Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

12
PENDATANG TANPA IZIN DAN PILIIIAN RAYA UMUM KE-12: KES SABAH Wan Shawaluddin Wan Hassan Md Same Abd. Rahim PENDAHULUAN Isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) merupakan salah satu isu nasional Malaysia yang cukup mendapat perhatian masyarakat khususnya di Sabah. ' Kehadiran PTI di negeri ini sangat ketara dalam pelbagai sektor sosioekonomi seperti pembantu di rumah, restoran dan kedai dan di ladang atau tapak binaan sebagai buruh. Kitajuga pernah mendengar rungutan bahawa kerja tidak akan menjadi tanpa PTI. Begitulah pergantungan kita kepada PTI sehingga kerja tidak akan berjalan lancar tanpa mereka. Sikap terlalu bergantung kepada PTI bukan sahaja dalam soal pekerjaan malah dalam pilihan raya turut kelihatan. Perkara ini bukan sesuatu yang baharu tetapi telah berlaku sejak dua tiga dekad lalu. Pilihan raya menurut Dahl (1970), merupakan satu-satunya cara yang dihormati bagi memilih pemimpin politik atau kerajaan di seluruh dunia. 1 Tambah Dahl lagi, pilihan raya boleh dijalankan melalui pelbagai teknik sistem demokrasi. Undi boleh diberikan kepada individu seperti dalam kebanyakan pilihan raya nasional, kepada entiti kolektif atau unit institusi. ' Di Malaysia, pilihan raya merupakan satu medium bagi rakyat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk satu penggal, biasanya selama lima tahun. Namun, menjadi kebiasaan bagi kerajaan yang memerintah untuk tidak menunggu hingga lima tahun tetapi apabila genap empat tahun untuk mengadakan pilihan raya. Oleh itu, warganegara yang berdaftar nama mereka dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan berusia 21 tahun ke atas dibenarkan untuk mengundi. Sepatutnya, tidak timbul sebarang isu mengenai pembabitan PTI dalam pilihan raya. Namun, pada tahun 1999 Barisan Nasional (BN) kehilangan kerusi Parlimen Pulau Gaya apabila mahkamah mendapati wujudnya penggunaan pengundi hantu. Bertolak dari premis ini makalah ini cuba meninjau penglibatan pendatang tanpa izin dalam pilihan raya umum ke-12.

Transcript of Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

Page 1: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

PENDATANG TANPA IZIN DAN PILIIIAN RAYA UMUM KE-12: KES SABAH

Wan Shawaluddin Wan Hassan Md Same Abd. Rahim

PENDAHULUAN

Isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) merupakan salah satu isu nasional Malaysia yang cukup mendapat perhatian masyarakat khususnya di Sabah. ' Kehadiran PTI di negeri ini sangat ketara dalam pelbagai sektor sosioekonomi seperti pembantu di rumah, restoran dan kedai dan di ladang atau tapak binaan sebagai buruh. Kitajuga pernah mendengar rungutan bahawa kerja tidak akan menjadi tanpa PTI. Begitulah

pergantungan kita kepada PTI sehingga kerja tidak akan berjalan lancar tanpa mereka. Sikap terlalu bergantung kepada PTI bukan sahaja dalam soal pekerjaan malah dalam pilihan raya turut kelihatan. Perkara ini bukan sesuatu yang baharu tetapi telah berlaku sejak dua tiga dekad lalu.

Pilihan raya menurut Dahl (1970), merupakan satu-satunya cara yang dihormati bagi memilih pemimpin politik atau kerajaan di seluruh dunia. 1 Tambah Dahl lagi, pilihan raya boleh dijalankan melalui pelbagai teknik sistem demokrasi. Undi boleh diberikan kepada individu seperti dalam kebanyakan pilihan raya nasional, kepada entiti kolektif atau unit institusi. ' Di Malaysia, pilihan raya merupakan satu medium bagi rakyat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk satu penggal, biasanya selama lima tahun. Namun, menjadi kebiasaan bagi kerajaan yang memerintah untuk tidak menunggu hingga lima tahun tetapi apabila genap empat tahun untuk mengadakan pilihan raya. Oleh itu, warganegara yang berdaftar nama mereka dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan berusia 21 tahun ke atas dibenarkan untuk mengundi. Sepatutnya, tidak timbul sebarang isu mengenai pembabitan PTI dalam pilihan raya. Namun, pada tahun 1999 Barisan Nasional (BN) kehilangan kerusi Parlimen Pulau Gaya apabila mahkamah mendapati wujudnya penggunaan pengundi hantu. Bertolak dari premis ini makalah ini cuba meninjau penglibatan pendatang tanpa izin dalam pilihan raya umum ke-12.

