Pendedahan Isu Pencemaran Udara Kepada Murid Tahun 2
-
Upload
nor-azlin-mohd-rusdin -
Category
Education
-
view
220 -
download
4
Transcript of Pendedahan Isu Pencemaran Udara Kepada Murid Tahun 2
i
SBA 3033
PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR
TUGASAN MINI PROJEK
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA GAMBAR
NORAZLIN BT RUSDIN
JUMRAH BT SULTAN
TUGASAN MINI PROJEK
TAJUK
PENGETAHUAN DAN KESEDARAN MURID
TERHADAP PENCEMARAN UDARA DIKALANGAN
MURID TAHUN 2
ii
SENARAI KANDUNGAN
BAB 1: PENGENALAN.
1.1 Isu atau Permasalahan 1
1.2 Objektif Projek 2
BAB 2: KAEDAH.
2.1 Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Permainan 3 Dalam 1 3
2.2 Responden Kajian 4
2.3 Perlaksanaan Aktiviti 4-6
2.4 Kaedah Menentukan Keberkesanan Aktiviti 6-7
BAB 3: DAPATAN DAN PERBINCANGAN.
3.1 Bahan bantu mengajar 8-9
3.2 Perlaksanaan aktiviti 10-14
3.3 Keberkesanan aktiviti 15-21
BAB 4: KESIMPULAN 22
RUJUKAN 23-24
LAMPIRAN 25-58
iii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Halaman
2.1: Permainan dan Aspek Berkaitan Pencemaran Udara yang Disampaikan 4
2.4.1: Skala Likert yang Digunakan bagi Soal Selidik 6
2.4.2: Selang Skor dan Tahap Pengetahuan Murid Tentang Pencemaran Udara 7
3.3.1: Analisis Respon Murid Bagi Setiap Item Soal Selidik 15
3.3.2: Skor Keseluruhan Bagi Soal Selidik Pra dan Soal Selidik Pos 18
3.3.3: Bilangan Murid bagi Setiap Kelas Skor untuk Kedua-dua Soal Selidik Pra
dan Soal Selidik Pos 19
3.3.4: Perbandingan Skor Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos Berdasarkan Kekerapan
(Bilangan Murid) 20
3.3.5: Selang Kelas Skor Ujian dan Kekerapan yang Dikutip 20
iv
SENARAI GAMBAR
No. Gambar Halaman
3.1 : Garisan pada bahan bantu mengajar 8
3.2.1 : Murid bekerjasama menyusun puzzle 10
3.2.2 : Murid bekerjasama menyusun puzzle 10
3.2.3 : Murid gembira menyiapkan puzzle 11
3.2.4 : Pn Jumrah menunjukkan hasil kerja murid 11
3.2.5 : Pn Norazlin melihat hasil kerja murid 11
3.2.6 : Seorang murid melakonkan mencuit kotoran pada cermin 12
3.2.7 : Seorang murid melakonkan sedang sesak nafas 12
3.2.8 : Seorang murid melakonkan sedang bersin dan selsema 12
3.2.9 : Seorang murid melakonkan sedang menggosok mata yang pedih 12
3.2.10 : Seorang murid melakonkan sedang menggaru kulit yang gatal 12
3.2.11 : Seorang murid melakonkan sedang batuk 12
3.2.12 : Murid bekerjasama mencari kod rahsia 13
3.2.13 : Murid menampal hasil kerja di papan putih 14
3.2.14 : Pn Norazlin dan Pn Jumrah mengabadikan kenangan bersama
murid-murid Tahun 2 Arif 14
BAB 1
Pengenalan.
Menurut Mohd Zahari Abdullah@Rafie, Megat Ahmad Kamal Megat Hanafiah dan Mohd
Tahir Abas (2005), pencemaran uadara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair
atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan
kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi
kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bahn-bahan ini boleh
memasuki tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen
dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit
kekejangan, kanser, asma dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang
boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara. menurut
WHO, 4% hingga 8% kematian yang berlaku setiap tahun adalah berkaitan dengan
pencemaran udara.
Berdasarkan huraian definisi pencemaran udara di atas, boleh dikatakan bahawan isu
ini agak besar dan perlu diberikan perhatian. Di Malaysia sendiri, kita telah mengalami
beberapa siri fenomena jerebudan ramai yang sudah tahu kesan daripadanya, Namun begitu,
kesedaran di kalangan ahli masyarakat masih di tahap yang rendah apabila masih ada yang
melakukan pembakaran samaph domestik secara terbuka malah peratusan penggunaan
kenderaan awam dan perkongsian kereta juga terus berada pada tahap yang rendah.
Menyedari pentingnya melahirkan generasi yang celik dan peka terhadap isu
pencemaran udara, projek mini telah dijalankan sebagai langkah permulaan. Di harapkan
murid-murid yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan yang terancang ini
dapat menyerap input-input yang disampaikan secara optimum.
1.1 Isu atau Permasalahan
Suatu soal selidik telah dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kesedaran
murid berhubung isu pencemaran udara. Dapatan soal selidik mendapati 15 orang murid
2
menunjukkan tahap kesedaran sederhana manakala 9 orang murid lagi berada pada tahap
kesedaran lemah. Tiada murid yang didapati berada tahap kesedaran baik atau sangat lemah.
Timbul suatu hasrat dalam diri guru untuk meningkatkan kesedaran di kalangan 24
orang murid tahun 2 Arif ini terhadap isu pencemaran udara yang sememangnya perlu
diketahui secara jelas oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah murid sekolah.
Suatu set permainan 3 dalam 1 telah direka untuk menyampaikan maklumat secara
berkesan kepada murid-murid ini berhubung isu pencemaran udara dari tiga aspek iaitu
punca, kesan ke atas manusia dan cara mengatasinya.
