PENCEMARAN BUNYI

38
PENCEMARAN BUNYI Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB). Klasifikasi Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis : Kebisingan selenjar Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan. Kebisingan fluktasi Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap. Hentakan impuls Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang-seli Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan. Punca Pencemaran Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah : Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan

Transcript of PENCEMARAN BUNYI

Page 1: PENCEMARAN BUNYI

PENCEMARAN BUNYI

Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).

Klasifikasi Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :

Kebisingan selenjarIni adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

Kebisingan fluktasiKebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.

Hentakan impulsIni merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.

Kebisingan selang-seliKebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca Pencemaran

Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :

Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.

Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga. Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat. Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran bunyi : Wujud pelbagai penyakit

Page 2: PENCEMARAN BUNYI

Menjejaskan produktiviti Gangguan psikologi Hilang imbangan diri Pekak Kesan kepada ibu yang mengandung

http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/as_pencemaran_tanah.asp

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.

Punca Pencemaran

Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah ).

Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.

Kesan Pencemaran

Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi  biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

Punca Pencemaran

Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti  sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.

Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis. Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan

hakisan tanah yang seterusnya  mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

Kesan Pencemaran

Page 3: PENCEMARAN BUNYI

Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain. Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan

minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/kuliah/ekopantai/11.htm

 BAB 11 KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP PERSEKITARAN

PANTAI

PengenalanPencemaran

Pencemaran Logam BeratPencemaran PestisidPencemaran Haba

Kumbahan Dan EutrofikasiCat Anticemar

Blum Alga ToksikTumpahan Minyak

Pengumpulan Tumbuhan dan Haiwan MarinPencemaran Spesies Baru

Perubahan Zon PantaiPeningkatan Aras Laut

Page 4: PENCEMARAN BUNYI

BAB 11KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP PERSEKITARAN PANTAI PengenalanSejak dahulu lagi, kawasan pantai telah dimanfaatkan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan. Manusia memperoleh pelbagai jenis hidupan laut sebagai makanan. Laut yang terbentang luas yang bersambung secara langsung dengan sungai pula mempermudahkan manusia untuk bergerak dari satu tempat dengan tempat lain. Disamping itu, pantai juga menyediakan tempat yang sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan manusia.  Pada masa ini, kebergantungan manusia terhadap kawasan pantai semakin meningkat. Disebabkan kedudukannya yang strategik, kawasan pantai telah digunakan untuk mendirikan pelabuhan, limbungan, pangkalan tentera laut, pusat pelancongan dan kawasan-kawasan rekreasi. Corak penggunaan yang semakin meningkat ini boleh dilihat di banyak kawasan pantai di seluruh dunia. Penggunaan kawasan pantai secara berterusan akan memberi kesan besar terhadap ekosistem ini. Sesetengah kesan ini boleh dielakkan atau dikurangkan melalui pendidikan manakala yang lain memerlukan pelaksanaan undang-undang. Dalam bab ini, beberapa kesan akibat daripada kegiatan manusia akan dibincangkan.  Pencemaran Kawasan laut selalu dianggap sebagai satu kawasan pembuangan yang paling sesuai untuk bahan-bahan buangan manusia. Untuk sekian lama, manusia beranggapan bahawa lautan yang luas mampu untuk menyerap segala bahan-bahan yang dilambakkan ini. Sekarang manusia mula menyedari bahawa biarpun seluas mana laut, laut tidak akan mampu untuk menyerap kesemua buangan. Ada sesetengah bahan biarpun wujud dalam jumlah yang sedikit mampu memberi kesan yang besar terhadap komuniti lain.  Pencemaran Logam Berat Logam berat seperti raksa, kadmium dan plumbum merupakan komponen semulajadi persekitaran. Namun, apabila kepekatan logam-logam ini tinggi daripada biasa, logam-logam ini akan menjadi satu ancaman kesihatan kepada manusia. Kawasan pantai kerap dicemari oleh logam-logam berat yang terdapat dalam air buangan dari kawasan industri dan kegiatan perlombongan. Air buangan ini selalunya tidak dirawat terlebih dahulu tetapi disalurkan terus ke longkang-longkang yang kemudiannya akan memasuki kawasan pantai melalui sistem sungai.

Page 5: PENCEMARAN BUNYI

 Biarpun kandungannya mungkin rendah di air, namun disebabkan logam berat ini boleh memasuki rantai makanan, kesannya boleh dilihat pada hidupan lain yang hidup jauh dari sumber pencemaran. Kesannya mungkin tidak dirasai serta-merta tetapi mungkin akan disedari selepas beberapa tahun.  Sesetengah organisma marin berkemampuan mempertingkatkan kesan bahan toksik dengan mengumpul logam berat di dalam jasad pada kepekatan yang jauh lebih tinggi daripada kepekatan di air. Kepekatan bahan kimia ini dipertingkatkan oleh hidupan air melalui proses yang dikenali sebagai magnifikasi biologi atau biotumpukan. Melalui proses ini, kandungan logam berat dalam jasad organisma di aras trofik yang lebih tinggi adalah lebih pekat daripada yang ditemui dalam jasad haiwan aras trofik sebelumnya. Peningkatan kepekatan ini berlaku kerana logam berat tidak digunakan oleh organisma sebaliknya terkumpul dalam tisu. Apabila beberapa individu dimakan oleh haiwan karnivor aras trofik yang lebih tinggi, karnivor ini menerima kesemua logam daripada setiap individu yang dimakan. Maka kepekatan logam berat di dalam karnivor dipertingkatkan. Sekiranya rantai makanan panjang, maka kepekatan logam berat yang cukup tinggi boleh dikesan di dalam jasad karnivor yang teratas di rantai makanan tersebut. Memandangkan manusia pada kebiasaannya memakan organisma yang menduduki aras trofik yang tinggi (seperti ikan tuna), maka manusia terdedah kepada bahaya keracunan logam berat. Satu kes klasik tentang keracunan logam berat adalah kes keracunan di Teluk Minimata. Pada tahun 1930, sebuah kilang kimia telah dibina di Teluk Minimata, Jepun. Hasil sampingan daripada kilang ini mengandungi bahan raksa yang disalurkan terus ke teluk. Melalui proses magnifikasi biologi, kepekatan raksa yang tinggi telah terkumpul dalam ikan marin dan kerang-kerangan. Ikan dan kerang-kerangan ini seterusnya telah dimakan oleh penduduk tempatan. Selepas 15 tahun, satu penyakit neurologi mula dikesan di kalangan penduduk terutama kanak-kanak. Penyakit aneh ini dikenali sebagai penyakit Minimata. Pada tahun 1959, keracunan raksa telah dicamkan sebagai punca penyakit. Hanya pada tahun 1960 keracunan raksa ini dapat dibuktikan berpunca daripada air buangan daripada kilang kimia yang telah beroperasi semenjak tahun 1930 itu. Selain mempunyai kesan buruk terhadap manusia, keracunan logam berat boleh juga membunuh hidupan liar. Pada tahun 1979, lebih kurang 2000 ekor burung kebanyakannya Calidris alpina telah mati di kawasan muara Mersey, di United Kingdom. Kandungan plumbum dalam hati burung-burung yang mati ini adalah sekitar 10 ppm berat

