Pendahuluan Hujah Pendapat Ketiga Penutup Rujukan

2
Oleh: Muallim bin Mohd Bakri ACIS UiTM (Terengganu) Pendahuluan Manusia merupakan makhluk Allah SWT yang dikurniakan fitrah dengan menyukai perkara yang baik dan indah. Justeru itu, tidak dapat dinafikan telah menjadi lumrah manusia yang terlalu menyukai sesuatu yang cantik, enak, menarik dan pelbagai lagi perkara yang baik-baik. Begitu juga dari sudut pendengaran, sesungguhnya manusia memang suka mendengar sesuatu ungkapan atau bunyian yang indah dan menarik berbanding bunyian yang menyakitkan atau membingitkan. Lantaran itu, maka wujudlah pelbagai jenis alatan atau bunyian yang membantu mengindahkan lagi suasana bunyi-bunyian kepada pendengaran manusia. Alatan bunyian ini lebih dikenali sebagai alat-alat muzik. Perkembangan alatan muzik ini sentiasa berkembang daripada zaman berzaman. Bermula dengan hanya seutas tali atau hanya berbentuk ketuk-ketukan sehingga- lah ianya bervariasi seiiring dengan sistem teknologi maklumat yang serba canggih kini. Perkembangan yang tercetus ini mendorong mewujudkan pelbagai jenis muzik yang bervariasi dan pelbagai dalam arena industri seni di muka bumi ini. Justeru itu, seiiring dengan perkembangan ini juga telah melahirkan beberapa unsur yang negatif kesan daripada perkembangan alatan muzik tadi. Oleh itu, perkara ini telah menimbulkan persoalan di minda seluruh umat Islam berkaitan hukum muzik dan nyanyian. Bagaimana sesuatu yang harus boleh menjadi haram dan sebagainya. Melalui penulisan ini, penulis rasa bertanggungjawab untuk meghuraikan dan menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan nyanyian dan muzik menurut perspektif Islam. Bagi memudahkan pemahaman bagi para pembaca di dalam mengetahui hukum berkaitan muzik dan nyanyian ini, penulis akan membahagikan kepada empat bahagian hukum yang berkaitan dengannya Bagi golongan ketiga yang berpendapat bahawa nyanyian beserta alatan muzik adalah harus selagi tidak bercampur dengan perkara- perkara yang haram juga mempunyai hujah- hujah mereka tersendiri. Di antara hujah mereka adalah berdasarkan kaedah Fiqh yang menjelaskan bahawa Asal sesuatu perkara itu adalah harus. Kaedah ini jelas menunjuk- kan bahawa asal sesuatu perkara adalah harus sehingga tibanya sesuatu dalil yang menunjuk- kan pengharamannya. Justeru itu, mereka berpendapat bahawa segala dalil-dalil yang mengatakan pengharaman terhadap penggunaan alatan muzik adalah tidak relevan sama sekali kerana kekuatan dalil-dalil tersebut dapat dipertikaikan. Kaedah-kaedah pertikaian para fuqafaberkaitan dengan hujah masing- masing tidak dapat penulis huraikan dalam penulisan ini kerana ianya memerlukan pemahaman yang teliti terhadap ilmu-ilmu Usul Fiqh yang memerlukan pembelajaran yang sempurna. Berdasarkan pendapat dan hujah-hujah daripada ketiga-tiga golongan di atas, jelas menunjukkan bahawa pendapat golongan yang ketiga adalah lebih relevan diterima kerana bersesuaian dengan keadaan zaman kini. Bahkan sekiranya dilihat daripada kekuatan dalil-dalil yang dikemukakan oleh golongan yang mengharamkan alatan muzik adalah tidak kuat serta boleh dipertikaikan. Selain daripada tidak bebas daripada kritikan, terdapat banyak Hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim yang menjelaskan bahawa RasuluLlah saw membenarkan nyanyian dan penggunaan alatan muzik seperti rebana (al-Duf) di dalam keramaian seperti perkahwinan, hari raya, menyambut tetamu jauh dan sebagainya. Berdasarkan hujah-hujah ini, jelas menunjukkan bahawa pendapat golongan pertama adalah tidak relevan sama sekali untuk di terima