ dalam Seminar Mobiliti, Penyepaduan dan Transformasi Bandar ke-4 yang diadakan pada suku pertama tahun 2012. Kajian kes ini memfokuskan isu perancangan bersepadu dari perspektif Malaysia. Kajian ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh S.P.A.D. dan menghuraikan kepentingan perancangan bersepadu demi memastikan kejayaan pembangunan pengangkutan awam.

LAPORAN SuruhAnjAyA (samb.)

Page 33: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

31Laporan Tahunan 2012

Seminar Makmal bandar Masa Hadapan (Future cities laboratory, Fcl)Singapura

S.P.A.D. menghadiri Seminar Makmal Bandar Masa Hadapan (FCL) yang dianjurkan di Singapura pada suku ketiga tahun 2012 yang menyaksikan pembentangan mengenai pelan transformasi industri pengangkutan awam darat Malaysia. Seminar ini menyediakan platform kepada S.P.A.D. untuk berkongsi inisiatif pengangkutan awam darat yang dilaksanakan oleh Malaysia untuk menambahbaik pengangkutan awam di negara ini.

Sidang Kemuncak rel Sedunia Ke-7 Bangkok, Thailand

S.P.A.D. menyampaikan pembentangan yang bertajuk ‘Projek Rel Pada Masa Akan Datang di Malaysia’ di Sidang Kemuncak Rel Sedunia Ke-7 yang diadakan di Bangkok, Thailand pada suku keempat tahun 2012. Para peserta terdiri daripada pemain industri rel dari seluruh dunia termasuk pengilang, pengendali dan pengawal selia. Sidang kemuncak ini memberikan wadah kepada S.P.A.D. untuk berkongsi inisiatif rel Malaysia untuk menangani mobiliti pengguna di negara ini.

penerbitan dalam Jurnal land Transport Authority (lTA) SingapuraJourney, Mei 2012

S.P.A.D. telah dipelawa menulis artikel untuk ‘Journey’, sebuah terbitan berkala yang diterbitkan oleh LTA Singapura. Artikel S.P.A.D. yang bertajuk ‘Mentransformasi Pengangkutan Awam Darat di Malaysia’ telah diterbitkan dalam edisi Mei 2012.

Forum perdana pengangkutan Awam Darat Kuala Lumpur, Malaysia

Forum Pengangkutan Awam Darat yang pertama telah diadakan pada Julai 2012 bertempat di Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Pengerusi S.P.A.D. YBhg. Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, tema forum tersebut ialah ‘Melangkah Seiring untuk Pengangkutan Awam Lebih Baik’. Forum yang disokong oleh UK Trade & Investment ini berperanan sebagai wadah bagi dialog terbuka mengenai isu khusus untuk pelaksanaan projek pengangkutan awam darat di seluruh negara.

TITIK HUbUNGAN S.p.A.D.

Sebagai sebahagian usaha S.P.A.D. untuk memastikan orang ramai mendapat lebih banyak akses kepada perkhidmatannya, Suruhanjaya telah menubuhkan dua Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centres, UTC) pada tahun 2012. Pusat Transformasi Bandar yang

dibangunkan di bawah Strategi Lautan Biru Nasional bertujuan meningkatkan akses orang awam di kawasan bandar kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan dan sektor swasta.

Projek UTC dimulakan oleh Kementerian Kewangan dan diterajui oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar, Setiausaha Agung Perbendaharaan. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan pusat sehenti yang menyediakan maklumat dan perkhidmatan yang berkaitan dengan semua agensi kerajaan, perbankan, pendidikan, bimbingan keusahawanan dan kebajikan.

S.P.A.D. membuka pejabatnya di UTC Melaka pada 23 Jun 2012 setelah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri. UTC Melaka merupakan UTC pertama di Malaysia. Seterusnya pada 22 September 2012 S.P.A.D. telah membuka pejabatnya di UTC Kuala Lumpur. Kedua-dua lokasi ini menyediakan perkhidmatan lengkap termasuk permohonan dan pembaharuan lesen, pertukaran syarat, kad pemandu dan perkhidmatan lain.

peMINDAHAN IbU peJAbAT DArI oNe SeNTrAl Ke plATINUM SeNTrAl

Pada tahun 2012, S.P.A.D. telah menyempurnakan pemindahan ibu pejabatnya dari One Sentral ke Platinum Sentral. Kompleks pejabat yang baharu ini merangkumi kemudahan baharu seperti bilik latihan dan ruang mesyuarat untuk kakitangan dan pelawat. Lokasi pejabat baharu yang mudah diakses serta ruang rekreasi yang luas memberikan lebih banyak kemudahan kepada kakitangan dan membantu meningkatkan kepuasan pekerja.

AKTIVITI berSAMA peMeGANG berKepeNTINGAN

S.P.A.D. telah memperkenalkan beberapa perubahan kepada industri kenderaan barangan pada tahun 2012 selain mengadakan sesi pertemuan dengan pertubuhan berkenaan dan pemegang berkepentingan untuk memastikan pemahaman dan pematuhan kepada perubahan ini. Aktiviti S.P.A.D. bersama pemegang berkepentingan diperincikan di bawah.

pertemuan dengan pengendalipersatuan pemilik lori Seluruh Malaysia (pMloA)

S.P.A.D. kerap bertemu dengan PMLOA untuk membincangkan isu semasa dan isu yang berulang dalam industri kenderaan barangan. Lebih muatan merupakan isu penting dalam industri kenderaan barangan dan Suruhanjaya kerap menerima aduan daripada orang ramai, persatuan dan pemegang berkepentingan lain mengenai hal ini. Bahagian Kenderaan Barangan S.P.A.D. mengadakan mesyuarat secara kerap dengan PMLOA untuk membincangkan penyelesaian kepada masalah lebih muatan.

