Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

36

Transcript of Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

Page 1: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013
Page 2: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

Pencapaian SL1M Skim Latihan 1Malaysia

Suku Pertama 2013 Januari . Februari . Mac

Skim Latihan 1Malaysia

Seksyen Pembangunan Modal Insan

Unit Perancang Ekonomi

Jabatan Perdana Menteri, Malaysia

Page 3: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013
Page 4: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013
Page 5: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

0

Page 6: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

1

Laporan Suku Pertama Tahun 2013 Program SL1M

1. Latar Belakang Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah berjaya membantu 10,701 graduan sejak

pelancarannya pada 1 Jun 2011 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia. Dari jumlah itu 8,985 peserta SL1M yang telah berjaya mendapatkan

pekerjaan dan 1,716 peserta lagi sedang dibantu atau masih menjalani latihan di bawah Program

SL1M. Pada tahun ini, pihak SL1M berhasrat untuk membantu sekurang-kurangnya 4,000 lagi

graduan terutamanya graduan miskin atau yang tinggal di kawasan pedalaman untuk

meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat

pekerjaan yang lebih baik.

Setakat Jan-Mac 2013 seramai 2,439 graduan telah berdaftar dengan Program SL1M.

Walaupun baki kuota peserta hanya tinggal 1,561 bagi tahun ini, sukacita dimaklumkan bahawa

Sekretariat akan menambah lagi bilangan peserta selaras dengan permintaan dari pihak industri.

Justeru, pada penggal pertama 2013, pihak SL1M telah menggalakkan lebih banyak penyertaan

dari syarikat-syarikat swasta untuk membuka pintu dan memberi peluang latihan kepada para

graduan. Sehubungan dengan ini, SL1M menjalinkan kerjasama yang erat dengan agensi

Kerajaan, GLCs dan pihak swasta melalui pelaksanaan Program Outreach SL1M 2013.

Page 7: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

2

Antara agensi dan syarikat yang terlibat ialah TalentCorp., My-Partners, Unit

Pembangunan Tenaga Kerja Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Tabung Ekonomi Gagasan Anak

Bumiputera Sarawak (TEGAS), BN Youth, Pemuda BN Sarawak, Persekutuan Majikan-Majikan

Malaysia (MEF), JobsMalaysia, Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (McD), Kulim (M) Berhad,

Parkson Corp. Sdn. Bhd., Kontena Nasional Berhad, Maybank Berhad, Bursa Malaysia Berhad,

Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Gamuda Berhad, Percetakan Nasional Malaysia Berhad

(PNMB), Boustead Holdings Berhad, Astro, Telekom Malaysia, Malaysia Airlines dan lain-lain

syarikat lagi. Agensi-agensi dan syarikat-syarikat ini telah memberi sokongan padu sepenuhnya

dalam bentuk kos perbelanjaan, promosi serta pelaksanaan program SL1M dengan baik.

2. Syarat-syarat Untuk Graduan

Syarat-syarat Peserta SL1M telah dikemaskini dan dipertingkatkan lagi untuk memastikan kualiti

peserta SL1M dalam keadaan yang terbaik. Antara syarat-syarat baru yang diperkenalkan ialah

graduan haruslah mempunyai keperibadian positif serta komited untuk mengikuti Program SL1M

selaras dengan kehendak industri. Graduan juga diberi sebanyak tiga (3) kali jemputan tawaran

untuk menyertai tiga (3) syarikat atau tiga (3) program yang berlainan. Graduan akan menerima

tawaran rasmi Program SL1M melalui e-mel dan diikuti dua (2) panggilan telefon. Panggilan

pertama bertujuan untuk memaklumkan tawaran telah dihantar dan jawapan perlu diberikan

melalui slip borang yang disediakan sebelum tarikh tutup. Manakala panggilan kedua, untuk

mengingatkan mereka untuk menghadiri temuduga atau sesi pendaftaran. Kegagalan memberi

sebarang maklum balas atau alasan yang remeh dari pemohon SL1M akan dianggap pemohon

tersebut tidak berminat untuk menyertai Program SL1M serta boleh berdikari dan berjaya

memperolehi pekerjaan dengan inisiatif sendiri. Justeru, permohonan graduan sebagai peserta

SL1M akan terbatal secara automatik setelah menolak tiga kali tawaran dari Sekretariat SL1M.