Page 2: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

SABAH DAN PERSOALAN POLITIK ETNIK

Borneo Utara atau Sabah mempunyai beberapa kumpulan etnik. Kumpulan tersebut

terdiri daripada Dusun, Murut, Cina serta Bajau. Di Sabah, Dusun merupakan kumpulan bumiputera yang terbesar menurut Jones. ̀ Sabah dikatakan mempunyai lebih daripada 30 kumpulan etnik antara lain Lotud, Kwijau, Rungus, Paitan,

Tambunuo, Dumpas, Idahan, Mangkaak, Orang Sungai, Maragang, Minokok,

Illanun, Ramanau, Suluk, Bisaya, Kadayan, Tidong, Brunei dan lain-lain.

Memandangkan komplikasi telah menyebabkan kumpulan-kumpulan ini dibahagikan kepada bumiputera bukan Islam dan bumiputera Islam. Misalnya dala. rn Banci 1931, bumiputera bukan Islam (KadazanDusun dan Murut) sebanyak 134,907

berbanding bumiputera Islam seramai 49,905 orang. Banci Penduduk 1951 Pula menunjukkan peningkatan iaitu 136,591 bumiputera bukan Islam dan 64,623

bumiputera Islam. Pada Banci Penduduk 1970 pula bumiputera bukan Islam

sebanyak 215,811 berbanding bumiputera Islam seramai 135,162. Berdasarkan data banci penduduk ini jelas menunjukkan bahawa bumiputera bukan Islam jauh

mengatasi bumiputera Islam. I Sementara berdasarkan kepada bancian penduduk yang dilakukan pada tahun 1980 menunjukkan bahawa jumlah penduduk Sabah

adalah 1.03 juta. Darijumlah tersebut, bilangan penduduk pribumi berjumlah 792,043 (jumlah ini adalah gabungan penduduk peribumi bumiputera Islam dan bumiputera bukan Islam) manakala masyarakat Cina berjumlah 155,304 orang sementara India

seramai 5,293 dan lain-lain ialah 3,072 orang. Bilangan bumiputera bukan Islam pada banci 1991 ialah sebanyak 104,828

iaitu Kadazan 210,910, Dusun dan Murut Pula ialah 50,258. Jumlah keseluruhan bumiputera bukan Islam ialah sebanyak 365,996. Bumiputera Islam Pula terdiri daripada Melayu 106,728 dan Bajau 203,457 menjadikan jumlah sebanyak 310,185

manakala jumlah rakyat asing pula ialah 425,175. Jumlah ini masih kecil kerana jumlah sebenar merekajauh lebih besar. Dalam mengkaji pilihan raya, latar belakang

etnik sesebuah negara perlu diketahui. Perkara ini perlu memandangkan parti-pari yang bertanding sangat bergantung kepada sokongan daripada kumpulan etnik tertentu. Jika di Semenanjung, trend parti yang muncul lazimnya bertunjangkan

etnik. United Malay National Organisation (UMNO), Malayan Indian Congress (MIC) dan Malayan Chinese Association (MCA) merupakan contoh parti-parti yang berasaskan etnik tertentu. Meskipun Democratic Action Party (DAP) atau Gerakan dikatakan ditubuhkan dan terbuka kepada semua kaum atau etnik, umum mengeta. hui bahawa kedua-dua parti lebih diterima oleh kaum bukan Melayu.

Di Sabah, United National Kadazan Organization (UNKO) merupakan parti awal yang ditubuhkan pada Ogos 1961. Penubuhan UNKO oleh Tun Stephens serta rakan-rakan bertolak daripada cadangan pembentukan Malaysia. UNKO merupakan

132

Page 3: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

parti Kadazan. Seterusnya, pada Disember 1961, USNO di bawah Tun Mustapha

telah ditubuhkan. USNO merupakan parti untuk bumiputera Sabah tetapi keanggotaannya turut dibuka kepada bumiputera bukan Islam.

Kesedaran Tun Mustapha mengenai besarnya bilangan bumiputera bukan Islam berbanding bumiputera Islam di Sabah sangat tinggi. Tun menyedari sukar bagi bumiputera Islam untuk berkuasa di Sabah jika sesuatu tidak dilakukan bagi

mengubah komposisi yang berpihak kepada bumiputera bukan Islam ini. Biarpun

USNO berjaya berkuasa dalam politik Sabah, Tun melihat dalam jangka panjang tentang masa depan politik bumiputera Islam. Kesempatan yang ditunggu tiba apabila berlaku pergolakan di selatan Filipina. Selaku individu keturunan Sulu, Tun telah

mengambil inisiatif dengan membenarkan ramai pelarian dari selatan Filipina

memasuki Sabah. Sejak itu, kehadiran dan kebanjiran pendatang dari selatan Filipina

