Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

10
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG PERUBATAN Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran. Pada zaman pertengahan, kebudayaan Islam merangkumi aspek perubatan. Seiring dengan perubahan masa, pakar-pakar perubatan dan cendekiawan Islam telah mengembangkan bidang perubatan. Perubatan Islam dikembangkan berdasarkan tradsi, terutamanya pengetahuan mengenai teori amalan perubatan yang telah dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom. Bagi cendekiawan-cendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates adalah tokoh-tokoh cemerlang yang berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-cendekiawan Yunani di Iskandariah. Para cendekiawan Islam telah menterjemahkan karya-karya Yunani ke dalam bahasa Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan perubatan yang baru berdasarkan teks-teks penterjemahan tersebut. Untuk membolehkan tradisi Yunani mudah diajar dan senang difahami, para cendekiawan Islam telah menyusun semula pengetahuan perubatan Yunani-Rom yang luas melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan. Melalui teks-teks terjemahan Arab inilah dunia Barat telah mendapat tahu tentang perubatan Yunani, termasuklah karya Galen dan Hippocrates. Karya-karya menyeluruh seperti Daftar Karya Perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina yang diterjemahkan kepada bahasa Latin dan disebar dalam bentuk manuskrip ke seluruh Eropah telah mendapat pengaruh yang sama. Pada abad ke-15 dan ke-16, di Eropah Barat, karya tersebut telah diterbitkan melebihi 35 kali. Di dalam dunia Islam zaman pertengahan, hospital-hospital telah dibina di semua kota-kota utama seperti di Kaherah, Hospital Qalawun yang mempunyai kakitangan-kakitangan termasuk pakar perubatan, ahli farmasi, dan jururawat yang boleh merawat sehingga 8,000 orang pesakit. Terdapat juga dispensari dan kemudahan penyelidikan yang menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam pemahan penyakit berjangkit, serta penyelidikan optik dan mekanisme mata. Malah doktor-doktor Islam telah

Transcript of Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

Page 1: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG

PERUBATAN

Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa

mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit.

Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak

zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan.

Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya

hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran.

Pada zaman pertengahan, kebudayaan Islam merangkumi aspek perubatan.

Seiring dengan perubahan masa, pakar-pakar perubatan dan cendekiawan Islam

telah mengembangkan bidang perubatan. Perubatan Islam dikembangkan

berdasarkan tradsi, terutamanya pengetahuan mengenai teori amalan perubatan

yang telah dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom. Bagi cendekiawan-

cendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates adalah tokoh-tokoh cemerlang yang

berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-cendekiawan Yunani di Iskandariah. Para

cendekiawan Islam telah menterjemahkan karya-karya Yunani ke dalam bahasa

Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan perubatan yang baru berdasarkan

teks-teks penterjemahan tersebut. Untuk membolehkan tradisi Yunani mudah diajar

dan senang difahami, para cendekiawan Islam telah menyusun semula pengetahuan

perubatan Yunani-Rom yang luas melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan.

Melalui teks-teks terjemahan Arab inilah dunia Barat telah mendapat tahu tentang

perubatan Yunani, termasuklah karya Galen dan Hippocrates. Karya-karya

menyeluruh seperti Daftar Karya Perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina yang

diterjemahkan kepada bahasa Latin dan disebar dalam bentuk manuskrip ke seluruh

Eropah telah mendapat pengaruh yang sama. Pada abad ke-15 dan ke-16, di

Eropah Barat, karya tersebut telah diterbitkan melebihi 35 kali. Di dalam dunia Islam

zaman pertengahan, hospital-hospital telah dibina di semua kota-kota utama seperti

di Kaherah, Hospital Qalawun yang mempunyai kakitangan-kakitangan termasuk

pakar perubatan, ahli farmasi, dan jururawat yang boleh merawat sehingga 8,000

orang pesakit. Terdapat juga dispensari dan kemudahan penyelidikan yang

menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam pemahan penyakit berjangkit, serta

penyelidikan optik dan mekanisme mata. Malah doktor-doktor Islam telah membuang

Page 2: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

katarak dengan jarum-jarum geronggang lebih 1,000 tahun sebelum orang-orang

Barat berani mencuba tugas ini.

Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi

Muhammad s.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan

Islam. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mempunyai bidang

perubatannya sendiri. Selepas kedatangan Islam didapati ramai tokoh-tokoh yang

terkenal dalam bidang perubatan Islam seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ali Ibn Abbas.

Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam mencapai

kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh

tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan

tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah kebanyakannya berasal dari ilmu

perubatan Yunani atau sistem perubatan Hippocrates yang telah diterangkan di atas,

dan juga amalan-amalan perubatan dari India dan China. Ibn Sina dan Al-Razi telah

terus mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem

ilmu perubatan Islam. Namun selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap,

banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan

mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat. Di benua kecil India, sistem

ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan Ayurveda dan sistem

perubatan Barat moden.

Mengikut catatan sejarah, kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak

tamadun gemilang telah mulai runtuh disebabkan peperangan dan penyakit yang

merebak melanda penduduknya. Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan

prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman mulai lumpuh. Syria pula telah

mengambil tempat sebagai pelindung bagi pemikiran ilmu perubatan asal dari

Yunani. Puak Nestorian telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di

Edessa dan Nisibis dan berkembang ke peringkat yang disanjungi ramai menjelang

abad ke-5 M. Puak Kristian mazhab Nestorian inilah yang membawa tamadun

Yunani bersama mereka ketika diusir. Mereka menterjemah karya-karya perubatan

Yunani ke bahasa Syria dan mengembangkannya ke Mesopotamia. Apabila orang

Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syria

dan Parsi, mereka telah menemui tamadun ini. Kuasa Islam terus bertapak sehingga

keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol. Dalam abad inilah tokoh-tokoh Islam menyerap

Page 3: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

tamadun yang terdapat di kalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-

khalifah Islam telah membina pusat-pusat pengajian di Baghdad. Selepas itu

akademi-akademi mulai ditubuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademi-

akademi tersebut berpusat di masjid. Di masjid juga terdapat perpustakaan yang

lengkap, klinik dan hospital. Doktor-doktor mazhab Nestorian dan Sabaen telah

menterjemahkan buku-buku teks perubatan terutamanya karya-karya Galen.

Kecenderungan umat Islam keturunan Arab terhadap ilmu perubatan terus mencipta

suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan. Dengan ini ilmu perubatan mula

berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates. Ilmu

perubatan Islam berkembang pesat melalui sumbangan dari berbagai sumber dan

arus yang mempengaruhinya mengikut tempat dan masa. Sumbangan Islam kepada

perkembangan ilmu perubatan bukan sahaja terbatas pada penterjemahan karya-

karya Yunani tetapi mereka juga meninggikan bidang kimia dan materia medika.

Tidak dinafikan bahawa hingga ke abad ke-18 M masih wujud lagi pusat-pusat

perubatan di Eropah yang menggunakan karya-karya ciptaan pakar-pakar perubatan

Islam yang terkemuka umpamanya Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Rusyd dan lain-lain.

Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam

pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula

bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu

perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat

penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi

merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti

retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari

orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap

beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan

Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab.

Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah

dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.Sumbangan tamadun Islam

terhadap farmasi, farmakologi dan farmakognosi masih ketara hingga kini. Bahan

penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan,

Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam

telah menghasilkan tiga prinsip penting. Prinsip yang pertama ialah dalam bidang

Page 4: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia

betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan

rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang

dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah.Prinsip yang

kedua pula ialah orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai

apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi. Manakala yang

terakhir ialah umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan

pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi

farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara

rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat. Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat

telah dikemukakan oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap,

serbuk, minyak, pes, pil tablet, rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara

membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan

mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk

melaksanakan pengawalan mutu.

ABU ALI AL-HUSEYN BIN ABDULLAH (ABU SINA)

Beralih pula kepada sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam bidang perubatan.

Tokoh yang pertama ialah Ibnu Sina. Ibnu Sina yang lebih dikenali di Barat dengan

nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin

Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu

Abi Ushaybi’ah beliau lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah berdekatan kota

Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Pelajaran pertama yang diterimanya pada

zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak

formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun ,

beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun

Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah

menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu

agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan

sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia

dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan

ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam

bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik,

Page 5: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Al- Qanun Fit-Tibb karya terkenal

beliau telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku

tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah

menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut

juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan

gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan

anatomi Ibnu Sina yang luas. Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi

dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari

ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau

memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis)

untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan

humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan

oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang

menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981)

melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat

berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang

pelbagai .Ini merangkumi kuat atau lemah kadar denyutan, masa antara denyutan,

dan lain-lain lagi. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang doktor mungkin

mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina

menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit

jiwa disebabkan oleh terpisah daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama

dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut

banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan

(pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti ,

seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan,

nama jalan, rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu, kata Ibnu Sina "Jika anda

tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya,

menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor

perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary

tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit (contagious) dan dia

menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang

timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind)

atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Beliau telah

menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah

Page 6: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

116 buah karyanya dalam bidang Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam

bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah

karyanya yang termasyur, paling selalu dicetak di Eropah pada zaman

"Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu

perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang

utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

ABDUL QASIM KHALAF IBN AL-ABBAS AL-ZAHRAWI (AL-ZAHRAWI)

