Pendekatan Muzik Sabah

download Pendekatan Muzik Sabah

of 17

Transcript of Pendekatan Muzik Sabah

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    1/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    35

    MUZIK ETNIK SARAWAK DAN SABAH DALAM BILIK DARJAH

    Oleh

    Chong Pek LinInstitut Perguruan Batu Lintang, Kuching

    email: [email protected]

    1.0 PengenalanMenurut falsafah pedagogi muzik kontemporari, konsep-konsep muzikseperti melodi dan irama elok diajar dengan menggunakan bahan muziktradisional daripada kebudayaan tempatan. Kertas kerja ini akanmemperkenalkan pendekatan baru dalam pengajaran muzik di bilik darjah,iaitu dengan menggunakan bahan muzik tradisional Sarawak dan Sabah

    dalam pengajaran solfa, harmoni, dan irama.

    2.0 Latar BelakangWalaupun terdapat pelbagai genrelagu dan muzik instrumental di Sarawakdan Sabah yang sesuai diajar di peringkat sekolah dan Institut PendidikanGuru Malaysia (IPGM), sumber rujukan dan bahan pengajaran memangsaya akui amat terhad. Usaha ini merupakan sambungan kepada inisiatif-inisiatif lain yang saya pernah libatkan diri yang merangkumi aktivitipenerbitan, perbengkelan serta projek seperti penerbitan buku-buku Songsfrom the Kenyah Community (1998) dan Songs from the Baram (2006);

    pengendalian Bengkel Induksi Muzik Etnik Sabah dan Sarawak untukpensyarah-pensyarah muzik seluruh Malaysia (2005); dan Projek FromUpriver longhouses to the modern classroom (2004-2006) yang dijalankansecara usahasama dengan Sarawak Development Institute dan projektersebut dibiayai oleh United States Ambassadors Cultural RestorationFund. Usaha-usaha tersebut telah membawa kepada penganugerahan TheISME-Gibson Award for music educationsemasa Persidangan PendidikanMuzik Sedunia pada Julai 2006. Ekoran ini, saya telah diberikan grantsebanyak US$ 20,000.00 untuk menjalankan projek pembangunanpendidikan muzik yang dipusatkan di Institut Perguruan Batu Lintang.

    3.0 InovasiKertas kerja ini seterusnya membincangkan tiga aspek inovasi yangdiketengahkan dalam seminar ini. Pertamanya, lagu Kenyah danKadazandusun yang merupakan bahan pengajaran yang amat sesuai untukpengajaran muzik melalui pendekatan Kodaly Choral. Ini berdasarkan setton lagu yang kebanyakannya dimainkan dalam skel pentatonikanhemitonik. Kaedah Kodaly menegaskan pengajaran muzik melaluinyanyian dan bermula dengan lagu dalam skel pentatonik anhemitonik.Dalam kebudayaan Kenyah dan Kadazandusun, lagu-lagu ini juga sesuaidigunakan untuk mengiringi gerak tari tradisional. Ini amat sesuai sebagai

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    2/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    36

    aktiviti gerakan berirama dalam bilik darjah berdasarkan aplikasi kaedahOrff dan Dalcroze.

    Inovasi kedua ialah penggunaan alat muzik etnik Bidayuh dan Kenyah

    menggantikan alat-alat muzik yang mahal seperti alat perkusi Orff.Ensemble peruncongBidayuh merupakan bahan pengajaran sesuai untukaplikasi pendekatan Orff yang mana murid-murid mempelajari pola iramadan kemahiran ensemble melalui permainan alat perkusi. Jatung utang,sejenis zailofon kayu daripada kaum Kenyah menyerupai alat metalofon Orffyang mudah dikuasai oleh murid-murid sekolah. Tambahan pula, alat-alatmuzik Kenyahjatung utang, sapedan lutongmenggunakan skel pentatonikdan dapat digunakan sebagai iringan lagu pentatonik, menggantikan alatiringan kibod ataupun piano.