ke Sabah telah berlaku. Means (1990) pernah menyentuh dalam bukunya bagaimana,

"Imigrasi ditoleransi serta digalakkan atas andaian bahawa imigran akan membawa Muslim sebagai majoriti di negeri ini. "6 Bagi tujuan melengkapkan hal ini, Tun Mustapha memperkenalkan dasar pengislaman ke atas penduduk KadazanDusun dengan harapan penduduk Islam Sabah akan bertambah. ' Malahan dasar ini

diteruskan selepas BERJAYAberada di bawah pimpinan Datuk Harris Salleh berjaya

menumbangkan USNO pada tahun 1976. Pada tahun 1980-an juga menyaksikan kemasukan pendatang keturunan Bugis daripada Sulawesi selari dengan kepesatan

perkembangan ekonomi Sabah. '

PILIHAN RAMA DAN ISU PTI

Dalam pilihan raya tahun 1999 misalnya, PTI dikaitkan dengan politik Wang, pengundi hantu serta dokumen palsu. Lebih signifikan kerana pendatang tanpa izin

diberikan dokumen oleh pihak tertentu agar mereka boleh membuang undi sewaktu pilihan raya. Situasi ini telah menyebabkan pihak pembangkang menjadikan hal ini

sebagai salah satu isu besar menyerang pihak pemerintah dalam pilihan raya tersebut. Temu bual dengan wakil parti pemerintah pada pilihan raya ke-12, rata-rata menolak penggunaan PTI dengan alasan pengajaran daripada peristiwa 1999 lalu. Namun, berdasarkan tinjauan serta pemerhatian yang dibuat di lapangan iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna sebelum hari

pembungan undi pilihan raya umum ke-12 berlangsung, kes PTI masih digunakan

sebagai "pengundi" masih wujud dalam pilihan raya kali ini. ' Cuma, dalam pilihan raya ini penggunaan mereka tidak dibuat secara terang-terangan bagi mengelakkan diketahui masyarakat serta parti lawan. Persoalannya, mengapa PTI mahu mengundi? Apakah yang diperoleh oleh mereka?

133

Page 4: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

W. Slimvaluddin W. Hassan & Md Saffic Abd Ralum

Dalam hal ini, situasi menang-menang merupakan analogi yang boleh

menjelaskan dua persoalan di atas. Bagi pendatang, peluang digunakan sebagai pengundi

sewaktu pilihan raya sangat berguna untuk survival mereka di Sabah. Pendatang

menyedari bahawa sokongan mereka diperlukan oleh parti tertentu sewaktu pilihan raya. Malah, tenaga mereka juga diperlukan untuk membantu parti khususnya bagi kerja-kega menampal poster atau menggantung banner parti atau calon yang bertanding. Lebih penting kerana tenaga yang digunakan ini akan mendapat habuan iaitu dari segi bayaran yang akan diterima pendatang yang bekerja untuk parti tertentu itu.

Bagi pendatang menyokong parti pemerintah bermakna, koloni (penempatan)

mereka akan dilindungi, peluang untuk mendapatkan dokumen serta meneruskan kehidupan tanpa gangguan di negara ini. Bagi pendatang, dokumen merupakan life line kepada mereka di Malaysia. Tanpa dokumen, kehidupan mereka akan sentiasa diganggu oleh pihak berkuasa serta tidak dapat menikmati kemudahan seperti yang dinikmati oleh rakyat negara ini. Lebih malang mereka berkemungkinan akan dihantar

pulang oleh pihak berkuasa ke negara asal sama ada ke Filipina atau Indonesia. Oleh itu, lazimnya pendatang cukup berharap dengan menyokong parti pemerintah, terutamanya kemungkinan dideportasi atau koloni mereka akan dirobohkan oleh pihak berkuasa tidak akan menjadi realiti. Misalnya, apabila pihak berkuasa

merobohkan koloni pendatang di seluruh Sabah pada tahun 2002, ramai pendatang telah merungut malah mengugut untuk tidak mengundi BN lagi kerana langsung

tidak melakukan sesuatu sewaktu perobohan koloni dilakukan. Bagi calon yang bertanding pula mereka sangat memerlukan sokongan serta

undi daripada pendatang atau juga pengundi hantu bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya. Kebiasaannya pengundi hantu akan mengundi calon pemerintah bagi menjamin kemenangan mereka. Oleh, itu wujud hubungan sedemikian di antara kedua pihak yang memanfaatkan. Dalam pilihan raya ke-12, isu PTI tidak ditonjolkan. Hal ini demikian kerana bagi UMNO Pusat, isu ini sangat sensitif terutama di Sabah. Manifesto BN langsung tidak menyentuh isu PTI. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna isu PTI langsung tidak disentuh oleh oleh parti-parti komponen BN sendiri seperti PBS, LDP atau UPKO. Bagi parti komponen BN, UPKO clan PBS cukup kritikal dengan kehadiran PTI di Sabah, misalnya berkaitan isu IC palsu atau projek IC. " Parti-parti ini mewakili KadazanDusun iaitu kumpulan bumiputera bukan Islam