Page 8: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

3

3. Saluran Maklum Balas

Bagi meningkatkan kualiti Program SL1M, pelbagai saluran telah diadakan untuk para graduan,

ibu bapa serta syarikat bagi memberi sebarang cadangan, luahan perasaan atau penambahbaikan

program. Antaranya, dengan cara menghubungi Sekretariat melalui talian tetap yang disediakan

atau telefon peribadi Sekretariat, menghantar e-mel kepada e-mel SL1M atau e-mel peribadi

Sekretariat, mengajukan soalan di sistem FMS EPU, menghantar surat melalui pos, menggunakan

facebook SL1M, laman web SL1M EPU serta boleh berjumpa secara terus di pejabat SL1M juga

ketika SL1M mengadakan Program Outreach. SL1M akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk

membantu setiap para graduan yang mempunyai inisiatif untuk mengubah nasib diri.

4. Promosi SL1M Bagi tujuan mempromosikan SL1M dengan lebih menyeluruh, SL1M telah bekerjasama dengan

Pasukan Komunikasi Negara, Pejabat Perdana Menteri bagi menerbitkan dokumentari mengenai

SL1M. Dokumentari khas SL1M ini akan disiarkan di setiap saluran di bawah Media Prima

terutamanya Buletin Utama TV3. SL1M juga telah bekerjasama dengan RTM untuk tujuan yang

sama. Pengambaran telah diadakan di syarikat-syarikat yang menyertai SL1M serta wakil-wakil

graduan SL1M yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan. SL1M turut ditemuduga oleh kolumnis

jemputan dari Talent Corp bagi artikel Graduates Employability di akhbar The Star baru-baru ini.

Pelbagai sidang media dan siaran akhbar mengenai SL1M juga turut mambantu mempromosikan

SL1M.

Page 9: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

4

5. Pelaksanaan Program SL1M bagi suku pertama tahun 2013

Pihak SL1M sedang berusaha mendapatkan sambutan dan penyertaan yang lebih banyak

daripada syarikat-syarikat swasta (kecil dan sederhana). Pihak SL1M juga menggalakkan syarikat-

syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) untuk membuat pengambilan pelatih SL1M yang baru sebagai

satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat masing-masing serta memberi komitmen

yang tinggi dalam membantu untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan di luar bandar.

Bagi menghargai peranan pihak swasta dalam menjayakan program SL1M, Kerajaan telah

melonggarkan syarat-syarat Insentif Potongan Cukai Berganda yang berkuatkuasa mulai 1 Jun

2012 sehingga 31 Disember 2016 ke atas perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat. Syarikat layak

untuk mendapat insentif potongan cukai tersebut berdasarkan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi

setiap peserta SL1M walaupun peserta tersebut tidak diserap oleh syarikat tersebut. Walau

bagaimanapun pihak syarikat adalah digalakkan untuk membantu peserta tersebut untuk

mendapatkan pekerjaan di syarikat lain melalui ‘networking’ yang sedia ada.