    Bagi sekolah menengah pula, ensemble Kenyah sesuai dipertimbangkansebagai ensemble pilihan yang dapat ditawarkan kepada pelajar matapelajaran Muzik menggantikan ensemble caklempong yang berasaldaripada komuniti Minangkabau di Sumatra (genre ini tidak wujud diBorneo). Ini merupakan inovasi ketiga.

    4.0 Rasional dan Faedah InovasiWalaupun muzik merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah,bahan-bahan pengajaran amat terhad dan kandungan buku-buku KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR) juga kurang sesuai. Kebanyakan lagu

    merupakan lagu ciptaan yang digunakan sejak 1983, dan tidak searasdengan kehendak pedagogi terkini saperti kaedah Kodaly dan Orff. Sebagaicontoh, implementasi kaedah-kaedah tersebut memerlukan koleksi laguskel pentatonik, tetapi kebanyakan lagu yang disarankan dalam sukatanKBSR adalah dalam skel major. Antara kelemahan lain yang ketara adalahkekurangan lagu rakyat Malaysia, dan saranan aktiviti berkaitan dengan alatmuzik Malaysia.

    Sukatan pelajaran sekolah menengah pula hanya menegaskan permainankibod, ensemble gamelan dan caklempong. Gamelan dan caklempongmerupakan alat muzik yang mahal, dan hanya boleh diperolehi dariSemenanjung Malaysia ataupun Java dan Sumatera. Selain itu, untukmenjalankan aktiviti kebudayaan di sekolah, hanya sebilangan kecil sekolahmenengah mampu membeli alat muzik tradisional yang mahal seperticaklempong dan gamelan. Untuk sekolah-sekolah Sarawak, alat-alat muziktempatan merupakan pilihan relevan yang jauh lebih murah. Ini keranaSarawak mempunyai pelbagai jenis ensemble tempatan seperti ensembelperuncung (kaum Bidayuh), ensemble sape dan jatung utang (kaumKenyah) dan ensembel engkerumong (kaum Iban) yang jauh lebih murahdan bermakna kepada pelajar Sarawak. Ensembel peruncungamat sesuaiuntuk sekolah rendah disebabkan oleh pola irama dan teknik bermain yang

    mudah dikuasai.

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    3/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    37

    Selain itu, pada hujung abad ke-20,pendidik-pendidik muzik di negara Baratmenunjukkan minat untuk mengkaji dan mempopularkan muzik dari seluruhdunia, khasnya muzik Asia dan Afrika di sekolah. Pada masa yang sama,pendidik di Asia dan Afrika juga berusaha untuk membawa muzik rakyat

    negara sendiri ke bilik darjah. Suatu bidang baru, yang digelarkan Muzikdunia muncul dan pelbagai bahan berasaskan tradisi muzik etnik telahdisediakan. Tetapi kebanyakan pendidik muzik mendapati bahawa merekatidak dapat mengajar skop yang begitu luas kerana masa terhad. LaguKenyah memberi sumbangan yang khusus, kerana walaupun lagu inimempunyai melodi ciri Asia, ianya masih mengikut sintaks muzik klasikBarat yang membolehkannya ditulis dalam notasi muzik Barat.

    5.0 Pendekatan Pendidikan Muzik5.1 Kaedah Kodaly

    Kaedah Kodaly diperkembangkan dalam sistem pendidikan Hungary dibawah pimpinan Zoltan Kodaly (1882-1987). Kodaly mempercayai bahawapenguasaan literasi muzik merupakan hak asasi sejagat. Justeru, muzikharus diajar secara berkesan kepada semua murid di semua sekolah tanpamemerlukan alat muzik yang mahal. Matlamat ini boleh dicapai melalui satusistem pengajaran muzik melalui nyanyian. Menurut Kodaly, Singing is thebest foundation for musicianship. Lagu yang digunakan sebagai bahanpengajaran dalam kaedah Kodaly dipilih secara teliti, seboleh-bolehnya lagurakyat sejati, kerana menurut beliau the folk songs of a childs own heritageshould be the vehicle of all early instruction.