Page 6: PENCEMARAN BUNYI

kering. Punca plumbum ini ialah daripada efluen kilang yang sampai pada burung ini melalui makanannya iaitu Macoma balthica (1 ppm) dan Nereis diversicolor (0.2 ppm). Pencemaran PestisidPestisid adalah bahan kimia organik dan bukan organik yang diwujudkan oleh manusia untuk mengawal bakteria, haiwan dan serangga perosak. Namun begitu, penggunaannya secara berterusan dan tanpa kawalan boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran terutama sekali sekiranya pestisid ini bersifat kekal. Pestisid kekal yang lengai ini, tidak boleh diurai melalui proses kimia mahupun melalui kegiatan biologi. Lagi pun, pestisid jenis ini juga memperlihatkan sifat biotumpukan. Diklorodifeniltrikloroetana atau singkatannya DDT adalah satu contoh baik untuk melihat kesan biotumpukan pestisid.  DDT adalah pestisid sintetik dalam kumpulan hidrokarbon berklorin yang pertama diwujudkan. Pestisid ini telah digunakan pada tahun 1945 dan telah dianggap sebagai rahmat kerana telah berjaya memusnahkan pelbagai jenis serangga perosak. Pada masa yang sama, pestisid ini tidak berbahaya pada manusia. Namun, pestisid ini mempunyai beberapa sifat yang boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran. DDT adalah sebatian yang sangat stabil dan boleh kekal di persekitaran untuk jangka waktu yang sangat lama. Pestisid ini juga tidak larut dalam air tetapi larut dalam lemak atau lipid. Walaupun DDT tidak digunakan di persekitaran marin secara langsung, namun bahan kimia ini telah memasuki jaringan makanan marin melalui air larian dari daratan, hujan dan kegiatan membuang sisa-sisa ke sistem air. Akibatnya, DDT telah dikesan dalam organisma marin termasuklah dalam haiwan yang tinggal jauh di Antartika. Karnivor yang menduduki aras tinggi dalam rantai makanan memperlihatkan aras DDT yang tinggi. DDT memasuki rantai makanan di persekitaran marin melalui plankton. DDT diserap oleh permukaan plankton atau pun dilarutkan oleh lipid. Disebabkan bahan kimia ini tidak digunakan dalam metabolisme, proses biomagnifikasi berupaya memekatnya pada setiap aras trofik yang dilalui sehinggalah ke karnivor teratas.  DDT mempunyai kesan yang buruk terhadap burung-burung marin. Paras DDT yang tinggi dalam jasad burung akan mengganggu pembentukan kulit telur. Ini menyebabkan telur yang dihasilkan mempunyai kulit yang nipis dan mudah pecah.  

Page 7: PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran HabaDisebabkan kedudukannya yang strategik, kawasan pantai telah digunakan untuk menempatkan stesen penjana kuasa. Untuk tujuan penyejukan, air laut digunakan dan air yang telah dipanaskan ini dikembalikan semula ke laut. Keadaan ini menimbulkan apa yang dikenali sebagai pencemaran haba. Suhu air buangan stesen penjana kuasa ini selalunya beberapa darjah lebih panas daripada suhu air sekeliling.  Di kawasan temperat, kesan pada biasanya terbatas di kawasan sekitar saluran keluar pencemaran itu. Misalnya di Maine, United Kingdom, kajian mendapati bahawa alga perang seperti Ascophyllum dan Fucus tidak hidup di air yang dipanaskan ke 27 0C - 30 0C akibat pencemaran haba dari stesen penjana kuasa. Namun begitu, kajian yang sama mendapati alga hijau Enteromorpha intestinalis meningkat dengan banyaknya di kawasan saluran keluar pencemaran.  Di kawasan tropika, kesan pencemaran haba adalah lebih teruk daripada apa yang dilihat di kawasan temperat. Ini disebabkan hidupan marin di kawasan tropika hidup di suhu air yang sudah hampir kepada suhu maksimum. Sebarang peningkatan suhu akan mendedahkan organisma ini kepada bahaya kematian. Di Florida misalnya, kawasan rumput laut dan batu karang telah musnah oleh discaj stesen penjana nuklear. Pencemaran haba ini turut menjejaskan kawasan hutan bakau. Suhu air yang tinggi mengganggu proses pembiakan pokok bakau sehinggakan anak benih bakau tidak dapat dihasilkan. Kumbahan Dan EutrofikasiKegiatan perbandaran yang pantas dan penambahan bilangan penduduk yang cepat telah memburukkan lagi masalah pembetungan disebabkan kemudahan rawatan kumbahan tidak dapat memenuhi segala permintaan. Di banyak negara, kumbahan mentah dilepaskan terus ke perairan pantai. Air kumbahan ini menyumbangkan nutrien, bahan pepejal terampai, bahan terlarut, minyak, logam seperti arsenik, raksa, kromium, plumbum dan mangan dalam kuantiti yang tinggi ke sistem pantai. Bahan-bahan cemar ini akan menimbulkan banyak masalah pencemaran.  Kewujudan pepejal terampai dalam jumlah yang banyak akan mempertingkatkan pemendakan dan kekeruhan air. Kekeruhan yang tinggi akan mengganggu proses penukaran karbon dioksida ke oksigen melalui proses fotosintesis. Permintaan oksigen biologi juga turut bertambah disebabkan oleh kehadiran pepejal terampai ini. Pada kes-kes yang ekstrem, kehadiran bahan organik yang tinggi menyebabkan

