penanaman tembikai konvensional

20

description

Langkah-langkah penanaman tembikai secara konvensional di ladang

Transcript of penanaman tembikai konvensional

Page 1: penanaman tembikai konvensional
Page 2: penanaman tembikai konvensional

NNOO.. BBKK 0022//0044..0066//1100RRCCeettaakkaann PPeerrttaammaa 22000066

IISSBBNN:: 998833--004477--111100--11

HHaakkcciippttaa JJaabbaattaann PPeerrttaanniiaannKKeemmeenntteerriiaann PPeerrttaanniiaann ddaann IInndduussttrrii AAssaass TTaannii MMaallaayyssiiaa 22000066

Hakcipta terpilihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulangmana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku

ini dalam ape juga bentuk dan dengan ape cara pun sama ada secaraelektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat

izin bertulis dari Urusetia ManualTanaman, Jabatan Pertanian.

Manuskrip terbitan ini, konsep persembahan,suntingan dan rekaletak disesiakan oleh

Urusetia Manual Tanaman, Jabatan Pertanian

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Manual tanaman tembikai = Citrullus lunatus L.ISBN: 983-047-110-11. Watermelons--Planting--Handbook, manuals, etc.635.615

Page 3: penanaman tembikai konvensional

KANDUNGAN

Pendahuluan .......................................................................i

Penyediaan Kawasan dan PembangunanInfrastruktur Ladang Untuk Tanaman Tembikai ....... 1

Penanaman ......................................................................... 5

Lampiran IInfrastruktur Ladang dan PengurusanPengairan Tembikai ............................................................ 16

Lampiran IIKaedah Menyemai Biji Benih Tembikai SecaraPemanasan (Heating) ........................................................ 18

Lampiran IIISimptom Kerosakan dan Kawalan ................................... 21

Lampiran IVSyor Racun Perosak ............................................................27

Lampiran VPanduan Penentu Kematangan Buah Tembikai..............28

MANUAL TANAMANTEMBIKAI

(Citrullus lunatus)

Jabatan Pertanian Malaysia2006

Page 4: penanaman tembikai konvensional

PENDAHULUAN

Tembikai (Citrullus lunatus) adalah tanaman buah jangka pendek yangmenjalar dari keluarga Cucurbitaceae dipercayai berasal dari AfrikaTengah.Tembikai adalah salah satu di antara sembilan jenis buah-buahan yang diberi keutamaan untuk dimajukan dalam DasarPertanian Negara Ketiga. Varieti tembikai yang banyak ditanamadalah jenis berbiji (seperti New Dragon, Emperor, Flower Dragon,Hitam Manis (S108), Black Gold ) atau tanpa biji (seperti FengshanNo 1, Ming Hwa, Gold Rush (1663), Felicity, Orchid Sweet, Sin Foon,Quality, Seedless No 1 dan Seedless Superstar). Kebanyakan varietibiji benih yang ada di pasaran untuk penanaman adalah jenis hibridyang diimport dari Taiwan. Pemilihan varieti-varieti yang ditanambergantung kepada kehendak pengguna dan pasaran semasa.

Bagi mempastikan kejayaan supaya hasil yang diperolehi adalahtinggi dan berkualiti, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi dandiberi perhatian:

i. Kawasan yang dipilih hendaklah rata atau beralun (< 6°) dan tidak menakung air.

ii. Pastikan kawasan yang baru lepas ditanam dengan keluarga cucurbitaceae dibiarkan fallow untuk selama sebulan sebelum penanaman baru dimulakan dikawasan tersebut.

iii. Pastikan kawasan persekitaran tiada penanaman dari keluarga cucurbitaceae bagi mengelakkan serangan/jangkitan penyakit.

iv. Elakkan dari menanam di satu-satu kawasan lebih dari dua pusingan tanaman setahun bagi mengelakkan penularan penyakit.

Buah biasanya matang dan boleh dipungut bila berumur enampuluh lima (65) hari selepas tanam bergantung kepada varieti.Pungutan hasil biasanya dilakukan sebanyak empat pusingandalam setiap musim. Pusingan pertama dan kedua biasanyamenghasilkan buah yang bermutu tinggi dan sesuai untukeksport, manakala pungutan kali ketiga dan keempat akanmenghasilkan buah yang bermutu sederhana dan sesuai untukpasaran tempatan. Penggredan buah tembikai adalah seperti di Jadual 1.