    Aspek lain yang penting dalam kaedah Koday adalah pengajaran konsepmuzik secara sistematik, mengikut sekuens yang tetap berdasarkanperkembangan kefahaman muzik kanak-kanak. Sebagai contohnya, dalampengajaran pic dan melodi, peringkat permulaan adalah seperti berikut.

    (i) s m (ii) l s m (iii) m r d

    (iv) l s m r d (the anhemitonic do-pentatonic scale)

    (v) extensions of the do-pentatonic scale into the lower andhigher octaves

    (vi) la-pentatonic, so-pentatonic and re-pentatonic scales

    Justeru, guru yang mengimplementasikan kaedah Kodaly memerlukankoleksi lagu yang menpunyai pelbagai set ton. Di sini, guru-guru di Malaysiamenghadapi halangan besar kerana kebanyakan lagu yang disarankandalam buku-buku KBSR dan buku lain di pasaran merupakan lagu ciptaandalam skel major atau minor sahaja. Untuk pengajaran enam peringkatpermulaan yang dinyatakan tadi, mereka memerlukan lagu pentatonik, yanghanya merupakan tiga peratus daripada lagu yang disarankan dalam buku-buku KBSR. Oleh kerana kebanyakan lagu Kenyah dan Kadazandusun

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    4/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    38

    merupakan lagu pentatonik, lagu-lagu tersebut dapat memenuhikekurangan bahan berkaitan.

    5.1.1 Repertoire lagu Kenyah

    Menurut kajian saya di daerah Baram, kaum Kenyah mempunyai pelbagailagu yang mempunyai melodi dan ritma yang menarik, dan kebanyakannyamenggunakan skel pentatonik. Di rumah panjang Kenyah,belian dadu(lagutarian panjang) dinyanyikan secara capella(tanpa iringan) semasa pesertamenari mengikut arah lawan jam sepanjang serambi (ruai) rumah panjang.Gerakan tarian (tuut dadu) adalah mudah. Langkah asas adalah melangkahkaki kanan, mengheret kaki kiri, dan sebaliknya. Kadang kala, kaki akandihentak setiap empat kiraan ataupun pada hujung frasa. Walaubagaimanapun, terdapat variasi gerakan yang mengiringi lagu-lagu khusus.Satu ciri menarik lagu tarian ini ialah kebanyakan lagu belian daduadalah

    lagu pentatonik (skel pentatonik: d r m s l d).

    Selain belian dadu, terdapat juga lagu jenis lain seperti lagu yang dikaitkandengan muzik alat instrumental seperti sape.

    Beberapa contoh koleksi lagu yang telah didokumentasikan saya. Lagu-lagutersebut diperolehi daripada 10 buah kampung Kenyah di daerah Baramdan Belaga. Ton set dan mod lagu mengikut analisis kaedah Kodaly jugadiberikan pada Jadual 1.

    Jadual 1: Contoh lagu Kenyah

    Bil. Tajuk Set ton Mod Kategori

    1. Ateklan M: s ldr m sH: s l t d

    Do-pentatonic Belian Dadu

    2. Nombor SatuNombor Dua

    s ldr m s l Do-pentatonic Belian Dadu

    3. Pui Ngeleput Burui s ldr m Do-pentatonic Lagu yangdikaitkan

    dengan tunsape4. Sun Suma s l dr m Do-pentatonic Lagu dan tarian

    berkumpulan5. Lane Tuyang M: sldrm s

    H : s d r m s l dRe-pentatonic Belian Dadu

    6. Lane (versi UmaSambop)

    s ldr m Do-pentatonic Belian Dadu

    Daripada Jadual 1, adalah jelas dilihat terdapat ciri-ciri skel pentatonik sertagerak tari tradisional yang mudah dan berirama. Justeru, lagu-lagu ini amat

    sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran muzik kaedah Kodaly

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    5/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    39

    peringkat permulaan. Nyanyian harmoni dua lapisan suara juga amat sesuaisebagai bahan pengajaran untuk memperkenalkan konsep harmoni dankemahiran nyanyian koir yang juga ditegaskan dalam kaedah Kodaly.Contoh 1-6 menunjukkan lirik-lirik dan skor-skor lagu tarian berkenaan.