1.2 Objektif Projek
Objektif umum projek ini ialah memberikan pendedahkan kepada murid tentang isu
pencemaran udara yang dihadapi oleh semua penduduk di seluruh dunia. Projek ini juga juga
diadakan dengan tujuan membolehkan murid-murid mendapatkan input berkaitan
pencemaran udara secara berkesan melalui aktiviti permainan 3 dalam 1 yang menarik,
mudah dilakukan dan bahan bantu mengajar yang digunakan dilihat berupaya meningkat
potensi murid untuk mengingati fakta-fakta yang disampaikan. Dalam jangka masa panjang,
diharapkan projek ini dapat melahirkan generasi yang peka terhadap isu pencemaran udara
dan mampu memainkan peranan dalam mengurangkan atau mengatasi isu ini pada masa
hadapan.
Objektif khusus perlaksanaan objektif ini pula ialah murid dapat menghuraikan pencemaran
udara daripada aspek iaitu punca, kesan dan cara mengatasi dengan tepat pada penghujung
sesi pengajaran menggunakan teknik “permainan 3 dalam 1”. Murid dapat membezakan
aktiviti mana yang menjadi punca pencemaran udara dan sebaliknya. Murid dapat
menentukan penyataan yang betul atau salah berkaitan ketiga-tiga aspek pencemaran udara
yang dinyatakan di atas.
3
BAB 2
Kaedah.
2.1 Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Permainan 3 Dalam 1
Pembinaan bahan bantu mengajar dilakukan dengan menggunakan teknologi dan
perisian komputer iaitu Power Point. Tiga permainan yang berbeza digunakan untuk
menyampaikan tiga aspek yang berlainan berkenaan isu Pencemaran Udara. Permainan
jigsaw puzzle digunakan untuk menyampaikan maklumat khusus berkenaan punca
pencemaran udara. Jigsaw puzzle ini dibina dengan menggunakan gabungan bahan visual
iaitu gambar punca-punca pencemaran dan templat jigsaw puzzle yang diambil dari internet
dengan menggunakan enjin pencarian google. Kedua-duanya digabungkan dengan cara
menyalin dan menampal pada slaid persembahan Power Point secara bertindih. Jigsaw puzzle
gambar-gambar punca pencemaran ini dicetak pada kertas tebal dan digunting mengikut
bentuk yang telah ditentukan.
Permainan kotak muzikal digunakan bagi membolehkan murid memahami kesan
pencemaran udara dengan penuh kefahaman. Dalam permainan ini, sebuah kotak
mengandungi arahan simulasi digerakkan dari seorang murid ke murid yang lain meliputi
semua murid dalam kumpulan kajian, serentak dengan muzik dimainkan. Muzik dimainkan
menggunakan tablet guru. Apabila guru memberhentikan muzik, murid yang memegang
kotak tersebut pada waktu itu akan mencabut satu arahan dari dalam kotak. Murid berkenaan
akan melakonkan arahan tersebut dan diteka oleh murid-murid yang lain. Aktiviti ini
diteruskan sehingga kesemua arahan yang ada selesai dilakonkan.
Permainan yang ketiga pula ialah permainan kod rahsia di mana jawapan bagi kod
rahsia yang diselesaikan merupakan cara-cara mengatasi isu pencemaran udara. Setiap abjad
a hingga z diberikan satu nombor iaitu 1 hingga 26 dan semuanya disenaraikan dalam satu
kad senarai kekunci. Enam slaid Power Point yang mana setiap satunya disisipkan gambar
cara mengatasi dan kod rahsia dibahagian bawah gambar tersebut. Murid-murid
menyelesaikan kod rahsia dengan berpandukan kekunci yang diberi dan mendapatkan cara
mengatasi isu pencemaran udara. Bahan visual jenis gambar disertakan untuk mengukuhkan
kefahaman murid terhadap cara-cara mengatasi isu yang dibincangkan.
4
Jadual 2.1: Permainan dan Aspek Berkaitan Pencemaran Udara yang Disampaikan
Permainan Aspek yang Disampaikan
Jigsaw Puzzle Faktor pencemaran udara
Kotak Muzikal Kesan pencemaran udara
Kod Rahsia Cara mengatasi pencemaran udara
2.2 Responden Kajian
Kajian atau aktiviti ini melibatkan 24 murid Tahun 2 Arif dari Sekolah Kebangsaan
Sungai Rokam, Ipoh, Perak.
2.3 Perlaksanaan Aktiviti
Sebelum aktiviti permainan yang telah direka bentuk dijalankan, murid dikehendaki
menjawab soal selidik pra dan diikuti dengan menduduki ujian pra yang ringkas untuk
mengetahui tahap pengetahuan awal murid terhadap pencemaran udara. Penyampaian
maklumat tentang pencemaran udara dilakukan dengan menyediakan aktiviti permainan 3
dalam 1 untuk murid-murid ikuti. Perlaksanaan aktiviti ini adalah seperti yang dihuraikan d
bawah.
Aktiviti 1
1. Aktiviti pertama ialah permainan jigsaw puzzle dalam kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan diberikan satu set jigsaw puzzle yang mengandungi satu
gambar punca pencemaran udara.
3. Ahli kumpulan bekerjasama mencantumkan kepingan-kepingan puzzle
menjadi gambar yang betul.
4. Seorang wakil kumpulan melekatkan gambar yang telah lengkap pada papan
putih dan memilih label yang sepadan dengan gambar tersebut.
5. Murid menyebut kesemua punca pencemaran udara yang terdapat pada papan
putih.
6. Guru menerangkan bahawa punca-punca yang terdapat pada jigsaw puzzle
yang telah diselesaikan merupakan punca daripada aktiviti manusia.
5
7. Guru menerangkan pula tentang punca-punca semulajadi yang wujud
disebabkan fenomena alam semulajadi seperti gunung berapi dan kolam air
panas dengan menunjukkan gambar kedua-dua fenomena.