kerana terdapat keraguan dari sudut penghujahan mereka. Manakala pendapat golongan kedua yang berpendapat bahawa alatan muzik seperti rebana (al-Duf) sahaja yang boleh di terima penggunaannya adalah suatu pandangan yang tidak begitu tepat kerana masih tiada lagi dalil-dalil yang berkredibiliti atau berautoriti yang menjelaskan mengenai pengharaman alatan muzik selain rebana (al-Duf). Oleh yang demikian, jelaslah di sini bahawa penggunaan alatan muzik adalah harus selagi tidak membawa kepada kemungkaran atau kemaksiatan. Malahan pendapat ini juga turut dipersetujui oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md. Saleh. Beliau berpendapat nyanyian nasyid yang dicampuri dengan alatan muzik masa kini adalah harus hukumnya. Namun begitu hendaklah tidak melampaui batas-batas shara c dari segi penyanyi, muzik, senikata dan suasana agar tidak menyebabkan lalai daripada menunaikan tanggungjawab agama. Namun begitu, walaupun secara kesimpulannya penggunaan alat muzik dibenarkan berdasarkan pendapat ulamadan para Fuqahakontemporari, tetapi terdapat syarat-syarat lain yang harus dipatuhi agar alunan muzik tersebut tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. InsyaAllah, penulis akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang syarat-syarat tersebut dan beberapa lagi siri hukum berkaitan nyanyian dan muzik di dalam penulisan yang akan datang. Ahmad bin c Ali bin Hajr al- c Asqalani (2000), Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, 18 j. c. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al- c Ilmiyyah. c Abd al-Rahman al-Jaziri (2000), al-Fiqh c ala al- Madhahib al-Arba c ah, 5 j. Kaherah: Dar al-Hadith Abdullah Yusof (1999), Kegiatan Seni Dan Hiburan Dalam Islam Serta Hukumnya (Seni dan Hiburan Dalam Perspektif Islam), c. 1. Kuala Lumpur: Tinta Islah Ahmad al-Sharbasi (Dr.) (t.t), Yasalunaka fi al-Din wa al-Hayat, 7 j. Beirut: Dar al-Jil Ghazali, al-Imam Abi Hamid Muhammad bin Muhammad al-(1996), Ihyac Ulum al- Din, 5 j. c. 1. Mansurah: Maktabah Iman H.M Toha Yahya Omar MA (Prof.)(1964), Hukum Seni Muzik – Seni Suara Dan Seni Tari Dalam Islam, c. 1. Jakarta: Penerbit Widjaya Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1998), Zad al-Ma c ad Fi Hadi Khair al- c Ibad, j. 2, Beirut, Lubnan: Muassasah al-Risalah Ibn al-Qudamah (1996), al-Mughni, 16 j. c.1. Kaherah: Dar al-Hadith Imam Abi Zakariya Yahya Bin Sharf al-Nawawi al-Dimashqi (t.t), Raudah al- Thalibin, 8 j. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al- c Imiyyah Jalal al-Din c Abd al-Rahman Bin Abi Bakr al-Sayuti (t.t), al-Ashbah Wa al-Nazair, c. 1. Beirut: Maktabah al- c Asiriyyah JMM/BFB/351/670/Jld.2(76). Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md Saleh (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) kepada Muallim bin Mohd Bakri (penulis), 24 Ogos 2007 Mubar Kafuri, al-Imam al-Hafiz Abi al- c Ula Muhammad c Abd al-Rahman Ibn c Abd al -Rahim al-(2001), Tuhfah al-Ahwadhi, 9 j. c. 1. Kaherah: Dar al-Hadith Qurtubi, Abi c AbduLlah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-(2002), al-Jami c li Ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi), 10 j. Kaherah: Dar al-Hadith Sharbini, Shams al-Din Muhammad bin Muhammad al-Khatib al-(2000), Mughni al- Muhtaj, 6 j. Kaherah: al-Maktabah al-Taufiqiyyah Wahbah al-Zuhayli (Prof.) (Dr.) (2002), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 11 j. c. 4. Birut: Dar al-Fikr Yusuf al-Qaradawi (Dr.) (2001), Fatawa Mu c asarah, 3 j. c. 9. Kaherah: Dar al-Qalam Hujah Pendapat Ketiga Penutup Rujukan Al-Qalam 1 Al-Qalam 4