Page 34: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

32 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

S.P.A.D. juga membincang dengan PMLOA mengenai isu kesalahan meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang yang dilakukan oleh pemilik lori. Suruhanjaya dan pihak persatuan sedang berusaha untuk bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa yang menjalankan pemeriksaan kerap di kawasan larang meletak kenderaan di Semenanjung Malaysia.

persatuan ejen penghantaran & logistik Selangor (SFFlA)

S.P.A.D. mengadakan pertemuan dengan SFFLA berhubung pengenalan Lesen Pengendali (OL) yang baharu. Perubahan pada OL bermakna pengendali tidak perlu lagi memohon lesen untuk setiap kenderaan kerana hanya memerlukan satu lesen pengendalian.

persatuan Syarikat pengangkutan Malaysia (AMH)

S.P.A.D. telah memperkenalkan satu peraturan baharu yang menetapkan kenderaan perdagangan hendaklah berusia tidak lebih 10 tahun untuk layak tergolong dalam kategori lesen ‘A’ dan ‘C’. AMH telah dimaklumkan oleh S.P.A.D. mengenai peraturan baharu ini dan kesannya terhadap ahli persatuan mereka.

perbincangan e-tiket dengan pengendali terminal

S.P.A.D. mengadakan sesi pertemuan pada suku kedua tahun 2012 dengan pengendali terminal-terminal utama iaitu Larkin Sentral di Johor, Melaka Sentral di Melaka, Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan, KL Sentral di

Kuala Lumpur, Terminal Amanjaya di Perak dan Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong di Pulau Pinang. Matlamat utama sesi ini adalah untuk memaklumi pengendali mengenai faedah menggunakan sistem e-tiket dan membincangkan pelaksanaan sistem e-tiket di terminal pengangkutan awam.

perbincangan mengenai struktur terminal dengan pengendali

S.P.A.D. mengadakan sesi pertemuan mingguan dengan semua pengendali terminal di Semenanjung Malaysia untuk menasihati mereka mengenai penambahbaikan bangunan terminal mereka. S.P.A.D. turut memberikan nasihat untuk pembinaan terminal baharu.

AKTIVITI berSAMA AGeNSI KerAJAAN

Agensi kerajaan merupakan barisan hadapan dalam transformasi pengangkutan awam, justeru merupakan kumpulan sasaran penting bagi aktiviti interaksi dengan S.P.A.D. S.P.A.D. komited untuk memastikan bahawa agensi di semua peringkat Kerajaan – dari peringkat persekutuan sehingga perbandaran – menyedari visi pengangkutan awam darat secara keseluruhan dan mempunyai pelan yang sewajarnya untuk memastikan aktiviti mereka disepadukan dalam pelan keseluruhan.

Aktiviti pertemuan S.P.A.D. dengan badan kerajaan diperincikan di bawah.

pengenalan konsep dan rangka kerja pelesenan Terminal kepada kerajaan negeri

S.P.A.D. menjelajah Semenanjung Malaysia untuk memperkenalkan konsep dan rangka kerja Pelesenan Terminal kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Negeri yang dipengerusikan oleh setiap kerajaan negeri. Objektif utama adalah untuk berkongsi dan memperoleh maklum balas mengenai cadangan S.P.A.D. dalam merealisasikan konsep dan rangka kerja inisiatif Pelesenan Terminal.

bengkel pelesenan Terminal

S.P.A.D. telah menganjurkan bengkel pelesenan terminal di setiap wilayah (tengah, selatan, utara, pantai timur) pada bulan Mei 2012 untuk mengumpul data dan memahami isu dan cabaran berhubung perancangan, pengendalian dan pengurusan terminal pengangkutan awam darat dengan lebih baik. Bengkel ini juga direka untuk meraih komitmen dan sokongan kepada dasar Pelesenan Terminal daripada pelbagai pemegang berkepentingan.

LAPORAN SuruhAnjAyA (samb.)

Page 35: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

33Laporan Tahunan 2012

Aktiviti pertemuan S.P.A.D. dengan rakyat diperincikan di bawah.

Nombor Hotline dan pelekat Kenderaan baharu

Pada 9 November 2012, S.P.A.D. telah melancarkan nombor hotline baharu untuk menggantikan nombor aduan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang lama. Nombor baharu–1800 88 SPAD (7723)– lebih mudah diingat dan menghubungkan pemanggil kepada sistem perkhidmatan pelanggan yang khusus mengendalikan maklum balas dan aduan.

Suruhanjaya menyedari bahawa maklum balas dan sokongan orang ramai adalah penting kepada kejayaan transformasi sistem pengangkutan awam darat, justeru telah meluaskan saluran komunikasi awamnya.

S.P.A.D. juga telah menggabungkan mekanisme maklum balas dalam talian untuk menyediakan pelbagai saluran agar orang awam dapat mengajukan aduan mereka. Daripada e-mel ([email protected]) hingga Twitter (@aduanTwitter) ke laman web S.P.A.D. dimana pengguna boleh menyemak status ulasan dan aduan mereka pada bila-bila masa.

Di samping ciri-ciri tambahan ini, semua kenderaan pengangkutan awam darat dikehendaki mempamerkan pelekat nombor talian bantuan yang baharu. Semua pengendali kenderaan pengangkutan awam darat diberikan tempoh sehingga 1 April 2013 untuk menukar kepada pelekat baharu.

Sistem pengurusan aduan dipertingkat

S.P.A.D. telah berhijrah kepada sistem pengurusan aduan yang baharu daripada proses manual sebelum ini. iSPAAA atau Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam Bersepadu menawarkan beberapa manfaat termasuk:

Taklimat dan latihan berhubung Akta pengangkutan Awam Darat 2010

S.P.A.D. telah melawati mahkamah, pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan agensi kerajaan lain di seluruh Semenanjung Malaysia untuk memberikan taklimat dan memaklumi pihak yang berkenaan mengenai peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (LPTA 2010) di samping fungsi, aspirasi dan dasar S.P.A.D. S.P.A.D. turut memberikan latihan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan berhubung peruntukan dan penguatkuasaan LPTA 2010.

projek penghijrahan rangkaian 1GovNet

Pada tahun 2012, S.P.A.D. berjaya memindahkan perkhidmatannya kepada rangkaian 1GovNet. 1GovNet ialah rangkaian pengurusan berpusat untuk sektor awam yang menyediakan kemudahan komunikasi untuk data, suara dan persidangan video bagi agensi kerajaan daripada semua peringkat. Matlamat 1GovNet adalah untuk:

a) Mewujudkan satu rangkaian telekomunikasi kerajaan yang bersepadu lagi selamat bagi semua agensi kerajaan

b) Menyokong perkhidmatan komunikasi termasuk data, suara dan persidangan video

c) Memantau dan mengurus Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA)

S.p.A.D. berSAMA rAKyAT

Akhirnya, dan yang paling penting, S.P.A.D. mengadakan sesi pertemuan secara kerap dengan pengguna pengangkutan awam untuk memaklumi mereka mengenai penambahbaikan yang dilaksanakan pada sistem pengangkutan awam. Matlamat akhir adalah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian selain mendapatkan maklum balas daripada orang ramai tentang cara mempertingkat perkhidmatan pengangkutan awam.

Page 36: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

34 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

• Platform tunggal untukmengurus semua aduan awamdalam cara yang seragam, bersepadu dan mudah dicari

• Penggabungan aduan terbaik berdasarkan konsep 3R(“Responding, Recording and Reporting” atau Respon, Rekod dan Lapor).