yang terbesar di Sabah. Bagi parti-parti komponen BN ini seolah-olah wujud satu komplot di Kuala Lumpur yang merestui pembabitan pendatang sebagai pengundi di bawah projek IC. " Walaupun sedar isu ini tidak perlu dibangkitkan, ia tidak menghalang parti untuk `highlight' isu sewaktu berkempen. Persoalannya, adakah mereka menolak langsung penggunaan pendatang dalam pilihan raya?

Sewaktu tinjauan dibuat", UMNO langsung tidak menyentuh isu ini. Hal ini demikian kerana parti pemerintah tidak mahu dikaitkan dengan isu PTI yang

134

Page 5: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

PTI dan PRU Ke-12

dianggap sensitif. Sebaliknya, isu yang dibangkitkan sewaktu berkempen ialah isu kenaikan harga minyak serta barangan pengguna misalnya. Walau bagaimanapun, hal ini tidak menyebabkan isu PTI tidak ditimbulkan oleh parti-parti komponen BN. Parti-parti komponen BN tetap menimbulkan isu PTI sewaktu kempen. "

PARTI PEMBANGKANG, PENDUDUK SABAH DAN PTI

DAP menimbulkan isu pendatang dalam ceramah-ceramah mereka ketika kempen

pilihan raya lalu. Malangnya, dalam pilihan raya lalu, DAP Sabah tidak mempunyai manifesto seperti yang dilakukan oleh parti-parti yang bertanding. Tidak dapat dinafikan isu ini menjadi isu yang menyebabkan kemenangan DAP di Kota Kinabalu. Malah, menurut Dr. Hiew, wakil DAP yang menang di Parlimen Kota Kinabalu bercadang untuk membawa isu ini ke Parlimen kelak. "

Apa pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai isu PTI? Ternyata Anwar Ibrahim cukup kritikal terhadap isu pendatang dalam kempen-kempen sewaktu pilihan raya. Ansari Abdullah telah mengutarakan isu ini sewaktu berkempen. Malah, keseriusan PKR dalam isu ini juga terbukti apabila isu PTI diutarakan dalam manifesto parti. Walau bagaimanapun, apabila isu ini diajukan kepada Datuk Seri Dr. Hasbullah Haji Mohd Taha lain pulajawapannya. Dr. Hasbullah, calon PKR di Parlimen Silam

tidak melihat isu ini sebagai isu besar memandangkan penduduk di rantau ini bebas

untuk keluar masuk Sabah. Bagi Datuk Dr. Hasbullah, kehadiran penjajah telah

menyebabkan penggunaan dokumen telah dimulakan di rantau ini. Cuma bagi PTI

mereka masih tidak pemah menganggap kehadiran di Sabah sebagai tidak sah. Bermula dengan itu maka isu PTI ini mula timbul.

Kehadiran suatu unsur yang asing dalam sesebuah masyarakat sudah tentu meninggalkan kesan positif atau negatif. Begitu juga halnya dengan kehadiran PTI dalam masyarakat Sabah serta pembabitan mereka dalam pilihan raya. Sebahagian besar masyarakat yang ditemu bual menyatakan rasa tidak senang dengan PTI yang telah mengganggu kehidupan mereka. Rata-rata merungut kerana Kota Kinabalu atau bandar-bandar lain di Sabah telah dicemari gara-gara kehadiran PTI. Begitu juga kadar jenayah yang tinggi yang dikaitkan dengan kehadiran mereka sebingga timbul rasa tidak selamat untuk bersiar-siar di Kota Kinabalu mahupun di bandar- bandar lain. Sudah tentu masyarakat tidak dapat menerima apabila PTI turut dilibatkan dalam pilihan raya. Namun, perasaan tidak puas hati agak ketara dalam kalangan bumiputera bukan Islam serta Cina yang ditemu bual berbanding bumiputera Islam. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan pendatang beragama Islam.