Transcript of Pendahuluan Hujah Pendapat Ketiga Penutup Rujukan

Page 1: Pendahuluan Hujah Pendapat Ketiga Penutup Rujukan

Oleh: Mu’allim bin Mohd Bakri

ACIS UiTM (Terengganu)

Pendahuluan

Manusia merupakan makhluk Allah

SWT yang dikurniakan fitrah dengan menyukai

perkara yang baik dan indah. Justeru itu, tidak

dapat dinafikan telah menjadi lumrah manusia

yang terlalu menyukai sesuatu yang cantik,

enak, menarik dan pelbagai lagi perkara yang

baik-baik. Begitu juga dari sudut pendengaran,

sesungguhnya manusia memang suka

mendengar sesuatu ungkapan atau bunyian

yang indah dan menarik berbanding bunyian

yang menyakitkan atau membingitkan.

Lantaran itu, maka wujudlah pelbagai jenis

alatan atau bunyian yang membantu

mengindahkan lagi suasana bunyi-bunyian

kepada pendengaran manusia.

Alatan bunyian ini lebih dikenali sebagai

alat-alat muzik. Perkembangan alatan muzik ini

sentiasa berkembang daripada zaman

berzaman. Bermula dengan hanya seutas tali

atau hanya berbentuk ketuk-ketukan sehingga-

lah ianya bervariasi seiiring dengan sistem

teknologi maklumat yang serba canggih kini.

Perkembangan yang tercetus ini mendorong

mewujudkan pelbagai jenis muzik yang

bervariasi dan pelbagai dalam arena industri

seni di muka bumi ini. Justeru itu, seiiring

dengan perkembangan ini juga telah

melahirkan beberapa unsur yang negatif

kesan daripada perkembangan alatan muzik

tadi. Oleh itu, perkara ini telah menimbulkan

persoalan di minda seluruh umat Islam

berkaitan hukum muzik dan nyanyian.

Bagaimana sesuatu yang harus boleh menjadi

haram dan sebagainya.

Melalui penulisan ini, penulis rasa

bertanggungjawab untuk meghuraikan dan

menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan

dengan nyanyian dan muzik menurut

perspektif Islam. Bagi memudahkan

pemahaman bagi para pembaca di dalam

mengetahui hukum berkaitan muzik dan

nyanyian ini, penulis akan membahagikan

kepada empat bahagian hukum yang berkaitan

dengannya

Bagi golongan ketiga yang berpendapat bahawa nyanyian beserta alatan muzik adalah harus selagi tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram juga mempunyai hujah-hujah mereka tersendiri. Di antara hujah mereka adalah berdasarkan kaedah Fiqh yang menjelaskan bahawa “Asal sesuatu perkara itu adalah harus”. Kaedah ini jelas menunjuk-kan bahawa asal sesuatu perkara adalah harus sehingga tibanya sesuatu dalil yang menunjuk-kan pengharamannya. Justeru itu, mereka berpendapat bahawa segala dalil-dalil yang mengatakan pengharaman terhadap penggunaan alatan muzik adalah tidak relevan sama sekali kerana kekuatan dalil-dalil tersebut dapat dipertikaikan. Kaedah-kaedah pertikaian para fuqafa’ berkaitan dengan hujah masing-masing tidak dapat penulis huraikan dalam penulisan ini kerana ianya memerlukan pemahaman yang teliti terhadap ilmu-ilmu Usul Fiqh yang memerlukan pembelajaran yang sempurna.

Berdasarkan pendapat dan hujah-hujah daripada ketiga-tiga golongan di atas, jelas menunjukkan bahawa pendapat golongan yang ketiga adalah lebih relevan diterima kerana bersesuaian dengan keadaan zaman kini. Bahkan sekiranya dilihat daripada kekuatan dalil-dalil yang dikemukakan oleh golongan yang mengharamkan alatan muzik adalah tidak kuat serta boleh dipertikaikan. Selain daripada tidak bebas daripada kritikan, terdapat banyak Hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim yang menjelaskan bahawa RasuluLlah saw membenarkan nyanyian dan penggunaan alatan muzik seperti rebana (al-Duf) di dalam keramaian seperti perkahwinan, hari raya, menyambut tetamu jauh dan sebagainya.