Sistem iSPAAA mula-mula diguna pakai oleh tujuh Kementerian dan agensi perintis. Kemudian sistem ini diperluas lagi kepada Kementerian bukan perintis pada tahun 2010. S.P.A.D. berjaya beralih kepada iSPAAA pada bulan Oktober 2012.

Statistik pengurusan Aduan S.p.A.D. pada tahun 2012

• Masa respons aduan disingkatkan kepada 12 jamdaripada satu hari bekerja di bawah sistem lama

• Kadar penutupan kes disingkatkan daripada 30 haribekerja kepada 15 hari bekerja

• Kadarpenutupankes100%daripada8,191aduanyangditerima pada tahun 2012

Sesi pertemuan di Sarawak dan Sabah

Disebabkan Akta S.P.A.D. 2010 mengehadkan bidang kuasa S.P.A.D. kepada Semenanjung Malaysia sahaja, pentadbiran pengangkutan awam darat bagi Sabah dan Sarawak masih berada di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan di negeri masing-masing.

Untuk mempertingkat kualiti pengangkutan awam di negeri-negeri ini, S.P.A.D. telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dan memaklumkan negeri-negeri ini mengenai fungsi dan projek pengangkutan awam S.P.A.D. Perbincangan telah diadakan di pejabat Ketua Menteri Sabah dan LPKP Sabah pada Oktober 2012. Pertemuan serupa dirancang untuk Sarawak pada suku pertama tahun 2013.

ruMAh S.P.A.D.Pada tahun 2011, rumah S.P.A.D. yang ditubuhkan sebagai rangka kerja yang mentadbir pelan untuk Suruhanjaya melangkah ke hadapan dengan memperincikan bidang fokus khusus dan segera. Menggunakan analogi rumah sebagai garis panduan, Suruhanjaya telah mengenal pasti teras dan asas yang perlu dibangunkan agar dapat digunakan untuk membangunkan matlamat S.P.A.D.

Rangka kerja Rumah S.P.A.D. telah dibangunkan melalui beberapa bengkel yang melibatkan semua kakitangan S.P.A.D. dan menekankan perlunya perbincangan yang terbuka dan jujur untuk membangunkan Suruhanjaya selanjutnya. Bengkel berikut telah diadakan pada tahun 2011 untuk membantu membangunkan pelan ini:

• BengkelInisiatifRUMAHS.P.A.D.• BengkelModelInteraksiPerniagaanS.P.A.D.• BengkelPenjajaranFokus2012

Berdasarkan asas ini, pada tahun 2012 S.P.A.D. telah mengenal pasti dan menyampaikan sasaran bagi 49 projek keutamaan. Projek ini telah dikenal pasti dan diluluskan oleh Anggota Suruhanjaya (MoC) pada 9 Februari 2012. Susulan itu, Perbincangan Strategik Pihak Pengurusan S.P.A.D. dan Kem Rangka Kerja Pelaksanaan Projek (PDF) telah diadakan untuk merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan.

Perbincangan Strategik Pihak Pengurusan dan Kem PDF S.P.A.D. diadakan serentak dari 24 hingga 26 Februari 2012 di Port Dickson dengan tema “Melaksanakan Kerja yang Betul dengan Cara yang Betul”.

LAPORAN SuruhAnjAyA (samb.)

Page 37: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

35Laporan Tahunan 2012

Objektif utama Perbincangan Strategik Pihak Pengurusan adalah untuk menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi projek dan operasi S.P.A.D. sementara Kem PDF menyediakan lintas semak dari awal hingga akhir mengenai proses PDF. Kem ini turut melatih Pengurus Projek dalam penyediaan serahan PDF dan cara penggunaan sistem ePMO.

Perbincangan Strategik Pihak Pengurusan mengenal pasti 49 projek keutamaan, dan menjelang akhir tahun 2012, bilangan projek telah bertambah kepada 54. Pada masa yang sama, PDF telah dilancarkan untuk memudahkan pelaksanaan projek keutamaan. Satu pertiga projek telah disiapkan pada tahun 2012 manakala projek selebihnya akan disiapkan pada tahun 2013 seperti yang telah dirancang.

Sementara itu, Perbincangan Strategik Tahunan S.P.A.D. yang kedua telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 24 dan 25 November 2012. Objektif perbincangan strategik ini adalah untuk:

• Menyemak semula status rumah untuk memastikanS.P.A.D. berada pada landasan yang betul dalam pelaksanaan matlamat organisasi iaitu Persepsi Rakyat yang Lebih Baik

• Membangunkanmodelperniagaan yangmembolehkanS.P.A.D. untuk mencapai kemampanan kewangan

Daripada 54 projek yang dikenal pasti pada tahun 2012, 17 projek telah disiapkan pada tahun 2012 sementara baki 37 projek akan diteruskan pada tahun 2013. Dengan penambahan 55 projek baharu yang dikenal pasti semasa perbincangan strategik, sejumlah 92 projek telah dicadangkan bagi tahun 2013. Daripada angka itu, bilangan projek yang telah diberikan komitmen oleh S.P.A.D. dianggarkan ke 40 projek.

Projek ini dibahagikan kepada 5 teras dan 4 asas Rumah S.P.A.D. :

• Teras1:Keselamatan• Teras2:PenguatkuasaanBerkesan• Teras3:PembangunanPengangkutanAwamGKL/KV

• Teras 4 : Pembangunan Pengangkutan Awam DaratNegara

• Teras5:PelaporanDatakepadaOrangAwam• Asas1:PeningkatanKapasitiS.P.A.D.• Asas2:PenstrukturanSemulaIndustridanPeningkatan

Keupayaan • Asas3:DasarPengangkutanAwamDaratNegaradan

Pelan Induk Strategik • Asas4:PertemuandanKomunikasidenganPemegang

Berkepentingan

MelAngkAh ke hADAPAn

Masih banyak yang perlu dilaksanakan berkenaan pengangkutan awam darat di Malaysia dan S.P.A.D. komited untuk merealisasikan visi negara untuk memperolehi sistem pengangkutan awam yang bertaraf dunia. fokus am masih kekal sama meskipun inisiatif khusus diubah suai mengikut keadaan yang berubah-ubah.

Pada tahun 2013, Suruhanjaya beriltizam memfokuskan inisiatif khusus yang diperincikan di bawah.