8. Murid-murid diminta menyenaraikan kesemua punca pencemaran udara yang
ada pada lembaran kerja yang diedarkan kepada setiap murid.
Aktiviti 2
1. Murid diberikan penerangan tentang permainan kotak muzikal.
2. Muzik dimulakan dan serentak dengan itu, kotak berisi kepingan arahan
lakonan digerakkan daripada seorang murid kepada murid yang lain.
3. Murid yang memegang kotak semasa muzik diberhentikan akan memilih satu
keping arahan lakonan.
4. Murid berkenaan berlakon mengikut arahan di hadapan kelas dan murid-murid
lain akan meneka apa aksi yang dilakonkan.
5. Langkah-langkah diulang sehingga kesemua arahan lakonan selesai
dilakonkan.
6. Aksi yang dilakonkan merupakan kesan-kesan pencemaran udara ke atas
manusia. Murid-murid menyalin kesan-kesan pencemaran udara pada
lembaran kerja.
Aktiviti 3
1. Murid berada dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan sekeping kad permainan kod rahsia.
3. Guru melengkapkan kad kekunci kod rahsia pada papan putih untuk rujukan
semua kumpulan.
4. Setiap kumpulan menyelesaikan kad permainan kod rahsia masing-masing.
5. Wakil setiap kumpulan melekatkan kad permainan kod rahsia yang telah
mereka selesaikan pada papan putih.
6. Kad-kad ini mengandungi makulamat tentang cara-cara mengatasi masalah
pencemaran udara. Murid menyenaraikan kesemua cara mengatasi masalah
pencemaran udara pada lembaran kerja masing-masing.
6
Aktiviti 4
1. Murid dibimbing membuat rumusan tentang pencemaran dari tiga aspek iaitu
punca, kesan dan cara mengatasi.
2. Murid diedarkan dengan kertas ujian pos dan menjawabnya.
2.4 Kaedah Menentukan Keberkesanan Aktiviti
Keberkesanan bagi aktiviti permainan 3 dalam 1 ini ditentukan dengan menganalisis
dan membanding dapatan-dapatan yang diperolehi daripada dua kaedah pungutan data yang
dijalankan iaitu soal selidik dan ujian. Soal selidik dijalankan dua kali iaitu soal selidik pra
diadakan sebelum aktiviti permainan dijalankan untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan
pemahaman murid tentang pencemaran udara. Soal selidik pos pula diadakan selepas aktiviti
permainan dijalankan untuk sama ada terdapat perubahan dari segi pengetahuan dan
pemahaman murid tentang pencemaran udara setelah diberikan input yang berkenaan melalui
aktiviti permainan. Soalan soal selidik pra dan pos adalah sama Skala Likert yang digunakan
disesuaikan dengan tahap perkembangan kognitif murid iaitu mempunyai 4 pilihan sahaja
seperti dalam Jadual 2.4.1 di bawah.
Jadual 2.4.1: Skala Likert yang Digunakan bagi Soal Selidik
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4
Skor-skor bagi soal selidik dikelaskan kepada empat selang dengan setiap selang
memberikan tahap pengetahuan yang berbeza. Jika seseorang murid mendapat skor dalam
julat 25 hingga 32, ia bermaksud murid tersebut mempunyai pengetahuan tetang pencemaran
udara pada tahap sangat baik. Jika seseorang murid mendapat skor dalam lingkungan 17
hingga 24 pula, ia bermakna murid itu mengetahui isu pencemaran udara pada tahap baik.
Julat 9 hingga 16 adalah julat skor bagi murid yang mempunyai tahap pengetahuan sederhana
tentang isu ini. Jika seseorang murid mendapat skor dalam julat 0 hingga 8, ia bermaksud
murid berkenaan mempunyai pengetahuan tentang pencemaran udara pada tahap lemah.
Penentuan tahap mengikut kelas skor ini boleh diringkaskan dalam Jadual 2.4.2 di bawah.
7
Jadual 2.4.2: Selang Skor dan Tahap Pengetahuan Murid Tentang Pencemaran Udara
Skor Soal selidik Penerangan
25 - 32 Tahu tentang pencemaran udara pada tahap sangat baik
17 – 24 Tahu tentang pencemaran udara pada tahap baik
9 – 16 Tahu tentang pencemaran udara pada tahap sederhana
0 – 8 Tahu tentang pencemaran udara pada tahap lemah
Selain daripada soal selidik, ujian pra dan ujian pos juga digunakan untuk mengutip
data. Ujian pra diberikan kepada murid sebelum aktiviti permainan dijalankan untuk
mengetahui pengetahuan sedia ada murid berkaitan isu pencemaran udara. Ujian pos
diberikan kepada murid sebaik sahaja murid selesai mengikuti aktiviti permainan untuk
melihat sejauh mana murid menerima maklumat berkaitan pencemaran udara yang
disampaikan melalui aktiviti permainan ini.
8
BAB 3
Dapatan dan perbincangan.
3.1 Bahan bantu mengajar
Seperti yang dinyatakan dalam Bab 2, bahan bantu yang digunakan disediakan dengan
menggunakan teknologi iaitu dengan menggunakan Power Point. Bahan ini kemudian
dicetak menggunakan printer jenama Canon E500 dengan mengaplikasikan tetapan poster
sebagai layout untuk proses pencetakan. Setelah dicetak, bahan ini kemudiannya dilaminate
menggunakan mesin laminate berjenama GBC laminator H212. Untuk Aktiviti 1 (Jigsaw
Puzzle) garisan yang terdapat pada gambar digunting terlebih dahulu. Garisan itu seperti
dalam gambar 3.1 di bawah;
Untuk gambar-gambar yang lain boleh rujuk pada bahagian Lampiran.
