Pende Katan

6
Kepimpinan adalah komponen penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah organisasi. Terdapat beberapa definisi kepimpinan menurut beberapa pakar yang mengkaji dalam bidang ini. Abdul Halim Othman (1993) mengemukakan definisi kepimpinan sebagai suatu percubaan untuk pengaruh mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau beberapa matlamat .Proses ini akan memperlihatkan adakah seseorang mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi orang lain yang disalurkan melalui perkataan (komunikasi) untuk mencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai. Manakala menurut kamus Dewan (2004), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Walaupun kepimpinan mempunyai pelbagai definisi mengikut takrifan seseorang, satu definisi umum dapat di simpulkan, iaitu "Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat". Sebagai seorang pemimpin, tugas seseorang ialah untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti keperluan diri, kumpulan dan organisasi. Menurut John Adair pula, tugas pemimpin ialah untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu. Pemimpin dikenali dengan berbagai istilah, misalnya ketua, kepala, pengetua, amir, imam dan sebagainya. Istilah lain bagi pengikut ialah orang bawahan, ahli-ahli, anggota-anggota, pekerja, staff atau kakitangan (dalam konteks pengurusan) dan sebagainya. Namun dalam sesebuah organisasi memerlukan beberapa pendekatan untuk membantu pemimpin untuk menangani perubahan-perubahan semasa mahupun cabaran yang dapat membawa organisasi yang diterajuinya ke arah kecemerlangan. Salah satu pendekatan yang boleh membantu meningkatkan kepimpinan dalam sesebuah organisasi iaitu latihan kepimpinan. Latihan kepimpinan merupakan tunjang penting dalam setiap individu untuk memulakan sesuatu yang baru samaada untuk memimpin sesebuah organisasi mahupun untuk menganggotai sesebuah jabatan ataupun pekerjaan. Oleh itu, setiap pekerja atau individu yang baru menganggotai sesebuah jabatan atau organisasi perlu diberi kursus orientasi ataupun induksi. Dalam kursus ini, mereka perlu diberi pendedahan awal berhubung dengan bidang kerja atau tugas yang akan disandangkan atau dilaksanakan. Antara lain ianya bertujuan untuk membolehkan mereka memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Selain daripada itu, perlu diwujudkan kesefahaman antara individu dalam organisasi bagi membolehkan mereka 1

Transcript of Pende Katan

Page 1: Pende Katan

Kepimpinan adalah komponen penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah

organisasi. Terdapat beberapa definisi kepimpinan menurut beberapa pakar yang

mengkaji dalam bidang ini. Abdul Halim Othman (1993) mengemukakan definisi

kepimpinan sebagai “suatu percubaan untuk pengaruh mempengaruhi antara peribadi,

yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau

beberapa matlamat”.Proses ini akan memperlihatkan adakah seseorang mempunyai

keupayaan untuk mempengaruhi orang lain yang disalurkan melalui perkataan

(komunikasi) untuk mencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai. Manakala menurut

kamus Dewan (2004), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Walaupun

kepimpinan mempunyai pelbagai definisi mengikut takrifan seseorang, satu definisi

umum dapat di simpulkan, iaitu "Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan

kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat". Sebagai seorang pemimpin, tugas

seseorang ialah untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti

keperluan diri, kumpulan dan organisasi. Menurut John Adair pula, tugas pemimpin

ialah untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu.

Pemimpin dikenali dengan berbagai istilah, misalnya ketua, kepala, pengetua, amir,

imam dan sebagainya. Istilah lain bagi pengikut ialah orang bawahan, ahli-ahli,

anggota-anggota, pekerja, staff atau kakitangan (dalam konteks pengurusan) dan

sebagainya.

Namun dalam sesebuah organisasi memerlukan beberapa pendekatan untuk

membantu pemimpin untuk menangani perubahan-perubahan semasa mahupun

cabaran yang dapat membawa organisasi yang diterajuinya ke arah kecemerlangan.