Page 8: PENCEMARAN BUNYI

kandungan oksigen menjadi begitu rendah sehingga boleh membunuh ikan-ikan. Walaupun nutrien sangat perlu untuk habitat akuatik, namun kehadiran nutrien yang terlalu banyak akan mewujudkan suatu keadaan yang dikenali sebagai proses eutrofikasi. Proses pengayaan ini akan merangsang pertumbuhan alga bentik terutama alga hijau seperti Enteromorpha, Cladophora dan Ulva. Sekiranya pertumbuhan sederhana, alga-alga ini boleh menstabilkan sedimen dan menjadi sumber makanan kepada hidupan lain. Namun begitu, sekiranya pertumbuhan terlalu pesat, kehadiran alga tebal yang berserabut memberi kesan buruk kepada hidupan invertebrat yang bersembunyi di sedimen memandangkan bekalan oksigen di sedimen menurun. Kehadiran alga bentik secara keterlaluan juga akan menyebabkan pengurangan bilangan burung dan ikan disebabkan haiwan-haiwan ini tidak dapat menggunakan dataran selut dan pasir. Selain daripada merangsang pertumbuhan alga bentik, proses eutrofikasi juga boleh merangsang blum alga dan merubah komuniti hidupan iaitu daripada komuniti yang berpenghasilan rendah tapi memperlihatkan kepelbagaian yang tinggi ke komuniti berpenghasilan tinggi tetapi memperlihatkan kepelbagaian hidupan yang rendah.  Untuk pantai berbatu yang mempunyai pergerakan air yang mencukupi, kesan pencemaran terbatas di sekitar kawasan aliran keluar kumbahan. Kesan pencemaran yang lebih ketara boleh dilihat di kawasan teluk yang tertutup, pelabuhan atau muara. Di sini, masa penukaran air adalah panjang. Penyelerakan bahan cemar bergantung terutamanya pada kitar pasang-surut yang akan membantu membawa efluen ke tengah laut. Walaupun kesan ekologi air kumbahan kemungkinan besar terbatas untuk kebanyakan pantai, namun wujud beberapa masalah kesihatan umum. Haiwan pemakan turas seperti kupang dan kima mampu mengumpul dan memekatkan patogen kumbahan. Ini menjadikan kerangan-kerangan ini tidak boleh dimakan oleh manusia. Selama ini, mandi-manda di air yang dicemari dengan kumbahan dianggap tidak meninggalkan kesan besar kecualilah kalau pencemaran itu sungguh ketara. Kemasinan air laut dan sinaran ultralembayung yang tinggi dianggap boleh membunuh serta-merta organisma pembawa penyakit. Tetapi, di banyak kawasan pantai, airnya begitu keruh sekali. Kekeruhan yang tinggi akan menghalang kemasukan sinaran ultralembayung ke dalam air. Kajian-kajian epidemiologi yang terbaru memperlihatkan bahawa insiden jangkitan penyakit yang merengsakan seperti jangkitan telinga, kerongkong dan

Page 9: PENCEMARAN BUNYI

perut semakin meningkat di kalangan orang ramai yang mandi-manda di kawasan yang dicemari oleh kumbahan. Persoalan sama ada penyakit berbahaya boleh dijangkiti melalui air laut yang tercemar dengan bahan kumbahan masih hangat diperbincangkan. Kesan kehadiran patogen virus di persekitaran masih belum diketahui dan ini menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat. Satu strategi untuk membersihkan kawasan pantai adalah dengan memanjangkan paip-paip yang menyalurkan air kumbahan jauh ke tengah laut. Melalui rawatan primer, pepejal kasar biasanya disaring terlebih dahulu sebelum dibebaskan ke persekitaran. Sekiranya penyerakan baik dan sekiranya bahan-bahan ini tidak dibawa balik ke kawasan pantai oleh angin dan arus, maka ini adalah pilihan yang baik. Masalah akan timbul apabila paip-paip ini tidak cukup panjang ataupun diletakkan di tempat yang tidak sesuai yang menyebabkan bahan kumbahan ini dibawa balik ke pantai oleh arus. Satu lagi pilihan ialah dengan melakukan rawatan sekunder. Melalui rawatan ini, pepejal terampai dan BOD air kumbahan dapat dikurangkan. Rawatan tertier pula akan mengurangkan lagi nutrient dan BOD. Namun begitu, kos rawatan tertier ini adalah mahal.

 Cat AnticemarSejak dahulu lagi ahli sains telah sedar bahawa bahan larut lesap seperti kuprum daripada cat anticemar boleh menyebabkan pencemaran kawasan pelabuhan tetapi kerisauan masyarakat umum semakin bertambah dengan adanya bukti baru tentang kesan buruk cat yang mengandungi tributiltin (TBT) iaitu satu bahan organotin. TBT adalah toksik kepada banyak hidupan laut dan bahan ini boleh membunuh hidupan marin biarpun pada kepekatan yang sangat rendah, iaitu satu nanogram per liter. Malangnya, kepekatan bahan ini di perairan pantai mungkin mencecah 40 ng per liter manakala di kawasan pelabuhan dan marina kepekatan mungkin mencapai 900 ng per liter. Kebanyakan TBT di perairan pantai berasal daripada cat yang digunakan untuk mengecat kapal layar dan kapal-kapal rekreasi. Cat ini melepaskan bahan biosid ke air untuk membunuh organisma pencemar.  Biosid yang digunakan ini meninggalkan kesan ekologi. Sebelum ini, kesan racun ini terbatas di kawasan muara dan pelabuhan yang berhampiran dengan kawasan industri. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, disebabkan terdapat peningkatan bilangan marina dan kegiatan menggunakan kapal untuk tujuan rekreasi, kesan ekologi telah diperluaskan dengan melibatkan kawasan muara dan teluk yang bersih. Di sesetengah tempat yang mempunyai pantai yang lurus, kesannya boleh dirasai di seluruh pantai. Untuk kawasan tertutup, kehadiran kapal yang banyak boleh mengakibatkan aras TBT

