Pendahuluan Hukuman sebat dalam enakmen jenayah Islam
Transcript of Pendahuluan Hukuman sebat dalam enakmen jenayah Islam
Mukadimah
Pelaksanaan hukuman sebat syariah seringkali menimbulkan kekeliruan dalam
masyarakat di Malaysia. Pekara ini terhasil kerana ketidakfahaman tentang pelaksanaan
undang-undang berkaitan sebat yang dilaksanakan mengikut undang-undang syariah.
Seringkali disamakan dengan sebat di dalam undang-undang jenayah sivil sama ada dari segi
konsep dan perlaksanaannya walau pun pada hakikatnya ia adalah suatu yang berbeza.
Mungkin juga kerana istilah yang digunakan terlalu menggerunkan iaitu perkataan sebat dan
kehidupan kita yang sering kali di momok-momokan dengan hukuman sebat yang bersifat
kejam. Dari segi perlaksanaan di Malaysia pada ketika ini, sebenarnya hukuman sebat syariah
ini hampir tidak dilaksanakan di mana-mana negeri.
Di Dalam memperkatakan mengenai pelaksanaan hukuman dalam enekmen jenayah
Islam di Malaysia, kita sebagai orang Islam hendaklah memahami falsafah-falsafah yang
terkandung dalam sistem Islam itu sendiri yang terbina di atas nilai-nilai yang suci dan murni.
Falsafah-falsafah yang menjadi asas kepada system perundangan Islam & sistem
sosial yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang adalah bergantung kepada dua
rukun utama iaitu:
_ Amal makruf (menyeru kepada kebaikan); dan
_ Nahi munkar (menegah kepada kemunkaran).
Kedua-dua rukun yang tersebut adalah merupakan teras kepada prinsip al-Hisbah di
mana prinsip ini menekankan kepada pentingnya tanggungjawab mana-mana individu di
dalam sesuatu kumpulan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas dari sebarang
jenayah.
Dalam surah Ali Imran ayat 104; Allah SWT berfirman:
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang
menyeru (berda’wah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), & menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang daripada
segala yang salah (buruk & keji). Dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
PENGERTIAN HUKUMAN DALAM ISLAM
Perkataan am bagi hukuman ialah 'uqubah yang berasal daripada 'aqb yang bermaksud “suatu
perkara yang datang selepas yang lain”; ini kerana, hukuman menyusuli pelanggaran had
yang ditetapkan oleh syariah.
Hukuman jika diterjemahkan dalam bahasa Arab disebut 'uqubah yang bermaksud balasan
atau seksaan yang setimpal dengan kesalahan. (Hamid Sadiq Qunaibi. et. al 1988: 316)
'Uqubah ialah langkah pencegahan sebelum kesalahan dilakukan dan menjadi balasan selepas
melakukannya. Kesan dari pengetahuan mengenai peruntukan undang-undang yang
menghalang perlakuan jenayah dan jika jenayah telah dilakukan ada peruntukan yang akan
mencegah penjenayah daripada mengulangi perbuatannya. (Ibn Humam 1316H: 4/112).
Daripada penjelasan di atas dapat dirumuskan bahawa segala bentuk hukuman yang
dijatuhkan dalam jenyah Islam dianggap sebagai satu balasan dari Allah, yang ditetapkan
melalui wahyu-Nya ke atas mereka yang melanggar segala perintah larangan dan
meninggalkan segala suruhan-Nya dan ia mempunyai kaitan rapat dengan keseluruhan corak
kehidupan agama Islam itu sendiri. Hukuman disyariatkan dengan tegas demi menjaga
kepentingan kehidupan yang sempurna seperti yang dituntut oleh Islam, kehidupan manusia
mesti diatur sesuai dengan fitrah manusia sendiri agar ia tidak malampaui batas-batas yang
telah ditetapkan oleh syarak.
Sebarang hukuman Jenayah yang disabitkan adalah bersandarkan kepada empat sumber
utama dalam Islam iaitu; al-Qur’an, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.
1. Al-Quran
Terdapat ayat-ayat di dalam al-Qur’an yang menyentuh tentang undang-undang yang
berkaitan dengan jenayah serta menjelaskan aspek pemeliharaan lima perkara yang
disebut al-Maqasid al-Khamsah iaitu; memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan
juga harta benda. Di antara hukum-hakam yang sering disebut dengan jelas dalam al-
Qur’an ialah; hukuman ke atas penzina seratus kali sebebatan
2. Sunnah
Sunnah dalam hubungannya dengan enekmen jenayah Islam, mempunyai peranannya
yang sangat penting iaitu; menjelaskan maksud ayat al-Qur’an tentang syarat-syarat
dan tempat seperti menerangkan cara-cara bagaimana hukuman sebat dilakukan ke
atas penzina dan tuduhan zina, kewajipan membayar diyat janin, cara-cara sebatan
bagi peminum arak dan cara rejam dan sebagainya yang mana semua hukum ini wajib
diikuti.