Salah satu pendekatan yang boleh membantu meningkatkan kepimpinan dalam

sesebuah organisasi iaitu latihan kepimpinan. Latihan kepimpinan merupakan tunjang

penting dalam setiap individu untuk memulakan sesuatu yang baru samaada untuk

memimpin sesebuah organisasi mahupun untuk menganggotai sesebuah jabatan

ataupun pekerjaan. Oleh itu, setiap pekerja atau individu yang baru menganggotai

sesebuah jabatan atau organisasi perlu diberi kursus orientasi ataupun induksi. Dalam

kursus ini, mereka perlu diberi pendedahan awal berhubung dengan bidang kerja atau

tugas yang akan disandangkan atau dilaksanakan. Antara lain ianya bertujuan untuk

membolehkan mereka memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Selain

1

Page 2: Pende Katan

daripada itu, perlu diwujudkan kesefahaman antara individu dalam organisasi bagi

membolehkan mereka untuk bekerjasama dengan baik. Latihan kerohanian juga perlu

diberi penekanan dan diadakan dari masa ke semasa. Latihan kerohanian ini penting

agar dalam diri individu berkenaan tidak wujud perasaan negatif sesama mereka sama

ada melibatkan bidang tugas mahupun interaksi sesama rakan sekerja. Bennis dan

Nanus (1985), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh

kepimpinan. Dengan ini, latihan kepimpinan amat penting bagi individu untuk

memulakan ataupun memasuki dalam sesuatu bidang yang baru.

Selain latihan kepimpinan, pendekatan penerapan nilai-nilai murni kepimpinan juga

penting dalam meningkatkan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Nilai ditakrifkan

sebagai kehendak dan keinginan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi

untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan norma-norma utama meliputi perilaku

dan amalan masyarakat. Oleh demikian, penerapan nilai-nilai murni dalam kepimpinan

penting dalam sesebuah organisasi. Menurut Zaharah Hassan, Abu Daud Silong dan

Nazri Muslim dalam kajian mereka “Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan

Organisasi dalam Perkhidmatan Awam” ,menyatakan terdapat 5 nilai dan etika dalam

perkhidmatan iaitu Nilai-Nilai Peribadi Asas, Nilai-Nilai Kepimpinan, Nilai-Nilai

Profesionalisme, Nilai-Nilai Produktiviti/ Kualiti Dan Nilai Keagamaan (INTAN, 1996).

Tidak kecuali juga dalam islam, dimana menitik berat tentang nilai-nilai yang baik untuk

seseorang pemimpin untuk membimbing sesebuah organisasi. Hanya sebelas daripada

nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini, nilai-nilai

tersebut ialah Amanah, Tanggungjawab, Ikhlas, Dedikasi, Sederhana, Tekun, Bersih,

Berdisiplin, Bekerjasama, Berbudi Mulia, dan Bersyukur. Sebelas nilai ini dipilih kerana

ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam

menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam kepada sesorang pemimpin.

Contohnya, nilai tanggungjawab dimana menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah

terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan, Melakukan tugas dengan

kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur,

Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila bila sahaja diperlukan, bercita-cita

untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/instutusi/awam dalam menjalankan

tugas serta bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Wilhelm (1996)

2

Page 3: Pende Katan

menganggap nilai yang jelas dan kukuh sebagai characteristic teras bagi seorang

pemimpin berkesan. Seterusnya beliau menambah, kepimpinan tanpa nilai boleh

mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan seperti yang dapat dilihat melalui Adolph

Hitler. Hal ini kita dapat lihat di dalam organisasi di sekolah mahupun dalam jabatan-

jabatan yang lain iaitu sekira sesorang guru diberikan tanggujawab untuk mendidik

murid untuk cemerlang di dalam pelajaran, dengan ini guru perlulah berusaha

memberikan didikan yang terbaik seperti membuat kelas tambahan, menyediakan

bahan-bahan bantu mengajar ataupun persediaan dalam pengajaran dan sebaliknya

sekiranya terdapat guru tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pendidikan yang

cemerlang boleh mengakibatkan kesan yang buruk terhadap setiap murid dibawah

tanggungjawab beliau.