Bahan-bahan bantu yang digunakan ini ternyata sesuai dengan tahap perkembangan
murid-murid yang dipilih. Bagi jigsaw puzzle yang digunakan, murid dapat mencantum
kepingan-kepingan puzzle dalam tempoh yang sesuai seperti yang dijangka oleh guru iaitu
lebih kurang 5 minit. Gambar yang digunakan adalah jelas dan murid boleh menyatakan
maklumat yang terkandung dalam gambar dengan tepat serta memadankan jigsaw puzzle
Gambar 3.1 : Garisan pada bahan bantu mengajar
9
yang telah diselesaikan kepada frasanya dengan betul. Ini bermaksud murid dapat
mengenalpasti kesemua punca pencemaran yang ada dalam senarai yang disediakan oleh
guru.
Bahan untuk permainan Kotak Muzikal juga menarik minat murid. Setiap aktiviti
lakonan dicetakkan menggunakan warna yang berbeza dan dilaminate untuk memberikan
kekemasan padanya agar ia kelihatan lebih menarik dan tahan lasak. Murid berasa teruja
untuk memilih aktiviti lakonan mudah yang dicetak di atas warna kegemaran masing-masing.
Aktiviti–aktiviti lakonan mudah yang dimuatkan dalam permainan ini sesuai dengan
keupayaan murid. Murid-murid yang terpilih dapat melakonkannya dengan baik malah
murid-murid yang menonton juga dapat memahami dan meneka dengan tepat apa yang
dilakonkan oleh rakan mereka. Dengan kejayaan perlaksanaan aktiviti ini, murid dapat
memahami dengan jelas apakah kesan-kesan pencemaran udara ke atas kesihatan manusia.
Bahan bantu yang digunakan dalam permainan Kod Rahsia juga bersesuaian dengan
aktiviti kumpulan. Walaupun satu kumpulan hanya perlu menyelesaikan satu Kod Rahsia
sahaja, namun masa yang diambil oleh setiap kumpulan adalah sangat ideal iaitu tidak terlalu
cepat dan tidak terlalu lama. Ini bermakna aras bagi permainan ini sesuai dengan tahap murid.
Saiz bahan yang digunakan juga adalah tepat untuk penyelesaian secara berkumpulan iaitu
saiz poster 2x1. Malah, saiz ini juga memudahkan murid-murid lain melihatnya apabila ia
dilekatkan pada papan putih untuk tujuan penyenaraian cara mengatasi pencemaran udara
oleh semua murid yang terlibat. Murid tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk melihat
dengan jelas apa yang boleh dilakukan oleh ahli masyarakat dalam usaha mengatasi atau
mengurangkan kesan negatif daripada isu ini.
Kesimpulannya di sini, ketiga-tiga bahan bantu yang digunakan bersesuaian dengan
tahap perkembangan dan kebolehan murid. Bahan-bahan bantu yang sesuai ini membolehkan
murid menyelesaikan ketiga-tiga permainan dalam tempoh seperti mana yang ditetapkan
dalam perancangan guru. Lebih daripada itu, bahan-bahan bantu yang menarik ini berjaya
menyampaikan input berkaitan pencemaran udara secara berkesan dan menyeluruh kepada
murid-murid yang terlibat dalam projek ini.
10
3.2 Perlaksanaan aktiviti
Aktiviti 1 : Jigsaw Puzzle
Aktiviti ini telah dijalankan oleh murid-murid yang berada dalam kumpulan berempat
atau berlima. Setiap gambar Jigsaw Puzzle mempunyai 8 kepingan yang perlu dicantumkan.
Bilangan kepingan yang sesuai ini membolehkan kesemua ahli kumpulan terlibat secara aktif
dalam aktiviti permainan pertama ini. Setiap kumpulan telah berjaya menyatakan dengan
tepat berkenaan gambar yang terdapat dalam Jigsaw Puzzle yang telah mereka cantum.
Setelah wakil setiap kumpulan berjaya memilih dan melekatkan frasa yang berpadanan
dengan gambar pada Jigsaw Puzzle mereka, mereka dibimbing untuk menghubungkaitkan
gambar-gambar tadi dengan punca pencemaran udara. Murid-murid mendapat penjelasan
daripada guru bahawa gambar-gambar yang telah berjaya dicantumkan menunjukkan punca-
punca pencemaran udara yang wujud daripada aktiviti-aktiviti harian manusia. Seterusnya,
murid didedahkan pula dengan punca-punca pencemaran udara yang terhasil daripada
fenomena alam semulajadi. Dengan bantuan bahan visual yang berseuaian ini, murid dapat
memahami dengan mudah punca-punca pencemaran udara yang ada. Permainan secara
berkumpulan ini menunjukkan murid-murid mampu bekerjasama dan bertoleransi dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Gambar 3.2.1, Gambar 3.2.2, Gambar 3.2.3, Gambar 3.2.4 dan Gambar 3.2.5 di bawah
menunjukkan perjalanan bagi Aktiviti 1 iaitu Permainan Jigsaw Puzzle.
Gambar 3.2.1 : Murid bekerjasama
menyusun puzzle
Gambar 3.2.2 : Murid bekerjasama
menyusun puzzle
11
Aktiviti 2 : Kotak Muzikal
Penggunaan tablet untuk memainkan muzik adalah sangat mudah malah bersesuaian
dengan suasana dalam bilik darjah. Murid yang terpilih secara rawak melalui permainan ini
membolehkan kawalan disiplin sepanjang permainan kedua ini dikawal dengan baik kerana
murid tidak perlu berebut-rebut mengangkat tangan. Murid yang terpilih melalui muzik yang
dimainkan dan dihentikan pada masa yang difikirkan sesuai oleh guru, tampil ke hadapan
secara berpasangan untuk aktiviti lakonan. Murid-murid ini telah berjaya berlakon mengikut
arahan dengan sangat baik. Murid-murid yang menonton pula telah memberi perhatian
sepanjang lakonan dipersembahkan dan mereka berupaya meneka apa yang dilakonkan oleh
rakan mereka. Dengan bimbingan, murid telah berjaya mengaitkan semua lakonan yang telah
ditonton dengan kesan pencemaran udara.