3. Ijmak
Mengikut pendapat ulama usul, ijmak ditakrifkan sebagai pemuafakatan seluruh mujtahidin
dari umat nabi Muhammad s.a.w dalam sesuatu masa selepas wafat Rasulullah s.a.w ke atas
sesuatu hukum syarak. Apabila sesuatu masalah ditetapkan dengan cara ijmak, maka
menjadi hujah yang kuat sekalipun bersandarkan pada hadith Ahad.
4. Qiyas
Qiyas ialah sumber perundangan yang belum ada ketentuan sama ada di dalam al-
Qur’an dan Sunnah dengan hukum yang sudah ada ketentuan kerana terdapat illah
yang sama pada kedua-dua masalah ini. Sesuatu hukum yang diperolehi secara qiyas,
menjadi hujah yang mesti dipakai kerana ia sebagai perundangan Islam.
Walaubagaimanapun qiyas bukanlah sumber mutlak untuk menetapkan sesuatu
hukum atau mengeluarkan hukum baru sebagaimana al-Qur’an dan Sunnah. Qiyas
banyak digunakan sebagai sumber hukum bagi kesalahan ta’zir, kerana ianya
berdasarkan kepada pertimbangan pihak hakim atau pemerintah untuk menentukan
hukuman yang sesuai dengan kesalahan, diantara contoh qiyas seperti menyamakan
liwat dengan zina dan arak dengan tuak.
PENGERTIAN JENAYAH DALAM ISLAM
Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah? Jenayah merupakan perbuatan yang
dilakukan akan menyebabkan pelaku itu didakwa oleh pihak berkuasa dan dikenakan
hukuman oleh pihak berkuasa.(Richard Card, Criminal Law, 13th
ed.(Butterworth, 1995)
Perkataan jenayah berasal daripada perkataan jarama yang bermaksud berusaha ke
arah melakukan perkara keji dan tidak baik di sisi syarak, iaitu sesuatu kejahatan yang
membawa kepada dosa besar. (Ibrahim Anis, 'Abd Halim al-Muntasar et.al. 1972: 1/ 118). Ini
bermakna jenayah ialah sesuatu tindakan yang dilakukan amat bertentangan dengan
keharmonian hidup bermasyarakat, kebaikan, kebenaran dan keadilan sebagaimana yang
dituntut oleh syarak.
Perkataan jenayah mengikut istilah, ialah perkara larangan syarak yang dikenakan
hukuman oleh Allah s.w.t ke atas perbuatan yang melibatkan nyawa, harta benda dan
seumpamanya. (Wahbah al-Zuhailiyy 1989: 6/ 215)
Muhammad Abu Zahrah (t. th: 23), mendefinisikan jenayah sebagai melakukan perbuatan
haram yang dikenakan hukuman kerana melakukannya dan meninggalkan perkara suruhan
yang dikenakan hukuman sebab meninggalkannya.
Jenayah merupakan perbuatan yang melanggar undang-undang atau perbuatan yang dapat
dihukum dengan undang-undang. (Muhammad Muslehuddin 1992: 1)
Pembalasan Kesalahan Jenayah Islam
Pembelasan merupakan falsafah kanun keseksaan yang paling penting dalam sistem keadilan.
Konsep pembalasan mengiktiraf kehendak seseorang yang disakiti untuk menghukum orang
yang menyakitinya.
Hukuman yang bertujuan sebagai ganti rugi pula seperti jenis hukuman diyāt. Secara jelasnya ianya
terdapat dalam kes-kes pencerobohan terhadap kepentingan sesama manusia. Hukuman juga
ditetapkan sebagai pemulihan bagi orang-orang tertentu yang sememangnya terlibat dengan
kejahatan. Perlaksanaan hukuman ke atas orang yang bersalah diharap dapat mengembalikan pesalah
berkenaan kepada jalan kebenaran dan menjauhkannya dari jalan kemaksiatan. Firman Allah Ta`ala;
���ن � وأ����ه� �����اب ����
Yang bermaksud:
“ Dan Kami timpakan ke atas mereka azab supaya mereka kembali ke jalan
yang benar” Surah az-Zukhruf, ayat 48
Pada Keseluruhannya ulama` membahagikan pelbagai tindakan jenayah itu kepada tiga
kelompok besar, iaitu Janayah Hudud, Jenayah Qisas dan Jenayah Ta`zir.
1. Hukuman Hudud:
Hudud dari segi bahasa bermakna tegahan al-Man'u iaitu mencegah manusia daripada
terlibat dalam sesuatu kesalahan , yang membawa kepada pelaksanaan hukuman hadd.