Seterusnya ialah sumbangan daripada Al-Zahrawi. Nama sebenar beliau ialah

Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi beliau dikenali juga dengan Abulcasis

dalam penulisan Barat dan dianggap sebagai Bapa Bedah Moden.Beliau dilahirkan

pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Penglibatan beliau dalam

bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada

abad ke-10. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman

Pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar

sebagai "Bapa Pembedahan Moden"Selain daripada bidang pembedahan, beliau

juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak

pembaharuan dalam bidang ini. Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah

yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang

berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Antara

sumbangan beliau dalam bidang ini ialah beliau sebagai seorang pengkaji alat-alat

pembedahan, Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk

mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing. Beliau

ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai

hemofilia. Selain itu, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan

dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. Beliau juga menjadi orang yang

pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan

benang sutera untuk tisu yang berselirat. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-

Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, dan membincangkan

mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan

dan mengurangkan kesakitan. Sebagai seorang ahli bedah pula beliau telah

membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang

beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi

Page 7: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan

ubat. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Beliau

juga mengenal pasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat

daripada tulang haiwan.

‘ALA’UDDIN ABU AL-HASAN ALI IBN ABI AL-HAZAM AL-QARASYI

(IBNU NAFIS)

Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-

Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar

Damsyik pada tahun 607H(1210M). Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru

dengan ahli perubatan, termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn

Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam bidang perubatan ini

termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-

Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili. Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan

Maufiquddin qabu AL-Abbas Ahmad Iibnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn

Abi Usaiba’ah, penulis buku yang masyhur yang menceritakan tentang kedudukan

dan kesarjanaan para ahli perubatan.Mereka kemudiannya berpindah ke Kaherah

dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital inilah Ibn al-Nafis telah mencapai

kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan, sementara Ibn Abi Usaiba’ah

menumpukan perubatannya kepada perubatan mata. Beliau telah menetap di

Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H(1288 M)sewaktu umur beliau

80 tahun. Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap

mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan,

ada orang yang menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang

yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih serlah dan terkemuka di dalam para

sarjana islam yang ada. Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis

mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem

peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenal sebagai tokoh

sarjana islam yang terkenal.  Selain itu juga Ibnu al-Nafis juga melancarkan kempen

memerangi wabak. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina sebuah

hospital. Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan

jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya

pertalian yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung. Bagi memajukan lagi

Page 8: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

bidang pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan

perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau,

langkah seperti ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang

tubuh manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.  Ibnu

al-Nafis bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen memerangi

wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak mahupun kaum

dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia berjaya dikawal

oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah digelar al-Misri oleh

penduduk di negara Mesir. Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu al-

Nafis dalam kitab anatomi ibn Sina ini ialah teori tentang peredaran iaitu pergerakan

darah dalam kitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai

‘sistem sirkulasi pulmonari’. Orang zaman dahulu mempercayai bahawa darah

bergerak daripada jantung ke dalam jasad menerusi pembuluh dan saluran darah

mengikuti denyutan nadi. Kemudian datang Galen iaitu sarjana perubatan Yunani

yang mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada jantung

menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri itu sendiri. Para doktor

aliran Iskandariah merujuk semula kepada teori perubatan Mesir kuno. Ibnu Sina

mengikuti teori doktor Yunani iaitu Galen tentang peredaran darah. Ibnu al-Nafis pula

dalam syarahannya dalam kitab anatomi Ibnu Sina mangesahkan pendapat ini.

Menurut Ibnu al-Nafis ruang jantung mempunyai dia sahaja tidak seperti yang

didakwa oleh Ibnu   Sina . Katanya, aliran edaran darah ialah daripada ventrikal

kanan kepada paru-paru. Dalam paru-paru, uadara bertemu dengan darah. Darah itu

kemudiannya meninggalkan paru-paru dengan mengikuti arteri paru-paru lalu masuk

ke dalam ventrikal kiri dalam jantungm dari sini, darah disebar keseluruh badan.

Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan adalah teori yang

baru. Teori ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paru-

paru dan dari paru-paru kepada jantung. Oleh itu, beliau telah mengasaskan ‘teori

sirkulasipulmonari’. Akan tetapi Ibnu al-Nafis tidak sempat untuk mengkaji sistem

peredaran darah keseluruh tubuh dalam waktu yang sama. Semasa umur beliau

mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan oleh Sultan Qalawun untuk

membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan ini menurut

keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut, wad, farmasi,

perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau

Page 9: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan

Qalawun dan dinamakannya dengan ‘al-Mansuri’.