Program Outreach Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) ini diteruskan lagi bagi menarik lebih

banyak penyertaan syarikat-syarikat swasta serta para graduan untuk menjayakan lagi program

ini. Setakat suku tahun ini, Program Outreach SL1M telah diadakan dengan jayanya di negeri

Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak

a) Peringkat Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) BN Youth Job Fair Kedah 2013 di Alor Setar, Kedah

Tempat : Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar Tarikh : 31 Januari – 1 Februari 2013 (Khamis - Jumaat) Bil. Tetamu yang hadir : 5,000 orang Bil. Syarikat yang hadir : 83 buah syarikat Dirasmikan oleh : YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia

Page 10: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

5

b) Peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang ) BN Youth Job Fair Terengganu 2013 di Kuala Terengganu, Terengganu

Tempat : Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu Tarikh : 22 – 23 Februari 2013 (Jumaat – Sabtu) Bil. Tetamu yang hadir : 5,000 orang Bil. Syarikat yang hadir : 80 buah syarikat Dirasmikan oleh : YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia

c) Peringkat Negeri Sabah BN Youth Job Fair Sabah 2013 di Tawau, Sabah

Tempat : Dewan Masyarakat Tawau Tarikh : 2 - 3 Mac 2013 (Sabtu - Ahad) Bil. Tetamu yang hadir : 4,000 orang Bil. Syarikat yang hadir : 63 buah syarikat Dirasmikan oleh : YB Dato' Seri Mohd Shafie Apdal

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

d) Peringkat Negeri Sarawak Pelancaran Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Negeri Sarawak Karnival KerjaYA Pemuda BN Sarawak & Sarawak Career and Training (SCaT)

Tempat : Dataran Sibu Fasa Dua, Sibu, Sarawak Tarikh : 7 - 8 Mac 2013 (Khamis – Jumaat) Bil. Tetamu yang hadir : 4,000 orang Bil. Syarikat yang hadir : 100 buah syarikat Dirasmikan oleh : YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak

Page 11: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

6

YAB Perdana Menteri sedang mendengar penerangan Program SL1M daripada Ketua Sekretariat SL1M, Puan Hjh Norashikin sambil diperhatikan oleh YB Khairy Jamaluddin dan YBhg. Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Para pengunjung yang datang ke Karnival Kerjaya dan Pameran SL1M tidak putus-putus membanjiri tapak pameran tersebut.

Program Outreach dan Pameran SL1M di

BN Youth Job Fair Kedah 2013 _____________________________________________________________________________

PROGRAM Outreach SL1M 2013 membuka tirainya

melalui BN Youth Job Fair Kedah 2013 pada 31

Januari hingga 1 Februari 2013, di Stadium Sultan

Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Program ini

diadakan sempena Himpunan Orang Muda Kedah

dan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun

Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sebanyak 83 buah syarikat menawarkan

pelbagai peluang pekerjaan termasuk beberapa

agensi kerajaan dan syarikat korporat kepada

5,000 pengunjung khususnya dari Negeri Kedah.

Antara syarikat korporat dan agensi kerajaan lain

yang terlibat ialah Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Perbadanan

Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Proton Holdings Berhad, UEM Group Berhad, Wilayah Ekonomi

Koridor Utara (NCER), MY.E.G. Services Berhad, The Scicom Academy, Pizza Hut, KFC, Red Tone dan

lain-lain.

Karnival ini sangat unik kerana ia bukan sahaja membantu golongan belia untuk mendapatkan

pekerjaan malah membuka ruang kepada mereka untuk menceburi bidang perniagaan. Turut dilancarkan

oleh YAB Perdana Menteri semasa karnival tersebut ialah Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).

YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak ketinggalan untuk turun padang bersama rakyat Negeri Kedah untuk memeriahkan lagi Karnival.

Page 12: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

7

YAB Perdana Menteri dan tetamu kehormat turun padang untuk bersama rakyat Terengganu di Karnival Kerjaya dengan berslogankan ‘Janji Ditepati’.

Program Outreach dan Pameran SL1M di

BN Youth Job Fair Terengganu 2013 ________________________________________________________________________________ BN Youth Job Fair 2013 diteruskan lagi di

Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada

22 dan 23 Februari 2013. Karnival ini dirasmikan

oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak,

Perdana Menteri Malaysia bersempena Program

Jelajah Janji Ditepati (PJJD) Terengganu. Lebih

daripada 4,000 pengunjung mengunjungi karnival

tersebut yang disertai oleh 80 syarikat korporat,

agensi kerajaan dan pusat latihan. Antara agensi

kerajaan dan syarikat korporat lain yang terlibat

ialah Majlis Amanah Raya (MARA), Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Perbadanan

Usahawan Nasional Berhad (PUNB), UMW Holdings Berhad, Celcom Axiata Berhad, MY.E.G. Services

Berhad, Padiberas Nasional (BERNAS) Malaysia, KFC, Red Tone, Bank Islam dan lain-lain.