    Contoh 1: Ateklan

    Lirik Terjemahan Versi Bah.MelayuPemong Jaiee telu tiangAlem ini alem ini edangbulanAlem , alem iniEdang, edang bulanAteklan nelan nalo inatuyang

    Tonight my friends we gatherTonight under the moonlightTonight, tonightUnder the light of the emergingmoon,Truly I say this to you my friends

    Slamat datang tetamu keTelang Usan

    1

    Malam ini Malam bulanterangMalam, malam ini, terangterang bulanMari kawan menari dirumah panjang

    Nota: Telang Usan (bermaksud jus nenas) merupakan nama yang biasa dirujuk kepadaBaram oleh kaum Kenyah (Nenek moyang kaum Kenyah mengatakan air sungaitersebut manis seperti jus nenas)

    Skor 1: Ateklan

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    6/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    40

    Contoh 2: Nombor Satu Nombor Dua (lagu mendayung sampan)

    Lirik Terjemahan (Bah. Inggeris) Versi Bah. MelayuMesai muit,

    Telu tiang lulau lan telitLulau telit piping,Lulau telit piping langanNelane.

    Korus:Nombor satu, nomborduaLe mesai cha lidungsungaiNeken cha lidung tuonLouban lan tawai

    Paddle on my friends,

    To the quiet part of the riverStraight and light as the dart of ablowpipe we speedTruly so.

    Chorus :Number one, number two,Paddle to the sheltered part ofthe riverPole through the rapidsWe recall the course of the

    journey

    Mari kawan, mari

    mendayung Menghala UluBaramDayung dayung sampanLurus laju bagai anak panah,Dayung sampan

    Korus:Nombor satu, nombor duaMendayung ke hulu sungaiGalah rentas jeram,Selamat sampai ke rumahpanjang

    Skor 2: Nombor Satu Nombor Dua (Transkripsi oleh Chong Pek Lin)

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    7/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    41

    Aksi yang mengiringi lagu tersebut jelas menggambarkan aksi mendayungsesebuah sampan. Semasa menyanyikan seni kata lagu, peserta-pesertaakan mempersembahkan gerakan step-brushyang biasa, bergerak dalambulatan mengikut arah lawan jam. Semasa menyanyikan korus, penari-

    penari tidak akan bergerak tetapi mempersembahkan aksi-aksi berikutseperti yang digambarkan pada Jadual 2.

    Jadual 2: Aksi semasa persembahan lagu Nombor Satu Nombor Dua

    Kiraan Kaki Tangan1 Step back right foot. Swing arms down together

    as if holding a paddle (in aright-back diagonal direction)

    2

    And

    Step (front) left foot

    Click heels (right to left)

    Bring arms forward and up

    Contoh 3: Pui NgeleputMelodi lagu ini merupakan motif asas untuk melodi sapeyang terkenal yangdigunakan untuk pelbagai tarian berkumpulan seperti datun julud. Melodidimainkan oleh sape pertama manakala sape kedua memainkan iringanostinato.

    Lirik Terjemahan (Bah. Inggeris)

    Pui ngeleput burui ia Grandfather shoots the magic bird with his blowpipePaun langan aun tiga The arrow is not goodSkor 3: Pui Ngeleput

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    8/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    42

    Saranan pengajaran:Kelas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana satu kumpulanmenyanyikan melodi sementara kumpulan yang satu lagi meniru sapekedua yang memainkan ostinato: do do so, diiringi isyarat tangan untuk

    solfege.

    Contoh 4 : Sun SumaSkor 4: Sun Suma

    Contoh 5: Lane Tuyang(Truly my friends)

    Lagu ini merupakan satu lagi belian dadu yang popular yang selalu

    dipersembahkan dalam harmoni dua lapisan suara.