MerAIH SoKoNGAN rAKyAT

S.P.A.D. akan terus berusaha keras untuk meraih sokongan orang ramai bagi pembangunan infrastruktur pengangkutan awam di negara ini. S.P.A.D. merancang untuk menangani jurang program khidmat masyarakat yang tidak ditangani sepenuhnya pada tahun 2012.

Pada masa ini, pengangkutan awam bukanlah mod pengangkutan alternatif yang berdaya maju bagi kebanyakan rakyat. Dua rintangan yang dihadapi adalah kekurangan perancangan pengangkutan awam darat yang menyeluruh dan bersepadu di peringkat negeri serta kekurangan garis panduan berhubung hal berkaitan pengangkutan awam.

Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan dilaksanakan pada tahun 2013 adalah mewujudkan garis panduan dasar yang komprehensif untuk memastikan pembangunan pengangkutan awam mencapai visi untuk menjadi mod pengangkutan pilihan pertama rakyat.

Page 38: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

36 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

LAPORAN SuruhAnjAyA (samb.)

masih terdapat kekurangan maklumat untuk penumpang, justeru menghalang orang ramai daripada menggunakan perkhidmatan bas.

Untuk menangani kelemahan ini, pada tahun 2013 S.P.A.D. merancang untuk memperhebat perbaikan infrastruktur seperti Panel Maklumat Bas dan Perancang Perjalanan. Kedua-dua kemudahan ini menyediakan maklumat penumpang yang menyeluruh untuk membantu pengguna merancang perjalanan mereka menggunakan sistem pengangkutan awam.

Kefungsian Perancang Perjalanan tidak terhad kepada bas malah akan diperluas kepada semua mod pengangkutan awam untuk memastikan perjalanan yang lancar antara pelbagai perkhidmatan. Pembangunan Sistem Pembayaran Tanpa Wang Tunai Bersepadu juga penting bagi perjalanan yang lancar, justeru S.P.A.D. merancang untuk membangunkan sistem sedemikian pada tahun 2013.

MeNINGKATKAN peNGUATKUASAAN

Pada tahun 2013, S.P.A.D. merancang untuk meningkatkan penguatkuasaan peraturan tertentu, khususnya peraturan yang berkaitan dengan penjual tiket haram dan pengenaan tambang berlebihan oleh pengendali pengangkutan awam. Suruhanjaya juga berhasrat meningkatkan kapasiti kakitangan penguatkuasaan dengan melengkapi mereka dengan peralatan berteknologi terkini untuk memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.

MeNINGKATKAN KeSelAMATAN peNGANGKUTAN AwAM

Pada tahun 2011, terdapat 247 kemalangan maut yang melibatkan lori, 29 kematian melibatkan bas dan 11 kematian melibatkan pengendali rel. Memandu laju, memotong kenderaan secara berbahaya, melanggar lampu isyarat merah dan kenderaan yang membawa lebih muatan merupakan sebab utama kemalangan yang melibatkan sektor jalan raya sementara kerosakan jalan raya dan kerosakan mekanikal pada kenderaan merupakan faktor penyumbang. Bagi pengendali Rel, punca utama kemalangan ialah kesilapan pemandu manakala sebab sampingan melibatkan kesilapan landasan dan pasukan penyenggaraan isyarat selain pelanggaran amalan keselamatan yang telah ditetapkan dalam tatacara pengendalian piawai.

Visi keselamatan jangka panjang S.P.A.D. adalah untuk mencapai kemalangan maut sifar atau hampir sifar bagi pengangkutan awam melalui Inisiatif Keselamatan ICOP S.P.A.D. yang dilancarkan pada tahun 2012. Tahun 2013 akan menyaksikan pembangunan proses penyaringan dan pemantauan di samping pengenalan program baharu iaitu program Sistem Maklumat Pemandu untuk memastikan pemandu pengangkutan awam darat yang lebih selamat. S.P.A.D. akan turut memperluas skop keselamatan dengan mempertingkat keselamatan bas sekolah menerusi Program Keselamatan Bas Sekolah.

MeMperbAIK SISTeM bAS

Di bawah Rancangan Transformasi Bas, naik taraf hentian bas sedia ada dan pembinaan hentian bas baharu akan diteruskan pada tahun 2013. Walau bagaimanapun,

Page 39: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

PENYATA KEWANGAN

38 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat39 Penyata Pengerusi dan Seorang Anggota Suruhanjaya40 Pengakuan oleh Pegawai Utama yang Bertanggungjawab ke Atas Pengurusan Kewangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat41 Penyata Kedudukan Kewangan42 Penyata Pendapatan43 Penyata Perubahan Ekuiti44 Penyata Aliran Tunai45 Nota kepada Penyata Kewangan

Page 40: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

38 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Page 41: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

39Laporan Tahunan 2012

PENYATA PENGERUSI DAN SEORANG ANGGOTA SURUHANJAYAKami, Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar dan Encik Mohd Nur Ismal Bin Mohamed Kamal yang merupakan Pengerusi dan salah seorang Anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) dengan ini menyatakan bahawa, pada pendapat Anggota, Penyata Kewangan yang mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai yang berikut ini berserta dengan nota-nota kepada Penyata Kewangan di dalamnya, adalah disediakan untuk menunjukkan pandangan yang benar dan saksama berkenaan kedudukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada 31 Disember 2012 dan hasil kendaliannya serta perubahan kedudukan kewangannya bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Bagi pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat:

TAN SRI DATO’ SERI SYED HAMID BIN SYED JAAFAR ALBARPengerusi

Tarikh: 5 Ogos 2013

ENCIK MOHD NUR ISMAL BIN MOHAMED KAMALKetua Pegawai Eksekutif

Tarikh: 5 Ogos 2013

Page 42: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

40 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

PENGAKUAN OLEH PEGAWAI UTAMA YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENGURUSAN KEWANGAN SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Saya, Faizatul Akmar binti Abu Bakar, pegawai utama yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan dan rekod-rekod perakaunan SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT, dengan ikhlasnya mengakui bahawa Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Pendapatan, Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai dalam kedudukan kewangan yang berikut ini berserta dengan nota-nota kepada Penyata Kewangan di dalamnya mengikut sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan saya, adalah betul dan saya dengan sebenarnya mempercayai bahawa ia adalah benar dan atas kehendak-kehendak Akta Akaun Berkanun, 1960.