Page 10: PENCEMARAN BUNYI

meningkat begitu tinggi sehingga boleh membunuh spesies hidupan komersial dan bukan komersial ataupun mempengaruhi pertumbuhan dan pembiakan hidupan-hidupan ini. Kehadiran TBT juga boleh memusnahkan industri akuakultur kerana bahan ini boleh membunuh dan mencacatkan organisma yang diternak. Blum Alga ToksikKejadian ombak merah yang terhasil akibat kehadiran dinoflagelat toksik dan alga-alga lain adalah kejadian semula jadi. Kejadian ini boleh menyebabkan kematian banyak haiwan-haiwan di pantai-pantai berdasaran lembut ataupun keras. Ombak merah ini mampu mengurangkan bilangan haiwan peragut dan haiwan yang memerlukan ruang yang luas untuk hidup seperti teritip dan kupang. Ruang-ruang yang kosong ini akan diambil alih oleh populasi alga.Ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa eutrofikasi akibat kegiatan manusia bertanggungjawab terhadap kejadian pasang merah. Blum yang teruk seperti yang disebabkan oleh Gyrodinium aureolum, Ceratium spp. dan Chrysochromulina polylepis di Laut Utara telah membunuh ikan dan invertebrat pantai. Kejadian ini juga telah membinasakan kegiatan akuakultur di kawasan ini. Tumpahan MinyakDi laut, tumpahan minyak boleh berlaku disebabkan kemalangan yang melibatkan kapal pembawa minyak atau kemalangan di pelantar minyak. Di daratan, tumpahan minyak juga boleh berlaku akibat kemalangan yang melibatkan telaga minyak, stesen penapis minyak, saluran paip yang membawa minyak atau pun lori pembawa minyak. Setiap tahun, begitu banyak sekali tumpahan minyak telah dilaporkan. Kebanyakan tumpahan minyak ini melibatkan jumlah minyak yang kecil. Namun begitu, malapetaka tumpahan minyak yang melibatkan beribu-ribu liter minyak kerap berlaku (Jadual 11.1). Jumlah keseluruhan minyak yang tumpah tidaklah dapat dipastikan tetapi dianggarkan bahawa setiap juta metrik tan minyak yang diangkut setiap tahun, sekitar 1 metrik tan hilang disebabkan tumpahan. Kebanyakannya kehilangan minyak ini disebabkan kemalangan kapal pembawa minyak.  Jumlah minyak yang tumpah tidaklah begitu penting dari segi kesannya terhadap persekitaran. Tumpahan yang paling besar pernah dicatatkan adalah daripada telaga minyak Ixtoc 1 yang meletup pada tahun 1979 di Teluk Mexico.   

Jadual 11.1 Kejadian Tumpahan Minyak Yang Utama

Nama kapal atau Tahun Minyak yang tumpah

Page 11: PENCEMARAN BUNYI

instalasi (tan)Persian Gulf 1991 > 1 jutaIxtoc 1 1979 500,000Amoco Cadiz 1978 233,000Torrey Canyon 1967 100,000Khark 5 1989 70,000Metula 1974 51,000Exxon Valdez 1989 38,000Urquiola 1976 30,000Aragon 1989 25,000

 

Page 12: PENCEMARAN BUNYI

Adalah dianggarkan sebanyak 500,000 tan minyak dibebaskan ke laut. Namun disebabkan tindakan angin dan arus, minyak ini tidak sampai ke pantai. Minyak tersebut tersebar dan hancur berkecai di laut lepas. Sebaliknya, tumpahan yang lebih kecil iaitu dari kapal Amoco Cadiz yang tenggelam di Selat Inggeris pada tahun 1978, telah merosakkan beratus-ratus kilometer pantai Brittany. Dalam malapetaka ini, sebanyak 233,000 tan minyak telah tumpah dan satu pertiga daripadanya sampai ke pantai untuk mencemari 320 km pantai. Tumpahan ini telah mencemari atau memusnahkan hidupan marin yang bernilai komersial seperti kupang, tiram dan udang karang.  Tumpahan minyak boleh menimbulkan banyak masalah. Pantai-pantai yang cantik menjadi kotor dan tidak boleh digunakan lagi sebagai tempat rekreasi. Malapetaka ini turut menjejaskan ekonomi masyarakat tempatan kerana memusnahkan kegiatan menangkap ikan, pelancongan dan kegiatan lain yang bergantung kepada persekitaran yang bersih. Moluska yang boleh dimakan seperti kima, kerang dan tiram akan mempunyai rasa berminyak. Kawasan kerang-kerangan terpaksa ditutup untuk jangka masa yang panjang kerana tumpahan minyak ini. Kawasan-kawasan perikanan musnah apabila tumpahan minyak berlaku di kawasan ikan bertelur. Minyak mentah yang tumpah di laut lepas boleh membunuh burung marin dan memerang. Lapisan minyak di badan haiwan ini akan menjadikan badan haiwan menjadi telap air. Haiwan ini akan mati sama ada disebabkan lemas, kepenatan atau kesejukan. Selain daripada kesan jangka pendek, tumpahan minyak juga akan memberi kesan jangka panjang. Minyak yang sampai ke pantai akan melitupi kawasan cetek subtidal dan intertidal. Ketoksikan minyak ini kepada hidupan bergantung kepada jenis minyak dan tahap penguraian yang berlaku di laut. Kerapkali, kegiatan memadam api dan kerja-kerja pembersihan membunuh lebih banyak hidupan laut jika dibandingkan dengan kematian disebabkan oleh minyak yang tumpah itu sendiri. Ini memandangkan pelbagai bahan kimia seperti detergen digunakan untuk memecah atau menyelerakkan minyak. Detergen ini adalah toksik kepada hidupan marin. Kajian mendapati bahawa organisma batu karang terjejas teruk dan kawasan bakau bersama-sama hidupannya musnah sama sekali akibat tumpahan minyak. Kajian ini juga mendapati bahawa kadar kematian hidupan yang tinggal di dasaran adalah tinggi. Sesetengah spesies hapus sama sekali dan bilangan haiwan secara keseluruhannya berkurangan. Sebagai contoh, selepas tumpahan minyak dari Torrey Canyon dan Amoco Cadiz, haiwan dwiinjap terutamanya siput razor (Solen, Ensis, Pharus), kerang (Cerastoderma edule) dan landak laut hati (Echinocardium) terjejas teruk. Sebaliknya, dwiinjap seperti