JADUAL 1 : PENGGREDAN BUAH TEMBIKAI

Gred Ketentuan Kelonggaran(Maksimum)

Varieti yang sama, kandunganbahan pepejal larut >10% Brix

Tahap kematangan yang seragam 5% (cukup matang)

Kerosakan 5%

Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk,kotor, lebam, isi berongga) 10%

Saiz yang seragam (berat > 5.0 kg) 10%

Varieti yang sama

Tahap kematangan yang seragam 5% (cukup matang)

Kerosakan 15%

Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk,kotor, lebam, isi berongga) 10%

Saiz yang seragam(berat >3.0 – 5.0kg) 10%

1

2

LuarGred

Buah yang tidak mempunyai ciri-ciri gred 1 dan 2

Manual Tanaman Tembikai iii

Page 5: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 21

BLT* Kerja/AktivitiBahan Input

Standard/Indikator TindakanJenis Kadar

-7

-7

Pembersihan kawasan. Jentolak atau jengkaut

Jabatan

Permohonan kebenaran pembakaran terbuka daripada

Alam Sekitar (JAS).

Kebenaran dijangka diperolehi dalam tempoh dua bulan.

-5 Pembakaran pokok-pokok yang telah dikumpul.

Tayar terpakai

Kaedah pembakaran mengikut arahan JAS. Pembakaran kali pertama dilakukan setelah daun kering tetapi belum gugur dari dahan.

.Kerja-kerja memerun dan membakar diulangi sekurang-kurang 3 kali sehingga habis dibakar.

-4

-4

-3

Pembinaan parit. Jengkaut Parit dibina untuk tanah pamah (<6º). Dimensi dan kepadatan parit yang diperlukan adalah seperti dalam Lampiran I.

Gali parit menggunakan jengkorek, Tanah yang digali diratakan.

Penyediaan sumber air untuk sistem pengairan.

Kolam takungan

Telaga tiub

Kolam digali di kawasan yang tidak mempunyai sumber air semulajadi. Saiz kolam yang diperlukan berasaskan panduan dalam Lampiran I atau mengikut kapasiti sistem pengairan digunakan.

Gali kolam menggunakan jengkaut.

Pembinaan jalan ladang. Motor GraderJentolak

100 m / ha Jalan ladang selebar 3 m pada 100 m/ha.

Jalan ladang dibina dengan meratakan tanah hasil daripada penggalian parit.

Pokok hutan ditolak dan dikum-pul dalam baris. Tiap-tiap 30 meter baris, ditinggalkan ruang untuk memudahkan pengaliran air ke ladang tersebut.

Kerja penolakan pokok hutan perlu dibuat berjadual supaya pembakaran dapat dibuat satu bulan sebelum musim kering. Segala tunggul dan akar perlu dicabut.

PENYEDIAAN KAWASAN DAN PEMBANGUNANINFRASTRUKTUR LADANG UNTUK

TANAMAN TEMBIKAI

*BLT – Bulan Lepas Tanam

Page 6: penanaman tembikai konvensional

BLT* Kerja/AktivitiBahan Input

Standard/Indikator TindakanJenis Kadar

-1 Mengapur GMLTraktorspreader

Min 2.0 mt /hauntuk tanah BRIS dan 2.5 mt untuk tanah alluvial.

pH tanah yang sesuai antara5.5 – 6.5.

Kapur ditabur menggunakan ‘fertiliser spreader atau lime sower’.

-1 Pembajakan pertama Traktorrotovator atau Bajak piring

Bajak piring sedalam 30 cm. Kawasan yang telah digunakan untuk penanaman tembikai, hanyapembajakan kedua menggunakanrotovator.

-0.5 Pembajakan keduamembuat batas

Traktorridger

Bajak putar sedalam 30 cmBatas berukuran 1.2 m lebar dan 4.5 m antara baris tanaman (rujuk Gambarajah 1).

Batas disediakan menggunakan traktor dan ridger.

-0.5 Pemasangan paip utama pengairan dan pam air

Rumah pamPam airMain lineSub-main lineDrip tapePenapis air

Pemasangan sistem mengikut pelan rekabentuk yang telah ditetapkan.