Di Lahad Datu, kekotoran bandar cukup ketara dan dikaitkan dengan PTI terutama kawasan berhampiran pasar. Bahkan, sewaktu penyelidik berada di Lahad Datu pada waktu siang kelihatan ramai sekali pendatang Filipina serta Indonesia

135

Page 6: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

W. Shawaluddrn W Haurm & Md Safirlc Abd Raum

yang terlibat dalam aktiviti sektor tidak formal. Pada sebelah malam pula berhampiran hotel yang diduduki oleh penyelidik terdapat sebaris gerai makanan yang kebanyakan

peniaganya terdiri daripada suku etnik Bugis. Antara gerai makanan yang terdapat ialah

yang menjual rlcan bakar, minuman, pisang, kuih, nasi campur dan sebagainya. Sebelah

siang iaitu dari pukul 4.00 hingga 7.00 pula, kebanyakan pendatang bemiaga pakaian di kawasan letak kereta yang merupakan salah satu kawasan yang sibuk di Bandar Lahad Datu. Memandangkan kehadiran pendatang yang sangat ketara, tidak hairan jika YB Lahad Datu, Datuk Nasron telah menampal poster besar di beberapa kawasan strategik di Bandar Lahad Datu dengan moto, "Jadikan bandar Lahad Datu bersih, selamat dan

cantik". Sudah tentu slogan atau moto begini sesuai dengan Lahad Datu. Rata-rata pengundi Lahad Datu terdiri daripada keturunan Idahan, Bajau,

Bugis, Dusun, Cina dan Tidong. Calon di kawasan ini berketurunan Bajau. Sudah tentu kebanyakan pengundi keturunan Bajau akan memastikan YB akan menang dalam pilihan raya kali ini. Bagaimana pula dengan pengundi keturunan lain terutama Bugis? Sudah tentu golongan ini akan memberikan sokongan kepada YB Nasron tenitama sekali mereka yang masih belum memiliki dokumen.

Satu lagi kawasan yang menjadi tumpuan pendatang ialah Kunak. Calon

yang bertanding ialah Nilwan, seorang yang berketurunan Bajau. Soal keturunan

merupakan satu isu yang diperkatakan ketika pemilihan calon belum diumurkan. Nilwan dikatakan sebagai anak tempatan tetapi sejak tahun 1995, calon BN yang bertanding seorang keturunan Bugis. Lebih menyedihkan kerana semua calon sebelurn ini bukan anak tempatan. Jadi, isu ini sangat ditekankan kali ini. Bagaimana dengan isu PTI dalam kempen di Kunak? Isu PTI didiamkan meskipun Kunak merupakan satu kawasan tumpuan pendaratan PTI sejak dahulu lagi. Bukan lagi menjadi satu rahsia Kunak cukup popular kepada PTI terutama daripada selatan Filipina untuk mendarat. Hal ini disebabkan Kunak mempunyai ramai penduduk keturunan Bajau serta Bugis. Migrasi rantaian"merupakan satu penjelasan sebab Kunak cukup popular sebagai pusat pendaratan PTI terutama dari selatan Filipina.

Tawau merupakan sebuah bandar yang kini semakin didominasi oleh pendatang keturunan Bugis. Dominasi ini akan ketara jika seseorang melewati Pasar Besar Tawau yang sebahagian besar peniaganya terdiri dari keturunan Bugis. Kini, mereka juga dikatakan menguasai perniagaan pengangkutan, teksi, bas mini, bas ekspres serta lori Tawau menjadi pusat kehadiran orang Bugis kerana lokasinya merupakan pintu masuk sama ada secara sah mahupun haram. Hal ini demikian kerana Tawau cukup dekat dengan Nunukan, bandar pelabuhan yang menjadi persinggahan terakhir kapal-kapal dari Indonesia. Setiap minggu dua buah kapal yang sering berulang alik dari Makasar akan berlabuh di Nunukan. " Di Pulau Sebatik, YB Muis Pichok merupakan calon B; v berketurunan Bugis. "

136

Page 7: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

PT! dan PRU Ke-12

Pilihan raya merupakan satu medium bagi rakyat sesebuah negara yang berdaulat untuk memilih pemimpin. Dalam hal ini, cuma rakyat yang merupakan warganegara negara tersebut sahaja yang boleh mengundi dalam pilihan raya. Sebaliknya, hal yang berlaku di Sabah khasnya dan Malaysia umumnya ialah pendatang telah diberikan tuang serta peluang untuk mengundi dalam pilihan raya semata-mata bagi memastikan sesebuah parti berkuasa. Kamal Sadiq pemah membangkitkan perkara ini dalam tulisan beliau. " Oleh itu, hasrat pemerintah menggunakan pendatang dan

menjadikan mereka warganegara bagi memastikan agar penduduk bumiputera Islam lebih ramai dan boleh menentukan kekuasaan dalam politik Sabah. Dari satu segi, memang pendatang mudah digunakan bagi pihak tertentu untuk kegunaan politik mereka. Namun, dari satu segi yang lain mengizinkan bukan warganegara mengundi boleh mengundang padah kepada negara. Hal ini demikian kerana kita membenarkan satu aspek penting kehidupan bernegara kepada orang luar. Tambahan lagi, kita juga