Sebenarnya dan sesungguhnya )diakui oleh penama di atas )di Kuala Lumpur )

Tarikh: 5 Ogos 2013 FAIZATUL AKMAR BINTI ABU BAKAR

Dihadapan saya: PESURUHJAYA SUMPAH

Page 43: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

41Laporan Tahunan 2012

PENGAKUAN OLEH PEGAWAI UTAMA YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENGURUSAN KEWANGAN SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN PADA 31 DISEMBER 2012

Nota 2012 2011 RM RM

KELENGKAPAN DAN PERALATAN 3 14,169,010 2,973,440

ASET SEMASAPelbagai penghutang 4 3,801,316 804,136Faedah terakru 5 904,040 1,691,608 Tunai dan kesetaraan tunai 6 527,335,283 784,454,774

Jumlah aset semasa 532,040,639 786,950,518

LIABILITI SEMASA

Pelbagai pemiutang 7 4,578,396 3,380,792

Jumlah liabiliti semasa 4,578,396 3,380,792

ASET SEMASA BERSIH 527,462,243 783,569,726

541,631,253 786,543,166

DIBIAYAI OLEH:

Dana Kerajaan Persekutuan 8,9,10 222,720,043 185,347,019 Dana pengambilan tanah MRT 11 277,892,957 601,196,147 Dana ISBSF 12 41,018,253 –

541,631,253 786,543,166

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.

Page 44: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

42 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2012

Nota 2012 2011 RM RM

PENDAPATAN Geran mengurus 8 70,000,000 30,000,000 Geran pembangunan dilunaskan 9,12 47,607,906 9,641,331Geran pindahan aset dilunaskan 10 828,267 –Hasil fi dan kompaun 13 11,695,669 8,450,682Pendapatan faedah 18,332,205 1,802,106 Pendapatan lain 47,886 59,798

148,511,933 49,953,917

PERBELANJAAN Perbelanjaan kakitangan 14 46,815,180 25,714,445Perbelanjaan pentadbiran 15 15,523,528 9,547,386 Yuran profesional 16 3,979,011 9,308,686 Susut nilai 3 377,018 158,771Perbelanjaan lain 5,419 6,386

66,700,156 44,735,674

Perbelanjaan Pembangunan:Perkhidmatan Profesional dan Lain-lain 9,10,12 47,627,286 9,487,153Susut nilai 3 808,885 154,178

48,436,171 9,641,331

JUMLAH PERBELANJAAN 115,136,327 54,377,005

LEBIHAN / (KURANGAN) KENDALIAN SEBELUM CUKAI 33,375,606 (4,423,088)

Cukai 17 – –

LEBIHAN / (KURANGAN) PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 33,375,606 (4,423,088)

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.

Page 45: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

43Laporan Tahunan 2012

Dana Dana Dana Dana Perbelanjaan Perbelanjaan Pindahan Pengambilan Dana Nota Mengurus Pembangunan Aset Tanah MRT ISBSF Jumlah RM RM RM RM RM RM

2012

Baki pada 1 Januari 2012 40,361,290 144,985,729 – 601,196,147 – 786,543,166

Lebihan/(kurangan) pendapatan bersih bagi tahun kewangan 8,9,10,11,12 33,375,606 3,658,769 338,649 (323,303,190) 41,018,253 (244,911,912)

Baki pada 31 Disember 2012 73,736,896 148,644,498 338,649 277,892,957 41,018,253 541,631,253

2011

Baki pada 1 Januari 2011 44,784,378 – – – – 44,784,378

(Kurangan)/lebihan pendapatan bersih bagi tahun kewangan 8,9,11 (4,423,088) 144,985,729 – 601,196,147 – 741,758,788

Baki pada 31 Disember 2011 40,361,290 144,985,729 – 601,196,147 – 786,543,166

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.

PENYATA PERUBAHAN EKUITI BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2012

Page 46: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

44 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Nota 2012 2011 RM RM

Aliran tunai daripada aktiviti operasiLebihan / (kurangan) pendapatan sebelum cukai 33,375,606 (4,423,088)Pelarasan untuk:

Pendapatan faedah (18,332,205) (1,802,106)Susut nilai 3 1,185,903 312,949Geran pembangunan belum dilunaskan 3,658,769 144,985,729Geran pindahan aset belum dilunaskan 338,649 –

Lebihan pendapatan sebelum perubahan dalam modal kerja 20,226,722 139,073,484

Lebihan / (kurangan) dalam modal kerjaPelbagai penghutang (2,997,180) (547,226)Faedah terakru 787,568 (1,666,333) Pelbagai pemiutang 1,197,605 2,427,273Dana pengambilan tanah MRT (323,303,191) 601,196,147Dana ISBSF 41,018,253 –

Tunai bersih (diguna untuk) / dari aktiviti operasi (263,070,223) 740,483,345

Aliran tunai daripada aktiviti pelaburanPembelian aset tetap 3 (11,728,000) (2,825,359)Pindahan aset bersih daripada Kerajaan Persekutuan 3 (653,473) –Faedah diterima 18,332,205 1,802,106

Tunai bersih dari / (diguna untuk) aktiviti pelaburan 5,950,732 (1,023,253)

(Defisit) / Tambahan bersih dalam tunai dan kesetaraan tunai (257,119,491) 739,460,093Tunai dan kesetaraan tunai pada awal tahun 784,454,774 44,994,681

Tunai dan kesetaraan tunai pada akhir tahun 527,335,283 784,454,774

Tunai dan kesetaraan tunaiTerdiri daripada:

Tunai dan baki di bank 6 527,335,283 784,454,774

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.

PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2012

Page 47: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

45Laporan Tahunan 2012

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN1.

2. RINGKASAN POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA

Dasar perakaunan yang berikut diamalkan oleh Suruhanjaya:

(a) Asas

Penyata kewangan S.P.A.D. telah disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) untuk entiti persendirian (Piawaian Pelaporan Entiti Persendirian-PERS).

(b) Pengiktirafan Pendapatan

(i) Pendapatan Faedah

Pendapatan faedah diiktiraf dalam penyata pendapatan apabila terakru, dengan mengambil kira hasil efektif aset berkenaan.

(ii) Pemberian Geran Kerajaan Persekutuan

Geran mengurus dan pembangunan diiktiraf apabila hak untuk menerima bayaran telah diperakui kelulusannya dan akan diperolehi untuk tahun kewangan tersebut. Geran pembangunan diiktiraf dalam penyata kewangan apabila berpadanan dengan perbelanjaan pembangunan yang berlaku dalam tempoh kewangan tersebut. Geran pembangunan yang belum dilunaskan akan ditunjukkan di dalam lembaran imbangan sebagai geran tertunda.