Gambar 3.2.3 : Murid gembira menyiapkan
puzzle
Gambar 3.2.4 : Puan Jumrah menunjukkan
hasil kerja murid
Gambar 3.2.5 : Puan Norazlin melihat hasil
kerja murid
12
Gambar 3.2.6, Gambar 3.2.7, Gambar 3.2.8, Gambar 3.2.9, Gambar 3.2.10 dan Gambar
3.2.11 di bawah menunjukkan perlaksanaan aktiviti permaianan “Kotak Muzikal”.
Gambar 3.2.6 : Seorang murid melakonkan
mencuit kotoran pada cermin Gambar 3.2.7 : Seorang murid melakonkan
sedang sesak nafas
Gambar 3.2.8 : Seorang murid melakonkan
sedang bersin dan selsema Gambar 3.2.9 : Seorang murid melakonkan
sedang menggosok mata yang pedih
Gambar 3.2.10 : Seorang murid melakonkan
sedang menggaru kulit yang gatal Gambar 3.2.11 : Seorang murid melakonkan
sedang batuk
13
Aktiviti 3 : Kod Rahsia
Aktiviti ketiga iaitu permainan Kod Rahsia juga dijalankan dalam kumpulan kecil seperti
permainan Jigsaw Puzzle yang telah dijelaskan dalam Aktiviti 1 di atas. Murid-murid telah
bekerjasama menyelesaikan kod yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Semua ahli
kumpulan dapat memahami perkaitan antara kod yang berjaya diselesaikan dengan gambar
yang terpapar pada bahagian atas setiap helaian permainan ini. Setelah semua helaian Kod
Rahsia berjaya diselesaikan dan dipamerkan pada papan putih, murid telah dapat mngetahui
dan memahami cara-cara mengatasi isu pencemaran udara dengan tepat.
Gambar 3.2.12 dan Gambar 3.2.13 di bawah merakamkan detik-detik murid menjalankan
Aktiviti 3 dan penghujung perlaksanaan projek ini.
Gambar 3.2.12 : Murid bekerjasama mencari kod rahsia
14
Gambar 3.13 : Murid menampal hasil kerja di papan putih
Gambar 3.14 : Puan Norazlin dan Puan Jumrah mengabadikan kenangan bersama murid-
murid Tahun 2 Arif
15
3.3 Keberkesanan aktiviti
Respons murid bagi setiap item adalah seperti dalam Jadual 3.3.1 di bawah.
Jadual 3.3.1: Analisis Respon Murid Bagi Setiap Item Soal Selidik
BIL ITEM
Tidak
Setuju
Kurang
Setuju Setuju
Sangat
Setuju
Pra Pos Pra Pos Pra Pos Pra Pos
1 Saya tahu apa itu pencemaran
udara
9 - 10 2 3 10 2 12
2 Saya tahu punca-punca
semulajadi yang
menyumbang kepada
pencemaran udara
13 1 7 3 3 8 1 12
3 Saya tahu punca-punca dari
aktiviti manusia yang
menyumbang kepada
pencemaran udara
11 - 7 1 5 9 1 14
4 Saya tahu kesan pencemaran
udara ke atas manusia 9 1 7 2 4 11 4 10
5 Saya tidak suka membakar
sampah di halaman rumah 2 - 1 - 3 4 18 20
6 Saya akan memilih untuk
berkongsi kereta ke sekolah
jika ada pilihan
9 3 5 4 6 10 4 7
7 Saya selalu mengasingkan
sampah-sampah di rumah
untuk di hantar ke pusat kitar
semula
9 5 6 9 3 6 6 4
8 Saya tahu penggunaan
semula barang-barang
terpakai boleh mengurangkan
pencemaran udara
7 - 5 2 7 9 5 13
16
Bagi item pertama iaitu “Saya tahu apa itu pencemaran udara”, dalam soal selidik pra
atau peringkat awal 9 murid memilih tidak setuju, 10 murid memilih kurang setuju manakala
3 murid memilih setuju dan hanya 2 murid sahaja yang menyatakan mereka sangat setuju.
Dengan mengambil bilangan murid yang setuju dan sangat setuju sebagai mewakili murid
yang tahu pencemaran udara, hanya lima orang murid sahaja yang yakin mereka tahu apa itu
pencemaran udara. Bilangan ini agak kecil jika dibandingkan dengan bilangan semua murid
yang terlibat iaitu seramai 24 orang. Berbeza pula dengan dapatan soal selidik pos, hanya 2
murid sahaja memilih tidak setuju terhadap pernyataan ini dan selebihnya 10 murid memilih
setuju dan 12 murid memilih sangat setuju. Ini bermakna aktiviti yang dijalankan telah
membantu murid berubah daripada tidak tahu apa itu pencemaran udara kepada sebaliknya.
Bagi item kedua, “Saya tahu punca-punca semulajadi yang menyumbang kepada
pencemaran udara”, soal selidik pra mencatatkan seramai 13 murid menyatakan mereka tidak
setuju dengan pernyataan ini, 7 murid memilih kurang setuju, sebaliknya, 3 murid memilih
setuju dan hanya satu orang murid sahaja yang memilih sangat setuju. Kesimpulannya, pada
peringkat awal sebahagian besar murid tidak tahu tentang punca-punca daripada fenomena
alam yang boleh menyebabkan pencemaran udara. Dalam soal selidik pos hanya seorang
murid memilih tidak setuju, 3 murid memilih kurang setuju, 8 murid memilih setuju dan 12
murid memilih sangat setuju. Daripada perbandingan dapatan pra dan pos item kedua ini,
boleh dikatakan aktiviti yang dijalankan telah menyebabkan lebih ramai murid tahu tentang
punca-punca semulajadi yang menyumbang kepada pencemaran udara.