Menurut Pengerusi BN Youth Job Fair 2013, Saudara Nazir Hussin Akhtar Hussin “Program ini

bukan berteraskan politik, tetapi sebagai rasa tanggungjawab untuk memastikan golongan belia mendapat

peluang untuk berjaya dalam apa pun bidang yang mereka mahu”.

Semangat warga Terengganu sangat berkobar- kobar untuk mengubah nasib keluarga, Agama, Bangsa dan Negara.

Booth SL1M menjadi tumpuan graduan untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai SL1M dan terus mendaftar untuk menjadi Peserta SL1M di pameran tersebut.

Page 13: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

8

Program Outreach & Pameran SL1M di BN Youth Job Fair Sabah 2013 ________________________________________________________________________________

PADA 2 dan 3 Mac 2013, BN Youth Job Fair

telah diadakan buat kali ketiga di Sabah bertempat

di Dewan Masyarakat Tawau selepas

penganjurannya di Kota Kinabalu (2011) dan

Sandakan (2012). Karnival ini telah dirasmikan

oleh YB Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal,

Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.

Penyertaan SL1M di Karnival kali ini merupakan

kesinambungan dari pelancaran Program SL1M

buat pertama kali di Sabah yang disempurnakan

oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri

Panglima Musa Hj. Aman pada 2 Oktober 2012

di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

Terdapat pelbagai peluang perniagaan, francais, pinjaman perniagaan dan peluang latihan

kemahiran dalam pelbagai industri ditawarkan di Karnival BN Youth Job Fair ini khusus untuk golongan belia

di Sabah yang ingin mengubah penghidupan mereka menjadi lebih cemerlang.

Para pengunjung telah membanjiri Karnival di Tawau sejak dari awal pagi lagi.

Gambar Kiri: Majlis Pelancaran Program Outreach SL1M 2012 Peringkat Negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman pada 2 Oktober 2012 yang lalu di UMS Kampus Kota Kinabalu.

Gambar Tengah dan Kanan: Booth SL1M yang menjadi tumpuan para pengunjung dan pihak media di BN Youth Job Fair 2013 Tawau.

Page 14: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

9

Lebih 4,000 pengunjung telah membanjiri Karnival ini yang merupakan anjuran kali ketiga

BN Youth Job Fair 2013 selepas menjelajah ke negeri Kedah dan Terengganu. Karnival yang disertai oleh

pelbagai agensi kerajaan dan syarikat korporat seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN Nasional,

SME Corp, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Petroliam Nasional (Petronas), UEM Group

Berhad, Celcom Axiata Berhad, AmBank, Tan Chong Motor dan Red Tone turut menghimpunkan kira-kira

53 buah syarikat lain di bawah satu bumbung bagi menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dan

pelbagai peluang lain kepada rakyat di Sabah amnya dan di Tawau khususnya. Sekretariat SL1M telah

dijemput khas untuk mewar-warkan faedah-faedah menyertai Program SL1M kepada syarikat dan para

graduan di ketiga-tiga Karnival BN Youth Job Fair 2013 di Kedah, Terengganu dan Sabah pada bulan

Februari dan Mac tahun ini.

YB Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal dan tetamu kehormat melawat ke booth SL1M.

Page 15: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

10

Sekitar majlis pelancaran Karnival KerjaYA Pemuda BN Sarawak, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) & Sarawak Career and Training (SCaT) yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.