Geran tertunda melibatkan pembelian aset dilunaskan ke penyata pendapatan mengikut jangka hayat aset setara dengan nilai susutnilai yang dikenakan ke atas aset tersebut. Geran bagi pindahan aset diiktiraf semasa aset dipindahkan daripada LPKP dan JKM kepada S.P.A.D. Geran tertunda melibatkan pindahan aset dilunaskan ke penyata pendapatan mengikut jangka hayat aset setara dengan nilai susutnilai yang dikenakan ke atas aset tersebut.

A. MAKLUMAT UMUM

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah ditubuhkan dengan berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) pada 3 Jun 2010. Ia telah ditubuhkan ke arah mencapai pengangkutan awam darat bersepadu selamat, boleh dipercayai, responsif, mudah diakses, cekap, di samping memastikan penyediaan perkhidmatan yang berpatutan untuk pembawaan penumpang oleh kenderaan perkhidmatan awam dan perkhidmatan yang kompetitif bagi pengangkutan barangan.

Bagi memastikan fungsi-fungsi S.P.A.D. dapat dijalankan di bawah satu bumbung, S.P.A.D. telah diletakkan secara terus di bawah pengawasan menteri yang dipertanggungjawabkan bagi merangka dasar, merancang dan mengawal keseluruhan aspek berkaitan dengan keretapi, bas dan perkhidmatan teksi serta pengangkutan barangan bagi maksud melalui jalan raya atau rel. Suruhanjaya telah berfungsi sepenuhnya pada 31 Januari 2011 dengan pengambilalihan portfolio Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Jabatan Keretapi Malaysia (JKM) dan fungsi-fungsi pelesenan kenderaan oleh Kementerian Pelancongan (KPM) di Semenanjung Malaysia. Sehubungan dengan pembubaran LPKP, segala kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan LPKP dan JKM dipertanggungjawabkan kepada S.P.A.D.

B. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN

Penyata Kewangan S.P.A.D. bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 telah diluluskan oleh anggota-anggota Suruhanjaya pada 5 Ogos 2013.

Page 48: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

46 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

2. RINGKASAN POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (SAMB.)

(b) Pengiktirafan Pendapatan

(iii) Hasil Fi dan Kompaun

Kutipan daripada lesen dan kompaun diiktiraf berdasarkan penerimaan tunai.

(c) Kelengkapan dan Peralatan

Semua kelengkapan dan peralatan dinyatakan pada kos setelah ditolak susutnilai terkumpul.

Susutnilai bagi harta, kelengkapan dan peralatan dikira berdasarkan kaedah asas garis lurus ke atas anggaran jangka masa guna aset berkenaan.

Kadar tahunan susut nilai adalah seperti berikut:

Peralatan dan perisian komputer 20% - 33.33%Perabot dan kelengkapan 20%Peralatan pejabat 20%Kenderaan bermotor 20%

(d) Penghutang

Penghutang dinyatakan pada kos ditolak peruntukan jangkaan nilai boleh terima. Hutang lapuk dihapus kira apabila telah dikenal pasti. Anggaran dibuat bagi hutang ragu berdasarkan semakan ke atas jumlah tertunggak pada akhir tahun kewangan.

(e) Tunai dan Kesetaraan Tunai

Tunai dan kesetaraan tunai merangkumi simpanan di bank dan wang di tangan.

(f) Pemiutang

Pemiutang dinyatakan pada kos di mana ia adalah nilai saksama pertimbangan yang akan dibayar pada masa hadapan bagi barang dan perkhidmatan yang diterima.

(g) Kebajikan Pekerja

(i) Manfaat Jangka Pendek

Upah, gaji dan bonus diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tahun di mana perkhidmatan dilaksanakan oleh kakitangan Suruhanjaya. Cuti jangka pendek berbayar terkumpul seperti cuti tahunan berbayar diiktiraf apabila perkhidmatan dilaksanakan oleh pekerja yang akan meningkatkan kelayakan pekerja ke atas cuti berbayar hadapan, dan cuti berbayar jangka pendek tidak terkumpul seperti cuti sakit hanya diiktiraf apabila cuti berlaku.

(ii) Pelan Sumbangan Tetap

Mengikut Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, majikan Malaysia yang berkelayakan diwajibkan memberi sumbangan tetap ke atas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sumbangan tersebut diiktiraf sebagai perbelanjaan di dalam penyata pendapatan. Tanggungan untuk pelan sumbangan tetap, diiktiraf sebagai perbelanjaan semasa di dalam penyata pendapatan.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (samb.)

Page 49: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

47Laporan Tahunan 2012

3. KELENGKAPAN DAN PERALATAN Perabot Kerja Peralatan Perisian dan Peralatan Kenderaan dalam Komputer Komputer Kelengkapan Pejabat Bermotor Kemajuan Jumlah2012 RM RM RM RM RM RM RM

KosPada awal tahun 19,716 79,600 502,483 387,764 1,634,996 688,639 3,313,198Penambahan – 241,040 586,691 404,529 1,943,733 8,552,007 11,728,000Aset bersih dipindahkan daripada Kerajaan Persekutuan 301,710 – 33,300 58,463 260,000 – 653,473

Pada akhir tahun 321,426 320,640 1,122,474 850,756 3,838,729 9,240,646 15,694,671

Susutnilai terkumpulPada awal tahun 10,119 11,386 117,439 46,636 154,178 – 339,758Susutnilai semasa 186,695 96,559 161,872 147,318 593,459 – 1,185,903

Pada akhir tahun 196,814 107,945 279,311 193,954 747,637 – 1,525,661

Nilai Buku BersihPada akhir tahun 124,612 212,695 843,163 656,802 3,091,092 9,240,646 14,169,010

2011

KosPada awal tahun 19,716 – 393,730 74,393 – – 487,839Penambahan – 79,600 108,753 313,371 1,634,996 688,639 2,825,359

Pada akhir tahun 19,716 79,600 502,483 387,764 1,634,996 688,639 3,313,198

Susutnilai terkumpulPada awal tahun 3,548 – 19,687 3,574 – – 26,809Susutnilai semasa 6,571 11,386 97,752 43,062 154,178 – 312,949

Pada akhir tahun 10,119 11,386 117,439 46,636 154,178 – 339,758

Nilai Buku BersihPada akhir tahun 9,597 68,214 385,044 341,128 1,480,818 688,639 2,973,440

Aset daripada Kerajaan Persekutuan adalah merujuk kepada aset yang dipindahkan daripada LPKP dan JKM semasa pembubaran kedua-duanya. Pengkelasan bagi pembelian perisian komputer pada tahun 2011 telah diklasifikasikan daripada peralatan komputer kepada perisian komputer pada tahun 2012.Sebahagian susut nilai semasa terdiri daripada susut nilai aset perbelanjaan pembangunan berjumlah RM808,885 (2011: RM154,178).

