penanaman sawi

download penanaman sawi

of 19

Transcript of penanaman sawi

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    1/19

    OBJEKTIF

    1. Mengusahakan tanaman sayur-sayuran (sawi).

    2. Mempraktikkan kemahiran dalam tanaman sayur-sayuran (sawi).3. Mempraktikkan kemahiran dalam bidang pengendalian lepas tuai

    tanaman, penyimpanan rekod ladang, dan pemasaran hasil.

    4. Menghasilkan pelbagai produk dari hasil tanaman untuk tujuan

    pemasaran.

    5. Mengaplikasikan teknologi yang efisien dalam penanaman sayuran sawi

    untuk tujuan komersil.

    6. Mengamalkan pengurusan ladang yang cekap untuk mendapatkan hasil

    yang optimum.

    7. Menyediakan rangcangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi

    dengan berkesan.

    1

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    2/19

    PENGENALAN

    Pertanian (Inggeris: agriculture) (meliputi cucuk tanam, ternakan dan kebun

    buah-buahan) adalah pengeluaran bahan makanan, makanan ternakan, fiber,biofuel dan bahan lain melalui suatu sistem ternakan atau tanaman.

    Terjemahan bahasa Inggerisnya, agridari bahasa Latinager, bermakna "a field"

    (iaitu sebidang tanah), dan culture dari bahasa Latin cultura, bermakna

    "cultivation" iaitu tillage of the soil. Secara literal, pembacaan dalam bahasa

    Inggeris menjadikannya : tillage of the soil of a field. Dalam pengunaan moden,

    perkataan agriculture meliputi semua aktiviti penting bagi pengeluaran

    makanan/makanan ternakan/fiber, termasuk tatacara untuk menternak dan

    memproses ternakan. "Agriculture" juga merupakan singkatan bagi pelajaran

    kaedah pertanianlebih dikenali sebagai sains pertanian (agricultural science).

    Sejarah pertanian merupakan elemen utama dalam sejarah manusia kerana

    tahap peningkatan pertanian menjadi satu faktor penting dalam perubahan

    sosioekonomi secara sejagat, termasuk peningkatan kekayaan dan ketenteraan

    yang jarang dilihat dalam budaya "hunter-gatherer" di mana petani berupaya

    mengeluarkan makanan melebihi keperluan diri dan keluarganya, dan dengan itu

    sebahagian dari ahli puak/kaum/negeri/negara nya boleh melibatkan diri mereka

    dalam bidang lain daripada pertanian.

    Sayur-sayuran merupakan nama yang diberi kepada pokok-pokok atau

    bahagian-bahagian pokok yang dimakan oleh manusia, tetapi tidak termasuk

    dalam kategori buah-buahan, kekacang, herba,rempah ataubijirin.

    Sawi merupakan sayuran daun dan dikenali sebagai sawi hijau atau sawibakso. Jenis sayuran ini mempunyai bentuk seperti kailan, bezanya ialah tangkai

    daun panjang, daun tanaman lebar berwarna hijau tua, tidak berbulu dan

    rasanya agak pahit.

    2

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Latinhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sains_pertanian&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokokhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Manusiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kacanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Herbahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Herbahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rempahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bijirinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bijirinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Latinhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sains_pertanian&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokokhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Manusiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kacanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Herbahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rempahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bijirin
  • 7/29/2019 penanaman sawi

    3/19

    Sawi (bahasa Inggeris: Mustard Greens) atau nama saintifiknya Brassica

    juncea rugosa merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-

    sayuran dan ditanam sebagai makanan. Sawi banyak terjual di pasar-pasar

    termasuk pasar tani, dan pasar sayur.

    3

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tumbuhanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tumbuhan
  • 7/29/2019 penanaman sawi

    4/19

    JENIS-JENIS SAWI YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

    1. Sawi hijau / sawi bunga (Brassica

    campestris sp. parachinensis)

    Jenis yang paling popuar di kalangan

    penanam. Ia adalah tanaman semusim,

    berdaun tegak berwarna hijau tua

    berukuran lebih kurang 20-25 cm dan

    bunganya berwarna kuning. Batang atau petiole berbentuk kurus dan

    berwarna hijau. Ada sejenis lain yang dikenali oleh penanam tempatan

    sebagai sawi putih, mempunyai batang berwarna hijau muda yang lebih

    tahan kepada berlebihan air atau hujan.

    2. Sawi putih Pak Choy (Brassica campestris sp. chinensis var

    juliennius)

    Daunya berwarna hijau jua dan urat

    daun berwarna putih. Bentuk hujung

    daun bulat dan berukuran 15-20 cm.

    Daun juga lebih tebal daripada sawi

    hijau. Batang atau petiole berwarna

    putih, besar dan compact di bahagian pangkal serta tirus di bahagian

    daun. Corak tumbuhan daun berbentuk lebih terbuka jika dibanding

    dengan sawi hijau.

    4

    Sawi Hijau

    Sawi Putih

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    5/19

    3. Sawi jepun Siow Pak Choi (Brassica

    campestris sp. chinensis)

    Dikenali sebagai sawi jepun kerana saiznya

    yang kecil (12-15 cm). Batang dan daunnya

    berwarna hijau muda. Batangnya juga

    compact di bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun. Urat daun tidak

    prominent dan hujung daun bulat.

    4. Sawi pahit (Brassica juncea var

    rugosa (Roxb.) Tse & Lee)

    Jenis ini tumbuh cepat danmempunyai daun yang lebat dan

    melebihi 30 cm. Kultivar ini lebih

    besar dengan daun dan batangnya

    berwarna hijau muda. Rasanya pahit dan biasanya diproses untuk buat

    jeruk. Hasilnya diantara 22 - 30 tan / ha. dan boleh dikutip hasilnya

    selepas 35 hari selepas menanam.

    PENANAMAN DAN PENJAGAAN SAYUR SAWI

    Penanaman Sayur Sawi Secara Organik

    PENYEDIAAN TANAH

    Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20cm. Kemudian batas yang

    berukuran 1.2m lebar, 7.5m panjang dan

    20-30 cm tinggi disediakan.

    5

    Sawi Pahit

    Sawi Jepun

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    6/19

    PENANAMAN

    Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5kg biji benih

    digunakan untuk sehektar. Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun

    kulat thiram dan digaulkan denagn pasir halus atau tanah peroi dan di tabur

    sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan di

    buat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20cm antara baris (alur) dan 10cm

    antara pokok.

    Penjagaan Sayur Sawi Organik

    PEMBAJAAN

    Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan

    kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

    Pusingan Masa Jenis BajaKadar/Batas(7.5 x 1.2m)

    Kadar/Hektar(650 batas)

    1sebelum

    menanamBaja organan 6 kg 4 tan

    2 2 mingguNPK

    15:15:150.4 kg 0.25 tan

    3 3 mingguNPK

    15:15:150.5 0.4 kg 0.25 tan

    PENGUTIPAN HASIL

    Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. Sayur ini dipungut

    dengan memotong pada paras tanah. Hasilnya boleh juga dipungut apabila

    pokok mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah di antara 10-16 tan/ha

    dan hasil purata ialah 14 tan/ha.

    6

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    7/19

    PENGAIRAN

    Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua

    kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis

    adalah disyorkan.

    KAWALAN RUMPAI

    Kawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua

    kali sepanjang umur pokok. Racun glifosinate ammonium

    boleh digunakan di keliling batas dan parit.

    KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

    Di antara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah:

    Jenis Serangga / Penyakit Kawalan

    Ulat Ratus (Army Worm) ( Spodopteralitura)

    Sembur racun fenvalerate

    Kumbang Kutu ( Phyliotera sinuataAteph)

    Sembur racun malathion

    Ulat Pangkas (Cut Worm) ( Agrotisxpsilon)

    Sembur racun fenvalerate

    Ulat Plutela (Pluttel xylostella) Sembur racun Bacillus thuringiensis.Amalkan tanaman giliran.

    Reput Lembut ( Erwina carotovora) Rawat biji benih dengan thiram.Amalkan tanaman giliran dan saliran

    yangbaik.

    Bintik Daun( Leaf spot) (Cercosporaspp.)

    Rawat biji benih dengan thiram.

    Reput Daun ( Leaf Rot) (Corticumsolani)

    Cabut dan buang pokok yangberpenyakit.

    7

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    8/19

    Gambarajah Penanaman Sayur Sawi Secara Organik

    Keadaan tanah sebelum diusahakan

    Tanah mula dibajak

    Tanah selepas dibajak pertama kali

    Kapur ditabur selepas pembajakan pertama

    Alat untuk menaik dan menutup batas sertamemasang sistem pengairan

    Batas yang telah ditutup dengan silver shine

    8

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    9/19

    Batas siap untuk ditanam Rumah pam

    Sawi yang telah siap ditanam Menanam

    Tanaman mulai megeluarkan hasil Kawalan rumpai dilakukan secaramanual dilakukan dua kali sepanjangumur pokok

    Tanaman yang siap untuk dipasarakan Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari

    selepas menyemai

    9

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    10/19

    Penanaman Dan Penjagaan Sayur Sawi Secara SistemHidroponik

    Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak

    menggunakan tanah. Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu

    air danponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan

    akarpohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini

    menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah,

    habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

    Gambarajah Hidrponik Kaedah Dutch Bucket

    KAEDAH HIDROPONIK

    i) Sistem Pengaliran Nutrien

    Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan

    dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:

    i) Pam air untuk aknarium.

    10

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Akarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sayurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Rajah1.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Rajah1.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Akarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sayurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah
  • 7/29/2019 penanaman sawi

    11/19

    ii) Tempat tanaman (diperbuat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-

    bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan

    plastik yang tebal).

    iii) Tangki untuk larutan nutrien.

    iv) Tenaga elektrik.

    v) Pasu plastik kecil (jika perlu).

    Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien

    ii) Sistem Takung

    Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:

    i) Takung tanaman.

    ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).

    iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).

    11

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    12/19

    Rajah 2 : Sistem Takung

    KAEDAH PENANAMAN

    Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman

    seperti berikut:-

    i) Cara Mengubah:

    Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus

    Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)

    Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih

    untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air

    sahaja.)

    Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong

    pokok

    Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai

    kepekatan penuh

    ii) Cara Semaian terus

    Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu

    Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air

    Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah

    Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air

    12

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    13/19

    *Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil

    dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.

    iii) Larutan Nutrien

    Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakansendiri adalah seperti berikut :-

    BAJA BERAT (g) UNSUR KEPEKATAN (bsj)

    Ammonium nitrat

    75 N 300

    Kalium fosfat

    40 P 80

    Kalium nitrat

    32 K 230

    Kalsium klorida

    55 Ca 200

    Magnesium sulfat

    18 Mg 36

    Besi/Ferum (Fe-EDTA)

    3.29 Fe 5

    Boron

    0.56 B 1.0

    Manganous chloride

    0.18 Mn 0.5

    Kuprum sulfat

    0.04 Cu 0.1

    13

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    14/19

    Zingkam sulfat

    0.05 Zn 0.1

    Ammonium molybate

    trace Mo trace

    Baja komersil (Gred)

    Pertanian atau industri

    Gred teknikal

    Cara Penanaman Sayur Sawi Secara Sistem Hidroponik

    Langkah Pertama

    Baja hidroponik yang dibekalkan dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga

    sebati.

    *Air paip atau tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik

    hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan

    juga boleh digunakan tetapi perlu mengambil air selepas pertengahan hujan

    lebat supaya tidak mengandungi bahan-bahan kotor.

    Langkah Kedua

    Sediakan 18 liter dan masukkan kedalam takung hidroponik. Ceduk 500 ml

    larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat yang

    bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takung hidroponik

    yang diisikan dengan 18 liter air. Kacau hingga sebati. Dan tutup takung dengan

    penutup takung yang disediakan.

    *Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas

    bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan

    kepada cahaya matahari.

    Langkah Ketiga

    Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul semaian

    sebagai media percambahan biji benih. Juntaikan benang tersebut melalui

    14

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    15/19

    lubang-lubang dinding bakul supaya menjadi sumbu agar ia dapat menyerap

    larutan baja hidroponik. Masukkan bakul media yang telah diisikan dengan

    benang pada setiap lubang penutup takung hidroponik. Pada permulaan

    menanam, bahagian bawah bakul yang ada sumbu benang perlu direndam

    dalam larutan baja hidroponik untuk membasahi media tanaman.

    Langkah Keempat

    Masukkan 2 atau 3 biji benih sayur-sayuran diatas benang dalam bakul media.

    Pastikan biji benih basah supaya boleh bercambah.

    *Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak ada percambahan, tukarkan dengan biji benih

    yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkancuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan

    seterusnya.

    Langkah Kelima

    Letakkan set hidroponik ditempat yang sesuai seperti ditepi

    rumah,beranda,patio, porch dengan syarat mesti mendapat cahaya matahari

    yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang.

    Elakkan daripada hujan terus masuk kedalam takung hidroponik.

    Cara Penjagaan Penanaman Sayur Sawi Secara Sistem

    Hidroponik

    1.Pastikan lubang bakul media ditutup untuk mengelakkan kemasukan nyamuk.

    2.Selepas 3 minggu, tambahkan air (tanpa baja) ke dalam takung. Paras air

    mestilah tidak melebihi 1/2 daripada takung.

    3.Oleh kerana jangkamasa matang berlainan, hanya satu jenis tanaman/benih

    bagi setiap takung. (Sawi - 4 minggu).

    4.Biarkan tanaman anda sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya

    15

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    16/19

    mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram.

    5.Setelah dipungut hasil, basuh semula takung, penutup dan bakul media dan

    gantikan benang dan gunakan semula baki larutan baja yang disimpan dahulu

    untuk penanaman baru.

    6.Jika larutan baja terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua,

    melengkung/kerinting, daun tebal dan rapuh.

    Jika larutan terlalu cair, pokok akan kerdil dan lambat besar, daun kuning nipis

    dan tidak melengkung.

    RUMUSAN

    Pertanian adalah satu perniagaan. Pertanian juga adalah sesuatu bidang yang

    luas. Di satu sudut, ia melibatkan petani kecil-kecilan yang bertani dalam

    kawasan kecil dan mengeluarkan produk untuk diri dan keluarga sendiri. Di sudut

    lain pula, ia melibatkan pertanian secara komersil dan intensif. Pertanian secara

    komersil ini melibatkan tanah yang luas atau ternakan yang besar jumlahnya,

    memerlukan bahan yang banyak (benih, racun, baja, pekerja dsn) dan tahap

    kejenteraan yang tinggi bagi mengurangkan penggunaan pekerja. Operasi

    tersebut selalunya berkait rapat dengan operasi untuk memaksimumkan

    keuntungan kewangan dari hasil jualan produk pengusaha tersebut. Ia seringkala

    melibatkan beberapa individu secara kumpulan, syarikat atau agensi kerajaan.

    Kelebihan Penanaman Sayur Sawi Secara Sistem Hidroponik

    16

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    17/19

    Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.

    Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat

    akarnya.

    Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.

    Tidak perlu menyiram baja setiap hari.

    Hasil tanaman boleh di makan keseluruhanya, sebab akarnya bebas dari

    kotoran dan penyakit.

    Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit

    akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.

    Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk

    tugasan menyiram.

    Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk

    penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-

    lain

    Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti

    tinggi

    Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak

    Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul

    Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien

    Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

    Kelemahan Penanaman Sayur Sawi Secara Sistem Hidroponik

    Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.

    Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.

    Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal

    daripada yang ditanam biasa.

    17

  • 7/29/2019 penanaman sawi

    18/19

    BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

    1. www.angelfire.com/biz/kazzhidroponik/laman3.html

    2. pertanianmjg.perak.gov.my/panduan.htm

    3. ms.wikipedia.org/wiki/Sawi

    4. ms.wikipedia.org/wiki/Sayur

    5. http://www.geocities.com/Athens/Troy/6007/apaituhidroponik.h

    tml6. http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_pertanian/hidropo

    nik.htm

    7. ms.wikipedia.org/wiki/Hidroponik

    8. www.organikpro.com/files/Sawi-Panduan_Menanam.pdf

    18

    http://www.angelfire.com/biz/kazzhidroponik/laman3.htmlhttp://www.angelfire.com/biz/kazzhidroponik/laman3.htmlhttp://www.angelfire.com/biz/kazzhidroponik/laman3.htmlhttp://www.angelfire.com/biz/kazzhidroponik/laman3.htmlhttp://www.geocities.com/Athens/Troy/6007/apaituhidroponik.htmlhttp://www.geocities.com/Athens/Troy/6007/apaituhidroponik.htmlhttp://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_pertanian/hidroponik.htmhttp://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_pertanian/hidroponik.htmhttp://www.organikpro.com/files/Sawi-Panduan_Menanam.pdfhttp://www.organikpro.com/files/Sawi-Panduan_Menanam.pdfhttp://www.organikpro.com/files/Sawi-Panduan_Menanam.pdfhttp://www.organikpro.com/files/Sawi-Panduan_Menanam.pdfhttp://www.organikpro.com/files/Sawi-Panduan_Menanam.pdfhttp://www.organikpro.com/files/Sawi-Panduan_Menanam.pdfhttp://www.organikpro.com/files/Sawi-Panduan_Menanam.pdfhttp://www.angelfire.com/biz/kazzhidroponik/laman3.htmlhttp://www.geocities.com/Athens/Troy/6007/apaituhidroponik.htmlhttp://www.geocities.com/Athens/Troy/6007/apaituhidroponik.htmlhttp://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_pertanian/hidroponik.htmhttp://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_pertanian/hidroponik.htmhttp://www.organikpro.com/files/Sawi-Panduan_Menanam.pdf
  • 7/29/2019 penanaman sawi

    19/19

    19