Pelancaran Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Negeri Sarawak Karnival KerjaYA Pemuda BN Sarawak &

Sarawak Career and Training (SCaT) ________________________________________________________________________________

PADA 7 dan 8 Mac 2013, Karnival KerjaYA Pemuda

Barisan Nasional (BN) Sarawak telah berlangsung

di Dataran Sibu Fasa Dua, Sibu, Sarawak. Karnival

ini telah dirasmikan oleh YAB Pehin Sri

Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak

bersama isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak,

YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang;

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani;

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, YBhg Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar;

Menteri Kewangan Kedua Sarawak, YB Dato’ Sri Wong Soon Koh serta isteri Datin Sri Pauline Leong;

Pesuruhjaya Polis Sarawak, YBhg Datuk Acryl Sani Bin Abdullah Sani; Ketua Pemuda BN Sarawak

merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof;

Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), YBhg Datuk Fatimah Abdullah

dan dif-dif kehormat lain turut hadir menyerikan majlis. Karnival selama dua hari ini telah dianjurkan oleh

Pemuda BN Sarawak dengan sokongan Unit Pembangunan Tenaga Kerja, Jabatan Ketua Menteri

(UPTK,JKM); SL1M - Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) serta Tabung

Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS).

YAB Ketua Menteri Sarawak menerima cenderahati UPE, JPM dari Ketua Sekretariat SL1M.

Page 16: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

11

Para pengunjung mengambil peluang untuk mendekati dan mendapatkan maklumat dari majikan di booth karnival kerjaya sekalipun hujan lebat membanjiri khemah pameran.

Kira-kira 100 majikan swasta, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan latihan serta syarikat

korporat seperti Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Sarawak

Economic Development Corporation (SEDC), Parkson, Giant, Celcom, Johor Corporation (KFC Holdings,

Pizza Hut dan KPJ Sibu), Sushi King, Maybank, Telekom Malaysia (TM), GEMS (M) Sdn Bhd dan banyak

lagi.

Seramai 4,000 pengunjung telah datang untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan tawaran

kursus serta tawaran pekerjaan yang bakal mengubah taraf kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Karnival ini juga mendapat sambutan daripada beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta

(IPTA & IPTS) seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Curtin University, Sarawak yang

menawarkan pelbagai jurusan pengajian. Karnival tersebut turut mengenengahkan pelbagai bentuk

pinjaman dan biasiswa pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan seperti Yayasan Sarawak, Baitulmal

Sarawak, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

kepada pelajar yang ingin mengikuti kursus atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Lawatan YAB Ketua Menteri Sarawak ke Booth SL1M yang diiringi oleh Datuk Haji Fadillah dan Pn Hjh Norashikin. YAB Ketua Menteri turut menjadi penderma pertama untuk Tabung Amal Wira Negara.

Page 17: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

12

Sepanjang karnival berlangsung, Tabung Amal Wira Negara turut diedarkan kepada pengunjung

dan kutipan tersebut akan disalurkan kepada semua anggota keselamatan yang bertugas di Lahad Datu dan

derma ikhlas tersebut telah didahului oleh Ketua Menteri Sarawak sendiri. Selain itu, Hadiah Cabutan

Bertuah Program SL1M berupa lima buah motosikal scrambler Demak telah dihadiahkan kepada lima

pengunjung bertuah yang berkunjung ke karnival tersebut.

Pengunjung paling bertuah telah mendapat hadiah utama bagi Cabutan Bertuah Program SL1M iaitu sebuah motosikal scrambler jenama Demak yang disumbangkan oleh salah sebuah syarikat permotoran di Negeri Sarawak. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh YB Dr. Annuar Rapaee, ADUN Nangka, Sarawak.