tidak pasti sejauh manakah kesetiaan mereka kepada negara ini? Kita tidak mahu nanti seperti yang telah berlaku kepada Nur Miisuari yang telah menuntut Sabah dikembalikan kepada Kesultanan Sulu. Hal ini sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada kita

bahawa tidak ada guna memberi ihsan kepada mereka yang akhirnya seperti peribahasa Melayu, `seperti anjing menggigit tangan tuannya'. Setelah kita banyak menaburkan bantuan kepada mereka sehingga boleh meneruskan perjuangan kebaikan yang diberikan hilang terus. Sebaliknya, kita pula dimusuhi. Perkara yang sama juga akan kita hadapi

apabila membantu pendatang lain. Oleh itu, kita perlu menghentikan langkah memberikan kerakyatan kepada pendatang semata-mata kerana kepentingan politik kerana tindakan ini hanya akan merugikan negara.

Penyertaan pendatang dalam pilihan raya juga jelas menunjukkan kesedaran

tinggi mereka berbanding penduduk tempatan. Memang benar mereka mengundi kerana beberapa sebab. Antara lain mereka mendapat duit dan dokumen,

mengharapkan segalajenis bantuan serta pengiktirafan. Namun, kesedaran ini tidak wujud dalam kalangan penduduk tempatan. Rata-rata penduduk tempatan mempunyai tahap kesedaran mengundi yang rendah. Menyedari akan hal ini, pendatang dibawa

masuk sebagai pengundi dan hal ini mengakibatkan peratus yang datang mengundi meningkat. Persoalannya, kenapa kesedaran masyarakat tempatan rendah? Beberapa faktor boleh dikemukakan. Antara lain sikap tidak acuh memandangkan mereka orang tempatan, anggapan bahawa mengundi bukan sesuatu yang penting dan pelbagai alasan lain. Sudah tentu sikap sebegini amat merugikan mereka dalam jangka panjang.

Penglibatan pendatang dalam pilihan raya juga berbahaya dari segi keselamatan. Hal ini kerana latar belakang pendatang tidak diketahui - mereka mungkin perompak, lanun atau penjenayah. Mengapa kita perlu memberikan perlindungan kepada kumpulan seperti ini kerana akhirnya kita juga yang rugi. Mempergunakan mereka untuk kepentingan pihak tertentu sangat berbahaya. Insiden penculikan oleh

137

Page 8: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

W. ShawaJedýn W Haume &Md Saffu Abd Rduw

Kumpulan Abu Sayaff ke atas sekumpulan pelancong asing serta warga Malaysia

sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada kita. Cukup jelas hanya selepas insiden

pencul5can Kerajaan Malaysia mula menunjukkan sikap tegas dengan melancarkan Ops Nyah pada tahun 2001. Hasilnya, lebih 200,000 pendatang telah diusir dari Sabah. Persoalannya apakah kita memerlukan satu lagi insiden seperti tahun 2000 untuk kerajaan melancarkan satu lagi operasi pengusiran ke atas pendatang?

Salah satu sebab pendatang mengundi kerana mereka melihat kepentingan

perkara ini kepada mereka. Dengan terlibat dalam pengundian mereka mengharapkan pihak yang diundi akan memenuhi impian mereka untuk mendapatkan dokumen. Dokumen merupakan sesuatu yang sangat penting kepada kehidupan mereka di negara ini. Dengan memiliki dokumen mereka boleh diterima sebagai orang tempatan. Sebagai

orang tempatan atau bumiputera mereka boleh mendapat keistimewaan yang dinikmati

orang tempatan seperti biasiswa, membeli tanah, mendapatkan pendidikan, mendapat pekerjaan atau perichidmatan di hospital secara percuma. Oleh itu, pendatang akan berusaha menjadi anggota parti pemerintah dengan harapan satu hari nanti mereka akan dapat memohon bantuan bagi mendapatkan dokumen. Maka, tidak hairan kalau di kawasan koloni kampung air, pendatang didapati membangunkan cawangan parti serta menjadi anggota parti yang aktif. Dalam hal ini, kita patut memikirkan semula bantuan yang telah dicurahkan kepada pendatang selama ini. Amerika Syan'kat misalnya dianggarkan pada tahun 1995, membelanjakan sebanyak USD29 bilion ke atas pendatang dari segi perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan serta belanja

perkhidmatan awam yang lain. " Lebih buruk kerana perbelanjaan ini terpaksa dibayar dengan duit percukaian yang dikenakan ke atas rakyat Amerika selutvhnya. Pericara

yang sama juga dibelanjakan oleh pihak Kerajaan Malaysia ke atas pendatang cuma belanjanya tidaklah sebesarAmerika. Apapun, jika petvntukan tidak dibelanjakan untuk pendatang seperti belanja menampung pusat tahanan atau rnenghantar pendatang pulang sudah tentu peruntukan ini boleh dibelanjakan untuk pembangunan rakyat.