Page 13: PENCEMARAN BUNYI

Telinna spp. dan Mya renia terselamat. Lelompat pasir (Talitrus saltator) dan ampipod eulitoral (Ampelisca brevicornis) mengalami kadar kematian yang sangat tinggi sementara ampipod dan isopod lain tidak terjejas. Kajian ini juga mendapati sesetengah haiwan seperti poliket memperlihatkan daya mudah pulih yang tinggi terhadap tumpahan minyak.  Pengumpulan Tumbuhan Dan Haiwan Marin Kemungkinan besar, penggunaan awal laut oleh manusia adalah untuk mencari makanan. Populasi manusia yang awal ini menangkap pelbagai jenis ikan yang hidup di muara dan lagun. Pada masa itu, ikan ditangkap menggunakan perkakas menangkap ikan yang mudah seperti tempuling, panah, pancing, perangkap dan jaring. Selain daripada itu, ada juga penduduk pantai yang menangkap ikan menggunakan pelbagai ekstrak tumbuhan seperti tuba untuk melemahkan atau membunuh ikan. Di Japan, burung dendang air telah digunakan semenjak turun temurun untuk menangkap ikan di kawasan pantai. Leher burung ini diikat agar menghalang burung ini memakan ikan yang ditangkap. Di negara-negara miskin, desakan untuk sumber makan oleh masyarakat telah meningkatkan lagi eksploitasi kawasan pantai. Untuk negara-negara ini, pengumpulan kerang-kerangan dan hidupan laut yang lain merupakan unsur penting kegiatan manusia yang tinggal di pinggir pantai. Hidupan laut seperti landak laut, teritip, pelbagai jenis siput dwicangkerang, teripang, sotong kurita dan pelbagai jenis ketam dikumpul untuk makanan. Pada peringkat awal, pengumpulan kerang-kerangan dan hidupan marin merupakan aktiviti sara hidup semata-mata. Lama kelamaan, kegiatan ini bertukar wajah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan. Sekadar contoh, pada suatu masa dahulu, tiram merupakan makanan untuk orang miskin. Sekarang ini tiram tidak dikutip untuk kegunaan sendiri semata-mata tetapi untuk dijual kepada pengusaha restoran mewah untuk dinikmati oleh masyarakat yang berada. Di banyak negara, rumpai laut turut dikumpulkan daripada perairan pantai untuk dijadikan makanan. Di Eropah dan di beberapa negara di Timur Jauh, rumpai laut seperti Palmaria, Chondrus dan Porphyra telah dikumpulkan dan digunakan sebagai makanan sejak turun temurun. Selain dijadikan makanan, rumpai laut boleh digunakan untuk mendapatkan sumber fikokoloid. Alga merah seperti Gelidium, Gracilaria dan Pterocladia telah digunakan untuk mendapatkan agar manakala Chondrus dan Eucheuma digunakan untuk mendapatkan karagenan. Alga perang pula dituai untuk mendapatkan asid alginat yang digunakan dalam pelbagai jenis barangan seperti kosmetik, produk farmaseutikal, bir, aiskrim, krim muka dan syampu.

Page 14: PENCEMARAN BUNYI

Memandangkan pentingnya rumpai laut kepada industri dan sebagai makanan, usaha untuk menanam secara komersial telah dimulakan di negara-negara Timur Jauh terutama di China, Jepun dan Korea. Di kebanyakan negara, rumpai laut di kawasan semulajadi atau yang terapung dikutip dengan menggunakan tangan. Namun begitu, ada juga negara yang telah beralih kepada kaedah penuaian secara berjentera. Dengan kaedah ini, lebih banyak rumpai laut boleh dikumpulkan untuk tujuan industri. Kaedah penuaian berjentera telah digunakan untuk menuai Laminaria dan Ascophyllum di Norway, Ascophyllum di Maine dan Macrocystis di California. Selain daripada pengumpulan untuk tujuan makanan, invertebrat marin juga dikumpulkan dalam kuantiti yang banyak untuk digunakan sebagai umpan dalam kegiatan menangkap ikan secara komersial mahupun untuk tujuan rekreasi. Kupang-kupang disingkirkan dari habitatnya untuk mendapatkan cacing yang hidup di kawasan ini. Batu-batu tongkol di kawasan pantai diterbalikkan dalam usaha untuk mendapatkan ketam lembut manakala kawasan berpasir dan berselut digali untuk mendapatkan cacing. Pengumpulan siput-siput hiasan dan haiwan pantai lain sebagai cenderamata telah menjadi satu sumber pendapatan penting di banyak negara di dunia ini (Rajah 11.1). Selain daripada menjualnya pada para pelancong, perniagaan yang pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan ini telah berkembang menjadi kegiatan eksport yang penting untuk sesetengah negara seperti Afrika, Filipina, Indonesia, Thailand dan India. Pengumpulan tumbuhan dan haiwan pantai sama ada untuk makanan, umpan, cenderamata atau untuk tujuan industri, bukan setakat

menjejaskan haiwan-haiwan yang dikutip tetapi mempunyai kesan kepada komuniti lain. Sekiranya kadar eksploitasi sederhana, tanda-tanda perikanan lampau pertumbuhan (growth over fishing) akan kelihatan. Haiwan-haiwan yang dikumpulkan mempunyai saiz badan yang kecil memandangkan haiwan-haiwan ini diambil terlalu cepat sehinggakan haiwan ini tidak sempat untuk membesar. Sekiranya kadar eksploitasi tinggi, populasi boleh dikurangkan ke satu tahap yang tidak membenarkan spesies ini membiak cepat untuk mengekalkan populasinya. Keadaan ini