Berdasarkan hujah-hujah ini, jelas menunjukkan bahawa pendapat golongan pertama adalah tidak relevan sama sekali untuk di terima kerana terdapat keraguan dari sudut penghujahan mereka. Manakala pendapat golongan kedua yang berpendapat bahawa alatan muzik seperti rebana (al-Duf) sahaja yang boleh di terima penggunaannya adalah

suatu pandangan yang tidak begitu tepat kerana masih tiada lagi dalil-dalil yang berkredibiliti atau berautoriti yang menjelaskan mengenai pengharaman alatan muzik selain rebana (al-Duf). Oleh yang demikian, jelaslah di sini bahawa penggunaan alatan muzik adalah harus selagi tidak membawa kepada kemungkaran atau kemaksiatan. Malahan pendapat ini juga turut dipersetujui oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md. Saleh. Beliau berpendapat nyanyian nasyid yang dicampuri dengan alatan muzik masa kini adalah harus hukumnya. Namun begitu hendaklah tidak melampaui batas-batas shara

c dari segi penyanyi, muzik,

senikata dan suasana agar tidak menyebabkan lalai daripada menunaikan tanggungjawab agama. Namun begitu, walaupun secara kesimpulannya penggunaan alat muzik dibenarkan berdasarkan pendapat ulama’ dan para Fuqaha’ kontemporari, tetapi terdapat syarat-syarat lain yang harus dipatuhi agar alunan muzik tersebut tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. InsyaAllah, penulis akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang syarat-syarat tersebut dan beberapa lagi siri hukum berkaitan nyanyian dan muzik di dalam penulisan yang akan datang.

’Ahmad bin cAli bin Hajr al- cAsqalani (2000), Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, 18 j. c. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al- cIlmiyyah.

cAbd al-Rahman al-Jaziri (2000), al-Fiqh cala al- Madhahib al-’Arbacah, 5 j. Kaherah: Dar al-Hadith

Abdullah Yusof (1999), Kegiatan Seni Dan Hiburan Dalam Islam Serta Hukumnya (Seni dan Hiburan Dalam Perspektif Islam), c. 1. Kuala Lumpur: Tinta Islah

’Ahmad al-Sharbasi (Dr.) (t.t), Yas’alunaka fi al-Din wa al-Hayat, 7 j. Beirut: Dar al-Jil

Ghazali, al-’Imam ’Abi Hamid Muhammad bin Muhammad al-(1996), ’Ihya’ cUlum al-Din, 5 j. c. 1. Mansurah: Maktabah ’Iman

H.M Toha Yahya Omar MA (Prof.)(1964), Hukum Seni Muzik – Seni Suara Dan Seni Tari Dalam Islam, c. 1. Jakarta: Penerbit Widjaya

’Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1998), Zad al-Macad Fi Hadi Khair al- cIbad, j. 2, Beirut, Lubnan: Mu’assasah al-Risalah

’Ibn al-Qudamah (1996), al-Mughni, 16 j. c.1. Kaherah: Dar al-Hadith

’Imam ’Abi Zakariya Yahya Bin Sharf al-Nawawi al-Dimashqi (t.t), Raudah al-Thalibin, 8 j. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al- cImiyyah

Jalal al-Din cAbd al-Rahman Bin ’Abi Bakr al-Sayuti (t.t), al-’Ashbah Wa al-Naza’ir, c. 1. Beirut: Maktabah al- cAsiriyyah

JMM/BFB/351/670/Jld.2(76). Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md Saleh (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) kepada Muallim bin Mohd Bakri (penulis), 24 Ogos 2007

Mubar Kafuri, al-’Imam al-Hafiz ’Abi al- cUla Muhammad cAbd al-Rahman ’Ibn cAbd al-Rahim al-(2001), Tuhfah al-’Ahwadhi, 9 j. c. 1. Kaherah: Dar al-Hadith

Qurtubi, ’Abi cAbdu’Llah Muhammad bin ’Ahmad al-’Ansari al-(2002), al-Jamic li ’Ahkam al-Qur’an (Tafsir al-Qurtubi), 10 j. Kaherah: Dar al-Hadith

Sharbini, Shams al-Din Muhammad bin Muhammad al-Khatib al-(2000), Mughni al-Muhtaj, 6 j. Kaherah: al-Maktabah al-Taufiqiyyah

Wahbah al-Zuhayli (Prof.) (Dr.) (2002), al-Fiqh al-’Islami wa ’Adillatuhu, 11 j. c. 4. Birut: Dar al-Fikr

Yusuf al-Qaradawi (Dr.) (2001), Fatawa Mucasarah, 3 j. c. 9. Kaherah: Dar al-Qalam

Hujah Pendapat

Ketiga

Penutup

Rujukan

Al-Qalam 1 Al-Qalam 4

Page 2: Pendahuluan Hujah Pendapat Ketiga Penutup Rujukan

Diantara hukum-hukum yang boleh

dibincangkan berkaitan dengan nyanyian dan

muzik ini adalah dari segi penggunaan alatan

muzik, jenis lirik dan melodi sesebuah muzik

dan nyanyian, penglibatan wanita dalam

muzik dan nyanyian dan hukum tarian dalam

Islam

Bagi siri yang pertama ini, penulis akan

menjelaskan hukum berkaitan dengan

penggunaan alatan muzik dalam Islam.