    Lirik dalam Kenyah Terjemahan (Bah. Inggeris)Lane tuyang nelan ne sa-lan lamatLane tuyang telu neman lan palatNeman palat ujuh

    Chorus:Lan de talan, lan de tuyangMenjam puyan kumbin

    Lan de tuyang

    My friends, let us celebrateMy friends, let us shake handsLets shake hands

    Chorus:Truly, my friendsHow do you do?

    How are things going, my friends?

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    9/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    43

    Skor 5: Lane Tuyang(versi 1) (Deskan bermula pada bar 6)

    Contoh 6: Lane (Versi Uma Sambop)

    Lirik dalam Kenyah Terjemahan (Lirik sepadan dengan melodi)1 Itung naikem tapi

    Ikem tiang ngan sada baieeSada baiee sungai lan kanan

    1. Tuan singgah di siniBagaikan singgah di tebing sungaiDi tebing sungai besar perkasa

    2 Itung na ikem lundoIni tiang kenda lan lao,Kenda lao kayu lan jian

    2. Tuan tidur di siniBagaikan di bawah pokok sajaDi bawah atap rumah yang buruk

    Chorus: Han ne la--ne ,lane-e e

    Korus:Sesungguhnya begitu

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    10/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    44

    Skor 6: Lane

    5.1.2 Lagu KadazandusunSuatu perkara yang menarik tentang lagu Kadazandusun ialah sebahagianbesar lagu kaum Kadazandusun juga menggunakan skel pentatonik yang

    juga dikaitkan dengan alat muzik tradisional sompoton. Lagu-lagu yangdinyatakan pada Jadual 3 sangat terkenal dalam kalangan Kadazandusundi Sabah. Lagu-lagu ini menggunakan melodi berdasarkan skel tradisi kaumKadazandusun. Suatu perkembangan kontemporari di Sabah ialah nyanyianlagu-lagu tersebut dilakukan dengan iringan rentak dan tarian sumazau.

    Jadual 3: Contoh lagu KadazandusunBil. Tajuk Set ton Mod1. Taragang Rasuk sl d r m s l d So-pentatonic

    2. Kada do Mombit Kombit sl d r m s l d So-pentatonic

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    11/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    45

    Contoh 7: Taragang Rasuk(Baju merah)Lagu ini dipopularkan oleh mendiang John Gaisah dan biasanyadinyanyikan dan ditarikan berasaskan rentak Sumazau (tarian tradisionalKadazandusun). Lagu ini diterjemahkan oleh Anne Lajingga, salah seorang

    pensyarah Institut Perguruan Batu Lintang. Versi Bahasa Melayu diubahsuai daripada terjemahan asal untuk disesuaikan dengan melodi lagu ini.

    Lirik (ekstrak) Versi Bah. Melayu Terjemahan Bah. InggerisOi taragang rasukPointutuno oku daangaran nuOi taragang rasukWaro no nangku sangannu

    Oi si baju merahKenalkan namamu padaku

    Oi si baju merahSudahkah engkau berpunya

    Hei person in red (shirt/top)Please introduce yourself tomeHei person in redDo you already have a beau

    Muli koh nopo taragangrasukSumalam poh laid doho

    Baju merah bila kau maupulangBersalam padaku dulu

    When you are leaving forhomePlease greet me beforedoing so

    Miruba kito do hari anamMoi kito intong do wayang

    Mari jumpa pada hari SabtuKita pergi menonton wayang

    Let us meet on SaturdayWell go watch a movietogether

    Skor 7: Taragang Rasuk(Transkripsi oleh Chong Pek Lin berdasarkan rakaman nyanyian John Gaisah)

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    12/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    46

    5.2 Kaedah OrffCarl Orff memperkembangkan pendekatan pengajaran muzik untuk kanak-kanak, bermula dengan konsep bahawa perasaan mendahului kefahamanintelektual. Aktiviti Orff menggunakan bahan seperti irama percakapan

    kanak-kanak, lagu dan permainan kanak-kanak, tarian rakyat dan ceritarakyat. Pendekatan ini banyak menegaskan permainan dan improvisasi polairama menggunakan alat muzik perkusi. Beliau juga mencipta alat muzikkhas iaitu the Orff instruments yang menyerupai zailofon skel pentatonikuntuk memperkembangkan muzikaliti kanak-kanak dalam bilik darjah.Adalah disarankan bahawa alat-alat muzik etnik Sarawak saperti peruncongdaripada Kaum Bidayuh dan jatung utangdaripada kaum Kenyah dapatdigunakan sebagai alternatif kepada alat muzik Orff.

