PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ...€¦ · Sempena Maulidur Rasul...

7
PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR : Noorisah Taljid & Kartini Ismail SIDANG PENGARANG : Muhamad Afiq Bin Mohamad Ali HEBAHAN & PUBLISITI : Malik Hanafi Achmad Rofi’ie

Transcript of PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ...€¦ · Sempena Maulidur Rasul...

Page 1: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ...€¦ · Sempena Maulidur Rasul Peringkat UMS BIL.2/2018 27hb November 2018 Bilik Mesyuarat PIUMS 02 Majlis Ihtifal dan

PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR : Noorisah Taljid & Kartini Ismail

SIDANG PENGARANG : Muhamad Afiq Bin Mohamad Ali HEBAHAN & PUBLISITI : Malik Hanafi Achmad Rofi’ie

Page 2: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ...€¦ · Sempena Maulidur Rasul Peringkat UMS BIL.2/2018 27hb November 2018 Bilik Mesyuarat PIUMS 02 Majlis Ihtifal dan

TAJUK : TSUNAMI BALASAN ATAU PERINGATAN?

OLEH:

MUHAMAD AFIQ BIN MOHAMAD ALI

FAKUTLI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN

Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang maha

pengasih lagi maha penyayang kerana mengurniakan nikmat yang paling besar kepada umat

manusia iaitu nikmat iman. Di mana, tidak semua umat manusia di dunia ini boleh memilikinya

kecuali yang dikehendaki-NYA sahaja. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan

nikmat iman yang kita miliki dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan kita kepada

Allah SWT.

Akan tetapi, bersediakah kita untuk menghadapi hari kemudian dengan berbekalkan

iman yang ada? Kita sebagai manusia biasa, mempunyai tahap iman yang berbeza-beza. Ada

yang ketakwaannya tinggi kepada Allah SWT, ada yang mempunyai ketakwaan pasang surut

dan ada pula yang langsung tidak bertakwa walhal mengaku beriman. Hal ini menunjukkan

bahawa, tahap iman kita pandai berubah-ubah dan mengikut musim. Sebagaimana yang disebut

dalam mafhum Nabi SAW yang bermaksud: “Kita beriman pada waktu pagi, tetapi kufur

pada waktu petang. Kufur pada waktu petang tetapi beriman pada waktu malam”? Pernahkah

kita terfikir bagaimana ketika kita di akhir hayat nanti? Adakah masih beriman ataupun tidak?

Hal ini kerana, tidak ramai yang mengambil iktibar daripada setiap apa yang berlaku di muka

bumi ini termasuklah bencana alam seperti tsunami.

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan bencana alam yang sangat dahsyat iaitu

tsunami yang telah menimpa Palu, Indonesia. Peristiwa ini telah mengorbankan ribuan nyawa di

kawasan sekitarnya dan telah menghancurkan rumah-rumah kediaman yang berada di kawasan

tersebut. Jika diteliti daripada sudut geografi dan secara logik, kedudukan Palu terletak di

kawasan yang mustahil berlakunya tsunami kerana kedudukan geografinya. Namun, dengan

kudrat dan kekuasaan Allah SWT, didatangkan tsunami yang amat dahsyat sebagai memberi

peringatan kepada umat manusia. Selain itu, kita juga dapat melihat sendiri dalam laporan berita

dan media sosial ada proses pembersihan dilakukan dan bagaimana keadaan mangsa-mangsa

tsunami yang terlibat. Ada sebahagian mangsa yang mati dalam keadaan lengkap menutup aurat

dan ada juga yang tidak tertanggal sehelai benang pun dari tubuhnya. Adakah kita telah

mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dan berusaha untuk meningkatkan takwa kita?

Page 3: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ...€¦ · Sempena Maulidur Rasul Peringkat UMS BIL.2/2018 27hb November 2018 Bilik Mesyuarat PIUMS 02 Majlis Ihtifal dan

Kita sebagai umat Islam, seharusnya mengambil iktibar dan takut akan kemurkaan

Allah SWT. Kita percaya bahawa, bencana alam seperti itu bukan sahaja bertujuan untuk

memberi balasan tetapi juga untuk memberi peringatan kepada kita tentang tanda-tanda hari

kiamat yang semakin hampir. Sebagaimana yang telah Rasulullah SAW khabarkan semasa

hidup Baginda bahawa gempa bumi adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Imam

Ahmad ada mengatakan dalam sebuah hadith Nabi SAW yang telah diriwayatkan oleh Abu

Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga ilmu

diangkat, masa berlalu dengan cepat, gempa bumi akan meningkat, munculnya fitan dan

al-Harj akan meningkat. Kemudian para sahabat bertanya: Apakah itu al-Harj, ya

Rasulullah? Lalu Baginda SAW menjawab, “al-Qatl (pembunuhan)”. Jelaslah di sini bahawa,

hadis Nabi SAW yang telah diucapkan oleh Baginda sendiri telah berlaku pada hari ini.

