Pencemaran Alam Sekitar .Tt
-
Upload
tharani-pradhaa-kannan -
Category
Documents
-
view
29 -
download
6
description
Transcript of Pencemaran Alam Sekitar .Tt
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang
mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini, era
pemodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan
begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan
terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia. Pencemaran alam sekitar
menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Punca utama yang
menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang kritikal adalah disebabkan
tangan manusia sendiri. Sifat materialistik yang ada dalam kalangan masyarakat pada hari ini
sukar untuk mengatasi masalah pencemaran di atas muka bumi ini. Oleh yang demikian,
semua golongan masyarakat perlulah sedar akan kepentingan alam sekitar terhadap mereka.
Bumi adalah satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem dan organisma secara bebas.
Kita seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini dengan sebaik mungkin. Sepatutnya kita
melahirkan sifat keprihatian kita terhadap alam sekitar dengan mencintainya dan rasa hormat
atas sumbangan yag diberikan. Alam sekitar yang bersih dan menarik mencerminkan
masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.