Bagi item ketiga “Saya tahu punca-punca dari aktiviti manusia yang menyumbang
kepada pencemaran udara”, dalam soal selidik pra, seramai 11 murid memilih tidak setuju, 7
murid memilih kurang setuju, 5 murid pula memilih setuju dan hanya seorang murid
memilih sangat setuju. Bagi item yang sama, dalam soal selidik pos, murid mula
menunjukkan peningkatan pengetahuan tentang punca-punca pencemaran udara dari aktiviti
manusia di mana tiada murid memilih tidak setuju, seorang murid memilih kurang setuju dan
selebihnya 9 murid dan 14 murid masing-masing memilih setuju dan sangat setuju.
Dalam analisis item keempat, “Saya tahu kesan pencemaran udara ke atas manusia”
bagi soal selidik pra, 9 murid telah memilih tidak setuju, 7 murid memilih kurang setuju, 4
memilih setuju dan 4 murid lagi memilih sangat setuju. Aktiviti permainan yang dilaksanakan
berjaya menyedarkan murid kesan pencemaran udara ke atas manusia apabila pengakuan
setuju dan sangat setuju telah diperolehi daripada murid-murid dengan masing-masing
17
mencatat kekerapan 11 dan 10 orang. Hanya seorang murid memilih tidak setuju dan 2 orang
murid sahaja memilih kurang setuju.
Hanya bagi item kelima iaitu “Saya tidak suka membakar sampah di halaman rumah”,
murid mencatatkan kesedaran yang tinggi. Dalam soal selidik pra, hanya 2 murid memilih
tidak setuju diikuti seorang murid memilih kurang setuju. Bilangan yang besar iaitu 18 murid
memilih sangat setuju dan dilengkapi oleh 3 murid memilih setuju. Dalam soal selidik pos,
semua murid memilih antara dua jawapan ini sahaja iaitu 4 murid bersetuju dan 20 murid lain
pula sangat bertuju bahawa mereka tidak membakar sampah di halaman rumah.
Item keenam ialah “Saya akan memilih untuk berkongsi kereta ke sekolah jika ada
pilihan”. Dalam tinjauan awal, 9 murid menyatakan mereka tidak setuju untuk berkongsi
kereta diikuti dengan 5 murid yang kurang setuju. 6 murid bersetuju untuk berkongsi kereta
dan hanya 4 murid yang sangat setuju untuk perkongsian kereta ke sekolah. Selepas diberikan
input melalui aktiviti permainan, bilangan murid yang mempunyai kesedaran untuk berkongsi
kereta telah meningkat dan 10 murid menyatakan persetujuan dan 7 orang murid yang lain
pula menyatakan sangat bersetuju. Hanya 3 orang memilih tidak setuju dan 4 orang lagi pula
menyatakan kurang setuju.
“Saya selalu mengasingkan sampah-sampah di rumah untuk di hantar ke pusat kitar
semula” ialah item yang ketujuh. Dalam soal selidik yang diadakan pada peringkat awal,
seramai 9 murid memilih tidak setuju, 6 murid memilih kurang setuju, 3 murid memilih
setuju dan 6 murid memilih sangat setuju. Bagi item ini, tidak terdapat peningkatan dari segi
respon yang dipilih. Ia mungkin disebabkan oleh amalan keluarga murid itu sendiri dalam
melupuskan bahan buangan domestik mereka. 5 murid memilih kurang setuju, 9 murid telah
memilih setuju, 6 murid memilih setuju dan 4 lagi memilih sangat setuju.
Item terakhir iaitu item kelapan berbunyi “Saya tahu penggunaan semula barang-barang
terpakai boleh mengurangkan pencemaran udara 5”. Dalam soal selidik pra, 7 murid telah
memilih tidak setuju diikuti dengan 5 murid memilih kurang setuju. Selebihnya, 7 murid
memilih setuju dan 5 murid memilih sangat setuju. Selepas murid belajar melalui aktiviti
permainan, pengetahuan murid terhadap pernyataan ini telah meningkat di mana tiada murid
yang memilih tidak setuju, 2 murid memilih kurang setuju, 9 murid memilih setuju dan 13
murid memilih sangat setuju.
18
Rumusannya di sini, murid telah menunjukkan peningkatan pengetahuan dan kesedaran
pada item 1, item 2, item 3, item 4, item 5, item 6 dan item 8 dalam soal selidik yang
dilakukan setelah murid mengikuti aktiviti penyampaian maklumat tentang pencemaran udara
menggunakan teknik permainan.
Dapatan skor keseluruhan soal selidik pra dan soal selidik pos dikumpulkan dalam
jadual 3.3.2 di bawah. Pemberian skor keseluruhan adalah dengan merujuk kepada skala
Likert yang digunakan seperti yang dinyatakan dalam bab sebelumnya.
Jadual 3.3.2: Skor Keseluruhan Bagi Soal Selidik Pra dan Soal Selidik Pos
Skor Keseluruhan Bilangan Murid
Soal Selidik Pra Soal Selidik Pos
11 2
13 1
14 2
15 1
16 3 2
17 3
18 1
19 3 2
20 2 1
21 3 4
22 2
23 4
24 3
26 2
28 3
30 4
JUMLAH 24 24
19
Dapatan soal selidik di atas diringkaskan kepada selang-selang tertentu seperti di bawah untu
memudahkan guru menentukan tahap pengetahuan murid berkaitan isu pencemaran udara
seperti yang telah ditunjukkan dalam jadual 3.3.3 berikut.