(Abu Bakar al-Jaza’ir 1964: 524)
1) Zina – memperuntukan seratus kali sebatan
2) Qazf Zina – memperuntukan lapan puluh kali sebatan
3) Mencuri – dihukum potong tangan,
4) Minum arak – dihukum empat puluh kali sebatan
5) Merompak – Mereka yang merompak harta benda dan juga membunuh
mangsanya, hukumannya dibunuh dan disalib. (Mustafa al-Khin et. al. 1989: 8/ 83)
6) Pemberontakan (buqhah) – - dihukum bunuh
7) Murtad – dihukum bunuh setelah enggan bertaubat
2. Hukuman Qisas
Perkataan qisas berasal daripada perkataan arab, qassa yang bermaksud potong atau
mengikut. Oleh itu, qisas yang membawa makna undang-undang kesamarataan atau
pembalasan yang sama bagi pembunuhan yang telah dilakukan. ('Abdur Rahman I.Doi, 2003:
301).Diantara kesalahan yang tergolong dalam qisas ialah;
1) Pembunuhan sengaja
2) Pembunuhan seumpama sengaja,
3) Pembunuhan tidak sengaja,
4) Pecederaan sengaja,
5) Pecederaan seumpama sengaja
6) Pecederaan tidak sengaja.
Bagi kesalahan-kesalahan membunuh orang dengan sengaja, Islam mengenakan qisas
iaitu dibunuh balas atau melunaskannya dengan diyat tertentu sekiranya pihak mangsa
atau walinya sanggup memaafkan kesalahan yang dilakukannya. Bagi kesalahan
mencederakan orang dengan sengaja, setelah ia disabitkan maka akan dijatuhkan
hukuman qisas seperti yang dilakukan pada mangsanya ataupun memebayar diyat kalau
dipersetujui oleh mangsa dan walinya.
3. Hukuman Ta’zir
Secara harafiah, ta’zir bermakna mengaibkan penjenayah disebabkan perbuatan
jenayahnya yang memalukan. Hukuman dalam ta’zir tidak ditetapkan oleh undang-
undang. Oleh sebab itu terpulanglah kepada kebijaksanaan pemerintah untuk menentukan
bentuk dan cara hukuman yang akan dikenakan.
Hukumannya adalah berbeza mengikut kesesuaian kesalahan yang dilakukan dan tidak
ditentukan oleh nas, meskipun demikian syarak telah menggariskan beberapa hukuman
tertentu bagi kesalahan ini. ('Abd al-Karim Zaydan 1986: 421-22; Wahbah al-Zuhailiyy
1989: 6/ 200-201)
1) Celaan (al-Tawbikh), celaan ialah matlamat utama dalam ta’zir. Celaan dengan kata-
kata kesat dan keji akan menyedarkan pesalah terhadap perbuatannya.
2) Amaran keras (al-Wa’z), ini biasa dikenakan terhadap pesalah yang melakukan
kesalahan kecil dengan tujuan memperingati dan memberitahunya.
3) Ancaman (al-Tahdid), seperti tindakan hakim memberi amaran kepada pesalah dengan
hukuman yang lebih keras kalau dia mengulangi perbuatannya.
4) Pendedahan di khalayak ramai (al-Tasyir), bertujuan untuk mendedahkan kepada
masyarakat tentang perbuatan buruknya.
5) Merampas harta benda (al-Gharamah wa al-Musadarah), iaitu merampas harta benda
dan denda khasnya bagi kesalahan mencuri. Menurut mazhab Ahmad bin Hambal, Abu
Yusuf, Maliki dan beberapa orang dari mazhab Shafi’e, hukuman dalam bentuk ini
dinamakan sebagai ta’zir.
6) Penjara (al-Habs), hukuman ini berbeza-beza begantung kepada keadaan pesalah dan
nemtuk kesalahan yang dilakukan. Hukuman ini adalah disepakati oleh para ulama,
bahkan hukuman inilah yang paling banyak diamalkan di kebanyakan negara termasuklah
Malaysia.
7) Sebat (al-Jald) para fuqaha’ bercanggah pendapat tentang jumlah sebatan. Mengikut
Shaficiy, Malik dan Zaid bin 'Ali, tidak membenarkan sampai ke tahap hukuman had.
Bagi Abu Yusuf, tidak sampai lapan puluh kali dan yang paling minimum ialah lima kali
sebatan.
8) Hukuman mati (Ta’zir bi al-Qatl), hukuman mati dibolehkan dalam ta’zir seperti
hukuman bunuh ke atas pengintip bagi musuh.
Dari peruntukan di atas, jelas memperlihatkan kepada kita bahawa undang-undang Islam
telah pun dilaksanakan sepenuhnya dalam semua bidang di samping ia dijadikan sebagai
undang-undang dasar negara sebelum kedatangan penjajah Inggeris