Page 50: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

48 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

4. PELBAGAI PENGHUTANG

2012 2011 RM RM

Deposit 2,619,679 207,238Pendahuluan dan prabayar 781,766 84,254Penghutang - Perolehan dari kutipan 391,835 414,335Pelbagai 8,036 98,309

3,801,316 804,136

5. FAEDAH TERAKRU

2012 2011 RM RM

Faedah terakru dana mengurus dan pembangunan 517,852 371,360Faedah terakru dana pengambilan tanah MRT 317,535 1,320,248Faedah terakru dana ISBSF 68,653 –

904,040 1,691,608

6. TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI 2012 2011 RM RM

Tunai dan kesetaraan tunai dana mengurus dan pembangunan 195,840,528 184,578,856Tunai dan kesetaraan tunai dana pengambilan tanah MRT 289,827,212 599,875,918Tunai dan kesetaraan tunai dana ISBSF 41,667,543 –

527,335,283 784,454,774

Tunai dan kesetaraan tunai dana mengurus dan pembangunan merangkumi lebihan dana mengurus sebanyak RM24.1 juta, lebihan dana pembangunan sebanyak RM152.5 juta dan perolehan daripada hasil lesen dan kompaun sebanyak RM19.2 juta. Lebihan bagi dana pembangunan adalah bagi projek-projek yang masih di dalam perlaksanaan sehingga berakhir tahun kewangan ini dan dibiayai oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (samb.)

Page 51: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

49Laporan Tahunan 2012

7. PELBAGAI PEMIUTANG

2012 2011 RM RM

Pemiutang 2,723,330 780,901Pemiutang terakru 1,855,066 2,599,891

4,578,396 3,380,792

8. DANA PERBELANJAAN MENGURUS

2012 2011 RM RM

Baki pada 1 Januari 40,361,290 44,784,378Campur:Geran Kerajaan Persekutuan 70,000,000 30,000,000Hasil fi lesen dan kompaun 11,695,669 8,450,682Pendapatan faedah 18,332,205 1,802,106Pendapatan lain-lain 47,889 59,798

140,437,053 85,096,964

Tolak:Perbelanjaan operasi 66,700,157 44,735,674

Baki pada 31 Disember 73,736,896 40,361,290

9. DANA PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

2012 2011 RM RM

Baki pada 1 Januari 144,985,729 –Campur:Peruntukan Kerajaan Persekutuan 51,266,267 154,627,060

196,251,996 154,627,060

Tolak:Geran pembangunan direalisasikan 47,607,498 9,641,331

Baki pada 31 Disember 148,644,498 144,985,729

Page 52: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

50 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

10. PINDAHAN ASET

2012 2011 RM RM

Aset dipindahkan daripada Kerajaan Persekutuan 2,661,585 –Tolak:Pelupusan 1,494,669 –

1,166,916 –

Tolak:Pindahan aset dilunaskan 828,267 –

Baki pada 31 Disember 338,649 –

11. DANA PENGAMBILAN TANAH MRT

2012 2011 RM RM

Baki pada 1 Januari 601,196,147 –Campur:Peruntukan Kerajaan Persekutuan 328,000,000 651,144,892Pendapatan faedah – 1,489,921

929,196,147 652,634,813

Tolak:Pelarasan bagi pendapatan faedah 2011 1,489,921 –Pembayaran pampasan kepada pemegang tanah 649,813,269 51,438,666 Baki pada 31 Disember 277,892,957 601,196,147

Pada tahun semasa, S.P.A.D. telah mengagihkan sejumlah RM650 juta kepada pemilik tanah dah pihak-pihak berkepentingan. S.P.A.D. juga telah menerima dana tambahan berjumlah RM328 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pembayaran pampasan pengambilan tanah untuk beberapa lot di Kuala Lumpur dan Selangor. Hasil yang diterima daripada faedah pelaburan adalah merupakan pendapatan kepada S.P.A.D.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (samb.)

Page 53: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

51Laporan Tahunan 2012

12. DANA ISBSF

2012 2011 RM RM

Baki pada 1 Januari – – Campur:Peruntukan Kerajaan Persekutuan 100,000,000 –Pendapatan faedah 2,382,283 –

102,382,283

Tolak:Geran ISBSF dilunaskan 408Pembayaran kepada pengusaha bas dan perbelanjaan berkaitan 61,363,622 –

Baki pada 31 Disember 41,018,253 –

Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) telah ditubuhkan bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan bas dan seterusnya menggalakkan penggunaan bas sebagai mod pilihan orang ramai. Inisiatif ini adalah bersifat sementara bagi menampung kekurangan kos operasi harian bagi pengusaha bas henti-henti yang terjejas terutama di laluan sosial. Dana permulaan sebanyak RM100 juta telah diterima pada 31 Januari 2012 dan S.P.A.D. telah melaksanakan dasar dan prosedur yang merangkumi tatacara pembayaran terhadap pengusaha terlibat melalui dana ini. Pada tahun semasa, S.P.A.D. telah membuat pembayaran sebanyak RM60.6 juta kepada 84 pengusaha bas seluruh Malaysia yang merangkumi sebanyak 633 laluan.

13. HASIL FI LESEN DAN KOMPAUN

Perolehan dari kutipan merujuk kepada hasil yang dikutip daripada fi lesen bagi kenderaan komersil, rel dan kenderaan pelancongan. Hasil kompaun diiktiraf apabila S.P.A.D. menerima pembayaran kompaun tersebut.

2012 2011 RM RM

Fi lesen 11,246,814 8,290,022Kompaun 448,855 160,660

11,695,669 8,450,682

Page 54: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

52 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

14. PERBELANJAAN KAKITANGAN

2012 2011 RM RM

Elaun dan perbelanjaan anggota Suruhanjaya 1,051,742 680,696 Gaji/Upah 35,119,044 20,953,634 Caruman kakitangan 4,599,647 1,562,815 Elaun kakitangan 3,036,597 1,264,115 Manfaat kakitangan 2,399,507 1,146,710 Pelbagai 608,643 106,475

46,815,180 25,714,445

15. PERBELANJAAN PENTADBIRAN

2012 2011 RM RM

Sewaan pejabat 4,708,926 2,107,426Perjalanan 4,025,619 2,567,815Penyelenggaran pejabat 3,046,301 1,828,541Percetakan dan alat tulis 1,283,572 807,185 Kos pengiklanan dan promosi 1,244,115 1,361,062Perbelanjaan komputer 780,382 334,197 Sewaan alatan pejabat 228,668 180,818 Pengubahsuaian pejabat 177,017 340,218Keraian 28,928 20,124

15,523,528 9,547,386

16. FI PROFESIONAL

Kos profesional untuk tahun kewangan adalah seperti berikut:

2012 2011 RM RM

Fi profesional untuk khidmat nasihat dan perlaksanaan 1,275,156 2,662,240Fi profesional - Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara 288,100 2,847,898 Fi profesional - Merangka dasar dan prosedur pengeluaran lesen kepada operator 598,549 –Fi profesional - Pelan Tindakan Perlesenan Terminal 579,513 –Fi profesional - Pengambilalihan LPKP 444,459 – Fi profesional - Perkhidmatan sokongan 176,250 254,730 Fi profesional - Kajian daya maju MRT – 2,085,880 Lain-lain fi profesional 596,458 1,448,838 Yuran audit 20,526 9,100

3,979,011 9,308,686

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (samb.)

