PENDAHULUAN.docx

2

Click here to load reader

description

edu

Transcript of PENDAHULUAN.docx

Page 1: PENDAHULUAN.docx

PENDAHULUAN

Kursus Guru dan Cabaran Semasa ( Teacher And Challenges) Kod EDU 3093

merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh guru pelatih PISMP Semester 8.

Melalui kursus ini, guru pelatih khususnya PISMP Semester 8 dapat mengenalpasti isu

dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru. Terdapat banyak isu – isu masa kini

dalam bidang profesion keguruan yang dapat dikenalpasti oleh guru pelatih dan

cabaran – cabaran semasa yang dihadapi. Selain itu, guru pelatih juga dapat membuat

refleksi tentang cara – cara menangani isu yang dikenalpasti dan cabaran – cabaran

yang dihadapi. Sehubungan itu, melalui kursus ini juga guru pelatih akan dapat

mengenalpasti tanda – tanda awal gangguan emosi murid serta langkah

menanganinya.

Kursus ini juga dapat mengajar guru pelatih mengenalpasti tekanan emosi guru

dan langkah menanganinya. Tekanan emosi guru adalah salah satu perkara yang

sentiasa menjadi isu dan cabaran buat guru – guru dalam mendidik anak bangsa tetapi

melalui kursus ini guru pelatih akan dapat menangani tekanan emosi yang dihadapi.

Sehubungan itu, guru pelatih akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia dengan

perubahan dalam pendidikan Malaysia. Seterusnya, melalui kursus ini guru pelatih

dapat belajar dalam menyediakan pelan tindakan untuk mengurus segala perubahan

dalam pendidikan.

Dalam tugasan kursus ini, guru pelatih PISMP Semester 8 menganalisis isu dan

cabaran semasa yang membolehkan guru dapat mengenalpasti dan mereflek

keberkesanan serta mencadangkan strategi – strategi baru yang mampu membawa

perubahan positif di masa hadapan. Akhir sekali, dalam tugasan ini guru pelatih akan

memperincikan bagaimana Lima Aspirasi PPPM dapat dilaksanakan di sekolah

seterusnya memperincikan strategi yang dapat mengukuhkan perpaduan dalam

kalangan murid – murid di sekolah.