Hukum berkaitan dengan penggunaan alatan

muzik telah menjadi perdebatan dikalangan

para Fuqaha’ sejak zaman-berzaman. Secara

kesimpulannya terdapat tiga pendapat di

kalangan Fuqaha’ didalam menyimpulkan

hukum berkaitan penggunaan alat muzik.

Golongan pertama, berpendapat bahawa nyanyian yang disertai alatan muzik adalah haram hukumnya. Golongan kedua pula, berpendapat bahawa nyanyian yang disertai alatan muzik seperti Rebana (al-Duf) adalah diharuskan tetapi penggunaan menggunakan alatan muzik yang melalaikan adalah haram hukumnya. Golongan ketiga pula, berpendapat bahawa nyanyian yang disertai alatan muzik adalah harus hukumnya selagi nyanyian tersebut tidak mengandungi perkara-perkara buruk dan melalaikan.

Golongan pertama, dipelopori oleh golongan yang berpendapat bahawa nyanyian dan muzik adalah haram semata-mata. Bagi mereka tiada perbezaan sama ada nyanyian tersebut diiringi alatan muzik atau tanpa alatan muzik. Nyanyian dan muzik bagi mereka adalah merupakan perkara yang melalaikan. Antara ulama yang berpegang teguh dengan pandangan ini adalah Ibn Qayyim al-Juwayzi. Golongan kedua pula dipelopori oleh sebahagian besar jumhur Fuqaha’ Hanafi, Maliki, Shafi’e dan Hanbali, serta ulama-

ulama Fiqh seperti al-Nawawi, al

-Sharbini, al-Ghazali, ’Ibn Qudamah dan sebagainya. Manakala golongan ketiga pula dipelopori oleh kebanyakkan ulama-

ulama

Kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Wahbah al-Zuhayli dan Dr.’Ahmad al-

Sharbasi.

Bagi golongan yang mengharamkan

alatan muzik, mereka berpegang kepada hujah-hujah yang mengharaman nyanyian dan muzik secara mutlak. Antara dalil-dalil yang mereka pegang adalah daripada dalil al-Qur’an dan al-Hadith. Di antara dalil al-Qur’an yang menjadi hujah mereka adalah :

)) ومن الناس من يشتي لو الديث ليضل عن سبيل هللا بغي علم و ي تخذها هزوا أولئك لم عذاب مهني ((

Maksudnya : Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.(Surah al-Luqman (31) : 6)

menurut kebanyakan ulama tafsir

seperti al-Qurtubi dan Ibn Kathir di dalam tafsir mereka menjelaskan bahawa maksud (lahuwal hadis) adalah nyanyian, alatan muzik dan sebagainya. Justeru itu, jelaslah di sini bahawa nyanyian dan alatan muzik itu adalah haram hukumnya. Selain ayat al-Qur’an ini, golongan ini juga berpegang kepada dalil daripada Hadith-hadith RasuluLlah saw. Antara Hadith RasuluLlah saw yang menjadi hujah mereka adalah :

)) حدثنا عبد الرمحن بن غنم األشعري قال: حدثىن ابو عامر او أبو مالك األشعري مسع النيب صلى هللا عليه و سلم يقول

ليكونن من أميت أقوام يستحلون الر و الرير و اخلمر و املعازف . ((

Maksudnya : Dari cAbd al-Rahman bin

Ghnm al ’Ashcari, katanya ’Abu

cAmir atau

’Abu Malik al-’Ashcari mendengar Nabi saw

bersabda : Sesungguhnya, akan terjadi satu kaum dari umatku yang menghalalkan zina, kain sutera, arak dan alat-alat permainan muzik.