Page 55: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

53Laporan Tahunan 2012

17. CUKAI PENDAPATAN

S.P.A.D. telah dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan surat pengecualian yang diperolehi daripada Kementerian Kewangan di bawah seksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967. Semua pendapatan kecuali dividen dikecualikan daripada cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun mulai tahun taksiran 2010.

18. KOMITMEN

2012 2011 RM RM

Diluluskan dan dikontrakkan 5,105,843 4,461,128

19. LIABILITI LUAR JANGKA

Pada 30 November 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan dengan membenarkan tuntutan Ganti Rugi Am pihak plaintif sebanyak RM11,957,390.00 dengan kos sebanyak RM40,000.00 serta faedah pada kadar 8% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. Peguam Negara bagi pihak defendan-defendan telah kemudiannya pada 22 Disember 2010, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kepada Mahkamah Rayuan di mana tarikh perbicaraan ditetapkan pada 30 Julai 2012 dan pada 9 Mac 2011, memfailkan permohonan penggantungan perlaksanaan penghakiman kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 27 Julai 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan defendan-defendan untuk penggantungan perlaksanaan penghakiman bertarikh 30 November 2010. Pihak plaintif kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap keputusan tersebut. Pada 20 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak rayuan plaintif dengan kos. Pada 30 Julai 2012, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan perayu dengan kos sebanyak RM10,000.00 dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pihak plaintif kemudiannya telah, pada 17 Ogos 2012 memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan telah menetapkan tarikh Pengurusan Kes di hadapan Timbalan Pendaftar pada 24 April 2013 untuk memastikan segala kertas kausa di antara pihak-pihak adalah teratur dan untuk menetapkan tarikh pemfailan hujahan bertulis serta tarikh perbicaraan di Mahkamah Persekutuan.

20. ANGKA BANDINGAN

Angka bandingan untuk tahun 2011 merujuk kepada transaksi dalam tahun 2011.

Page 56: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

54 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

DIREKTORI KORPORAT

PEJABAT KORPORAT

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Ibu PejabatBlock D, Platinum SentralJalan Stesen Sentral 2Kuala Lumpur Sentral50470 Kuala LumpurNo Tel : 03 2726 7000No Faks : 03 2726 7100

PENGUATKUASAAN & ADUAN

Suruhanjaya Pengangkutan Awam DaratBahagian PenguatkuasaanBangunan Annex 2, Persada PlusPersimpangan Bertingkat SubangKM 15, Lebuhraya Baru, Lembah Klang47301 Petaling JayaSelangor No Tel : 03 7947 0000No Faks : 03 7947 0052

PutrajayaAras 3, Blok PodiumMenara UsahawanPresint 2, Pusat PentadbiranKerajaan Persekutuan62652 PutrajayaNo Tel : 03 8880 5500No Faks : 03 8880 5784

KedahLot 173 dan 174, Taman Ria JayaJalan Kelab Cinta Sayang 08000 Sungai Petani, Kedah No Tel : 04 4485 130No Faks : 04 4485 110

LangkawiLot 101, 102 & 103Kompleks Pekan Rabu07000 Kuah, LangkawiNo Tel : 04 969 3220/04 9693 3221No Faks : 04 969 3222

Pulau PinangOne Precinct1C-1-01, Lengkok Mayang Pasir11950 Pulau PinangNo Tel : 04 6384 771No Faks : 04 6384 770

TerengganuWisma S.P.A.D.Lot 2182, Jalan Bukit Kecil21100 Kuala TerengganuTerengganuNo Tel : 09 624 1111No Faks : 09 624 1212

JohorLot 391, KM 7.2, Parit Bunga, Jalan Tangkak 84900 Muar, Johor No Tel : 06 955 6007No Faks : 06 955 6008

MelakaAras 2, Menara MITC,Jalan KonvensyenKompleks MITC75450 MelakaNo Tel : 06 233 0518No Faks : 06 2330519

UTC KUALA LUMPURLot T2-4, Aras 2 Bangunan UTC Kuala LumpurJalan Pudu 55100 Kuala LumpurNo Tel : 03 2026 2052/2053No Faks : 03 2026 2050

UTC MelakaLot 2-03, Aras 2,Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka,Jalan Hang Tuah75300 MelakaNo Tel : 06 233 0518No Faks : 06 233 0519

UTC PERAKLot 35, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak,Off Jalan Dato’ Onn Jaafar30300 Ipoh, PerakNo Tel : 05 241 3585No Faks : 05 241 1772

UTC PAHANGLot 2-18, Pusat Transformasi Bandar (UTC) PahangJalan Stadium25000 KuantanPahangNo Tel : 09 5124 039 / 042No Faks : 09 5124 043

UTC KEDAHPusat Transformasi Bandar (UTC) KedahJalan Kolam Air05675 Alor Setar,KedahNo Tel : 04 7360 151No Faks : 04 7360 150

ONE STOP CENTRE JOHOR BAHRUSuruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Wilayah Selatan)Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri JohorKarung Berkunci 71480990 Johor Bahru, JohorNo Tel : 07 3536 300No Faks : 07 3538 300

@aduanSPADTWITTER

[email protected]

1800-88-SPAD (7723)HOTLINE S.P.A.D.

www.spad.gov.myLAMAN WEB

PERMOHONAN LESEN & PEMBAYARAN SAMAN

Page 57: penambahbaikan PENGANGKUTAN AWAM

SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARATBlok D, Platinum Sentral,Jalan Stesen Sentral 2,Kuala Lumpur Sentral,50470, Kuala Lumpur, Malaysia.Tel : 03 - 2726 7000Faks : 03 - 2726 7100

w w w. s p a d . g o v. m y

Hotline S.P.A.D.

1800-88-SPAD (7723)