Page 18: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

13

SEPINTAS LALU Aktiviti SL1M bagi Suku Pertama 2013

Page 19: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

14

Mesyuarat Pembentangan Data Bulanan JobsMalaysia kepada SL1M

Tarikh : 7 Januari 2013 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Seksyen Pembangunan Modal Insan,

EPU, JPM

______________________________________________________________________________________

Program SL1M-Maybank 2013

Tarikh : 7 Januari 2013 (Isnin) Masa : 3.00 petang – 5.00 petang Tempat : Akademi Maybank Bangi Jumlah peserta : 48 orang graduan SL1M

Page 20: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

15

Pendaftaran Peserta Program Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) GMI Bangi Kumpulan Pertama

Tarikh : 13 Januari 2013 (Ahad) Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : German-Malaysian Institute (GMI) Kampus Bangi Jumlah peserta : 114 orang graduan SL1M

_______________________________________________________________________________________

Karnival Kerjaya dan Temuduga Terbuka untuk Peserta Program GCAP

Tarikh : 15 Januari 2013 (Selasa) Masa : 11.30 pagi – 3.00 petang Tempat : German-Malaysian Institute (GMI) Kampus Bangi Jumlah peserta : 350 orang termasuk graduan SL1M Jumlah syarikat : 30 buah syarikat

Page 21: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

16

Mesyuarat Perancangan dan Persediaan Program Outreach SL1M Peringkat Negeri Sarawak Kali Pertama

Tarikh : 29 Januari 2013 (Selasa) Masa : 11.30 pagi – 1.00 petang

Tempat : Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak Dipengerusikan oleh : YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

______________________________________________________________________________________

Majlis Graduasi Peserta Program Graduate Career Accelerated Programme

(GCAP)

Tarikh : 8 Februari 2013 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Serbaguna Kementerian Pengajian Tinggi Dirasmikan oleh : YB Dato’ Seri Hj Mohamed Khaled Nordin,

Menteri Pengajian Tinggi

Page 22: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

17

Mesyuarat Perancangan dan Persediaan Program Outreach SL1M Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke-2

Tarikh : 14 Februari 2013 (Khamis) Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat : Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak Dipengerusikan oleh : Dr. Abdul Rahman Deen Pengarah, Unit Pembangunan Tenaga Kerja, Jabatan Ketua Menteri

______________________________________________________________________________________

Mesyuarat Perbentangan Pelaksanaan Program Outreach SL1M Peringkat Negeri Sarawak Bersama Parti Komponen BN Sarawak

Tarikh : 14 Februari 2013 (Khamis) Masa : 2.30 petang – 7.00 petang

Tempat : Wisma PBB, Kuching, Sarawak Dipengerusikan oleh : YB Datuk Dr Stephen Rundi Anak Utom

Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar) & Menteri Muda Kemudahan Awam Sarawak (Elektrik dan Telekomunikasi)

Page 23: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

18

Majlis Graduasi Peserta Kumpulan Pertama Program GCAP GMI Bangi

Tarikh : 16 Februari 2013 (Sabtu) Masa : 8.00 malam – 11.30 malam Tempat : German-Malaysian Institute (GMI) Kampus Bangi Jumlah peserta : 114 orang graduan SL1M

____________________________________________________________________________________________________________

Pendaftaran GCAP GMI Bangi Kumpulan Ke-2

Tarikh : 17 Februari 2013 (Ahad) Masa : 3.00 petang – 6.30 petang Tempat : German-Malaysian Institute (GMI) Kampus Bangi Jumlah peserta : 144 orang graduan SL1M

Page 24: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

19

Mesyuarat Pengurusan Bajet Bersama TalentCorp

Tarikh : 21 Februari 2013 (Khamis) Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang Tempat : GEMS Malaysia Sdn Bhd, Talent Corporation Malaysia Berhad,

Putrajaya

______________________________________________________________________________________

Sidang Media serta Mesyuarat Perancangan dan Persediaan Program Outreach SL1M Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke-3

Tarikh : 25 Februari 2013 (Isnin) Masa : 4.00 petang – 7.30 petang Tempat : RH Hotel Sibu, Sarawak Dipengerusikan oleh : YB Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,

Merangkap Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak

Page 25: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

20

Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Bioteknologi

Tarikh : 15 Mac 2013 (Jumaat) Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Manipal International University (MIU) Putra Nilai, Negeri Sembilan Dirasmikan oleh : YB Dato’ Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