Rajah 11.1 Kerang-kerangan yang biasa dikutip untuk dijadikan cenderamata. (a) Cassis cornuta ( b) Cypraea tigris (c) Strombus sinuatus (d) Cassis tuberosa (e) Cypraea pantherina (f) Lambis scorpius (g) Lambis digitata

 

Page 15: PENCEMARAN BUNYI

dikenali sebagai perikanan lampau pengrekrutan (recruitment over fishing). Pengutipan secara selektif turut menjejaskan imbangan jantina dalam sesuatu populasi Untuk limpet, pengambilan haiwan betina semata-mata akan mengubah nisbah jantina dan mengurangkan pengeluaran telur untuk populasi tersebut.  Manusia berkemampuan untuk mengeksploitasi secara berlebihan sehingga setengah-setengah haiwan menjadi “pupus” dari kawasan tersebut. Sekadar contoh, landak laut Paracentrotus lividus sebelum ini banyak ditemui di pantai Peranchis Utara, tetapi kajian yang dilakukan pada tahun 1980-an mendapati haiwan ini semakin sukar ditemui. Selain daripada faktor cuaca, dipercayai kesukaran menemui haiwan ini adalah disebabkan eksploitasi yang tinggi untuk mendapatkan gonad. Gonad ini menjadi makanan istimewa di Peranchis. Di Afrika Timur, kowari yang dikutip untuk hiasan sekarang ini sukar ditemui lagi di kawasan yang kadar eksploitasi tinggi. Namun begitu, siput ini masih banyak di kawasan yang terpencil dan tidak mempunyai ramai penduduk. Pengutipan haiwan tertentu boleh memberi kesan pada keseluruhan komuniti di kawasan tersebut. Pengutipan haiwan yang memerlukan ruang luas seperti teritip, kupang atau tunikat bersaiz besar akan membuka ruang kosong dan memulakan satu proses sesaran. Sekiranya kadar eksploitasi rendah, pengutipan peragut sedentari seperti limpet akan memulakan proses sesaran secara kecil-kecilan. Tetapi sekiranya eksploitasi tinggi, kawasan itu akan dikuasai sepenuhnya oleh populasi alga.  Pengutipan secara selektif turut mengganggu interaksi antara populasi. Pengutipan gastropod pemangsa atau tapak sulaiman misalnya akan meningkatkan bilangan haiwan mangsa seperti teritip atau kupang. Spesies yang tidak digemari oleh manusia seperti gastropod Siphonaria akan berkembang baik disebabkan pengurangan pesaing seperti Fissularia yang merupakan makanan manusia dan dikutip dengan banyak.  Pengutipan rumpai laut yang rimbun dari kawasan pantai akan memberi kesan kepada komuniti lain. Kehilangan kanopi akan menyebabkan proses sesaran dimulakan dan diikuti pula oleh proses pemulihan. Sekiranya tumbuhan dituai dan masih mempunyai keupayaan untuk berkembang secara vegetatif, tumbuhan mungkin memerlukan satu atau dua tahun untuk mencapai kepadatan populasi yang asal. Namun sekiranya bahagian basal terganggu, proses pemulihan populasi akan mengambil masa. Macrocystis, kelpa gergasi yang dituai secara berjentera di California mempunyai beberapa meristem di batangnya. Ini membenarkan kelpa ini tumbuh semula

Page 16: PENCEMARAN BUNYI

selepas dituai. Dengan hilangnya kanopi akibat kegiatan menuai, tumbesaran tumbuhan juvenil dapat berjalan dengan lebih cepat. Sebelum ini, tumbuh-tumbuhan ini terbantut disebabkan kesan naungan oleh tumbuh-tumbuhan lain. Pada masa ini, penuaian Macrocystis meninggalkan kesan ekologi yang minimum. Pengutipan haiwan untuk umpan, sama ada dengan menggondolkan kawasan kerang-kerangan seperti kupang di pantai berbatu atau dengan menggali lubang di kawasan pantai, akan menyebabkan gangguan fizikal yang teruk. Di dataran berselut dan berpasir, kegiatan membuat lubang oleh haiwan menyumbangkan oksigen kepada sedimen. Penggalian untuk mencari umpan dan mengorek sedut akan memusnahkan lubang-lubang yang sedia ada. Tindakan ini juga akan membunuh haiwan yang mengorek lubang di kawasan tersebut. Selain daripada itu, kegiatan itu akan mengurangkan bilangan haiwan umpan itu sendiri. Disebabkan haiwan-haiwan umpan ini bersaiz besar dan berhayat panjang, pertambahan bilangannya mungkin mengambil masa.  Eksploitasi predator peringkat atas mungkin mempunyai kesan yang berpanjangan. Penyingkiran memerang laut, udang karang dan ikan predator misalnya mungkin meninggalkan kesan yang besar terhadap komuniti rumpai laut di kawasan sublitoral. Dengan berkurangnya haiwan-haiwan predator ini, populasi landak laut akan meningkat dengan mendadak dan ini akan menyebabkan ragutan berlebihan ke atas komuniti rumpai laut. Kegiatan pelancongan dan riadah telah menarik ramai orang datang ke kawasan pantai. Kehadiran manusia yang ramai sudah tentu meninggalkan kesan kepada persekitaran ini. Banyak hidupan mati atau habitat musnah akibat terpijak oleh tapak-tapak kaki manusia. Kerosakan yang besar boleh dikesan terutamanya di kawasan pantai yang mempunyai komuniti batu karang. Batu karang jenis bercabang akan musnah apabila dipijak memandangkan strukturnya yang rapuh. Kehadiran perahu atau bot pelancongan akan memburukkan lagi keadaan. Banyak kawasan batu karang musnah akibat kegiatan menaik atau menurunkan sauh ke dasaran. Batu karang mengambil masa yang panjang untuk membesar tetapi manusia mampu memusnahkannya dalam sekelip mata sahaja. Pencemaran Spesies BaruSatu lagi bentuk pencemaran yang patut diberikan perhatian ialah pencemaran disebabkan kemasukan spesies asing ke sesuatu kawasan. Kemasukan haiwan atau tumbuhan baru akan menimbulkan ancaman baru terhadap fauna dan flora tempatan. Ini memandangkan organisma-organisma yang dibawa masuk mungkin berjaya