Jadual 3.3.3: Bilangan Murid bagi Setiap Kelas Skor untuk Kedua-dua Soal Selidik Pra dan
Soal Selidik Pos
Kelas Skor Bilangan Murid
Soal selidik Pra Soal selidik Pos
25 - 32 0 9
17 – 24 15 13
9 – 16 9 2
0 – 8 0 0
Bagi kelas skor 25 hingga 32, terdapat peningkatan yang memberangsangkan dari soal
selidik pra ke soal selidik pos iaitu daripada tiada murid mencapai julat skor ini dalam soal
selidik awal kepada 9 orang mencapainya dalam soal selidik yang berikutnya. Ini
menunjukkan 9 murid telah berjaya tahu tentang pencemaran udara pada tahap baik selepas
mengikuti aktiviti permainan yang dijalankan.
Peningkatan bilangan murid dalam kelas skor tertinggi pada soal selidik pos
menyebabkan penurunan bilangan murid bagi dua kelas skor yang lebih rendah iaitu 17
hingga 24 dan 9 hingga 16 berbanding dengan soal selidik pra. Namun begitu, secara
keseluruhannya, murid didapati telah mengalami peningkatan pengetahuan tentang
pencemaran udara yang ketara selepas mengikuti permainan 3 dalam 1.
Selain dapatan soal selidik pra dan soal selidik pos yang telah dianalisis dan dirumus di
atas, dapatan ujian pra dan ujian pos juga digunakan untuk menentukan keberkesanan aktiviti
permainan dalam menyampaikan maklumat tentang pencemaran udara kepada kumpulan
murid terpilih. Dapatan skor bagi ujian pra dan ujian pos disatukan dalam jadual 3.3.4 di
bawah bagi memudahkan analisis secara perbandingan dilakukan.
20
Jadual 3.3.4: Perbandingan Skor Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos Berdasarkan Kekerapan
(Bilangan Murid)
Skor Ujian (x/16) Bilangan Murid
Ujian Pra Ujian Pos
6 1
7 4
8 7
9 6
10 4
11 1 1
12 1 4
13 6
14 7
15 5
16 1
JUMLAH 24 24
Maklumat di atas dipermudahkan dengan mengagihkan skor kepada selang kelas yang
sesuai seperti Jadual 3.3.5 di bawah.
Jadual 3.3.5: Selang Kelas Skor Ujian dan Kekerapan yang Dikutip
Selang Kelas Skor Ujian Bilangan Murid
Ujian Pra Ujian Pos
1 - 4 0 0
5 - 8 12 0
9 - 12 12 5
13 - 16 0 19
JUMLAH 24 24
21
Berdasarkan jadual di atas, bagi skor 5 hingga 8, seramai 12 murid telah
memperolehinya dalam ujian pra manakala tiada murid mendapat skor dalam julat ini bagi
ujian pos.
Dalam ujian pra, seramai 12 murid telah mencatatkan skor dalam lingkungan 9 hingga
12. Sebaliknya, dalam ujian pos hanya 5 murid yang mendapat skor 9 hingga 12.
Tiada murid dapat mencapai skor 13 hingga 16 dalam ujian pra. Namun begitu, paling
ramai murid mencapai julat skor tertinggi ini dalam ujian pos.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada perbandingan skor ujian pra dan skor ujian pos
ini ialah terdapat peningkatan yang signifikan atau ketara dalam ujian pos 2 apabila majoriti
murid berupaya mencapai skor dalam selang kelas tertinggi iaitu 13 hingga 16. Ini
membuktikan keberkesanan aktiviti permainan 3 dalam 1 yang telah dirancang dan
dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat berkaitan pencemaran udara kepada kumpulan
sasaran.
22
BAB 4
Kesimpulan
Seperti mana yang kita sedia maklum, pencemaran udara semakin menular di negara kita
khasnya. Kesedaran tentang punca, kesan dan bagaimana untuk mencegahnya hendaklah
dipupuk sedari kecil lagi. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biralah dari rebungnya’. Seiring
dengan pepatah itu, usaha yang kami jalankan ini sedikit sebanyak memberi impak yang
positif terutama darisegi kesedaran serta peranan murid-murid diusia 8 tahun lagi. Pendekatan
ini sedikit sebanyak memberi input yang baik untuk mereka aplkasikan apabila berada
dirumah. Dengan cara ini, mereka akan lebih sedar betapa pentingnya penjagaan dan
pemuliharaan udara agar tidak tercemar. Malah mereka juga diharapkan dapat memberi
kesedaran yang sama terhadap ibu bapa, keluarga dan kenalan mereka sendiri yang pastinya
memberi impak yang baik dalam memelihara kebersihan udara daripada tercemar.
Diharapkan usaha ini mampu mewujudkan pendidikan sepanjang hayat yang pastinya
menjadi bekalan kepada murid-murid sekolah rendah khasnya untuk diaplikasikan dimasa
akan datang. Pendedahan ini juga pastinya membantu negara dalam melahirkan insan yang
celik tentang kepentingan menjaga keseimbangan dan kesihatan udara yang menjadi nadi
utama dalam proses pernafasan manusia, haiwan dan juga tumbuhan.
Akhirnya, negara kita mempunya rakyat yang sentiasa peka betapa pentingnya
menjaga kebersihan udara agar tidak tercemar serta mampu mencari punca serta mengetahui
cara untuk mengatasainya. Dengan demikian, negara kita pastinya menjadi sebuah negara
yang menjadi buah mulut penduduk sedunia dan menjadi sebuah negara tarikan pelancongan
dunia.
23
RUJUKAN
RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.
Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim. Prospecta Sdn. Bhd.
Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizi Yahya et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Buku 1.
Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
Ee Ah Meng. (2000). Pedagogi 1: Kurikulum Bilik Darjah (Semester II). Shah Alam: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. (2001). Pedagogi II: Edisi Kedua (semester II). Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. (2001). Psikologi Perkembangan: aplikasi Dalam Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mazila Abdul Rashid, (2000), Persepsi Pelajar Tingkatan 2 Terhadap Keberkesanan
Penggunaan Program Microsoft PowerPoint Dalam P&P Matematik. Latihan Ilmiah.