Hadith Nabi saw ini jelas menunjukkan

bahawa perkataan (Yastahilluna) (mereka menghalalkan) dalam Hadith di atas memberi

Hukum Penggunaan

Alat Muzik dalam Islam

Hujah Pendapat

Pertama

maksud bahawa zina, sutera, arak dan ma

cazif (alat-alat bunyian dan nyanyian) itu

adalah haram tetapi mereka menghalalkannya juga. Sesungguhnya, zina dan arak itu telah sabit haramnya dalam al-Qur’an dan Sunnah. Lantas, baginda saw menambah pula dengan menyebut ma

cazif. Ini menunjukkan ma

cazif itu

juga sama hukumnya iaitu haram seperti zina, sutera dan arak. Daripada Hadith ini, jelaslah menunjukkan bahawa Ma

cazif itu juga sama

hukum haramnya dengan arak, zina dan memakai sutera.

Bagi golongan kedua yang berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa alatan muzik seperti rebana (al-Duf) adalah diharuskan, manakala alatan muzik yang melalaikan seperti gitar (al-Ma

cazif), seruling

(al-Mazamir), kecapi (al-’Awtar), tabla (al-Kubah), biola (al-Kamanjah), biola kecil (al-Rabab) dan lain-lain adalah haram. Sesungguhnya, mereka juga mempunyai

hujah-hujah yang

tersendiri bagi memperkukuhkan pendapat mereka. Antara hujah-hujah mereka adalah berdasarkan beberapa Hadith Nabi Muhammad saw. Antara Hadith RasuluLlah saw yang menjadi pegangan mereka adalah :

))قالت الربي ع بنت معو ذ بن عفراء : جاء النيب صلى هللا عليه وسلم يدخل حني بن علي , فجلس على فراشي كمجلسك من ,

فجعلت جويرايت لنا يضربن ابلدف ويندبن من قتل من اابئي يوم بدر , إذ قالت إحداهن : وفينا نيب يعلم ما يف غد , فقال : دعي

هذه و قويل ابلذي كنت تقولني ((

Maksudnya : Telah berkata Rabic Bintu

Mucawwizi bin

cAfra’ : RasuluLlah saw datang

masuk ke rumah saya ketika majlis perkahwinan saya, maka RasuluLlah duduk di atas tikar seperti jarak duduk kamu dengan saya. Maka beberapa jariah kami sedang memukul rebana sambil memuji-muji (secara

bernyanyi) terhadap orang-orang orang-orang tua saya yang mati di perang Badar. Tiba-tiba seorang dari antara jariah itu berkata: Dihadapan kita sekarang ada Nabi yang mengetahui perkara akan datang, Maka RasuluLlah bersabda : Tinggalkan kata-kata kosong itu dan teruskan apa yang kamu sebutkan (nyanyikan) tadi.

Berdasarkan Hadith ini, jelas menunjukkan bahawa RasuluLlah tidak menegah perbuatan dua orang jariah yang bermain rebana (al-Duf) sambil bersyair (bernyanyi) semasa majlis perkahwinan. Sekiranya nyanyian itu haram, mengapa RasuluLlah tidak melarang akan perbuatan dua orang jariah ini yang memainkan alatan muzik seperti rebana dalam nyanyian mereka. Selain Hadith ini, terdapat juga beberapa Hadith lain yang menunjukkan bahawa RasuluLlah membenarkan penggunaan alatan muzik seperti rebana di dalam nyanyian mereka. Hadith tersebut adalah Hadith yang diriwayatkan oleh

cA’ishah :

))عن عائشة, قالت : قال رسول هللا صلى هللا عليه و سلم: )أعلنوا هذا الن كاح , واجعلوه يف المساجد, واضربوا عليه

ابلدفوف ((Maksudnya : Dari

cA’ishah berkata :

Bersabda RasuluLlah saw bersabda: Umumkanlah olehmu perkahwinan dan lakukanlah di masjid, dan pukullah olehmu rebana.

Hadith ini juga jelas menunjukkan

bahawa RasuluLlah saw menyuruh agar mengiklankan perkahwinan dengan memukul rebana. Perkara ini jelas seperti dalam riwayat sebelum ini yang berkaitan dengan perbuatan RasuluLlah membenarkan perbuatan memukul rebana ketika majlis perkahwinan. Lantaran itu, berdasarkan daripada kedua-dua hadith ini jelas menunjukkan bahawa RasuluLlah membenarkan penggunaan alatan muzik seperti rebana (al-Duf).

Hujah Pendapat

Kedua

Alatan muzik (al-Duff)

Paluan Kompang di sebuah majlis perkahwianan Melayu

Al-Qalam 2 Al-Qalam 3