____________________________________________________________________________________

Pendaftaran GCAP Kolej Masterskill Ipoh

Tarikh : 18 Mac 2013 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 7.00 petang Tempat : Kolej Masterskill Kampus Ipoh Jumlah peserta : 50 orang graduan SL1M

Page 26: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

21

Sesi Temuduga Terbuka McDonald's untuk Peserta SL1M

Tarikh : 19 Mac 2013 (Selasa) Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang Tempat : McDonald’s Jalan Silang, Kuala Lumpur Jumah peserta yang hadir : 47 orang graduan SL1M

______________________________________________________________________________________

Wawancara Kolumnis Jemputan dari TalentCorp dengan

Ketua Sekretariat SL1M bagi Artikel Graduates Employability di Akhbar The Star

Tarikh : 21 Mac 2013 (Khamis) Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat PMI, EPU, JPM

Page 27: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

22

Sidang Media Semasa Mesyuarat Graduate Employability Taskforce (GET)

Tarikh : 21 Mac 2013 (Khamis) Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat B6, EPU, JPM

______________________________________________________________________________________

Page 28: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

23

Penggambaran Dokumentari Berkenaan Pencapaian SL1M 2013

di Siaran TV3 dan RTM

Page 29: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

24

Penggambaran bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan salah seorang bekas peserta SL1M – ITBM berstatus orang kelainan upaya yang kini mengembangkan kerjayanya di ITBM.

Penggambaran bersama Ketua Sekretariat SL1M, Pn Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail serta Sekretariat SL1M di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Penggambaran bersama bekas peserta SL1M-Maybank yang telah diserap masuk berkhidmat di Maybank dan pengurusan Maybank di Menara Maybank.

Page 30: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

25

Penggambaran bersama bekas peserta SL1M, Encik Ong Chin Eng yang kini berkerjaya sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Shimano Component di kebun getah kepunyaan majikan ayahnya di mana beliau dan ayahnya mengambil upah menoreh di Tangkak, Johor.

Penggambaran bersama bekas peserta SL1M-GEES Petronas, Encik Mohammad Faris Ridzuan yang kini bertugas dengan Petronas dan pengurusan Petronas di, Menara Berkembar Petronas.

Penggambaran bersama bekas peserta–peserta SL1M yang telah diserap masuk berkhidmat di Dell dan pihak pengurusan Dell di Dell Cyberjaya.

Page 31: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

26

Penggambaran bersama Cik Vimleswary Sivasubramaniam dan keluarganya yang membela lembu susu di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Penggambaran bersama bekas peserta SL1M, Cik Vimleswary Sivasubramaniam yang kini bertugas sebagai Pegawai Sumber Manusia di Shell Cyberjaya.

Penggambaran bersama bekas-bekas peserta SL1M yang telah berjaya iaitu Gambar kiri : Cik Noriza Alias seorang graduan dari keluarga miskin di Tumpat kini bertugas sebagai Pegawai Pemasaran. Gambar tengah : Peserta-peserta SL1M-Dell yang kini sudah bekerja tetap di Dell, Cyberjaya Gambar kanan : Cik Anita Sude, anak penebang pokok sagu dari keluarga Melanau Kristian di Dalat Sarawak kini bekerja di Kuala Lumpur sebagai

Pegawai Pentadbiran.