Penggunaan pendatang sebagai pengundi hantu merupakan satu tindakan yang tidak beretika. Hal ini demikian kerana tindakan ini bertentangan dengan undang_ undang dan tidak betul. Lebih parah apabila pihak atau parti yang berkuasa bertindak sedemikian. Persoalannya mengapa mereka bertindak demikian? Bimbang akan kekalahan kepada pembangkang mungkin satu alasan yang boleh diberikan kerana sesebuah kawasan merupakan kubu kuat pembangkang. Oleh itu, bagi menjamin setta memastikart kemenangan parti pemerintah, pendatang digunakan sebagai pengundi hantu. Kebiasaannya, pendatang akan diberikan dokumen palsu untuk mengundi Selepas mengundi pendatang akan diberikan upah kebiasaannya antara RM30 hingga RM50. Kadangkala, mereka akan dibawa mengundi di beberapa tempat lain. Barangkali hal ini telah menyebabkan cadangan SPR untuk menggunakan cat di kuku telah dibatalkan.

138

Page 9: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

PT/ don PR U Ke-12

PENUTUP

Pilihan raya merupakan satu medium yang hanya melibatkan rakyat diberikan peluang untuk memilih pemimpin mereka mengetuai kerajaan. Apabila proses ini mula melibatkan warga asing maka keistimewaan yang sepatutnya dinikmati oleh warga sesebuah negara telah dirampas. Dalam hal ini, Sabah merupakan sebuah negeri yang berhadapan dengan masalah serius yang menyaksikan penyertaan pendatang dalam pilihan raya. Oleh itu, tindakan perlu diambil bagi menghentikan penyelewengan yang berlaku ini.

NOTA

I Pendatang merupakan satu konsep yang umum merujuk kepada mereka yang bukan berasal dari satu-satu tempat dan memasukinya kerana sebab-sebab tertentu seperti mencari pekerjaan. tinggal dengan saudara, Iari dari tekanan politik atau ekonomi atau semata-mata berhijrah dari tempat lama ke tempat baharu. Dalam

artikel ini PTI merujuk kepada mereka yang memasuki Sabah melalui jalan tidak

rasmi, memasuki secara sah tetapi tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, masuk sebagai pelajar tetapi kemudian bckerja, memiliki dokumen sah atau haram yang bukan milik peribadi dan lain-lain. Pendatang yang dibincangkan bukan sahaja datang daripada Filipina dan Indonesia tetapi juga dari India, Pakistan atau China. Untuk keterangan lanjut sila lihat lihat kertas kerja W. Shawaluddin Hassan, Zaini Othman & Ramli Dollah. 2007. "Pemerintah dan Pendatang Asing" kertas kerja

yang dibentangkan di Sabah setelah 50 Tahun Merdeka, UiTM, 4-5 September.

2 Untuk perbincangan yang lebih terperinci lihat, Dahl, R. 1970. Polyarchy: Participation and Opposition, New Haven: Yale University Press, him. 98.

' Ibid.

L. W Jones, 1966. The Population of Borneo: A Study of the Peoples of Sarawak, Sabah and Brunei. London: The Athlone Press, him. 13.

s Salah satu sebab Sabah dan Sarawak diterima memasuki Malaysia ialah bagi

mengimbangi etnik Cina ekoran kemasukan Singapura. Pertimbangan ini menyebabkan Sabah dan Sarawak diterima atas alasan bumiputera Sabah dan Sarawak akan menganggap diri mereka sebagai Melayu.

139

Page 10: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

W ShawaJuddin W. Hauan & Aid Saffie Abd Ralami

s Gordon P. Means. 1990. Malaysian Politics: The Second Generation. Singapura: Oxford University Press, hlm. 159. Lihat juga Ismail Yusoff. 1999. "Politik, Agama clan Pilihan raya di Sabah" Pemikir, Oktober-Disember.

' Abdul Hadi Herman Shah e1 al. 2003. Tun Mustapha dan Pembangunan Sabah. Kota Kinabalu: Yayasan Sabah, him. 46. Lihat juga Vejai Balasubramaniam. 1998. Politik Nasionalisme dan Federalisme di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, him. 134.

J. N. Mak. 2006. "Whose Security? Refugees, Illegal Migrants & the Politics of Malay Dominance in Malaysia" Kertas kerja yang telah dibentangkan di Bengkel "Building Operational Conflict Prevention in Southeast Asia" Manila, Disember.