Kita boleh lihat pentingnya penerapan nilai-nilai murni dalam sesebuah organisasi

iaitu beberapa usaha kerjaaan dalam melaksanakan beberapa kempen antaranya

contoh penerapan nilai yang murni yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia

untuk melahirkan pekerja yang berdidekasi dalam seuatu kerja iaitu pada tahun 1982,

Kempen Bersih, Cekap Dan Amanah dimana pada pertengahan April 1982, Y.A.B.

Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan

Amanah sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. Konsep

ini adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada

19 hb. Mac, 1983. Objektif utama dasar ini adalah bagi mengujudkan satu etika kerja

dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan

kepada peningkat hasil (productivity) dan mutu kerja dan meningkatkan semangat atau

motivasi pekerja seiring dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui

Teladan. Manakala pada tahun 1985 pula, Dasar penerapan nilai-nilai islam dalam

pentadbiran Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai Islam dalam

pentadbiran dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak

kukuh. Pada tahun 2006 Pembangunan Modal Insan pula dilancarkan.Dengan

peningkatan persaingan di pasaran global, ekonomi akan terus diperkukuh dengan

meningkatkan daya saing dan menerokai sumber pertumbuhan baru. Peningkatan daya

saing ini memerlukan modal insan bertaraf dunia yang berpengetahuan tinggi,

berkemahiran, serba boleh dan kreatif serta memiliki etika kerja positif dan nilai

3

Page 4: Pende Katan

kerohanian. Bagi tujuan ini, penambahbaikan secara komprehensif sistem

penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan

dilaksanakan. Program pembelajaran sepanjang hayat diperluaskan bagi menyediakan

lebih banyak peluang kepada individu untuk meningkatkan dan menambah baik kualiti

diri melalui pemerolehan pengetahuan dan kemahiran secara berterusan.1

Perubahan sikap dan nilai adalah satu keperluan dan selari ke arah yang positif dan

holistik. Perubahan ini beriringan dalam tiga fasa iaitu mahu menerima perubahan,

bersedia untuk menerima perubahan yang datang dan menyesuaikan diri dengan

perubahan yang ada. Menurut Sharifah Akmam Syed Zakaria (2005), sikap ialah

tingkah laku yang lahir daripada pemikiran dan emosi seseorang, ia adalah kumpulan

perlakuan atau perangai yang ditunjukkan oleh seseorang. Menurut beliau juga, sikap

mempunyai unsur-unsur pemikiran samaada positif atau negatif dan perubahan sikap

adalah penting untuk transformasi sikap daripada yang negatif ke positif, di mana sikap

yang positif menjadi asas kejayaan kerana ia akan mempengaruhi minat dan usaha

yang dijalankan. Ini tidak kecuali juga di dalam sesebuah organisasi iaitu perubahan

sikap dan nilai juga salah satu pendekatan yang boleh meningkatkan kepimpinan

dalam sesebuah organisasi. Perubahan sikap dan nilai ini dapat dilakukan melalui

latihan kederiaan yang mana seseorang itu diberi peluang untuk mengenal diri sendiri

dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan dirinya sebagai pemimpin.Seseorang pemimpin adalah tidak wajar

meletakkan diri sebagai seseorang yang sempurna dari aspek kepimpinan tanpa perlu

membuat penilaian diri langsung. Ini kerana kesempurnaan bagi dirinya itu bukan dilihat

oleh individu lain atau pekerja bawahannya adalah satu kelemahan ketara dirinya. Hal

ini disebabkan pemimpin seumpama ini adalah sukar untuk menerima sebarang

teguran berkaitan kesilapan atau kesalahan yang dilakukannya. Adalah penting bagi

setiap individu dalam organisasi merenung ke dalam diri atau ‘bercerminkan’

pandangan individu lain untuk melihat kelemahan diri. Teguran yang diterima perlu

direnungi dan dijadikan panduan serta asas dalam usaha meningkatkan prestasi kerja

dalam sesuatu jabatan atau organisasi.