    5.2.1 Ensembel Bidayuh: Peruncong (berdasarkan tradisi di Kampung

    Krusen, Tebakang). Peruncong merupakan alat muzik buluh yangdimainkan secara ensembel (berkumpulan) oleh kaum Bidayuh. MenuruttradisiBidayuh, ensembel peruncung terdiri daripada satu set 8-10 batangbuluh berlainan saiz yang dimainkan semasa musim nugal. Apabila petaniberjalan balik dari sawah selepas aktiviti nugal, mereka akan memainkanalat ini. Tujuan permainan adalah untuk menyeru dewa-dewa menghantarhujan untuk menyuburi padi.

    Alat peruncong tidak mempunyai pic ataupun melodi tetap. Pic alatditentukan oleh panjang dan tebalnya batang buluh. Batang buluh dipegang

    dengan tangan kiri dan dipukul dengan kayu menggunakan tangan kanan.Setiap pemain diagihkan suatu pola irama ringkas yang mana beliaudikehendaki bermain secara berulang-ulang. Dengan menggabungkan 8-10orang pemain, mereka akan masing-masing memainkan pola irama lainuntuk menghasilkan suatu karya muzik yang amat menarik.

    Pola-pola irama ini mudah dipelajari oleh murid-murid sekolah rendah.Untuk menghasilkan muzik ensemble, setiap ahli ensemble hanya perlubelajar bermain satu pola irama mudah sahaja. Murid-murid dengankemahiran muzikal biasa dapat menguasai irama ini dalam masa yangsingkat. Pola irama yang paling mudah dapat diagihkan kepada murid biasamanakala beberapa pola irama yang lebih mencabar dapat diagih kepadamurid yang lebih handal bermain muzik.

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    13/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    47

    Demonstrasi permainan peruncung

    Gambar yang ditunjukkan merupakan demonstrasi permainan peruncungoleh pelajar IPBL semasa Bengkel Induksi Muzik Etnik Sabah Dan SarawakUntuk Pensyarah Muzik Maktab-Maktab Perguruan Peringkat Kebangsaandi Kuching pada tahun 2005.

    Pola iramauntuk ensemble peruncongseperti yang diajar oleh Simon Pitudari Dayak Cultural Foundation, berdasarkan tradisi di Kampung Krusen,sebuah kampung Bidayuh di Tebakang adalah seperti berikut.

    Irama Perunconguntuk 10 pemain (Transkripsi oleh Chai Sheau Ming)

    5.2.2 Jatung utang merupakan alat muzik Kenyah kategori zailofon yangmempunyai fungsi sama dengan alat muzik pentatonik Orff.Jatung Utangterdiri daripada 9-13 kepingan kayu (kayu keratong atau jelutong) yangditiunkan pada skel pentatonik anhemitonik (d, r m s, l, d r ms ld r m).

    Keping-keping kayu itu dipasangkan pada tali dan digantung pagda kotak

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    14/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    48

    kayu yang berfungsi sebagai alat bergaung. Oleh sebab ton jatung utangadalah non-sustaining, ianya dimainkan dengan cara mengulangi notbeberapa kali dengan pantas. Setiap pemain jatung utangmemegang duabatang pemukul kayu dan memainkannya secara selari, biasanya dalam

    jeda minor ketiga.

    Jatung Utangdalam ensemble Uma Baka,Belaga (November 2004)

    5.3 Ensemble instrumental Kaum Kenyah: Sape, Jatung Utang, Lutongsebagai alternatif kepada ensemble caklempong

    Di rumah panjang orang Kenyah, ensembel biasanya mengandungi sape,satu atau dua buah jatung utangdan pelbagai alat lain seperti harmonika,lutong, suling dan gitar. Kadang kala, terdapat alat lain seperti botol berisiair, maracas dan sape bio (sejenis sape besar dengan satu tali sahaja).Jenis alat dalam ensembel tidak tetap dan berbeza dari satu kampung kesatu kampong yang lain.

