pendekatan bersepadu

download pendekatan bersepadu

of 20

description

PK

Transcript of pendekatan bersepadu

PowerPoint Presentation

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH(PKE 3043E )PENDEKATAN BERSEPADUDISEDIAKAN OLEHNAMANO. I/CMOHD AZWAN BIN ZAINUDIN830416-08-5603Apakah pendekatan bersepadu?Enam teras utama telah digariskan bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara warga sekolah. PIBG, sektor awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat ke arah melahirkan sekolah yang sihat.

Polisi Kesihatan SekolahPersekitaran Fizikal Sekolah yang sihat dan SelamatPersekitaran Sosial Sekolah yang sihat dan SelamatPenglibatan KomunitiKemahiran Kesihatan DiriPerkhidmatan Kesihatan Sekolah

Teras-teras ini hendaklah diterjemahkan kepada strategi-strategi dan kaedah pelaksanaan yang lebih khusus agar ianya mudah difahami dan dapat dilaksanakan oleh semua warga sekolah.

Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, mental, psiko-sosial dan kerohanian adalah di antara ciri-ciri yang diberikan penekanan dan penelitian bagi membangun dan membentuk satu model sihat dan amalan gaya hidup sihat.

Pendekatan Bersepadu memberi ruang untuk tindakan bersepadu yang mengambil kira:

Kurikulum sekolahKeadaan fizikal dan sosial sekolahPerkhidmatan kesihatan sekolahPeraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.

Ianya melibatkan semua warga sekolah termasuk:Pentadbir sekolah

Guru

Pekerja

Masyarakat setempatSeterusnya menjadi asas dalam membentuk satu negara yang sihat.Pendekatan Bersepadu dapat menyokong dan meningkatkan pendidikan dan kesihatan seluruh warga sekolah.

Untuk ke arah pencapaian wawasan negara.Matlamat Pendekatan BersepaduMelahirkan warga sekolah danpersekitarannya yang: SihatSelamatBerkualitiMemastikan agar setiap sekolah dapat:Menetapkan polisi kesihatan sekolah.Memelihara dan menigkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat.Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah.Objektif Pendekatan Bersepadu

Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan kesihatan yang baik agar setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.Menyediakan perkhidmatan kesihatan sekolah dari aspek:Penilaian taraf kesihatan muridKhidmat rawatan (termasuk rawatan kecemasan), rujukan, bimbingan dan kaunselingPengawalan dan pencegahan kejadian penyakitMengenal pasti, merujuk dan membantu dalam penempatan kanak-kanak kurang upaya.

Pendekatan BersepaduKEBAIKANKEPENTINGAN

Pendekatan Bersepadu ini memberi beberapa kebaikan dan kepentingan seperti: Ia mempergunakan model kesihatan holistik yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan persekitaran. Ini mempastikan satu persekitaran sekolah yang sihat terbentuk dan membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat kesihatan yang baik.Ia menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan kanak-kanak.

Ia juga memberi penekanan kepada pentingnya persekitaran fizikal seperti bangunan, sanitasi, bekalan air dan padang permainan kanak-kanak yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.

Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah di dalam membantu suasana pembelajaran yang positif.

Ia menghubungkaitkan sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan kawasan bagi menyelesaikan masalah kesihatan tertentu di kalangan kanak-kanak.

Ia memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara aktif di dalam kurikulum formal untuk membentuk satu siri pengetahuan dan juga kemahiran berkaitan kesihatan.

Ia memperkemaskan perseimbangan di antara pendidikan dan kesihatan di dalam meningkatkan keupayaan kesihatan bagi kanakkanak perempuan dan wanita dalam komuniti.

Ia memberikan satu persekitaran kerja yang menggalakkan dan positif kepada warga sekolah.

Ia memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat setempat bagi bekerjasama dalam inisiatif kesihatan yang membawa faedah kepada pelajar, keluarga dan anggota masyarakat.

Guru merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan pendekatan ini. Penerangan yang jelas mengenaipendekatan bersepadu hendaklah diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan berkesan aktiviti pendekatan bersepadu.PERANAN GURU

Antara peranan guru ialah:

Memahami teras utama PBSS. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti Pendekatan Bersepadu yang dirancang oleh Jawatankuasa peringkat sekolah. Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa peringkat sekolah.Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.Menggalakkan murid menyertai aktiviti Pendekatan Bersepadu dengan aktif.Memberi penerangan kepada Ibu bapa dan mesyarakat setempat mengenai Pendekatan Bersepadu.

Objektif UmumMemberi pengetahuan warga sekolah untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam aspek-aspek kesihatan fizikal, mental dan sosial.Pendekatan Bersepadu + Sekolah = Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)

Objektif KhususPada akhir program, pelajar atau murid seharusnya dapat:Mewujudkan warga sekolah yang faham dan melaksanakan aspek-aspek kesihatan fizikal iaitu:kebersihan diri (gigi, kuku, rambut dan pakaian)Makanan yang sihatMeningkatkan kemahiran guru dan pelajar tentang perkara-perkara berkaitan:aspek perkembangan mental dan sosialcara-cara mengatasi masalah mental dan sosialtekanan

SEKIAN TERIMA KASIH