Page 32: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

27

Statistik SL1M bagi Suku Pertama 2013

Page 33: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

28

STATISTIK TERKINI SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) JANUARI – MAC 2013

Status Peserta Program SL1M Bil. Peserta

Peserta yang berjaya mendapat pekerjaan

Jun 2011 – Disember 2012 8,262 Januari – Mac 2013 723

Peserta yang masih di dalam program/sedang dibantu 1,716 Jumlah 10,701

Sila rujuk Jadual 3 Jadual 1 : Status Peserta Program SL1M

Target Peserta SL1M pada 2013 Bil. Peserta Bil. Peserta yang berdaftar dengan SL1M (Jan – Mac 2013) 2,439 Baki kuota bil. peserta untuk tahun 2013 (Apr – Dis 2013) 1,561 Jumlah Kuota untuk 2013 4,000*

*Bilangan peserta akan ditambah mengikut permintaan industri

Jadual 2 : Target Peserta SL1M pada 2013

Negeri Peserta yang

masih di dalam program/sedang

dibantu

Peserta yang sudah berjaya Jumlah

Selangor 170 116 286 Kuala Lumpur 69 42 111 Putrajaya 19 9 28 Kelantan 189 58 247 Terengganu 181 50 231 Pahang 106 43 149 Perlis 27 11 38 Pulau Pinang 50 32 82 Kedah 165 98 263 Perak 129 100 229 Melaka 36 18 54 Negeri Sembilan 65 24 89 Johor 140 71 211 Sabah 263 29 292 Sarawak 103 22 125 Labuan 4 0 4 Jumlah 1,716 723 2,439

Jadual 3 : Statistik Bilangan Peserta SL1M Mengikut Negeri bagi Suku Tahun Pertama (Jan – Mac) 2013

Page 34: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

29

Syarikat yang berminat dengan SL1M Bil. Syarikat GLCs & Swasta 109

Sila rujuk Rajah 1 Jadual 4 : Syarikat yang berminat dengan SL1M

Rajah 1 : Bil. Peserta yang diberi Tawaran Program SL1M bagi bulan Jan - Mac 2013

No. Sektor Syarikat SL1M bagi Jan - Mac 2013 Bil. Peserta yang diberi tawaran

Bil. peserta yang menerima tawaran

1 Perkhidmatan 5420 442

2 Kewangan dan Pelaburan 754 48

3 Pengangkutan dan Logistik 640 15

4 Maklumat dan Komunikasi 388 100

5 Pertanian dan Perladangan 109 25

6 Pembinaan dan Hartanah 28 25

Jumlah 7339 655

* Syarikat-syarikat akan menjalankan proses saringan dan temuduga dari masa ke semasa

Jadual 5 : Sektor-sektor syarikat SL1M bagi Jan - Mac 2013

2500

2500

600

520

388 300 110 109

94 70 60

50 28 10 Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd.

My-Partners Sdn. Bhd. (GCAP)Maybank BerhadMalaysia AirlinesTelekom MalaysiaASTROKontena Nasional Bhd.Kulim (M) BerhadBank Pembangunan Malaysia BerhadParkson Corp. Sdn. Bhd.Bursa Malaysia BerhadPercetakan Nasional Malaysia Bhd.Gamuda BerhadBoustead Holdings Bhd.

Antara syarikat-syarikat yang membuka tawaran kepada graduan SL1M

Jumlah Peserta = 7339 graduan

Page 35: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013

30

Sekalung Penghargaan

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang erat, secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada agensi-agensi kerajaan, swasta dan individu-individu yang telah merealisasikan Program SL1M ini secara tanggungjawab korporat sosial atau amal jariah bagi membantu mengubah nasib para graduan khususnya dari keluarga berpendapatan rendah dan kawasan pedalaman. Hanya Tuhan sahajalah yang dapat membalas jasa dan budi baik yang telah dicurahkan selama ini. Semoga usaha murni yang dihulur dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

Setulus ikhlas daripada:

Sekretariat SL1M Skim Latihan 1Malaysia Seksyen Pembangunan Modal Insan Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Aras 3, Blok B5, Kompleks JPM Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502, Putrajaya Tel : 03-8872 5336 / 5291/ 5337/ 3393/ 3386/ 3387/ 3388/ 3390 Fax : 03-8888 3857 E-mel : [email protected] Laman Web : www.epu.gov.my/sl1m Facebook : Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) © Hak Cipta Terpelihara

Page 36: Pencapaian SL1M Suku Tahun Pertama 2013