JABIR IBNU HAYYAN (721-766M)

Jabir merupakan seorang anak kepada seorang ahli kimia ubat.lahir pada

abad ke 8M. Beliau terkenal dengan nama Geber di Eropah, tinggal di kufah

Baghdad. Beliau juga mempunyai pengaruh yang agak kuat terhadap perkembangan

sains kimia dan karyanya menjadi rujukan eropah dan asia kecil hingga abad ke

14.Jabir pernah mengarang lebih daripada 100 buah buku,malangnya hanya

terdapat 22 buah sahaja yang ada di Eropah. Antara karyanya yang sering dirujuk

ialah Book of the seventy(disertasi), Book of the composition of alchemy, Book of sun

perfection, kitab al-Rahmah, Kitab tajmik, Book of eastern Mercury. Buku beliau yang

bertajuk Book of the seventy(disertasi) ,Book of the composition of alchemy dan

Book of sun perfection telah diterjemahkan kedalam bahasa latin dan telah menulis

secara saintifik tindak balas penurunan(reduction) serta pengkalsinan(calcinations).

Dia juga pakar dalam cara penyediaan ubat dan telah memperkenalkan kepada

dunia istilah baru seperti alkali dan antimoni yang masih digunakan hingga ke hari

ini.

HUNAYN IBNU ISHAQ (810-878M)

Hunayn merupakan penterjemah dan pengamal perubatan yang

terkenal.Beliau dikenali sebagai Joannitus, lahir di hirah(Iraq). Telah mempelajari

ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Mutawakil talah melantik Hunayn sebagai

doktor di istana dan dilantik sebagai pengarah institut al-hikmah oleh khalifah al-

ma’mun. Antara sumbangan Hunayn ialah mengumpul manuskrip yunani dan

mempelajari bahasa tersebut serta beliau dapat manterjemahkan buku meteria

medica, Aphorisma, seven books dan synopsis yang masing-maisng ditulis oleh

Dioscorides, Hippocrates, Paul A.Egina dan Oribasius. Beliau juga telah menulis

sendiri 10 treatis mengenai mata dan persoalan-persoalan perubatan(questions of

medicine) yang sesuai oleh penuntut oftalmologi dan perubatan

 

Page 10: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh 333

THABIT IBNU QURAH (838-901M)

Thabit Ibnu Qurah juga terkenal sebagai ahli matematik, astronomi, dan

perubatan.beliau telah menterjemah buku dalam bahasa yunani dan Siriak kapada

bahas arab. Beliau adalah pelopor pusat penterjemahan dan beliau telah

manterjemah buku karangan Apolinius, Archimedes, Euclid, Ptolemy dan

Gelen.Selain daripada terjemahan beliau juga telah menyusun secara teratur ilmu

perubatan yunani kedalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab. Kandungan

buku ini menyentuh tentang kebersihan,penyakit terlindung dan terbuka, penyakit

kulit, penyakit eksrtemiti atas dan bawah, penyakit berjangkit seperti cacar, dan

measel, fraktur, dislokasi dan diet(pemakanan)

ABU YUSOF IBNU ISHAQ AL-KINDI (809-873M)

Beliau dikenali sebagai di Eropah dengan galaran al-Kindi.Beliau anak

seorang gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah(809M).Memperolehi

pendidikan di Basrah dan sepas itu berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan

pelajaran dan dilantik sebagai pegawai perubatan dan guru diraja semasa

pemerintahan al-ma’mun dan al-Mu’tasim. Hasil kerjanya yang meliputi pelbagai

aspek bidang ilmu ,dengan ini bolehlah dikatakan beliau seorang cedikiawan yang

serba boleh. Al- Kindi telah menulis lebih daripada 265 jilid buku.diantara bidang

yang beliau tulis ialah falsafah, logik, ilmu hisab,sferik, perubatan, astrologi, polemik,

psikologi, politik, meteorologi dan banyak lagi. Tetapi kebanyakannya dipercayai

telah hilang dan musnah akibat daripada serangan monggol. Karya al-Kindi telah

disenaraikan dalam bidang perubatan oleh Atiyeh(1966M). Antara karya beliau yang

diterjemahkan kedalam bahasa latin ialah The Books of Optics telah mempengaruhi

Roger Bacon dan sintis-saintis lain di Eropah. Al-Kindi telah menggunakan prinsip

matematik dalam perkiraan dos ubat .