Korek longkang sedalam 60 cm. Paip utama dipasang dalam longkang dan dikambus semula selepas dipasang ‘take off’saluran drip tape pada setiap batas.

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 43

*BLT – Bulan Lepas Tanam

Page 7: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 65

HLT* AktivitiBahan Input

Standard Kualiti Indikator TindakanJenis Kadar/ha

-17 - -10

Menyemai biji benih tembikai kuning (jenis berbiji untuk pollen) dalam dulang semaian.

Gunakan teknik pemanasan (heating) untuk meningkatkan peratus percambahan dan tumbesaran yang seragam.

Biji benih

Dulang semaian

Media semaian

20 gmKadar keluasan 1 :10 (Kuning/pollen : tanpa biji)

3 dulang @ 80 lubang

10 kg

Terdapat berbagai varieti tembikai kuning yang sesuaidigunakan untuk mendapatkan pollen bagipendebungaan berbantu.

‘Pollinator' boleh disemai seminggu awal hingga serentak dengan tembikai tanpa biji. Sekiranya ditanam dalam tempoh ini pollen yang akan diperolehi adalah mencukupi untuk proses pendebungaan nanti.

Menyemai dengan kaedah pemanasan (heating) adalah seperti di Lampiran II.

-10 Menyemai biji benih tembikai tanpa biji dalam dulang semaian dengan teknikpemanasan (heating).

Biji benih

Dulang semaian

Media semaian

Knapsack sprayer

Guni

200 gm

25 dulang @ 80 lubang

60 kg

`Peat moss' yang dijual secara komersil.

Menyemai dengan kaedah pemanasan (heating) adalah seperti di Lampiran II.

Disyor lebihkan 10-20% dari keperluan sebenar bertujuan; 1. Untuk pemilihan anak benih yang subur. 2. Untuk menampung anak benih sekiranya percambahan kurang dari 80%.

PENANAMAN

*HLT – Hari Lepas Tanam

Page 8: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 87

HLT* AktivitiBahan Input

Standard Kualiti Indikator TindakanJenis Kadar/ha

-8 Memasang sistem pengairan di tapak tanaman dan tutup batas.

Drip tape

Silvershine

7 gulung @300m

7 gulung @300m

Pasangkan driptape di tengah batas dan lembabkan batas.

Driptape boleh di pasang di atas atau di bawah silvershine mengikut keperluan dan kemahiran.

Tutup batas dengan silvershine dan pastikan silvershine ditimbus kemas.

-8 Menebuk lubang di plastik silvershine di batas.

Alat penebuk lubang khas

Jarak antara lubang 0.75 m

Menebuk plastik dengan alat penebuk yang dibuat dari paip PVC garis pusat 3 ".

-7 - 0 Menanam anak benih tembikai kuning/pollinator iaitu 10 - 12 hari selepas menyemai.

Anak benih

Jarak tanaman 0.75 cm antara pokok

Anak benih perlulah sihat dan mempunyai 4 helai daun.

Untuk penanaman tembikai tanpa biji sahaja.

Membaja asas.Membaja organik.

NPK 15:15:15Tahi Ayam

200 kg3.0 - 5.0 mt (tanah lanar)

10 - 20 mt (tanah BRIS)

Ditabur secara manual di atas batas.

Baja asas dan bahan organik digaul sama rata ke dalamtanah menggunakan traktor 2-roda/cultivator baja organik yang telah reput digunakan.

-10

-5 Menebuk lubang di plastik silvershine di batas.

Alat penebuk lubangkhas

Jarak antara lubang 0.75 m. Menebuk plastik dengan alat penebuk yang dibuat dari paip PVC garis pusat 3 ".

0 Menanam anak benih tembikai tanpa biji ke ladang.

1 pokok/lubang

Peringkat 4 helai daun dan dalam keadaan sihat.

Pastikan anak benih diubah tidak lewat daripada 14 HLS (Hari Lepas Semai).

Anak benih diubah dari dulang semaian ke ladang.

*HLT – Hari Lepas Tanam

Page 9: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 109

HLT* AktivitiBahan Input

Standard Kualiti Indikator TindakanJenis Kadar/ha

Menyiram menggunakan sistem pengairan.

Perlu di siram setiap hari.Air mesti mencukupi.