Page 17: PENCEMARAN BUNYI

membanjiri kawasan baru dan berkembang dengan cepat. Spesies-spesies pendatang ini kemudiannya akan menggantikan spesies asli dan mengganggu dinamik komuniti .  Kegiatan membawa masuk spesies baru boleh berlaku secara sengaja (Jadual 11.2). Dalam usaha untuk mempertingkatkan kegiatan perikanan atau untuk mendapatkan spesies akuakultur, spesies daripada kawasan lain dibawa masuk. Tiram timur (Crassostrea virginica) dan tiram Jepun (Crassostrea gigas) telah dibawa masuk ke muara dan teluk pantai timur Amerika Syarikat untuk tujuan akuakultur. Ikan bass berjalur (Morone saxatilis) juga telah dibawa masuk ke pantai Pasifik dari pantai Atlantik untuk tujuan perikanan.

Semasa membawa masuk spesies baru untuk tujuan perikanan dan akuakultur, tanpa disedari spesies asing yang lain turut dibawa bersama. Satu contoh terbaik adalah rumpai laut perang Sargassum muticum (Rajah 11.2). Rumpai laut ini berasal dari Jepun dan dibawa masuk melalui pemindahan tiram Jepun Crassostrea gigas untuk tujuan akuakultur di Eropah. Di negara asalnya iaitu di Jepun, Sargassum muticum adalah rumpai laut yang bersaiz sederhana dan dianggap tidak penting dari segi ekologi. Tetapi di tempat baru, rumpai laut ini membentuk biojisim yang tinggi dengan jasadnya yang besar lagi rimbun. Di setengah-setengah tempat, rumpai laut ini membentuk spesies yang paling dominan. Sekarang ini, rumpai laut ini boleh ditemui sepanjang pantai selatan kepulauan Britain sehinggalah ke Denmark, Sweden Barat, Belanda, Belanda dan Peranchis. Rumpai laut ini telah menggantikan beberapa spesies rumpai laut tempatan seperti Chorda filum dan mengurangkan kelimpahan Cystoseira dan Halidrys.

Page 18: PENCEMARAN BUNYI

 Walaupun Sargassum muticum telah merebak ke Amerika Syarikat, tetapi kewujudannya tidaklah sesubur di Eropah. Ini mungkin disebabkan oleh kehadiran haiwan pesaing dan peragut (sama seperti yang terdapat di laut Indo-Pasifik) telah berjaya mengawal pertumbuhan spesies ini. Persekitaran fizikal di Eropah mungkin juga lebih sesuai untuk kehidupan rumpai laut ini. Satu lagi cara bagaimana organisma asing terutama teritip dibawa masuk ke sesuatu kawasan secara tidak sengaja ialah melalui kapal. Satu contoh baik ialah spesies teritip Australia Elminius modestus yang telah dibawa masuk ke Britain (Rajah 11.2). Spesies yang telah dikesan pertama kali di pantai Britain di akhir perang dunia kedua, telah dibawa masuk ke Britain oleh kapal-kapal perang. Elminius merebak cepat di sekitar kepulauan Britain dan tanah besar Eropah sama ada melalui sebaran larva atau pergerakan kapal. Spesies in hidup dengan baiknya di kawasan muara dan teluk dan telah menggantikan teritip tempatan seperti Semibalanus balanoides dan Chthamalus montagui. Pada masa in Elminius membentuk sebahagian daripada fauna pantai Eropah Utara dan boleh ditemui dari Scandinavia ke Portugal. Kesan keseluruhannya terhadap dinamik komuniti pantai berbatu adalah kecil memandangkan teritip ini hanya menggantikan beberapa individual spesies tempatan. Di Amerika Syarikat Timur, siput periwinkle Littorina littorea telah dibawa masuk ke Newfoundland pada pertengahan abad ke-19 (Rajah 11.2). Semenjak itu, siput ini telah berkembang baik dan kehadirannya telah mengurangkan dan menggantikan siput asli seperti Ilyanassa obsoleta dan Littorina saxatilis.  Habitat bersedimen telah terjejas dengan kemasukan tumbuhan paya air masin Spartina alterniflora dari Amerika Syarikat ke Britain (Rajah 11.2). Spesies ini telah dibawa masuk untuk tujuan menstabilkan dan menebus guna kawasan selut. Malangnya, S. alterniflora membiak dengan tumbuhan asli S. maritima untuk menghasilkan hibrid tidak subur S. townsendii. Hibrid ini kemudiannya menghasilkan S. anglica yang subur melalui diploidi. S. anglica adalah tumbuhan agresif yang membesar dengan cepat. Tumbuhan ini sekarang menduduki secara meluas kawasan intertidal selut di Britain. Akibatnya, proses sesaran paya air masin ke vegetasi daratan telah dipercepatkan dan ini menghilangkan kawasan mencari makan burung-burung pantai. Terusan Suez telah siap dibina pada tahun 1869. Terusan ini menyediakan satu laluan artifisial antara Laut Merah yang kaya dengan hidupan dengan Laut Mediterranean yang kekurangan hidupan. Banyak spesies hidupan Laut Merah telah menggunakan

