PENCINTA SUKAN: PENGURUSAN...

download PENCINTA SUKAN: PENGURUSAN SUKANpencintasukan.blogspot.com/2013/06/pengurusan-sukan.html2015-09-17Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan

If you can't read please download the document

Transcript of PENCINTA SUKAN: PENGURUSAN...

PENCINTA SUKAN: PENGURUSAN SUKAN

PENCINTA SUKAN

Isnin, 24 Jun 2013

PENGURUSAN SUKAN

Pengenalan

Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang dapat membantu organisasi mencapai objektifnya. Sukan boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Ia juga merupakan sebahagian daripada kerja profesional yang perlu dibayar.

Synder dan Spreitzer(1989), menyatakan sukan bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh badan sukan tersebut. Sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya.

Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. Pertama, pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan. Kedua, pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik profesional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi sebagai suatu bidang yang wajib.

Definisi Pengurusan Sukan

Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai Sebarang gabungan kemahiran kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam kontek sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.

Fungsi pengurusan sukan

Di antara fungsi pengurusan sukan ialah :

1. merancang

2. menyediakan bajet

3. mengawal

4. mengarah

5. mengelola

6. menyediakan jadual pertandingan

7. membuat keputusan

8. menilai

Terdapat tiga elemen utama yang dapat menentukan kejayaan dalam sesebuah pengurusan sukan iaitu:-

a. persediaan profesional

b. sikap profesional

c. perkembangan profesional

Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh seseorang pengurus itu maka kemajuan pengurusan sukan akan memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

Sistem Pertandingan

Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu :

(a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau melawan skor purata.

(b) Pertandingan melawan individu lain.

Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

Jenis pertandingan

Masa yang diperlukan

Alatan dan kemudahan yang ada

Agihan perlawanan yang adil Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan

Kewangan

Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan

Penentuan pemenang dan pemain yang sah

Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah:

Pertandingan berbentuk kejohanan

Pertandingan liga (liga satu pusingan, 2 kumpulan, 3 kumpulan dan 4 kumpulan)

Pertandingan kalah mati

Pertandingan cabar mencabar

Pertandingan berbentuk kejohanan

Pertandingan berbentuk ini membolehkan peserta bertanding dalam beberapa acara yang berlainan berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan pertandingan yang ada. Pertandingan ini boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa hari. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan menetapkan masa sesuatu acara yang dipertandingkan. Antara jenis sukan yang sesuai dengan pertandingan bentuk ini seperti olahraga, renang dan gimnastik.

Sistem Liga (Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM)

Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu pusingan, liga 2 pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan. Jika peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, pertandingan itu dikenali sebagai separa liga.

Contoh bilangan perlawanan

Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga ialah :

N(N-1) di mana N = jumlah pasukan yang

2 mengambil bahagian

Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian

N (N-1) = 6 (6-1)

2 2

= 6x5

2

= 30

2

= 15 perlawanan

atau

Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6,

Potongkan angka tertinggi iaitu 6

Campurkan kesemua nombor tersebut

Jumlah yang diperolehi ialah 15

Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan, jumlah perlawanan yang perlu disusun ialah 15 .

Pertandingan kalah mati

Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua kali.

(a) Kalah mati sekali

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

(i) Bilangan peserta menunggu/bye

Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Contohnya: 14 pasukan bertanding

Bilangan penyertaan 14 pasukan

Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan 16

Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan 16-14 = 2 Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/bye

Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara kumpulan atas dan kumpulan bawah.

Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4. Ini bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan.

(ii) Bilangan perlawanan

Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau pasukan

(iii) Penempatan pilihan atau seeded

Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut :

Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal

Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas sekali

Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu digunakan:

Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas.

Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah.

Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atau dan penanti 3 diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4 membuat undian menentukan kedudukan masing-masing.

(b) Kalah mati dua kali

Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus dari pertandingan. Peserta yang menang di peringkat awal akan memaju ke kanan untuk menjadi johan manakala peserta yang kalah ditempatkan ke kiri.

Cabar mencabar

(a) Pertandingan Sistem tangga

Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar dua peserta lain yang berada di atasnya dengan mengikut kedudukannya. Keistimewaan bentuk ini ialah setiap peserta ditempatkan mengikut kebolehan mereka di akhir pertandingan. Sistem ini digunakan dalam pertandingan tinju.

(b) Pertandingan bentuk piramid atau corong.

Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara berlawan sesama sendiri mengikut tingkatnya pada peringkat awal. Peserta yang berjaya di kalangan mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid atau corong.

Dicatat oleh

Mohd Syamsul Samsuddin

di9:17 PTG

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru

Catatan Lama

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Mohd Syamsul Samsuddin

Lihat profil lengkap saya

Catatan Popular

PENGURUSAN SUKAN

Pengenalan Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang dapat membantu organisasi mencapai obj...

SAINS SUKAN UMS

Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian - HS20 Ahad, 23 Oktober 2011 02:56 | LAST_UPDATED2 | Ditulis oleh Administrator |Sumb...

PENGENALAN SAINS SUKAN

Gambar hiasan by Syamsul Definisi Sains Sukan Sains Sukan ialah satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains dalam sukan. Ia ...

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN

Sejarah Perkembangan Sains Sukan Sejarah perkembangan sains sukan di negara kita secara khususnya adalah tidak nyata dan tersurat. Na...

Arkib Blog

2013

(4)

Jun

(4)SAINS SUKAN UMSPENGURUSAN SUKANSEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKANPENGENALAN SAINS SUKAN

Tema Tetingkap Gambar. Dikuasakan oleh Blogger.