Dalam Al-Quran Allah SWT juga telah berfirman maksudnya, “Maka, nikmat

Tuhan-Mu yang manakah yang ingin kamu dustakan? (Ar-Rahman, 13). Ayat ini telah

disebutkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran Surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali. Hal ini

menunjukkan bahawa, Allah SWT telah mengurniakan bermacam-macam nikmat kepada umat

manusia. Namun, manusia seringkali lupa dan sering mendustakan nikmat yang diberikan-Nya.

Oleh itu, untuk memberi semula peringatan kepada manusia, Allah SWT telah menghantar

pelbagai jenis bencana termasuklah tsunami kepada kita untuk dijadikan iktibar. Seperti yang

berlaku pada zaman Nabi Nuh AS dalam Al-Quran ada dinyatakan dengan jelas bagaimana

Allah SWT telah memberi peringatan kepada mereka dengan menghantar banjir besar

disebabkan oleh kekufuran mereka dan kedegilan mereka untuk mentauhidkan Allah SWT.

Sebagai kesimpulan, setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini semuanya adalah

kehendak Allah SWT. Sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya

keadaan kekuasaan-Nya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, Dia hanya berfirman

kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau”. Maka ia akan jadi”. (Yasiin, 82). Oleh itu,

sebagai umat Islam ambillah iktibar dengan apa yang telah berlaku di atas muka bumi ini dan

sebarkanlah dakwah kepada seluruh umat manusia agar semuanya tergolong dalam kalangan

umat yang diredhai oleh Allah SWT.

SAMBUNGAN….

Page 4: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ...€¦ · Sempena Maulidur Rasul Peringkat UMS BIL.2/2018 27hb November 2018 Bilik Mesyuarat PIUMS 02 Majlis Ihtifal dan

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

TARIKH :22 NOVEMBER 2018

Page 5: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ...€¦ · Sempena Maulidur Rasul Peringkat UMS BIL.2/2018 27hb November 2018 Bilik Mesyuarat PIUMS 02 Majlis Ihtifal dan

PROGRAM KHATAN PERDANA UMS 2018

TARIKH : 25 NOVEMBER 2018

Page 6: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ...€¦ · Sempena Maulidur Rasul Peringkat UMS BIL.2/2018 27hb November 2018 Bilik Mesyuarat PIUMS 02 Majlis Ihtifal dan

SEMINAR KELUARGA BAHAGIA

TARIKH :1HB DISEMBER 2018

Page 7: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ...€¦ · Sempena Maulidur Rasul Peringkat UMS BIL.2/2018 27hb November 2018 Bilik Mesyuarat PIUMS 02 Majlis Ihtifal dan

BIL PROGRAM TARIKH TEMPAT

01 Mesyuarat Penyelarasan AJK

Sempena Maulidur Rasul

Peringkat UMS BIL.2/2018

27hb November 2018

Bilik Mesyuarat

PIUMS

02 Majlis Ihtifal dan Tilawah

Al-Quran Sempena Sambutan

Maulidur Rasul

29hb Disember 2018

Bilik VIP (P)

PIUMS

03 Majlis Kesyukuran Ulang

Tahun UMS ke-24 dan Bacaan

Yasin

29hb Disember 2018

Masjid UMS

04 Majlis Perarakan dan

Sambutan Maulidur Rasul

Peringkat UMS

30hb November 2018

Dewan

Canselor/

Masjid UMS

05 Seminar Keluarga

Bahagia Sempena Sambutan

Maulidur Rasul

1hb Disember 2018

Masjid UMS

06 Riang Ria Maulidur Rasul

Sempena Sambutan Maulidur

Rasul

2hb Disember 2018

Masjid UMS

“Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai

Muhammad), melainkan untuk menjadi

rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah Al-Anbiyaa’ :Ayat 107)

********************