1 Dipetik dari http://gempakz.org/showthread.php?tid=3239 dimuat turun pada 8 april 2012.

4

Page 5: Pende Katan

Menurut Kanungo (2001), mengatakan seseorang yang mahu menjadi pemimpin

yang beretika perlu terlibat dengan tingkah laku yang mulia dan memberi kebaikan

kepada orang lain. Beliau juga perlu menjauhkan diri daripada perbuatan jahat yang

boleh mendatangkan keburukan pada orang lain. Sebagaimana pepatah Melayu

“seperti ketam mengajar anaknya berjalan”, iaitu sebagai contoh organisasi di sekolah,

sekiranyas guru tidak memberikan teladan ataupun sikap yang tidak betul kepada para

pelajar di dalam kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti cara

permakaian, cara percakapan yang tidak sopan, cara pergaulan dan tingkah laku, hal

ini secara tidak langsung mempengaruhi sikap dan nilai yang tidak baik kepada

pelajarnya. Oleh demikian guru perlu menjadi “role model” yang terbaik untuk

melahirkan generasi muda pada hari ini bersedia untuk melakukan perubahan.

Kesediaan dan pengalaman akan mendidik mereka untuk mewarisi kejayaan yang

cemerlang pada masa hadapan. Apa sahaja yang negatif dan diwarisi sebelum ini

biarlah berhenti setakat ini sahaja. Sikap dan pemikiran dari zaman kolonial wajar

dihapuskan supaya generasi muda adalah semuda keyakinan dan setua

kegagahannya.

Walaupun hari ini Malaysia sudah mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi

masih terdapat pemimpin dalam sesebuah organisasi yang masih berada di takuk

lama dan memiliki minda kelas ketiga. Kebanyakan kelemahan adalah disebabkan

oleh sikap, nilai dan etika kerja yang tidak baik yang akhirnya menyebabkan integriti

perkhidmatan awam diragukan. Seorang pemimpin adalah sumber, pemberi tenaga,

arkitek, catalyst dan wira bagi pekerja-pekerjanya. Mereka boleh menyebabkan

banyak perbezaan ke atas prestasi pekerja dan organisasi sekiranya mereka

mengamalkan kepimpinan beretika atau tidak. Kepimpinan beretika akan memberi

nilai tambah kepada organisasi kerana organisasi mereka akan dihormati dan ianya

boleh terus berdiri megah dalam ekonomi yang sentiasa berubah.

Di samping itu, pemimpin juga perlu memberi perhatian kepada tindakan-tindakan

yang tidak beretika kerana ini akan melemahkan dan merosakkan organisasi. Pemimpin

dalam sektor awam terutamanya, memikul tugas yang lebih berat kerana mereka bukan

sahaja menjaga kepentingan rakyat tetapi mereka juga bertanggungjawab menjaga

imej dan kepentingan negara. Dengan ini, pendekatan-pendekatan seperti latihan

5

Page 6: Pende Katan

kepimpinan, penerapan nilai-nilai murni kepimpinan, perubahan sikap dan nilai dan

pengalaman dan pusingan kerja di dalam sesebuah organisasi samaada organisasi di

sekolah mahupun organisasi yang lebih besar seperti syarikat-syarikat swasta yang lain

sangat penting untuk menjadi panduan dan kayu ukur yang boleh meningkatkan

kepimpinan dalam sesebuah organisasi yang lebih cemerlang dan gah di peringkat

antarabangsa. Menurut Sharifah Akmam Syed Zakaria (2005), dalam kehidupan,

individu berusaha kerana hendak mendapat kejayaan dan kecemerlangan sebenar.

Oleh itu, seseorang tidak boleh lari daripada berusaha dan terus mencuba agar

mencapai mencapai apa yang diidamkan begitu juga bagi seseorang pemimpin perlulah

berusaha untuk meningkatkan kecemerlang sesebuah organisasi yang diterajuinya agar

organisasi yang dipimpin dapat melahirkan para pekerja yang hebat dalam kerjaya.

6