Keperluan pengairan adalah seperti di Lampiran I.

Anak benih akan layu jika tidak cukup air.

5 Kawalan serangga/penyakit(dibuat setiap 5 - 10 hari ).

Racun kulat/Serangga

Ikut syor pada label senarai racun yang sesuai sepertidi Lampiran IV.

Pastikan pengawalan perosakandiberi keutamaan bagi mendapatkan hasil yang berkualiti.

Kawalan dibuat apabila terdapat tanda-tanda serangan(Rujuk Lampiran Ill)

10 Membaja Tambahan I. NPK 15:15:15

200 kg Kadar baja sebanyak 100 g sepokok.

Tabur baja kedalam poket/lubang yang ditebuk di antara pokok atau ditabur di tepi sepanjang batas dimana sulur mengeluarkan akar.Baja foliar digunakan jika pertumbuhan tidak memuaskan.

10-15 Cantas sulur. Pisau `blade' yang tajamataumenggunakan tangan

Sulur dicantas pada ruas ke 4 - 5 atau 6 -7.

Membuat cantasan dengan menggunakan pisau ‘blade’ atau cubit dengan tangan.

20 Didik sulur. Lidi pencucuk

5000 batang Jalir sulur dihalakan ke satu arah yang berlawanan bagi setiap dua barisan tanaman dan dibiarkan bercantum.Ini menyediakan ruangan bagi setiap dua (2) barisan untukruangan kerja dan laluan.

Sulur di setiap batas diarahkan jalirnya ke satu arah sahaja. Lidi yang dipatahkan berbentuk V terbalik digunakan dengan mencucuk ke tanah di kedua belah sulur tersebut.

*HLT – Hari Lepas Tanam

* Serangga perosak perlu sentiasa dipantau dan bukan pada hari-haritertentu yang tercatat dalam manual ini.Kawalan perosak berjadual adalah tidak disyorkan. Mula lakukankawalan hanya apabila serangan melebihi Tahap Ambang Tindakan (ATL) .

Page 10: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 1211

HLT* AktivitiBahan Input

Standard Kualiti Indikator TindakanJenis Kadar/ha

.

20-25 Kawalan rumpai. Traktor,Racun rumpai jenissentuh

Keadaan ladang bersih dari rumpai.

Kawal rumpai dengan membajak atau meracun dengan racun yang sesuai. Pastikan racun tidak terkena pokok. Kawal rumpai secara mekanikal dibuat secara berterusan.

30 Membaja Tambahan II. NPK 12:12:17:2 + TE

200 kg Kadar baja sebanyak 100 g sepokok.

Tabur baja ke dalam poket yang ditebuk antara pokok atau di tepi sepanjang batas di mana sulur mengeluarkan akar. Baja foliar digunakan jika pertumbuhan tidak memuaskan.

45hingga

50

Membaja Tambahan Ill. NPK 12:12:17:2 +TE

200 kg Kadar baja sebanyak 100 g sepokok.

Tabur baja ke dalam poket keliling setiap pokok atau tabur baja di keseluruhan kawasan yang ada jalir pokok.

Baja foliar digunakan jika pertumbuhan tidak memuaskan.

30 Pendebungaan Berbantu (PB) (untuk tembikai tanpa biji sahaja).

Bunga jantan daritembikai kuning

Bunga betina padatembikai tanpa biji

Satu debunga jantan untuksatu bunga betina

Kadar maksimum 1:3 Jantan : betina

Pendebungaan berbantu dibuat mulai bunga ke 7 ke atas debunga /pollen dari bunga jantan, disapu pada stigma bunga betina hingga melekat. Tinggalkan bunga jantan di atas bunga betina sebagai tanda. Pendebungaan dilakukan hanya ke atas bunga betina yang subur sahaja.

Kerja-kerja PB hendaklah dijalankan pada waktu pagi antara pukul 7.30 - 10.00 pagi (semasa bunga kembang)

*HLT – Hari Lepas Tanam

Page 11: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 1413

HLT* AktivitiBahan Input

Standard Kualiti Indikator TindakanJenis Kadar/ha

.

65hingga

75

Menuai Hasil(bagi buah tembikai kuning)

Pisau tajam Tuai pada waktu petang untukmengurangkan kejadian buah mudah pecah.