Page 19: PENCEMARAN BUNYI

laluan ini untuk berhijrah ke Laut Mediterranean dan sekarang ini beberapa populasi spesies Laut Merah telah bertapak di Laut Mediterranean (Jadual 11.2)  Kebanjiran spesies baru masih berlaku. Satu kajian mendapati bahawa antara 150 hingga 200 invertebrat marin dari pelbagai tempat di seluruh dunia telah bertapak di pantai timur Amerika Syarikat. Untuk Teluk San Francisco sahaja, kebanyakan fauna invertebrat adalah invertebrat yang dibawa masuk. Perubahan Zon PantaiZon pantai berdepan dengan pelbagai desakan. Di banyak tempat di dunia ini, kawasan pantai semakin mengecil disebabkan kegiatan pembangunan pantai yang sedang rancak dijalankan. Selain itu, zon ini juga menghadapi ancaman kenaikan aras laut. Ancaman ini merupakan ancaman paling besar yang terpaksa manusia hadapi. Aras laut semakin meningkat di banyak tempat di dunia dan pemanasan dunia akibat kesan rumah hijau akan mempercepatkan proses ini.  Pembangunan kawasan pantai meningkat sejajar dengan peningkatan populasi dunia. Manusia semakin terdesak untuk menggunakan kawasan muara untuk mendapatkan sumber tenaga memandangkan bahan api fosil semakin mahal. Kawasan lagun dan paya ditebus guna untuk memenuhi kehendak manusia yang bertambah ini. Kawasan pantai juga diluruskan untuk kegunaan manusia. Pembangunan kawasan pantai sudah tentu meninggalkan kesan kepada persekitaran. Sebarang pembangunan kawasan pantai akan memendekkan kawasan pantai dan mengurangkan kawasan selut, suak dan paya air masin. Kegiatan pembangunan ini juga akan menghalang saling tukar bahan antara laut dan gumuk pasir. Pengeksportan rumpai laut ke gumuk pasir merupakan punca utama nutrien dan penstabil pasir yang mudah diterbang angin. Pembangunan juga akan meningkatkan kadar hakisan. Sedimen akan menjadi lebih tidak stabil manakala bahan organik akan berkurangan. Kekurangan bahan organik ini akan merendahkan produktiviti invertebrat yang memakan endapan. Produktiviti pantai pasti akan terjejas kerana kawasan pantai tidak lagi menjadi kawasan pembiakan ikan dan kawasan mencari makanan untuk burung. Keadaan menjadi lebih buruk dengan hilangnya kawasan berselut.  Kegiatan membina pelindung pantai selalunya turut melibatkan kegiatan meluruskan tepi laut. Salah satu kesan buruk daripada kegiatan ini ialah pengurangan kepelbagaian habitat. Lagipun, kegiatan ini akan merubah komposisi fauna dan flora di kawasan

Page 20: PENCEMARAN BUNYI

terbabit. Kesan ini akan diburukkan lagi sekiranya aras laut meningkat. Peningkatan Aras LautAncaman paling buruk yang dihadapi oleh kawasan tepi laut di seluruh dunia ialah peningkatan mendadak aras laut disebabkan oleh pemanasan dunia. Pemanasan iklim dunia boleh berlaku melalui pengumpulan terus menerus gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau di atmosfera. Gas-gas ini akan bertindak sebagai satu lapisan kaca di rumah hijau yang menghalang haba dari permukaan bumi kembali ke atmosfera. Gas yang paling utama ialah karbon dioksida. Kepekatan karbon dioksida telah meningkat secara konsisten semenjak zaman revolusi industri pada pertengahan abad ke-18. Semenjak 1720, aras karbon dioksida telah meningkat sebanyak 25%. Gas-gas lain seperti metana, klorofluorokarbon (CFC), nitrous oksida dan ozon turut menyumbangkan kepada pemanasan dunia. Aras metana di atmosfera hanya 1.7 ppm, namun gas ini menyumbangkan 30% kesan rumah hijau (karbon dioksida pula menyumbangkan 50%).  Suhu dunia dijangka meningkat sebanyak 1-2% selewat-lewatnya pada tahun 2030. Peningkatan suhu ini akan meningkatkan aras laut beberapa centimeter ke beberapa meter sebelum akhir abad ke 21. Aras laut akan meningkat dengan empat cara iaitu melalui pengembangan haba, pencairan glasier, pemecahan lapisan ais di Greenland dan pemecahan kepingan ais di Antartika. Peningkatan aras laut adalah berbeza dari satu kawasan dengan kawasan lain. Kawasan yang tenggelam seperti laut Mediterranean akan mengalami kesan yang lebih teruk jika dibandingkan dengan kawasan terangkat seperti Scandinavia. 

http://my.opera.com/karanganbm/blog/masalah-pencemaran-faktor-faktor-penyebab-dan-langkah-langkah-untuk-mengatasinPengenalan

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan

Page 21: PENCEMARAN BUNYI

dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

1.Pencemaran udara 2.Pencemaran air

3.Pencemaran laut

4.Pencemaran bunyi

5.Pencemaran tanah

6.Pencemaran haba

7Pencemaran sungai dan kolam Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada

Page 22: PENCEMARAN BUNYI

pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza. Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

b)Kenal pasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut.

Pencemaran udara Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan

Page 23: PENCEMARAN BUNYI

pembakaran sampah sarap. Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

Pencemaran air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun

Page 24: PENCEMARAN BUNYI

perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar . 3. Pencemaran laut Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya. b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut. c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain. d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut. 4.Pencemaran tanah Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau

Page 25: PENCEMARAN BUNYI

fizik. Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan. Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

5.Pencemaran bunyi Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat

Page 26: PENCEMARAN BUNYI

bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.

c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Kesimpulan Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani

Page 27: PENCEMARAN BUNYI

keadaan ini.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada

Page 28: PENCEMARAN BUNYI

seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:

Page 29: PENCEMARAN BUNYI

a.Pameran b.Kempen-kempen c.Pertandingan d.Projek Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat. Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat ,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

Page 30: PENCEMARAN BUNYI

Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai. C.PERTANDINGAN Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai. D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.