' Dalam saw kes, dua orang pembantu di sebuah restoran di Lahad Datu yang berasal dari India telah menyatakan bahawa mereka akan membuang undi di Lahad Datu dan seorang lagi di Kota Kinabalu. Salah seorang dari mereka menyangka penulis mewakili sebuah parti politik telah meminta wang untuk pergi membuang undi di Kota Kinabalu. Kerja lapangan di Lahad Datu pada Februari 2008.

10 Untuk keterangan lanjut berhubung dengan "IC Projek" sila rujuk Mutalib MD merupakan seorang yang sangat kritikal memperjuangkan isu pendatang di Sabah. Beberapa buah buku mengenai projek ini telah ditulis. Temu bual dengan Mutalib MD di Kota Kinabalu pada 30 April 2008.

" Temu bual melalui telefon dengan seorang ahli Politik KadazanDusun pada 14 April 2008 yang mahu identitinya dirahsiakan.

12 Tinjauan telah dibuat pengkaji di Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Kota Kinabalu serta Kunak sewaktu kempen pilihan raya ke-12.

" Temu bual telefon dengan orang kuat sebuah parti komponen BN pada 22 April 2008.

'" Temu bual melalui telefon dengan Dr. Hiew, calon DAP yang menang kerusi Parlimen Kota Kinabalu pads 12 Februari 2008. Dr Hiew menyatakan bahawa DAP tidak mempunyai manifesto khusus untuk Kota Kinabalu mahupun Sabah tetapi menggunakan manifesto DAP Pusat.

140

Page 11: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

PTI dan PRU Ke-12

" Migrasi rantaian merujuk kepada satu situasi di Amerika Syarikat apabila seorang migran yang telah lama menetap akan `menaja' ahli atau anggota keluarga yang lain

untuk datang ke Amerika Syarikat. Bermakna, migran akan menjadi perangsang kepada kehadiran migran lain ke Amerika. Lihat Federation forAmerican Immigration Reform, sebuah NGO di Amerika Syarikat. http: //www. fairus. org/site/PageServer? pagename=iic_immigrationissuecenters3e2a. Dalam konteks migrasi rantaian yang diperkatakan di Sabah, khususnya, is merujuk kepada kehadiran migran di sesuatu tempat akan menyebabkan kehadiran ahli keluarga yang lain secara haram. Hal ini merujuk kepada pendatang khususnya darf selatan Filipina dan selatan Sulawesi ke Sabah. Hubungan kekeluargaan menjadi punca kepada berlakunya migrasi tersebut.

'" Setiap kapal atau feri boleh memuatkan lebih 1000 penumpang.

"YB Muis menggantikan mantan YB Dr. Patawari di Pulau Sebatik.

" Kamal Sadiq. 2002. "When states prefer non-citizen over citizen: conflict over illegal immigration" International Studies Quarterly, Vol 49, Issue 1, Mac, him 116.

" FAIR. 2008. "Immigration's impact on U. S. " dalam http: //www. fairus. org/site PageServer? pagename=research_research9605

RUJUKAN

Abdul Hadi Herman Shah et at. 2003. Tun Afustapha dan Pembangunan Sabah. Kota Kinabalu: Yayasan Sabah.

Dahl, R. 1970. Polyarchy: Participation and Opposition. New Haven: Yale University Press.

Ismail Yusoff. 1999. Politik, Agama dan Pilihan raya di Sabah. Pemikir. Vol. 1. Bil 10, Oktober-Disember.

J. N. Mak. 2006. "Whose security? Refugees, illegal migrants & the Politics of Malay Dominance in Malaysia" Kertas kerja dibentangkan di Bengkel "Building Operational Conflict Prevention in Southeast Asia", Disember 2006, Manila.

Kamal Sadiq. 2002. "When States Prefer Non-Citizen Over Citizen: Conflict Over Illegal Immigration. International Studies Quarterly. Vol. 49, Issue 1, Mac, him. 116.

L. W Jones. 1966. The Population of Borneo: A Study ofthe Peoples ofSarawak, Sabah and Brunei. London: The Athlone Press.

141

Page 12: Pendatang Tanpa Izin dan Pilihanraya Ke-12

W. Skmvaludden W Hassm & AM Sallie Abd Rdunt

P. Means. 1990. Malaysian Politics: The Second Generation. Singapura: Oxford University Press.

Vejai Balasubramaniam. 1998. Politik Nasionalisme dun Federalisme di Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti.

W. Shawaluddin Hassan, Zaini Othman & Ramli Dollah. 2007. "Pemerintah dan Pendatang Asing" kertas kerja dibentangkan di seminar 50 Tahun Merdeka, anjuran UiTM Cawangan Sabah pada 4 hingga 5 September 2007, Kota Kinabalu, Sabah.

142