    Dalam ensembel, sebuah sapedan sebuahjatung utangmemainkan melodisecara unisonmanakala sapekedua atau jatung utangkedua memainkanostinato bermelodi ataupun melodi berbalas. Ketiga-tiga alat inimenggunakan skel pentatonik. Justeru, ia dapat dipelajari dan dimainkandalam kombinasi harmoni yang mudah tanpa pengetahuan teori yangmendalam. Oleh itu, alat-alat ensembel ini dapat diperkenalkan di peringkatsekolah rendah ataupun sekolah menengah rendah.

    5.3.1 SapeSape, dikelompokkan dalam kategori kordofon dan merupakan sejenis lutyang dipetik. Alat ini dimainkan oleh kaum lelaki sahaja dalam kalangankaum Kenyah, Kayan, dan kaum Orang Ulu lain. Sapediukir daripada kayuaro (atupun kayu lain seperti meranti). Pada zaman dahulu, dua utas talirotan digunakan. Pada masa kini, tiga hingga empat tali logam atau nilondipasangkan pada badan sape. Antara jenis tali yang digunakan ialah talifius, tali nilon untuk memancing, tali brek basikal atau tali gitar.

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    15/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    49

    Beberapa kepingan batang kayu atau buluh (biasanya 9-13 batang)digunakan sebagai fret atau kiep, yang dipasangkan di bawah tali (ting)pertama yang merupakan tali melodi. Pelekat yang digunakan adalahsejenis lilin lebah. Fret ini dapat digerakkan untuk membentuk beberapa

    jenis skel pentatonik.

    Sistem tiunan sape: Apabila sape dimainkan secara berduet, pemainutama akan memainkan melodi, dan membuat improvisasi secara spontanberdasarkan melodi asas. Pemain pengiring kadang-kadang hanyamemainkan ostinatoyang mudah seperti d d s, ataupun memainkan melodiberbalas atau kauntermelodi yang kompleks.

    Pic tali tidak tetap dan bergantung kepada saiz dan jenis tali yangdigunakan. Walau bagaimapun, jeda-jeda dan skel yang dihasilkan oleh tali

    dan kiep adala tetap. Tali pertama dan kedua diitunkan pada pic yangsama, manakala tali yang ketiga ditiunkan pada jeda perfek kelima ke atas.

    Kiep atau fret dipasangkan untuk menghasilkan pelbagai skel pentatonik.Sebagai contohnya, untuk melodi tarian panjang (datun Julud) dan tariansolo pahlawan (Kanjet Laki), skel yang digunakan adalah skel pentatonikanhemitonik (d, r m,s l) manakala untuk tarian solo perempuan (KanjetLeto), skel yang digunakan adalah sejenis skel pentatonik hemitonik (d, m, f,s, ta d).

    5.3.2 LutongLutongadalah alat jenis petikan kordofondengan enam tali, dengan pic m,r, s, s, d d. Alat ini biasanya dimainkan oleh kaum perempuan denganpetikan ibu jari dan jari telunjuk sahaja. Gambar berikut menunjukkan caralutongdimainkan.

    Cara lutongdimainkan

    Lutongboleh dimainkan secara berduet ataupun dalam ensemble. Setakatini, saya hanya mendapati lutong di sebuah kampung Kenyah iaitu Long

    Semiyang di Ulu Baram.