Fakulti Pendidikan . UKM. Bangi.
Mohd Kajid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong,
24
Selangor: Penerbitan Multimedia.
Mok Soon Sang. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 1 & 2), Sekolah Rendah:
Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman.
Ting Suh Ping. (2012). Meningkatkan Minat dan Pembelajaran Sains Murid Tahun Tiga
Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan ICT. Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL.
25
26
PENGENALAN ALAM SEKITAR
Borang Soal Selidik
Umur: __________________ Kelas: _____________________
Sekolah:_________________________________________________________________
BIL ITEM Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
Setuju
1 Saya tahu apa itu pencemaran udara
2 Saya tahu punca-punca semulajadi yang
menyumbang kepada pencemaran udara
3 Saya tahu punca-punca dari aktiviti manusia
yang menyumbang kepada pencemaran
udara
4 Saya tahu kesan pencemaran udara ke atas
manusia
5 Saya tidak suka membakar sampah di
halaman rumah
6 Saya akan memilih untuk berkongsi kereta
ke sekolah jika ada pilihan
7 Saya selalu mengasingkan sampah-sampah
di rumah untuk di hantar ke pusat kitar
semula
8 Saya tahu penggunaan semula barang-
barang terpakai boleh mengurangkan
pencemaran udara
27
NAMA:………………………………………………... KELAS: ………………….
Pilih dan lukiskan pada gambar yang menunjukkan objek atau aktiviti yang
boleh mencemarkan udara.
UJIAN PRA
28
Tandakan (ѵ) pada pernyataan dan betul dan (x) pada pernyataan yang salah.
1. Bernafas bukan ciri benda hidup.
2. Kita perlukan udara untuk bernafas.
3. Membakar sampah di halaman rumah tidak mencemarkan udara.
4. Udara tercemar menyebabkan kegatalan kulit.
5. Kebakaran hutan menghasilkan jerebu yang boleh mengganggu
pernafasan kita.
6. Penggunaan alat penyembur nyamuk tidak menjejaskan kualiti
udara.
7. Kita mudah mendapat batuk jika udara di sekeliling kita kotor.
UJIAN PRA
29
NAMA:……………………………………………………… KELAS: ………………….
Pilih dan lukiskan pada gambar yang menunjukkan objek atau aktiviti yang
boleh mencemarkan udara.
UJIAN POS
30
Tandakan (ѵ) pada pernyataan dan betul dan (x) pada pernyataan yang salah.
1. Semua benda hidup bernafas.
2. Kita perlukan udara untuk bernafas.
3. Membakar sampah di halaman rumah meningkatkan kualiti
udara.
4. Udara tercemar tidak menyebabkan kegatalan kulit.
5. Kebakaran hutan yang menghasilkan jerebu tidak mengganggu
pernafasan kita.
6. Penggunaan alat penyembur racun rumput menjejaskan kualiti
udara.
7. Kita mudah mendapat batuk jika udara di sekeliling kita kotor.
UJIAN POS
31
Skor Soal Selidik Pra
BIL MURID SKOR (x/32)
1 Murid A 11
2 Murid B 11
3 Murid C 23
4 Murid D 14
5 Murid E 19
6 Murid F 20
7 Murid G 23
8 Murid H 17
9 Murid I 23
10 Murid J 19
11 Murid K 21
12 Murid L 20
13 Murid M 16
14 Murid N 23
15 Murid O 17
16 Murid P 14
17 Murid Q 15
18 Murid R 13
19 Murid S 21
20 Murid T 16
21 Murid U 19
22 Murid V 21
23 Murid W 17
24 Murid X 16
32
Skor Soal Selidik Pos
BIL MURID SKOR (x/32)
1 Murid A 16
2 Murid B 16
3 Murid C 30
4 Murid D 19
5 Murid E 24
6 Murid F 26
7 Murid G 30
8 Murid H 22
9 Murid I 30
10 Murid J 24
11 Murid K 28
12 Murid L 26
13 Murid M 21
14 Murid N 30
15 Murid O 21
16 Murid P 19
17 Murid Q 20
18 Murid R 18
19 Murid S 28
20 Murid T 21
21 Murid U 24
22 Murid V 28
23 Murid W 22
24 Murid X 21
33
Skor Ujian Pra
BIL MURID SKOR
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
34
Skor Ujian Pos
BIL MURID SKOR
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
Hutan
terbakar
Pembakaran
sampah domestik
47
Hutan
terbakar
Pembakaran
sampah di tapak
pelupusan
48
Kolam air panas
semulajadi
Letusan gunung
berapi
49
Asap
kenderaan
50
Lakonkan gaya seseorang sedang
batuk.Lakonkan gaya seseorang sedang
menggosok mata yang pedih.Lakonkan gaya seseorang sedang
sesak nafas.Lakonkan gaya seseorang sedang
bersin dan selsema.Lakonkan gaya seseorang sedang
mencuit kotoran pada cermin.
Lakonkan gaya seseorang sedang
menggaru kulit yang gatal.
51
A B C D E F G
1 2 3 4 5 6 7
H I J K L M N
8 9 10 11 12 13 14
O P Q R S T U
15 16 17 18 19 20 21
V W X Y Z
22 23 24 25 26
52
11 9 20 1 18
19 5 13 21 12 1
53
7 21 14 1
19 5 13 21 12 1
54
11 15 14 7 19 9
11 5 18 5 20 1
55
10 1 14 7 1 14
2 1 11 1 18 19 1 13 16 1 8
56
20 1 16 9 19
1 19 1 16 11 9 12 1 14 7
57
20 1 14 1 13
16 15 11 15 11
58
PENCEMARAN UDARA
KESANPUNCA CARA MENGATASI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Lembaran Kerja