65hingga

75

Menuai Hasil(bagi buah tembikai tanpa biji)

Hasil potensi 25 - 30 mt/ha.Anggaran gred hasil 60% Gred A, 30% Gred B. >80% matang bagi pasaran tempatan dan 75 - 80% matang untuk eksport.

Panduan penentuan kematangan buah seperti memastikan buah tidak mudah pecah dan lebih tahan.Lampiran V.

Pisau tajam/Scateurs

Penuaian dilakukan pada masa yang betul dan cermat.

Penuaian jika boleh tidak dilakukan pada musim hujan, ini akanmenyebabkan buah tembikai tidak begitu manis.

Elakkan menuai di waktu pagi sebelum embun kering bagi memastikan buah tidak mudah pecah dan lebih tahan.

*HLT – Hari Lepas Tanam

Page 12: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 1615

Lampiran I

INFRASTRUKTUR LADANG DAN PENGURUSANPENGAIRAN : TEMBIKAI

1.0 Infrastruktur Ladang

1.1 Jalan LadangJalan Ladang 3 m lebar = 100 m/ha

1.2 Parit

a) Parit Sekunder

Jenis Tanah Dimensi ParitLiat (mineral) 2000 mm x 910 mm x 152 mmGambut 2440 mm x 910 mm x 1520 mmMasam 1980 mm x 610 mm x 1520 mmPasir 2440 mm x 610 mm x 1520 mm

b) Parit Ladang

Jenis Tanah Dimensi Parit Kepadatan Parit (m/ha)

Liat (mineral) 1220 mm x 610 mm x 762 mm 220 - 270Gambut 1220 mm x 910 mm x 910 mm 164 - 180Masam 1060 mm x 460 mm x 762 mm 200 - 220Pasir 1220 mm x 460 mm x 762 mm 164

Gambarajah 1 : Batas Penanaman Tanaman Tembikai

Page 13: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 1817

Lampiran II

KAEDAH MENYEMAI BIJI BENIH TEMBIKAI SECARAPEMANASAN (HEATING)

Tujuan : 1. Untuk memastikan peratus percambahan yang tinggi.2. Untuk pertumbuhan yang seragam.

Keperluan peralatan dan bahan:1. Tray plastik mengikut keperluan.2. Media semaian.3. Pam galas.4. Guni jalur/Kain.5. Plastik silvershine / Plastik hitam.6. Penggalak percambahan spt Amino Asid, Astonik

dan lain-lain7. Racun kulat seperti Thiram.8. Biji benih (200 gram tembikai tanpa biji dan 20 gm tembikai

kuning untuk satu hektar).9. Air bancuhan racun serangga.10. Rumah teduhan.

Proses/Kaedah:1. Rendam biji benih di dalam Asid Amino selama 30 - 60 minit.2. Tos dan keringkan.3. Gaulkan dengan racun kulat seperti Thiram ( sila lihat

arahan penggunaan dan keselamatan apabila menggunakan racun).

4. Masukkan media semaian ke dalam tray, ratakan dan dimampatkan sedikit.

5. Semai satu biji benih bagi setiap lubang dengan meletakkansecara mengiring supaya kulit biji akan melekat ditanah dan tidak melekat pada kotiledon apabila tumbuh.

6. Tutupkan biji benih yang telah disemai dengan menambahkan sedikit bahan media dan ratakan.

7. Siram dengan bancuhan racun serangga sehingga lembab.

1.3 Kolam (Untuk Pengairan)• Keperluan air untuk tanaman = 18 m /ha/hari• Saiz kolam pada 80% simpanan = 540 m /ha/bulan

(takungan air untuk satu bulan kemarau)

1.4 Sistem Pengairan• Pengairan drip tape• Sistem alur

2.0 Pengurusan Pengairan

a) Siraman mengikut ‘discharge’ atau ‘precipitation’ alat penitis. Pada lazimnya, siraman 12 mm/hari diperlukan. Ini memerlukan operasi renjis 2 kali sehari selama 1 jam iaitu pada waktu pagi dan petang.