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    16/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    50

    6.0 KesimpulanBerdasarkan pengalaman saya, didapati genre-genre dan alat-alat muzikyang yang diketengahkan pada kertas kerja ini amat sesuai digunakan disekolah. Walaupun genre-genre tersebut berasal daripada kumpulan

    minoriti di Malaysia tetapi apabila diperkenalkan kepada pelajar institusiperguruan dan pelajar sekolah, ianya mendapat sambutan yang baik. Sejaktahun 1997, saya telah mengajar lagu-lagu Kenyah kepada ahli koir IPBLdan UNIMAS, pelajar-pelajar institut perguruan, guru-guru sekolah, sertamurid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah seluruhSarawak. Bengkel-bengkel juga telah diadakan untuk para pensyarah, guru-guru sekolah serta pelajar institut perguruan lain. Bekas pelajar saya telahmengajar lagu tersebut dengan jayanya di beberapa buah sekolah diSarawak.

    Sempena implementasi Projek ISME-Gibson pada Februari 2007, sebuahpasukan yang terdiri daripada 20 orang pelajar dan empat orang pensyarahtelah menjelajahi ke pelbagai daerah Sarawak untuk mengkaji beberapagenre muzik etnik daripada penghuni rumah panjang. Bengkel muzik etnik

    juga diadakan di sekolah-sekolah untuk memperkenalkan genre-genretersebut. Peserta-peserta bengkel kami termasuk murid-murid sekolahrendah di daerah Lubok Antu dan Belaga, murid sekolah menengah dariBintulu dan pelajar Sekolah Seni (pengkhususan seni, tarian dan muzik) diKuching.

    Respon secara amali dan maklum balas secara bertulis adalah amatmenggalakkan. Kebanyakan peserta dapat bermain peruncung danmenguasai beberapa buah lagu serta geraktari. Sebilangan peserta jugadapat menguasai kemahiran permainan alat lain walaupun masa untukbengkel begitu singkat.

    Bibliografi

    Anderson, W.M., & Campbell, P.S. (1996). Multicultural perspectives in Musiceducation. (2nd Edition). Washington, D.C.: Music Educators NationalConference.

    Campbell, P. S.( 2004). Teaching music globally. New York: Oxford UniversityPress.

    Choksy, L. (1988). The Kodaly method. New Jersey: Prentice Hall.

    Chong Pek Lin. (1997). The dance-songs, childrens songs and basic dancemovements of the Baram Kenyah and Kayan: Implications for MusicEducation in Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana yang belum diterbitkan.Samarahan, Sarawak: UniversitiMalaysia Sarawak.

  • 8/8/2019 Pendekatan Muzik Sabah

    17/17

    Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008: Muzik etnik Sarawak dan Sabahdalam bilik darjah (Pn. Chong Pek Lin)

    Seminar Inovasi Pedagogi IPBL/28 Ogos 2008/IP Batu Lintang, Kuching, Sarawak, ms. 35-51.

    51

    Chong Pek Lin. (1998). Songs from the Kenyah community. Kuching, Sarawak:Dayak Cultural Foundation.

    Chong Pek Lin. (2004). Interim Report October 2004 for From Upriver

    Longhouses to the modern classroom: Documenting and introducingKenyah songs, dances and instrumental music to Malaysianschoolchildren. A project for Sarawak Development Institute under theU.S. Ambassadors Fund For Cultural Restoration.

    Chong Pek Lin. (2006). Songs from the Baram: Kenyah songs from UpriverLonghouses. Kuching, Sarawak: Sarawak Development Institute.

    Gorlinski, V. (1988). Some insights into the art of sape playing. TheSarawak Museum Journal, 36(60).

    Gorlinski, V. (1989). The Sampeq of the Kenyah of East Kalimantan,Indonesia: A case study of the recreational music tradition. Tesis IjazahSarjana. University of Hawaii.

    Matusky, P. (1990). Music styles among the Kayan, Kenyah-Badang andMalay peoples of the Upper Rejang River: A preliminary survey. TheSarawak Museum Journal, 16(62).

    Matusky, P. & Tan, S. B. (1997). Muzik Malaysia: Tradisi klasik, rakyat dan

    sinkretik. Pulau Pinang & Kuala Lumpur: The Asian Centre.

    Merriam, A.P. (1964). The anthropology of music. Evanston, Illinois:Northwestern University Press.

    Wheeler, L. & Raebeck, L. (1989). Orff and Kodaly: Adapted for theelementary school. Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown.