pendekatan bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak.docx

8
TAJUK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PROGRAM NURUL FATIHAH BINTI HASBI D20112051976 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PEMARKAHAN PENDEKATAN BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN DAPAT MENINGKATKAN PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR KANAK-KANAK

Transcript of pendekatan bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak.docx

Page 1: pendekatan bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak.docx

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

NURUL FATIHAH BINTI HASBI D20112051976 PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

PEMARKAHAN

PENDEKATAN BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN DAPAT MENINGKATKAN PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR KANAK-KANAK

Page 2: pendekatan bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak.docx

1.0 Pernyataan masalah

Ramai ibu bapa yang kurang faham terhadap konsep bermain dan menganggap pendekatan bermain adalah sia-sia dan membuang masa sahaja. Selain itu, terdapat ramai juga guru yang kurang memahami cara yang betul dalam mengaplikasikan cara sesuai untuk menerapkan pendekatan bermain yang betul kepada kanak-kanak. Kita sememangnya mengetahui bahawa sifat kanak-kanak yang sangat suka bermainan adalah merupakan sikap semulajadi mereka sekaligus memperkembangan psikomotor mereka. Ini turut disokong oleh Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin, Yeo Kee Jiar (2013) yang mengatakan pendekatan belajar melalui bermain dilihat menjadi keutamaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Hal ini demikian kerana bermain adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang boleh dijadikan perantara dan membantu meningkatkan pembelajaran kanak-kanak ke tahap yang optimum. Seharusnya guru perlu mencari cara yang sesuai untuk mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain yang efektif supaya pandangan ibu bapa terhadap konsep bermain berubah seterusnya prestasi psikomotor kanak-kanak dapat ditingkatkan dan kanak-kanak dapat belajar dengan gembira.

Menurut Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin, Yeo Kee Jiar (2013) sememangnya, pendekatan belajar melalui bermain ini tidak dapat diamalkan dengan baik berikutan kekangan dan masalah yang dihadapi oleh guru antaranya kesukaran mengawal kanak-kanak di dalam kelas, kekangan masa, kekurangan bahan permainan, kurang kreativiti guru dan ketiadaan panduan yang khusus untuk menjalankan pendekatan belajar sambil bermain dengan cara yang sistematik. Dapatan kajian oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Sharifah Norhaidah Syed Idros dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007 hingga 2010 menguatkan lagi tujuan kajian ini. Berdasarkan hasil kajian, didapati 15 daripada 19 orang guru yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka tahu tentang kelebihan pendekatan belajar sambil bermain tetapi sukar untuk melaksanakan kerana kesuntukan masa, kekurangan bahan dan alat dan sukar dalam mengawal tingkah laku kanak-kanak. Sesetengah guru pula kurang kreatif hingga mengambil masa yang lama untuk memikirkan aktiviti-aktiviti dan bahan bermain yang sesuai dengan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Jadi, guru terutamanya harus memastikan aktiviti yang dirancang seperti bermain ini dapat dirancang dengan sebaiknya supaya objektif dapat disampaikan kepada kanak-kanak dengan sebaiknya dan kanak-kanak dapat belajar sesuatu daripada pendekatan bermain yang diterapkan ini. Ini sekaligus dapat membuang tanggapan negatif ibu bapa terhadap pendekatan bermain.

Pendekatan dan strategi pengajaran bermain merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan prinsip belajar melalui bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap optimum. Oleh sebab permainan merupakan suatu kekuatan dan pengalaman yang penting, masa bermain menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

Page 3: pendekatan bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak.docx

2.0 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk melihat perkembangan psikomotor kanak-kanak.

3.0 Objektif kajian

1. Melihat keberkesanan perancangan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak.

2. Mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak.

3. Mengenal pasti tahap perkembangan psikomotor kanak-kanak

4.0 Persoalan kajian

1. Sejauhmanakah keberkesanan perancangan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak?

2. Sejauhmanakah keberkesanan pelaksanaan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak?

3. Apakah tahap perkembangan psikomotor kanak-kanak?

5.0 Kerangka konsep

keberkesanan perancangan penggunaan pendekatan

belajar melalui bermain

keberkesanan pelaksanaan penggunaan pendekatan

belajar melalui bermain

tahap perkembangan

psikomotor kanak-kanak

Page 4: pendekatan bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak.docx

5.0 Definisi IstilahMengikut kamus dewan edisi kedua pendekatan bermaksud cara atau langkah yg diambil utk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dll. Melalui pendekatan terancang dan berstruktur dapat memberi peluang terutamanya kepada kana-kanak belajar dalam suasana yang gembira dan bermakna.

Sluss (2005) menyatakan bermain merupakan aksi, tindakan atau kelakuan yang boleh dihargai dan mudah untuk dikenal pasti. Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.

Menurut kamus dewan edisi keempat perkembangan adalah proses berkembang menjadi maju. Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Didalam teori havighurst mengatakan tugas perkembangan ialah satu-satu tugas seperti berjalan, berlari, melompat yang wujud pada individu di peringkat tertentu. Tugas perkembangan penting untuk kebahagiaan, kepuasan, dorongan dan menentukan kejayaan melaksanakan tugas perkembangan.

Menurut Najeemah Bt Mohd Yusof (2014) mendefinisikan psikomotor melibatkan psikomotor kasar dan psikomotor halus yang menggunakan anggota badan seperti tangan, kaki serta lain-lain deria. Terdapat tiga elemen lain yang berkaitan dengan psikomotor iaitu sosioemosi, kognitif dan bahasa kanak-kanak.

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Kanak-kanak juga merujuk kepada seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa.

6.0 Kepentingan Kajian

kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau pelaksanaan belajar melalu bermain terhadap perkembangan psikomotor kanak-kanak. Aktiviti bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak dan kanak-kanak bermain dengan pelbagai cara. Kanak-kanak belajar kemahiran tentang dunia disekeliling mereka dengan efektif melalui bermain. Keupayaan kanak-kanak memahami dunia di sekelilingnya semakin meningkat melalui bermain. Sebaik sahaja kanak-kanak memahami konsep baharu dan melakukannya secara berulang-ulang semasa bermain, mereka kemudiannya menguasai konsep pada peringkat yang seterusnya.

Tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Friedrich Froebel dan Maria Montesori yakin bahawa bermain adalah penting untuk kanak-kanak. Maria Montessori yang membangunkan kurikulum berasaskan aktiviti bermain percaya bahawa kanak-kanak

Page 5: pendekatan bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak.docx

perlu bermain dan berhak menentukan sendiri bagaimana mereka hendak bermain dan belajar.

Melalui bermain, kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti yang bermakna yang dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Kanak-kanak juga mempelajari tentang diri sendiri dan individu lain. Semasa kanak-kanak bermain, kanak-kanak membuat gerakan otot-otot kasar dan halus mereka. Pada masa ini juga kanak-kanak menggunakan koordinasi mata dan tangan mereka untuk mengawal segala pergerakan. Kemahiran motor dan pengawalannya berkaitan dengan kemahiran kecekapan otak, iaitu semasa pergerakan, sistem saraf pada otak dan otot badan bekerja bersama. Disini lah kepentingan yang penulis lihat dapat mengaitkan konsep dengan perkembangan psikomotor kanak-kanak.

Melalui kajian yang dijalankan akan dapat melihat konsep bermain adalah cara terbaik bagi kanak-kanak mempelajari konsep dan kemahiran yang kemudiannya akan digunakan untuk memperkembangkan kemahiran psikomotor mereka.

7.0 Limitasi Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap 20 orang responden yang terdiri kanak-kanak di Tadika Kemas Jengka Dua. Pelbagai pendedahan mengenai permainan didedahkan kepada mereka. Penulis melihat sejauh mana respon yang diberikan oleh responden terhadap aktiviti yang diberikan dan membuat penilaian. Kaedah yang digunakan ialah melalui pemerhatian dan temubual.

Semasa permerhatian dilakukan responden diminta untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti aktiviti bermain di taman permainan. Responden dibenarkan untuk memilih apa-apa sahaja aktiviti yang ingin mereka lakukan di taman permainan tersebut seperti bemain buaian, bermain papan jongket, bermain lari-lari dll. Penulis membuat pemerhatian dan mencatatkan hasil yang diperoleh daripada pemerhatian tersebut sama ada responden seronok ataupun tidak dalam membuat aktiviti. Selain itu, penulis mengaitkan juga aktiviti yang dilakukan adakah mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak.

Seterusnya, penulis membuat kaedah temubual kepada kanak-kanak. Soalan spesifik mengenai konsep bermain telah disediakan oleh penulis bagi merungkai persoalan adakah konsep bermain mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak. Penulis mewujudkan situasi harmoni didalam kumpulan seperti perbualan didalam ‘circle time’ dan pertanyaan secara spontan. Selain itu, penulis juga menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan apa yang mereka suka seperti bermain, menari dan bercerita semasa aktiviti didalam kumpulan. Aktiviti ini sekaligus dapat memperlihatkan perkembangan yang telah diperolehi oleh kanak-kanak.

Page 6: pendekatan bermain dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak.docx

8.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, kanak-kanak sangat teruja jika kita menyelitkan konsep bermain dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Seharusnya guru harus mengkaji dan membuat persediaan mengajar yang betul bagi menjadikan sesuatu pengajaran menjadi menyeronokkan bagi kanak-kanak seterusnya meningkatkan perkembangan psikomotor mereka.

Aktiviti belajar melalui bermain harus digalakkan kepada kanak-kanak sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah. Guru seharusnya menyediakan ruang bermain dengan meletakkan pelbagai bahan yang dapat merangsangkan kanak-kanak untuk bermain. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, guru perlu merancang pengajaran harian dengan mengenal pasti objektif, bahan-bahan aktiviti, pelaksanaan dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Selain dapat membantu kanak-kanak belajar dalam keadaan yang menyeronokkan ia sekaligus dapat meningkatkan perkembangan psikomotor kanak-kanak terutamanya.