Keperluan pokok adalah seperti berikut:

• Pokok muda 1.0 lit/pokok/hari• Pokok separa matang 4.0 lit/pokok/hari• Pokok matang 9.0 lit/pokok/hari

Atau

b) Siraman mengikut bacaan tensiometer seperti berikut:

Jenis Tanah Mula Siram Tamat SiramTekstur kasar (pasir) 30 – 40 centibar 10 centibarTekstur sederhana (loam) 40 – 50 centibar 20 centibarTekstur halus (liat) 50 – 60 centibar 30 centibar

3

3

Page 14: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 2019

8. Susunkan tray yang telah siap disemai benih di atas plastik hitam dengan tidak melebihi 0.6 m tinggi dan pastikan bahagian bawah tray dengan lubang tray dibawahnya tidak bertindih.

9. Tutupkan bahagian atas dan sisi dengan guni / kain dan seterusnya balutkan semua bahagian tray dengan plastik hitam, dilekatkan dan diikat supaya cahaya tidak masuk dan proses peruapan juga tidak berlaku. (Keadaan inilah yang menyebabkan proses pemanasan berlaku).

10. Pastikan tray diletakan ditempat yang teduh. Tempoh rawatan melalui kaedah pemanasan ini ialah selama empat hari tiga malam (84 jam). (Kaedah ini boleh juga digunakan untuk tembikai Wangi / Madu tetapi tempohnya memadai selama tiga hari dua malam sahaja (60jam).

11. Bungkusan perlu diperiksa supaya tidak rosak atau koyak.

12. Bukakan plastik dan guni apabila cukup tempohnya.

Proses Selepas Membuka Bungkusan:

1. Buka susunan tray dan letak tray di tempat lapang(100% cahaya) sehingga menanam untuk proses pengerasan anak pokok. Pastikan tidak ditimpa hujan bagi mengelakkan kerosakan.

Sekiranya hujan, letakkan dibawah lindungan.

2. Buang kulit biji benih sekiranya masih ada yang terlekat pada kotilidan untuk mempercepatkan pertumbuhan.

3. Siram dua kali sehari pagi dan petang.

4. Anak benih sesuai ditanam setelah daun berbentuk tapak anjing (4 -5 hari selepas dibuka).

Lampiran III

Page 15: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 2221

SIMPTOM KEROSAKAN KAWALAN

.

JENIS

A. Serangga Perosak

1. Kutu daun (Aphis spp.)

Peringkat anak dan dewasa menghisap cairan dari daun dan pucuk. Ini mengakibatkan daun berkerekot dan pertumbuhan terencat. Serangan yang teruk boleh mengurangkan hasil.

1. Amalkan sistem tanaman bergilir iaitu menanam jenis tanaman yang bukan perumah kepada kutu daun seperti jenis ubi dan kacang tanah.

2. Gunakan sungkupan helaian plastik bersalut aluminium.

3. Sembur dengan racun serangga seperti cypermethrin atau dimethoate.

2. Hamama merah (Paronychus spp.)

Perosak ini menghisap cairan dari permukaan atas atau bawah daun dan suka kepada daun matang. Daun yangtelah dihisap cairannya kelihatan pudar. Jika serangan teruk, daun menjadi kering dan kerekot.

Sembur dengan racun serangga seperti dimethoate atautetnadifon digalakkan digunakan dengan bahan pelekat.

3. Kumbang daun Aulacophora spp. Epilachna indica

Serangga Aulacophora memakan daun yang mengakibatkan tompok- tompok kosong di tengah daun. Larva dan dewasa serangga Epilachna memakanepidermis daun mengakibatkan kekurangan permukaan daun untuk proses fotosintesis.

Sembur dengan racun serangga seperti deltamethrin atautrichlorphon.

Lampiran III

Page 16: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 2423

SIMPTOM KEROSAKAN KAWALAN

.

JENIS

B. Penyakit

1. Lecuh anak benih Phytium spp. Rhizoctonia solani

Anak benih yang diserang menjadi layu walaupun air mencukupi. Ini adalah kerana batang anak benih pada aras tanah telah melecuh dan reput. Penyakit ini sering berlaku pada keadaan tanah yang pengalirannya tidak memuaskan.

Rawat biji benih dengan racun kulat seperti mancozeb mengikut kadar disyorkan pada label. Selepas cambah sembur dengan chlorothalonil mengikut kadardan kekerapan yang disyorkan.

2. Layu Fusarium Fusarium oxysporum

Kulat ini boleh hidup didalam tanah selama beberapa tahun dan akan menyerang akar tembikai bila keadaan sesuai. Anak benih yang diserang akan reput atau terbantut pertumbuhannya. Pada pokok dewasa tanda awal ialah satu jalar menjadi layu dan ia akan merebak ke jalar lain. Akhirnya seluruh pokok menjadi layu, kering dan mati. Penyakit ini berupaya memusnahkan seluruh kawasan dalam masa yang singkat.

1. Pastikan saliran air baik.

2. Kawal rumpai supaya dapat mengurangkan perumah kulat ini.

3. Cabut pokok yang berpenyakit dan bakar atau tanam sedalam 60 cm.

Page 17: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 2625

SIMPTOM KEROSAKAN KAWALAN

.

JENIS

3. Bintik berpusar/ Antraknos

Collectotrichum lagenarium

Penyakit ini disebar melalui hujan dan sistem pengairan. Ia boleh menyerang daun, batang dan buah. Pada daun mula-mula bintik kelihatan kecil dan berwarna coklat muda, kemudian bintik membesarberbentuk pusar dan bertukar warna ke coklat tua atau kehitaman. Tangkai daun dan batang yang diserang kulat ini menunjukkan pecah-pecah yang memanjang mengikut batang diantara ruas. Buah yang dijangkiti menunjukkan lecuh yang berbentuk bulat atau lonjong dan tengahnya lekuk ke dalam.

1. Gunakan biji benih yang bebas dari penyakit ini. Sebelum ditanam rawat benih dengan racun kulat thiram mengikut kadar yang disyorkan.

2. Penyakit ini boleh dikawal melalui sistem tanaman bergilir.

3. Sembur dengan racun kulat seperti Mancozeb atau Maneb, benomyl, carbendazim, chlorothalonil, copper hydroxide, difenoconazoled propineb mengikut kadar yang disyorkan.

4. Penyakit Virus Mozek Cucumber Mosaic Virus

Penyakit ini jarang menyerang tetapi sekiranya berlaku, ia boleh menyebabkan kekurangan hasil yang banyak. Penyakit ini disebarkan melalui vektor Kutu Daun dan Kumbang Timun. Pada pokok berpenyakit, daun menjadi berkerekot, kelihatan bertompok-tompok hijau muda dan hijau tua. Pada buah pula, warna hijau kadang-kadang terus hilang jika serangan teruk, pokok menjadi kuning dan bantut. Pada peringkat ini tiada atau sedikit buah akan dihasilkan.

1. Tiada kawalan kimia.

2. Gunakan varieti yang rintang.

3. Basmi perumah sekurang-kurangnya 50 m dari kawasan tanaman.

Page 18: penanaman tembikai konvensional

MMaannuuaall TTaannaammaann TTeemmbbiikkaaii 2827

PANDUAN PENENTUAN KEMATANGANBUAH TEMBIKAI

1 Umur PokokBergantung kepada varieti dan musim penanaman.Penanaman musim panas - matang lebih awal. Kematangan lazimnya 65 - 80 hari selepas tanam.

2 Warna Sulur Paut dan Daun BuahSulur paut bertukar warna daripada hijau muda ke kuning dan kering. Sulur paut yang kering menandakan buah terlalumatang.

3 Menepuk buahBuah matang berbunyi padat.Buah belum matang berbunyi padat dan nyaring.

4 Warna kulitKekilatan kulit buah berkurangan.Kulit buah jelas nampak warna dan corak yang khas untuk varieti tertentu.

SYOR RACUN PEROSAK

Lampiran IV Lampiran V

Antara beberapa racun perosak yang mempunyai pengesyoranuntuk mengawal perosak pada tanaman tembikai adalah seperti

Semburan hendaklah dilakukan secara berhemah. Ikuti arahanmengguna seperti yang disyorkan serta patuhi TempohDilarang Mengutip Hasil (TDMH) yang dinyatakan pada labelkeluaran racun perosak yang berkenaan.

metaldehydecopper hydroxide

mencozebhlorothalonik

benomyldifenoconazole

manebpropineb

carbendazimdimethoate

delta methrinmefolachlorimidacloprid

Page 19: penanaman tembikai konvensional

Catatan

Page 20: penanaman tembikai konvensional